sistem pendidikan di korea

11
PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN DI KOREA Sekolah moden di Korea yang pertama dibina adalah pada tahun 1885. Hal tersebut kerana keadaan politik dalam negara yang kucar-kacir disebabkan oleh kolonialisasi Korea oleh Jepun. Kolonialisasi Korea oleh Jepun ini telah melambatkan lagi proses perkembangan pendidikan moden di Korea sehingga s elepas Perang Dunia II. Perang Korea yang tercetus pada tahun 1950-1953 juga turut melambatkan lagi proses perkembangan pendidikan di Korea Selatan. Pada masa Perang Korea, semua sekolah yang berada di Korea Selatan terpaksa diberikan perlindungan penuh dan banyak pelajar terpaksa mengambil bahagian dalam perang untuk mempertahankan dan melindungi negara. Korea Selatan yang mengamalkan fahaman Konfusianisme menganggap bahawa pendidikan merupakan kunci untuk kejayaan di masa hadapan. Sehingga pada tahun 1953, rakyat bersama-sama dengan kerajaan membangun semula pendidikan yang telah menjadi kucar-kacir. Kerjasama di antara kerajaan dan rakyat seterusnya menghasilkan perkembangan pendidikan yang amat baik. Penandatanganan perjanjian gencatan senjata yang menghentikan perang buat sementara waktu telah menyebabkan pemulihan sistem pendidikan di Korea Selatan. Bantuan daripada Amerika Syarikat dan United Nations Korean Reconstruction Agency juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan pendidikan di Korea Selatan semakin pulih.

Upload: cipanz80

Post on 29-Jan-2016

740 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pendidikan Di Korea

PENGENALAN

SISTEM PENDIDIKAN DI KOREA

Sekolah moden di Korea yang pertama dibina adalah pada tahun 1885. Hal tersebut kerana

keadaan politik dalam negara yang kucar-kacir disebabkan oleh kolonialisasi Korea oleh

Jepun. Kolonialisasi Korea oleh Jepun ini telah melambatkan lagi proses perkembangan

pendidikan moden di Korea sehingga selepas Perang Dunia II. Perang Korea yang tercetus 

pada tahun 1950-1953 juga turut melambatkan lagi proses perkembangan pendidikan di

Korea Selatan. Pada masa Perang Korea, semua sekolah yang berada di Korea Selatan

terpaksa diberikan perlindungan penuh dan banyak pelajar terpaksa mengambil bahagian

dalam perang untuk mempertahankan dan melindungi negara. 

            Korea Selatan yang mengamalkan fahaman Konfusianisme menganggap bahawa

pendidikan merupakan kunci untuk kejayaan di masa hadapan. Sehingga pada tahun 1953,

rakyat bersama-sama dengan kerajaan membangun semula pendidikan yang telah menjadi

kucar-kacir. Kerjasama di antara kerajaan dan rakyat seterusnya menghasilkan

perkembangan pendidikan yang amat baik. Penandatanganan perjanjian gencatan senjata

yang menghentikan perang buat sementara waktu telah menyebabkan pemulihan sistem

pendidikan di Korea Selatan. Bantuan daripada Amerika Syarikat dan United Nations

Korean Reconstruction Agency juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan

pendidikan di Korea Selatan semakin pulih. 

            Bukan sahaja memberikan pengetahuan asas, pendidikan di Korea Selatan juga

bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai dan kemahiran dalam diri pelajar untuk

pembangunan negara. Pendidikan di Korea Selatan juga menggalakkan munculnya

kesedaran di kalangan pelajar sehingga membolehkan wujudnya perasaan bangga terhadap

negara. Pendidikan formal, penyusunan, dan hak cipta buku-buku teks, serta kemudahan

pendidikan adalah berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan. 

