kajian sistem pendidikan kebangsaan

25
KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353) http://members.tripod.com/~sarjana/dualisme3.html DUALISME DALAM PENDIDIKAN 1.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK Tertarik dengan isu-isu gejala sosial yang kelihatannya semakin membarah di dalam masyarakat dewasa kini, membawa kami untuk cuba mengupas permasalahan ini. Telah dikenal pasti, golongan terbesar yang telah terjerumus di dalam gejala yang amat tidak sihat ini, ialah golongan remaja. (Utusan Malaysia, 13 April 1994). Golongan ini ialah satu golongan yang dianggap masih mentah, punya akar yang masih belum tunjang dan masih tercari-cari arah matlamat yang boleh dijadikan pedoman dan panduan didalam membina jati diri. Dalam menggarap usaha untuk menangani permasalahan ini, kita tidak boleh lari dari perlu mengenal-pasti punca- punca dan faktor-faktor penyumbang kepada tompok-tompok

Upload: nesobeng

Post on 06-Jun-2015

5.524 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)

http://members.tripod.com/~sarjana/dualisme3.html

DUALISME DALAM PENDIDIKAN

1.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

Tertarik dengan isu-isu gejala sosial yang kelihatannya semakin membarah di dalam

masyarakat dewasa kini, membawa kami untuk cuba mengupas permasalahan ini. Telah

dikenal pasti, golongan terbesar yang telah terjerumus di dalam gejala yang amat tidak

sihat ini, ialah golongan remaja.(Utusan Malaysia, 13 April 1994). Golongan ini ialah

satu golongan yang dianggap masih mentah, punya akar yang masih belum tunjang dan

masih tercari-cari arah matlamat yang boleh dijadikan pedoman dan panduan didalam

membina jati diri. Dalam menggarap usaha untuk menangani permasalahan ini, kita tidak

boleh lari dari perlu mengenal-pasti punca-punca dan faktor-faktor penyumbang kepada

tompok-tompok hitam yang telah mencemarkan pemandangan corak pembangunan

negara.

Dapatan dari pemerhatian para cendekiawan-cendekiawan juga para ilmuan, maka

tebarislah satu senarai panjang dikatakan sebagai faktor-faktor terpanculnya masalah

yang cukup mencabar kewibawaan masyarakat timur yang dikenali dengan tata susila

juga kebanggaan adab sopannya. Persekitaran remaja dirumah, persekitaran di luar

rumah, peranan ibu-bapa, peranan pendidikan (Utusan Malaysia, 13 April 1994), masalah

kecelaruan falsafah dan dasar pembangunan negara (Berita Harian, 3 Jun 1998) juga

Page 2: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

beberapa senarai lagi yang telah dikenal pasti. Namun begitu, di dalam kertas kerja ini,

kami penulis akan hanya memfokuskan kupasan kami kepada satu faktor yang cukup

besar sumbangannya di dalam permasalahan ini, iaitu peranan pendidikan. Bukan hanya

jika kerana kurangnya ilmu di dalam bidang ini, ia boleh menjadikan seseorang individu

itu terumbang-ambing lantas mudah diserap dengan gejala-gejala yang sentiasa

mengganas ini, bahkan dengan memahami, menjiwai dan mempraktikkannya juga ia

boleh menjadi benteng yang cukup utuh daripada serangan-serangan anasir-anasir negatif

tersebut.

Dalam membincangkan peranan pendidikan, kami akan cuba meluaskan pemahaman

peranan pendidikan bukan setakat sistem pendidikan negara sahaja bahkan segala bentuk

pendidikan yang boleh diperolehi oleh setiap individu itu samada secara rasmi iaitu di

sekolah atau juga apa jua bentuk pendidikan yang boleh diperolehi di luar sistem

persekolahan. Apabila menyentuh isu sistem pendidikan negara, beberapa cendiakawan

dan ilmuan negara mendakwa sistem pendidikan yang mengamalkan dualisme adalah

antara faktor yang paling ketara sumbangannya kepada kerapuhan jati diri remaja.

