skema pemarkahan percubaan sejarah dunia penggal 1 2014

12
1 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SEJARAH DUNIA PENGGAL 1 TAHUN 2013 SOALAN 1: Terangkan definisi masyarakat agraria dan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke - 16M dan abad ke – 17M. Pendahuluan - Perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke – 16M dan abad ke-17M menyebabkan lahir masyarakat agraria. - Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur. - Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaska kepada aktiviti pertanian dan penternakan. - Masyarakat agraria di Belanda mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Isi-isi Penting (a) Definisi masyarakat agraria - Masyarakat yang bergantung kepada kegiatan berasaskan aktiviti pertanian dan penternakan. - Masyarakat agraria member keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan. - Tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur. - Masyarakat ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi pertanian. (b) Ciri – ciri masyarakat agraria (i) Kegiatan ekonomi - kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda ialah pertanian. - aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayaur-sayuran dan bijirin seperti barli, gandum dan oat. - tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan dijual. - selain daripada tanaman makanan, tanaman dagangan seperti hemp, biji kol dan mader juga diusahakan. - Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda. - antara binatang ternakan yang diternak oleh penternak-penternak di Belanda ialah lembu dan kambing.

Upload: rahani-abas

Post on 22-Jun-2015

272 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sejarah STPM

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

1

SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SEJARAH DUNIA PENGGAL 1 TAHUN 2013

SOALAN 1: Terangkan definisi masyarakat agraria dan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke - 16M dan abad ke – 17M.

Pendahuluan- Perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke – 16M dan abad ke-17M

menyebabkan lahir masyarakat agraria.- Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-

kawasan pertanian yang subur.- Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaska kepada aktiviti pertanian dan

penternakan.- Masyarakat agraria di Belanda mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Isi-isi Penting(a) Definisi masyarakat agraria- Masyarakat yang bergantung kepada kegiatan berasaskan aktiviti pertanian dan

penternakan.- Masyarakat agraria member keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan

penternakan.- Tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur.- Masyarakat ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi

pertanian.(b) Ciri – ciri masyarakat agraria(i) Kegiatan ekonomi- kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda ialah pertanian.

- aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayaur-sayuran dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.

- tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan dijual.

- selain daripada tanaman makanan, tanaman dagangan seperti hemp, biji kol dan mader juga diusahakan. - Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda. - antara binatang ternakan yang diternak oleh penternak-penternak di Belanda ialah lembu dan kambing. - masyarakat agraria di Belanda juga terlibat dalam industri tenusu seperti industry menghasilkan susu, mentega dan keju.

(ii) Petempatan- Petempatan masyarakat agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur.- Mendapan tanah lanar yang subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi

tumpuan masyarakat agraria.- Kawasan pinggir pantai yang mempunyai mandapan tanah lanar yang subur menjadi

tumpuan masyarakat agraria di Belanda.- Antara kawasan tersebut ialah wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect.

(iii) Kemahiran dalam pengairan- Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang mempunyai kemahiran dalam

teknologi pengairan.

Page 2: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

2

- Mereka mempunyai pengetahuan membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian.

- Kemajuan dalam sistem pengairan menyebabkan kegiatan pertanian dapat dijalankan dengan intensif.

- Masyarakat agraria di Belanda mendirikan kincir angin untuk mengalirkan air daripada tanah yang ditebus guna untuk tujuan pertanian

(iv) Pengetahuan memelihara kesuburan tanah- Masyarakat agraria bergantung kepada tanah untuk kelangsungan hidup.

- Mereka mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah pertanian.

- Mereka mencipta pelbagai kaedah dan teknik untuk memelihara kesuburan tanah.

- Masyarakat agraria di Belanda menggunakan baja asli untuk meningkatkan kesuburan tanah.

- Masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan memugar tanah dan mengamalkan system penggiliran tanaman untuk memelihara kesuburan tanah.

(v) Pengenalan kaedah pertanian baru- Masyarakat agraria di Belanda mengamalkan pelbagai kaedah pertanian baru untuk

meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.- Antara kaedah yang diamalkan secara meluas pada abad ke – 16M dan abad ke – 17M

ialah sistem penggiliran tanaman.- Pengenalan sistem tanaman ini menyebabkan petani-petani di Belanda memansuhkan

sistem tanah rang yang diamalkan.- Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah penanaman dalam deretan bagi

tanaman komersial.(vi) Kemajuan dalam teknologi pertanian- Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.

