sistem perbankan - bnm.gov.my · pdf filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi...

44
Sistem Perbankan Pengurusan Sistem Perbankan Rencana: Cabaran Data dan Sistem dalam Pelaksanaan Basel II Rencana: Sistem Insurans Deposit di Malaysia Rencana: Penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Rencana: Langkah-langkah Perbankan yang diperkenalkan pada Tahun 2005 Prestasi Sistem Perbankan Rencana: Program Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) di Malaysia 124-143 132-134 135-137 139-140 143-146 147-161 161-166

Upload: duongtruc

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

Pengurusan Sistem Perbankan Rencana: Cabaran Data dan Sistem dalam Pelaksanaan Basel II Rencana: Sistem Insurans Deposit di Malaysia Rencana: Penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Rencana: Langkah-langkah Perbankan yang diperkenalkan pada Tahun 2005Prestasi Sistem Perbankan Rencana: Program Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) di Malaysia

124-143132-134135-137139-140143-146147-161161-166

Page 2: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

124

PENGURUSAN SISTEM PERBANKAN

Berasaskan pencapaian pada tahun-tahun sebelumnya,kemajuan terus dicapai dalam meningkatkan kapasitidan keupayaan institusi perbankan domestik.Peningkatan daya saing institusi perbankan domestiktelah menyediakan asas bagi penerapan persainganyang lebih sengit secara progresif melaluipenyahkawalseliaan dan liberalisasi selanjutnya.

Sejajar dengan objektif untuk keteguhan dan kestabilankewangan di samping merealisasikan matlamat untukmara ke arah sistem kewangan yang lebih dinamik,teras utama langkah dasar pada tahun 2005 terusmemberi penekanan kepada usaha peningkatan dayasaing institusi perbankan domestik dan mengekalkandaya tahan sektor kewangan. Oleh yang demikian,usaha telah disasarkan ke arah meningkatkankecekapan struktur dan operasi institusi perbankan disamping memperkenalkan rangka kerja pengawalseliaanyang lebih dinamik dan berhemat, dan dilengkapidengan penyeliaan yang berkesan dan pengawasanyang lebih mantap. Dasar utama yang lain pada tahun2005 termasuk memastikan akses yang berterusankepada pembiayaan bagi semua segmen ekonomi danpengukuhan selanjutnya dalam infrastrukturperlindungan dan pendidikan pengguna. Ini sejajardengan haluan Fasa 2 Pelan Induk Sektor Kewangan(PISK) yang bertujuan untuk meningkatkan prestasikeseluruhan sektor kewangan.

(NPL) meneruskan trend menurun ke paras 4.6%, parasterendah semenjak tercetusnya krisis kewangan Asia.Kedudukan kewangan yang teguh memperkukuhkankedudukan sistem perbankan untuk menyokongpertumbuhan ekonomi secara berkesan seperti yangdilihat dalam pengembangan aktiviti pemberianpinjaman. Kelulusan pinjaman baru dan pengeluaranpinjaman meningkat, masing-masing sebanyak 11.4%dan 8.4%, sementara jumlah pinjaman terkumpulberkembang 8.6% pada tahun 2005.

Pembubaran Pengurusan Danaharta Nasional Berhad(Danaharta) pada bulan Disember 2005 menandakankejayaan menyempurnakan bab terakhir usahapenstrukturan semula sektor kewangan yang telahdilaksanakan untuk menangani ancaman yang timbulakibat kemelut kewangan Asia. Dengan kestabilansistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasisektor perbankan yang memberangsangkan, dasaryang dilaksanakan pada tahun 2005 telah berjayadalam meningkatkan daya tahan, kapasiti dankeberkesanan institusi perbankan untuk memenuhikeperluan ekonomi yang semakin kompetitif dandinamik dengan berkesan.

Meningkatkan Keberkesanan Struktur dan OperasiStruktur persekitaran sektor perbankan terus berubahpada tahun 2005. Berikutan kefleksibelan yangdiberikan kepada kumpulan perbankan domestik bagimerasionalisasikan perniagaan perbankan perdagangandan syarikat kewangannya, industri perbankan telahmelalui satu transformasi yang melibatkanpenggabungan perniagaan perbankan runcit dalam satuentiti tunggal. Kesemua sepuluh kumpulan perbankantelah menyempurnakan usaha perasionalan mengikutjadual bagi memanfaatkan pengecualian duti setem dancukai keuntungan harta yang diberikan oleh Kerajaanyang berakhir pada 15 Januari 2006. Usahaperasionalan yang disempurnakan dengan jayanya itumembolehkan modal dan sumber kumpulan perbankandigunakan dengan lebih berkesan, yang akanmeningkatkan potensi mereka untuk memenuhikemahuan pelanggan yang semakin berbeza danpermintaan yang lebih canggih.

Transformasi keinstitusian terus berlaku dalampersekitaran kewangan Malaysia yang berubahberikutan keperluan kewangan yang semakin kompleksdan pembatasan peranan dan fungsi institusi kewanganyang semakin kabur. Satu daripada inisiatif strategikbertujuan untuk mengukuhkan lagi kapasiti dan

Dasar pada tahun 2005 terustertumpu pada usahameningkatkan daya sainginstitusi perbankan domestik,mengukuhkan infrastrukturpendidikan dan perlindunganpengguna, serta memastikanakses yang berterusan kepadapembiayaan.Sistem perbankan terus mengekalkan prestasi kukuhpada tahun 2005 baik dari segi kekukuhan kewanganmahupun kecekapan operasi. Sektor perbankan mencatatkeuntungan sebelum cukai sebanyak RM12.4 bilion danmengekalkan nisbah modal wajaran risiko (RWCR) padaparas melebihi 13%. Nisbah pinjaman tidak berbayar

Sistem Perbankan

Page 3: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

125

keupayaan kumpulan perbankan domestik dalammenyumbang ke arah transformasi ekonomi dan bagimenghadapi cabaran liberalisasi ialah pembentukan bankpelaburan yang mantap melalui penggabungan banksaudagar, syarikat broker saham dan syarikat diskaun.Pada masa ini, pengantara pasaran kewangan tersebutmenawarkan produk dan perkhidmatan yang serupa.Integrasi tersebut akan meningkatkan kecekapan dankeberkesanan mereka dengan meminimumkan duplikasisumber dan pertindanan aktiviti, menggunakaninfrastruktur yang sama dan juga meraih manfaatdaripada aspek sinergi dan ekonomi ikut bidangan. Inijuga akan meningkatkan lagi potensi dan keupayaaninstitusi kewangan domestik untuk meraih peluangperniagaan, meningkatkan kelebihan daya saing danmemperluas rangkaian aktiviti kewangan dan khidmatnasihat, dan oleh itu memperkukuh potensi merekauntuk bersaing secara berkesan dengan bank pelaburanantarabangsa.

Penubuhan bank pelaburan bertujuan untukmenjadikan pasaran modal lebih dinamik danmemberangsangkan untuk menyumbang ke arahtransformasi ekonomi dan juga membolehkan pesertapasaran menghadapi cabaran liberalisasi dan globalisasidengan lebih baik. Berdasarkan hakikat ini, rangka kerjabagi bank pelaburan telah dirumus berlandaskan tigaprinsip utama. Pertama, rangka kerja tersebut bertujuanmemperluas skop aktiviti entiti gabungan tersebut dimana bank pelaburan akan turut dibenarkanmenjalankan pengurusan dana dan perniagaan amanahsaham di samping aktiviti yang dijalankan berdasarkanjenis lesen yang ada sebelum rasionalisasi. Kedua,rangka kerja tersebut bertujuan untuk meningkatkankapasiti bagi pertumbuhan dan pengembanganperniagaan melalui perasionalan industri secaramenyeluruh. Akhir sekali, ia bertujuan meminimumkanbeban pengawalseliaan yang mungkin timbul berikutandua rejim pengawalseliaan. Untuk memudahkanpenubuhan bank pelaburan, insentif pengecualian dutisetem dan cukai keuntungan harta, dan kredit cukaiatas kerugian terkumpul bagi institusi kewangan yangterlibat dalam perasionalan diberi kepada semua entitiyang terbabit dalam transformasi kepada bankpelaburan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Bank Negara Malaysia mengumumkan rangka kerjabagi pembentukan bank pelaburan pada bulan Mac2005. Di bawah rangka kerja tersebut, sebuah bankpelaburan boleh dibentuk melalui beberapa pilih aturpenggabungan, iaitu melalui gabungan sebuah banksaudagar dan syarikat broker saham dalam kumpulanperbankan yang sama atau gabungan dua syarikatdiskaun yang berasingan dengan sebuah syarikat broker

saham. Bagi membolehkan pembangunan sesebuahsistem kewangan yang lebih berdaya tahan, berdayasaing dan dinamik, rangka kerja tersebut diperluasuntuk membolehkan broker universal berubah menjadibank pelaburan, melalui pengambilalihan sebuahsyarikat diskaun. Semua kumpulan kewangan diberitempoh sehingga 30 Jun 2006 untuk menjalankanusaha perasionalan.

Apabila proses tersebut selesai kelak, bank pelaburanakan memegang lesen perbankan saudagar dan lesenpeniaga yang masing-masing dikeluarkan menurut AktaBank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan AktaIndustri Sekuriti 1983. Justeru, bank pelaburan akandikawal selia secara bersama oleh Bank Negara Malaysiadan Suruhanjaya Sekuriti. Sehubungan dengan itu, satupembahagian peranan yang jelas antara kedua-duapengawal selia telah dibentuk. Bank Negara Malaysiaakan bertanggungjawab atas peraturan berhemat bagibank pelaburan demi memastikan keselamatan dankemantapan sistem kewangan terpelihara, di sampingmelindungi kepentingan pendeposit. SuruhanjayaSekuriti akan bertanggungjawab atas pengendalianurusan dan pasaran bank pelaburan untuk menggalakkanintegriti pasaran dan memberi perlindungan kepadapelabur. Bagi mencapai objektif ini, Bank NegaraMalaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sedang dalam prosesmemuktamadkan kandungan MemorandumPersefahaman yang menggariskan semua aspektertentu dalam kerjasama dan rundingan antara kedua-dua pengawal selia. Ini bagi memastikan penyelarasanperanan dan tanggungjawab berkaitan penyeliaan dan

Rangka kerja bank pelaburanbertujuan mengukuhkankapasiti institusi kewangandomestik untukmemanfaatkan peluangperniagaan, meningkatkankelebihan daya saing danmeluaskan rangkaian aktivitikewangan dan khidmatnasihat, dan oleh itumeningkatkan potensi merekauntuk bersaing denganberkesan dengan bankpelaburan antarabangsa.

Page 4: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

126

pengawalseliaan bank pelaburan berjalan lancar danefisien. Selanjutnya, untuk memastikan bank pelaburandikendali oleh tenaga kerja yang berkebolehan dancekap, semua kakitangan yang menjalankan fungsiberkaitan urus niaga sekuriti, pengurusan dana, nasihatpelaburan dan aktiviti kontrak hadapan, mesti luluspeperiksaan yang berkaitan dan dilesenkan sebagaiwakil sebelum menjalankan aktiviti tersebut, sebagaimanayang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Pada 1 Julai 2005, Bank Negara Malaysia bersama-samaSuruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan Garis Panduanmengenai Perbankan Pelaburan yang memperincikankeperluan dan proses untuk menubuhkan bankpelaburan dan rangka kerja pengawalseliaan yang perludipatuhi oleh bank pelaburan dalam operasinya. Rangkakerja tersebut telah dirumus dengan mengambil kirarisiko bagi entiti gabungan baru tersebut dan rangkakerja pengawalseliaan antarabangsa bagi bankpelaburan. Garis Panduan ini menetapkan dana modalminimum yang tidak terjejas oleh kerugian, pada parasRM2 bilion berasaskan setiap kumpulan, bagi bankpelaburan yang merupakan sebahagian daripadakumpulan perbankan domestik dan RM500 juta untukbank pelaburan secara bersendirian. Bank pelaburanbersendirian tersebut perlu mematuhi keperluan danamodal minimum menjelang 31 Disember 2008. Sekiranyagagal, ia akan diberi lesen terhad yang tidakmembenarkannya menjalankan aktiviti pengambilandeposit. Bank pelaburan juga akan tertakluk padaRangka Kerja Kecukupan Modal Bank Pelaburan (IBCAF),yang berdasarkan rangka kerja kecukupan modal sediaada yang diterima pakai oleh institusi perbankan. Semuabank pelaburan, kecuali bank pelaburan bersendirianyang tidak memenuhi keperluan dana modal minimum,akan dibenarkan untuk menggembleng deposit dengansaiz minimum RM500,000. Walau bagaimanapun, dalamjangka masa panjang, bank pelaburan dijangka akanmemperoleh dana yang diperlukan bagi keperluanpembiayaan daripada pasaran modal. Menyedari bahawapenyertaan pelabur asing boleh menjadi pendorong kearah meningkatkan kapasiti dan tahap kecekapaninstitusi domestik melalui pemindahan kemahiran,kepakaran dan pengetahuan teknikal serta menyediakanakses kepada kerjasama antarabangsa, dan seiringdengan pendekatan liberalisasi secara beransur-ansuryang dilaksanakan di Malaysia, had penyertaan bagiekuiti asing dalam bank pelaburan ditetapkan pada tahaplebih tinggi, iaitu 49%.

Seperti yang digariskan dalam PISK, satu daripada inisiatifstrategik utama ke arah meningkatkan kapasiti dankeupayaan institusi perbankan domestik ialah melaluipenerapan persekitaran yang lebih kompetitif secara

beransur-ansur sebagai pemangkin ke arah pembaikanprestasi. Sebagai peserta dalam sistem kewangan, institusiperbankan asing yang diperbadankan (LIFB) di Malaysiatelah memberi sumbangan yang nyata kepadapembangunan dan kemantapan sektor kewangan melaluipelaburan modal, pewujudan peluang pekerjaan,pembiayaan aktiviti ekonomi dan juga pemindahankemahiran dan teknologi. Dengan sokongan penyelidikanyang ekstensif dan rangkaian operasi antarabangsa, LIFBtelah dan terus memperkenalkan model perniagaan baru,menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkanpengurusan risiko dan saluran penyampaian, danmenetapkan tahap bagi kualiti perkhidmatan pelanggan.Ini telah melahirkan kesan limpahan kepada institusikewangan domestik. Kesan ini, berserta diagnosisberhubung dengan kekuatan dan kelemahan, dan bidangyang memerlukan peningkatan dalam prestasi di bawahprogram penandaarasan telah menghasilkan peningkatandalam institusi perbankan domestik secara menyeluruh. Iniseterusnya menyumbang kepada peningkatan tahapperkhidmatan perbankan di negara ini.

Dengan daya saing institusi perbankan domestik yangsemakin kukuh, LIFB diberi lebih kefleksibelan melaluipenubuhan sehingga empat cawangan tambahan.Memandangkan institusi perbankan domestikmempunyai saiz operasi yang besar di kawasan luarbandar demi memenuhi objektif sosioekonomi untukmemastikan kawasan luar bandar mempunyai aksesyang mencukupi kepada perkhidmatan perbankan, danbagi meningkatkan lagi sebaran cawangan bank keseluruh negara, kefleksibelan yang diberi kepada LIFBtertakluk kepada nisbah yang telah ditentukan terlebihdahulu bagi cawangan tambahan di pusat perniagaan,kawasan bandar dan kawasan luar bandar.

Selaras dengan usaha meningkatkan lagi kemampuanmenyediakan rangkaian produk kewangan inovatif danperkhidmatan yang menyeluruh untuk bersaing denganlebih berkesan dalam pasaran, institusi perbankan telahmenjalin perikatan strategik dengan institusi kewangandomestik dan asing yang lain. Langkah ini telahmenyumbang kepada pertumbuhan aktivitibankasurans, pengurusan aset dan kekayaan, danmenyediakan platform untuk perdagangan dalam ekuitiasing, sekuriti berpendapatan tetap dan amanah saham.Tambahan lagi, banyak institusi perbankan telahmemanfaatkan kefleksibelan yang diberi untukmenggunakan sumber luar bagi menjalankan fungsioperasi bukan teras sebagai langkah untukmeningkatkan kecekapan operasi. Fungsi penggunaansumber luar tersebut dijalankan oleh penyediaperkhidmatan pihak ketiga atau oleh anak syarikat yangditubuhkan khas untuk menyediakan perkhidmatan

Page 5: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

127

kepada entiti dalam kumpulan perbankan. Seiringdengan trend global ke arah penggunaan sumber luar,Malaysia telah meraih manfaat daripada penubuhanpusat pemerosesan dan penggunaan sumber luarserantau yang menyediakan perkhidmatan kepadarantau ini. Ini kerana adanya persekitaran perniagaanyang sesuai, tenaga kerja yang mahir, pendedahanglobal yang kukuh dan kos permulaan perniagaan yangrendah di Malaysia. Sehingga kini, empat institusiperbankan asing telah menubuhkan pusat pemerosesanserantau di Malaysia dengan jumlah pelaburansebanyak RM343.1 juta, sementara sebanyak 5,243jumlah pekerjaan telah diwujudkan pada akhir bulanDisember 2005. Rakan sekutu asing yang lain termasukentiti bukan perbankan, juga semakin menunjukkanminat untuk menubuhkan pusat penggunaan sumberluar bagi proses perniagaan di negara ini untukmenyediakan perkhidmatan kepada operasi serantaudan global mereka.

Bagi menggalakkan inovasi produk, institusi perbankantelah diberi kefleksibelan dari segi penawaran produkpelaburan berkaitan derivatif (ILD). Garis PanduanPenawaran Produk Pelaburan Berkaitan Derivatif yangdisemak yang dikeluarkan pada bulan April 2005membolehkan institusi perbankan merangka produk ILDbagi mana-mana kelas aset, tertakluk kepada amaunnosional agregat tidak melebihi 100% daripada modalasas. Sebelum ini, keperluan ini juga diiringi oleh hadtambahan dengan amaun nosional tidak melebihi 30%daripada modal asas bagi setiap kelas aset yangdiluluskan. Semakan Garis Panduan ini jugamembenarkan institusi perbankan menawarkan produkILD dalam denominasi mata wang ringgit yang dikaitkankepada kelas aset asing. Selanjutnya, produk ILDdengan nilai pokoknya tidak dilindungi, bolehditawarkan kepada pelabur, asalkan risiko produktersebut dikenal pasti dengan jelas dan pelaburdimaklumkan bahawa potensi kerugian maksimummereka terhad kepada jumlah pokok yang dilaburkan.Selain itu, tempoh kelulusan bagi produk ILD telahdipendekkan daripada 21 hari kepada 14 hari untukmembolehkan tempoh ke pasaran yang lebih singkat.Selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkanpertumbuhan dan jangkauan pasaran produk ILD diMalaysia, pada bulan Februari 2006, Bank NegaraMalaysia telah meliberalisasikan beberapa lagi keperluandalam Garis Panduan tersebut. Di bawah semakanterbaru itu, had amaun nosional agregat produk ILDyang ditawarkan oleh institusi perbankan telahdimansuhkan, dengan itu membolehkan institusiperbankan menawarkan produk ILD dengan lebihfleksibel. Tambahan lagi, untuk membolehkan operasiinstitusi perbankan menjadi lebih efisien, produk yang

ditawarkan dianggap telah diluluskan apabilapengemukaan kepada Bank Negara Malaysia dibuat,tertakluk pada pematuhan semua syarat yangdinyatakan dalam Garis Panduan tersebut, yangmerangkumi aspek pengurusan risiko, ciri produk,pemasaran dan klasifikasi produk, dan keperluanpendedahan dan pematuhan pengawalseliaan.

Untuk meningkatkan lagi akses pelanggan kepadapelbagai perkhidmatan kewangan yang ditawarkan olehbank perdagangan, kefleksibelan tambahan diberikanpada bulan Ogos 2005 bagi membolehkan bankperdagangan menjalankan perkhidmatan pemfaktoransama ada dalam bank atau melalui entiti berasingan.Entiti berasingan itu boleh berada dalam bentuk anaksyarikat yang dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya,atau usaha sama dengan mana-mana pihak laintermasuk pihak asing.

Dalam persekitaran operasi yang semakin dinamik danberdaya saing, sektor perbankan terus berhadapandengan cabaran untuk meningkatkan kecekapanoperasi dan amalan pengurusan risiko mereka. Initermasuk mengurus portfolio pinjaman mereka denganberkesan dan efisien. Untuk memberikan institusiperbankan kefleksibelan dan pilihan yang lebih baikdalam mengurus pendedahan mereka, Bank NegaraMalaysia mengeluarkan Garis Panduan untuk Penjualan/Pembelian Pinjaman Tidak Berbayar oleh InstitusiPerbankan pada bulan Disember 2005. Berikutanpengeluaran Garis Panduan ini, institusi perbankan kiniboleh terus menjual NPL mereka kepada pihak ketigayang layak, iaitu institusi perbankan domestik, LIFB,pelabur domestik dan asing. Institusi perbankan jugadibenar membeli NPL daripada institusi perbankan lain.Dengan kefleksibelan ini, institusi perbankan diberipilihan tambahan untuk mengurus kedudukankewangan mereka dan memperuntukkan semulasumber ke arah memperkukuh potensi perniagaan danuntuk menjana kadar pulangan yang lebih tinggi. Iajuga membolehkan institusi perbankan menjalankaninovasi produk dengan lebih baik dan menggunakansumber untuk pelaburan dalam pembangunan modalinsan dan infrastruktur teknologi, daripadamenguruskan aset bermasalah. Untuk memastikankefleksibelan tersebut tidak mendedahkan risiko yangtidak berpatutan kepada institusi perbankan yangmengambil bahagian, sistem perbankan dan pengguna,kefleksibelan tersebut tertakluk pada syarat am tertentudan keperluan berhemat. Satu daripada syarat am itutermasuk keperluan penjualan dan pembelian NPL olehpelabur domestik atau asing yang bukan institusiberlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-InstitusiKewangan 1989, dijalankan melalui jentera tujuan khas

Page 6: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

128

atau special purpose vehicle yang diperbadankan diMalaysia dengan penyertaan ekuiti asing dihadkanpada 49%; bertujuan untuk memupuk danmemperkembangkan industri pengurusan asettempatan. Untuk memastikan penjualan NPLdikendalikan dengan baik, Garis Panduan tersebut jugamenggariskan peranan dan tanggungjawab lembagapengarah dan pengurusan kanan, serta keperluanperundangan dan proses pengawalseliaan untuk aktivitiseperti itu.

Ketersediaan tenaga kerja dengan kecekapan yangtinggi, yang mengutamakan pelanggan, mahirteknologi, fleksibel dan tangkas dalam sektor kewanganyang sentiasa berubah semakin menjadi faktor pentingdalam menentukan kejayaan sesebuah institusi danseterusnya menyumbang ke arah pembentukan sektorkewangan yang lebih berdaya tahan dan dinamik. Olehyang demikian, usaha mempertingkatkan sumber modalinsan dan keupayaan intelektual secara berterusanadalah kritikal untuk memacu prestasi sektor kewangan,terutama industri perbankan. Pusat KepimpinanKewangan Antarabangsa (ICLIF) terus memenuhikomitmennya dalam menyediakan programpembangunan kepimpinan untuk melatih pemimpindalam sektor perkhidmatan kewangan. Pada tahun2005, ICLIF menganjurkan dua sesi ProgramPembangunan Kepimpinan Global di bawah programkepimpinan lanjutan berstruktur dan pelbagai programpembelajaran yang khusus mengenai perancangansenario dan pemikiran strategik, memimpin perubahan,kepimpinan berinovasi dan forum pengarah.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada pelan strategikuntuk merangka portfolio latihan dan pendidikanlanjutan yang bertujuan meningkat kemahiran danmenambah kecekapan di samping meningkatkankeupayaan pengurusan dan kemahiran organisasi industriperbankan bagi menghadapi cabaran masa hadapan,Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) sedang merangkaRangka Kerja Kecekapan Industri Perbankan danKewangan. Rangka kerja ini akan menyediakan asasuntuk membimbing IBBM dalam merangka programteknikal yang relevan dan membantu institusi pengajiantinggi untuk menjajarkan kurikulum mereka bagimemenuhi keperluan sumber manusia industri untukkumpulan profesional yang berbakat tinggi. Selain itu,rangka kerja tersebut mengandungi dua hasil utamaiaitu kecekapan asas, yang terdiri daripada pengetahuanutama, kemahiran dan ciri-ciri sikap yang diperlukanoleh ahli perbankan dan kecekapan teknikal yangmenggariskan pengetahuan teknikal, kemahiran danciri-ciri sikap yang diperlukan untuk tugasan pentingdalam sektor perbankan utama. Dalam merumus rangka

kerja itu, IBBM telah menganjur perbincangankumpulan fokus di peringkat atasan pada bulanDisember 2005 untuk membincangkan Rangka KerjaKecekapan Teras itu. Perbincangan kumpulan fokusdisertai oleh ketua pegawai eksekutif institusiperbankan utama dan tokoh akademik terkemuka.Perbincangan itu menyumbang ke arah pengumpulaninput dan pandangan secara holistik dan seimbang yangdiperlukan untuk menghalusi Rangka Kerja KecekapanTeras dan menjadi landasan untuk usaha seterusnyabagi fasa kecekapan teknikal.

Usaha berterusan untuk memastikan bekalan siswazahberkecekapan tinggi dalam industri perbankan dankewangan telah membawa kepada pemeteraianMemorandum Persefahaman (MoU) antara IBBMdengan Universiti Malaya pada 21 Julai 2005. MoUtersebut merintis jalan ke arah pembangunan danpeningkatan pengetahuan dan kemahiran siswazahyang mengambil pengkhususan dalam bidangperbankan dan kewangan melalui peningkatan programperbankan dan kewangan oleh universiti tersebut danpenempatan industri atau peluang latihan siswazah diinstitusi perbankan. Usaha sama strategik itumenawarkan peluang bagi kedua-dua pihakmemanfaatkan kekuatan masing-masing ke arahpencapaian matlamat bersama, iaitu meningkatkankualiti sumber manusia untuk industri perbankan.