            Di Korea Selatan, pendidikan dibahagikan kepada 6 tahun sekolah rendah, 3 tahun

Page 2: Sistem Pendidikan Di Korea

sekolah menengah, 3 tahun sekolah tinggi, dan 4 tahun universiti. Sistem pendidikan yang

berlaku di Korea Selatan ini adalah sama dengan sistem pendidikan Amerika Syarikat. Hal

tersebut kerana persamaan ideologi di antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat serta

Korea yang sememangnya pro-Amerika Syarikat. Sistem pendidikan selalu dikaji semula

contohnya, kebelakangan ini peperiksaan masuk ke sekolah menengah dan sekolah tinggi

telah dihilangkan. Pembaharuan lain yang dijalankan adalah penambahan kuota

pengambilan pelajar untuk masuk ke universiti. Hal sedemikan membolehkan pelajar

lepasan sekolah meneruskan pelajaran mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. 

PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Konfusianisme ( Confucian Education )

            Konfusianisme adalah sebuah falsafah yang diasaskan oleh Kong Fu Zi yang

menekankan moral dan etika manusia. Ajaran ini juga mementingkan pendidikan yang

dikatakan akan menentukan kejayaan di masa hadapan. Melalui pendidikan yang baik,

seseorang individu akan mampu melaksanakan pembangunan kerajaan dan negara yang

baik. 

            Permulaan pendidikan formal di Korea ditandai dengan berdirinya Daehak (Great

School) semasa pemerintahan Kerajaan Koguryo pada tahun 372. Ketika itu, pelajar-pelajar

yang memasuki sekolah akan diajarkan mengenai ajaran Konfusianisme. Pada masa ini

juga munculnya peperiksaan awam (civil service examination) bagi sesiapa yang berhasrat

menyertai kerajaan. Tetapi sayangnya, pada masa ini pendidikan hanya diberikan kepada

golongan kelas atasan.

Pendidikan Moden ( Modern Eduction )

            Pada abad ke-19, sekolah-sekolah swasta dan institusi-institusi nasional mulai

muncul yang seterusnya membentuk asas pendidikan moden di Korea Selatan. Selepas

dibangunkan sekolah-sekolah swasta dan institusi-institusi nasional ini, pendidikan tidak lagi

hanya ditujukan bagi kelas atasan sahaja tetapi perlahan-lahan telah tersebar secara merata

dan semua kelas masyarakat berpeluang mendapatkan pendidikan. Sekolah-sekolah

dijadikan sebagai tempat untuk “membentukkan” pemimpin-pemimpin masa hadapan.

Bukan lagi hanya menyampaikan ajaran Konfusianisme (dan Buddhisme), sistem

pendidikan moden turut mengajarkan subjek-subjek praktikal kepada para pelajar. 

Page 3: Sistem Pendidikan Di Korea

Pendidikan Demokrasi ( Democratic Education )

            Selepas bebas daripada 35 tahun pendudukan Jepun, Korea Selatan mulai

membentuk sistem pendidikan demokrasi pada tahun 1945. Kerajaan menggunakan sistem

6 tahun sekolah rendah, 3 tahun sekolah menengah, dan 3 tahun sekolah tinggi. Kolej-kolej

juga mulai dibuka untuk mengembangkan dan menambah bilangan tenaga pengajar yang

akan mengajar generasi-generasi berikutnya.

PENDIDIKAN RENDAH (PRIMARY EDUCATION)

Kanak-kanak di Korea Selatan mulai memasuki alam persekolahan pada usia 6 tahun.

Menurut kerajaan Korea Selatan, usia 6 tahun ini adalah masa yang sesuai untuk memasuki

peringkat awal pendidikan di Korea Selatan. Mulai daripada usia 6 tahun, kanak-kanak di

Korea Selatan harus mengikuti sistem pendidikan yang telah ditentukan oleh kerajaan. 

