5.proposal kemuncak ilmu fsppp ke korea

Upload: ariel-manap-libau

Post on 13-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

roposal Kemuncak Ilmu Fsppp

TRANSCRIPT

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI

KERTAS KERJA PENUH PROGRAMLAWATAN AKADEMIK KE LUAR NEGARAKEMUNCAK ILMU FSPPP KE KOREA"MEMBUKA MINDA, MEMPERKASA MAHASISWA

SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA KAMPUS INDUK SHAH ALAM

26 MEI - 31 MEI 2013

RINGKASAN PROGRAMNama FakultiSekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF)Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Tajuk Program

Kemuncak Ilmu FSPPP Ke KoreaMembuka Minda, Memperkasa Mahasiswa

Matlamat program

ObjektifProgram ini merupakan platform untuk para mahasiswa menimba ilmu pengetahuan, mewujudkan ruang interaksi dan perkongsian ilmu antara mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM Shah Alam dengan mahasiswa universiti Seoul National University melalui program-program yang akan diadakan, seperti dialog dan seminar. Ianya juga bertujuan pendidikan dan pertambahan ilmu pengetahuan dalam kalangan mahasiswa FSPPP, bersesuaian dengan bidang yang mereka pelajari, Bidang Pentadbiran dan Pengajian Polisi, melalui lawatan ke Kolej Pentadbiran Awam dan Sains Politik , Seoul National University serta lawatan ke Samsung City untuk mengenali lebih dekat cara pengurusan dan pentadbiran budaya Korea dalam membawa negara Korea berdiri gah sama tinggi dengan negara-negara maju walaupun suatu ketika dahulu mereka setaraf dengan Malaysia.

Disamping itu, matlamat utama program ini bertujuan untuk melatih dan melahirkan mahasiswa yang berfikiran terbuka dan matang serta berpandangan jauh dan membentuk mahasiswa professional, berinovasi dan bersonaliti unggul. Para mahasiswa FSPPP akan di latih untuk berkomunikasi dengan baik dan membina semangat kerjasama sesama mereka melalui proses menjayakan program sebesar ini, seterusnya mempratikkan ilmu yang telah digilapkan oleh UiTM dan juga fakulti melalui subjek-subjek fakulti dan kemahiran insaniah, seperti kemahiran berkomunikasi, perhubungan awam, membuat keputusan, pengurusan aktiviti, tingkah laku seterusnya menyediakan pelajar yang lebih berkualiti untuk memenuhi pasaran pekerjaan.

i. Perkongsian lestari melalui rangkaian program, seminar dan dialog bersama mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) bersama mahasiswa Seoul National University.ii. Memperkenalkan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) serta UiTM kepada komuniti antrabangsa dan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Korea.

iii. Memberi pendedahan tentang pembelajaran, pengurusan fakulti dan bidang yang ada di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dan UiTM dan meletakkan UiTM umumnya FSPPP khasnya di peta dunia sebagai World Class University.

iv. Mengasah bakat dalam kalangan pelajar seperti kepimpinan, komunikasi yang berkesan, penyelesaian masalah dan pemikiran yang kreatif serta kritis dalam penglibatan mahasiswa dalam menjayakan program ini bersesuaian dengan Student Empowerment.

v. Membuka dimensi baru dalam minda mahasiswa akan kepentingan hubungan antarabangsa di antara Malaysia dan negara luar.