Menggalakkan Kemantapan dan Kestabilan SistemPerbankanKewujudan sistem kewangan yang mantap dan stabiladalah penting dalam mencapai pertumbuhan ekonomidan kemakmuran yang mapan. Dalam landskapkewangan dan integrasi global pasaran kewangan yangterus berkembang, adalah penting bagi sistem kewanganuntuk kekal responsif dan berupaya mengurus pelbagairisiko yang bakal muncul. Oleh itu, perhatian yangsewajarnya terus diberikan ke arah memastikan bahawaelemen asas sistem kewangan yang selamat dan mantapkekal tidak berubah. Ini termasuk pewujudan rangkakerja pemantauan dan pengawasan yang komprehensifdan berkesan, peraturan berhemat dan pengawasanpenyeliaan yang kukuh dan dinamik, serta infrastrukturkewangan yang efisien dan jaringan keselamatankewangan yang boleh dipercayai.

Pada tahun 2005, usaha terus tertumpu padapengukuhan selanjutnya pengawasan sistemperbankan. Kemampuan mengesan dan menilaikelemahan-kelemahan yang muncul adalah kritikalsupaya langkah dasar yang wajar dapat dilaksanakanbagi mengelak atau membendung risiko yang munculdengan segera. Dalam hal ini, inisiatif terus diambil ke

Page 7: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

129

arah memantau dan menilai ketahanan sistemperbankan dengan menggunakan gabunganpenunjuk kewangan dan makroekonomi yangrelevan, maklumat kualitatif serta pengawasan didalam dan luar premis. Sepanjang tahun 2005,pelbagai langkah diambil ke arah memantau danmenilai hubung kait antara perkembanganmakroekonomi domestik dengan pasaran kewangan,prestasi sistem kewangan dan implikasinya terhadapkestabilan sistem kewangan; prestasi sektor ekonomitertentu, termasuk sektor isi rumah dan korporat danimplikasinya terhadap keutuhan sistem perbankan,serta potensi impak perkembangan serantau danglobal terhadap kedudukan kewangan sistemperbankan di Malaysia. Di samping itu, usaha untukmembangunkan keupayaan dan alat bagi rangkakerja pengawasan yang lebih komprehensif diperingkat sistem dan institusi untuk mengenal pasti,mengukur, menilai serta meramal kelemahan yangtimbul sedang dijalankan. Ia termasuk merumusmetodologi yang sesuai bagi model-model tersebutdan memperkemas set data yang digunakan dalammodel-model tersebut. Selanjutnya, rangka kerja ujiantekanan sedang dikaji semula dan diperkemas untukmemberi panduan kepada institusi perbankanmengenai pelaksanaan ujian tekanan sebagai alatpengurusan risiko dalam institusi berkenaan. Garispanduan mengenai ujian tekanan yang disemak akanmemberi kefleksibelan kepada institusi perbankanuntuk membentuk atau menerima pakai ujiantekanan yang paling sesuai dan efektif bagi modelperniagaan masing-masing. Dengan menggunakanparameter tetap yang diberikan untuk pelaksanaanujian tekanan ini, institusi perbankan akan mengenalpasti faktor risiko, atau ciri-ciri yang setara denganaktiviti mereka, skala faktor risiko dan infrastrukturpengurusan risiko mereka.

Aktiviti penyeliaan yang dilaksanakan pada tahun 2005juga berdasarkan matlamat untuk menggalakkankemantapan kewangan dan kestabilan sistemperbankan untuk menyokong wawasan Bank NegaraMalaysia bagi mewujudkan sistem perbankan yangdinamik, kompetitif dan stabil. Pendekatan penyeliaanBank Negara Malaysia terus tertumpu padapengawasan yang berterusan demi memastikankeselamatan dan kemantapan institusi kewangan sertamengambil langkah awalan untuk membendung risikoyang muncul dengan segera. Perhatian diberikankepada pengenalpastian aktiviti perniagaan institusiperbankan yang utama, menilai risiko utama dalamsetiap aktiviti perniagaan yang utama dan keupayaaninstitusi perbankan yang berkenaan dalam mengurusrisiko ini. Pendekatan komprehensif dalam menyelia

kumpulan kewangan dilaksanakan bagi menilaikapasiti dan keupayaan pengurusan risiko dan sistemkawalan dalaman sesuatu kumpulan perbankantertentu. Syarikat induk bank dan entiti lain dalamkumpulan juga dinilai bagi memudahkanpengenalpastian yang lebih awal risiko kontagionkepada institusi perbankan dalam kumpulan tersebut.Ini disokong pula oleh maklumat yang diperolehdaripada pengawal selia yang lain, di dalam negeri dandi peringkat antarabangsa, bagi memberi penilaiankumpulan kewangan yang menyeluruh.

Menyedari kepentingan sistem maklumat (SM) dalamperniagaan perbankan, khususnya dari segipengurusan risiko, pembangunan produk danpenyampaian perkhidmatan pelanggan, adalahpenting agar integriti dan keteguhan SM dikekalkan.Dalam hal ini, inisiatif penyeliaan ditumpukan bukansahaja pada aspek keselamatan dan kawalanpersekitaran SM, malahan juga tadbir urus aktiviti SMoleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan kanan.Dalam kes yang kebanyakan operasi SM institusiperbankan dikendalikan oleh pembekal perkhidmatanluar, skop pemeriksaan juga diperluas kepadapembekal perkhidmatan. Ini bagi memastikan institusiperbankan mempunyai pengawasan yang mencukupiterhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pembekalperkhidmatan mereka dan piawaian yang diterimapakai oleh pembekal perkhidmatan ini sekurang-kurangnya setara, sekiranya tidak lebih tinggi daripadapiawaian yang digunakan terhadap persekitaran SMdalaman institusi perbankan.

Keperluan dan piawaian minimum bagi perancangandan pengurusan persekitaran SM dan bagi pewujudanlangkah pengurusan risiko SM diperincikan dalamGaris Panduan mengenai Pengurusan PersekitaranSistem Maklumat yang dikeluarkan pada bulan Mei2004. Dalam proses melaksanakan pemeriksaan dipremis pada tahun 2005, diperhatikan bahawakebanyakan institusi perbankan sama ada telahmematuhi piawaian minimum, atau mencapaikemajuan yang ketara ke arah mematuhi piawaianminimum tersebut. Sesetengah institusi perbankanjuga telah melaksanakan kawalan yang lebih ketat,selaras dengan saiz dan kerumitan persekitaran SMmasing-masing. Pada tahun 2005, Bank NegaraMalaysia turut meneruskan usahanya untukmengukuhkan ketahanan sistem kewangan di Malaysiasekiranya berlaku sebarang perkembangan di luarjangkaan. Keperluan bagi institusi perbankanmerangka Rancangan Luar Jangka dan PenyambunganSemula Perniagaan (BRCP) dan ujian atasnya jugaditetapkan dalam Garis Panduan tersebut.

Page 8: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

130

Amalan tadbir urus korporat yang berkesan yangmempertingkatkan kebertanggungjawaban korporatmerupakan unsur penting dalam pelaksanaan disiplindan ketelusan pasaran. Sejajar dengan langkah ke arahrangka kerja pengawalseliaan ‘berasaskan prinsip’,tanggungjawab yang lebih besar diletakkan di atasbahu pemegang saham dan lembaga pengarahinstitusi perbankan bagi memastikan institusi merekaberoperasi dengan cara yang mantap dan selamat,dalam parameter yang ditetapkan oleh Bank NegaraMalaysia. Penerimapakaian piawaian untuk amalantadbir urus korporat yang mantap memastikan institusiberlesen diurus dengan cara yang selamat dan mantapdengan keseimbangan yang berpatutan antara aktivitipengambilan risiko dengan kehematan perniagaan,untuk memaksimumkan pulangan kepada pemegangsaham dan pada masa yang sama, melindungikepentingan semua pihak yang berkepentingan. Bagimembantu sektor perbankan mencapai objektif ini,Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan GarisPanduan mengenai Tadbir Urus Korporat bagi InstitusiBerlesen (Pindaan BNM/GP1) pada bulan September2005 bagi menggantikan Garis Panduan mengenaiJawatan Ahli Lembaga Pengarah (GP1). Garis Panduanyang disemak ini dirangka berdasarkan konsep asastanggungjawab, kebertanggungjawaban danketelusan. Ia juga mengandungi prinsip yang luasberhubung hal-hal lembaga pengarah, pengawasanpengurusan dan audit.

Garis Panduan yang disemak ini memberi penekananyang penting terhadap peranan dan tanggungjawablembaga pengarah bagi memastikan pimpinan yangwajar atas institusi di samping memastikan bahawadasar dan prosedur yang diterima pakai oleh institusiperbankan adalah mantap dan berhemat serta dipatuhidi setiap peringkat organisasi pada setiap masa. Inidicapai melalui pengawasan yang teliti dan rapiterhadap fungsi dan hal ehwal institusi berlesen,termasuk memastikan institusi mewujudkan dasar,proses dan infrastruktur pengurusan risiko yangmenyeluruh di samping proses kajian semula auditdalaman yang berkesan. Lembaga pengarah jugadipertanggungjawabkan dengan tugas mewujudkannilai, wawasan dan strategi korporat sebagai panduanbagi aktiviti institusi berlesen di samping mengetahuijenis aktiviti kewangan utama yang dijalankan olehinstitusi tersebut. Peranan pengarah bebas jugadiperluas untuk memastikan kebebasan dan objektivitiyang perlu kepada lembaga pengarah, memastikansekatan dan imbangan yang berkesan serta menanganisebarang kemungkinan percanggahan kepentingan.Pendekatan dan metodologi penyeliaan yang diterimapakai, termasuk temuduga dan penilaian prestasi

setiap pengarah individu telah menyumbang ke arahtadbir urus korporat yang lebih baik. Terdapatpenyertaan yang lebih aktif di kalangan para pengarahdan peningkatan dalam tahap kesedaran terhadapkehendak atas ahli lembaga pengarah dalammemantau operasi sesebuah institusi berlesen.

Ciri penting lain Garis Panduan yang disemak termasukpemisahan yang jelas antara peranan pengerusi denganketua pegawai eksekutif (KPE), serta pemisahan yangjelas antara pemegang saham dengan pihak pengurusaninstitusi berlesen. Ia bertujuan untuk memastikanimbangan yang wajar dalam peranan, tanggungjawab,kuasa dan kebertanggungjawaban di kalangan pembuatkeputusan di samping untuk tidak menghalang amalantadbir urus korporat yang mantap. Di samping itu, bagimemastikan kepimpinan yang berkesan, piawaian sesuaidan wajar bagi pengarah dan pihak pengurusan kananterus diperketat, dengan mengambil kira beberapa faktortermasuk kecekapan, sikap, integriti dan kejujuranseseorang individu. Ini bertujuan untukmempertingkatkan tahap kecekapan dan keupayaanlembaga pengarah secara keseluruhan bagimelaksanakan kewajipan mereka dengan berkesan dalammengawasi dan menyumbang secara aktif kepada halatuju strategik dan operasi keseluruhan perniagaanperbankan mereka. Memandangkan peranan timbalanKPE dan ketua pegawai kewangan adalah kritikal dalamsesebuah institusi berlesen, Garis Panduan yang disemakini menetapkan bahawa Bank Negara Malaysia akanmembantu Jawatankuasa Penamaan institusi berlesenberkenaan dengan menjalankan pemeriksaan terhad keatas calon yang dicadangkan bagi jawatan berkenaanuntuk memastikan hanya individu yang layak memegangjawatan tersebut.

Dalam usaha untuk menyampaikan dan mempertingkatkanlagi pengetahuan pengarah institusi kewangan tentang isutadbir urus korporat, IBBM mengendalikan Program

Garis Panduan mengenaiTadbir Urus Korporat bagiInstitusi Berlesen meletakkanpenekanan yang ketara ataspengawasan oleh LembagaPengarah, peranan pengarahbebas dan pemisahan yangjelas antara pihak pengurusandengan pemegang sahaminstitusi perbankan.

Page 9: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

131

Pengarah mengenai Semakan atas Garis Panduan TadbirUrus Korporat pada bulan November 2005. Matlamatprogram itu adalah untuk memastikan ahli lembagapengarah berpengetahuan mengenai matlamat danpiawaian tadbir urus korporat yang akanmempertingkatkan keberkesanan mereka dalammenjalankan kewajipan dan tanggungjawab mereka.

Dalam persediaan untuk pelaksanaan Basel II, institusiperbankan telah mengendalikan penilaian jurang yangterperinci pada tahun 2005 bagi menilai kesediaan merekauntuk menerima pakai rangka kerja kecukupan modalyang baru ini. Keputusan penilaian ini yang diserahkankepada Bank Negara Malaysia telah memberikankefahaman mendalam yang bernilai mengenai aspirasi dancabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakanBasel II. Meskipun kebanyakan institusi perbankan tidakmeramal sebarang masalah besar dalam menerima pakaiKaedah Standard (Standardised Approach) melangkauipenambahbaikan sistem, kebanyakan merekamenekankan bahawa tahap penembusan yang rendaholeh penarafan luar akan menyekat potensi manfaat yangboleh diraih daripada Kaedah Standard ini.

Penilaian jurang diikuti oleh siri perbincangan dua halajuga digunakan oleh Bank Negara Malaysia sebagai inputdalam merangka panduan penyeliaan yang terperinci.Panduan penyeliaan ini, yang akan diterbitkan pada tahun2006, akan memperincikan reka bentuk dan bidangpengubahsuaian di bawah Kaedah Standard danPenarafan Berasaskan Dalaman (Internal Ratings Based,IRB) bagi risiko kredit. Bagi Kaedah Standard, perincian danpengubahsuaian rangka kerja akan melibatkan kajiansemula parameter tertentu seperti pemetaan wajaran risikodan potongan cagaran pengawalseliaan bagi memastikanyang ia mencerminkan pengalaman tempatan, danmenghasilkan keperluan modal yang sebanding denganinstitusi perbankan di bawah pendekatan IRB yangmengambil risiko yang serupa. Di samping itu, kesesuaianmelaksanakan budi bicara nasional perlu dinilai denganmenyeluruh supaya budi bicara ini tidak mengurangkankesensitifan risiko rangka kerja ini dengan ketara.

Dalam pendekatan IRB, tumpuan diberikan padainterpretasi keperluan operasi di bawah pendekatantersebut, dengan pertimbangan yang secukupnyadiperlukan bagi menggalakkan penerimapakaianamalan terbaik global di kalangan institusi perbankandomestik. Meskipun penerimapakaian amalan terbaikglobal merupakan matlamat jangka panjang yangdiingini, menetapkan amalan ini sebagai tanda arasminimum adalah tidak realistik, dan justeru itu, tidakmenggalakkan perpindahan kepada kaedah IRB. Unsurutama dalam proses membangunkan panduan industri

IRB ialah mengimbangi antara keperluan terhadapbutiran teknikal yang spesifik dengan penggunaanrangka kerja berasaskan prinsip dalam bidang yangamalan pasaran masih berkembang. Panduan yangterlalu preskriptif mungkin akan menyebabkan institusiperbankan terbatas kepada keperluan yang mungkintidak sesuai bagi model perniagaan mereka.

Kertas konsep yang akan dikeluarkan oleh Bank NegaraMalaysia pada tahun 2006 akan turutmempertimbangkan pelaksanaan Kaedah Indikator Asas(Basic Indicator Approach) dan Kaedah Standard(Standardised Approach) bagi risiko operasi. Hasil kajiselidik risiko operasi yang dikendalikan oleh BankNegara Malaysia pada tahun 2005 mendedahkanbahawa kebanyakan institusi kewangan telahmelaksanakan rangka kerja pengurusan risiko operasidan memulakan usaha pengumpulan data risikooperasi. Garis panduan mengenai amalan pengurusanrisiko operasi yang mantap akan dikeluarkan padatahun 2006 sebagai asas untuk mempertingkatkantahap pengurusan risiko operasi dalam industri.

Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia juga turutmengadakan siri perbincangan dengan agensi penilaiankredit luaran (ECAI) tempatan dalam prosesmenyempurnakan kriteria bagi pengiktirafan ECAIuntuk pelaksanaan Kaedah Standard. Di peringkatantarabangsa, Bank Negara Malaysia terus terlibatsecara aktif dalam dialog dengan para penyeliatempatan bagi institusi perbankan asing supaya dapatmemahami dengan lebih jelas pendekatan yang diambiloleh pengawal selia ini, di samping menjalin kerjasamayang lebih erat dengan mereka bagi pelaksanaan Basel II.Bank Negara Malaysia juga terlibat secara khususdengan Kumpulan Kerja mengenai PenyeliaanPerbankan Mesyuarat Eksekutif Bank-Bank Pusat AsiaTimur dan Pasifik (EMEAP), yang tertumpu pada isuberkaitan Basel II yang dihadapi bersama-sama olehnegara anggota, seperti pengiktirafan ECAI dan isupenyelia tempatan-penyelia tuan rumah yangberhubung dengan pengesahan model dalaman.

Sebagai tambahan kepada inisiatif yang sedangdijalankan ke arah persediaan untuk menerima pakaiBasel II, usaha yang berterusan juga turut disalurkanbagi memperkukuh amalan pengurusan risiko industri.Dengan penglibatan yang lebih oleh institusi perbankandalam aktiviti pelaburan, perdagangan danperlindungan nilai, ia menjadi semakin penting bagimereka untuk mengambil kira impak dan potensi kesanpergerakan dalam pasaran kewangan. Dalam hal ini danbagi melengkapi inisiatif Basel II, pelaksanaan RangkaKerja Kecukupan Modal Risiko Pasaran (MRCAF) yang

Page 10: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

132

Cabaran Data dan Sistem dalam Pelaksanaan Basel II

Kompleksiti Basel II terus memberi cabaran dalam pelaksanaan piawaian kecukupan modal baru di kalanganinstitusi perbankan dan penyelia bank dalam sistem kewangan global. Isu dan cabaran pelaksanaan telahdibincangkan dengan meluas di kalangan institusi perbankan dan penyelia bank yang ingin salingmempelajari daripada pengetahuan dan pengalaman masing-masing. Satu bidang yang mendapat perhatianmeluas ialah ketersediaan data dan sistem institusi perbankan, semakin mereka menghampiri tarikhpelaksanaan Basel II dalam bidang kuasa masing-masing. Sememangnya, kredibiliti proses pembentukanmodel bagi pelbagai parameter risiko dan oleh itu, pengiraan modal minimum di bawah Tonggak 1 (Pillar 1)rangka kerja baru itu banyak bergantung pada kualiti data dan reka bentuk sistem dan infrastruktur yangdiwujudkan oleh institusi perbankan.

Asas kepada keperluan pengawalseliaan Basel II yang kompleks ialah harapan agar institusi perbankanmempunyai infrastruktur sistem dan pengurusan data yang mantap yang akan membolehkan prosespengurusan risiko dijalankan dengan teguh. Aspek asasnya ialah infrastruktur data yang dipertingkatkan yangakan membolehkan institusi perbankan mendapat maklumat daripada pelbagai sistem tersedia secarakonsisten dan menepati masa. Ini termasuk mempunyai keupayaan untuk mendapatkan pandanganmenyeluruh mengenai peminjam mereka secara individu dan berkumpulan yang membolehkan pemantauanterhadap peminjam yang berkesan dan pengsegmenan pendedahan kepada portfolio yang bersesuaianmengikut profil risiko. Walaupun kebanyakan institusi perbankan telah mengumpul maklumat mengenaipelbagai pendedahan kredit peminjam mereka, maklumat ini lazimnya tersimpan dalam sistem pangkalandata yang tidak begitu bersepadu. Justeru itu, proses mendapatkan pandangan menyeluruh peminjam danpenanggung obligasi akan terdedah kepada ralat dan ketidakcekapan seperti data yang tidak konsisten danduplikasi data. Integrasi sistem yang diperlukan melibatkan piawaian berhubung pengenalpastian pelangganbagi setiap peminjam dan mengenal pasti dengan tepat rangkaian antara peminjam dengan semua pihakberkaitan dengan mereka, dan pendedahan kepada pihak-pihak tersebut. Bagi mendapatkan profil risikoyang tepat berhubung pelbagai kemudahan kredit yang diberi kepada peminjam atau sekumpulan peminjam,sistem yang menyelenggarakan maklumat peminjam dan kemudahan kredit yang berkaitan perludisepadukan sepenuhnya dengan sistem pengurusan cagaran.

Integrasi pelbagai sistem yang menyimpan maklumat berkaitan peminjam bukan hanya menyediakan asas kukuhuntuk pengurusan kredit yang efektif, malah akan turut menyokong proses membuat keputusan perniagaan yanglebih efisien. Dengan keupayaan untuk memantau peminjam masing-masing yang dipertingkatkan, institusiperbankan boleh mengesan dengan lebih awal sebarang kemerosotan dalam kemampuan kredit peminjam ataupihak berkaitan dengannya. Integrasi dengan sistem pengurusan cagaran akan memudahkan pemantauan prestasicagaran yang lebih efektif, terutamanya cagaran kewangan. Pemantauan cagaran yang berkesan akanmemastikan sebarang kemerosotan nilai cagaran akan membolehkan institusi perbankan mengambil tindakanyang sewajarnya bagi menangani kesan peningkatan risiko tersebut. Pada peringkat peminjam, tinjauan secaramenyeluruh terhadap pelanggan akan meningkatkan kemampuan institusi perbankan untuk menilaikeberuntungan pelanggan, lalu memudahkan pemasaran produk baru kepada pelanggan berkenaan. Denganpeningkatan infrastruktur ini, institusi perbankan juga akan berada dalam kedudukan yang lebih selesa untukmembuat penentuan harga produk dengan lebih baik, analisis keberuntungan pelanggan dan portfolio yang lebihtepat dan pengurusan risiko portfolio yang lebih efektif. Dari perspektif strategik, maklumat seperti ini boleh jugadigunakan sebagai input penting dalam perumusan strategi masa hadapan berhubung pengembanganperniagaan bank kepada segmen yang lebih membawa keuntungan.

Selain keupayaan sistem, kebolehterimaan anggaran dalaman bagi pelbagai pemacu risiko seperti KemungkinanBerlaku Mungkir (Probability of Default, PD), Kerugian Akibat Mungkir (Loss Given Default, LGD), dan PendedahanSewaktu Mungkir (Exposure at Default, EAD) bagi pengiraan kecukupan modal di bawah kaedah BerdasarkanPenarafan Dalaman (Internal Ratings Based, IRB) akan bergantung kepada kualiti dan kecukupan data yangdigunakan oleh institusi perbankan dalam proses membentuk model. Kekurangan data boleh menyebabkanmodel yang dibentuk tidak cukup mantap untuk memberi keputusan yang konsisten bagi tujuan pengiraan modal.

Page 11: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

133

Kesukaran juga akan dihadapi dalam mengesahkan model tersebut jika saiz sampel peminjam mungkir, sama adaterlalu kecil atau tidak dikumpul dengan betul. Keperluan data yang meliputi satu kitaran ekonomi yang lengkap,yang pada lazimnya sekurang-kurangnya sepuluh tahun, bagi tujuan pembentukan model bagi pemacu risiko, turutmenjadi cabaran kepada institusi perbankan. Sehubungan ini, pertimbangan utama bagi institusi perbankan danpenyelia di Asia adalah untuk mengendalikan kesan insiden mungkir dan kadar kerugian yang luar biasa tingginyasepanjang tempoh selepas berlakunya krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998. Walaupun kesan itu akanberansur-ansur hilang secara semula jadi apabila institusi perbankan mengisi pangkalan data mereka dengan databaru, institusi perbankan masih perlu mencapai persetujuan dengan penyelia mereka berhubung kaedahpenyelarasan untuk menangani kesan data krisis sewaktu tempoh awal pelaksanaan Basel II. Matlamatnya adalahuntuk memastikan bahawa modal pengawalseliaan tidak terkurang taksir berbanding risiko sebenar ataupunditaksirkan secara berlebih-lebihan sehingga menyebabkan kos operasi institusi perbankan menjadi sangat tinggi.

Dalam konteks menghasilkan prestasi model yang baik, proses pengumpulan data juga adalah penting untukmenjamin kualiti data. Prosedur dan proses pengurusan data yang mantap adalah penting untuk memastikandata dikumpul secara konsisten dan ketepatannya memadai. Teras kepada perkara ini ialah perlunya bagiinstitusi perbankan mewujudkan kuasa dan kebertanggungjawaban yang jelas dalam memastikan kualiti datadan piawaian integriti yang tinggi sentiasa dipatuhi. Ini akan hanya boleh dicapai dalam keadaan apabila pihakpengurusan atasan dan pelbagai unit perniagaan lain dalam institusi perbankan memperakui betapapentingnya amalan pengurusan kualiti data yang mantap.