(Dewan Budaya, Jun 1995), (Tamadun, Ogos 1997). Bahkan turut mengakui hakikat

wujudnya dualisme dalam sistem pendidikan negara ialah Menteri Pendidikan sendiri,

Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak, di dalam wawancara ekslusif beliau dengan majalah

Dewan Budaya. (Dewan Budaya, 1995).

Dalam membincangkan isu dualisme di dalam pendidikan ini, kami akan cuba mengenal-

pasiti sejauh mana kebenaran dakwaan bahawa ia merupakan faktor asas kepada masalah

yang perlu segera ditangani ini. Oleh kerana dualisme didalam pendidikan yang

diperkatakan hanya wujud di dalam bentuk konsep sahaja, maka kami akan cuba

menyertakan beberapa bukti yang boleh menyokong hujah-hujah yang cuba disampaikan

agar kertas kerja ini tidak menjadi satu bahan retorik.

Page 3: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru cetakan ke empat 1993, dualisme bermaksud "teori

yang berasaskan dua dasar yang berlainan", atau "perihal yang mendua sesuatu yang

berasaskan dua hal yang bertentangan"

Sementara itu Abdul Halim Ramli, didalam rencana tulisannya, Memecah Dualisme

Harmoniskan Ilmu : Reformasi Sistem Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Mohamad

Abduh dan Sayyid Ahmad Khan, dualisme dalam pendidikan ditakrifkan sebagai

berikut :-

"....wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iait sistem pendidkan tradisional Islam

dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih menumpukan

perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan ilmu-

ilmu moden. Manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu

moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan". (Tamadun, Ogos 1997).

Sementara itu, tafsiran dualisme dalam pendidikan yang diberikan oleh Menteri

Pendidikan, Dato’ Seri Najib Tun Razak ialah :-

".....masalah masyarakat Islam rata-rata, bukan sahaja di Malaysia, ialah kita telah

mewujudkan dualisme di antara ilmu wahyu atau naqliah dengan ilum aqliah ataupun

sciences." (Dewan Budaya, Disember 1995).

Nik Azis Nik Pa di dalam bukunya, Program Pendidikan Pintar Cerdas : Teori dan

Praktik (1990) pula menyentuh dualisme sebagai ".....program pendidikan yang

dimajukan di Barat tidak sesuai untuk masyarakat negara ini kerana program tersebut

Page 4: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

mengamalkan prinsip dualisme dan sekularisme yang memisahkan ilmu keduniaan dan

ilmu agama."

Melalui ketiga-tiga definisi yang telah diberikan di atas, jelaslah bahawa dualisme dalam

pendidikan yang diperkatakan ialah pengasingan di antara ilmu agama dengan ilmu selain

agama, iaitu ilmu-ilmu lain yang mempunyai berbagai definisi, ilmu moden oleh Abdul

Halim Ramli, ilmu sains oleh Menteri Pendidikan dan ilmu keduniaan oleh Nik Azis Nik

Pa. Walaupun, ilmu-ilmu lain itu mempunyai berbagai nama, ianya datang dari satu

punca iaitu Barat, sementelah lagi, negara kita Malaysia, kesan penjajahan British ke atas

sistem pendidikan masih cukup jelas, bahkan ianya telah pun mendarah daging.

Oleh kerana, di peringkat awal kertas kerja ini, kami telah menyatakan bahawa sistem

pendidikan yang cuba disentuh, bukan setakat sistem pendidikan negara, yang

mendasarkan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan, tetapi juga sebarang bentuk

‘pendidikan’ yang boleh diterima di luar sistem persekolahan. Seperti definisi yang telah

diberikan oleh Kamus Dewan, dualisme bermaksud "perihal yang mendua sesuatu yang

berasaskan dua hal yang bertentangan". Kami ingin cuba menyentuh satu aspek lain yang

menurut pemerhatian kami, berkemungkinan sebagai faktor pokok kepada permasalahan

gejala sosial yang serius ini iaitu masalah kecelaruan di dalam falsafah pembangunan

negara.

