polis diraja malaysia - wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas

Upload: haniezdude

Post on 07-Jul-2018

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    1/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 1/15

    Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    Lambang PDRM

    Lagu Polis DiRaja Malaysia

    Ringkasan agensi

    Ditubuhkan 1807 ‐ Kini

    Agensiterdahulu

    Polis Diraja Persekutuan TanahMelayu

    Pasukan Polis PersekutuanTanah Melayu Pasukan Polis Malayan Union Civil Affairs Police Force

    Ibu pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur,Malaysia

    Pekerja Sulit

    Tapak web

    Polis Diraja Malaysia

    (http://www.rmp.gov.my)

    Polis Diraja MalaysiaDaripada Wikipe dia, ensiklopedia bebas.

    Polis Diraja Ma laysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis M alaysia yangterdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan b eribupejabat

    di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam iniadalah unik dis ebabkan berbanding dengan negara lain, per tubuhan iniadalah ter pusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tug as am(General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. KiniKetua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan S riKhalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang olehDato' Sri Noor Rashid Bin Ibrahim.

    Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulansokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis,Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan

    bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis danTentera Malaysia.

    Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkanpada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polisdiseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis NasionalRepublik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai PoliceDepartment, ), Polis Diraja Brunei dan PasukanPolis Singapu ra ( , Singapore Police Force) .

    Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia d iseluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang t erbaikdi du nia apabil a PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaika n 73,281 daripada 198, 622 (bersamaan 36 .89 %) yang direkodka n pad atahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interp ol iaitu20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. P DRMturut berjaya meng atasi piawaian antarabangsa sebayak dua kaliberturut‐turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyel esaikan76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan padatahun tersebut.

    Isi kandungan

    1 Sejarah Polis

    1.1 Zaman Tradisional Melayu

    1.2 Zaman Portugis dan Belanda

    1.3 Zaman Moden

    1.4 Lagu Polis

    2 Insignia

    2.1 Bulan dan bintang

    0:12 MENU

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttp://www.rmp.gov.my/https://ms.wikipedia.org/wiki/2006https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Bantuanhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Sukarelawan_Polishttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Ketua_Polis_Negara_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Amanhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Amanhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Bantuanhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Khalid_Abu_Bakarhttp://www.rmp.gov.my/https://ms.wikipedia.org/wiki/2006https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Rakan_Cophttps://ms.wikipedia.org/wiki/Sukarelawan_Polishttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Royal_Malaysian_Police.svghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Ketua_Polis_Negara_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/1807

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    2/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 2/15

    2.2 Mahkota

    2.3 Keris dan parang

    2.4 Kepala harimau

    2.5 Bunga padi

    2.6 Moto

    2.7 Sang Saka Biru

    3 Organisasi PDRM

    3.1 Jabatan Pengurusan

    3.2 Jabatan Siasatan Jenayah

    3.3 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

    3.4 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & KetenteramanAwam

    3.4.1 Pasukan Anti‐Pengganas

    3.4.1.1 Pasukan Gerakan Khas (PGK)

    3.4.1.2 Unit Gempur Marin (UST)

    3.4.2 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)

    3.4.3 Unit Implimentasi C4‐i

    3.4.4 Unit Berkuda

    3.4.5 Cawangan Trafik

    3.4.6 Pasukan Gerakan Marin

    3.4.7 Pusat Kawalan Malaysia

    3.4.8 Unit Udara PDRM

    3.5 Cawangan Khas

    3.6 Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism)

    4 Senarai Pengarah Jabatan

    5 Tanda Pangkat PDRM

    6 Lihat juga

    7 Pautan luar

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    3/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 3/15

    Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, KualaLumpur

    Sejarah Polis

    .

    Zaman Tradisional Melayu

    Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketikaini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas‐tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini,mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama danPemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang‐undang. Undang‐undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum KanunMelaka.

    Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliauberkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindaksebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Rajapernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

    Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142‐143:

    “ Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap

    orang. Maka Bendahara dan segala orang besar‐besar danpara menteri, sida‐sida, bentara, hulubalang sekaliannyahadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja,kerah ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?"

    Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titahsultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatasbukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatanseorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yangmembunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiadapatik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia‐sialah kawal SeriMaharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kitadengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Makasultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pundatang, peti itu pun dibawanya. Maka titah SultanAlauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakahpemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap danHang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwalsemalam, semua dikatakannya.......