Memandangkan keperluan data dalaman yang banyak di bawah pendekatan pengiraan keperluan modal yanglebih maju bagi risiko kredit dan operasi, terdapat kecenderungan untuk tidak mengendahkan kepentingandata luaran dalam pelaksanaan Basel II. Secara amnya, data luaran seperti kajian kemungkiran yang diterbitkanoleh institusi penaksiran kredit luaran (ECAI) dan pangkalan data kerugian kredit dan operasi luaran, bolehmemberi kefahaman yang berguna dan boleh digunakan untuk memudahkan penerimapakaian pendekatanyang lebih maju. Dalam konteks membangunkan model kredit korporat khususnya, kajian mungkir danperpindahan kredit daripada ECAI boleh memberikan input bernilai bagi tujuan menanda aras output model ituberdasarkan pengalaman ECAI dengan syarikat tempatan. Pengalaman mungkir ECAI yang lazimnyaditerbitkan kepada umum mungkin berguna untuk bank mengesahkan kesesuaian output model mereka.Kajian mungkir yang diterbitkan oleh ECAI juga membantu penentu ukuran anggaran PD kepada skalapenarafan dalaman. Bank yang bercadang untuk menerima pakai pendekatan IRB diberi pilihan untukmenentukan penarafan dalaman masing-masing berpandukan skala penarafan yang digunakan oleh ECAI dankemudiannya menerima pakai anggaran PD yang berkaitan dengan skala penarafan kepada gred penarafanmereka. Namun begitu, pertimbangan penting dalam proses ini adalah bagi institusi perbankan memastikankonsistensi dan hubung kait data luaran ini kepada portfolio dalamannya, baik dari aspek definisi penarafanmahupun kriterianya.

Penarafan ECAI juga berperanan sebagai penunjuk kepada tahap relatif risiko peminjam korporat di bawahKaedah Standard (Standardised Approach) dan oleh itu digunakan sebagai asas pengiraan modal. Walaupunia mungkin sesuai di banyak negara maju yang mempunyai tahap penembusan penarafan yang tinggi, maklumatmungkir yang dikaitkan dengan penarafan ECAI dalam pasaran sedang berkembang boleh menjadi terlebih tinggiakibat saiz sampel yang lebih kecil bagi peminjam yang dinilai. Hasil daripada kekangan struktur ini hendaklahdiambil kira oleh bank dan pengawal selia dalam pasaran sedang berkembang apabila penarafan ECAI digunakanuntuk tujuan pengurusan risiko dan pengiraan modal. Dalam konteks ini, pengumpulan maklumat penarafandi kalangan ECAI serantau sepatutnya diteliti oleh penyelia serantau sebagai inisiatif jangka panjang untukmeningkatkan kredibiliti penarafan luar sebagai asas pengiraan modal di bawah Kaedah Standard.

Memandangkan infrastruktur data dan sistem yang mantap amat penting bagi kejayaan pelaksanaan Basel II,Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan panduan kepada industri mengenai pengurusan kualiti data dansistem pengurusan maklumat pada tahun 2006. Walaupun panduan tersebut akan menggariskan jangkaanpenyeliaan secara meluas berkaitan integriti data dan pengurusan sistem maklumat yang efektif dalam bank,jangkaan itu akan menjadi asas bagi keperluan data lebih khusus yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara

Page 12: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

134

Malaysia bagi pelaksanaan Basel II. Khususnya, garis panduan itu akan digunakan oleh Bank Negara Malaysiadalam penilaian sebelum mengesahkan keupayaan data dan sistem bagi pelaksanaan Basel II yang efektif.

Dalam usaha membantu industri melaksanakan Basel II yang berkaitan dengan data, Bank Negara Malaysiaturut meneliti inisiatif industri lain yang boleh dilaksanakan untuk mempercepat kemajuan yang boleh dicapaioleh bank. Sehubungan ini, kemungkinan untuk menggunakan infrastruktur sedia ada seperti SistemMaklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Sistem Pangkalan Data Maklumat Penipuan (FIDS) akan dikaji.Sistem repositori kredit pusat seperti CCRIS boleh ditingkatkan dengan mekanisme pengenalpastian kumpulanpeminjam tunggal untuk memudahkan pemantauan tumpuan risiko atas peminjam dan pihak berkaitandengannya. Maklumat itu boleh dikongsi dan digunakan oleh semua institusi perbankan sebagai penanda arasuntuk memastikan maklumat peminjam dan pihak berkaitan dengannya yang dikumpul secara dalaman,adalah tepat. CCRIS juga boleh ditingkatkan lagi dengan mengumpul penarafan pelanggan korporat institusiperbankan, lantas memudahkan penyeliaan pengawasan dan penilaian kemantapan sistem penarafan dalamandi kalangan bank.

Pengumpulan data berhubung risiko kerugian operasi daripada seluruh industri juga merupakan satu lagiinisiatif yang pada pandangan Bank Negara Malaysia bakal memberi manfaat kepada industri dalam jangkamasa panjang. Di Malaysia, platform sedia ada seperti FIDS, bagi pengumpulan data mengenai penipuan diperingkat industri, hanyalah satu bahagian kecil daripada data risiko kerugian operasi yang akan diperlukanoleh institusi perbankan untuk membentuk model risiko operasi. Memandangkan masa yang diambil untukmembangunkan pangkalan data risiko operasi yang berguna, kemungkinan untuk membangunkan pangkalandata kerugian operasi yang meluas di peringkat kebangsaan malah serantau perlu diteliti oleh institusiperbankan dan para penyelia bagi menyokong pembangunan pengurusan risiko operasi selanjutnya dalamrantau Asia Pasifik.

Dari perspektif pembinaan kapasiti, keperluan untuk memastikan dan menyelenggarakan kualiti data dankeupayaan sistem yang tinggi tahapnya bukan semata-mata dipertanggungjawabkan kepada institusi perbankansahaja. Para penyelia juga perlu menilai semula infrastruktur pelaporan daripada bank yang sedia adamemandangkan banyak data yang diperlukan untuk tujuan pemantauan penyeliaan dan penilaian risiko yang lebihketat. Walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan rangka kerja penyeliaan pelaporan untuk mencapaiobjektif ini, cabaran kepada penyelia adalah untuk meningkatkan piawaian pelaporan penyeliaan tanpamenimbulkan beban yang tidak berpatutan dan tidak perlu kepada industri perbankan. Bagi Bank Negara Malaysia,pelaburan dalam keupayaan data dan sistem akan melengkapkan usaha dan pelaburan yang berterusan dalammewujudkan kemahiran dan kepakaran khusus untuk menilai model dalaman dan anggaran risiko institusiperbankan. Penilaian oleh pakar risiko ini akan menjadi asas utama bagi membuat pertimbangan dari aspekpenyeliaan terhadap kredibiliti dan kemantapan proses pengiraan modal di bawah persekitaran Basel II.

dikeluarkan pada bulan September 2004, telahberkuat kuasa pada bulan April 2005. Ini merupakananjakan penting ke arah menyediakan secara eksplisitmodal pengawalseliaan bagi kerugian yang bakaltimbul akibat aktiviti yang mendedahkan institusiperbankan kepada risiko pasaran. Lanjutan daripadaini, tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikanpeningkatan yang ketara dalam pinjaman yangdiberikan oleh institusi perbankan bagi pembelianharta kediaman. Bagi memastikan peningkatan inidilaksanakan secara berhemat dan modal yangmencukupi dikekalkan untuk menyokong peningkatanpendedahan ini, wajaran risiko yang dikenakanterhadap pinjaman perumahan yang diperoleh melalui

cagaran pertama yang telah bertukar kepada tidakberbayar, telah ditingkatkan daripada 50% kepada100%. Di samping perubahan pengawalseliaan, BankNegara Malaysia juga menumpukan sumberpenyeliaannya untuk menilai kecukupan sistempengurusan risiko dan amalan pengendalian pasarandalam pemberian pinjaman kepada sektor isi rumah.Meskipun keperluan modal risiko pasaran telahdimasukkan ke dalam rangka kerja RWCR yang sediaada dan wajaran risiko yang lebih tinggi bagi NPLpinjaman perumahan, tahap permodalan institusiperbankan kekal mencukupi, dengan RWCRdikekalkan jauh melebihi keperluan minimumsebanyak 8%.

Page 13: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

135

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, institusiperbankan telah mula melibatkan diri dalam lebihbanyak urus niaga derivatif kredit bagi melindungnilai mereka daripada risiko rakan niaga dan bagimengurangkan keperluan modal tanpa menjejaskanhubungan perdagangan yang sedia ada dengan rakanniaga mereka. Sejajar dengan usaha untukmenggalakkan amalan pengurusan risiko yangmantap oleh institusi perbankan, Bank NegaraMalaysia mengeluarkan Garis Panduan mengenaiOlahan Pengawalseliaan bagi Urus Niaga DerivatifKredit pada bulan September 2005 yang menetapkanperaturan berhemat dan olahan modalpengawalseliaan bagi empat jenis produk derivatifkredit umum, iaitu, swap mungkir kredit (creditdefault swap), kumpulan pertama untuk mungkir(first-to-default basket), swap jumlah kadar pulangan(total rate of return swap) dan nota berkaitan kredit(credit-linked notes). Olahan modal pengawalseliaanbertujuan untuk memastikan peruntukan modal yangmencukupi oleh institusi perbankan, sama ada dalamkedudukan mereka sebagai pembeli atau penjualproduk derivatif kredit. Di samping itu, produk yangditawarkan mesti tertakluk kepada kelulusan olehBank Negara Malaysia dan disokong oleh rangkakerja pengurusan risiko yang mantap.

Peningkatan Infrastruktur PerlindunganPengguna dan Penggalakan PendidikanPenggunaPada tahun 2005, teras inisiatif perlindungan danpendidikan pengguna terus dihalakan ke arah

pemberian kuasa kepada pengguna supaya merekalebih bersedia untuk bertanggungjawab ataskesejahteraan mereka sendiri. Satu strategiserampang dua mata telah diterima pakai. Strategipertama adalah untuk mengukuhkan infrastrukturpengawalseliaan perlindungan pengguna dan strategikedua adalah untuk meningkatkan inisiatifpendidikan pengguna.

Salah satu elemen penting dalam pembinaan asasperlindungan pengguna yang efektif seperti yangdigariskan dalam PISK ialah penubuhan sisteminsurans deposit yang eksplisit. Kelulusan AktaPerbadanan Deposit Insurans Malaysia 2005,berikutan penyempurnaan pembangunan rangkakerja insurans deposit membolehkan PerbadananInsurans Deposit Malaysia (PIDM) memulakanoperasi pada bulan September 2005. Pencapaianpenting ini menandakan perubahan dalampendekatan ke arah memberikan perlindungankepada pendeposit dan ini merupakan petanda baikbagi objektif yang berterusan untuk meningkatkankeutuhan kewangan institusi perbankan melaluipenggalakan amalan kewangan, perniagaan danpengurusan risiko yang baik.

Di bawah sistem insurans deposit, perlindungandeposit yang eksplisit diberikan kepada deposit yanglayak sehingga had yang ditetapkan sebanyakRM60,000 bagi setiap pendeposit, di setiap institusiahli. Jumlah ini termasuk wang pokok dan faedah.Perlindungan yang berasingan bagi jumlah yang sama

Sistem Insurans Deposit di Malaysia

Satu daripada kemajuan penting yang dicapai pada tahun 2005 adalah kejayaan penubuhanPerbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) pada bulan Ogos 2005. Malaysia kini turut serta bersamalebih 95 buah negara yang mempunyai sistem insurans deposit yang eksplisit. Penubuhan PIDMmemperkukuhkan lagi rangka kerja perlindungan pengguna di Malaysia dan merupakan satu kemajuanpenting dalam arus pembangunan sistem kewangan Malaysia menerusi peningkatan disiplin danpengukuhan amalan pengurusan risiko di kalangan institusi anggota, sejajar dengan saranan yangdigariskan dalam Pelan Induk Sektor Kewangan. Sistem insurans deposit telah dirumus dengan telitiuntuk memenuhi keperluan warganegara Malaysia, dan terutamanya, untuk memberi perlindungansaksama bagi deposit konvensional dan deposit berlandaskan Islam. Sebagai komponen penting dalamjaringan keselamatan, sistem insurans deposit melengkapi peranan dan fungsi Bank Negara Malaysiadalam memelihara kestabilan kewangan keseluruhannya.

MandatPIDM merupakan sebuah badan berkanun bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan InsuransDeposit Malaysia 2005 (APIDM) dengan mandat untuk:

(i) mentadbir sistem insurans deposit;(ii) menyedia insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit bagi setiap institusi anggota;

Page 14: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

136

(iii) menyedia insentif untuk pengurusan risiko yang kukuh dalam sistem kewangan; dan(iv) menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam melaksanakan mandat (ii) dan (iv), PIDM dikehendaki meminimumkan kos kepada sistemkewangan.

KeanggotaanKeanggotaan dalam sistem insurans deposit adalah wajib bagi bank perdagangan (termasuk anaksyarikat bank asing yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia) yang dilesenkan di bawah AktaBank dan Institusi-institusi Kewangan (ABIK) 1989 dan institusi perbankan Islam yang dilesenkan dibawah Akta Bank Islam (ABI) 1983. Institusi perbankan yang menumpukan kepada deposit borong, iaitubank saudagar, syarikat diskaun dan bank pelaburan secara automatiknya dikecualikan daripadamenganggotai sistem insurans deposit. Cawangan institusi perbankan domestik yang beroperasi di luarnegara dan institusi pengambil deposit lain iaitu, institusi kewangan pembangunan, kumpulan wangsimpanan dan pencen termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Hajidan persatuan koperasi turut dikecualikan daripada sistem insurans deposit.

PerlindunganDeposit yang dilindungi di bawah sistem insurans deposit termasuk deposit simpanan, permintaan,tetap, berlandaskan Islam (deposit pelaburan am dan pelaburan khas), cek jurubank, draf bank danarahan pembayaran lain. Deposit yang tidak dibayar di Malaysia, deposit mata wang asing, instrumendeposit boleh niaga atau deposit pembawa lain, perjanjian belian balik dan penempatan di pasaranwang tidak diinsuranskan oleh PIDM.

Deposit yang layak adalah diinsuranskan sehingga RM60,000, termasuk wang pokok dan faedah. Hadini dilaksanakan berdasarkan setiap pendeposit di setiap institusi anggota. Had berasingan diberikanuntuk deposit yang dipegang bersama atau dalam bentuk amanah, dan deposit keempunyaan tunggal,perkongsian atau firma profesional.

Deposit berlandaskan Islam diberikan had perlindungan berasingan sehingga RM60,000, termasuk wangpokok dan pulangan. Had yang berasingan ini memastikan layanan yang saksama dan tiada herotanpersaingan antara deposit konvensional dan deposit berlandaskan Islam.

Pembayaran balik tuntutan pendepositSekiranya sesebuah institusi anggota tidak dapat menunaikan kewajipannya kepada pendeposit, PIDMdikehendaki membayar balik pendeposit sehingga RM60,000 iaitu had yang diinsuranskan, dengan secepatmungkin. Pembayaran balik kepada pendeposit dalam tempoh yang cepat adalah penting bagi memeliharakeyakinan dalam sistem kewangan.

PendanaanDana sistem insurans deposit dibiaya oleh premium tahunan yang dikenakan atas institusi anggota berdasarkanjumlah deposit konvensional atau deposit berlandaskan Islam yang diinsuranskan, yang dipegang oleh institusianggota pada 31 Disember.

PIDM mewujud dan mengurus dua dana insurans deposit yang berasingan bagi deposit konvensionaldan deposit berlandaskan Islam. Pelaburan bagi Dana Insurans Deposit Islam dijalankan berlandaskanprinsip Syariah.

Struktur tadbir urusPIDM ditadbir oleh tujuh ahli Lembaga Pengarah, yang terdiri daripada:

• seorang Pengerusi;• Gabenor Bank Negara Malaysia;

Page 15: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

137

• Ketua Setiausaha Perbendaharaan;• seorang wakil daripada sektor awam; dan• tidak lebih daripada tiga wakil yang mempunyai pengalaman dalam sektor swasta yang berkaitan dan

sekurang-kurangnya seorang dengan pengalaman dalam sektor perbankan dan kewangan yangberkaitan.

Ahli Lembaga Pengarah adalah dilantik oleh Menteri Kewangan, kecuali Gabenor dan Ketua Setiausaha.Pengarah, pegawai dan kakitangan institusi perbankan yang menjadi anggota sistem insurans deposit danpihak yang berkaitan dengan mereka tidak dibenarkan menjadi ahli Lembaga Pengarah untuk mengelakkanpercanggahan kepentingan dan akses kepada maklumat sulit secara tidak adil. Lembaga Pengarahbertanggungjawab atas perjalanan urus niaga dan hal ehwal PIDM dan mempunyai kewajipan berkanun untukbertindak demi kebaikan penanggung insurans deposit berdasarkan mandatnya.

Kerjasama dan koordinasiBank Negara Malaysia adalah pihak berkuasa penyeliaan dan pengawalan utama yang bertanggungjawabmengekalkan kestabilan keseluruhan sistem perbankan Malaysia manakala PIDM mentadbir sisteminsurans deposit dengan cara yang menyumbang ke arah menggalakkan keyakinan orang ramai dalamsistem kewangan.

Sebagai sebahagian daripada fungsi penyeliaannya, Bank Negara Malaysia menjalankan pemeriksaanatas kekukuhan institusi kewangan dan membekalkan PIDM dengan laporan hasil pemeriksaan tersebut.Dengan itu, PIDM bergantung secara ekstensif kepada maklumat yang diberikan oleh Bank NegaraMalaysia bagi menilai risiko yang dihadapinya. Bank Negara Malaysia juga boleh memaklumkan PIDMbahawa sesebuah institusi kewangan tidak lagi berdaya maju. Berdasarkan maklumat itu, PIDMdikehendaki mencari penyelesaian pada kos paling minimum bagi menangani institusi anggota yangbermasalah itu. Walau bagaimanapun, kuasa ini hanya boleh dilaksanakan setelah Bank NegaraMalaysia membuat penilaian. Apabila menerima penilaian tersebut, PIDM boleh menjalankan pelbagailangkah campur tangan, termasuk mengambil alih kawalan, memohon untuk melantik seorangpenerima atau mengemuka petisyen untuk menggulung institusi anggota tersebut.

Oleh itu, kerjasama dan koordinasi erat antara Bank Negara Malaysia dan PIDM adalah penting bagimemastikan bahawa kedua-dua organisasi dapat memenuhi mandat mereka secara berkesan dan efisien.Kepentingan hubungan tersebut memerlukan pemeteraian perjanjian perikatan strategik yang melibatkankedua-dua organisasi tersebut. Perjanjian ini menggariskan dengan nyata bagaimana Bank Negara Malaysiadan PIDM akan bekerjasama dan menyelaraskan aktiviti mereka dalam memenuhi peranan dan tanggungjawabmasing-masing, dengan objektif mengurangkan pertindihan yang tidak produktif dan duplikasi usaha.Perjanjian tersebut juga akan menyediakan asas bagi Bank Negara Malaysia dan PIDM menjalankanperundingan aktif dan berterusan bagi mencapai penyelesaian yang optimal.

KesimpulanPenubuhan sistem insurans deposit di Malaysia mengukuhkan rangka kerja perlindungan pengguna diMalaysia. Perhatian terperinci telah diambil dalam membangunkan sistem insurans deposit itu bagimelengkapkan peranan dan fungsi Bank Negara Malaysia sebagai pengawalselia utama dalam memeliharakeselamatan dan kekukuhan sistem kewangan demi kebaikan rakyat Malaysia.

disediakan untuk deposit berlandaskan Islam, akaunyang dipegang di bawah pemilikan bersama danakaun amanah, keempunyaan tunggal danperkongsian. Adalah dijangkakan bahawa tahapperlindungan akan memberikan perlindungan penuhsehingga 95% daripada pendeposit. Di sampingberfungsi sebagai pembayar balik, di bawah keadaan

tertentu yang khusus, PIDM juga akan melaksanakanresolusi institusi perbankan, jika ia diperlukan.

Satu lagi objektif utama perlindungan pengguna ialahmemastikan pengguna tidak tersisih dalam menuju kearah sektor kewangan yang lebih dipacu pasaran. Dalampengukuhan perlindungan pengguna, usaha dihalakan

Page 16: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

138

ke arah memastikan orang ramai terus mendapat akseskepada perkhidmatan perbankan asas pada kos yangberpatutan. Untuk mencapai tujuan ini, pada tahun 2004Bank Negara Malaysia memperkenalkan rangka kerjaperkhidmatan perbankan asas yang memerlukan institusiperbankan menawarkan akaun simpanan asas danakaun semasa asas kepada semua rakyat Malaysiadan pemastautin tetap. Di samping itu, pada bulanOgos 2005 institusi perbankan diarahkan untukmenukarkan secara automatik akaun simpanan biasasedia ada kepada akaun simpanan asas (BSA).Penukaran secara mandatori ini akan memudahkanpenyertaan perbankan yang lebih luas kepada semuasegmen masyarakat. Serentak dengan usaha untukmemastikan akses kewangan, penekanan jugadiberikan pada usaha untuk memastikan fi dan cajperbankan adalah adil dan saksama. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan inovasiteknologi dan permintaan pengguna yang semakinmeningkat bagi produk yang lebih inovatif, institusiperbankan telah membuat pelaburan yang banyakdalam infrastruktur perkakasan dan perisian sertapembangunan produk untuk menyediakan produkdan perkhidmatan kewangan yang lebih efisien,berdaya tahan dan terjamin sejajar dengan kehendakpengguna. Untuk membiayai sebahagian daripadakos pelaburan tersebut, fi dikenakan atas produk danperkhidmatan yang disediakan. Untuk memastikankos yang dikenakan adil dan saksama kepadapengguna dan institusi perbankan, garis panduanyang menggariskan prinsip panduan bagi pengenaanfi dan caj atas produk dan perkhidmatan perbankanbagi individu dan industri kecil dan sederhana (PKS)dikeluarkan pada pertengahan tahun 2005. Institusiperbankan dikehendaki untuk memastikan rangkakerja fi dan caj yang sedia ada mematuhi prinsippanduan itu, dan kelulusan Bank Negara Malaysiadiperlukan terlebih dahulu sebelum pelanggan bolehdikenakan fi dan caj baru.

Satu lagi komponen penting dalam rangka kerjaperlindungan pengguna ialah penyediaan pengaturankeinstitusian yang bersesuaian untuk memastikanpengguna mempunyai saluran yang mencukupi untukmendapatkan bantuan dan pembelaan apabilamereka menghadapi masalah dengan institusikewangan. Dalam hal ini, Bank Negara Malaysiasedang menubuhkan Agensi Kaunseling danPengurusan Kredit (AKPK) yang akan menyediakansaluran kepada peminjam individu dan bakalpeminjam untuk mendapatkan nasihat dalammenguruskan kredit mereka dan membekalkanmereka dengan kemahiran yang diperlukan untukmenguruskan kewangan mereka. Di samping itu,

AKPK juga akan membantu pengguna menguruskanhutang mereka secara proaktif dengan pelan khususpembayaran balik pinjaman. Perkhidmatan inidisediakan bagi semua hutang yang berkait denganpinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kad kredit,kad caj dan sewa beli yang telah diperoleh individudaripada institusi kewangan yang dikawal selia olehBank Negara Malaysia.

Usaha untuk meningkatkan tahap celik penggunaterus ditumpukan kepada penyelesaian isu maklumattak seimbang melalui penerbitan dan penyebaranmaklumat mengenai produk dan perkhidmatanperbankan runcit menerusi program pendidikanpengguna InfoPerbankan. Program ini kini telahmemasuki tahun keempat operasinya. Pada tahun2005, dua buku kecil, Akaun Semasa dan MelaburWang Anda telah diterbitkan. Penerbitan inibertujuan memberikan maklumat asas dan tipmengenai akaun semasa dan pelaburan untukindividu. Di samping itu, dua panduan info, MencariPinjaman Perumahan dan Perkhidmatan PerbankanAsas juga diterbitkan pada tahun 2005 bagimenyediakan panduan rujukan yang cepat danmudah untuk pengguna. Senarai semak yang mudahbagi membolehkan pengguna membuatperbandingan produk dan perkhidmatan perbankanruncit juga disediakan.

Untuk terus menggalakkan akses yang lebih luaskepada maklumat yang tepat pada masanya, bolehdipercayai dan tepat serta untuk meminimumkankos dalam carian maklumat, maklumatperbandingan mengenai kad kredit dan produk sewabeli diterbitkan dalam jadual perbandingan di lamanweb InfoPerbankan. Jadual ini mengandungimaklumat terkini yang berkaitan, dan menyediakanrujukan yang mudah kepada pengguna. Jadual-jadual ini juga bertujuan untuk menggalakkanketelusan dan memacu persaingan yang lebih baik dikalangan penyedia perkhidmatan kewangan.Dengan penerbitan jadual ini, jumlah jadual yangtelah diterbitkan setakat ini adalah lima buah

Agensi Kaunseling danPengurusan Kredit (AKPK)meningkatkan saluran bagipengguna mendapatkanpembelaan dan bantuandalam menguruskankewangan mereka.

Page 17: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

139

Penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

Satu bahagian penting strategi yang dilaksanakan dalam Pelan Induk Sektor Kewangan ialah pembangunanrangka kerja perlindungan pengguna dan infrastruktur yang sesuai untuk melindungi kepentingan pengguna,sementara pada masa yang sama mempertingkatkan keupayaan kewangan pengguna untuk menyertai sistemkewangan dengan berkesan. Agenda itu merangkumi pelbagai inisiatif yang melibatkan pembangunaninfrastruktur dan institusi. Ini termasuk pendidikan kewangan, khidmat nasihat, pengurusan dan pemulihanmasalah kredit serta penyediaan saluran pembelaan.

Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia telah mewujudkan beberapa pengaturan keinstitusian bagi memastikanpengguna mempunyai saluran yang mencukupi untuk mendapatkan bantuan dan pembelaan, apabila merekamenghadapi masalah ketika berurusan dengan institusi kewangan. Saluran ini termasuk penubuhan unit aduandi institusi perbankan dan mekanisme bebas penyelesaian pertikaian di Biro Pengantaraan Kewangan. Disamping itu, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan untuk bertindaksebagai titik pertemuan terpusat bagi memudahkan tindak balas yang pantas dan berkesan kepada orangramai dalam perkara yang berkaitan dengan sektor kewangan. Pengaturan keinstitusian ini akan dilengkapidengan penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang akan menyediakan khidmatpengurusan wang dan kaunseling kredit serta pengurusan hutang kepada individu. Pengaturan keinstitusianyang dijadualkan beroperasi pada bulan April 2006 ini bertujuan bukan hanya untuk menyediakan khidmatnasihat, tetapi juga untuk membantu individu yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi komitmenkewangan mereka.

Penggunaan swasta dalam ekonomi Malaysia semakin kukuh semenjak beberapa tahun yang lalu, disokongoleh sentimen pengguna yang positif dan peningkatan dalam akses kepada pembiayaan bank, terutamanyadalam aspek pinjaman pengguna. Trend ini diiringi dengan peningkatan paras keberhutangan isi rumah. Dalambeberapa ekonomi yang dipacu oleh penggunaan, tahap keberhutangan isi rumah telah melebihi parasberhemat dalam julat antara 80 - 100% daripada KDNK. Walau bagaimanapun, tahap keberhutangan isirumah bagi sektor perbankan di Malaysia kekal dalam lingkungan berhemat pada paras 61.5% daripadaKDNK. Kapasiti khidmat bayaran hutang yang kukuh juga dicerminkan oleh paras pinjaman tidak berbayarsektor isi rumah yang kekal stabil pada tahap di bawah 8% daripada pinjaman isi rumah terkumpul pada akhirtahun 2005, ketara lebih rendah berbanding dengan paras tertinggi, iaitu 12.2% pada akhir tahun 1998. Trendini dijangka berterusan dengan pinjaman isi rumah terus mencatat pertumbuhan yang pesat. Walaupunamalan pemberian pinjaman dan peminjaman berhemat akan terus digalakkan menerusi usaha yangbersepadu untuk mendidik pengguna mengenai pengurusan kewangan yang bijak, namun akan terdapat kes-kes pengguna yang terjejas akibat perkembangan yang tidak diduga, atau kes-kes pengguna yang berbelanjamelampaui kemampuan kewangan sehingga tidak berupaya memenuhi obligasi mereka.

Penubuhan AKPK ialah sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia bagi memastikan, secara proaktif,sektor isi rumah terus berdaya tahan dengan menyediakan saluran bagi peminjam individu dan bakal peminjammendapatkan nasihat dan bantuan berhubung pengurusan kredit, dan pada masa yang sama, menggalakkansistem perbankan yang teguh dan mantap dengan memudahkan usaha pembayaran balik hutang danmeminimumkan kes-kes tidak berbayar akibat daripada pengurusan hutang yang kurang cekap.

AKPK akan menyediakan khidmat kaunseling dan pendidikan kredit serta khidmat penyelesaian hutang kepadapengguna secara percuma. Kaunseling dan pendidikan kredit adalah penting memandangkan individu perludilengkapi dengan kemahiran dan kaedah yang betul untuk mengurus kewangan mereka bagi memantapkankewangan jangka panjang dan mencegah masalah kewangan akibat daripada pengurusan hutang yang kurangcekap daripada berulang. AKPK juga akan, secara proaktif, membantu pengguna menguruskan hutang merekamelalui prosedur luar mahkamah berdasarkan bentuk pembayaran balik pinjaman yang dipersetujui antarapihak peminjam dan pihak pemberi pinjaman. Peminjam individu yang berkelayakan akan mendapat akseskepada bantuan menstruktur semula pinjaman-pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, kad caj danpinjaman peribadi yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan di bawah pengawalseliaan Bank Negara

Page 18: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

140

Malaysia1 . Kes-kes yang melibatkan pemiutang berbilang boleh dirujuk terus kepada AKPK sementarapeminjam dengan pemiutang tunggal boleh merujuk kes mereka kepada AKPK apabila gagal mencapaipersetujuan berhubung pelan penyelesaian dengan pemiutang mereka. Antara perkhidmatan yang ditawarkanoleh AKPK ialah:

Butiran Terperinci Perkhidmatan yang Ditawarkan oleh AKPK

AKPK akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang majoritinya adalah pengarah bebas. Agensi itu akandikendalikan oleh kaunselor bebas yang berpengalaman dalam bidang kaunseling kredit dan penstrukturansemula hutang. AKPK terletak di Aras 8, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.

Penubuhan AKPK menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur perlindunganpengguna yang komprehensif dan akan menyumbangkan secara positif ke arah pembangunan sektorpengguna yang mapan. Banyak kemajuan telah dicapai dalam pembangunan dan pengukuhan rangka kerjaperlindungan dan pendidikan pengguna yang bertujuan untuk menggalakkan pasaran kewangan yang adil,saksama dan telus serta konsumerisme yang aktif.

1 Institusi itu ialah bank perdagangan, bank saudagar, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan terpilih, syarikat insurans, pengendali takaful danpengeluar kad kredit dan kad caj.

Kaunseling dan nasihat secara bersemuka yang merangkumibelanjawan kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit. Bantuanakan disediakan kepada pengguna dalam menganalisa situasikewangan mereka dan mengenal pasti semua pilihan yang ada untukmembantu mereka kembali kepada keadaan sedia kala.

Program pembayaran balik hutang peribadi yang direka bentuk bagimembekalkan peminjam yang layak dengan penyelesaian bagi situasikewangan mereka. Program ini akan merangkumi kajian semulakedudukan kewangan semasa dan pewujudan pakej penyelesaiankewangan peribadi secara usaha sama dengan peminjam dan institusiperbankan. Program ini juga menyediakan kaunseling dan pendidikanyang berterusan kepada pengguna sepanjang jangka hayat programdan bertindak sebagai satu alternatif penyelesaian hutang melaluiprosedur luar mahkamah berdasarkan pelan pembayaran balik yangdipersetujui oleh institusi perbankan dan peminjam.

Program pendidikan untuk pengguna, khususnya, tentang kemahiranpenggunaan kredit pengguna dan kemahiran asas pengurusan wangyang betul, seperti simpanan dan belanjawan, serta petua bagaimanamenggunakan kredit dengan penuh tanggungjawab danmenguruskan hutang.

Kaunseling dan Nasihatmengenai PengurusanKewangan

Program PengurusanHutang

Pendidikan Kewangan

Jenis Perkhidmatan Penerangan

kesemuanya. Kini, usaha sedang dijalankan untukmenyebarkan jadual tersebut dalam format salinancetak bagi membolehkan pengguna yang tidakmempunyai akses internet mendapatkan akseskepada maklumat tersebut.

Penerbitan bahan pendidikan pengguna dilengkapi olehprogram outreach untuk kumpulan sasar seperti wanita,

pelajar kolej dan universiti serta pesara. Programoutreach ini bertujuan untuk mendidik pengguna dalamhal-hal kewangan seperti produk dan perkhidmatanperbankan, bajet dan pengurusan kewangan. Wanita,terutamanya suri rumah, dikenal pasti sebagai antarakumpulan sasaran utama di bawah program inimemandangkan peranan penting yang mereka mainkandalam mengurus kewangan isi rumah dan kecanggihan

Page 19: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

141

mereka yang agak terhad dalam hal-hal kewangan.Program outreach yang disasarkan kepada pelajar kolejdan universiti pula adalah, secara proaktif, untukmenyediakan mereka dengan pengetahuan dankemahiran yang penting dalam menguruskankewangan mereka sebelum mereka memasuki alampekerjaan. Program outreach bagi pesara puladisasarkan untuk memberi kuasa supaya lebihbertanggungjawab dan mengawal keperluan kewanganmereka setelah bersara. Pada tahun 2005, sejumlah 25program outreach telah dianjurkan merangkumi lebihdaripada 4,000 peserta dalam tiga kategori ini.

Untuk meningkatkan rangkaian perhubungandengan orang ramai dan sebagai sebahagiandaripada tanggungjawab sosial korporat, BankNegara Malaysia telah menubuhkan Laman InformasiNasihat dan Khidmat (Bank Negara Malaysia LINK)pada bulan Februari 2005. Bank Negara MalaysiaLINK berperanan sebagai tempat rujukan sehentibagi orang ramai mencari maklumat danmendapatkan penjelasan mengenai isu berkaitandasar dan operasi Bank Negara Malaysia dan sektorkewangan, dan merupakan salah satu platformpendidikan pengguna. Bank Negara Malaysia LINKmenyediakan interaksi bersemuka dengan pelawatyang berkunjung termasuk individu dan PKS,mengenai pertanyaan am dan aduan orang ramai,dengan itu meningkat keberkesanan dan kecekapandalam pencarian maklumat. Bank Negara MalaysiaLINK juga menawarkan sokongan kepada Unit PKSdi Bank Negara Malaysia dalam pelbagai isu yangberkaitan dengan akses kepada pembiayaan olehPKS seperti permohonan dan penstrukturan semulapinjaman serta maklumat mengenai pelbagai danakhas yang disediakan oleh Bank Negara Malaysiadan kementerian atau agensi kerajaan yang lain. Iniakan meningkatkan lagi keupayaan jangkauan BankNegara Malaysia dalam usahanya menggalakkanpembangunan sektor PKS. Selanjutnya, Bank NegaraMalaysia LINK menyediakan platform lain bagi BankNegara Malaysia mendidik orang ramai mengenaiperanan dan tanggungjawab mereka sebagaipengguna produk dan perkhidmatan kewangan,dengan tujuan meningkatkan tahap celik kewangandi kalangan orang ramai yang menggunakankhidmat perbankan. Maklumat kepada orang ramaidan PKS disediakan melalui pelbagai salurantermasuk pameran, kios informasi interaktif danbuku-buku kecil. Semenjak penubuhannya, maklumbalas adalah menggalakkan dengan lebih daripada36,000 pelawat diterima sehingga akhir bulanFebruari 2006. Sebahagian besar daripadapertanyaan adalah berkaitan dengan perbankan dan

insurans, pembiayaan PKS, maklumat kredit,permohonan kelulusan kawalan pertukaran dalamtalian, cek tak laku dan dikembalikan serta mata wang.

Bank Negara Malaysia menyertai beberapa pamerandan seminar sepanjang tahun 2005. Penyertaan iniadalah cara penting untuk memahami dan menanganikeraguan orang ramai dalam hal-hal kewangan, sertamenyebarkan maklumat yang diterbitkan sebelum ini.Kempen publisiti melalui iklan di akhbar utama danstesen radio juga dijalankan untuk menggalakkankesedaran pengguna yang lebih luas dalam programpendidikan pengguna. Pada tahun 2005, sejumlah1.2 juta buku kecil diambil oleh orang ramai sementaralaman web InfoPerbankan mencatat 14 juta pelawat,dengan jumlah pelawat meningkat kepada 31 jutasemenjak pelancarannya pada tahun 2003. (2004:1.2 jutabuku kecil dan 17 juta pelawat).

Bank Negara Malaysia juga menjadi tuan rumah ForumAntarabangsa Ketiga mengenai Perlindungan danPendidikan Pengguna Kewangan pada tahun 2005,yang telah dihadiri oleh 42 peserta daripada 34organisasi dari seluruh dunia. Forum tersebut, yangbertema Menggalakkan Peningkatan Pendidikan danPerlindungan Pengguna, bertujuan menyediakanplatform kepada pengawal selia dari seluruh duniauntuk berkongsi maklumat dan pandangan,berbincang mengenai cabaran dan isu serta bekerjabersama-sama untuk membentuk piawaian amalanterbaik dalam isu perlindungan dan pendidikanpengguna.

Untuk melengkapkan langkah dasar ke arahmempertingkatkan perlindungan pengguna dan sejajardengan permintaan pengguna yang semakin tinggi,skop aktiviti pengawalseliaan pada tahun 2005diperluaskan untuk mengambil kira penilaian etikaperlakuan institusi perbankan dalam menggalakkanamalan pasaran yang adil, standard pendedahan sertamekanisme penyelesaian pertikaian yang efektif untukmemastikan pengguna dilayan secara saksama danmendapat akses kepada maklumat yang mencukupi dantepat pada masanya untuk memudahkan merekamembuat keputusan yang efektif.

Memastikan Akses kepada Pembiayaan BerterusanSebagai penggerak utama sumber kewangan yangdisalurkan daripada penyimpan kepada pelbagaisegmen ekonomi, sektor perbankan terusmemainkan peranan penting sebagai pengantarauntuk memastikan akses berterusan kepadapembiayaan bagi semua segmen ekonomi. Sistemperbankan masih merupakan pembekal dana

Page 20: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

142

terbesar dalam ekonomi, dengan peningkatanpinjaman terkumpul sebanyak 8.6% kepadaRM558.1 bilion pada tahun 2005. Denganpertumbuhan yang berterusan dalam perbelanjaanpengguna, sejumlah besar daripada peningkatan inidisalurkan kepada sektor isi rumah dan PKS, yangmasing-masing mencatat peningkatan sebanyak15.1% dan 8.7% pada tahun 2005. Dengan itu,aktiviti pemberian pinjaman sepanjang tahun 2005menyokong keperluan pelbagai sektor ekonomi,dengan kebanyakan sektor mencatat pertumbuhanyang berterusan dalam kelulusan pinjaman.

Dengan pengenalan rangka kerja kadar faedah yangbaru pada bulan April 2004, institusi perbankan lebihberupaya untuk menetapkan harga produk berasaskanfaedah dengan berkesan, berdasarkan kos pendanaandan strategi perniagaan masing-masing. Sejakpengenalan rangka kerja baru, BLR yang ditetapkanoleh hampir semua institusi perbankan pada tahun2005 dikekalkan pada paras yang sama (sebelumsemakan Kadar Dasar Semalaman). Ini memperkukuhtanggapan bahawa institusi perbankan telahmenawarkan kadar yang kompetitif meskipun sebelumpelaksanaan rangka kerja yang baru. Di samping itu,pemansuhan spread pemberian pinjaman maksimumsebanyak 2.5 mata peratusan di atas BLR memudahkaninovasi berterusan oleh institusi perbankan bagimemenuhi kehendak pengguna yang semakin kompleksdan sofistikated. Malahan, sesetengah institusiperbankan telah memperkenalkan produk inovatifberasaskan faedah yang baru, termasuk pinjamanperibadi tanpa cagaran kepada individu dan PKS.

Memastikan akses berterusan kepada pembiayaan bagisektor keutamaan kekal diberi keutamaan oleh BankNegara Malaysia. Sejajar dengan objektif menyediakanpembiayaan kepada sektor keutamaan dengan carayang paling efisien, institusi perbankan jugamempunyai peranan yang penting. Menyedari hal inidan keperluan untuk mengimbangi tanggungjawabsosial dengan kecekapan operasi, institusi perbankandiberi kefleksibelan untuk menetapkan sasaran merekasendiri bagi pinjaman kepada PKS dan kumpulanberpendapatan rendah bagi pembelian harta kediamanberdasarkan kapasiti dan strategi perniagaan masing-masing. Pada tahun 2005, definisi yang digunakanbagi beberapa sektor keutamaan telah diperhalus lagi.Paras ambang bagi pembelian rumah kos rendahditurunkan dari RM180,000 kepada RM60,000,sementara definisi PKS disejajarkan dengan definisiyang digunakan oleh Majlis Pembangunan PKSKebangsaan. Untuk terus menggalakkankeusahawanan Bumiputera, sekurang-kurangnya 50%

daripada sasaran yang ditetapkan oleh institusiperbankan untuk pinjaman PKS mestilah disalurkankepada PKS Bumiputera.

Menyedari peranan PKS yang semakin penting dalamekonomi, pelbagai usaha dijalankan untukmempertingkatkan sumbangan PKS kepadapertumbuhan ekonomi. Di samping penyusunansemula fungsi dan struktur keinstitusian IKP, institusiperbankan telah melancarkan dua produk pembiayaanperdagangan yang baru, iaitu PembiayaanPerdagangan Pelbagai Mata Wang (Multi CurrencyTrade Finance) dan Skim Pembiayaan PengeksportTidak Langsung (Indirect Exporter Financing Scheme)untuk PKS dengan tujuan menggalakkan pembabitanPKS yang lebih dalam pasaran eksport denganmenurunkan kos pembiayaan dan menyingkirkansyarat cagaran. Risiko kredit yang berkait denganpembiayaan jenis ini akan dikongsi bersama antarainstitusi perbankan terbabit dengan EXIM Bank.Seterusnya, Bank Negara Malaysia akan menubuhkandua dana modal usaha niaga yang bernilai RM150 jutasetiap satu untuk menggalakkan pertumbuhan sektorpertanian, terutamanya dalam bidang perladangandan perikanan bersepadu, serta industri berkaitanbioteknologi.

Penyempurnaan Usaha Penstrukturan SemulaSektor KewanganTahun 2005 menyaksikan penyempurnaan pengaturankeinstitusian yang diwujudkan untuk memperkukuhdaya tahan sektor perbankan ketika krisis kewanganAsia. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad(Danaharta), institusi terakhir antara tiga institusikhusus telah menamatkan operasi pada 31 Disember2005, selepas berjaya memenuhi mandatnyamenangani masalah NPL yang dialami oleh sektorperbankan akibat krisis tersebut. Sepanjang hayatoperasinya, Danaharta telah, pada dasarnya,menyelesaikan semua NPL yang diperoleh danmengutip semula pinjaman sebanyak RM30.4 bilion,yang merupakan kadar kutipan semula pinjamansepanjang hayat sebanyak 58%. Daripada jumlahkutipan semula, sebanyak RM26.7 bilion diterimadalam bentuk tunai sementara bakinya RM3.7 biliondalam bentuk baki aset pemulihan yang termasukpinjaman yang disusun semula, sekuriti, harta tanahdan aset bukan tunai yang lain. Danaharta juga berjayamenebus kesemua bon tanpa kupon dengan jumlahnilai muka sebanyak RM11.1 bilion.

Kos pengurusan Danaharta sepanjang hayat dianggarkansebanyak RM1 bilion. Oleh itu, daripada modal benihawal sebanyak RM3 bilion yang diperuntukkan bagi

Page 21: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

143

penubuhan Danaharta, aset bernilai RM2 bilion yangterdiri daripada RM1.5 bilion dalam bentuk baki asetpemulihan dan RM0.5 bilion dalam bentuk tunai, telahdikembalikan kepada pemegang sahamnya, MenteriKewangan Diperbadankan. Dengan penutupan operasidan pemindahan kawalan aset Danaharta kepadaMenteri Kewangan Diperbadankan, Menteri KewanganDiperbadankan telah menubuhkan subsidiari yangdimiliki penuh, Prokhas Sdn. Bhd., pada 1 Januari 2006untuk berfungsi sebagai agen pemungut baki asetpemulihan dan untuk menukar aset ini menjadi tunaipada nilai yang sebaik mungkin.

Secara keseluruhan, kos yang ditanggung oleh Kerajaanbagi usaha penstrukturan semula sektor kewanganmelalui Danaharta dan Danamodal Nasional Berhad(agensi permodalan semula) berjumlah RM12.6 bilionatau 2.5% daripada keluaran dalam negeri kasar. Inidijangka menurun lagi berikutan pulangan jangkaandaripada baki pelaburan. Kejayaan menyempurnakanusaha penstrukturan semula sektor kewangan telahmembentuk asas yang kukuh bagi usaha pembangunanpada masa hadapan untuk memastikan sektor kewanganterus berkesan dan mampu memenuhi permintaan yangberubah dalam ekonomi yang pesat berkembang.

Melangkah ke HadapanDalam keadaan persekitaran kewangan yang terusberkembang dan juga keperluan pelanggan yangberubah-ubah dan semakin sofistikated, usaha akanterus ditumpukan ke arah transformasi dinamik yangberterusan bagi sistem perbankan domestik kepadasistem yang mempunyai kapasiti dan ketangkasanuntuk menangani kejutan dan mampu bertahan dalammenghadapi volatiliti pasaran kewangan yangmeningkat. Dengan pelaksanaan fasa kedua PISK,institusi perbankan akan menghadapi saingan yanglebih sengit baik di dalam sektor perbankan mahupundaripada institusi kewangan bukan bank dan pasaranmodal. Cabaran persekitaran yang lebih liberal dandinyahkawalselia menghendaki institusi perbankanuntuk merangka dan melaksana strategi menyeluruhyang jelas, di samping usaha lebih gigih untukmempertingkatkan kecekapan, produktiviti dan inovasibagi memastikan kemapanan prestasi. Dalam hal ini,inisiatif dasar akan terus terpusat pada usahamempertingkatkan dinamisme dan ketahanan sistemperbankan di samping memastikan pemeliharaankestabilan kewangan dan perlindungan pengguna, sertapada masa yang sama memastikan pengantaraanefektif dalam sektor kewangan.

Langkah-langkah Perbankan yang Diperkenalkan pada Tahun 2005

Pada tahun 2005, beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk memperkukuh daya tahan sistem kewangan danmenggalakkan kecekapan dan daya saing industri perbankan. Di samping itu, langkah-langkah juga diambiluntuk meningkatkan perlindungan pengguna dan keyakinan orang ramai dalam sektor perbankan.

Meningkatkan Keselamatan dan Kemantapan Sistem Perbankan❏ Rangka Kerja Nisbah Modal Wajaran Risiko - Pindaan kepada Wajaran Risiko untuk Pinjaman

Perumahan yang Dijamin oleh Gadaian PertamaUntuk mempertingkatkan kepekaan risiko rangka kerja kecukupan modal yang sedia ada, Bank NegaraMalaysia meminda wajaran risiko bagi pinjaman perumahan tidak berbayar yang dijamin oleh gadaianpertama daripada 50% kepada 100% pada bulan Mac 2005. Pindaan itu akan memastikan institusiperbankan terus mengekalkan modal yang cukup untuk menyokong pengembangan pembiayaan bagipembelian harta kediaman.

❏ Garis Panduan Sistem Broker Elektronik oleh Broker Wang BerlesenGaris Panduan tersebut telah dikeluarkan pada bulan Ogos 2005 untuk memastikan sistem brokerelektronik yang ditawarkan oleh broker wang beroperasi dengan cara yang menggalakkan integriti dankestabilan pasaran kewangan secara keseluruhan. Ia juga menetapkan proses, prosedur, syarat, operasipengawalseliaan serta keperluan pengawalseliaan untuk menjalankan sistem broker elektronik.

❏ Garis Panduan Tadbir Urus Korporat bagi Institusi Berlesen (Semakan BNM/GP1)Sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan tadbir urus korporat dikalangan institusi berlesen, Garis Panduan Tadbir Urus Korporat bagi Institusi Berlesen telah dikeluarkanpada bulan September 2005 untuk menggantikan Garis Panduan Jawatan Ahli Lembaga Pengarah dalamInstitusi Perbankan. Garis Panduan itu menetapkan prinsip umum dan piawaian minimum serta keperluan

Page 22: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

144

khusus tadbir urus korporat yang mantap, yang patut diterima pakai oleh institusi berlesen dan syarikatinduk bank/kewangan. Garis Panduan yang disemak itu berlandaskan konsep asas tanggungjawab,akauntabiliti dan ketelusan, dengan lebih tumpuan diberikan pada peranan lembaga pengarah dan pihakpengurusan. Antara perubahan utama Garis Panduan yang disemak itu ialah:• Pengasingan peranan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif;• Pengasingan antara pemegang saham dengan pihak pengurusan;• Mempertingkatkan peranan dan komposisi pengarah bebas. Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada

ahli lembaga pengarah hendaklah terdiri daripada pengarah bebas dan mereka dikehendakimenunjukkan elemen bebas yang jelas dalam lembaga pengarah dari segi pendapat dan tindakan;

• Penubuhan tiga jawatankuasa lembaga pengarah baru, iaitu Jawatankuasa Pencalonan, JawatankuasaImbuhan dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko; dan

• Menghadkan bilangan Pengarah Eksekutif kepada tidak lebih daripada seorang.

❏ Garis Panduan Olahan Pengawalseliaan untuk Urus Niaga Derivatif KreditGaris Panduan Olahan Pengawalseliaan untuk Urus Niaga Derivatif Kredit telah dikeluarkan pada bulanOktober 2005, untuk menetapkan olahan kecukupan modal bagi urus niaga derivatif kredit yang dijalankaninstitusi perbankan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).Garis Panduan itu menetapkan olahan modal pengawalseliaan bagi empat jenis produk derivatif kreditpaling lazim, iaitu swap mungkir kredit (credit default swap), kumpulan mungkir kali pertama (first-to-default basket), swap kadar pulangan seluruh (total rate of return swap) dan nota berkaitan kredit (credit-linked notes) yang dicatat sama ada dalam buku perbankan atau buku perdagangan. Institusi perbankanyang menjalankan urus niaga derivatif kredit dikehendaki mendapatkan kelulusan khusus daripada BankNegara Malaysia dalam proses kelulusan produk seperti yang ditetapkan dalam Garis Panduan KeperluanKelulusan Produk Baru, kecuali produk yang diurus niaga berasaskan templat umum yang telah diluluskanoleh Bank Negara Malaysia.

Menggalakkan Persaingan dan Kecekapan dalam Sektor Perbankan❏ Garis Panduan Kadar Pinjaman Asas, Kadar Pinjaman dan Kadar Deposit Institusi Perbankan

Berkuat kuasa bulan Mac 2005, deposit tetap yang disimpan oleh syarikat atau perusahaan perniagaan besardan bukan pemastautin adalah pada asas yang boleh dirunding tanpa mengira jumlah simpanan. Oleh itu, iamenyumbang kepada persekitaran penetapan harga yang lebih berorientasikan pasaran untuk pendeposit.Walau bagaimanapun, kategori pendeposit lain termasuk individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)masih layak mendapat kadar yang dipaparkan untuk deposit sehingga RM1 juta.

