sistem pendidikan di tanah melayu

Upload: muhamad-syafiq

Post on 03-Apr-2018

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    1/10

    1.0 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    1.1 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British.

    Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang

    Melayu lebih dikenali sebagai sistem pendidikan tradisional. Ini kerana sistem

    pendidikan ini lebih kepada pendidikan tidak formal. Sistem pendidikan awal adalah

    salah satu asas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu untuk maju selangkah

    demi selangkah kehadapan agar tidak digelar rusa masuk kampung. Penelitian yang

    dibuat terhadap pendidikan awal ini telah merungkai segala sistem pendidikan yang

    dilakukan pada zaman sebelum kedatangan British lagi. Bila dilihat sistem pendidikan

    yang ditawarkan kepada anak-anak bangsa kita iaitu anak Melayu adalah lebih

    kepada pelajaran agama Islam iaitu ia berteraskan kitab suci al-Quran. Tenagapengajar kepada anak Melayu adalah terdiri daripada golongan-golongan ulama, tok-

    tok guru yang dikenali sebagai Imam. Imam sentiasa dipandang tinggi dan sentiasa

    dihormati oleh masyarakat kerana Imam merupakan seorang insan yang mempunyai

    ilmu yang tinggi dalam hal-hal berkaitan agama. Pendidikan yang diberikan oleh

    Imam kepada murid-muridnya adalah secara percuma. Imam tidak pernah meminta

    sebarang ganjaran tidak kira dari bentuk wang, mahupun kebendaan terhadap anak-

    anaknya semasa proses pengajaran dilakukan oleh beliau. Hal ini berlaku keranaImam mengerti akan situasi yang dialami oleh keluarga murid-muridnya. Kebanyakan

    anak-anak yang mengikuti kelas agama yang dianjurkan oleh Imam mereka datang

    bukan dari golongan yang kaya tetapi mereka datang dari golongan petani dan

    nelayan. Golongan petani dan nelayan ini hanya hidup dengan hasil pencarian

    seharian mereka yang hanya cukup untuk memberi makan kepada ahli keluarganya

    sahaja. Jadi untuk membalas jasa tok Imam ini, para pelajar sanggup membanting

    tulang untuk membantu gurunya melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti

    mengerjakan sawah, membersihkan kawasan pembelajaran, mencari sumber kayu

    api untuk memasak, membantu kerja-kerja kebun dan sebagainya. Pada umumnya,

    pekerjaan seperti ini sering dilakukan oleh para pelajar sebelum mereka menuntut

    ilmu dengan Imam lagi. Mereka sering melakukan aktiviti ini di rumah iaitu

    bersesuaian dengan kehidupan di kampung. Jadi perkara ini tidaklah menjadi satu

    beban berat yang terhadap anak-anak Melayu pada waktu itu kerana mereka

    sememangnya sudah biasa melakukan kerja-kerja sedemikian. Dengan aktiviti-aktiviti

    ini secara tidak langsung juga para pelajar dapat belajar pelbagai kemahiran-

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    2/10

    kemahiran hidup seperti cara mengerjakan sawah yang dapat diaplikasikan dalam

    kehidupan mereka kelak kerana seperti yang kita telah sedia maklum, corak utama

    ekonomi orang-orang Melayu pada zaman sebelum kedatangan Inggeris adalah

    berasaskan pertanian. Selain daripada menguasai kemahiran-kemahiran pertanian,

    para pelajar juga dapat menguasai ilmu-ilmu dalam bidang teknikal iaitu seperti dapat

    menguasai ilmu membaiki alat pertanian serta dapat menguasai kemahiran membuat

    hasil-hasil kraf. Daripada hasil-hasil ini mereka boleh pasarkan kepada orang lain.

    Dalam membalas jasa guru, ada juga pelajar yang membawa buah tangan berupa

    beras dan pakaian sekali-sekala untuk guru sebagi tanda penghargaan mereka1.

    Dalam sistem pendidikan, kurikulum sangat ditekankan agar sesuatu proses

    pembelajaran itu mempunyai matlamat. Dalam sistem pendidikan kurikulum,

    kurikulum yang ditekankan adalah lebih berbentuk kepada pembelajaran agama

    seperti menulis jawi, ilmu fardhu ain, rukun Islam dan iman dan juga ilmu-ilmu hisab.