Oleh kerana dualisme ialah merupakan sesuatu yang berasaskan dua hal yang

bertentangan, maka kami akan cuba mengaitkan kewujudan dualisme di dalam falsafah

pembangunan negara. Dualisme di dalam falsafah wujud kerana apa jua bentuk falsafah

pun yang telah digariskan bagi negara kita, ialah datangnya dari sekumpulan pemimpin

yang mempunyai idealogi yang sama. Muhamad Razak Idris, di dalam rencana beliau,

Kecelaruan Falsafah Pembangunan Negara, membayangkan akan kewujudan cabang-

Page 5: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

cabang falsafah pembangunan yang mempunyai matlamat yang hampir tidak selaras.

Antara lain beliau menulis :-

"Perancangan pembangunan negara kini seolah dalam pertembungan. Di satu pihak,

wujud aliran nilai dan komitmen yang cukup tinggi untuk membangunkan generasi

berasaskan budaya dan aspirasi Timur yang beradab mulia. Sementara pada aliran lain

pula gigih menyemarakkan nilai dan tradisi asing terutama dalam aspek pemikiran dan

gaya hidup kebendaan yang bersifat keseronokan. Hal inii dilihat dalam kekecauan gerak

kerja dan dasar pada setiap pihak yang memaparkan kekaburan terhadap falsafah serta

hala tuju pembangunan negara yang dihasratkan." (Berita Harian, 3 Jun 1998).

Kecelaruan falsafah yang cuba dibincangkan di sini ialah, ketidak selarasan di antara

matlamat Falsafah Pendidikan Negara dengan falsafah pembangunan negara. Falsafah

Pendidikan Negara telah digariskan dengan mempunyai matlamat yang begitu murni iaitu

meletakkan pembangunan insan sebagai matlamat, bertentangan pula dengan falsafah

pembangunan negara, jika dilihat melalui pemerhatian kita sendiri, iaitu lebih kepada

pembangunan material. Seterusnya di dalam kertas kerja ini, kami akan cuba

memperincikan bentuk dualisme yang telah pun diutarakan.

BENTUK DUALISME

3.1. Dualisme Dalam Sistem Pendidikan Negara.

Pengasingan antara ilmu agama dan sekular di dalam sistem pendidikan negara, adalah

perkara pokok kepada persoalan dualisme di dalam pendidikan. Cendiakawan dan ilmuan

menyuarakan kebimbangan mereka akan kewujudan aliran ini di dalam sistem

pendidikan kerana melihat kepada natijah yang terhasil akibat daripada perlaksanaan

sistem begini di dalam pendidikan. Justeru itu, berbagai saranan telah diberi untuk cuba

mengatasi permasalahan ini. (Tamadun, Ogos 1997).

Page 6: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kebimbangan ini mendapat perhatian pucuk pimpinan kita, lantas terhasillah Falsafah

Pendidikan Negara yang digariskan dengan penuh kesedaran, Falsafah Pendidikan

Negara ialah :-

" Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan

seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Berdasarkan kepada falsafah ini, kurikulum bersepadu di peringakat sekolah rendah dan

menegah telah diperkenalkan bagi memastikan pembelajaran tidak lagi terpisah antara

ilmu aqli dan naqli iaitu kesepaduan antra kemanusiaan dan bimbingan wahyu. Kita

bercita-cita membangunakan generasi muda yang mampu melihat Islam sebagai agama

yang bukan lagi bersifat ritual tetapi cara hidup yang syumul mencakupi keperluan

seluruh komponen kehidupan manusia. Melalui falsafah ini dapat dilihat bahawa hasrat

kerajaan cuba disalurkan melalui falsafah pendidikan ini, iaitu diharapkan sistem

pendidikan kita berjaya mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Malang

sekali, sehingga kini cita-cita murni ini masih sukar ditafsirkan kejayaannya.

Isu yang cuba ditimbulkan di sini ialah, walaupun falsafah pendidikan itu telah digariskan

dengan begitu teliti, dan kelihatan cukup sempurna, namun ianya tidak seiring dengan

perlaksanan sebenar sistem tersebut. Dengan wujudnya pengasingan di antara ilmu

agama dan sekular, matlamat murni ini sememangnya diyakini agak sukar untuk dicapai.