CadanganTempat Seoul, Korea SelatanSeoul National University

Bilangan Peserta

Masa25 orang Pelajar FSPPP

2 Orang pegawai pengiring

Tarikh: 26 Mei 31 Mei 2013

Penasihat ProgramEn. Zulkifli Baharud-dinTimbalan Dekan(Pelajar & Alumni) FSPPP

Jumlah Belanjawan

RM 67 500

1.0 TUJUAN

Kertas kerja disediakan untuk memohon kelulusan bagi mengadakan program serta peruntukan kewangan dari pihak Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

2.0 LATAR BELAKANG

Mahasiswa merupakan aset sesebuah negara. Mereka merupakan pengganti kepada pemimpin-pemimpim negara dan tonggak kemajuan negara. Mereka seharusnya digilap bukan sahaja melalui program-program yang ada di UiTM dan fakulti tetapi mereka seharusnya diberi peluang untuk merangka program yang besar dan mencabar agar dapat melahirkan mahasiwa yang lebih produktif dan effisien di alam pekerjaan nanti . Program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea Membuka Minda, Memperkasa Mahasiswa ini merupakan program lawatan akademik ke Korea. Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa globalisasi melalui pertukaran idea sesama mahasiswa kedua-dua buah universiti, Universiti Teknologi Mara (Malaysia) dengan Seoul National University. Sebagai mahasiswa mereka perlulah bergerak lebih ke hadapan dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia merupakan ilmu yang penting untuk mahasiswa mendalaminya di dalam membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang serta berpandangan jauh. Justeru itu, UiTM amat menitikberatkan jalinan antarabangsa untuk membentuk pelajar yang professional berinovasi serta berpersonaliti unggul. Program ini dapat memberi memberi peluang kepada para mahasiswa untuk meluaskan pengalaman mereka dengan aktiviti yang akan diadakan di Korea. Salah satu aktiviti yang bakal diadakan ialah sesi dialog dan seminar di antara mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dengan mahasiswa Kolej Pentadbiran Awam, Seoul National University. Melalui program ini mahasiswa dapat melihat lebih dekat tentang kehidupan mahasiswa negara maju, cara pembelajaran mereka, suasana universiti, pengurusan universiti dan bertukar pendapat dan idea seterusnya dapat membantu memperkasakan mahasiswa UiTM. Program ini juga dapat meningkatkan semangat jati anak bangsa dalam kalangan mahasiswa melalui nyanyian lagu Negaraku dan UiTM di Hatiku ketika berada di Seoul National University.Selain itu, nama program ini tidak di pilih secara rawak, Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea Membuka Minda, Memperkasa Mahasiswa membawa erti kemuncak kepada ilmu yang pernah di pelajari oleh mahasiswa UiTM, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi selama mereka menuntut di UiTM. Dalam menjayakan program ini, mahasiswa perlu berkomunikasi sesama mereka demi membentuk semangat berpasukan dan keyakian diri di mana ianya sering diterapkan di dalam Modul Kemahiran Insaniah UiTM dalam melahirkan mahasiswa yang berani bersuara dan berpandangan jauh serta dapat bekerja dengan baik didalam sesebuah pasukan. Selain itu, sebagai mahasiswa Fakulti Pentadbiran, mahasiswa perlulah mempraktikkan ilmu yang mereka belajar di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, seperti pengurusan aktiviti, pembelajaran polisi, pengurusan organisasi perhubungan awam, tingkah laku dan moral yang ada dalam menjayakan program sebesar ini dengan cara berkomunikasi dengan pihak pentadbiran dan pihak syarikat-syarikat korporat dalam mencari dana tambahan dan sokongan mereka untuk menampung pembelanjaan program ini. Kemuncak kepada usaha mereka adalah kejayaan program ini. Jalinan yang ada (student-corporation relation), dapat membuka peluang pekerjaan kepada mahasiswa dan mematangkan mereka seterusnya membentuk mahasiswa profesional bukan sahaja dari segi akademik, malah dari modal insan (human capital) yang amat diperlukan majikan. Malah ianya juga dapat memperkasakan mahasiswa dari segi membuat keputusan, penyelesaian masalah, (student empowerment), memahami dan menanggung risiko dan menaikkan mutu mahasiswa (added value) bersesuaian dengan bidang pentadbiran yang mereka pelajari seterusnya menambahkan nilai market (market value) yang ada pada diri mereka.