Peringkat awal pendidikan di Korea Selatan iaitu Sekolah Rendah (Primary School) sama

seperti Malaysia dan juga negara-negara lain di dunia. Sekolah rendah terdiri daripada 6

gred (darjah). Sebaik sahaja seorang kanak-kanak itu memasuki usia 5 tahun, ibu bapa

akan menerima surat pendaftaran (chuihaktongsu / 취학통지수 ) untuk memasuki sekolah

rendah kerajaan. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan memasuki sekolah rendah di

kawasan ibu bapa mereka berdaftar. Apabila seorang kanak-kanak memasuki sekolah

rendah swasta, ibu bapa mestilah melaporkan kepada pejabat khusus bahawa anak mereka

tidak akan memasuki sekolah rendah kerajaan. Menurut statistik, hampir 97.6% daripada

populasi usia sekolah di Korea Selatan menyertai sekolah rendah. 

Kurikulum

Antara kursus-kursus yang diajarkan di sekolah rendah adalah matematik, bahasa, seni, dan

pendidikan jasmani. Kurikulum untuk sekolah rendah adalah berdasarkan perintah standard

kurikulum yang diisytiharkan pada 20 April 1954, Perintah No. 4 Menteri Pelajaran yang

berkuatkuasa daripada 1 Ogos 1955 sehingga 1963, serta Perintah No. 119 Menteri

Pelajaran yang disemak semula pada bulan Februari 1963 dan masih lagi berkuat kuasa

sehingga hari ini. 

Page 4: Sistem Pendidikan Di Korea

Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada 9 subjek iaitu pendidikan moral, bahasa Korea,

pengajian sosial, matematik, sains, pendidikan jasmani, muzik, seni halus, dan seni

praktikal. Bahasa Inggeris mula diajarkan kepada pelajar ketika mereka berada di darjah 3.

Hal tersebut diperintahkan oleh kerajaan agar mereka boleh mempelajari bahasa Inggeris

dalam keadaan yang lebih relaks, contohnya melalui perbualan. Kerajaan beranggapan

bahawa apabila mereka belajar dengan cara yang sedemikian rupa, ianya akan

memudahkan lagi proses pembelajaran berbanding mereka belajar mengenai tata bahasa.

Menurut Menteri pelajaran Korea Selatan, Lee Ju Ho, pendidikan adalah sebagai salah satu

alat untuk mengembangkan kemahiran asas dan juga sikap. Selain daripada itu, melalui

pendidikan juga kita boleh mengembangkan kemahiran bahasa dan moral sivik yang

diperlukan dalam masyarakat. Melalui pendidikan juga semangat bekerja sama boleh

ditingkatkan dan melekat dalam diri mereka sehingga mereka dewasa. 

PENDIDIKAN MENENGAH (SECONDARY EDUCTION)

Pendidikan menengah di Korea Selatan dibahagikan kepada 2 tahap iaitu sekolah menengah dan

sekolah tinggi. Sekolah Menengah dan Tinggi masing-masing mengambil masa 3 tahun. Sekolah

menengah bermula pada usia 12 tahun hingga 15 tahun manakala sekolah tinggi pula bermula pada

usia 15 tahun hingga 18 tahun. Jumlah pelajar yang memasuki peringkat sekolah menengah mulai

meningkat sejak tahun 1969. Pada tahun tersebut, semua lulusan sekolah rendah boleh memasuki

sekolah menengah tanpa adanya persaingan dan peperiksaan masuk ke sekolah menengah. Selain

daripada dimansuhkan peperiksaan masuk, faktor lain yang menyebabkan peningkatan tersebut

adalah taraf kehidupan masyarakat Korea Selatan yang semakin membaik. 

Sekolah menengah (gred 7-9) dijadikan percuma di kawasan-kawasan yang kurang maju pada

tahun 1985. Pendidikan percuma ini dijangkakan akan berlaku secara merata di masa hadapan. Di

tahun 1984, boleh dilihat bahawa terdapat 2,235 sekolah menengah dengan pelajar seramai 2,375

orang, 44 cawangan, dan 66,372 orang guru. 