Wujudnya pengasingan sekolah-sekolah aliran agama dan sekular inilah yang menjadi

kekangan kepada matlamat untuk insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

Page 7: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Kita bercerita tentang

kepercayaan kepada Tuhan, sedangkan kita tahu bahawa ianya tidak akan berjaya

dilaksanakan jika sistem yang didasari tidak menitik beratkan kepentingan perkara ini.

Adakah sistem pendidikan yang sedia ada tidak mampu untuk menjadi benteng kepada

remaja untuk menepis gejala-gejala sosial yang sentiasa mengejar mereka?. Menteri

Pendidikan kita mengakui bahawa, sistem yang sedia ada masih belum mampu untuk

menjadi perisai pertahanan diri remaja. Menurut beliau lagi masih banyak kelemahan

yang perlu diatasi, dan penekanan ialah ke atas masalah dualisme antara sekular dan

agama. (Dewan Budaya, Disember 1995). Sistem pendidikan Barat yang diamalkan

sekarang terbukti gagal untuk membina konstruk sosial remaja. Bahkan ia juga gagal di

dalam pembinaan falsafah moral dan kemasyarakatan. Model pendidikan Barat

digerakkan oleh satu fahaman yang terlalu material kerana keghairahan masyarakat itu

mempelopori dan menguasai pembangunan dunia melalui kuasa keilmuan mereka.

Jelaslah bahawa kefahaman dan penerapan nilai-nilai agama merupakan satu-satunya

jalan penyelesaian kepada penyakit masyarakat ini. Adakah remaja kita benar-benar tidak

tahu agama, maka mereka terjerumus ke kancah gejala sosial ini?.

Menurut Dr. Faizal , di dalam rencana tulisannya, adalah tidak benar sama sekali bahawa

remaja kita dikatakan tidak tahu agama, kerana rata-rata remaja Islam tahu

tanggungjawab ke atas agama yang perlu dilaksanakan, cuma mereka tidak mahu

melaksanakannya. (Tamadun, ). Persoalannya adakah cukup hanya dengan tahu agama

sahaja maka benteng sakshsiah diri boleh terbina ?. Keperluan agama yang bagaimanakah

untuk membina jati diri seorang insan yang yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani dan jasmanai berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan ?.

Firman Allah :-

Page 8: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

" Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) ke arah Din

yang lurus sebagai fitrah Allah yang menciptakan manusia di atasnya, tidak ada sebarang

perubahan pada ciptaan Allah itu, inilah Din yang betul dan lurus, tetapi kebanyakkan

manusia tidak mengetahui." (Al-Rum :30)

Dan seterusnya Firman Allah :-

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam itu keseluruhannya....." (Al-

Baqarah : 208)

Jelaslah melalui dua ayat ini, bahawa pemahaman dan penerapan kepada agama itu

hendaklah secara keseluruhannya, kerana agama itu adalah syumul. Begitu jugalah hal

nya dengan sistem pendidikan kita.

Kesyumulan Islam itu, Allah jelaskan di dalam FirmanNya :-

"Tidak kami tinggalkan dalam kitab itu suatupun....." (Al-Anam : 38)

Di dalam hal ini Al-syahid Hassan Al-Banna menggambarkan kesyumulan Islam dengan

mengatakan :-

"Islam adalah merupakan suatu perutusan (risalah) yang jangaka masa panjang meliputi

setiap zaman yang mendatang. Pengisian lebarnya mencakupi pelusuhk dunia.

Ketunjangan dalamnya meraut segala urusan dunia dan akhirat."

Sistem pendidikan negara tidak cukup dengan kurikulum bersepadu yang telah dirangka.

Ianya memerlukan kesepaduan diantaran pendidikan yang bersifat metrial dan yang

Page 9: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

bersifat spiritual. Ini adalah kerana kesempurnaan sistem pendidikan Islam itu sendiri

yang ingin melahirkan tenaga-tenaga mahir yang bertaqwa kepada Allah dan melakukan

sesuatu dengan jujur dan berdisiplin menurut kehendak syariat Islam. (Nik Rosdi & Nik

Kamaliah,1993).

