sistem muskuloskeletal.pptx

14
Penyakit yang berkaitan dengan SISTEM MUSKULOSKELETAL Oleh : Roseliza binti Hj Husin

Upload: butikrose

Post on 31-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sistem muskuloskeletal.pptx

Penyakit yang berkaitan dengan SISTEM MUSKULOSKELETAL

Oleh : Roseliza binti Hj Husin

Page 2: sistem muskuloskeletal.pptx

Osteoporosis merupakan penyakit yang mengakibatkan jisim tulang berkurang dan seterusnya menjadi rapuh dari masa ke semasa.

Ia berlaku apabila seseorang kehilangan terlalu banyak tulang, menjadikan tulang terlalu sedikit atau kedua-duanya. Hasilnya, tulang menjadi lemah dan boleh memecah hanya daripada kejatuhan kecil.

Pengenalan

Page 3: sistem muskuloskeletal.pptx

.Kebiasaannya penyakit ini menyerang golongan tua dan golongan wanita yang sudah menopaus.

.Hal ini kerana, mineral pada tulang seseorang akan berkurang dan tidak akan bertambah dari hari ke hari dengan penambahan umur.

PENGENALAN

Page 4: sistem muskuloskeletal.pptx

Simptom Osteoporosis• Ketinggian berkurang • Semakin membongkok

Page 5: sistem muskuloskeletal.pptx

Simptom OsteoporosisSakit belakang.Patah tulang vertebra, pergelangan tangan, pinggul dan lain-lain.

Page 6: sistem muskuloskeletal.pptx

1) Pengambilan kalsium yang rendah

2) Merokok

3) Gangguan makan e.g anorexia neruosa

Punca berlakunya Osteoporosis

Page 7: sistem muskuloskeletal.pptx

4) Gaya hidup tidak aktif 5) Pengambilan alkohol yang berlebihan

6) Ubat Kortikosteroid

Punca berlakunya Osteoporosis

Kortikosteroid digunakan untuk mengurangi pembengkakan, kemerahan, gatal, dan reaksi alergi.

Page 8: sistem muskuloskeletal.pptx

Kesan Osteoporosis kepada pesakit yang menghidapinya.

Antara kesan utama kepada pesakit ialah tulangnya mudah patah

terutama apabila meningkatnya usia. Tulang patah kebiasaanya berlaku di bahagian pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan. Perkara ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat teruk kepada pesakit kerana warga tua tidak lagi mampu menggantikan tisu tulang (pembentukan semua tulang) dengan pantas apabila usia semakin meningkat terutama selepas menopaus kerana pengeluaran hormon estrogen akan terhenti mengakibatkan tulang tidak lagi mendapat perlindungan yang diperlukan.

Osteoporosis juga boleh menjadikan seseorang terhalang daripada melakukan perkara yang mereka suka lakukan, hal ini boleh membawa kepada perasaan ingin mengasingkan diri atau kemurungan. Ia juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Dua puluh peratus daripada warga emas yang mengalami patah tulang pinggul hanya mampu bertahan untuk hidup dalam tempoh satu tahun dari masalah yang berkaitan dengan tulang yang patah itu timbul. Manakala orang-orangyang hidup perlu penjagaan intensif jangka panjang di rumah.

Page 9: sistem muskuloskeletal.pptx

Kesan Osteoporosis kepada pesakit yang menghidapinya.

• Lebih ketara di kalangan wanita yang telah menopaus (putus haid) disebabkan kadar hormon 'estrogen' semakin menurun. Hormon 'estrogen' penting kerana ia menolong proses penyerapan dan mencegah kehilangan kalsium dalam tulang.

• Tulang menjadi poros (tidak padat dan berlubang-lubang halus) akibat penurunan kandungan kalsium.

• Tulang yang paling teruk terlibat ialah tulang belakang (vertebra) serta tulang pinggul yang berfungsi menyokong berat badan serta juga tulang dipergelangan tangan yang digunakan untuk menahan berat badan apabila seseorang itu jatuh

• Wanita yang terlalu kurus lebih mudah mendapat 'osteoporosis'• Pertambahan usia membawa risiko yang lebih tinggi

Page 10: sistem muskuloskeletal.pptx

Rawatan perubatan Osteoporosis

Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Individu tersebut perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.

Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat.

Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.

Page 11: sistem muskuloskeletal.pptx

Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Pesakit perlu 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan segelas susu.

Rawatan perubatan Osteoporosis

Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.

Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan osteoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.

Page 12: sistem muskuloskeletal.pptx

Langkah Pencegahan• Tinggalkan amalan kurang sihat

seperti merokok dan minum minuman keras

• Tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium. Kalsium mudah didapati daripada makanan laut dan hasil tenusu

• Makan makanan yang seimbang• Dapatkan nasihat doktor jika anda

ingin mengambil kalsium tambahan kerana lebihan kalsium boleh menyebabkan batu karang

Page 13: sistem muskuloskeletal.pptx

Senaman angkat berat juga antara merupakan langkah pencegahan yang efisien dan popular.

Page 14: sistem muskuloskeletal.pptx

Rujukan

• Haffa Izzah. Biology SPM 4551/2 Paper 2 Essay.• Cikgu Bio.(2010). Bio- Score Integrated Curriculum (For

m 4). Kota Bharu. Penerbitan dan Percetakan J.M.

• Cikgu Bio.(2010). Bio- Score Integrated Curriculum (Form 5). Kota Bharu. Penerbitan dan Percetakan J.M

• http://nof.org/• http://www.hsc.com.my/bm/treatment-of-osteoporosi

s.php• http://imedik.wordpress.com/2010/03/06/osteoporosi

s-di-kalangan-wanita/