    Semua ilmu-ilmu ini diajar di satu kawasan khas iaitu di masjid, surau-surau. Semua

    pelajar akan bertandang disini untuk mempelajari ilmu-ilmu dari tok Imam. Para

    pelajar diberi waktu belajar iaitu tiga kali sehari. Pelajaran yang pertama diadakan

    pada waktu pagi iaitu sesudah waktu subuh. Pembelajaran akan diadakan setelah

    solat subuh. Jadi setelah solat para pelajar tidak dibenarkan tidur atau ke mana-

    mana agar tidak terlepas pembelajaran sesi pagi. Sesi pembelajaran kedua pula

    diteruskan selepas zuhur dan seterusnya sesi pembelajaran terakhir selepas waktu

    asar iaitu di sebelah petang. Menurut Sufean Hussin, ada sesetengah pembelajaran

    agama Islam biasanya diajar pada waktu malam kerana pada waktu siang guru-guru

    pakar dalam bidang agama sibuk bekerja2. Jadi dengan adanya masa-masa terluang

    ketika tiada sesi pembelajaran para pelajar akan melakukan aktiviti harian iaitu

    membantu gurunya di sawah-sawah padi. Dari sudut corak pembelajaran, para

    pelajar diminta membaca berulang kali supaya lancar dan menghafaz ayat-ayat al-

    Quran agar mudah diingati. Dengan teknik pembelajaran begini ia sungguh

    memudahkan para pelajar untuk menguasai pembelajaran tetapi ia lebih

    menyukarkan para pelajar untuk menghayati ilmu tersebut kerana kefahaman

    mereka dalam bidang tersebut kurang mendalam. Daripada kekurangan ini

    menyukarkan para pelajar untuk manipulasi dalam kehidupan harian dan ia juga

    menyukarkan para pelajar membuat perubahan ke atas taraf hidup mereka sendiri.Ini kerana pembelajaran yang dikuasainya hanyalah terhad kepada tajuk tersebut

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    3/10

    sahaja. Jadi dengan cara ini, para pelajar hanya boleh membantu keluarga mereka

    meneruskan aktiviti harian tanpa melakukan perubahan ke atas sistem ekonomi

    hidup.

    Kesemua semua sistem pendidikan di negara kita mengalami perubahan. Jadi

    ia tidak kurang jua dengan sistem pendidikan tradisional. Sistem pendidikan agama

    yang lebih sistematik berlaku di institusi-institusi kecil yang bergelar pondok. Sistem

    pendidikan pondok lebih formal jika dibandingkan dengan pendidikan yang diterima

    pada awalnya di masjid dan surau-surau kerana pembelajaran di masjid-masjid tidak

    ditetapkan masa yang betul. Ini berbeza dengan sekolah pondok yang mempunyai

    masa, pembelajaran yang telah dirancang. Sekolah pondok didirikan oleh golongan-

    golongan ulama luar iaitu dari Timur Tengah yang datang berhijrah ke Tanah

    Melayu. Dengan adanya ulama-ulama dari luar, ini memudahkan lagi sistem

    pembelajaran para pelajar di Tanah Melayu. Para ulama luar telah membawa tulisan

    jawi yang lebih moden dan menyenangkan para pelajar menguasainya. Malahan itu

    tulisan-tulisan jawi juga turut berkembang apabila banyak buku-buku Arab telah

    diterjemahkan kepada bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. Malahan

    itu juga, banyak buku-buku pembelajaran dari Mesir, dan Arab dibawa masuk ke

    Tanah Melayu dengan tujuan memberi pendedahan ilmu yang mencukupi kepada

    para pelajar. Semua kemajuan ini dapat dilihat oleh orang Melayu dan sedikit

    sebanyak ia lebih membuka mata orang Melayu yang berusia untuk turut serta

    mempelajari ilmu-ilmu yang dibawa oleh golongan ulama luar. Perkara-perkara yang

    diajar di sekolah pondok melebihi sistem pembelajaran yang diajar di masjid dan di

    surau-surau. Pembelajaran sekolah pondok meliputi pembelajaran tauhid, tafsir,

    fikah, nahu saraf dan tasawur. Pembelajaran yang cukup mendalam ini membuatkan

    anak-anak Melayu dapat mendalami ilmu agama dengan lebih meluas. Malahan itu

    juga, dengan sistem pembelajaran yang lebih sistematik ini membantu anak-anak

    Melayu untuk mengaplikasikan semua pembelajaran yang dipelajari dalam

    kehidupan harian supaya dapat membangunkan masyarakat pada masa itu dan

    akan datang.