3.0OBJEKTIF

i. Perkongsian lestari melalui rangkaian program, seminar dan dialog bersama mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) bersama mahasiswa Seoul National University.

ii. Memperkenalkan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) serta UiTM kepada komuniti antrabangsa dan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Korea.

iii. Memberi pendedahan tentang pembelajaran, pengurusan fakulti dan bidang yang ada di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dan UiTM dan meletakkan UiTM umumnya FSPPP khasnya di peta dunia sebagai World Class University.

iv. Mengasah bakat dalam kalangan pelajar seperti kepimpinan, komunikasi yang berkesan, penyelesaian masalah dan pemikiran yang kreatif serta kritis dalam penglibatan mahasiswa dalam menjayakan program ini bersesuaian dengan Student Empowerment.

v. Membuka dimensi baru dalam minda mahasiswa akan kepentingan hubungan antarabangsa di antara Malaysia dan negara luar.

4.0KUMPULAN SASARAN

1) Terdiri daripada 25 orang mahasiswa/wi Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam, termasuk 19 orang jawatankuasa pelaksana program 2 orang Majlis Perwakilan Pelajar, 2 wakil persatuan dalaman dan 2 orang Pegawai Pengiring.

5.0KAEDAH PERLAKSANAAN

NOAKTIVITIPENERANGANTINDAKAN

1

2

3

Pemilihan mahasiswa

Skuad Tajaan

Berfikir dalam kumpulan (Brainstorming)

Mahasiswa yang terlibat adalah terbuka kepada pelajar semester pertama hingga semester lima .

Merupakan teras program, bergeraksecara berkumpulan, terbahagi kepada 2 kumpulan, kumpulan dalaman dan kumpulan luaran.

Memikirkan aktiviti dan jadual perjalanan program, permasalahan yang bakal berlaku dan cara mengatasinya. Kumpulan ini juga bertanggungjawab memberi idea dan tindakan yang patut diambil.

Pengarah Program danBiro Program

Pengarah Program

Biro Program

4

Penentuan tempat program

Seoul National University

Pengarah Program

5Urus setiaSeramai 19 orang urus setia yangterdiri daripada persatuan-persatuan dalaman fakulti Pengarah dan Naib Pengarah Program

6Pengenalan FSPPP dan kursus Memperkenalkan fakulti serta UiTM kepada para mahasiswa university terlibat. Montaj fakulti dan gambar-gmbar aktiviti yang dijalankan oleh fakulti. Kursus yang ditawarkan daripada diploma sehingga ke peringkat tertinggi. Biro multimedia

7Ceramah pengenalan Fakulti dan UiTMMenerangkan lebih terperinci tentang kursus yang tawarkan. Selain itu menerangkan tentang pengurusan dan pentadbiran serta latar belakang Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisit dan UiTM Pegawai Pengiringdan Biro Program

9Seminar dan dialogSesi soal jawab dan dialog diantaramahasiswa FSPPP dengan mahasiwa Seoul National University, bertajuk Government Policy in Shaping Better Future For Country

Semua peserta

10

11Lawatan Ke SekitarSeoul

Pendokumentasian Melihat lebih dekat budaya dan cara hidup rakyat Korea

Mendokumentasikan perjalanan program seperti menangkap gambar dan menyediakan laporan program Semua peserta

Setiausaha dan Biro Tugas- Tugas Khas dan Dokumentasi

6.0TENTATIF PROGRAM

Lampiran ABerikut adalah jadual perjalanan program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea Membuka Minda , Memperkasa Mahasiswa :

Tarikh : 26 Mei - 31 Mei 2013 (Ahad - Jumaat)Tempat : Seoul, Korea Selatan Seoul National UniversityPeserta/pelajar: 23 orang Penyarah pengiring: 2 orangMajlis Perwakilan Pelajar: 2 orang

CADANGAN TENTATIF PROGRAM

26 Mei 2013 (Ahad)

MasaTempatAktiviti

6.15 pgBus stop DentistPelajar berkumpul di Hentian Bas Pergigian

6.40 pgBertolak ke LCCCT

10.00 pg

6.00 ptg

LCCT

Di jangka menaiki Kapal Terbang AirAsia ke Seoul, Incheon.

