terokai ensiklopedia dunia · melakukan tawaf wida’. untuk mengetahui secara lebih lanjut...

1
BERITA HARIAN Rabu, 20 Disember 2006 Halaman Lima L embaga Tabung Haji (TH) menguruskan seramai 26,000 jemaah haji Malaysia bagi tahun 2006. Penerbangan pertama telah berlepas ke Madinah pada 22 November lalu melalui penerbangan MH8000. Bagi memastikan pengang- kutan, penginapan serta kebajikan jemaah haji di tanah suci Makkah dan Madinah berjalan lancar, TH menyediakan 600 petugas termasuk petugas kesihatan yang terdiri dari- pada 40 orang doktor. Pusat perubat- an TH terletak di Syisah, Makkah dan Aziziah di Mina. Haji dari sudut bahasa bermak- sud matlamat, manakala dari sudut istilah pula pula bermaksud men- ziarahi Baitullah al-Haram untuk menunaikan ibadah tertentu pada masa tertentu. Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang mesti dilakukan oleh orang Islam yang baligh, berakal dan berkemampuan. Allah SWT telah memfardukan ibadah haji ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan pada akhir tahun kesembilan Hijrah sebagaimana firman-Nya (surah Ali Imran 3:97) yang bermaksud: “ Dan Allah mewajibkan manusia mengerja- kan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”, dan Rasulullah S.A.W. telah menunaikan haji pada tahun kesepuluh Hijrah. Haji merupakan ibadah yang paling baik kerana manusia terpak- sa mengorbankan harta dan jiwa untuk melaksanakannya. Ibadah haji merupakan amalan yang paling utama dan sekiranya seseorang itu mendapat haji mabrur, balasannya ialah syurga. Allah SWT mengam- punkan dosa orang yang mengerja- kan haji. Malahan Allah SWT juga akan mengampunkan dosa sesiapa yang meminta jemaah haji men- doakan keampunan mereka. Inilah faedah paling besar dari sudut agama yang dicita-citakan oleh orang Islam dan menarik minat mereka untuk mengerjakan haji. Ibadah haji juga dapat menghi- langkan kefakiran, beriltizam dengan akhlak yang mulia, meme- lihara kesucian jiwa dengan men- jauhkan diri daripada maksiat dan perkataan keji, membiasakan diri menanggung kesabaran dan kepayahan, menyucikan jiwa dari- pada sifat bakhil dan cinta akan harta dan melatih umat Islam menepati masa kerana ibadah haji wajib dilakukan di tempat dan masa yang telah ditetapkan. Syarat-syarat haji terdiri dari- pada beberapa perkara, iaitu Islam, mukallaf dan berkemampuan dari aspek kesihatan, memiliki harta yang mencukupi, aman dalam per- jalanan, mempunyai muhrim bagi perempuan, merdeka dan haji boleh diwakilkan sekiranya uzur atau meninggal dunia. Haji hanya dilakukan pada bulan-bulan tertentu dan tidak boleh dilakukan pada bulan-bulan lain. Firman Alah Taala (surah al- Baqarah 1:197) yang bermaksud, Masa untuk mengerjakan ibadah haji itu ialah beberapa bulan yang telah ditentukan”. Bulan-bulan itu ialan Syawal, Zulkaedah dan sepu- luh hari pertama bulan Zulhijah. Manakala tempat menunaikan haji pula ialah di Makkah, Mina, Muzdalifah dan ‘Arafah. Ibadah haji bermula dengan me- makai ihram dan berniat di miqat. Setelah itu jemaah haji menuju ke Makkah dan masuk ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) de- ngan mengelilingi Kaabah dalam keadaan berwuduk. Selepas tawaf, jemaah haji disunatkan bersembah- yang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Kemudian disunatkan meminum air zamzam dan berdoa kepada Allah bagi meminta apa yang dihajati. Sa’i pula dilakukan selepas tawaf sebanyak tujuh kali bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. Apa- bila jemaah haji selesai mengerja- kan sa’i, maka dia hendaklah ber- cukur atau memendekkan rambut- nya. Selepas itu, dia dikira selesai menyempurnakan umrahnya (Haji Tamattu’). Manakala jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran, mereka tidak boleh bercukur setelah bersa’i dan tidak boleh ber- tahallul. Apabila tiba hari Tarwiyah, je- maah yang mengerjakan Haji Tamattu’ berihram dan semua jemaah haji menuju ke Mina dan bermalam di sana. Pada hari kesembilan Zulhijjah, jemaah akan menuju ke ‘Arafah untuk berwukuf. Wukuf adalah rukun haji yang paling besar dan tidak sah jika men- inggalkannya berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang ber- maksud “Haji itu adalah ‘Arafah(Abu Daud dan Ibn Majah). Apabila terbenam matahari hari kesembilan Zulhijah, jemaah akan bertolak ke Muzdalifah dan bermalam di sana pada malam 10 Zulhijah dan bersembahyang Subuh di situ serta mengutip tujuh ketul anak batu. Pada Hari Raya Haji, jemaah menuju ke Jamrah al-‘Aqabah untuk melontar anak batu. Setelah itu jemaah bertahallul dengan ber- cukur atau bergunting rambut. Pada hari ke 11, 12 dan 13 Zulhijah, jemaah membuat lontaran di keti- ga-tiga jamrah bermula dengan Jamrah al-‘Aqabah, Jamrah al-Wus- ta dan Jamrah al-Kubra. Jemaah kemudiannya melakukan Tawaf Ifadah dan Sa’i bagi melengkapkan ibadah haji. Sebelum meninggalkan Makkah untuk pulang ke negara masing-masing, jemaah diwajibkan melakukan Tawaf Wida’. Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan ibadah haji, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 8 bagi artikel yang berkaitan dengan Haji. TAWAF. Selepas berniat ihram, jemaah haji menuju ke Makkah dan memasuki Masjidilharam untuk mengerjakan Tawaf Qudum mengelilingi Kaabah. BH PILIH L5 18 (emel) TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI KELAPAN Perjalanan Ibadah Haji MINA. Jemaah haji menuju ke Mina pada Hari Tarwiyah.