    Sistem pendidikan pondok tidak maju seperti yang diharapkan kerana

    pembelajarannya tertumpu pada satu konsep. Akan tetapi bermula awal abad ke-20

    banyak perubahan yang berlaku. Sistem pendidikan semakin hari semakin

    berkembang maju demi untuk meralisasikan kemajuan masyarakat. Perubahan demi

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    4/10

    perubahan dalam sistem pendidikan orang Melayu telah membawa kepada puncak

    kemajuan pendidikan Melayu sebelum datangnya British ke Tanah Melayu lagi.

    Sistem pendidikan yang lebih tersusun lahir sebelum kedatangan British lagi. Jadi

    sistem yang tersusun ia lebih memudahkan kerja perluasan pendidikan dibuat.

    Sistem pendidikan yang lebih teratur ini dipanggil Sistem Pendidikan Madrasah.

    Kewujudan sekolah ini adalah mengekalkan keIslaman orang-orang Melayu agar

    sentiasa bersatu dalam apa jua keadaan. Kebanyakkan golongan yang

    mengasaskan Madrasah terdiri daripada Kaum Muda yang mendapat pendidikan di

    Mesir. Kaum muda ini adalah golongan-golongan yang hebat dan sentiasa membuka

    minda orang Melayu agar maju pada masa hadapan. Walaupun ditentang

    penguasaan kaum muda, mereka tetap tidak mengalah untuk menyebarkan fahaman

    mereka. Kalau diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata dalam sistem pendidikan

    madarasah dengan sistem pendidikan pondok terutama dari segi sistem

    pembelajaran. Jika disusuri sistem pendidikan madrasah ini ia lebih teratur

    berbanding pondok. Di madrasah, cara pengajaran lebih berbentuk sekular iaitu ia

    lebih mementingkan kemajuan masyarakat. Antara ciri-ciri sistem pendidikan di

    madrasah mempunyai kemudahan seperti pembahagian kelas, kewujudan jadual

    waktu dan pelajaran akademik. Kaum Muda memainkan peranan penting

    mengembangkan sistem pendidikan madrasah. Mereka merupakan golongan

    konservatif yang mahu mengekalkan amalan tradisi orang Melayu dalam bidang

    agama dalam masa yang sama mereka mahu mengembangkan minda masyarakat.

    Antaranya tokoh-tokoh yang berpendidikan Arab seperti Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh

    Tahir Jalaluddin merupakan tokoh-tokoh berpengaruh dalam Kaum Muda. Banyak

    madrasah-madrasah dibina pada masa itu antaranya Madrasah Al Mansyor yang

    mendapat perhatian di Tanah Melayu. Ini kerana madrasah merupakan sekolah

    agama moden yang banyak mempelajari ilmu-ilmu duniawi dan akhirat. Dengan

    pembelajaran duniawi dan akhirat ini para pelajar akan lebih seimbang dari kedua-

    dua sudut dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana jika para pelajar hanya memberi

    penekanan kepada akhirat sahaja tidaklah mencukupi ilmu didalam diri mereka. Jadi

    untuk menyeimbangkan perkara ini kaum muda telah membuat menonjolkan idea

    baru terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu iaitu pendidikan duniawi juga

    ditekankan. Malahan itu juga, perkara ini adalah bersesuaian dengan matlamat

    madrsah iaitu mahu menyediakan golongan pelajar-pelajar Melayu untuk sentiasamahu melakukan perubahan terhadap negara khususnya dalam bidang sosio-

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    5/10

    ekonomi serta belumba menggerakkan perkhidmatan awam dan sektor swasta.

    Malahan itu, perkembangan pendidikan Melayu dalam agama yang sentiasa

    diperluaskan melalui madrasah memiliki kesempurnaan ilmu-ilmu agama dan dunia

    ketika itu. Jadi dalam kerangka tersebut, keseimbangan kedua-dua ilmu dapat

    dipelajari oleh orang-orang Melayu agar sentiasa berkembang. Malahan itu, para

    pelajar yang maju dalam pendidikan madrasah mereka berpeluang untuk

    melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti yang lebih tinggi iaitu Universiti Al-

    Azhar dan Masjidil-Haram di Makkah. Jadi dengan lanjutan pembelajaran yang lebih

    tinggi ini ia dapat membuka lebih luas minda pelajar agar maju pada masa hadapan.