- Meraka mencipta pelbagai jenis peralatan yang membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran.

- Sebagai contoh, masyarakat agraria di Belanda mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian.

Kesimpulan- Masyarakat agraria di Belanda mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang

pertanian.- Mereka mempunyai pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam

teknologi pertanian.- Kaedah dan teknik pertanian yang diamalkan oleh masyarakat agraria di Belanda

menjadi ikutan petani-petani di negara-negara lain dibenua Eropah.

Page 3: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

3

SOALAN 2:

Bincangkan kesan-kesan berlakunya revolusi perindustrian di Jerman.

A) Pendahuluan. Revolusi yang berlaku di Jerman telah membawa perkembangan kepada Jerman. Terdapat enam kesan berlakunya revolusi di Jerman. Antaranya, melalui masyarakat

pertanian, kemajuan system pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa, kemajuan sistem kewangan, dan dasar kerajaan Jerman.

Kesan ini membawa kemajuan kepada Jerman.

B) Isi-isiMasyarakat Pertanian

Perkembangan Revolusi Perindustrian dalam sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin. Masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta.

Kegiatan pertanian juga menghasilkan pengkajian saintifik tentang tanah. Pada tahun 1802, ahli sains British, Humphry Davy telah menerbitkan buku ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan. Beliau mengemukakan sumbangan ilmu kimia bagi mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman.

Jerman telah menghasilkan beberapa uji kaji untuk mengamalkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman. Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman, Justus von Leibig telah menjalankan beberapa uji kaji dan menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.

Masyarakat Industri Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia

barat Jerman. Pengeluaran bijih besi juga meningkat pada tahun 1900. Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.

Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran gerabak kereta api yang terkini dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran Negara Jerman di Istana Crystal, London. Permintaan kereta api dari Jerman meningkat dan bilangan pekerja juga meningkat pada tahun 1873.

Kemajuan dalam industri kulit antara tahun tahun 1870 dan tahun 1914, Jerman mengambil alih tempat England dalam industri kulit. Perkembangan industri kulit di Jerman ini menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat, dan mementingkan pendidikan.

Pembangunan industri tekstil berlaku di Jerman. Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.

Ciptaan-ciptaan baharu berkembang di Jerman. Ciptaan Siemens menyebabkan firmanya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Kemajuan sistem pengangkutan Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan pesat

dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api. Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig

telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.

Perluasan perdagangan antarabangsa Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah pertubuhan

yang terdiri daripada sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan

Page 4: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

4

penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan Bismark supaya meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman.

Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.

Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884.

Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungasn perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut China.

Kemajuan sistem kewangan Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan

dan perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman.

Tugas D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan perniagaan di Jerman. D Bank turut menggalakkan hubungan Jerman dengan Negara-negara luar serta aktif di Timur Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan Timur Tengah.

Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada kemunculan kelas pengusaha industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal bank.

Bantuan modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan perkembangan perindustrian di Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian. Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan.

Dasar kerajaan Jerman Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir

oleh Negara-negara lain. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans sosial yang dikuatkuasakan pada tahun 1883. Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas.

Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884, parlimen (reichstag) meluluskan undang-undang insurans kemalangan. Pembayaran bagi rawatan perubatan.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.

Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman. Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.

Penutup

Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari semua aspek.

Revolusi perindustrian di Jerman telah menjadikan Jerman sebuah kerajaan yang maju.

Page 5: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

5

SOALAN 3

Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja di China pada abad ke-16 hingga ke-18

Pendahuluan: Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal. Raja menduduki hieraki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan

dan pentadbiran. Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan

pentadbiran.

Isi-isi penting: Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga.

Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau ‘anak syurga’ dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seseorang maharaja.konsep mandat ini menjelaskan bahawa Tuhan telah menanugerahkan ke atas maharaja tersebut atau kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.

Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada dalam teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat penghormatan dari rakyat.Sekiranya berlaku sebarang malapetaka, Ini menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapatkan mandat dari syurga.