    "Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jikabertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiadaditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal,bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh SeriMaharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."

    Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman diseluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara danmelaksanakan hukuman‐hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara

    sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar,alan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi

    pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut‐pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan‐rakansejawat.

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Police-HQ-Bukit-Aman-20070218-013.jpg

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    4/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 4/15

    Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing‐masing. Tugas utama pasukan iniadalah memungut cukai, menguatkuasakan undang‐undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya.

    Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai olehAlfonso de Albuquerque.

    Zaman Portugis dan Belanda

    Tugas‐tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar‐askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telahmenjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan".

    Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuanaskar‐askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka denganmenggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis.Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah danperlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiridaripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota‐anggota bawahannya adalah orang‐orang Melaka. Pasukanini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota‐anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulumeneruskan tugas‐tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

    Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja‐raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasamutlak.

    Zaman Moden

    Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera padamasa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskantugas‐tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu.

    Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yangdicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

    Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatandan keamanan di Pulau Pinang. Penduduk‐penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Petty Constablesdan diberi gaji. Orang‐orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dantidak diberi gaji.

    James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone.

    Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri‐Negeri Selat dan negeri‐negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri

    masing‐masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertamatelah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di TanahMelayu bagi menjalankan tugas‐tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksamemantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalahyang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

    Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Youngmenegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua‐dua pihak.Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dansebaliknya dihormati.

    Lagu Polis

    Sedia Berkhidmat (lirik oleh Mohd. Zain Abu)

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    5/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 5/15

    Polis sedia berkhidmatKerna negeri dan rakyatHidup berbahagia aman sentosaPolis sedia berkhidmat

    Polis sedia berkhidmatKerna negeri dan rakyatHidup berbahagia aman sentosaPolis sedia berkhidmat

    [Chorus]Tanda lekat di lenganPolis dengan peremanTangan bersalamanAlamat persahabatan

    Polis sedia berkhidmatKerna negeri dan rakyatHidup berbahagia aman sentosaPolis sedia berkhidmatLagu: Sedia Berkhidmat

    Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di‐PertuanAgong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL),Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis DirajaPersekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

    Insignia

    Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyatelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji‐panji pasukan dan sebagainya.

    Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiridaripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepalaHarimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis DirajaMalaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataanAllah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).

    Bulan dan bintang

    Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

    Mahkota

    Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dankebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diataspengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang MahaEsa dan Rasulullah sebagai pesuruh‐Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanandalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam sertasanggup berkorban diri.

    Keris dan parang

    Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan‐pahlawan danpendekar‐pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnyadireka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia,

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Saws.jpg

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    6/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 6/15

    Anggota wanita PDRM mempertunjukkan demonstrasiT‐Baton.

    Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahityang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia)serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambangsemangat kepahlawanan kedua‐dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Melanau, Orang Ulu, Dayak, Dusun, Bajau,Kadazan serta Melayu Brunei.

    Kepala harimau

    Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapisegala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalahpada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

    Bunga padi

    Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

    Moto

    Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

    Sang Saka Biru

    Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadikemegahan anggota Polis.

    Organisasi PDRM

    Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu JabatanPengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatanyang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu JabatanSiasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, JabatanKeselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam(KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan JenayahKomersil. Jabatan‐Jabatan ini diketuai oleh pengarah‐pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral TigaBintang)

    Jabatan Pengurusan

    Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalamhal‐ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanandalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantapsebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.

    Fungsi

    Perkhidmatan/PerjawatanMerangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaundan persaraan

    Pentadbiran Am dan DasarMerangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan danPERKEP

    LatihanMerangkumi pengendalian‐pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di InstitutPengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan

    https://ms.wikipedia.org/wiki/16_Septemberhttps://ms.wikipedia.org/wiki/1963https://ms.wikipedia.org/wiki/1994https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayahhttps://ms.wikipedia.org/wiki/15_Meihttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:RMP_T-Baton.jpg

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    7/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 7/15

    Fail:Bb26 391655766784143.jpg

    Anggota Kadet Polis WanitaPDRM. Kadet Polis merupakanpasukan kadet yang mendorongremaja mendisiplinkan diri dantidak terjebak dengan kancah jenayah.

    TatatertibMerangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dantindakan/kaunseling.