Upload: others

Post on 03-Feb-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA · melakukan Tawaf Wida’. Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan ibadah haji, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 8 bagi artikel

BERITA HARIAN Rabu, 20 Disember 2006 Halaman Lima

Lembaga Tabung Haji (TH) menguruskan seramai 26,000 jemaah haji Malaysia bagi

tahun 2006. Penerbangan pertama telah berlepas ke Madinah pada 22 November lalu melalui penerbangan MH8000. Bagi memastikan pengang­kutan, penginapan serta kebajikan jemaah haji di tanah suci Makkah dan Madinah berjalan lancar, TH menyediakan 600 petugas termasuk petugas kesihatan yang terdiri dari­pada 40 orang doktor. Pusat perubat­an TH terletak di Syisah, Makkah dan Aziziah di Mina.

Haji dari sudut bahasa bermak­sud matlamat, manakala dari sudut istilah pula pula bermaksud men­ziarahi Baitullah al­Haram untuk menunaikan ibadah tertentu pada masa tertentu. Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang mesti dilakukan oleh orang Islam yang baligh, berakal dan berkemampuan.

Allah SWT telah memfardukan ibadah haji ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan pada akhir tahun kesembilan Hijrah sebagaimana firman­Nya (surah Ali Imran 3:97) yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerja-kan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”, dan Rasulullah S.A.W. telah menunaikan haji pada tahun kesepuluh Hijrah.

Haji merupakan ibadah yang paling baik kerana manusia terpak­sa mengorbankan harta dan jiwa untuk melaksanakannya. Ibadah haji merupakan amalan yang paling utama dan sekiranya seseorang itu mendapat haji mabrur, balasannya ialah syurga. Allah SWT mengam­punkan dosa orang yang mengerja­kan haji. Malahan Allah SWT juga akan mengampunkan dosa sesiapa

yang meminta jemaah haji men­doakan keampunan mereka. Inilah faedah paling besar dari sudut agama yang dicita­citakan oleh orang Islam dan menarik minat mereka untuk mengerjakan haji.