Oleh kerana sistem pendidikan sekular telah lama berjalan dalam masyarakat,

menyebabkan sistem Pendidikan Islam walaupun sempurna sifatnya sukar untuk

dilaksankan sebagai mengganti sistem yang lapuk itu. Ianya terpaksa mengambil masa

untuk membuat perubahan menyeluruh kepada sistem pendidikan tersebut.

3.2. Dualisme dalam falsafah pembangunan negara

Bertolak pula kepada aspek ke dua dualisme yang telah disentuh sedikit diperingkat awal

kertas kerja ini, iaitu dualisme di dalam falsafah pembangunan negara. Persoalan ini telah

disentuh dengan agak terperinci oleh Muhamad Razak Idris dari Universiti Islam

Antarabangsa di dalam tulisannya Kecelaruan Falsafah Pembangunan Negara. (Berita

Harian, 3 Jun 1998). Namun begitu agak sukar untuk menjelaskan dengan sempurna satu

isu besar seperti ini hanya dengan separuh halaman akhbar harian. Walau apa pun,

maksud yang cuba disampaikan oleh beliau masih boleh difahami dengan jelas.

Setiap falsafah yang ada di negara kita adalah datangnya dari sekumpulan pemimpin

yang berlatar-belakangkan ideologi yang sama. Falsafah Pendidikan Negara,

mengariskan matlamat pembinaan insan, namun begitu Dasar Pembangunan Negara dan

Dasar Urbanisasi Negara, yang juga datangnya dari pimpinan yang sama, tidak langsung

menyentuh tentang pembangunan manusia melainkan hanya dari segi material sahaja.

(Sila lihat Lampiran). Muhamad Razak Idris, menulis :-

Page 10: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

‘Dalam penelitian kini, falsafah pembangunan kita hanyalah kerana ingin membangun.

Kita seolah-olah berpuas hati dan terpegun terhadap pembangunan negara dengan

keupayaan kita mendirikan bangunan pencakar langit, menara tertinggi,............. Adakah

itu saja cita-cita pembangunan?.’ (Berita Harian, 3 Jun 1998)

Kecelaruan ini menghasilkan turut mewujudkan kecelaruan minda pelajar. Jalan manakah

yang harus dituju?. Di sekolah, guru-guru berusaha untuk membina jati diri pelajar

dengan menerapkan nilai-nilai murni yang telah digariskan melalui Falsafah Pendidikan

Negara, bahkan mereka turut bertanggung-jawab ke atas satu senarai panjang tugas-tugas

untuk memastikan matlamat ini tercapai. Malang sekali usaha- usaha ini, hanya terbatas

di sekolah sahaja dan terurai sebaik sahaja pelajar melangkah keluar dari pagar sekolah.

Tidak ramai pelajar yang berjaya menyerap nilai-nilai yang telah ditanam di sekolah,

mahu pun di rumah. Lebih ramai pelajar yang menjadi mangsa pembangunan, nilai yang

cuba ditanam masih belum utuh untuk menepis cabaran-cabaran yang menanti di luar

sistem pendidikan rasmi. Ini terbukti melalui pendedahan Jabatan Pendidikan Selangor

(JPS) terhadap masalah salah laku dan masalah disiplin yang melibatkan pelajar di

seluruh Selangor. Sepanjang tahun 1993, terdapat lebih 19,000 kes salah laku dan disiplin

di negeri Selangor termasuk 384 kes tingkah laku lucah. (Utusan Malaysia, 13 April

1994). Aliran-aliran di luar sistem pendidikan ini dengan ganasnya merobek sistem nilai

serta falsafah akhlak yang diterap di peringkat persekolah. Pelajar menghadapi dilema

dalam melakukan penilaian antara bimbingan guru di sekolah atau desakan pengaruh dari

pesekitaran yang sama sekali bercanggah daripada teras nilai dan fasafah akhlak yang

mereka pelajari. Apabila mengimbas kembali maksud dualisme di dalam Kamus Dewan,

sesuatu yang berasaskan dua hal yang bertentangan. bukankah kecelaruan ini juga boleh

dikategorikan sebagai dualisme ?.