    1.2 Sistem Pendidikan Semasa Kedatangan Inggeris

    Boleh dikatakan pada hari ini, bahawa sistem pendidikan yang ada sekarang adalah

    lanjutan daripada sistem pendidikan zaman pemerintah Inggeris. Bermula akhir abad

    ke-19 satu perubahan besar dan pertukaran kuasa ke atas bidang pendidikan mula

    berlaku di Tanah Melayu. Hal ini berlaku kerana, kemasukan pihak British ke Tanah

    Melayu tanpa sekatan menyebabkan semua dasar-dasar dirombak dan

    diperkenalkan kembali mengikut ideologi barat. Pihak barat melakukan perkara

    begini, demi menjaga kepentingan mereka serta untuk mencapai matlamat utama

    mereka iaitu mahu memonopoli sebanyak mungkin sumber ekonomi negara kita,

    tanpa adanya tentangan. Mereka berbuat demikian kerana bagi mereka Tanah

    Melayu adalah syurga untuk menguasai semua kekayaan dunia. Ini kerana pada

    masa itu negara kita tidak pernah diteroka oleh semua golongan masyarakat di muka

    bumi ini. Hasrat untuk British menguasai seluruh ekonomi negara di Tanah Melayu

    tercapai apabila Perjanjian Pangkor termeterai. Dengan temeterainya perjanjian

    Pangkor, British sedikit demi sedikit mula menguasai seluruh Semenanjung Tanah

    Melayu. Disebabkan sikap orang Melayu tidak melawan dan tidak bersuara,masyarakat Melayu semakin hari semakin hilang kuasa di negara sendiri. Oleh yang

    demikian dengan adanya kekuasaan di tangan British masyarakat Melayu mula

    terancam sehingga mereka tidak mampu memajukan ekonomi masyarakat negara

    sendiri.

    Penguasaan British di Tanah Melayu semakin jelas kelihatan apabila pihak

    barat mula memperkuatkan kedudukan politik di negeri-negeri selat3. Pihak-pihak

    barat sentiasa memperkukuhkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di kalangan

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    6/10

    masyarakat Melayu. Dalam meningkatkan kepecayaan penduduk Tanah Melayu

    kepada pihak barat maka pihak barat telah melaksanakan satu dasar baharu untuk

    kemajuan masyarakat. Pihak barat telah memperkenalkan sistem pendidikan untuk

    penduduk bagi mengembangkan kehidupan penduduk. Akan tetapi semua ini

    hanyalah rekaan. Ini kerana sistem pendidikan yang telah wujud pada pemerintahan

    Inggeris lebih kepada perpecahan. Pendidikan yang diperkenalkan ini ia telah

    memberi kesan dalam mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu. Hal ini kerana, dasar

    British yang telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan

    telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diwujudkan di

    Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan kepentingan perkauman dan tidak

    mendatangkan keuntungan kepada pihak penjajah. Jadi jelaslah bahawa pihak

    Inggeris tidak mahu membazirkan wang mereka untuk membina sekolah untuk

    orang-orang Melayu kerana bagi mereka, pendidikan untuk orang Melayu bukanlah

    satu pelaburan yang menguntungkan4. Malahan itu, pihak British tidak mahu

    menubuhkan sekolah untuk masyarakat di tanah Melayu kerana mereka tidak mahu

    suatu hari nanti masyarakat di Tanah Melayu sendiri bangun menentang mereka.

    Jika hal ini berlaku mereka akan mengalami kerugian yang besar dalam bidang

    ekonomi. Oleh yang demikian untuk menyedapkan hati masyarakat tempatan, pihak

    barat tetap memberikan pendidikan tetapi pendidikan yang diberi hanyalah sekadar

    memajukan diri lebih daripada ibu bapa mereka sahaja.

    Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu lagi, warga asing iaitu Cina dan

    India telah datang berhijrah di tanah Melayu. Akan tetapi kemasukan warga asing

    dapat dilihat dengan lebih jelas apabila pihak Inggeris bertapak di Tanah Melayu.