Ibadah haji juga dapat menghi­langkan kefakiran, beriltizam dengan akhlak yang mulia, meme­lihara kesucian jiwa dengan men­jauhkan diri daripada maksiat dan perkataan keji, membiasakan diri menanggung kesabaran dan kepayahan, menyucikan jiwa dari­pada sifat bakhil dan cinta akan harta dan melatih umat Islam menepati masa kerana ibadah haji wajib dilakukan di tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Syarat­syarat haji terdiri dari­pada beberapa perkara, iaitu Islam, mukallaf dan berkemampuan dari aspek kesihatan, memiliki harta yang mencukupi, aman dalam per­jalanan, mempunyai muhrim bagi perempuan, merdeka dan haji boleh diwakilkan sekiranya uzur atau meninggal dunia.

Haji hanya dilakukan pada bulan­bulan tertentu dan tidak boleh dilakukan pada bulan­bulan lain. Firman Alah Taala (surah al-Baqarah 1:197) yang bermaksud, “Masa untuk mengerjakan ibadah haji itu ialah beberapa bulan yang telah ditentukan”. Bulan­bulan itu ialan Syawal, Zulkaedah dan sepu­

luh hari pertama bulan Zulhijah. Manakala tempat menunaikan haji pula ialah di Makkah, Mina, Muzdalifah dan ‘Arafah.

Ibadah haji bermula dengan me­makai ihram dan berniat di miqat. Setelah itu jemaah haji menuju ke Makkah dan masuk ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) de­ngan mengelilingi Kaabah dalam keadaan berwuduk. Selepas tawaf, jemaah haji disunatkan bersembah­yang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Kemudian disunatkan meminum air zamzam dan berdoa kepada Allah bagi meminta apa yang dihajati.

Sa’i pula dilakukan selepas tawaf sebanyak tujuh kali bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. Apa­bila jemaah haji selesai mengerja­kan sa’i, maka dia hendaklah ber­cukur atau memendekkan rambut­

nya. Selepas itu, dia dikira selesai menyempurnakan umrahnya (Haji Tamattu’). Manakala jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran, mereka tidak boleh bercukur setelah bersa’i dan tidak boleh ber­tahallul.

Apabila tiba hari Tarwiyah, je­maah yang mengerjakan Haji Tamattu’ berihram dan semua jemaah haji menuju ke Mina dan bermalam di sana. Pada hari kesembilan Zulhijjah, jemaah akan menuju ke ‘Arafah untuk berwukuf. Wukuf adalah rukun haji yang paling besar dan tidak sah jika men­inggalkannya berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang ber­maksud “Haji itu adalah ‘Arafah” (Abu Daud dan Ibn Majah).

Apabila terbenam matahari hari kesembilan Zulhijah, jemaah akan bertolak ke Muzdalifah dan bermalam di sana pada malam 10

Zulhijah dan bersembahyang Subuh di situ serta mengutip tujuh ketul anak batu.

Pada Hari Raya Haji, jemaah menuju ke Jamrah al­‘Aqabah untuk melontar anak batu. Setelah itu jemaah bertahallul dengan ber­cukur atau bergunting rambut. Pada hari ke 11, 12 dan 13 Zulhijah, jemaah membuat lontaran di keti­ga­tiga jamrah bermula dengan Jamrah al­‘Aqabah, Jamrah al­Wus­ta dan Jamrah al­Kubra. Jemaah kemudiannya melakukan Tawaf Ifadah dan Sa’i bagi melengkapkan ibadah haji. Sebelum meninggalkan Makkah untuk pulang ke negara masing­masing, jemaah diwajibkan melakukan Tawaf Wida’.

Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan ibadah haji, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 8 bagi artikel yang berkaitan dengan Haji.

TAWAF. Selepas berniat ihram, jemaah haji menuju ke Makkah dan memasuki Masjidilharam untuk mengerjakan Tawaf Qudum mengelilingi Kaabah.

BH PILIH L5 18 (emel)

TEROKAIENSIKLOPEDIA

DUNIASIRI KELAPAN

Perjalanan Ibadah Haji

MINA. Jemaah haji menuju ke Mina pada Hari Tarwiyah.