Page 11: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

NATIJAH DUALISME

Ke dua-dua dualisme ini telah terbukti menjadi faktor penghalang utama kepada

pembinaan jati diri remaja. Cabaran-cabaran yang sukar ditepis ini lebih tertumpu kepada

golongan remaja yang masih lemah dan mudah dipengaruhi. Kupasan seterusnya ialah ke

bahagian manakah di dalam masyarakat kesan negatif yang terhasil daripada dualisme ini

menular.

Nilai Budaya dan Pemikiran

Kita mengakui bahawa proses pendidikan sebenar bukan hanya berlaku di sekolah.

Proses pendidikan berlaku hampir setiap masa dan ketika. Setiap dasar dan undang-

undang digubal juga antra lain bertujuan untuk mendidik, mewujudkan keseimbangan

sosial juga kesejahteraan rakyat. Di sini kami suka untuk menyentuh tentang Dasar

Penyiaran dan Penerangan Negara. Dasar yang kita ada sekarang amat longgar dan tidak

memperlihatkan kewujudan satu dasar dan falsafah murni dalam membentuk pemikiran

dan mengangkat budaya tempatan atau menyokong hasrat dan cita-cita Falsafah

Pendidikan Negara.

Contoh terkini yang boleh kami berikan ialah Malam Anugerah Industri Muzik (AIM)

baru-baru ini. Bagi rakyat yang insaf dan sedar terhadap arah tuju pembentukan budaya

majlis itu ternyata tidak lebih daripada propaganda budaya asing yang cuba menjajah

pemikiran generasi muda dalam menilai martabat seni. Temasya yang disiar secara

langsung itu tidak memiliki identiti Malaysia sama sekali, malah penuh dengan nilai

Kebaratan. Daripada pakaian penyanyi, pemuzik persembahan lagu dan penggunaan

Bahasa Inggeris yang melampuau oleh penerima anugerah dari kalangan orang Melayu,

ternyata menjejaskan imej dan identiti sebenar negara.

Page 12: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Perkara lain boleh dilihat melalui penerbitan majalah dan akhbar hiburan yang langsung

tidak mengambil kira kesensitifan lunas-lunas agama. Bahkan ia langsung tidak

menampakkan akan kecenderungan untuk mengutuhkan nilai dan peradaban yang sekian

longgar, malah tambah menggoyah dengan pemaparan gambar-gambar yang menjolok

mata, budaya berpasangan serta pergaulan bebas dikalangan remaja. Dimanakah letaknya

dasar penilaian terhadap bahan penerbitan yang berusaha untuk mendidik dan

membentuk nilai rakyat dan kemanakah sebenarnya hendak dibawa rakyat negara ini dari

segi corak berfikir dan cara hidup?.

Media Massa

Tidak dapat kita nafikan bahawa media massa menjadi unsur penting dalam proses

sosialisasi remaja. Sebahagian besar daripada waktu rehat remaja dihabiskan dengan

penggunaan media. (Berita Harian, 29 April 1997). Media yang dianggap sebagai ejen

yang menerajui budaya popular seringkali berlumba-lumba mendpatkan perhatian orang

ramai terutamanya remaja. Kerap-kali apa yang disajikan untuk remaja tertumpu kepada

apa yang menarik dan dikehendaki remaja. Dalam konteks ini niali berita atau program

yang boleh membentuk jati diri remaja tertinggal.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Dan Kemasyarakatan, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Dr. Samsudin A. Rahim di dalam kerta kerjanya yang di

bentangkan di Persidangan Meja Bulat Ketembusan Media dan Isu Sosial Remaja anjuran

Pusat Kajian Media Antarabangsa, antara lain menyatakan :-

".......media sememangnya menyumbang kepada pembentukan konstruk sosial remaja.

Dengan lain perkataan media memberikan cermin diri kepada remaja mengenai gaya

Page 13: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

hidup yang harus dilalui dan diikuti. Dalam proses pemediaan ini juga di dapati bahawa

budaya popular sedikit demi sedikit menghakis budaya tradisional......."