    Pihak imigran dibawa oleh pihak barat masuk ke Tanah Melayu adalah untuk

    membantu mereka untuk mengekploitasi sumber-sumber ekonomi yang terdapat di

    Tanah Melayu. Penghijrahan imigran pada awalnya hanyalah untuk mencari nafkah

    hidup untuk menyara keluarga di negera asal. Akan tetapi setelah lama menetap di

    Tanah Melayu, mereka sudah mula rasa seronok dan selesa dengan kerja-kerja

    yang dilakukan. Malahan itu, negara yang aman tanpa berlakunya peperangan serta

    huru-hara menyebabkan pihak imigran mahu menetap di Tanah Melayu secara tetap.

    Apabila perkara ini berlaku, pihak imigran juga turuf menuntut pengiktirafan sebagai

    warganegara dalam negara itu. Hal ini semakin menjadi-jadi apabila pihak imigran

    sentiasa menuntut hak-hak mereka untuk keselesaan hidup. Apabila segala hak-hak

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    7/10

    dituntut maka sistem pendidikan jelas diberi sama seperti penduduk Tanah Melayu

    sendiri. Dalam hal ini kita dapat lihat cara British menguruskan aspek pendidikan

    yang Tanah Melayu. Walaupun pihak British ditekan oleh pihak imigran tetapi mereka

    tetap dapat mengawal sehingga memberi keuntungan kepada mereka. Konsep dasar

    pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah adalah untuk memastika

    tiada sebarang komunikasi berlaku antara kaum di Tanah Melayu. Hal ini pihak

    British tidak mahu kaum-kaum terbesar ini bersatu kerana jika mereka bersatu ini

    boleh melumpuhkan ekonomi mereka sendiri.

    Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh pihak penjajah jelas menunjukkan

    perpisahan antara ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu. Dengan pemisahan ini wujud

    satu sistem pendidikan yang dikenali sebagai pendidikan vernakular. Pendidikanvernakular ini adalah sistem pendidikan yang dipisahkan mengikut ciri-ciri pendidikan

    yang berbeza-beza. Hal ini jelas ditunjukkan, iaitu setelah dikaji kita dapat lihat tiga

    buah sekolah ini mempunyai perbezaan dan persamaannya. Antara perbezaan yang

    paling ketara dapat dilihat adalah dengan penggunaan bahasa dan kawasan

    pembelajaran dilakukan. Pada awalnya, pihak barat tidak mahu menubuhkan

    sekolah-sekolah untuk orang Melayu. Akan tetapi setelah keputusan kerajaan

    Negeri-Negeri Selat iaitu perlu menubuhkan sekolah-sekolah maka sekolah melayuharus dibina. Sekolah Melayu ini harus dibina agar dapat mengurangkan kadar buta

    huruf di kalangan masyarakat Melayu. Malahan itu juga, sekolah-sekolah dibina pada

    masa itu hanyalah untuk menjaga hati pembesar-pembesar Melayu sahaja supaya

    terus memberi sokongan kepada pemerintah British agar tidak bangun menentang

    mereka. Pendidikan yang diberi oleh penjajah tidaklah sekukuh mana. Pendidikan

    yang diberi hanya selama empat tahun dan tidak mendapat bantuan untuk kelas-

    kelas agama5. Malahan itu, hasil keluaran sekolah Melayu turut tidak berpeluang

    untuk menjawat sebarang jawatan penting dalam pentadbiran Inggeris. Jadi jelas

    disini bahawa pihak barat hanya menyediakan hanya sekadar menjaga hati

    masyarakat Tanah Melayu sahaja. Pendidikan tanpa sekatan tidak diberikan kepada

    masyarakat Melayu kerana bagi pihak British ia sungguh merbahaya. Masyarakat

    barat berpendapat jika pendidikan yang tinggi diberikan ia boleh memajukan orang

    Melayu seterusnya akan membuatkan orang Melayu bangkit menentang British

    kelak. Jadi disini, penjajah Inggeris sememangnya mahu orang Melayu hidup dalam

    keadaan tradisional sahaja. Malahan itu juga, bagi menutup segala kekurangan dan

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    8/10

    mengatasi masalah-masalah kekurangan guru jadi pihak barat menubuhkan Maktab

    Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Dua buah

    maktab ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru. Jadi dengan adanya 2