Menurut statistik pada tahun 1984, penyertaan pelajar di sekolah tinggi menunjukkan

peningkatan. Terdapat 2,092,401 pelajar, 66,278 guru, dan 1,549 cawangan sekolah tinggi. Sekolah

Page 5: Sistem Pendidikan Di Korea

tinggi yang ada di Korea Selatan itu termasuk sekolah tinggi vokasional dengan jumlah sebesar 644

cawangan. Para pelajar digalakkan melanjutkan ke sekolah tinggi selepas melewati tahap pendidikan

awal, iaitu sekolah rendah, dan juga sekolah menengah. Sekolah tinggi bertujuan untuk memberikan

pendidikan lanjutan yang lebih bersifat praktikal berbanding sekolah rendah dan sekolah

menengah. 

Antara kursus-kursus yang diajarkan di peringkat sekolah tinggi adalah kegiatan ko-kurikulum,

bahasa Korea, kajian sosial, etika dan moral, sejarah Korea, sejarah dunia, geografi, matematik,

biologi, bahasa Inggeris, dan pengurusan. 

Pendidikan Vokasional

 

   Pendidikan vokasional yang juga merupakan sebahagian daripada sekolah menengah mula

digalakkan oleh kerajaan. Kerajaan memberikan penekanan terhadap penyertaan pendidikan

vokasional dengan tujuan untuk menyokong program-program perindustrian yang semakin

berkembang di Korea Selatan. Kerajaan menambah kuota kemasukan pelajar ke sekolah vokasional

dan menambah bilangan sekolah vokasional yang ada di Korea Selatan.  

Peperiksaan Masuk ( Entrance Exam )

Peperiksaan masuk ini sememangnya akan dialami oleh pelajar-pelajar Korea Selatan yang

berkeinginan unutk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah. Peperiksaan masuk

merupakan sesuatu yang amat mencabar bagi mereka, terutamanya bagi pelajar yang ingin

memasuki sekolah menengah yang lebih baik. Walaubagaimanapun, sistem peperiksaan masuk ini

telah ditiadakan sejak tahun 1974 dan proses pemilihan adalah melalui Grade Point Average  (GPA)

pelajar. Peperiksaan masuk ini ditiadakan oleh kerana dianggap tidak "penting" dan menghadkan

jumlah pelajar yang masuk kerana tidak semua pelajar lulus dari peperiksaan masuk ini.

PENDIDIKAN TINGGI (HIGH EDUCATION)

Page 6: Sistem Pendidikan Di Korea

Tujuan pendidikan tinggi di Korea Selatan adalah untuk menanamkan pemahaman

dalam diri mereka tentang manusia dan persekitarannya, keinginan untuk memberi

sumbangan kepada masyarakat, serta azam untuk meningkatkatkan kualiti kehidupan.

Dahulu, kerajaan mengawal jumlah pelajar yang masuk ke universiti-universiti. Pada tahun

1984, terdapat 870,170 pelajar yang berjaya masuk ke universiti. Kini, kerajaan masih lagi

mengawal tetapi ianya hanya bagi jabatan-jabatan yang dianggap mempunyai permintaan

tinggi dalam masyarakat seperti undang-undang, kejuruteraan, perubatan, dan elektronik. 

        Pelajar-pelajar yang memohon masuk ke universiti akan dipilih berdasarkan keputusan

peperiksaan negara dan rekod sekolah yang tinggi. Antara universiti-universiti di Korea

Selatan yang dikenali di peringkat antarabangsa adalah Seoul National University, Korea

University, dan Yonsei University.

Biasiswa dan Bantuan Kewangan

        Kerajaan Korea Selatan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak

supaya mereka tidak perlu bimbang untuk meneruskan pelajaran mereka. Antara bantuan

kewangan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar adalah pinjaman kerajaan, biasiswa yang

diberikan oleh syarikat-syarikat swasta, individu perseorangan, dan pengecualian daripada

membayar penuh yuran sekolah. Yayasan untuk mengawal biasiswa telah didirikan oleh

kerajaan agar biasiswa boleh dikendalikan dengan lebih baik. 