❏ Garis Panduan Penawaran Produk Pelaburan Berkait pada Derivatif (ILD)Sejajar dengan usaha menambah pilihan produk ILD bagi pelabur yang layak, Bank Negara Malaysia telahmenambah pada senarainya, produk pelaburan yang menambah hasil yang berkait pada mata wang asing,komoditi, ekuiti dan derivatif pendapatan tetap pada bulan April 2005. Berikutan pertambahan produktersenarai, Garis Panduan Penawaran Produk Pelaburan Berkait pada Derivatif telah dikeluarkan untukmenggantikan Garis Panduan Pelaburan Berkait pada Derivatif yang dikeluarkan pada 12 Mei 2003. GarisPanduan itu seterusnya dikemas kini pada bulan Februari 2006 dengan memasukkan perubahan berikut:• Had agregat jumlah nosional terkumpul produk ILD yang ditawarkan kepada pelabur dihapuskan; dan• Pendekatan ‘Mendaftarkan dan Menggunakan’ yang digunakan untuk mengemukakan permohonan

berkaitan produk ILD, yang dengannya produk ILD dianggap diluluskan apabila dikemukakan kepada BankNegara Malaysia, tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan dari segi pengurusan risiko,penzahiran, pemasaran dan jenis produk yang ditawarkan.

❏ Pelaburan dalam Unit Dana Amanah Harta Tanah dan Dana Amanah SahamBerkuat kuasa 20 Mei 2005, institusi perbankan berlesen dibenarkan untuk melabur dalam dana amanahharta tanah dan dana amanah saham, dengan syarat:• Pelaburan itu tidak melebihi 5% daripada saiz terbitan dana itu atau 5% daripada dana modal

sesebuah institusi perbankan berlesen yang mana lebih rendah;

Page 23: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

145

• Nilai agregat semua pelaburan seumpama itu tidak melebihi 10% daripada dana modal sesebuahinstitusi perbankan berlesen; dan

• Nilai agregat pelaburan saham dan kepentingan-dalam-saham, dana amanah saham, dana amanahharta tanah dan harta tidak alih tidak melebihi 50% daripada modal asas sesebuah institusi perbankanberlesen.

❏ Garis Panduan Bank PelaburanMenurut Seksyen 126 ABIK 1989 dan Seksyen 158 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Bank NegaraMalaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) secara bersama mengeluarkan Garis Panduan Bank Pelaburanpada 1 Julai 2005. Garis Panduan itu menetapkan keperluan, proses dan rangka kerja pengawalseliaanuntuk bank pelaburan.

Semua kumpulan kewangan terlibat diberikan tempoh setahun, bermula 1 Julai 2005 untuk ditukarmenjadi bank pelaburan. Bagi memudahkan proses ini, Kerajaan bersetuju memberikan pengecualian dutisetem dan cukai keuntungan harta dan kredit cukai untuk kerugian terkumpul institusi perbankanpemeroleh yang terlibat dalam perasionalan itu. Penyertaan ekuiti asing dalam bank pelaburan ditingkatkankepada 49% untuk memudahkan pemindahan kemahiran, kepakaran dan pengetahuan teknikal yang lebihbaik kepada bank-bank pelaburan.

❏ Garis Panduan Akses kepada Pasaran Antara Bank oleh Broker UniversalSebagai sebahagian daripada langkah untuk memperkukuh kapasiti dan daya saing broker universal, brokeruniversal yang memenuhi kriteria kelayakan berikut dibenarkan mendapat akses pasaran antara bank untukmeminjam atau memberi pinjaman dana RM:• Dana pemegang saham minimum tidak terjejas oleh kerugian sebanyak RM100 juta;• Kedudukan modal yang kukuh mengikut ukuran nisbah kecukupan modal yang ditetapkan oleh Bursa

Malaysia (Bursa);• Pengendalian memuaskan kemudahan kredit semasa yang diperoleh daripada institusi perbankan; dan• Mematuhi peraturan berhemat dan kewangan yang ditetapkan oleh SC dan Bursa.

Garis Panduan itu juga menetapkan keperluan berhemat untuk broker universal yang ingin menyertaipasaran antara bank. Keperluan utama adalah seperti yang berikut:• Had agregat pinjaman antara bank tidak melebihi dua kali ganda dana pemegang sahamnya, yang

tidak terjejas oleh kerugian;• Rangka kerja pengurusan risiko yang mantap dan efektif untuk mengenal pasti, mengukur, memantau

dan mengurus risiko; dan• Rangka kerja pengurusan mudah tunai yang mantap yang merangkumi strategi pengurusan dana,

keupayaan untuk memadankan keperluan mudah tunai jangka masa terdekat dan jangka masa pendekdan mengekalkan kemudahan kredit yang mencukupi, aset yang mudah ditunaikan dalammenguruskan kemungkinan kekurangan dalam mudah tunai.

Broker universal juga dibenarkan meminjam sekuriti daripada Bank Negara Malaysia melalui pengaturanrepo untuk meningkatkan aktiviti pembrokeran sekuriti mereka dan akan tertakluk kepada pemeriksaanoleh Bank Negara Malaysia dan SC, yang mana bersesuaian.

❏ Perkhidmatan Pemfaktoran yang Disediakan oleh Bank PerdaganganBerkuat kuasa 10 Ogos 2005, semua bank perdagangan dibenarkan menyediakan perkhidmatanpemfaktoran sama ada sebagai sebahagian daripada perniagaan perbankan perdagangannya atau melaluisebuah entiti perundangan berasingan. Entiti perundangan berasingan itu boleh berbentuk anak syarikatyang dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya, atau usaha sama dengan pihak lain, termasuk pihak asing.Ini adalah untuk menggalakkan persaingan dan penyertaan institusi perbankan dalam bidang yang kinidijalankan oleh institusi pinggiran.

Page 24: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

146

❏ Garis Panduan Penjualan/Pembelian Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) oleh Institusi PerbankanUntuk membolehkan institusi perbankan menguruskan kunci kira-kira masing-masing dan mengagihkansemula sumber dengan lebih fleksibel bagi memperkukuh potensi dan daya saing perniagaan mereka, GarisPanduan Penjualan/Pembelian Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) oleh Institusi Perbankan dikeluarkan pada bulanDisember 2005. Garis Panduan itu membenarkan institusi perbankan menjalankan penjualan langsung NPLkepada pihak ketiga yang layak, serta membeli NPL daripada institusi perbankan lain. Garis Panduan itu jugamenetapkan syarat am, keperluan dan proses serta peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah danpengurusan kanan institusi perbankan yang ingin menjalankan penjualan atau pembelian seperti itu. GarisPanduan itu menetapkan bahawa NPL hanya boleh dijual kepada institusi perbankan domestik atau institusiperbankan asing yang diperbadankan di Malaysia, pelabur dalam negeri atau pelabur asing melalui JenteraTujuan Khas (Special Purpose Vehicle) dengan penyertaan ekuiti asing dihadkan pada 49%. Semua NPL yangdijual kepada pihak ketiga yang layak hendaklah mengikut asas tanpa rekursa (non-recourse basis).

❏ Penubuhan Cawangan Baru Bank Asing yang Diperbadankan di MalaysiaSejajar dengan strategi umum yang digariskan dalam Pelan Induk Sektor Kewangan, bank asing yangdiperbadankan di Malaysia (LIFB) dibenarkan menubuhkan sehingga empat buah cawangan tambahan dalamtempoh satu tahun berkuat kuasa 1 Januari 2006, dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kefleksibelanoperasi ini merupakan langkah pertama dalam pendekatan berfasa liberalisasi cawangan. Namun begitu, LIFBperlu mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia terlebih dahulu sebelum menubuhkan cawangan baru.

Meningkatkan Perlindungan Pengguna❏ Pengenaan Fi dan Caj atas Produk dan Perkhidmatan Perbankan

Sebagai sebahagian daripada langkah untuk memastikan akses kepada perkhidmatan perbankan danmemastikan fi dan caj yang dikenakan adalah adil dan saksama bagi institusi perbankan dan jugapelanggan, prinsip panduan berkaitan pengenaan fi dan caj untuk produk dan perkhidmatan perbankantelah ditetapkan. Institusi perbankan dikehendaki memastikan fi dan caj yang sedia ada mematuhi prinsipini dan kelulusan Bank Negara Malaysia diperlukan terlebih dahulu untuk sebarang pindaan bagimenaikkan fi dan caj sedia ada atau untuk sebarang pengenaan fi dan caj baru atas individu dan/atau PKS.

❏ Akses kepada Pembiayaan oleh Sektor KeutamaanSeperti tahun-tahun yang lepas, Bank Negara Malaysia terus menumpukan pada pemberian pinjaman olehinstitusi perbankan kepada sektor keutamaan, iaitu PKS, PKS bumiputera dan rumah kos rendah berhargaRM60,0001 ke bawah. Sasaran kelulusan pinjaman baru ditetapkan untuk tempoh pematuhan dari1 Januari 2006 – 31 Disember 2007 berasaskan pelbagai faktor dengan mengambil kira kapasiti institusiberkenaan. Di samping itu, kadar faedah yang dikenakan institusi perbankan untuk pinjaman perumahanyang disalurkan di bawah Garis Panduan, iaitu rumah kos rendah berharga RM60,0001 dan ke bawah, jugadihadkan pada BLR + 1.75%.

❏ Perkhidmatan Perbankan AsasUntuk memastikan semua pelanggan mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan, di bawah rangkakerja Perkhidmatan Perbankan Asas (BBS) semua institusi perbankan yang tidak menawarkan penukaransecara automatik untuk akaun simpanan biasa yang diberikan sebelum ini ke Akaun Simpanan Asas perlumenukarkan secara automatik semua akaun seperti itu bermula 1 September 2005.

❏ Jadual Perbandingan di InfoPerbankanPada bulan Disember 2005, Bank Negara Malaysia meluaskan skop jadual perbandingan untuk meliputiproduk runcit perbankan di laman web pendidikan penggunanya, InfoPerbankan. Jadual ini membolehkanpelanggan membuat perbandingan sebelum membuat keputusan dan merupakan sebahagian daripadausaha menggalakkan akses kepada maklumat yang lebih baik dan menggalakkan pelanggan membuatkeputusan yang lebih bijak.

1 Bagi Sabah dan Sarawak, harga belian rumah kos rendah dihadkan pada harga tidak melebihi RM72,000.

Page 25: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

147

PRESTASI SISTEM PERBANKAN

Tinjauan KeseluruhanDaya tahan sistem perbankan terus mengukuh padatahun 2005 dalam suasana makroekonomi yangmenggalakkan dengan penunjuk keteguhan kewanganutama mempamerkan trend yang memberangsangkan.Pendedahan sistem perbankan kepada sektor isi rumahmasih pada tahap berhemat dan tidak menggugatkeseluruhan kestabilan sistemik sistem perbankan.Perkembangan utama prestasi kewangan sistemperbankan dapat diringkaskan seperti berikut:

• Tahap permodalan kekal melebihi 13% dalamkeadaan pengembangan kukuh jumlah aset danprestasi keuntungan yang terus teguh;

• Kualiti portfolio pinjaman terus bertambah baik,didorong oleh NPL baru yang lebih rendah,pengelasan semula NPL kepada status berbayaryang lebih tinggi dan kutipan semula. Khususnya,nisbah NPL sektor perniagaan terus menurunsementara nisbah NPL sektor isi rumah secararelatif kekal stabil;

• Aktiviti pinjaman terus menggalakkan, didorongterutamanya oleh pemberian pinjaman kepadasektor runcit dalam persekitaran persaingan yanglebih sengit; dan

• Pendedahan kepada risiko pasaran terusterkawal.

KeuntunganSistem perbankan terus mencatat prestasi keuntunganyang kukuh pada tahun 2005 didorong oleh suasanamakroekonomi dan pasaran kewangan yangmenggalakkan. Keuntungan awalan sebelum cukai yangbelum diaudit bagi tahun 2005 berjumlah RM12.4 bilion,iaitu peningkatan sebanyak 7% di atas paras yangdicapai pada tahun sebelumnya. Mencerminkankepelbagaian portfolio perniagaan institusi perbankan,pertumbuhan dalam keuntungan telah didorongterutamanya oleh pendapatan yang lebih tinggi daripadaaktiviti pemberian pinjaman dan pembiayaan, jualanproduk pengurusan kekayaan, perkhidmatan kirimanwang dan aktiviti perdagangan dan pelaburan.Keuntungan lebih tinggi tersebut dicapai ketika institusiperbankan terus berusaha mengukuhkan lagi kedudukankewangan mereka. Hasilnya, pulangan atas ekuiti puratameningkat kepada 16.9%. Di samping itu, pulangan atasaset purata pula kekal pada tahap 1.4% berikutanpengembangan setara dalam jumlah aset pada tahun itu.

Keuntungan operasi kasar bagi tahun 2005 meningkat6.2% kepada RM13.1 bilion hasil daripada pendapatanyang lebih tinggi yang dijana daripada aktiviti

berasaskan faedah dan fi. Meskipun terdapatpersaingan dalam pemberian pinjaman, pendapatanfaedah bersih meningkat 7.6% didorong terutamanyaoleh pertumbuhan dalam pendapatan faedah daripadaaktiviti pinjaman dan pembiayaan (+RM1.3 bilion atau4%), berserta juga pendapatan bersih yang lebihtinggi daripada aktiviti pinjaman antara bank. Walaubagaimanapun, pertumbuhan tersebut disederhanakanoleh peningkatan perbelanjaan faedah atas deposit(+RM0.9 bilion atau 6.2%) sejajar dengan jumlahdeposit yang lebih tinggi yang diterima daripadapelanggan pada tahun 2005. Selaras denganpengembangan kukuh dalam aktiviti pemberianpinjaman yang didorong terutamanya oleh segmen

Jadual 5.1Sistem Perbankan1: Pendapatan dan Perbelanjaan

Untuk tahun kalendar

2004 2005a Perubahan tahunan

RM juta %

Pendapatan faedah2 40,755 43,757 3,002 7.4Tolak: Perbelanjaan

faedah 20,591 22,057 1,466 7.1

Pendapatan faedahbersih 20,164 21,701 1,536 7.6

Campur: Pendapatanberasaskan fi 4,229 4,684 455 10.7

Tolak: Kos kakitangan 5,662 6,309 647 11.4Kos overhed 6,427 7,008 581 9.0

Keuntungan operasikasar 12,305 13,068 763 6.2

Tolak: Peruntukanhutang lapukdan ragu, danlain-lain 4,587 5,476 889 19.4

Keuntungan operasikasar selepasperuntukan 7,718 7,592 -125 -1.6

Campur: Pendapatan lain 3,852 4,788 936 24.3

Untung sebelum cukai 11,569 12,380 811 7.0

Antaranya:Bank perdagangan3 10,679 11,006 328 3.1Bank saudagar 814 1,340 526 64.6Bank-bank Islam 76 34 -43 -56.1

Pulangan ke atasaset (%) 1.4 1.4

Pulangan ke atasekuiti (%) 16.3 16.9

Kos ke ataspendapatan4 (%) 49.6 50.5

1 Termasuk bank-bank Islam.2 Faedah ke atas pinjaman tidak berbayar tidak lagi diakru mulai Januari 2005.3 Termasuk syarikat kewangan.4 Hanya mengambil kira kos kakitangan, kos overhed, pendapatan faedah bersih

dan pendapatan berdasarkan fi.a AwalanNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Page 26: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

148

runcit, pendapatan faedah sebagai peratusan daripadaaset berkaitan faedah meningkat 11 mata asas kepada5.35 mata peratusan.

Persaingan dalam pasaran pemberian pinjaman,khususnya dalam segmen runcit yang terus meningkat,mendorong penurunan dalam kadar pinjaman puratasepanjang tahun 2005. Kadar pinjaman purata bagipinjaman baru kepada pengguna (tidak termasuk kadkredit) adalah sebanyak 4.09% setahun pada bulanDisember 2005 (4.34% setahun pada bulan Disember2004). Kadar pinjaman purata bagi pinjaman barukereta penumpang mencatat penurunan paling ketara,menurun 219 mata asas daripada 6.53% setahun padabulan Disember 2004 kepada 4.34% setahun padabulan Disember 2005. Justeru itu, margin faedah kasarinstitusi perbankan (iaitu perbezaan antara pendapatanfaedah dengan perbelanjaan faedah, dinyatakansebagai peratusan daripada jumlah aset berasaskanfaedah) hampir tidak berubah pada 2.65 mataperatusan. Perkembangan ini sebahagiannyadisebabkan oleh kadar pinjaman asas institusiperbankan yang lebih tinggi berikutan peningkatanKadar Dasar Semalaman Bank Negara Malaysia padabulan November 2005 yang menyaksikan KadarTawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 bulannaik 40 mata asas kepada 3.20% setahun pada akhirbulan Disember 2005.

Pendapatan yang dijana daripada aktiviti berasaskan fimencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 10.7% padatahun 2005 berikutan jualan produk pengurusankekayaan seperti amanah saham dan bankasurans yanglebih tinggi, dan peningkatan dalam perkhidmatankiriman wang oleh institusi perbankan. Fi yang lebihtinggi juga telah diterima daripada aktiviti berkaitanperdagangan seperti jaminan dan komisen daripadaterbitan penerimaan jurubank berikutan pertumbuhandalam pemberian pinjaman. Sementara itu, peningkatan

penggunaan kad bagi pembelian barangan dan urusniaga lain juga menyumbang kepada pendapatan fiyang lebih tinggi bagi institusi perbankan. Padakeseluruhan tahun 2005, pendapatan berasaskan fi bagibank perdagangan dan syarikat kewangan secarasekumpulan mencatat peningkatan sebanyak 11.1%untuk mencakupi 17.3% daripada pendapatanoperasi kasar.

Pendapatan yang diperoleh bank saudagar daripadaaktiviti berasaskan fi sebaliknya mencatat penurunankecil sebanyak 0.4% kepada RM0.3 bilion. Walaupunpendapatan yang dijana daripada pemberian pinjamandan pembiayaan meningkat, ianya disederhanakan olehpendapatan daripada perkhidmatan nasihat korporatyang lebih rendah. Walau bagaimanapun, pendapatanberasaskan fi kekal sebagai penyumbang utama kepadapendapatan operasi bank saudagar, mencakupi 44.7%daripada jumlah pendapatan pada tahun 2005. Denganpenubuhan bank pelaburan, persaingan dalam aktivitiberasaskan fi dijangka akan lebih sengit, dan akanmenambah tekanan atas kemapanan pendapatan bank-bank saudagar. Sementara itu, pendapatan yang dijanadaripada aktiviti urus niaga dan pelaburan mencatatpeningkatan yang ketara sebanyak 116.6%.

Walaupun sistem perbankan terus melaburkan jumlahyang besar dalam bentuk kos kakitangan, danpembaikan sistem teknologi maklumat dan prosesperniagaan pada tahun 2005, nisbah kos kakitangandan overhed kepada pendapatan operasi kasar hanyameningkat dengan sedikit kepada 50.5%. Pelaburanseperti ini perlu untuk meningkatkan prospekpengembangan perniagaan, mengekalkan bakat sediaada dan bagi menarik kemahiran baru ke dalam industriberikutan mobiliti pekerja yang meningkat. Pelaburandalam pemerolehan dan pembangunan kemahiranbertujuan meningkatkan produktiviti dan keuntunganinstitusi perbankan. Institusi perbankan telah dapatmenjana keuntungan operasi sebanyak RM2.10 untuksetiap ringgit yang dibelanjakan atas kakitangan.Sementara itu, peningkatan overhed mencerminkanstrategi pemasaran dan jualan yang agresif yangdilaksanakan oleh beberapa institusi perbankan. Secarakeseluruhannya, perbelanjaan untuk pemasaran,pentadbiran dan perbelanjaan am lain mencakupi60.2% daripada jumlah overhed perbelanjaanberbanding dengan 57.7% pada tahun 2004.

Persekitaran perniagaan dan operasi bersertakedudukan kewangan yang menggalakkan dalamsuasana prospek ekonomi yang memberangsangkantelah memberi perangsang kepada institusi perbankanuntuk terus berusaha melaksanakan strategi

Jadual 5.2Kadar Pemberian Pinjaman Purata Wajaran untukPinjaman Baru

Bank perdagangan

Purata bagi Disember (% setahun)

2004 2005

Pinjaman perniagaan 5.64 5.70antaranya: PKS 6.20 6.36

Pinjaman isi rumah1 4.34 4.09antaranya:

Pembelian harta kediaman 3.08 3.15Pembelian kereta penumpang 6.53 4.34

1 Tidak termasuk kad kredit.

Page 27: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

149

memperkukuhkan kedudukan kewangan mereka. Padatahun 2005, sektor perbankan memperuntukkansebanyak RM11.4 bilion bagi peruntukan hutang lapukdan ragu yang terdiri daripada peruntukan khassebanyak RM9.7 bilion (+9.8%) dan hapus kirasebanyak RM0.3 bilion (+216.4%). Sejajar denganjumlah peruntukan yang lebih tinggi ini, margin faedahbersih (perbezaan pendapatan faedah dan perbelanjaanfaedah tolak overhed dan peruntukan hutang lapuk danragu sebagai peratusan aset berkaitan faedah)menunjukkan penurunan yang kecil sebanyak tujuhmata asas kepada 0.37 mata peratusan pada tahun2005. Pengukuhan kedudukan kewangan institusiperbankan ekoran langkah proaktif ini telah meletakkansektor perbankan pada kedudukan yang lebih baikuntuk terus menyokong pembangunan dan aktivitiekonomi pada masa hadapan.

Aktiviti Pemberian PinjamanAktiviti pemberian pinjaman sistem perbankan terus kukuhpada tahun 2005 disokong oleh pertumbuhan ekonomiyang mapan dan keutuhan permintaan pembiayaan sektorperusahaan perniagaan dan sektor isi rumah. Daya tahanyang lebih kukuh dalam suasana prestasi kewangan yangmenggalakkan dan kualiti aset yang bertambah baikmembolehkan sistem perbankan untuk terus memenuhikeperluan pembiayaan sektor perniagaan dan isi rumahyang meningkat dan seterusnya menyumbang kepadapertumbuhan aktiviti perniagaan dan penggunaan swasta.Kadar pinjaman pasaran kekal kompetitif dengan kadarbagi pinjaman baru yang diluluskan oleh bankperdagangan berada dalam lingkungan 5.62% hingga6.23% setahun dan lingkungan 6.23% hingga 7.39%setahun bagi syarikat kewangan.

Permintaan terhadap pembiayaan terus mencatat trendmenaik dengan permohonan pinjaman yang diterima institusiperbankan bertambah 11.7% kepada RM305.4 bilion

pada tahun 2005. Kelulusan pinjaman baru secara relatifkekal stabil dengan pinjaman baru yang diluluskanberkembang 11.4% kepada RM193.4 bilion kepada lebihdaripada 3 juta permohonan. Secara purata, pinjamanbaru yang diluluskan setiap bulan pada tahun 2005berjumlah RM16.1 bilion berbanding denganRM14.5 bilion pada tahun sebelumnya. Dengan aktivitisektor swasta terus berkembang, jumlah pengeluaranpinjaman naik 8.4% kepada RM529.3 bilion, terutamanyaoleh sektor perkilangan yang mencakupi 24% (RM127bilion) daripada jumlah pengeluaran pinjaman. Sementaraitu, pinjaman yang belum digunakan pula meningkat7.9% kepada RM170.9 bilion, lebih rendah berbandingdengan peningkatan sebanyak 16.7% pada tahun lepas,disebabkan terutamanya oleh kemudahan kad kredit yangtidak digunakan. Ekoran jumlah pengeluaran pinjamanmelebihi jumlah pembayaran balik, jumlah pinjamanterkumpul meningkat dengan ketara pada kadar tahunan8.6% kepada RM558.1 bilion pada akhir tahun 2005.Jumlah pegangan sekuriti hutang swasta (PDS) olehinstitusi perbankan meningkat 8.5% pada tahun 2005berbanding dengan penurunan 3.1% pada tahun 2004.Hasilnya, pembiayaan agregat oleh sektor perbankanuntuk menyokong aktiviti ekonomi meningkat 8.6%.

Pemberian pinjaman kepada isi rumahJumlah pinjaman terkumpul isi rumah bertambah15.1% pada tahun 2005 kepada RM304.4 bilion untukmencakupi 54.5% daripada portfolio pinjaman

Kedudukan yang lebih mantapmembolehkan sektorperbankan terus memenuhikeperluan pembiayaan sektorperniagaan dan isi rumahyang meningkat, danseterusnya menyumbangkepada pertumbuhan aktivitiperniagaan dan penggunaanswasta.

Jadual 5.3Sistem Perbankan1: Aktiviti Pembiayaan

Bagi tahun

2004 2005Pertumbuhan

tahunan(%)

RM bilion

Kelulusan pinjaman 173.6 193.4 11.4

Pengeluaran pinjaman 488.2 529.3 8.4

Pembayaran balik pinjaman 461.6 489.2 6.0

Pada akhir tahun

2004 2005Pertumbuhan

tahunan(%)

RM bilion

Jumlah pinjaman terkumpul 513.9 558.1 8.6

Jumlah pembiayaan oleh sistemperbankan2 547.0 594.0 8.6

Jumlah pembiayaan untukekonomi3 671.5 733.6 9.3

1 Termasuk bank-bank Islam.2 Jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan dicampur sekuriti hutang swasta

yang dipegang oleh sistem perbankan.3 Jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan dicampur sekuriti hutang swasta

terkumpul.