    Cawangan

    PentadbiranCawangan KebajikanBahagian LatihanCawangan Penyelidik/PembangunanBahagian Perkhidmatan/PerjawatanBahagian Hal Ehwal AwamCawangan Perhubungan AwamUnit PengambilanBahagian IstiadatCawangan Kem KomandanMajlis Sukan PDRMBahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)

    Jabatan Siasatan JenayahJabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah‐jenayah yangkeganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayahharta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang‐Undangberhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

    Misi: Membebaskan Negara dan Masyarakat Malaysia dari jenayah.

    Fungsi

    Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayahMenangkap dan mendakwa pesalah‐pesalahMenguatkuasakan Undang‐Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap

    Bahagian/Cawangan

    D1 ‐ Bahagian PentadbiranD2 ‐ Pendaftaran Rekod JenayahD3 ‐ Bahagian NaziranD4 ‐ Bahagian Unit Rekod PerangkaanD5 ‐ Bahagian Pendakwaan/Undang‐undangD6 ‐ Bahagian Bantuan Teknik

    D7 ‐ Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/MaksiatD8 ‐ Bahagian Siasatan/PerancanganD9 ‐ Bahagian Siasatan KhasD10 ‐ Bahagian Makmal ForensikD11 ‐ Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak‐kanakD12 ‐ Bahagian NCB/InterpolSTAFOC

    Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Komisioner Polis (CP)

    Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

    Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang‐undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

    Fungsi

    https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khas:Muat_naik&wpDestFile=Bb26_39165_5766784143.jpghttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Komisioner_Polis&action=edit&redlink=1

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    8/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 8/15

    Fail:132 17.jpgUnit K‐9 berperanan membantuJSJN dalam tugasnya mengesandadah.

    Menguatkuasakan undang‐undang penyalahgunaan dan pengedaran dadahMengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadahMenyiasat kegiatan pengedar‐pengedar dan sindiket‐sindiket pengedarandadahMembanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakanuntuk memproses dadahMelaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadahBertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri

    Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadahMengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiketpengedaran dadahMenyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeriMenghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

    Cawangan‐cawangan di bawah jabatan

    Bahagian Siasatan KhasBahagian Penyelaras/Perhubungan AntarabangsaBahagian PentadbiranBahagian TahananPerlucutan HartaSoalsiasatPakar/Bantuan TeknikRekod/PerangkaanPendaftaranBahagian LogistikPetugas Lapangan Terbang

    Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

    Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

    Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalahterpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagian besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencaridan menyelamat.

    Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia sertaAngkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenayah lanun dan pencerobohansempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian PerusahaanAwam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

    Antara cawangan‐cawangan utama di bawah jabatan ini ialah;

    Pasukan Anti‐Pengganas

    Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di AmerikaSyarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turutmerasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti‐pengganas yangberperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama‐sama dengan pasukan elit tentera malahan turutmenangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khasdan Unit Gempur Marin.

    Pasukan Gerakan Khas (PGK)

    Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan khusus di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripadaBatalion 69 Komando dan Unit Tindak Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Kedua‐dua Unit Elit inidisatukan pada tahun 1997 dan di pusatkan di Ibu Pejabat PGK di Bukit Aman. Beret merun yang menjadi

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyeludupan_dadahhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Dadahhttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kementerian_Perusahaan_Awam&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Gempur_Marinhttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Komisioner_Polis&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Khashttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Agensi_penguatkuasa_dadah&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Khashttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kementerian_Pengangkutan&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Tentera_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khas:Muat_naik&wpDestFile=132_17.jpghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Statistik

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    9/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 9/15

    Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah markas operasikhusus menyelaraskan Batalion 69 Komando (VAT 69)dan Unit Tindak Khas (UTK) dibawah tanggungjawabKDN/KA yang berperanan besar memerangikeganasan, jenayah berat, pengintipan, pemberontakdan lain‐lain operasi khas di Malaysia. Markas ini jugaberperanan membantu Cawangan Khas.

    Unit Gempur Marin yang menjadi anti‐pengganasmaritim turut diletakkan dibawah Jabatan KDN/KA.

    kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota termasuk VAT 69 bagi tujuan penyeragaman.Namun, penyeragaman ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, Beret kelabu pasir dipakai semula oleh VAT69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke‐22 Special Air Service British (SAS), manakalaUTK masih mengekalkan beret merun mereka.Walaubagaimanapun, kedua‐dua detasmen ini tetap beradadibawah kawalan induk dan seliaan Markas Pasukan GerakanKhas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkatSenior Assistan Commissioner II.

    Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa sirioperasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranyaterlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke‐22Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysiamenumpaskan organisasi pengganas Al‐Ma'unah yang baruterbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan initurut mengharumkan nama PDRM dengan penyertaan misipengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari danmenyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil)Polis Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa

    kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2004yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan JabatanSiasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antarareputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulanenayah berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa

    penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannyayang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando sertabeberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi VAT 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialahTANGKAS MEMBANTERAS GANAS.

    Unit Gempur Marin (UST)

    Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti‐pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yangmendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelahmenyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalammenjaga perairan negara daripada sebarang insiden yangboleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanannegara. Unit yang diletakkan di bawah formasi PasukanGerakan Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis MarinKampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini

    berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selainrompakan, penculikan dan rampasan kapal serta seranganpengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnyaberkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALsAmerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkandengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5‐Navy danColt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat)ini mengamalkan taktik‐taktik terkini anti‐pengganas maritimyang diamalkan oleh unit‐unit komando tentera laut danMarin Amerika Syarikat.

    Terdapat beberapa banyak pihak termasuk media massa dan juga masyarakat menganggap mengapa pasukan inidilatih oleh pihak asing dan tidak dilatih oleh pasukan elit tempatan daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia,khususnya TLDM oleh PASKAL, namun disebaliknya ia juga merupakan hadiah kepada hubungan bilateral antarakerajaan Malaysia‐Amerika Syarikat.

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:USTTaktikal.jpghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Grup_Gerak_Khashttps://ms.wikipedia.org/wiki/Special_Air_Servicehttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:F_02search.jpghttps://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Gempur_Marin

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    10/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 10/15

    Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)

    Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRUmerupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlakudi Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa sirioperasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yangberakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai polis.

    Pendahuluan

    Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM daripelbagai pangkat, merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis Negara. Pasukan ini lengkapberdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan kejutan”. Ianya dilatih dandilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugasmenyelamat semasa bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

    Fungsi

    Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuktugas‐tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan danlatihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas‐tugas berikut :‐

    Kawalan Orang Ramai – semasa perhimpunan awam besar‐besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acarasukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,

    Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi “Chemical, Biological,Radiological dan Nuclear”,

    Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawatterhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat,

    Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan‐kawasan tertentu yang mengalamikenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yangtertentu,

    Operasi besar‐besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampauatau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.

    Organisasi

    Struktur

    PSP di ketuai oleh seorang Komander, dan dibantu oleh seorang Timbalan Komander. Mereka bertanggungjawabkepada Pengarah KDN/KA. Mereka dibantu oleh beberapa orang Pegawai Turus dan keanggotaan yang diperlukan;dan dikenali sebagai kumpulan Ibu Pejabat Komander PSP. Setiap Unit PSP di ketuai oleh seorang PegawaiPemerintah Unit. Setiap Terup PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Penjaga Terup. Pusat Latihan PSP diketuai olehseorang Komandan. Setiap unit dan Pusat Latihan PSP mempunyai keanggotaan untuk membantu pentadbiran dandikenali sebagai kumpulan ibu pejabat unit.

    Komposisi unit

    Setiap Unit PSP mengandungi 1 kumpulan Ibu Pejabat Unit dan 3 Terup. Setiap Terup mengandungi 2 seksyen cota, 1seksyen senapang/gas, 1 seksyen “Water Cannon”; dan komposisi kumpulan sokongan terup.