         Pelajar-pelajar asing juga diberi kesempatan untuk mendapatkan biasiswa ini. Pelajar-

pelajar asing yang berminat dalam Pengajian Korea digalakkan untuk belajar di Korea di

bawah biasiswa kerajaan. Pelajar-pelajar yang datang ke Korea Selatan dan berada di

bawah biasiswa kerajaan diberikan kebebasan dalam memilih sekolah mana yang ingin

dimasuki. Penginapan, biaya hidup, dan perkara lain diuruskan oleh pegawai kerajaan. Pada

kebiasaannya, pelajar-pelajar asing yang berjaya memperoleh biasiswa kerajaan Korea

Selatan akan diberikan latihan bahasa Korea selama satu tahun sebelum mereka mulai

mengikuti kursus-kursus mereka. 

HAGWON

Page 7: Sistem Pendidikan Di Korea

Hagwon adalah bahasa Korea yang mempunyai erti “institusi swasta”. Hagwon merupakan

sebuah institusi yang menjadi tempat para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan

meningkatkan pencapaian mereka di sekolah. Hagwon merupakan sebuah pendidikan

tambahan bagi pelajar-pelajar di Korea Selatan selepas selesai menghadiri sekolah formal.

Hagwon memastikan para pelajar memperolehi markah yang bagus di sekolah sehingga

apabila ada pelajar yang gagal dalam peperiksaan, tutor-tutor akan memastikan mereka

berjaya dalam peperiksaan yang seterusnya. Kita mengetahui bahawa untuk memasuki

peringkat universiti, pelajar-pelajar di Korea Selatan yang sudah tamat sekolah tinggi harus

mengikuti peperiksaan masuk ke universiti. Peperiksaan masuk ke universiti ini merupakan

antara masa-masa yang penting dalam kehidupan masyarakat Korea Selatan yang bergelar

pelajar. 

            Hagwon di Korea Selatan bukan sahaja menawarkan pengajaran tambahan yang

berkaitan dengan akademik tetapi juga bukan akademik seperti pengajaran piano,

berenang, dan taekwondo. Dengan menawarkan pengajaran berbentuk bukan akademik,

hagwon membantu meningkatkan produktiviti pelajar-pelajar di Korea Selatan. Di Korea

Selatan, hampir seluruh ibu bapa memasukkan anak mereka ke hagwon. Selain daripada

pengajaran mengenai bidang akademik dan bukan akademik, hagwon di Korea  Selatan

juga mengutamakan pengajaran bahasa Inggeris. Bukan hanya orang dewasa, tetapi

pelajar-pelajar universiti yang mempunyai kemampuan bahasa Inggeris yang baik boleh

menjadi tutor di hagwon-hagwon yang ada di Korea Selatan. Menurut statistik tahun 2008,

dikatakan lebih daripada 70,000 hagwon beroperasi di Korea Selatan.  Tetapi

walaubagaimanapun, semakin banyak pihak yang mulai menentang hagwon di Korea

Selatan. Hal ini disebabkan mereka beranggapan bahawa pelajar yang memasuki hagwon

akan merasa semakin tertekan. Tetapi apabila kita lihat daripada sisi positif, hagwon banyak

membantu pelajar-pelajar Korea Selatan dalam pendidikan mereka. 

BIBLIOGRAFI

1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.

2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul:

Kwangmyong Publishing Company.

1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.

2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul:

Kwangmyong Publishing Company.

Page 8: Sistem Pendidikan Di Korea

3. Retrieved from : http://southkorea.angloinfo.com/family/schooling-education/primary-

education/

1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.

2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul:

Kwangmyong Publishing Company.

3. Retrieved from: http://education.stateuniversity.com/pages/1402/South-Korea-

SECONDARY-EDUCATION.html

4. Retrieved from: http://asiasociety.org/education/learning-world/south-korean-education

1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.

2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul:

Kwangmyong Publishing Company.

3. Retrieved from: http://asiasociety.org/education/learning-world/south-korean-education-

reforms

1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.

2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul:

Kwangmyong Publishing Company.

3. Retrieved from: http://www.koreabang.com/2013/pictures/extreme-hagwon-adverts-start-

korean-education-debate.html