Page 28: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

150

terkumpul sistem perbankan. Pasaran buruh yang stabil,peningkatan pendapatan boleh guna, dan pilihanpembiayaan yang menarik telah menyumbang kepadaperbelanjaan pengguna yang lebih kukuh, dengan itumerangsang permintaan terhadap pembiayaan baruseperti dicerminkan oleh kenaikan 18% dalampermohonan pinjaman daripada individu atau 46.5%daripada jumlah permohonan pinjaman yang diterimasektor perbankan. Jumlah pinjaman yang diluluskanpula bertambah 12% kepada RM97.2 bilion, atau50.3% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan olehsistem perbankan pada tahun 2005. Sementara itu,pengeluaran pinjaman turut meningkat 11.4% kepadaRM145.2 bilion, atau 27.4% daripada jumlahpengeluaran pinjaman dalam sistem perbankan.Pinjaman yang belum digunakan oleh sektor inibertambah 17.2% kepada RM79.5 bilion, mencakupi46.5% daripada jumlah pinjaman yang belumdigunakan dalam sistem perbankan. Pertambahandalam jumlah pinjaman yang belum digunakandisebabkan terutamanya oleh pertambahan kemudahankad kredit yang tidak digunakan, berikutan pengeluarankad kredit yang meningkat di samping kelulusan hadkredit yang lebih tinggi oleh institusi perbankan kepadapemegang kad.

[Analisis terperinci mengenai pemberian pinjamankepada isi rumah terdapat dalam subtajuk "Pendedahankepada Sektor Isi Rumah" dalam bab ini.]

Pemberian pinjaman kepada perusahaan perniagaanPemberian pinjaman kepada perusahaan perniagaankekal tinggi pada tahun 2005 mencerminkan pelaburansektor swasta dan aktiviti perniagaan yang lebih kukuh.Permintaan terhadap pembiayaan baru oleh perusahaanperniagaan bertambah pada kadar yang lebihsederhana, iaitu 5.7% kepada RM158.5 bilion padatahun 2005 (2004: 20%). Pertumbuhan bagi pinjamanbaru yang lebih perlahan kepada perusahaanperniagaan disebabkan terutamanya oleh penurunandalam permohonan pinjaman daripada sektorpembinaan, dan juga peningkatan yang lebih kecildalam permohonan daripada sektor perkilangan, dansektor perdagangan borong dan runcit, restoran danhotel. Meskipun peningkatan permohonan pinjamanlebih sederhana, pertumbuhan dalam kelulusanpinjaman baru adalah stabil. Jumlah pinjaman yangdiluluskan meningkat 9.8% kepada RM93.2 bilion,mencakupi 48.2% daripada jumlah kelulusan dalamsistem perbankan. Kelulusan pinjaman kepadaperniagaan adalah menyeluruh, dengan 50.2% atauRM46.8 bilion kelulusan pinjaman baru disalurkankepada sektor perkilangan, perdagangan borong danruncit, restoran dan hotel, dan pembinaan. Kelulusan

pinjaman bagi sektor pertanian pula mencatatpertumbuhan yang nyata sebanyak 80% kepadaRM5.2 bilion.

Pengeluaran pinjaman kepada sektor perniagaanbertambah 7.4% kepada RM360.1 bilion, mencakupi68% daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan olehsistem perbankan. Sebanyak 72.3% daripada jumlah ituatau RM260.2 bilion disalurkan kepada sektorperkilangan, perdagangan borong dan runcit, restorandan hotel, kewangan, insurans dan perkhidmatanperniagaan, memandangkan sektor perkhidmatan danperkilangan terus mendapat manfaat daripadaperbelanjaan pengguna yang kukuh dan eksportbarangan perkilangan yang lebih tinggi. Secara relatif,pengeluaran pinjaman adalah lebih tinggi berbandingdengan pembayaran balik dan berikutan itu, jumlahpinjaman terkumpul sektor perusahaan perniagaanbertambah 2.9% kepada RM225.6 bilion pada akhirtahun 2005. Jumlah pinjaman yang belum digunakanpula meningkat sedikit, iaitu sebanyak 0.2% kepadaRM87.4 bilion.

Pemberian pinjaman kepada PKSSektor perbankan terus menyokong keperluanpembiayaan PKS, dengan pemberian pinjaman kepadaPKS terus menerajui pertumbuhan pinjaman kepadaperniagaan. Jumlah pinjaman terkumpul PKS bertambahdengan nyata sebanyak 8.7% kepada RM96 bilion padaakhir tahun 2005, untuk mencakupi 42.6% daripadapinjaman kepada perniagaan atau 17.2% daripadajumlah pinjaman terkumpul. Sebagai mencerminkankeperluan pembiayaan PKS yang semakin meningkat,sistem perbankan menerima permohonan pinjamandaripada lebih 100,000 PKS yang bernilai RM59.7 bilion,iaitu peningkatan 10.3% daripada tahun sebelumnya.Faktor seperti perkembangan dalam analisis kredit,peralatan dan metodologi penilaian, akses yang meluaskepada maklumat semasa pelanggan dan liberalisasirangka kerja penentuan harga telah memudahkanproses peruntukan pembiayaan yang lebih besar kepadaPKS. Pada tahun 2005, pinjaman baru sebanyakRM35.8 bilion diluluskan kepada lebih daripada 85,000PKS, pada kadar pinjaman purata antara 5.72% hingga6.43% setahun oleh bank perdagangan. Kadarkelulusan adalah lebih tinggi pada 59.9%, manakalapermohonan yang ditolak kekal rendah, mencakupi18.5% daripada jumlah permohonan yang diterimadaripada PKS. Pengeluaran pinjaman juga bertambah.Pada tahun 2005, RM110.7 bilion pinjaman dikeluarkankepada PKS, iaitu kenaikan 10.2% berbanding dengantahun 2004. Jumlah itu mencakupi 30.7% daripadajumlah pengeluaran kepada sektor perusahaanperniagaan. Pemberian pinjaman kepada PKS mengikut

Page 29: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

151

sektor pada umumnya lebih menyeluruh, denganhampir dua pertiga daripadanya disalurkan kepadasektor perdagangan borong dan runcit, hotel danrestoran, perkilangan dan pembinaan. Ini mencerminkanfokus perniagaan oleh kebanyakan PKS.

Dengan inisiatif untuk membina keupayaan PKS yangtelah pun berada dalam perancangan, langkah untukmemudahkan akses kepada pembiayaan, sepertipenubuhan SME Bank, pensekuritian pinjaman PKS,pengenalan produk pembiayaan perdagangan yangbaru bagi PKS, dan juga penubuhan SME Portal akanterus meningkatkan akses kepada pembiayaan bagiPKS. Ini akan menggalakkan lagi pemberian pinjamanoleh institusi perbankan kepada PKS. Sebagai responskepada permintaan kukuh terhadap tabung khas PKSyang diperuntukkan oleh Bank Negara Malaysia, TabungIndustri Kecil dan Sederhana 2 dan Tabung UsahawanBaru 2 masing-masing ditambah lagi sebanyakRM250 juta dan RM350 juta. Secara agregat, BankNegara Malaysia memperuntukkan sebanyak RM8.9 bilionbagi tabung khas untuk PKS dan daripada jumlah ini,sebanyak RM11.2 bilion telah diluluskan sehingga akhirtahun 2005.

Pembiayaan melalui pasaran bonPasaran bon mengekalkan momentum pertumbuhannyapada tahun 2005. Sebanyak RM35.7 bilion sekuritihutang swasta diterbitkan atau peningkatan sebanyak27.1% berbanding dengan tahun 2004, terutamanyaoleh sektor utiliti, pembinaan dan kewangan, insurans,harta tanah dan perkhidmatan perniagaan, yangmencakupi 74.3% daripada jumlah terbitan. Hasilnya,jumlah sekuriti hutang swasta terkumpul dalam pasaranmeningkat 11.4% kepada RM175.6 bilion pada akhirtahun 2005. Secara keseluruhan, jumlah pembiayaanyang disalur kepada ekonomi, yang merangkumipemberian pinjaman oleh institusi perbankan, bertambah9.3% kepada RM733.6 bilion.

Kualiti AsetSelaras dengan prestasi ekonomi yang mapan, kualitipinjaman sistem perbankan terus bertambah baik padatahun 2005, dengan pinjaman tidak berbayar (NPL)menurun kepada paras terendah sejak krisis kewanganAsia. Peningkatan kualiti aset pada tahun 2005 berpuncaterutamanya daripada klasifikasi semula NPL yang lebihtinggi kepada status berbayar dan hapus kira.

NPL bersih sistem perbankan berdasarkan klasifikasi3 bulan menurun sebanyak 14.6% kepada RM31.3 bilionpada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM36.7 bilion),manakala NPL bersih berdasarkan klasifikasi 6 bulanmenurun kepada RM24.7 bilion pada akhir tahun 2005

(akhir tahun 2004: RM28.6 bilion). Oleh itu, nisbah NPLbersih berdasarkan klasifikasi 3 bulan menurun sebanyak1.7 mata peratusan kepada 5.8% (akhir tahun 2004:7.5%). Berdasarkan klasifikasi 6 bulan pula, nisbah NPLbersih menurun sebanyak 1.2 mata peratusan kepada4.6% (akhir tahun 2004: 5.8%). Perlindungan kerugianpinjaman sistem perbankan juga bertambah baik denganpenurunan paras NPL di samping amalan dasarperuntukan yang lebih berhemat oleh institusiperbankan. Pada akhir tahun 2005, nisbah perlindungankerugian pinjaman sistem perbankan meningkat kepada59.2% berdasarkan klasifikasi 3 bulan dan 65.4%berdasarkan klasifikasi 6 bulan (akhir tahun 2004:masing-masing 54.9% dan 60.1%). Pada tahun itu,

012345678910

J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D05

10

1520

25

30354045

NPL bersih (6 bulan) NPL bersih (3 bulan)

Nisbah NPL bersih (6 bulan) Nisbah NPL bersih (3 bulan)

RM bilion %

Graf 5.1Sistem Perbankan1: Pinjaman Tidak Berbayar Bersih

1 Termasuk bank-bank Islam.

2004 2005

0

20

40

60

80

100

120

J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D

RM bilion

9-<12 bulan1-<3 bulan

3-<6 bulan 12 bulan dan ke atas

6-<9 bulan

Graf 5.2Sistem Perbankan1 : Profil Pinjaman Tertunggak

1 Termasuk bank-bank Islam.

2004 2005

Page 30: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

152

beberapa institusi perbankan telah menerima pakaidasar klasifikasi 3 bulan. Hasilnya, pada akhir tahun2005, institusi perbankan yang menguasai bahagianpasaran sebanyak 95.6% daripada jumlah pinjamandalam sistem perbankan telah menerima pakai dasarklasifikasi 3 bulan.

Pada tahun 2005, penurunan NPL adalah jugadisebabkan oleh kadar pengelasan semula NPL kepadastatus berbayar yang lebih tinggi (+30.2%) berikutanpeningkatan keseluruhan kemampuan peminjam untukmembayar balik pinjaman, dan hapus kira pinjaman(+3.1%). Klasifikasi baru pinjaman sebagai NPLmeningkat 5.6% terutamanya disebabkan oleh dasarklasifikasi NPL yang lebih ketat oleh beberapa institusi

perbankan. Namun, peningkatan ini adalah kecilberbanding dengan peningkatan kualiti asetkeseluruhan sistem perbankan. Pinjaman tertunggak(tidak termasuk NPL) antara satu hingga tiga bulan jugamenurun 3.5% pada tahun 2005, mencakupi sebanyak6.5% daripada jumlah pinjaman. Oleh itu, risiko yangtimbul daripada NPL yang baru dalam sistem perbankanterus terkawal.

Pengurangan keseluruhan NPL sistem perbankanterutamanya menggambarkan peningkatan dalamkualiti pinjaman sektor perniagaan. Dengan sokonganpermintaan luar negeri yang kukuh dan peningkatanpermintaan dalam negeri yang mapan, keupayaanpembayaran balik sektor perniagaan bertambah baik

Jadual 5.4Sistem Perbankan: Pinjaman Tidak Berbayar dan Peruntukan Hutang Ragu dan Lapuk

Pada akhir tahun

2004 2005

Klasifikasi

3 bulan 6 bulan 3 bulan 6 bulan

RM juta

Sistem perbankanPinjaman tidak berbayar 60,379.8 50,711.5 53,558.4 45,196.1Faedah tergantung 8,469.4 8,105.6 7,332.6 7,108.8Peruntukan khas 15,242.3 14,015.9 14,915.0 13,429.3Peruntukan am 9,488.7 8,367.5 9,459.4 9,016.2

Nisbah pinjaman tidak berbayar bersih (%)1 7.5 5.8 5.8 4.6Jumlah peruntukan/Pinjaman tidak berbayar (%) 54.9 60.1 59.2 65.4

Bank perdagangan2

Pinjaman tidak berbayar 55,730.3 46,774.8 48,818.4 41,140.5Faedah tergantung 7,880.2 7,537.2 6,696.8 6,488.8Peruntukan khas 14,289.8 13,094.8 13,864.0 12,416.6Peruntukan am 9,089.6 7,968.3 8,913.5 8,470.2

Nisbah pinjaman tidak berbayar bersih (%)1 7.1 5.5 5.5 4.4Jumlah peruntukan/Pinjaman tidak berbayar (%) 56.1 61.1 60.4 66.5

Bank saudagarPinjaman tidak berbayar 2,496.8 2,268.0 1,782.8 1,735.1Faedah tergantung 373.8 364.4 356.2 355.6Peruntukan khas 455.4 457.5 463.5 464.6Peruntukan am 235.8 235.9 192.9 193.0

Nisbah pinjaman tidak berbayar bersih (%)1 19.4 16.8 12.1 11.5Jumlah peruntukan/Pinjaman tidak berbayar (%) 42.7 46.6 56.8 58.4

Bank-bank IslamPinjaman tidak berbayar 2,152.7 1,668.7 2,957.1 2,320.5Faedah tergantung 215.3 204.1 279.6 264.4Peruntukan khas 497.2 463.6 587.6 548.1Peruntukan am 163.4 163.4 353.0 353.0

Nisbah pinjaman tidak berbayar bersih (%)1 13.4 9.3 10.5 7.6Jumlah peruntukan/Pinjaman tidak berbayar (%) 40.7 49.8 41.3 50.2

1 Nisbah pinjaman tidak berbayar bersih = (Pinjaman tidak berbayar tolak faedah tergantung tolak peruntukan khas) / (Jumlah pinjaman tolak faedah tergantung tolakperuntukan khas) x 100%.

2 Termasuk syarikat kewangan.Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Page 31: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

153

pada tahun 2005. NPL bagi sektor perniagaanmenunjukkan penurunan yang ketara sebanyak 15.8%kepada RM29.4 bilion, mencakupi 11.2% daripadajumlah pinjaman perniagaan pada akhir tahun 2005(akhir tahun 2004: 13.7%). Ini terutamanya disebabkanoleh penurunan NPL bagi sektor perkilangan,pengedaran (perdagangan borong dan runcit, restorandan hotel) dan pembinaan. NPL bagi sektor perkilanganmenunjukkan penurunan yang terbesar sebanyak24.8% dan mencakupi 10.8% daripada pinjamankepada sektor perkilangan pada akhir tahun 2005(akhir tahun 2004: 13.8%). Nisbah NPL bagi sektorpengedaran dan pembinaan masing-masing menurunkepada 7.7% dan 20.4% (akhir tahun 2004: masing-masing 10% dan 23.7%).

Sejajar dengan NPL yang bertambah baik bagi sektorperniagaan, NPL bagi PKS juga menurun sebanyak3.8% pada tahun 2005. Pada akhir tahun 2005, NPLbagi PKS menurun kepada RM10.2 bilion, mencakupi

10.6% daripada pinjaman PKS (akhir tahun 2004: 12%).Adalah diperhatikan bahawa kualiti aset yangbertambah baik bagi pinjaman PKS adalah dalam sektoryang sama seperti keseluruhan sektor perniagaan,dengan NPL bagi PKS dalam sektor perkilanganmencatat penurunan terbesar. NPL bagi PKS dalamsektor perkilangan menurun 12.7%, iaitu mencakupi11.6% daripada pinjaman PKS dalam sektor ini. Inisebahagiannya disebabkan oleh penambahbaikandalam analisis kredit, peralatan dan metodologipenilaian kredit institusi perbankan, dan peningkatanakses kepada maklumat pelanggan semasa.

[Sila rujuk seksyen mengenai “Pendedahan kepadaSektor Isi Rumah” untuk analisis tentang pendedahansektor perbankan kepada sektor isi rumah.]

Dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang mapanpada tahun 2006, bersama-sama denganpenambahbaikan yang berterusan dalam infrastruktur

Jadual 5.5Sistem Perbankan1: Pinjaman Tidak Berbayar mengikut Sektor

Pada akhir tahun

Pinjaman tidak berbayarSebagai peratus

mengikut sektordaripada jumlah

Perubahan pinjaman kepada sektor

2004 2005 2004 2005

RM juta %

Perusahaan perniagaan 34,907.0 29,383.3 -15.8 13.7 11.2antaranya pinjaman kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 10,589.1 10,191.9 -3.8 12.0 10.6

Isi rumah 19,047.6 21,468.6 12.7 7.6 7.5Lain-lain 1,110.0 1,347.1 21.4 11.0 12.8

Jumlah 55,064.7 52,199.0 -5.2 10.7 9.4

Pertanian, kegiatan memburu, perhutanan dan perikanan 679.7 601.6 -11.5 6.2 5.5Perlombongan dan kuari 90.3 123.7 37.0 9.1 15.3Perkilangan 8,705.4 6,550.1 -24.8 13.8 10.8Bekalan elektrik, gas dan air 1,296.6 1,221.2 -5.8 25.0 26.4Perdagangan borong dan runcit, restoran dan hotel 4,356.7 3,603.3 -17.3 10.0 7.7

Perdagangan borong 1,635.8 1,420.0 -13.2 6.4 5.2Perdagangan runcit 1,252.9 1,123.8 -10.3 9.6 7.6Restoran dan hotel 1,468.0 1,059.6 -27.8 30.4 21.7

Sektor harta benda yang luas 26,726.6 26,885.6 0.6 12.8 11.7Pembinaan 7,286.2 6,126.4 -15.9 23.7 20.4Pembelian harta kediaman 11,852.7 14,006.8 18.2 8.9 9.4Pembelian harta bukan kediaman 4,432.1 4,125.1 -6.9 14.2 11.7Harta tanah 3,155.6 2,627.3 -16.7 23.0 17.9

Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan 778.0 639.6 -17.8 7.8 5.6Kewangan, insurans dan perkhidmatan perniagaan 1,882.9 1,778.3 -5.6 6.1 5.9Kredit penggunaan 2,579.4 2,698.1 4.6 8.1 7.3

Kegunaan persendirian 1,878.4 1,923.1 2.4 10.9 9.7Kad kredit 663.9 743.7 12.0 4.7 4.5Pembelian barangan pengguna 37.0 31.2 -15.6 11.8 11.4

Pembelian sekuriti 2,896.6 2,425.6 -16.3 14.9 11.6Pembelian kenderaan pengangkutan2 3,167.3 3,550.9 12.1 4.3 4.0Perkhidmatan kemasyarakatan, sosial dan persendirian 795.3 773.8 -2.7 15.6 13.5

1 Termasuk bank-bank Islam.2 Termasuk kereta penumpang.

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Page 32: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

154

pengurusan risiko dan amalan institusi perbankan, trendmenurun NPL dalam sistem perbankan dijangkaberterusan pada tahun 2006.

Pendedahan kepada Sektor Isi RumahDi sebalik ketidakpastian dalam persekitaran global,tahap keyakinan pengguna kekal tinggi sepanjangtahun 2005. Penggunaan swasta kukuh dengan paraspendapatan tinggi yang berterusan, keadaan pasaranpekerja yang stabil, keadaan perniagaan yangbertambah baik dan peningkatan dalam produktiviti.Peminjaman oleh isi rumah terus teguh seperti yangdicerminkan oleh peningkatan dalam nisbah hutang isirumah daripada sektor perbankan kepada KDNKkepada 61.5% pada akhir tahun 2005, berbandingdengan 45.3% pada tahun 2000. Nisbah keupayaanbayaran hutang pengguna juga meningkat daripada29.9% pada tahun 2000 kepada 38.8% pada tahun2005. Namun begitu, paras keberhutangan isi rumahsepertimana yang diukur menerusi nisbah puratahutang kepada pendapatan boleh guna kekal padatahap yang terurus, setimpal dengan kapasiti sektortersebut.

Permintaan terhadap pembiayaan kekal kukuh padatahun 2005 seperti yang dicerminkan oleh peningkatansebanyak 18% dalam permohonan pinjaman daripadasektor itu. Pinjaman yang diluluskan meningkat 12%kepada RM97.2 bilion, sementara pengeluaran pinjamanmencatat peningkatan sebanyak 11.4% kepadaRM145.2 bilion. Akibatnya, pinjaman terkumpul isirumah meningkat 15.1% kepada RM304.4 bilion,mencakupi 54.5% daripada pinjaman terkumpul sistemperbankan pada akhir tahun 2005. Aktiviti pemberianpinjaman dalam sektor ini tertumpu pada pembiayaangadai janji, pembelian kereta penumpang dan kad kredit.

Permintaan terhadap pinjaman bagi pembelian hartakediaman adalah sederhana pada tahun 2005,disebabkan terutamanya oleh permintaan yang lebihrendah terhadap pembelian harta tanah berkossederhana hingga ke harta tanah berkos lebihrendah, dengan pinjaman yang diluluskan bagipembelian harta kediaman meningkat 2.5% kepadaRM36.6 bilion. Namun begitu, pinjaman terkumpulkepada sektor ini meningkat 12.5% (akhir tahun2004: 14.2%), mencerminkan pengeluaranpinjaman yang kekal tinggi pada tahun 2005. NPLdalam sektor ini meningkat 18.2% untuk mencakupi9.4% daripada pinjaman kepada sektor ini (akhirtahun 2004: 8.9%). Purata kadar faedah pinjamanyang dicaj oleh bank perdagangan bagi pinjaman inikekal kompetitif, pada kadar antara 2.69% hingga3.15% setahun.

Paras keberhutangan isi rumahsepertimana yang diukurmenerusi nisbah purata hutangkepada pendapatan boleh guna,kekal pada tahap yang terurus,setimpal dengan kapasiti sektortersebut.

Aktiviti promosi yang agresif oleh para peniaga danpembuat kereta serta pelancaran model baru yangmenarik pada harga yang kompetitif terusmeningkatkan permintaan pengguna terhadapkenderaan bermotor pada tahun 2005. Permohonanpinjaman untuk membiayai pembelian keretapenumpang meningkat 34.4% kepada RM54.5 bilion,sementara kelulusan pinjaman meningkat 26.1%kepada RM38.3 bilion pada tahun itu. Justeru, pinjamanterkumpul kepada sektor ini mencatat peningkatanyang kukuh sebanyak 19.9% kepada RM86.2 bilionpada akhir tahun 2005. Dari segi kualiti aset,berbanding dengan peningkatan dalam pinjaman,pertumbuhan dalam NPL bagi sektor ini adalahsederhana, mencakupi 4% daripada jumlah pinjamankepada sektor ini (akhir tahun 2004: 4.3%).

Sebanyak 2.6 juta kad kredit baru dikeluarkan padatahun 2005, menjadikan jumlah bilangan kad kreditdalam edaran kepada lebih kurang 8 juta dengan hadyang diluluskan sebanyak RM57.1 bilion. Promosiuntuk membeli barangan pengguna denganmenggunakan kad kredit, berserta promosi cajtahunan yang kompetitif menyumbang kepadapertumbuhan kad kredit yang lebih kukuh pada tahun2005. Had kredit bagi kad kredit baru meningkat 7.3%kepada RM12.6 bilion, sementara penggunaankemudahan kad kredit kekal kukuh dengan jumlahpengeluaran pinjaman meningkat 17.6% kepadaRM42.7 bilion. Namun begitu, baki terkumpul kadkredit kekal sebahagian kecil daripada pinjamanterkumpul sistem perbankan. Sementara jumlahpinjaman terkumpul bagi kad kredit meningkat daritahun sebelumnya, jumlah baki pusingan kekal tidakberubah berbanding dengan tahun 2004, mencakupilebih kurang 40% daripada pinjaman terkumpul kadkredit, yang menunjukkan bahawa 60% daripadapengguna kad membayar balik pinjaman kad kreditmereka sepenuhnya. NPL kad kredit mencakupi 4.5%daripada jumlah pinjaman kad kredit dan 1.4%daripada jumlah NPL dalam sistem perbankan padaakhir tahun 2005.

Page 33: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

155

Walaupun peningkatan dalam infrastruktur pengurusanrisiko dan kemampuan sistem perbankan telahmemperkukuh kapasiti mereka untuk mengurus risikoyang berpunca daripada pendedahan mereka kepadasektor isi rumah, isu yang timbul ialah mengenaikemampuan sektor isi rumah mengurus hutang mereka.Oleh itu, Bank Negara Malaysia telah mengambilbeberapa langkah awal seperti berikut bagi memastikankemapanan sektor isi rumah:

• Menjalankan usaha-usaha yang terancang untukmendidik pengguna mengenai pengurusankewangan untuk membolehkan merekamembuat keputusan yang bijak dan mengurusrisiko kewangan secara proaktif dan membina.Ini merupakan sebahagian daripada programpendidikan pengguna yang komprehensif yangdimulakan pada tahun 2003; dan

• Menubuhkan Agensi Kaunseling danPengurusan Kredit (AKPK) untuk menyediakanbantuan dalam bentuk perkhidmatan khidmatnasihat profesional dan pengurusan hutangkepada individu yang menghadapi masalahhutang yang melibatkan beberapa institusikewangan yang di bawah penyeliaan BankNegara Malaysia. AKPK dijangka mula beroperasipada 1 April 2006.