    buah maktab ini, tenaga guru dapat untuk pengajaran dapat diteruskan. Menjelang

    abad ke 20 orang Melayu mula sedar bahawa, pendidikan yang diberikan oleh pihak

    penjajah kepada orang Melayu hanyalah ala kadar sahaja. Pekerjaan yang tetap

    tidak diberikan sebagaimana pelajar yang bersekolah di sekolah Inggeris. Jadi

    apabila perkara ini dapat dilihat, orang Melayu terus tidak berminat untuk

    menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Jika ada orang-orang Melayu

    menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu adalah kerana paksaan dan takut

    didenda oleh pihak British berikutan undang-undang yang diperkenalkan oleh British

    yang memastikan setiap anak lelaki Melayu perlulah dihantar ke kawasan yang

    berdekatan dengan sekolah.

    Pada awal abad ke sembilan belas, kemasukan imigran Cina mula dirasai. Jadi

    apabila perkara ini berlaku, maka pihak British juga telah membina sekolah untuk

    kaum Cina. Akan tetapi perkara yang sama turut berlaku apabila pendidikan kaum

    Cina tidak dipedulikan oleh penjajah British. Disebabkan hal ini orang-orang Cina

    mula menubuhkan sekolah Cina sendiri atas kerjasama saudagar-saudagar dariChina. Apabila sekolah diwujudkan beroentasikan negara sendiri maka segala

    kurikulum yang digunakan adalah berlandaskan negara sendiri. Dalam hal ini, para

    guru, buku dan sebagainya diimport daripada China untuk memastikan anak-anak

    imigran di Tanah Melayu mendapatkan pendidikan secukupnya dan supaya anak-

    anak Cina tidak dipengaruhi oleh ideologi barat. Ketaksuban mempelajari pelajaran

    negara sendiri adalah disebabkan saudagar-saudagar Cina mahukan anak-anak

    bangsa mereka sentiasa mempunyai semangat patriotik yang tinggi seterusnya

    sentiasa memeberikan sokongan yang padu kepada negara asal. Apabila pendidikan

    Cina mula mendapat tempat di Tanah Melayu maka pelbagai bantuan dari negara

    China diberikan kepada imigran untuk maju. Malaha itu juga sekolah ini ditubuhkan

    adalah untuk mengekalkan tradisi dan budaya mereka. Perkara ini dapat dibuktikan

    dengan kemasukan buku-buku klasik dari China untuk diajar disekolah Vernakular

    Cina. Pemantapan sekolah vernakular dapat dilihat apabila menjelang tahun 1900,

    semakin banyak sekolah Cina ditubuhkan kerana mendapat sokongan kuat daripada

    kerajaan Manchu. Jadi untuk mengelakkan pihak Cina menguasai negara maka

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    9/10

    bantuan mula disalurkan kepada sekolah-sekolah Cina dengan tujuan untuk pihak

    British sama sekali mengawal sistem ke atas sekolah-sekolah Cina. Hal ini berlaku

    kerana pihak British rasa tergugat akan sekolah Cina yang semakin banyak boleh

    mengugat kedudukan mereka dalam pentadbiran negara.

    Seperti sekolah Cina, penubuhan awal sekolah Tamil berlaku di negeri-negeri

    selat. Pembukaan sekolah-sekolah Tamil juga mempunyai persamaan dengan

    sekolah vernakular Melayu. Dari sudut kurikulum, pegambilan guru, penggunaan

    buku teks semua ini diimport dari India. Sistem pendidikan India tidak mendapat

    sambutan dari murid-murid India. Ini kerana banyak kekurangan yang terdapat dalam

    sistem pendidikan. Jadi untuk mengatasi malsah ini, pihak British telah meminta

    majikan estet untuk menyediakan sekolah-sekolah kepada anak-anak Tamil. PihakInggeris bersungguh-sungguh kerana bagi orang Inggeris, dengan adanya

    pendidikan vernakular Tamil, mereka dapat memastikan orang-orang India untuk

    terus setia berkhidmat untuk mereka. Hasil daripada Konferensi Residen-Residen ,

    maka Kod Buruh 1920 mengusul bahawa sekolah Tamil wajib ditubuhkan sekiranya

    terdapat lebih daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam sebuah ladang. Jadi

    dengan konferansi ini maka bilangan sekolah Tamil makin bertambah khususnya di

    kawasan-kawasan estet iaitu di Perak, selangor dan Negeri Sembilan.