Dr. Mahathir juga mengakui kuasa pembujukan yang dipunyai oleh media ke atas

penonoton. Dalam ucapan beliau di sesi Pleno Persidangan ke 48, Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu di New York pada 1 Oktober 1993, menyebut kuasa media sebagai

berikut :-

‘....apa yang kita lihat dan dengar adalah apa yang media mahu kita lihat dab dengar. Jika

media penyiaran mahukan kita terperanjat dengan pembunuhan beramai-ramai ia akan

menyiarkan pembunuhan itu dengan terpeinci sekali. Tetapi jika ia memilih untuk

menyiarkan Micheal Jackson semasa pembunuhan itu berlaku, kita akan menghentak

kaki dengan gembira menonton persembahan Micheal Jackson...".

Melalui pernyataan-pernyataan di atas, dapat dilihat bahawa media cukup berkuasa untuk

mempengaruhi audiencenya terutamanya remaja yang masih tercari-cari arah tujuan.

Trend media massa di Malaysia lebih kepada program bercorak hiburan, tidak kira

samada melalui penerbitan majalah-majalah berbentuk hiburan yang berbagai, dan

konsep yang diutarakan di dalam majalah-majalalah-majalah juga program hiburan

televisyen ini lebih berbentuk kebaratan. Secara tidak langsung, semua ini telah

membantutkan lagi usaha untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Pengaruh Persekitaran

Bukanlah satu perkara yang menjadi kemusykilan, apabila berlaku kes sosial dan

perlanggaran disiplin dari kalgan belia dan pelajar bawah umur yang semakin meningkat

kerana penyumbang dan antara penyebab utama ialah kerana ketidak selarasan dasar

Page 14: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

diperingkat pentadbiran negara. Sesungguhnya adalah tidak adil untuk kita menyalahkan

remaja seratus peratus di dalam permasalahan ini. Perilaku remaja adalah cermin

konstruk sosial yang orang dewasa bina melalui kuasa mereka. Malangnya trend

masyarakat kini, di mana ibu bapa lebih sibuk mengumpul kemewahan di samping

berusaha keras untuk seiring dengan pembangunan, anak- anak telah menjadi mangsa.

Akibat kurangnya perhatian, remaja mula tercari-cari arah untuk membentuk diri. Kadar

peratusan pembangunan yang semakin meningkat turut sama membawa sekali

peningkatan kepada penagihan dadah di kalangan remaja. Dalam analaisis kementerian

Dalam Negeri (KDN) yang dibuat bagi tempoh sembilan tahun bermula 1988 sehingga

tahun 1996, Timbalan Menterinya, Ong Ka Ting, menyatakan bahawa 27 peratus penagih

baru yang di tangkap tahun lalu mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

berbanding hanya 18.7 peratus penagih memiliki kalayakan yang sama pada tahun 1988.

(Berita Harian, 31 Mac 1997). Jelaslah bahawa, pembangunan negara memerlukan

pengorbanan yang begitu tinggi. Walaupun rakyat Malaysia, terutama orang Melayu

berasal dari kampung yang corak kehidupannya berasaskan struktur tradisi. Akibat

perubahan masa, mereka dihadapkan dengan kehidupan masyarakat perindustrian moden.

Ia sesungguhnya telah membawa perubahan nilai yang amat drastik.

5.0 KOMEN DAN CADANGAN

Sesungguhnya di dalam kita membincangkan permasalahan gejala sosial ini, kita

sememangnya tidak boleh lari daripada turut sama mengaitkan sistem pendidikan yang

ada. Sikap lepas tangan sesetengah masyarakat tambah merumitkan lagi keadaan.

Institusi pendidikan telah terbeban bahkan ianya juga ‘terjejas teruk’ akibat dari

perspektif masyarakat kepada para pendidik yang semakin hari semakin menurun, sama

teruknya dengan penurunan kadar nilai mata wang negara. Kecelaruan falsafah yang ada

tambah mengeruhkan suasana.. Namun begitu, tidak kita nafikan bahawa komitmen

pihak kerajaan untuk cuba memperbaiki keaddan. Ini dapat dilihat melalui penggubalan

kurikulum bersepadu di peringkat sekolah rendah dan menengah. Cumanya, masa yang

Page 15: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

diperuntukkan untuk mata pelajaran berbentuk keagamaan perlulah ditambah untuk

memastikan keberkesanan penerapan nilai. Pendekatan yang sedi ada pula perlu dikaji

keberkesanannya.