Di jangka tiba di Lapangan Terbang Seoul, Incheon dan peserta dibawa ke tempat penginapan di Malaysian Guest House di Seoul .

8.30 mlmAktiviti kendiri dan penerangan jadual

27 Mei 2013 (Isnin)

MasaTempatAktiviti

9.00 pgIstana Gyeonbok,Muzium Folklore & Rumah BiruLawatan ke Istana Gyeongbok dan Muzium Folklore dapat memberi pengetahuan kepada peserta tentang budaya dan sejarah negara Korea.

3.00 pg

Myeongdong& NamdaemunPeserta di bawa bersiar-siar ke tempat membeli belah di Korea. Tempat ini menjual pelbagai jenis barang jenam Korea.

6.00 ptg Para peserta di bawa pulang ke tempat penginapan.

8.00 mlm

Aktiviti keagamaan seperti membaca Yaasin dan solat berjemaah di masjid berdekatan dan berkongsi ilmu bagaimana mereka menguruskan masjid dan budaya Islam di sana. Selain itu, akan dilaksanakn program mewakafkan Yaasin di masjid berdekatan.

28 Mei 2013 (Selasa)

Masa

Tempat

Aktiviti

8.00 pgMasjid Seoul dan lawatan komuniti Muslim di sekitar Seoul Peserta bertolak ke Masjid Seoul di kawasan Itaewon, daerah Yongsan-gu. Lawatan ini merupakan lawatan untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat minoriti orang Islam di Korea.

.

11.00 pg Daegu University Lawatan akademik ke Daegu University

4.00 ptg Peserta dibawa pulang ke tempat penginapan.

29 Mei 2013 (Rabu)

MasaTempatAktiviti

10.00 pagi SeoulNational UniversityPeserta di jangka tiba di Seoul National University dan berkumpul di dewan Seoul National University. Pelajar akan di bawa melawat eoul National University termasuk Kolej Pentadbiran Awam di sana. Peserta akan bersiap-sedia untuk dialog, bertajuk Government Policy in Shaping Better Future For Countries

1.00 ptg Peserta dibawa pulang ke tempat penginapan untuk berehat dan mengelakkan kelesuan dan keletihan dalam kalangan peserta.

5.00 ptg Peserta dibawa ke padang berdekatan untuk beriadah.

30 Mei 2013 (Khamis)

Masa

Tempat

Aktiviti

10.00 pg Samsung CityLawatan industri ke syarikat Samsung Electronic, Samsung City. Lawatan ini merupakan lawatan akademik dari segi menambahkan ilmu pengetahun tentang cara pentadbiran dan polisi syarikat Samsung terutamanya Bahagian Sumber Kemanusiaan dalam menguruskan organisasi.

3.00 ptgKedutaan MalaysiaLawatan ke bangunan Kedutaan Malaysia di Seoul

6.00 ptg Para peserta di bawa pulang ke tempat penginapan

31 Mei 2013 ( Jumaat)

9.00 pg Lapangan TerbangPulang ke Malaysia Seoul Incheon

5.00 ptg LCCTPeserta dijangka tiba diMalaysia.

.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Lampiran B

Anggaran Perbelanjaan sepanjang program ini berlangsung adalah berdasarkan 25 orang mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi :-Pendapatan :-Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM RM 6 000Wang Komitmen Pelajar ( RM 500 X 25 orang ) RM 12 500Dana Tambahan ( Penajaan ) RM 49 000JUMLAH RM 67 500

BIL. PERKARA HARGA SEUNIT (RM)KUANTITI JUMLAH

1.MAKANAN Pakej Makan ( Seminggu) ( Pagi, Tengah hari dan Malam )

RM 434.40

25 orang

RM 10860

2.CENDERAHATI

Seoul National University

RM 200

1

RM 200

3.

