sistem kangcu - wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas

Upload: yi-ying

Post on 07-Jul-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Sistem Kangcu - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    1/2

    8/15/2014 Sistem Kangcu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Kangcu 1/2

    Sistem Kangcu

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Sejak tahun 1844 Johor menjadi sebuah negeri Melayu yang dapat mengawal orang-orang Cina yang jumlahnya

    lebih ramai dari orang Melayu melalui Sistem Kangcu.

    Pada 9 Oktober 1844, Temenggung Daeng Ibr ahim, Pemer intahan Kerajaan Johor telah mengeluarkan Surat

    Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina bernama Lau Lib Keng. Dengan ini maka bermulalah

     penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke Johor dan bermulalah penanaman gambir dan lada hitam

    secara komersial di Tanah Melayu.

    Corak pentadbiran Kerajaan Johor ke atas pekebun-pekebun Cina ini kemudiannya dikenali sebagai Sistem

    Kangcu. Kangcu adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua Petempatan Cina, manakala Kerajaan

    Johor menggunakan istilah Tuan Sungai.

    Surat Sungai yang pertama ini menyatakan bahawa "Ungku Temenggung Seri Maharaja memberi surat tanda

    keter angan kepada orang Cina yang hendak berkebun dalam tanah Johor". Di dalam Surat Sungai itu juga

    dijelaskan bahawa Tuan Sungai mesti membayar cukai kepada Ungku Temenggung. Jika dijelaskan bagi

    tempoh tiga tahun, Tuan Sungai tersebut akan menerima hukuman yang berat.

    Di samping itu juga seorang Tuan Sungai mesti mematuhi beberapa peraturan lain. Peraturan-peraturan ini

    terkandung di dalam beberapa dokumen seperti Surat Jual-beli, Surat Pajak dan Surat Tauliah. Dokumen yang

     penting ialah Surat Tauliah yang menggariskan 17 undang-undang mengenai kuasa dan tanggungjawab tiap-tiap

    Tuan Sungai.

    Mulai dari Surat Sungai yang pertama pada 1844 hingga tahun-tahun 1860-an penanaman gambir dan lada

    hitam telah berkembang dengan pesat di negeri Johor. Dalam tahun 1862 sebanyak 37 Surat Sungai telah

    dikeluarkan oleh Kerajaan Johor. Dengan itu Johor telah menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang

    terkemuka di Nusantara mendahului Singapura dan Kepulauan Riau.

    Perkembangan yang pesat ini adalah disebabkan oleh tiga faktor penting. Pertama pengeluaran gambir dan lada

    hitam di Singapura dan Kepulauan Riau telah mer osot dengan teruknya. Kedua, pemerintahan Inggeris di

    Singapura mula niengenakan cukai tanah yang tinggi dan kerana kekurangan tanah di pulau yang kecil itu.

    Sebaliknya Johor masih mempunyai kawasan hutan yang luas yang belum pernah diteroka. Ketiga, permintaan

    untuk gambir telah meningkat di Eropah.

    Walaupun Surat Sungai yang pertama itu hanya merupakan dokumen yang sederhana dan ringkas, ia merupakan

    satu pembaharuan dalam sistem pentadbiran tradisional negeri Melayu di abad ke-19.

    Buruh-buruh Cina yang mengusahakan ladang gambir dan lada hitam diletakkan di bawah kuasa Kangcu atau

    ketua Sungai yang dilantik oleh kerajaan Johor. Sistem pengurusan orang Cina cara ini telah menyelamatkan

    Johor dari 'huru-hara' dan membolehkan Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam terbaik di dunia.

    Dalam sistem perladangan cara ini juga membuktikan adanya unsur 'usaha-sama' (jont venture) antara pembesar 

    Melayu dan pelabur modal Cina.

    Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_Kangcu&oldid=3189791"Kategori: Sejarah Malaysia

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_Kangcu&oldid=3189791http://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gambirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gambirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/9_Oktoberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1844http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Kategorihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_Kangcu&oldid=3189791http://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gambirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gambirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gambirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gambirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1844http://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gambirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1844http://ms.wikipedia.org/wiki/9_Oktoberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1844http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Sejarah_Malaysia

  • 8/18/2019 Sistem Kangcu - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    2/2

    8/15/2014 Sistem Kangcu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Kangcu 2/2

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 10:44, 5 Mei 2013.

    Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma

    tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

    https://wikimediafoundation.org/wiki/Special:MyLanguage/Terms_of_Usehttps://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/deed.ms