Maharaja mengamalkan ajaran Confucianisme. Ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan dan menyatakan

bahawa kerana yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang baik,raja mesti taat dan setia kepada Tuhan,dan rakyat pula harus setia kepada raja. Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat. Ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang membawa kepada keadaan aman dan makmur.

Maharaja juga menguasai ekonomi negara. Segala ekonomi negara seperti pungutan cukai,hasil pertanian, perdagangan,

penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan lain-lain akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi. Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan golongan pembesar dan tuan-tuan serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.

Maharaja China berperanan menjadi ketua tentera. Urusan mempertahankan serangan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar

memperlibatkan tanggungjawab maharaja China.

Maharaja juga berperanan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan

perkembangan ilmu Barat di China.Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja China terhadap masyarakat Barat pada zaman Dinasti Ming.

Penutup: Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada negara China sebelum

pertengahan abad ke-19.Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja China membuka pintu negaranya kepada kuasa-kuasa Barat.

SOALAN 4:

Page 6: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

6

Huraikan perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di Perancis pada abad ke – 18M dan abad abad ke – 19M

Pendahuluan- Menjelang abad ke – 18M dan abad ke-19M,berlaku perubahan besar dalam system

pendidikan di Perancis.- Dalam hal ini, dasar pendidikan di Perancis mengalami perubhan yang amat ketara

mengikut peredaran zaman selaras dengan idoelogi pemerintah.

Isi-isi Penting(a) Idea sistem pendidikan popular- Menjelang abad ke – 18M, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin untuk

mewujudkan sistem pendidikan popular.- Kesedaran ini timbul ekoran perkembangan idea demokrasi dalam kalangan

masyarakat.

(b) Sistem pendidikan Napoleon- Napoleon memperkenalkan system pendidikan yang seragam dan menyeluruh di

Perancis.- Institusi-institusi pendidikan tersebut disatukan di bawah badan induk, iaitu Universiti

Perancis.

(c) Pendidikan di bawah kerajaan reaksioner- Kerajaan reaksioner member penekanan kepada pendidikan berteraskan teologi dan

moral.- Sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.

(d) Pendidikan semasa pemerintahan Louis Philippe- Beliau mengambil langkah-langkah untuk memantapkan semula sistem pendidikan

yang diperkenalkan oleh Napoleon.- Membebaskan sistem pendidikan daripada kongkongan gereja.

(e) Sistem pendidikan semasa pemerintahan Republik Kedua- Mengkaji semula undang-undang berhubung dengan sistem pendidikan. - Kerajaan juga melaksanakan pembaharuan dalam undang-undang pendidikan.

KesimpulanPerubahan yang dilaukan oleh pemerintah telah menyebabkan munculnya sistem pendidikan kebangsaan di Perancis.

SOALAN 5

Page 7: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

7

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku Revolusi China pada tahun 1911.

Pendahuluan - Revolusi China yang tercetus pada tahun 1911 bertujuan untuk menggulingkan

kerajaan Manchu.- Menjelang pertengahan abad ke – 19M, wujud kepercayaan bahawa kerajaan Manchu

kehilangan mandat untuk memerintah China.- Perkembangan ini menyebabkan muncul gerakan revolusioner di bawah pimpinan Dr.

sut Yat Sen untuk menggulingkan kerajaan Manchu.Isi-Isi Penting

(a) Kelemahan kerajaan Manchu- Kerajaan Manchu mengalami kemerosotan sejak pertengahan abad ke-19M.- Kemerosotan kerajaan Manchu amat ketara dalam bidang pentadbiran dan

ketenteraan.- Pegawai-pegawai kerajaan Manchu tidak menjalankan pentadbiran dengan cekap.- Kelemahan dalam bidang ketenteraan ketara apabila kerajaan Manchu mengalami

kekalahan dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat.- Perkembangan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan

Manchu dan berazam untuk menggulingkan dinasti tersebut.(b) Ketiadaan pemimpin yang cekap- Revolusi China berlaku kerana tiada pemimpin-pemimpin yang cekap dan berwibawa.- Selepas Maharani Dowager dan Maharaja Kuang-hsu meninggal dunia, tidak terdapat

pemimpin-pemimpin yang cekap di China.- Ketiadaan pemimpin-pemimpin yang cekap mendorong rakyat melancarkan

pemberontakan terhadap kerajaan.(c) Sentimen anti-Manchu- Sentimen anti-Manchu yang menebal dalam kalangan rakyat China menyumbang

kepada pencetusan Revolusi China.- Rakyat China melancarkan gerakan anti-Manchu untuk menggulingkan kerajaan

Manchu.- Rakyat China menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk melancarkan pemberontakan

bagi menggulingkan kerajaan Manchu.(d) Kesengsaraan social- Masalah sosial yang dihadapi oleh rakyat China menyumbang kepada pencetusan

Revolusi China.- Pertambahan penduduk di China menyebabkan masalah kekurangan bekalan makanan

dan kemerosotan taraf hidup penduduk.- Kesengsaraan yang dihadapi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat

terhadap kerajaan Manchu.(e) Masalah Ekonomi- Masalah ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Manchu menyebabkan

tercetusnya Revolusi China 1911.- Kejadian banjir dan kemarau yang berlaku antara tahun 1910-1911 menjejaskan

pengeluaran hasil pertanian.- Perkembangan ini menyebabkan berlaku masalah kebuluran di wilayah-wilayah

seperti Kiangsau, Shantung, Anhui, Chekiang dan Hupeh.- Penduduk di wilayah-wilayah tersebut melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan

Manchu.(f) Peranan Dr. Sun Yat Sen

Page 8: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

8

- Dr. Sun Yet Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan dalam gerakan menentang kerajaan Manchu.

- Beliau memainkan peranan dalam mengasaskan dan menggerakkan pergerakan revolusi di China.

- Beliau juga menyemarakkan perasaan anti-Manchu dalam kerajaan rakyat China menerusi ceramah dan penulisan.

- Beliau turut mengemukakan ideology perjuangan yang dikenali sebagai “Tiga Prinsip Rakyat” bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat.

(g) Pengaruh intelektual China- Golongan intelektual turut memainkan peranan dalam perkembangan idea revolusi

dalam kalangan rakyat China.- Antara tokoh-tokoh yang menyemai benih pembaharuan di China ialah Kang Yu-Wei

dan Liang Chi-chao.- Kegiatan golongan intelektual telah menambahkan keinginan untuk melaksanakan

perubahan politik di China.(h) Pengaruh gerakan pembaharuan- Gerakan pembaharuan seperti Gerakan Islah 1898 meletakkan asas bagi kebangkitan

Revolusi China 1911.- Semasa Gerakan Islah, beberapa rancangan dilaksanakan oleh golongan reformis

untuk menguatkan dan memajukan China.- Idea yang dikemukakan oleh golongan reformis member inspirasi kepada pemimpin-

pemimpin di China melancarkan revolusi terhadap kerajaan Manchu.(i) Kemajuan sistem perhubungan- Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti jalan kereta api,telegraf dan pos

membantu pencetusan Revolusi China.- Kemajuan dalam sistem perhubungan menyebabkan idea revolusioner dapat

disebarkan dengan cepat.

KesimpulanRevolusi China berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja Hsuan-tsung turun daripada takhta pada 12 Februari 1912.

Page 9: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

9

SOALAN 6Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)

Pendahuluan:

Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia dengan cara perundingan, bermuafakat dan bertukar-tukar fikiran dengan Negara anggota. Persidangan Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan PBB ; iaitu Perhimpunan Agung , Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan Kemasyarakatan.

Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika Syarikat , Russia , Britain , Perancis , dan China. Ditubuhkan pada 24 oktober 1945, 51 buah Negara telah menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan dianggap sebagai ahli asal pertubuhan ini.

Isi-isi penting:

Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.Terdapat empat matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin keamanan dan keselamatan dunia, Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara-negara anggota.Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. PBB boleh menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.

Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotannya.Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannnya mengikut piagam PBB.

Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan, dan keadilan sejagat.

Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan sesebuah Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB.

Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya Negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang berkaitan dengan bidang perundangan. Dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Penutup:

PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantungan antara satu sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Jbsmard2013....percubaanpenggal12013

Page 10: Skema Pemarkahan Percubaan Sejarah Dunia Penggal 1 2014

10