Di peringkat penyeliaan, Bank Negara Malaysia jugatelah mengambil langkah-langkah bagi memastikanpendedahan institusi perbankan kepada sektor isirumah tidak mendatangkan risiko yang berlebihankepada kestabilan sektor kewangan, seperti yangberikut:

• Meningkatkan wajaran risiko bagi NPL gadai janjidaripada 50% kepada 100% bagi tujuankecukupan modal; dan

• Menjalankan pemeriksaan bertema atas institusiperbankan individu, dengan memfokuskan padakecukupan dan keteguhan amalan pengurusanrisiko mereka terhadap pemberian pinjamankepada sektor isi rumah.

Pengurusan Mudah TunaiSistem perbankan terus beroperasi dalam persekitaranmudah tunai yang tinggi pada tahun 2005. Inidisebabkan terutamanya oleh lebihan akaun semasayang besar, pelaburan langsung asing yang berkekalansepanjang tahun dan aliran masuk dana portfolio, yangterus menghasilkan pertambahan dalam rizabantarabangsa daripada RM253.5 bilion pada akhirtahun 2004 kepada RM266.4 bilion pada akhir tahun2005. Bagi menyerap mudah tunai berlebihan, BankNegara Malaysia meneruskan langkah pengurusanmudah tunai secara aktif melalui operasi pasaran wang

dalam bentuk pinjaman langsung, repo dan terbitan BilBank Negara dan Nota Boleh Niaga. Bagi 11 bulanpertama tahun 2005, purata wajaran kadar antara banksemalaman stabil pada paras 2.70% sementara puratawajaran kadar antara bank satu minggu naik turundalam julat yang sempit antara 2.71% hingga 2.74%setahun. Ekoran daripada peningkatan kadarsemalaman sebanyak 30 mata asas kepada 3.0% padaakhir November 2005, purata wajaran kadar antarabank semalaman dan satu minggu masing-masing lebihtinggi pada akhir tahun 2005 iaitu pada 3.0% dan3.04% setahun. Jumlah operasi pasaran wangterkumpul oleh Bank Negara Malaysia dalam bentukpinjaman langsung bersih, repo dan terbitan kertasBank Negara Malaysia ialah RM119.9 bilion pada akhirtahun 2005, berbanding dengan RM142.6 bilion padaakhir tahun 2004.

Sepanjang tahun 2005, sistem perbankan, secarakeseluruhannya, mengunjurkan mudah tunai yangmencukupi bagi memenuhi sebarang pengeluaran di

2.5

2.6

2.7

2.8

2.9

3.0

3.1

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis0

2040

6080

100120140160

RM bilion % setahun

Jumlah operasi pasaran wang Bank Negara Malaysia

Purata wajaran kadar faedah wang semalaman antara bank (skala kanan)

Purata wajaran kadar faedah 1 minggu antara bank (skala kanan)

Graf 5.3 Mudah Tunai Sistem Perbankan1 pada tahun 2005

1 Termasuk bank-bank Islam.

Jadual 5.6Sistem Perbankan: Unjuran Mudah Tunai pada31 Disember 2005

Ketidakpadanan Penimbal sebagaikumulatif % jumlah(RM bilion) deposit

1 minggu 1 bulan 1 minggu 1 bulan

Bank perdagangan1 51.7 66.6 10.2 13.1

Bank saudagar 8.0 7.3 45.6 41.6

Bank-bank Islam 7.7 6.7 24.1 21.2

Sistem perbankan 67.4 80.7 12.1 14.5

1 Termasuk syarikat kewangan.Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Page 34: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

156

luar jangka sehingga tempoh satu bulan. Pada akhirtahun 2005, lebihan mudah tunai kumulatif sistemperbankan diunjurkan sebanyak RM67.4 bilion bagimemenuhi permintaan mudah tunai yang dianggarkansehingga satu minggu dan lebihan sebanyakRM80.7 bilion bagi memenuhi permintaan sehingga satubulan. Sebagai satu kumpulan, bank perdagangan, banksaudagar dan bank-bank Islam, mengunjurkan lebihanyang besar dalam tempoh satu bulan, masing-masingsebanyak 13.1%, 41.6% dan 21.2% daripada jumlahdeposit. Secara individu, kesemua institusi perbankantelah mengunjurkan lebihan, jauh lebih tinggi daripadakeperluan pengawalseliaan dalam tempoh satu minggudan satu bulan.

Risiko Kadar FaedahPendedahan sistem perbankan kepada risiko kadarfaedah (termasuk risiko harga bagi pendedahan yangberlandaskan Islam) dinilai menggunakan pendekatankedudukan bersih wajaran durasi (DWP). PendekatanDWP menganggarkan kesan potensi atas nilai ekonomisesebuah institusi perbankan dengan anjakan 100 mataasas pada kadar faedah. Walau bagaimanapun,pendekatan DWP sedia ada yang diterima pakai olehBank Negara Malaysia tidak menganalisis secaraberasingan pendedahan yang timbul daripada portfolioberlandaskan Islam di mana kesan potensi atas nilaiekonomi portfolio tersebut boleh dikurangkan melaluiliabiliti berasaskan mudharabah.

DWP sistem perbankan meningkat sebanyak 10.57%kepada RM4.2 bilion pada akhir Disember 2005, atau5.1% jika dinyatakan sebagai peratusan daripada modalasas sistem perbankan. Pada tahun 2005, jumlah asetdalam sebutan ringgit yang sensitif kepada kadar faedahmeningkat 9% berbanding dengan akhir tahun 2004.

Pertumbuhan aset ini tertumpu pada jenis aset yangmempunyai tempoh matang satu hingga tiga bulan yangdisebabkan sebahagian besarnya oleh pemberianpinjaman antara bank yang meningkat, danpertumbuhan aset yang mempunyai tempoh matangtujuh hingga 10 tahun disebabkan oleh peningkatanpinjaman sewa beli kadar tetap. Peningkatan pada liabilitidalam sebutan ringgit yang sensitif kepada kadar faedahadalah kecil pada kadar 8%, disebabkan terutamanyaoleh terbitan sekuriti hutang dan dana daripada Cagamasyang mempunyai baki tempoh matang selama satuhingga tiga bulan dan empat hingga tujuh tahun.

Sebahagian besar risiko kadar faedah sistemperbankan tertumpu pada baki tempoh matang tigahingga lima dan lima hingga 10 tahun, yang kedua-duanya mencakupi 70% daripada jumlah bersih DWPpada akhir Disember 2005. Ini disebabkan terutamanyaoleh peningkatan pinjaman kadar tetap dengan bakitempoh matang melebihi lima hingga 10 tahun sebanyak24% atau RM9.1 bilion. Peningkatan ini disebabkan olehpeningkatan portfolio sewa beli di kalangan institusiperbankan yang mempunyai pendedahan kredit yangsecara relatifnya lebih rendah dalam segmen runcit padatahun 2005. Memandangkan pembiayaan sewa belikadar boleh ubah baru sahaja diperkenalkan, sewa belikadar tetap terus menjadi jenis pembiayaan utama yangtelah mencatat peningkatan sebanyak RM21.5 bilionkepada RM95.5 bilion pada akhir tahun 2005.

Meskipun pinjaman kadar tetap meningkat pada tahun2005, sebahagian daripada kesan nilai ekonomi yangberpunca daripada pinjaman kadar tetap secara Islamyang meningkat daripada RM9.2 bilion kepada

Jadual 5.7Sistem Perbankan: Kesan Kenaikan Kadar FaedahSebanyak 1% ke atas Kekukuhan Modal

Kedudukan bersih wajaran durasi

Impak terhadapSebagai peratusan nisbah modal

RM juta daripada modal wajaran risikoasas (%) (mata

peratusan)

Pada akhir tahun

2004 2005 2004 2005 2004 2005

Bank perdagangan1 -3,399 -3,690 -4.8 -4.8 -1.0 -1.1

Bank saudagar -366 -472 -7.3 -9.6 -3.9 -8.3

Sistem perbankan2 -3,764 -4,162 -5.0 -5.1 -1.1 -1.2

1 Termasuk syarikat kewangan.2 Tidak termasuk bank-bank Islam tetapi termasuk risiko harga untuk pendedahan

yang bercirikan Islam.Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Sehingga 5 >5-10 >10-15 >15-20 > 20

Bank perdagangan2

Bank saudagar

1 Tidak termasuk bank-bank Islam tetapi termasuk risiko harga untuk pendedahan yang bercirikan Islam.2 Termasuk syarikat kewangan.

Kedudukan bersih wajaran durasi sebagai % daripada modal asas

Bilangan institusi perbankan

Graf 5.4Sistem Perbankan1 : Taburan Mengikut Kedudukan Bersih Wajaran Durasi sebagai Peratusan daripada Modal Asas pada 31 Disember 2005

02468

1012141618

Page 35: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

157

RM41 bilion pada tahun itu, mampu diserap oleh liabilitiberasaskan mudharabah yang berjumlah RM20.7 bilionpada akhir tahun 2005, sekiranya sifat penyerapankerugian liabiliti seumpama itu dicerminkan olehpendekatan DWP. Dalam jangka panjang, penggunaanpembiayaan kadar boleh ubah secara Islam yangmencakupi 13.5% daripada jumlah pinjaman secaraIslam pada akhir tahun 2005 juga akan mengurangkanrisiko yang timbul daripada produk kadar tetap yangmerupakan kelaziman bagi pembiayaan secara Islam.

Sebagai satu kumpulan, DWP bank perdaganganmencatat peningkatan sebanyak 8.6% kepadaRM3.7 bilion pada akhir bulan Disember 2005,disebabkan pinjaman kadar tetap yang lebih tinggidengan baki tempoh matang melebihi lima hingga10 tahun terutamanya dalam bentuk pembiayaan

kenderaan bermotor. Bank saudagar juga mencatatpeningkatan dalam DWP mereka daripadaRM0.4 bilion kepada RM0.5 bilion pada akhir bulanDisember 2005 disebabkan pengembangan dalampegangan sekuriti hutang dengan baki tempohmatang melebihi tujuh tahun dan mengambilkedudukan kadar faedah hadapan panjang bersih,perjanjian kadar hadapan dan kedudukan hadapanbagi tempoh matang melebihi lima tahun.

Kesan pegangan sekuriti hutang swasta yang lebihtinggi juga dicerminkan oleh peningkatan risiko kadarfaedah sistem perbankan sebanyak 37.4% kepadaRM2 bilion atau 2.45% daripada modal asas pada akhirDisember 2005, seperti yang dikira mengikut rangkakerja Kecukupan Modal Risiko Pasaran yangdiperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia padaSeptember 2004.

Risiko EkuitiPendedahan ekuiti masih melibatkan tahap risiko yangminimum kepada sistem perbankan. Jumlah peganganekuiti oleh institusi perbankan secara relatif, kekal tidakberubah pada RM3 bilion pada akhir tahun 2005berbanding dengan RM3.1 bilion pada akhir tahun2004. Jumlah tersebut hanya merupakan 0.3%daripada jumlah aset sistem perbankan pada akhirtahun 2005. Pergerakan yang sedikit dalam jumlahpegangan ekuiti mencerminkan aktiviti penyusunansemula yang diselesaikan oleh institusi perbankan telahberkurang, serta prestasi pasaran saham yang lebihsederhana pada tahun itu.

Pegangan saham tersenarai oleh sistem perbankanmencatat peningkatan sebanyak 3.5% pada tahun2005, meskipun terdapat trend penurunan untuksebahagian besar tahun itu. Saham tersenarai yangdipegang oleh sistem perbankan mencatat penurunansebanyak 18.2% pada tiga suku pertama tahun itukepada RM1.4 bilion pada akhir bulan September2005. Ini mencerminkan sentimen berhati-hati dalampasaran saham, yang dipengaruhi oleh prestasikurang memuaskan oleh kaunter utama di BursaMalaysia dan kebimbangan terhadap faktor luaranyang tidak menggalakkan seperti kenaikan hargaminyak, yang mencetuskan aktiviti penjualan saham.Walau bagaimanapun, kesan penurunan dalampegangan saham tersenarai oleh sistem perbankandikurangkan oleh beberapa penukaran pinjamankepada saham tersenarai melalui aktiviti penyusunansemula. Hasilnya, terdapat peningkatan dalampegangan saham tersenarai pada suku keempattahun 2005 sebanyak 26.6% kepada RM1.8 bilionpada akhir tahun 2005.

-60

-40

-20

0

20

40

60

Linkungan tempoh

Bank perdagangan2

Bank saudagar

Sistem perbankan

1 Tidak termasuk bank-bank Islam tetapi termasuk risiko harga untuk pendedahan yang bercirikan Islam.2 Termasuk syarikat kewangan.

Ketakpadanan (RM bilion)

Graf 5.5 Sistem Perbankan1 : Ketakpadanan Kedudukan Kadar Faedah Bersih pada 31 Disember 2005

< 1bln

> 1 - 3bln

> 3 - 6bln

> 6 - 12bln

> 1 - 2thn

> 2 - 3thn

> 3 - 5thn

> 5 - 10thn

> 10 - 15thn

> 15 thn

Jadual 5.8Sistem Perbankan: Kesan Risiko Kadar FaedahAkaun Dagangan ke atas Kekukuhan Modal pada31 Disember 2005

RM juta Jumlah risiko kadar

Risiko kadar faedahfaedah/Modal asas

(%)

2004 2005 2004 2005

Bank perdagangan1 906 1132 1.3 1.5

Bank saudagar 522 830 10.9 16.8

Sistem perbankan2 1,428 1,962 1.9 2.5

1 Termasuk syarikat kewangan.2 Tidak termasuk institusi perbankan Islam tetapi termasuk risiko harga untuk

pendedahan yang bercirikan Islam.Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Page 36: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

158

Hanya bank saudagar sebagai satu kumpulan mencatatpeningkatan dalam pegangan ekuiti sebanyak 9.1%,sebahagian besarnya daripada saham tersenarai yangditerima daripada penukaran pinjaman kepada ekuiti.Oleh itu, nisbah saham tersenarai kepada modal asasmeningkat daripada 6.4% pada akhir tahun 2004kepada 7.1% pada akhir tahun 2005. Kebanyakaninstitusi perbankan mengekalkan pendedahan risikoekuiti kurang daripada 2% daripada jumlah modal asasmereka pada akhir tahun 2005.

Berdasarkan kadar volatiliti Indeks Komposit Kuala Lumpur(KLCI) selama 10 hari pada akhir tahun 2005, potensikerugian maksimum dalam nilai ekuiti sistem perbankanlebih rendah pada 4.5% atau 0.1% daripada jumlah modalasas, berbanding dengan 7.7% atau 0.2% daripada jumlahmodal asas pada akhir tahun 2004. Ini mencerminkanvolatiliti KLCI yang lebih rendah pada tahun 2005.

Risiko Pertukaran AsingPendedahan sistem perbankan kepada risiko pertukaranasing terus terkawal pada tahun 2005, dengankedudukan mata wang asing terbuka bersih trendmenurun terutamanya pada separuh kedua tahun itu.Liabiliti mata wang asing, yang sebahagian besarnyadalam bentuk pinjaman antara bank dalam mata wangasing meningkat pada tahun 2005 berikutan institusiperbankan menjalankan aktiviti arbitraj pertukaranhadapan dalam pasaran swap mata wang. Kedudukanmata wang asing terbuka bersih menurun daripadaRM3 bilion kepada RM0.8 bilion pada tahun 2005,dengan penurunan yang amat ketara sebanyak RM2.9bilion dicatat pada bulan November. Sebagai peratusandaripada modal asas sistem perbankan, kedudukanmata wang asing terbuka bersih menguncup daripada3.7% pada tahun 2004 kepada 1% pada tahun 2005.

Jumlah aset mata wang asing sistem perbankan, yangsebahagian besarnya dalam bentuk penempatan matawang asing antara bank adalah tinggi pada separuh

Graf 5.6 Sistem Perbankan1: Komposisi Pelaburan Ekuiti

Penukaranpinjaman61.8%

Saham tidaktersenarai

38.7%

Penjelasan hutang 5.1%

Taja jamin2.7%

Saham tersenarai

61.3%

Belianpasaran 30.4%

Pada 31 Disember 2005

Saham tidak tersenarai

42.3%

Penukaran pinjaman60.1%

Taja jamin2.3%

Sahamtersenarai

57.7%

Belianpasaran35.1%

Penjelasan hutang 2.5%

Pada 31 Disember 2004

1 Termasuk bank-bank Islam.

0-<2 2-<4 4-<8 8-<13 13-<20 >20

Ekuiti sebagai % daripada modal asas

1 Termasuk syarikat kewangan.

Graf 5.7 Sistem Perbankan: Taburan mengikut Ekuiti sebagai Peratusan daripada Modal Asas pada 31 Disember 2005

Bilangan institusi perbankan

Bank perdagangan1

Bank saudagar

Bank-bank Islam

0

5

10

15

20

25

Jadual 5.9Sistem Perbankan: Pendedahan kepada Ekuiti

Pegangan ekuiti1 Ekuiti1 / Potensi

(RM juta) Modal asas (%)kerugian ekuiti1 / Modal asas (%)

Pada akhir tahun

2004 2005 2004 2005 2004 2005

Bank perdagangan2 1,409.3 1,449.5 1.9 1.9 0.1 0.1

Bank saudagar 320.8 351.2 6.4 7.1 0.5 0.3

Bank-bank Islam 34.8 26.5 1.8 0.8 0.1 0.0

Sistem perbankan 1,764.8 1,827.2 2.2 2.2 0.2 0.1

1 Jumlah pelaburan dalam saham tersenarai.2 Termasuk syarikat kewangan.

Secara keseluruhan, pelaburan dalam saham tidaktersenarai oleh sistem perbankan mencatat penurunansebanyak 11%, daripada RM1.3 bilion pada akhir tahun2004 kepada RM1.2 bilion pada akhir tahun 2005.Sebahagian besar daripada penurunan ini berpuncadaripada penurunan dalam pegangan saham tidaktersenarai di kalangan bank perdagangan sebanyak12.2%, daripada RM1.2 bilion pada akhir tahun 2004kepada RM1.1 bilion pada akhir tahun 2005, akibatdaripada beberapa aktiviti penebusan saham olehpeminjam korporat yang sebelum ini terlibat dalampenyusunan semula hutang.

Page 37: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

159

pertama tahun 2005, dengan jumlah terkumpulbersamaan RM61 bilion pada 30 Jun 2005. Initerutamanya disebabkan oleh penghantaran balikperolehan eksport yang berterusan, pelaburan langsungasing yang mapan dan aliran masuk pelaburan portfolioyang ketara. Peningkatan dalam penempatan mata wangasing antara bank yang mencapai jumlah terkumpulmaksimum sebanyak RM43.1 bilion pada akhir bulan Meijuga disebabkan oleh peningkatan sebanyak RM3.7 biliondalam deposit mata wang asing yang diterima olehinstitusi perbankan berikutan pelabur domestikmengambil peluang untuk melabur dalam aset bukanringgit selepas liberalisasi peraturan pertukaran asingpada bulan April 2005. Pada separuh kedua tahun 2005,trend aliran masuk dana jangka pendek bertukar arah. Inimencerminkan penurunan dalam penempatan matawang asing antara bank sebanyak RM2.7 bilion danseterusnya penyusutan dalam jumlah aset mata wangasing sebanyak RM3 bilion.

Jumlah liabiliti mata wang asing yang secara relatif kekalstabil pada separuh pertama tahun 2005, meningkatpada separuh kedua tahun 2005 terutamanyadisebabkan oleh kenaikan pinjaman antara bank dalammata wang asing oleh institusi perbankan. Walaupunkadar faedah dolar AS terus meningkat pada separuhkedua tahun 2005, institusi perbankan masih lagimeminjam mata wang asing dalam pasaran wangantara bank bagi tujuan menjalankan urus niaga swapuntuk melindung nilai aktiviti arbitraj merekadisebabkan jangkaan bahawa ringgit akan kukuh,seperti yang dicerminkan dalam diskaun hadapan.Pengembangan liabiliti mata wang asing sistemperbankan juga disebabkan oleh peningkatan dalampenempatan mata wang asing di dalam kumpulaninstitusi perbankan asing tertentu memandangkantahap pendedahan risiko mata wang asing subsidiarimereka di Malaysia adalah secara relatif rendah.Akibatnya, kedudukan aset mata wang asing bersihyang mencapai tahap tertinggi sebanyak RM19.7 bilionpada bulan Mei berubah menjadi kedudukan liabiliti

mata wang asing bersih sebanyak RM12.9 bilion padaakhir tahun 2005.

Dalam pasaran hadapan mata wang asing, premiumhadapan bagi kadar USD/RM mengecil dengan ketaradan bertukar menjadi diskaun hadapan yang besarsebanyak 55 mata asas yang mencerminkan kebezaankadar faedah yang semakin berpihak kepada dolar AS.Walau bagaimanapun, permintaan daripada pelangganuntuk menjual kontrak hadapan mata wang asing terus

Jadual 5.10Sistem Perbankan: Pendedahan kepada MataWang Asing

Kedudukan mata wang Kedudukan mata wangasing terbuka bersih asing terbuka bersih/

(RM juta) Modal asas (%)

Pada akhir tahun

2004 2005 2004 2005

Bank perdagangan 2,904 571 4.2 0.8

Bank saudagar 48 88 1.0 1.8

Bank-bank Islam 54 125 2.8 2.2

Sistem perbankan 3,006 784 3.7 1.0

J F M A M J J O S O N D

RM bilion % setahun

Kedudukan mata wang asing terbuka bersih

Belian swap mata wang asing bersih

Aset mata wang asing bersih (termasuk belian spot dan esok)

Belian hadapan mata wang asing bersih

Kadar bil perbendaharaan Amerika Syarikat dalam pasaran sekunder (skala kanan)

Kadar purata wajaran pasaran wang antara bank 3 bulan (skala kanan)

Graf 5.8Sistem Perbankan1: Komponen Pendedahan kepada Mata Wang Asing

1 Termasuk bank-bank Islam.

0.000.501.001.502.002.503.003.504.004.50

-25

-35

-15

-5

5

15

25

2005

2

0

4

6

8

10

12

14

<-10 -10-<-2 -2-<2 2-<5 5-<10 >10

Bank perdagangan

Bank saudagar

Bank-bank Islam

Bilangan institusi perbankan

Graf 5.9Sistem Perbankan: Taburan Kedudukan Mata Wang Asing Terbuka Bersih pada 31 Disember 2005

Kedudukan mata wang asing terbuka bersih sebagai % daripada modal asas

Page 38: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

160

kukuh terutamanya pada bulan Julai dan Ogos, sebelummenjadi lebih reda berikutan perubahan kepada rejimkadar pertukaran yang baru. Hasilnya, kontrak hadapanmata wang asing institusi perbankan yang diperolehterutamanya daripada entiti bukan bank domestikmeningkat daripada RM36.1 bilion pada akhir bulanJanuari kepada RM42.9 bilion pada akhir bulan Ogos2005. Bagi menguruskan kontrak hadapan mata wangasing yang telah diperoleh, institusi perbankan yanglantas menyebabkan peningkatan swap mata wangasing perlu dibayar sebanyak 39.8% kepada RM72.7bilion pada bulan Julai 2005.

Kekukuhan ModalSepanjang tahun 2005, tahap permodalan sistemperbankan kekal kukuh. Perkembangan ini didorong olehaktiviti pengurusan modal institusi perbankan yangberterusan untuk menurunkan kos modal danmemaksimumkan nilai kepada pemegang saham. Initermasuklah pembayaran dividen dan pembelian balik syeryang lebih tinggi serta penerbitan modal kumpulan-2 daninstrumen modal kacukan. Kedudukan modal yang kukuhmembolehkan institusi perbankan menyerap kesandaripada langkah berkaitan modal yang diperkenalkanpada tahun 2005 yang bertujuan untuk meningkatkankesensitifan terhadap risiko rangka kerja modal. Berikutandengan itu, nisbah modal wajaran risiko (RWCR) kekalpada tahap melebihi 13% pada tahun itu. Pada akhirtahun 2005, RWCR berada pada tahap 13.1%, sementaranisbah modal teras pada 10.2%. Di tahap mikro pula,kesan pemasukan faktor risiko pasaran dalam pengiraanmodal terlaras risiko atas bank saudagar adalah secararelatif ketara dan menghasilkan kesusutan RWCRsebanyak 5.4 mata peratusan kepada 17.5%.

Modal asas meningkat sebanyak RM2.3 biliondisebabkan terutamanya oleh modal kumpulan-2yang lebih tinggi, mencakupi 83% daripadapertumbuhan jumlah modal. Namun begitu, modalkumpulan-1 masih merupakan komponen utama danmencakupi 70.6% daripada jumlah modal.Peningkatan modal kumpulan-1 pada tahun 2005berpunca terutamanya daripada pemasukankeuntungan yang telah diaudit sebanyak RM2.5 biliondan pelaksanaan Skim Opsyen Syer Kakitangan(ESOS) berjumlah RM0.2 bilion. Modal kumpulan-2menyaksikan tujuh terbitan hutang subordinatberjumlah RM3.9 bilion dengan RM2.2 biliondaripada jumlah itu dalam denominasi dolar AmerikaSyarikat (USD). Hasilnya, para penerbit bukan sekadarmendapat manfaat daripada kadar faedah AS yangsecara relatif lebih rendah bahkan meningkatkankehadiran mereka dalam pasaran modal dan hutangantarabangsa.