    Pengusaan British terhadap sistem pendidikan membuatkan mereka

    menubuhkan sekolah-sekolah Inggeris juga. Sekolah-sekolah Inggeris ini

    dikendalikan oleh satu kuasa besar yang berpengaruh dalam bidang agama iaitu

    golongan mubaligh-mubaligh Kristian. Sekolah-sekolah Inggeris mempunyai

    kemudahan yang bermutu tinggi. Ia berbeza dengan kemudahan yang ada di

    sekolah vernakular yang lain. Hal ini kerana sekolah inggeris adalah sekolah yang

    mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi dan amat dipandang tinggi oleh

    masyarakat di Tanah Melayu kerana sesiapa yang terlibat dengan sistem pendidikan

    ia mampu menjadi golongan pentabir yang elit dan mampu bekerja di sektor

    pentadbiran. Dalam sistem pendidikan pihak pendakwah Kristian telah memberi

    sumbangan dan peranan yang besar terhadap sistem pendidikan. In kerna kerajaan

    Inggeris ingin pendidikan Inggeris jauh lebih baik daripada pendidikan yang diberikan

    kepada golongan bumiputera. Jadi untuk mendapatkan pendidikan yang jauh lebih

    baik maka kurikulum yang diguna pakai adalah sama dengan kurikulum di negaraEngland itu sendiri. Kurikulum pendidikan dari England adalah kurikulum pendidikan

  • 7/28/2019 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    10/10

    yang terbaik kerana ia akan membuka minda pelajar-pelajar. Sekolah Inggeris

    mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antara keistimewaan yang dapat kita lihat

    adalah pendidikan yang diberi lebih terbuka dalam semua bidang. Pihak British yang

    sentiasa menjaga kedudukan pembesar Melayu jadi ia membuka sistem pendidikan

    Inggeris ini kepada semua bangsa. Walaupun pendidikan ini terbuka, akan tetapi

    para penduduk asal Tanah Melayu tetap tidak inginkan anak-anak mereka masuk ke

    sekolah Inggeis. Ibu bapa beranggapan bahawa jika anak-anak mereka masuk ke

    sekolah tersebut iai boleh memesongkan akidah mereka dan takut anak-anak

    mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian yang dibawa oleh guru-guru. Jadi

    daripada situasi ini, British benar-benar yakin bahawa anak-anak Melayu tidak akan

    bersekolah di sekolah Inggeris wlaupun banyak keuntungan yang bakal dikecapi

    kelak. Walaupun ramai anak-anak Melayu beranggapan sebegitu tetapi anak-anak

    golongan berada tidak mensia-siakan peluang ini. Mereka tetap menghantar anak-

    anak mereka ke sekolah Inggeris untuk mendpatakan pendidikan yang sebaik

    mungkin. Dalam situasi ini dapat dibuktikan bahawa pada tahun 1930, pihak penjajh

    telah menubuhkan Malay Special Kelas yang dikhususkan untuk anak-anak Melayu

    dalam melanjutkan pelajaran mereka kepada pendidikan Inggeris setelah tamat

    empat tahun pendidikan Melayu apabila lulus peperiksaan tersebut. Walaupun

    sekolah ini diwujudkan untuk anak-anak Melayu tetapi, peluang pendidikan ini hanya

    terbuka kepada anak-anak golongan berada kerana pendedahan lebih kepada

    mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Disamping itu, peluang pendidikan

    Malay Special Class hanya terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan kerana

    sekolah Inggeris ini hanya terdapat di Bandar-bandar sahaja. Jadi ini lebih

    menyenangkan mereka.

    Jadi dengan adanya sistem pendidikan yang dikhususkan maka kemajuan dapat

    dikecapi. Ini kerana dengan adanya sistem pendidikan yang lebih teratur ia dapat

    membuka minda para masyarakat di negara sendiri. Jadi dengan sistem pendidikan

    yang makin maju ini ia telah membuatkan laporan-laporan pendidikan dimeteraikan.

    Dengan laporan-laporan tersebut pendidikan yang lebih sistematik dapat diwujudkan.

    Jadi apabila hal ini berlaku maka ketiga-tiga kaum utama di negara kita agar dapat

    melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu sehingga dapat menggerakkan

    ekonomi negara bersama.