PUBLISITI

Banner Kemuncak Ilmu FSPPP Ke KoreaMembuka Minda, Memperkasa Mahasiswa

Laporan dan gambar aktiviti

RM 250

RM 50

1

1

RM 250

RM 50

4. PENGANGKUTAN

Tiket Kapal Terbang Air AsiaAirlines ( Pergi-Balik)

Pengangkutan Bas di Seoul

Pemandu Pelancong

RM 1500(Kadar Berubah MengikutPasaran Semasa)

RM 200

RM 1650

25 orang

25 orang

1 orang

RM 37500

RM 5000

RM 1650

5. PENGINAPAN

Pelajar

RM 417.40( 5 hari 4 Malam)

25 orang

RM 10435

6.PERCETAKAN

Tag Nama Buku Program

RM 225 orang RM 50

7.BAJU PROGRAM

Pelajar

RM 30 25 orang RM 1290

8. Insurans Pelajar RM 5 25 orang RM 215

JUMLAHRM 67500

Penerangan Kaedah Dana Tambahan

1. Menyertai mana-mana aktiviti keusahawanan yang akan di jalankan oleh UiTM seperti membuka Booth ketika Konvokesyen UiTM dalam mencari dana tambahan.

2. Melakukan jualan besar-besaran ketika Hari Keusahawanan FSPPP yang akan berlangsung seminggu.

3. Melakukan khidmat Skuad Tajaan yang akan di kendalikan sepenuhnya oleh para Sekretariat Mahasiswa Fakulti. Skuad Tajaan ini merupakan teras dalam mencari dana program ini. Skuad ini terbahagi kepada dua, dalaman dan luaran, di mana kumpulan luaran akan pergi syarikat ke syarikat di sekitar Shah Alam dan akan membentangkan program ini kepada pengurus syarikat. Manakala kumpulan dalaman akan bertindak menelefon dan menghantar email kepada syarikat dalam mencari tajaan.

8.0JAWATANKUASA PELAKSANA

Lampiran C Kemuncak Ilmu FSPPP Ke KoreaMembuka Minda, Memperkasa Mahasiswa

SEKRATARIAT MAHASISWA FAKULTI 2012/2013

PENAUNGProf Madya Dr Jasmine AhmadDekan Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi

PENASIHAT PROGRAMEn Zulkifli Baharud-DinTimbalan Dekan (Pelajar Dan Alumni)

PEGAWAI PENGIRING

En Zulkifli Baharud-DinTimbalan Dekan (Pelajar Dan Alumni)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Muhammad Amirfiqri SamsudinPenolong Naib Yang Di Pertua Skolastik dan Jaringan IndustriMajlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Nor Hisyam Ahmad FodziExco Kepimpinan Dan Pembangunan InsanMajlis Perwakilan Pelajar (MPP)PENGARAH PROGRAMMuhammad Aiman AwalluddinExco Perhubungan Luar dan AntarabangsaSekretariat Mahasiswa Fakulti

NAIB PENGARAH PROGRAMNor Zahidah IbrahimExco KeusahawananSekretariat Mahasiswa Fakulti

SETIAUSAHA PROGRAMNor Diana Abdul MajidExco Aduan dan Kebajikan PelajarSekretariat Mahasiswa Fakulti

Aishah Shahira SamsuriExco Kesenian dan Kebudayaan Sekretariat Mahasiswa Fakulti

BENDAHARI PROGRAMMohamad Hafiz Mohamad NazarallahExco Kepimpinan dan Pembangunan MahasiswaSekretariat Mahasiswa Fakulti