Aset wajaran risiko mencatat pertumbuhan duaangka sebanyak 12.4% pada tahun itu.Pengembangan ini disebabkan oleh gabunganbeberapa faktor, iaitu pengembangan dalam aktivitipinjaman terutamanya dalam segmen PKS danpengguna, pemasukan risiko pasaran dalam rangkakerja kecukupan modal dan caj modal yang lebihtinggi terhadap pinjaman tidak berbayar (NPL) gadaijanji. (Sila rujuk seksyen mengenai Aktiviti PemberianPinjaman untuk butiran terperinci tentang prestasioperasi berasaskan dana sistem perbankan).Kenaikan wajaran risiko bagi NPL gadai janji kepada100% semenjak bulan Mac 2005 hanyamengakibatkan penurunan kecil, iaitu sebanyak 0.1mata peratusan dalam RWCR. Walau bagaimanapun,pelaksanaan rangka kerja risiko pasaran yangbermula pada bulan April 2005 menyebabkanpenurunan RWCR yang lebih besar, iaitu sebanyak0.8 mata peratusan. Dengan pemasukan risikopasaran dalam rangka kerja modal terlaras risiko,tahap kedudukan modal institusi perbankan kini

Jadual 5.11Sistem Perbankan: Komponen Modal

Pada akhir tahun Perubahan

2004 2005 tahunan

RM juta RM juta (%)

Modal Kumpulan-1 64,920.4 65,685.0 764.6 1.2Modal Kumpulan-2 23,611.6 27,338.6 3,727.0 15.8

Jumlah modal 88,532.0 93,023.5 4,491.6 5.1

Tolak:Pelaburan dalam

anak-anak syarikatdan pegangan modalinstitusi perbankanlain 7,294.7 9,526.6 2,231.9 30.6

Modal asas 81,237.3 83,496.9 2,259.6 2.8

Aset berisiko:0% 210,391.3 210,324.5 -66.8 0.010% 14,669.8 8,226.9 -6,442.9 -43.920% 120,316.9 102,207.7 -18,109.2 -15.150% 136,487.1 145,916.2 9,429.2 6.9100% 471,839.2 503,180.5 31,341.4 6.6

Jumlah aset wajaranrisiko 565,613.1 635,610.9 69,997.8 12.4

Nisbah modalwajaran risiko (%)

Sistem perbankan 14.4 13.1 -1.3

Bank perdagangan1 14.1 12.9 -1.2Bank saudagar 22.9 17.5 -5.4Bank-bank Islam 12.3 14.2 1.9

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.1 Termasuk syarikat kewangan.

Page 39: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

161

Program Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT)di Malaysia

TinjauanRejim pengawalseliaan Program Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan PembiayaanKeganasan (AML/CFT) Malaysia di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terusberubah seiring dengan trend global baru dan piawaian yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, iaituCadangan 40+9 Pasukan Petugas Tindakan Kewangan mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram(FATF). Sama seperti negara-negara lain, pada tahun 2005, usaha Malaysia telah ditingkatkan lagi denganperluasan jaringan pengawalseliaan AMLA kepada perniagaan dan profesion bukan kewangan, pengukuhanrangka kerja perundangan AML/CFT dan memastikan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan pengubahanwang haram dan pembiayaan keganasan yang sempurna.

Malaysia, sebagai ketua dalam usaha pencegahan pengubahan wang haram dalam Pertubuhan Negara-negaraAsia Tenggara (ASEAN), telah berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan yangterlibat dalam membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di peringkat kebangsaandan serantau. Pelbagai bengkel latihan telah dianjurkan/dianjurkan bersama oleh Bank Negara Malaysia danPusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Bengkel-bengkel latihan ini telah disertaioleh agensi-agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan. Selain bengkel latihan, dialog tetap dan programkesedaran telah diadakan untuk institusi pelaporan AMLA yang baru atau yang sedia ada di Malaysia. Interaksibersemuka telah menghasilkan komitmen, pematuhan dan kerjasama sukarela daripada institusi pelaporandalam memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan langkah-langkah AML/CFT kebangsaan.

Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (NCC) yang terdiri daripada13 Kementerian dan agensi kerajaan terus memainkan peranan mereka dalam menggerakkan danmenggabungkan kerja sama di kalangan agensi tempatan yang berkaitan. Antara lain, NCC telah mewujudkanPanduan Rujukan Penyiasatan AMLA dan kini dalam proses mewujudkan Program Akreditasi PenyiasatKewangan. Kementerian Luar Negeri yang merupakan anggota NCC, telah mengagihkan Buku Kecil MaklumatAMLA kepada perwakilan Malaysia di luar negeri untuk memaklumkan usaha yang telah diambil oleh Malaysiabagi memperkukuh rejim AML/CFTnya.

Pada tahun 2005, pesalah pertama di bawah AMLA, seorang peragut, telah berjaya disabitkan kesalahanselepas beliau mengaku bersalah atas lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM83,216. Beliautelah dihukum penjara tiga tahun atas setiap lima pertuduhan. Enam orang lagi telah didakwa atas kesalahanpengubahan wang haram yang membabitkan 193 pertuduhan berjumlah RM71.3 juta.

Memandangkan usaha pembanterasan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasanmemerlukan kerjasama global, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif AML/CFTglobal. Di peringkat antarabangsa, Malaysia diberi pengiktirafan apabila dipilih sebagai wakil untukrantau Asia Tenggara (bagi tempoh bulan Julai 2005 hingga bulan Julai 2006) dalam KumpulanPemandu Asia/Pasifik mengenai Pengubahan Wang Haram (APG) di Mesyuarat Tahunan APG Ke-8.

mencerminkan pelbagai risiko yang dihadapi olehinstitusi perbankan berbanding hanya sekadarmencerminkan risiko kredit.

Mengikut kategori aset, pertumbuhan dalamkategori wajaran risiko 50% adalah konsistendengan pengembangan yang berterusan dalampembiayaan gadai janji, manakala kenaikan asetdalam kategori wajaran risiko 100% berpunca

daripada aktiviti pemberian pinjaman lain sistemperbankan dan pengkategorian semula NPL gadaijanji. Walau bagaimanapun, aset dalam kategoriwajaran risiko 10% dan 20% menurun,sebahagiannya disebabkan masing-masing olehkematangan sekuriti hutang Cagamas yangdipegang oleh institusi perbankan, dan tuntutanterkumpul terhadap bank OECD dan bank bukanOECD.

Page 40: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

162

Kumpulan Pemandu APG diwujudkan semasa Mesyuarat Tahunan APG pada bulan September 2003.Anggota Kumpulan ini termasuk wakil daripada setiap lima kawasan geografi APG, iaitu Asia Utara,Kepulauan Pasifik, Asia Selatan, Asia Tenggara dan “Lain-lain”. Matlamat Kumpulan Pemandu APGadalah untuk memberi pandangan strategik mengenai struktur, fungsi dan sokongan untuk APG kepadaPengerusi Bersama dan anggota APG. Antara peranan yang dimainkan oleh anggota KumpulanPemandu ini adalah untuk memberi pandangan mengenai isu kepentingan strategik, mendapatkanmaklum balas daripada anggota rantau-kecil mengenai isu utama dan memberi galakan kepadaanggota APG untuk turut serta dalam aktiviti APG.

Memperkukuh Rejim AML/CFTInstitusi Pelaporan Baru AMLADi bawah AMLA, institusi pelaporan perlu menghantar Laporan Transaksi Yang Mencurigakan (STR) teruskepada Bank Negara Malaysia jika mempunyai sebab untuk mengesyaki sebarang transaksi yangmembabitkan hasil kegiatan daripada mana-mana aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti yangtersenarai dalam Jadual Kedua AMLA. Sejak penguatkuasaan AMLA pada 15 Januari 2002, institusipelaporan AMLA telah merangkumi institusi kewangan daripada sektor konvensional, Islam dan luarpesisir serta perniagaan dan profesion bukan kewangan seperti peguam, akauntan, setiausaha syarikatdan juga kasino berlesen tunggal di Malaysia.

Pada tahun 2005, obligasi pelaporan AMLA digunakan terhadap pusat perjudian berlesen, Bank PertanianMalaysia dan notari awam berkuat kuasa dari 31 Mac 2005 dan terhadap ejen perdagangan luar pesisir danpenaja yang tersenarai berkuat kuasa dari 20 Oktober 2005. Notari awam dikehendaki melapor kepada BankNegara Malaysia sebarang transaksi yang mencurigakan ketika menjalankan aktiviti yang berikut untukpelanggan mereka:

(i) membeli dan menjual harta tak alih;(ii) menguruskan wang, sekuriti atau harta lain pelanggan;(iii) menguruskan akaun termasuk akaun simpanan dan sekuriti;(iv) mengelola sumbangan bagi penubuhan, pengendalian atau pengurusan syarikat; atau(v) mewujudkan, mengendalikan atau menguruskan entiti atau pengaturan undang-undang dan membeli dan

menjual entiti perniagaan.

Peningkatan Obligasi PelaporanBank Negara Malaysia menerima pakai pendekatan secara berperingkat-peringkat dalam menguatkuasakanperuntukan AMLA terhadap institusi pelaporan. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan institusipelaporan diberi masa yang secukupnya untuk menubuhkan satu sistem AML/CFT yang efektif dan efisiensebelum obligasi pelaporan yang lain digunakan sepenuhnya terhadap mereka. Dalam hal ini, keperluanundang-undang untuk melapor transaksi yang mencurigakan pada permulaannya telah digunakan terhadapPos Malaysia Berhad berkuat kuasa dari 15 Januari 2003 dan terhadap broker saham dan broker niagahadapan berkuat kuasa dari 31 Mac 2004. Kemudiannya, obligasi pelaporan yang lain di bawah Bahagian IVAMLA telah digunakan terhadap Pos Malaysia Berhad berkuat kuasa dari 31 Mac 2005 dan terhadap brokersaham dan broker niaga hadapan berkuat kuasa dari 20 Oktober 2005. Obligasi pelaporan yang lain ini,antara lain termasuk, penyimpanan rekod untuk tempoh minimum selama enam tahun, menjalankan usahawajar atas pelanggan serta mewujudkan program pelaporan dalaman dan program pematuhan yangdirangka untuk melindungi institusi daripada disalahgunakan oleh penjenayah.

Peningkatan Kesalahan PredikatPada tahun 2005, bilangan kesalahan predikat pengubahan wang haram di bawah Jadual Kedua AMLAtelah ditambah daripada 168 kepada 185 jenayah berat daripada 27 perundangan. Kesalahan predikatbaru ini adalah di bawah Akta Kastam 1967, Akta Bank Islam 1983, Akta Sistem Pembayaran 2003,Akta Takaful 1984, Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan AktaPerindustrian Sekuriti 1983.

Page 41: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

163

Pemantauan PematuhanMemandangkan kepelbagaian jenis institusi pelaporan AMLA dan bilangan perniagaan dan profesion bukankewangan yang besar, Bank Negara Malaysia telah mewujudkan mekanisme yang sesuai untuk memantaupematuhan institusi pelaporan kepada obligasi pelaporan AMLA dan garis panduan AML/CFT yang berkaitansecara berkesan. Pemantauan pematuhan ini dilakukan sama ada dengan mengisi borang soal selidik penilaiankendiri Bank Negara Malaysia oleh institusi pelaporan atau audit dalaman berfokus AML/CFT.

Selaras dengan pendekatan bukan bersepadu, pihak berkuasa penyeliaan fungsian yang berkaitan menjalankanpemeriksaan pematuhan AMLA terhadap institusi pelaporan di bawah bidang kuasa masing-masing.Pemeriksaan AML/CFT dijalankan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan keseluruhan pihak berkuasapenyeliaan fungsian atas institusi kewangan yang berkenaan. Bagi tujuan ini, satu rangka kerja penyeliaanAMLA yang komprehensif yang membekalkan penyelia perbankan dengan satu set dokumen proses yangseragam telah dirumus dan diwujudkan untuk membimbing mereka dalam pemeriksaan langkah-langkah AML/CFT institusi kewangan. Bidang-bidang utama pemeriksaan AML/CFT adalah seperti yang berikut:

(i) infrastruktur AML/CFT;(ii) pematuhan institusi terhadap dasar dan prosedur dalaman AML/CFT;(iii) pengenalpastian pemegang akaun;(iv) pemantauan transaksi;(v) penyimpanan rekod;(vi) pengesanan dan pelaporan transaksi luar biasa dan mencurigakan;(vii) program latihan dan kesedaran untuk kakitangan;(viii) audit dalaman terhadap inisiatif AML/CFT; dan(ix) peranan dan tanggungjawab pegawai pematuhan AML.

Laporan pemeriksaan AML/CFT akan diserahkan kepada Unit Perisikan Kewangan (UPW) dandapatannya akan dimasukkan ke dalam pangkalan data pematuhan UPW bagi memastikan supayapemantauan berterusan terhadap pematuhan institusi pelaporan adalah sejajar dengan keperluanAMLA. Bagi institusi pelaporan yang tergolong di bawah industri yang tidak tertakluk kepadapengawalan dan di bawah kategori industri yang pihak berkuasa pengawalseliaan tidak mempunyaikuasa untuk mengadakan pemeriksaan, Bank Negara Malaysia akan menyelia institusi-institusi ini dalamkonteks pematuhan terhadap AMLA.

Perisikan KewanganSejak bulan Mei 2004, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan Sistem Perisikan Kewangan (FINS) yangmembolehkan institusi pelaporan menghantar laporan STR menerusi satu laman web terkawal dalampersekitaran dalam talian yang cekap dan selamat. Bank Negara Malaysia kini dalam proses meningkatkanFINS dengan perisian analisis perisikan yang lebih berkesan dan termaju. Fasa II FINS juga akanmenggabungkan peralatan i-2 yang akan membantu penganalisis Bank Negara Malaysia untukmewujudkan hubung kait kewangan antara STR. Berdasarkan analisis STR, Bank Negara Malaysia bolehmembekalkan risikan kewangan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan. Risikankewangan ini telah membolehkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menjalankanpenyiasatan kewangan terhadap pesalah-pesalah dengan berkesan dan untuk memastikan kesalahanpredikat asas di samping kesalahan pengubahan wang haram. Oleh itu, Bank Negara Malaysia akanmeningkatkan keberkesanan penganalisis kewangannya dengan menggunakan teknologi maklumat bagimengesan kegiatan jenayah dengan lebih baik dan untuk membolehkan penyebaran risikan kewangankepada agensi penguatkuasaan undang-undang dilakukan tepat pada masanya.

Pembinaan KapasitiProgram Kesedaran AMLAPada tahun 2005, Bank Negara Malaysia meneruskan program kesedarannya ke seluruh negara untukmemastikan institusi pelaporan melaksanakan langkah-langkah AML/CFT dengan berkesan. Beberapa siri taklimat

Page 42: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

164

telah diadakan untuk pelbagai kategori institusi pelaporan, terutamanya institusi pelaporan yang baru serta pihakberkuasa pengawalseliaan yang berkaitan untuk memaklumkan obligasi masing-masing di bawah AMLA.

Pada bulan Julai 2005, sebanyak 10 sesi taklimat AMLA ke seluruh negara telah diadakan untuk institusiperbankan dan pusat perjudian berlesen, iaitu syarikat-syarikat nombor ramalan. Sesi taklimat untuk institusiperbankan dianjurkan oleh Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), sementara taklimat untuk pusat perjudianberlesen diadakan dengan kerjasama Unit Kawalan Perjudian, Kementerian Kewangan. Fokus utama sesitaklimat AMLA untuk institusi perbankan ialah mengenai “Dasar Kenali Pelanggan Anda” dan mengenaikepentingan menjalankan usaha wajar atas pelanggan apabila menjalinkan hubungan perniagaan, sementarasesi untuk pusat perjudian pula tertumpu pada penyerahan STR.

Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia telah juga diundang oleh Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysiauntuk mengendalikan sesi taklimat tentang AML/CFT untuk ahli-ahlinya. Secara keseluruhan, tiga sesidikendalikan di Sabah dan satu lagi di Johor Bahru. Memandangkan bilangan setiausaha syarikat adalah ramaidan persatuan perdagangan mereka agak tidak padu, sesi-sesi taklimat ini terbukti menjadi satu saluranpenyampaian yang berkesan kepada industri bagi memastikan ahli-ahli mereka benar-benar memahamiperanan masing-masing dalam mencegah dan mengesan kegiatan jenayah.

Sesi DialogBank Negara Malaysia terus mengendalikan sesi dialog tetap dengan institusi pelaporan. Sesi dialog iniberkesan dalam memberikan maklumat mengenai langkah-langkah AML/CFT terbaru kepada institusipelaporan dan untuk mengumpul maklum balas mengenai keberkesanan langkah-langkah AML/CFT. Sesidialog ini juga menyediakan platform kepada institusi pelaporan untuk menyuarakan kebimbangan merekadan bertukar-tukar idea mengenai amalan terbaik dalam melaksanakan langkah-langkah AML/CFT denganberkesan. Dengan pemahaman dan kerjasama daripada institusi pelaporan yang lebih baik, rejim AML/CFTMalaysia akan menjadi lebih efektif dan efisien.

Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (CONG)Institusi perbankan telah mewujudkan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (CONG), yang merupakanforum perundingan tidak formal untuk berbincang dan berkongsi isu dan permasalahan AML/CFT. Sejakpenubuhannya pada tahun 2003, institusi perbankan telah mendapat faedah daripada perbincangan secarakonsultatif pada mesyuarat pegawai pematuhan CONG. Ahli-ahli CONG terlibat dalam merumuskan piawaianindustri, mengemukakan cadangan amalan terbaik, memperkukuh keperluan pematuhan dan kerjasamadengan pihak berkuasa dan sesama mereka untuk mengurangkan kemungkinan dieksploitasikan olehpengubah wang haram dan pembiaya keganasan.

Sektor insurans juga memainkan peranan yang penting dalam rejim AML/CFT. Pemasukan produk pelaburan kedalam portfolio biasa polisi insurans meningkatkan kemungkinan sektor insurans dieksploitasikan sebagaisaluran pengubahan wang haram. Berikutan itu, persatuan insurans yang berkenaan mengikut jejak sektorperbankan dengan menubuhkan CONG mereka sendiri. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), PersatuanInsurans Nyawa Malaysia (LIAM), Persatuan Broker-Broker Insurans Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysiatelah mencadangkan CONG yang berasingan diwujudkan untuk penanggung insurans am, penanggunginsurans hayat, broker insurans dan pengendali takaful memandangkan isu-isu yang dibangkitkan berbezamengikut jenis perniagaan insurans tertentu. PIAM telah mewujudkan CONG untuk penanggung insurans ampada tahun 2005 sementara LIAM telah mewujudkan CONG untuk penanggung insurans hayat pada bulanJanuari 2006. Persatuan insurans yang lain akan mewujudkan CONG dalam tempoh terdekat ini.

Pusat Latihan Berasaskan KomputerBank Negara Malaysia telah bekerjasama dengan Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah(UNODC) untuk menubuhkan Pusat Latihan Berasaskan Komputer AML (CBTC) untuk agensi-agensi berkaitan diMalaysia. CBTC dilancarkan di UPW di Bank Negara Malaysia pada 30 Mei 2005. Program latihan berasaskan

Page 43: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

Sistem Perbankan

165

komputer AML interaktif UNODC ini mengandungi 13 modul tentang langkah-langkah perundangan,pengawalseliaan dan penguatkuasaan AML. Peserta-peserta dinilai melalui satu siri kuiz, praujian danpascaujian untuk menentukan pengetahuan mereka mengenai langkah-langkah AML/CFT. Inisiatif latihan e-pembelajaran ini membantu menambahkan pengetahuan kakitangan agensi penguatkuasaan dan memastikansaluran penyampaian yang lebih luas kepada sektor berkaitan yang terbabit dalam usaha membanteraspengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Pada 31 Disember 2005, seramai 48 orang pegawaidaripada pelbagai agensi NCC mendaftar untuk program Latihan Berasaskan Komputer AML dan seramai 22orang berjaya menamatkan latihan, manakala bakinya masih berada di pelbagai tahap latihan.

Program AML/CFT E-Pembelajaran Bank DuniaSelain program latihan berasaskan komputer UNODC, Bank Dunia juga mengendalikan program AML/CFT e-pembelajaran, yang kini boleh didapati di tujuh buah negara iaitu, Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia,Filipina, Kemboja dan RDR Laos. Program e-pembelajaran ini mengandungi 7 modul merangkumi topik-topikberikut yang berkaitan dengan AML/CFT:

Modul 1 – Kesan terhadap Pembangunan Ekonomi dan Piawaian Antarabangsa;Modul 2 – Keperluan Undang-undang untuk memenuhi Piawaian Antarabangsa;Modul 3 – (a) Keperluan Pengawalseliaan dan Institusi;

(b) Keperluan Pematuhan untuk Institusi Kewangan;Modul 4 – Menubuhkan Unit Perisikan Kewangan yang Berkesan;Modul 5 – Kerjasama Domestik (antara agensi) dan Antarabangsa;Modul 6 – Membanteras Pembiayaan Keganasan; danModul 7 – Menyiasat Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan.

Bank Dunia membenarkan negara-negara pengguna program mengubah suai program e-pembelajaran iniuntuk disesuaikan dengan rejim AML/CFT domestik mereka. Oleh itu, Bank Negara Malaysia sedangmengubah suai modul-modul tersebut dengan memasukkan undang-undang dan langkah-langkah AML/CFTMalaysia. Apabila siapnya kerja-kerja pengubahsuaian ini, versi Bahasa Melayu juga akan disediakan.Program e-pembelajaran Bank Dunia boleh didapati oleh sektor kerajaan dan swasta dalam format berikut:

(i) salinan cetak;(ii) CD-ROM; atau(iii) sistem pengurusan dalam talian.

Kefleksibelan yang diberikan oleh Bank Dunia juga membolehkan institusi-institusi latihan sektor kerajaandan swasta mengubah modul untuk memenuhi keperluan latihan mereka.

Inisiatif-inisiatif LatihanDalam usaha membanteras pengubah wang haram yang semakin kreatif dalam menstruktur kegiatanmereka supaya tidak dapat dikesan oleh pegawai penguat kuasa undang-undang, Bank Negara Malaysiaterus meningkatkan kepakaran kakitangan penguatkuasaan undang-undang menerusi bengkel danseminar rasmi. Bengkel latihan dan seminar dikendalikan oleh penceramah dan tenaga pakar dalamandan luaran.

Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia telah mengatur/mengatur bersama dan turut serta dalam inisiatiflatihan berikut:

(i) Bengkel Lanjutan Analisis Nilai Bersih AMLA, Port Dickson, 20-24 Jun 2005;(ii) Latihan Perisikan Kewangan, Kuala Lumpur, 5-9 September 2005;(iii) Bengkel Tipologi Pembiayaan Keganasan, Kuala Lumpur, 14-17 November 2005; dan(iv) Bengkel dan Seminar AML, Labuan, 23-24 November 2005.

Page 44: Sistem Perbankan - bnm.gov.my · PDF filesistem kewangan dipulihkan sepenuhnya dan prestasi sektor perbankan yang memberangsangkan, dasar ... cukai keuntungan harta yang diberikan

166

Program Akreditasi Penyiasat KewanganDalam Mesyuarat NCC ke-19 pada 9 November 2004, ahli-ahli telah bersetuju untuk mengadakan ProgramAkreditasi Penyiasat Kewangan untuk penyiasat AMLA. Objektif Program Akreditasi ini adalah untukmelengkapkan para penyiasat kewangan dengan kemahiran yang berkaitan dalam pengendalian penyiasatankewangan. Program latihan akreditasi yang dicadangkan ini terdiri daripada 9 modul berikut:

(i) Latihan Berasaskan Komputer Pencegahan Pengubahan Wang Haram UNODC;(ii) Aspek Undang-undang mengenai Penyiasatan Kewangan di bawah AMLA;(iii) Penyiasatan AMLA : Proses & Prosedur;(iv) Bengkel Asas Analisis Nilai Bersih;(v) Bengkel Lanjutan Analisis Nilai Bersih;(vi) Perakaunan Forensik;(vii) Pengenalan kepada Forensik Komputer;(viii) Penempatan di bank perdagangan dan syarikat insurans; dan(ix) Latihan mengenai Perisian Analisis Siasatan Visual.

Kumpulan pertama penyiasat kewangan yang bertauliah dijangka akan menamatkan program tersebut padaakhir tahun 2006.

Cabaran Masa HadapanTahun mendatang merupakan tahun yang mencabar bagi Malaysia memandangkan APG dan KumpulanPenyelia-penyelia Perbankan Luar Pesisir (OGBS) dijadualkan akan membuat Penilaian Bersama terhadapMalaysia bagi kali kedua pada awal tahun 2007. OGBS akan menilai rejim AML/CFT sektor luar pesisir di PusatKewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan. Kumpulan penilaian APG pula akan menilai keberkesanan sistemAML/CFT Malaysia dan pematuhannya dengan Cadangan 40+9 FATF, yang berasaskan Metodologi untukPenilaian tahun 2004 yang telah disemak. Bagi melaksanakan usaha besar-besaran dan penting ini, pelbagaikumpulan kerja telah diwujudkan di bawah NCC untuk memberi tumpuan terhadap kesemua 250 kriteriapenilaian. Langkah-langkah undang-undang, peraturan, garis panduan dan rangka kerja AML/CFT semasaMalaysia sedang dikaji semula untuk mengenal pasti jurang dan menggubal langkah-langkah yang perludiambil bagi memenuhi piawaian antarabangsa.

Melangkah ke hadapan, Bank Negara Malaysia akan terus peka dan proaktif kepada ancaman-ancaman AML/CFT yang wujud di samping piawaian dan trend AML/CFT dengan memperhalus langkah undang-undang danpengawalseliaan, termasuk penggunaan obligasi pelaporan AMLA terhadap kategori perniagaan dan profesionkewangan dan bukan kewangan lain sepertimana yang disarankan oleh pihak FATF.