    Lokasi

    Sebagai pasukan yang lengkap berdikari dan mampu bergerak pantas untuk menggempur dan menangani keadaanketenteraman awam, Unit‐unit PSP di letakkan di bandar‐bandar besar dan strategik seperti berikut :‐

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Simpanan_Persekutuanhttps://ms.wikipedia.org/wiki/5_Disemberhttps://ms.wikipedia.org/wiki/13_Meihttps://ms.wikipedia.org/wiki/1969https://ms.wikipedia.org/wiki/1955

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    11/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 11/15

    1. Unit 1 ‐ Kuala Lumpur2. Unit 2 ‐ Johor Bahru3. Unit 3 ‐ Pulau Pinang4. Unit 4 ‐ Kuala Lumpur5. Unit 5 ‐ Ipoh6. Unit 6 ‐ Kuala Terengganu7. Unit 7 ‐ Seremban # Temerloh / Maran8. Unit Berkuda ‐ Kuala Lumpur

    9. Terup Wanita ‐ Kuala Lumpur

    PSP telah dianugerahkan panji‐panji pada tahun 1971 dan seterusnya digantikan pada tahun 1997. Panji‐panji inidianugerahkan oleh DYMM SPB Yang diPertuan Agong sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti PSP sepanjangpenubuhannya demi mengekalkan ketenteraman awam negara. Semasa majlis‐majlis rasmi dimana PSP terlibatsebagai badan induk atau detasmen; seperti Kawalan Kehormatan, Malam Mes PSP atau Perbarisan sempena HariPolis dan Hari PSP, panji‐panji PSP boleh dikeluarkan dan diarak dengan arahan dan kelulusan KPN, PengarahKDN/KA atau Komander PSP.

    Unit Implimentasi C4‐i

    Unit Implemenasi C4‐i (bermaksud Command, Control,Communications, Computer‐Intergrated atau lebih dikenaliPusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer)merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polisdiseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini ditugaskanmelakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas‐tugas pencegahan jenayah. Unit ini pertama kali ditubuhkan diBukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur merupakan kontinjenpertama yang memiliki sistem ini. Unit ini dilengkapi dengansistem CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantauoleh Pusat Kawalan Kontinjen dan sistem C4‐i yang berupa

    sebuah laptop dipasangkan pada setiap kereta peronda yangberoperasi. Sekiranya berlaku kejadian jenayah dimana‐manalokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan menyalurkan maklumatenayah ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah jenayah yang beroperasi untuk bertindak. C‐4iuga turut berperanan dan menjadi kiblat utama kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi

    mengeratkan kerjasama polis dengan masyarakat. Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar‐bandarutama mula berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat terhadap adanya pelaksanaan C4‐iserta Rakan Cops.

    Unit Berkuda

    Cawangan Trafik

    Pasukan Gerakan Marin

    Pasukan Gerakan Marin (PGM) atau Polis Marin Malaysia ditubuhkan pada bulanSeptember 1947 di Pulau Pinang. Pada awalnya ia berperanan dalam pencegahan jenayahdan penyeludupan di perairan Selat Melaka dan Pelabuhan Pulau Pinang. Kini terdapatbanyak aktiviti lautan yang berkembang seperti carigali minyak, penangkapan ikan,pelancongan di pulau‐pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanyamemerlukan pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi perlesenan dan penguatkuasaan.

    Kini PGM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota PangkatRendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot rondakelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buahpangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Sekatanjalanraya.jpghttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Unit_Berkuda&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Crest_of_Pasukan_Gerakan_Marin.pnghttps://ms.wikipedia.org/wiki/2006https://ms.wikipedia.org/wiki/Rakan_Copshttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Unit_Implimentasi_C4-i&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Polishttps://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Marinhttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cawangan_Trafik&action=edit&redlink=1

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    12/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 12/15

    Peranannya pula diperluaskan bagi turut melaksanakan tugas kawalan keselamatan dan mencegah jenayah didaratan, di kawasan pulau, tasik dan juga sungai yang mempunyai penduduk dan kepentingan negara.

    Pusat Kawalan Malaysia

    Unit Udara PDRM

    Rencana utama: Unit Udara PDRM

    Unit Udara Polis Diraja Malaysia merupakan salah satu dari elemen PDRM yang bernaung di bawah JabatanKeselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA). Unit ini telah di tubukan pada 19 Disember 1997 yangtelah di rasmikan oleh Tan Sri Hj. Mohd Haniff bin Omar (KPN), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,Subang.Dan pada tahun 2014 Unit Udara Polis telah di tukar nama kepada Pasukan Gerakan Udara bagimeningkatkan peranan dan fungsi di dalam PDRM. Fungsi utama Pasukan Gerakan Udara PDRM adalah untukmemantau atau membuat rondaan di kawasan laut dan darat bagi kegiatan jenayah yang berlaku di kawasannegara. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai membantu kepada agensi‐agensidan cawangan‐cawangan lain yangterlibat dengan penugasan keselamatan negara. Dalam penglibatan misi menyelamat, pihak PGU juga telahmemberikan bantuan seperti penerbangan emergency (mercy flight) yang mana ianya menumpukan kepada misipemindahan mangsa‐mangsa banjir, bantuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman bagi menerima

    rawatan (seperti Orang Asli dan termasuk pendalaman Sabah dan Sarawak).