BIRO PROGRAM

Mohammad Amirul Ahmad BuniaminPresidenSekretariat Mahasiswa Fakulti

Faten NurshafiqahTimbalan Presiden 1Sekretariat Mahasiswa Fakulti

Nadiah Mohd YusoffExco Pentadbiran dan PengurusanSekretariat Mahasiswa Fakulti

BIRO TAJAAN

Atiqah Abd RazakSetiausaha Sekretariat Mahasiswa Fakulti

Muhammad Farid Abd GhaniExco Penempatan dan Non ResidentSekretariat Mahasiswa Fakulti

Nik Mohd Izzat Nik Mohd ShukriExco KeusahawananCorporate Administration Student Society

Mohd Farid Mohd MahaliBendahariBachelor of Science Administrative Society

BIRO CENDERAHATI

Faizah Hanim ZainuddinExco Kerohanian dan KaunselingSekretariat Mahasiswa Fakulti

BIRO KEBAJIKAN DAN MAKANAN

Nur Ida RosliExco Sukan dan RekreasiSekretariat Mahasiswa Fakulti

Idzard Haffian IsmailExco Perhubungan Dalaman dan AlumniSekretariat Mahasiswa Fakulti

BIRO HEBAHAN DAN PUBLISITI

Noor Amirah Mohd AzaliExco Akademik dan PendidikanSekretariat Mahasiswa Fakulti

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS DAN DOKUMENTASIMohd Ferzae WasiminBendahariSektariat Mahasiswa Fakulti

Khairun Nasehah Khairu HishamExco Informasi dan Penerbitan Sekretariat Mahasiswa Fakulti

Mohd Zulkifly IsmailTimbalan Presiden 2Sekretariat Mahasiswa Fakulti

9.0KESIMPULAN

Kesimpulannya, program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea Membuka Minda, Memperkasa Mahasiswa merupakan program yang bertujuan untuk membuka minda mahasiswa agar melihat dunia ini dari sudut dan perspektif yang lain. Ianya umpama membebaskan mahasiswa FSPPP dari perumpamaan katak di bawah tempurung agar melihat dunia ini sebagai globalisasi, tidak terhad di Malaysia, melalui pertukaran idea dan perbincangan di antara mahasiswa FSPPP dengan Seoul National University. Program ini akan merangkumi pelbagai aspek iaitu dari segi intelektual, kebudayaan, kemahiran insaniah, modal insan dan proses pembelajaran. Ianya melaui pendedahan suasana alam kampus, pendedahan mengenai budaya negara Korea, mengeratkan hubungan diantara mahasiswa kedua-dua buah universiti, mempraktiskan ilmu yang dipelajari dan pertambahan ilmu melalui aktiviti yang disediakan dan mengeratkan lagi hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Korea. Dengan perlaksanaan program ini, ia dapat disimpulkan bahawa pelajar akan dapat menambah ilmu pengetahuan yang amat berguna disamping pengalaman yang bermanfaat untuk masa hadapan. Ini kerana, mahasiswa amat memerlukan pendedahan globalisasi dalam membentuk diri mereka untuk menjadi mahasiswa yang berpandangan jauh dan matang dalam membentuk diri mereka menjadi aset dan tonggak pembangunan negara di masa hadapan.

10.0 PENUTUP

Dengan ini saya berharap agar program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea Membuka Minda, Memperkasa Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam ini dapat diluluskan oleh pihak FSPPP agar segala yang dirancang dapat dijalankan dan membuahkan hasil yang membawa manfaat kepada semua. Diharap pihak FSPPP dapat mempertimbangkan cadangan program ini serta meluluskannya. Kerjasama dari FSPPP amat kami hargai dan berterima kasih.

Disediakan oleh,

.................................................. (Muhammad Aiman Awalluddin) Pengarah Program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke KoreaMembuka Minda, Memperkasa Mahasiswa

16KEMUNCAK ILMU FSPPP KE KOREAMEMBUKA MINDA, MEMPERKASA MAHASISWA