Saranan Perdana Menter, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, supaya kursus Tamadun

Islam diperkenal dan dilaksanakan di IPT pada tahun 1993 yang lalu juga antara lain

menunjukkan komitmen kerajaan untuk menghasilkan para intelek yang berilmu dan

berakhlak. Silibus dan tatacara perlaksanaan kursus ini yang telah digariskan oleh

Kementerian Pendidikan untuk memastikan keselarasannya. Malang sekali, sejak awal

hingga kini masih wujud perbezaan dari segi tafsiran dan kefahaman terhadap

perlaksanaan kursus itu di peringkat IPT. (Berita Harian, 8 Julai 1997).

Masalah gejala sosial ini perlu ditangani segera kerana semakin hari ianya kelihatan

semakin kronik. Jika telah kita kenal pasti dengan penghapusan dualisme dalam sistem

pendidikan boleh menjernihkan keadaan, maka perlulah pihak-pihak yang

bertanggungjawab segera mengorak langkah. Penghapusan dualisme ini adalah

merupakan sesuatu yang melibatkan legislatif. Namun begitu, suara-suara rakyat tetap

perlu diambil kira. Adalah tidak adil jika kita hanya bersikap menunding jari

menyalahkan orang lain. Oleh itu setiap lapisan masyarakat perlulah turut sama

berganding bahu dalam usaha mencerahkan kembali ‘jerebu’ yang telah menyelubungi

negara ini. Kita tidak lagi boleh bertangguh. Duduk berdiam diri tidak akan

menguntungkan sesiapa. Ibu-bapa dan keluarga tidak boleh lari dari tanggungjawab

mengawal institusi keluarga masing-masing, walau tidak dinafikan akan betapa besarnya

pengaruh ‘pendidikan’ yang terbentang di luar rumah.

KESIMPULAN

Page 16: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Negara sememangnya amat memerlukan satu falsafah sempurna yang mampu di kongsi

hasrat dan cita-cita bersama oleh seluruh lapisan masyarakat. Falsafah yang sempurna ini

mampu membentuk kesatuan dan juga sebagai dorongan dalam pencapaian matlamat.

Kesempurnaan falsafah amat penting untuk mengelakkan kecelaruan pandangan dan

tindakan dan yang paling penting ia boleh mengelakkan pertembungan sebagaimana yang

telah kita alami dewasa kini.

Dalam menangani arus kemodenan dan pembangunan, kesejahteraan rakyat perlulah

diutamakan. Pembangunan yang sebenarnya seharusnya merangkumi seluruh dimensi

kehidupan insan. Falsafah pembangunan dalam Islam ialah memberi kesejahteraan dan

kebahagiaan kepada insan dalam kehidupan. Pembangunan itu hendaklah memenuhi

komponen kejadian insan yang dibangukan oleh unsur rohani, akal, emosi dan fizikal.

Pembangunan hendaklah besifat seimbang dan bersepadu dalam erti kata tidak terlalu

memberati pembangunan fizikal dan material sehingga melupakan kecemerlangan budi

dan pemantapan budaya hidup manusia. Teras pembangunan dalam Islam ialah Tauhid.

Ini bererti, setiap susun atur dan perancangan pembangunan harus menepati konsep

keabdian dan kehambaan kepada Tuhan.

Sebarang bentuk pembangunan yang akan merobek dan merosakkan kesejahteraan,

kedamaian dan kebahagiaan insan, menjauhkan insan daripada melakukan pengabdian

kepada Tuhan, memusnahkan akhlak dan nilai murni kehidupan, menyebabkan gangguan

dan malapetaka alam, menghancurkan sistem kepercayaan, mengganggu pemikiran yang

benar dan mengajak melakukan kejahatan harus ditolak dan ditentang kerana usaha dan

gerak kerja itu tidak selari dengan falsafah pembangunan.

Sebagai mengakhiri kertas kerja ini, suka kami menyertakan sepotong ayat Al-Quran

untuk renungan bersama :-

Page 17: KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

" Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain

daripada agama Allah?. Padahal kepada Nyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di

langit dan di bumi; sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada Nyalah

mereka dikembalikan." (Al ‘Imran :83)