    Cawangan Khas

    Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara.Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luarnegara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancamkestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberinasihat kepada jabatan‐jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan‐pertubuhan yang berkenaan. Jabatanini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:‐ Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik,Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

    Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis Mohd Fadhli Bin Mohd Noh.

    Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism)

    Tarikh Penubuhan 1 Mac 2009

    Misi dan Visi Mengambil pendekatan dengan mempertingkatkan kemahiran dan menyusun strategi yang mantapdalam memerangi dan membendung ancaman keganasan, Jenayah terancang, Jenayah bersindiket danpenggubahan wang haram.

    Fungsi dan Peranan

    Menjalankan tugas‐tugas pengumpulan risikan dan operasi pembanterasan aktiviti kumpulan‐kumpulan danelemen‐elemen keganasan serta operasi membanteras dan pengumpulan risikan terhadap kegiatan jenayahterancang, Jenayah bersindiket dan pengubahan wang haram.

    Jabatan ini hanya wujud di Peringkat Persekutuan sahaja.

    Jabatan ini bertanggungjawab di dalam menangani ancaman militan dan pengganasan baik dari dalam mahupun dariluar negara. Semenjak ditubuhkan, jabatan ini telah banyak menjalankan operasi dan berjaya menangkap sasaranyang dikehendaki oleh PDRM mahupun oleh negara asing. Jabatan ini diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

    Senarai Pengarah Jabatan

    Senarai Pengarah Jabatan

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Udara_PDRMhttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pusat_Kawalan_Malaysia&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Udara_PDRMhttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Subversif&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Risikan&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sabotaj&action=edit&redlink=1

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    13/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 13/15

    Jabatan Pangkat Nama Pengarah

    JabatanSiasatanJenayah (JSJ)

    PesuruhjayaPolis

    CP Dato Hadi Ho Bin Abdullah

    JabatanSiasatanJenayahKomersil (JSJK)

    PesuruhjayaPolis

    CP Dato Wira Syed Ismail Bin Dato Syed Azizan

    JabatanPengurusan(Pen)

    PesuruhjayaPolis

    CP Datuk Mortadza Bin Nazarene

    JabatanSiasatanJenayahNarkotik (JSJN)

    PesuruhjayaPolis

    CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim

    JabatanKeselamatan

    Dalam NegeriDanKetenteramanAwam(KDN/KA)

    PesuruhjayaPolis

    CP Dato Wira Salleh Bin Mat Rasid

    (Jabatan)Cawangan Khas(C/Khas)

    PesuruhjayaPolis

    CP Mohd Fadhli Bin Mohd Noh

    Jabatan SumberStrategik DanTeknologi(StaRT)

    PesuruhjayaPolis

    CP Dato Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah

    Jabatan IntegritiDan PematuhanStandart (JIPS)

    PesuruhjayaPolis

    CP Mohd Fadhli Bin Mohd Noh

    CP Dato Wira Ayub Bin Haji Yaakob

    Tanda Pangkat PDRM

    Polis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu

    kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor Percubaan sehinggaInspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

    Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan utama,iaitu Pegawai Jeneral Diwartakan (ACP ‐ IGP), dan Pegawai Diwartakan (P/INSP ‐SUPT).

    Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabelsehinggalah ke pangkat Sub Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat SubInspektor juga dikenali sebagai Pegawai Sub Ordinat.

    Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalanpolis. Pemegang pangkat Pegawai Kanan Polis berpangkat IGP sehingga P/INSPmenggunakan 'G' sebagai pangkal, manakala pemegang pangkat Pegawai RendahPolis berpangkat S/INSP sehingga KONST menggunakan 'RF' dan Pegawai SokonganPolis berpangkat S/INSP/S sehingga KONST/S menggunakan 'RF/S'

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    14/15

    4/16/2016 P olis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia beb as

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Tanda_Pangkat_PDRM 14/15

    Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Polis Diraja Malaysia(https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Royal_Malaysian_Police? uselang=ms)

    JabatanPencegahanJenayah DanKeselamatanKomuniti(JPJKK)

    PesuruhjayaPolis

    Berikut adalah senarai istilah pangkat‐pangkat yang terdapat dalam PDRM :‐

    Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

    PEMERINTAH TERTINGGI PDRM (DIGP ‐ IGP)

    Inspector General of Police Ketua Polis Negara (IGP)

    Deputy Inspector General of Police Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP)

    PEGAWAI KANAN POLIS (P/INSP ‐ CP)

    Commissioner of Police Pesuruhjaya Polis (CP)

    Deputi Commissioner of Police Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP)

    Senior Assistant Commissioner of Police Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP)

    Assistant Commissioner of Police Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP)

    Superintendant of Police Penguasa Polis (SP)

    Deputy Superintendant of Police Timbalan Penguasa Polis (DSP)

    Assistant Superintendant of Police Penolong Penguasa Polis (ASP)

    Inspector of Police Inspektor Polis (INSP)

    Probationary Inspector of Police Inspektor Percubaan Polis (P/INSP)

    PEGAWAI RENDAH POLIS (KONST ‐ S/INSP)

    Sub Inspector of Police Sub Inspektor Polis (S/INSP)

    Police Sergeant Major Sarjan Mejar (SJN/M)

    Police Sergeant Sarjan (SJN)

    Police Corporal Koperal (KPL)Police Lance Corporal Lans Koperal (L/KPL)

    Police Constable Konstabel (KONST)

    Lihat juga

    Senarai Ketua Polis NegaraSukarelawan Polis MalaysiaPolis Bantuan Malaysia

    Persatuan Bekas Polis MalaysiaKad Kuasa Polis MalaysiaUnit Gempur Marin

    Pautan luar

    Laman Web Rasmi PDRM (http://www.rmp.gov.my)

    Facebook Rasmi PDRM (http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia)Persatuan Sukarelawan Polis Malaysia (PVA)(http://policevolunteerassociation.blogspot.com)Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA)

    http://auxiliarypoliceassociation.blogspot.com/https://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bekas_Polis_Malaysiahttps://commons.wikimedia.org/wiki/Laman_Utamahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Sukarelawan_Polishttps://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Bantuanhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_Kuasa_Polis_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Gempur_Marinhttp://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Ketua_Polis_Negara_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Panji_PDRM.gifhttp://policevolunteerassociation.blogspot.com/https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Royal_Malaysian_Police?uselang=mshttp://auxiliarypoliceassociation.blogspot.com/http://www.rmp.gov.my/

  • 8/18/2019 Polis Diraja Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    15/15

    4/16/2016 Pol is Di raj a Malaysi a - Wikipedi a Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    [tunjuk]L · B · S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Polis_Diraja_Malaysia&action=edi

    [tunjuk]L · B · S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Persekutuan_Malaysia&action=edi

    (http://auxiliarypoliceassociation.blogspot.com)Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) (http://www.bekaspolis.com)

    Polis Diraja Malaysia

    Kerajaan Malaysia

    Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Polis_Diraja_Malaysia&oldid=3778464"

    Kategori: Biro Pusat Kebangsaan Interpol Penguatkuasaan undang‐undang di Malaysia PolisPolis DiRaja Malaysia Pasukan Bersenjata Malaysia

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:30, 26 Februari 2016.Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma‐terma tambahanmungkin digunakan. Lihat Terma‐Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

    https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/deed.mshttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Pasukan_Bersenjata_Malaysiahttp://www.bekaspolis.com/https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Polis_Diraja_Malaysia&oldid=3778464https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Polis_DiRaja_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Persekutuan_Malaysia&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Kategorihttps://ms.wikipedia.org/wiki/Templat:Polis_Diraja_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Polishttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Penguatkuasaan_undang-undang_di_Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perbincangan_templat:Persekutuan_Malaysia&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Persekutuan_Malaysia&action=edithttps://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Polis_Diraja_Malaysia&action=edithttp://auxiliarypoliceassociation.blogspot.com/https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kategori:Biro_Pusat_Kebangsaan_Interpol&action=edit&redlink=1https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perbincangan_templat:Polis_Diraja_Malaysia&action=edit&redlink=1https://wikimediafoundation.org/wiki/Special:MyLanguage/Terms_of_Use