erhimpunan haram bersih - myrepositori.pnm.gov.my fileperhimpunan bersih daripada wikipedia,...

12
PAKEJAN MAKLUMAT Disusun oleh: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 2011 ERHIMPUNAN HARAM BERSIH

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

PAKEJAN MAKLUMAT

Disusun oleh:PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA2011

ERHIMPUNAN HARAMBERSIH

Page 2: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

SENARAIKANDUNGAN

Page 3: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

SENARAI KANDUNGAN

1. Pengenalan

2. Sumber Internet 2.1 Perhimpunan Haram Bersih 2.2 Reaksi Terhadap Perhimpunan Haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

3. Sumber Elektronik

3.1 Sumber Nstemedia 3.2 Sumber Utusan Malaysia 3.3 Sumber Blis

4. Rujukan

Page 4: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

PENGENALAN

Page 5: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

Perhimpunan Bersih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur.

Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari

Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia

Kerajaan awal

Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)

Page 6: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)

Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)

Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)

Kedah Tua

Kemunculan Kesultanan Islam

Kesultanan Kedah (1136–sekarang)

Kesultanan Melaka (1402–1511)

Kesultanan Sulu(1450–1899)

Kesultanan Johor (1528–sekarang)

Era Penjajahan Barat

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Burney (1826)

Penempatan Selat (1826-1946)

Perang Kelang (1867-1874)

Perjanjian Pangkor 1874

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua

Perang Tanah Melayu (1941-1942)

Pembunuhan beramai-ramai di Parit

Page 7: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

Sulong (1942)

Perang Singapura (1942)

Syburi (1942-1945)

Kawat Kematian Sandakan (1945)

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia

Malayan Union (1946-1948)

Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

Peristiwa Bukit Kepong (1950)

Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)

Pemberontakan Brunei (1962-1966)

Rusuhan Kaum 1964 (1964)

Pemisahan Singapura (1965)

Peristiwa 13 Mei (1969)

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Operasi Lalang (1987)

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)

Krisis Kewangan Asia (1997-98)

Al-Ma'unah (2000)

Page 8: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

Perhimpunan Bersih (2007)

Portal Malaysia

Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.[perlu rujukan]

Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.

Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.

BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.

Page 9: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

Isi kandungan

• 1 Tuntutan Bersih • 2 Sebab permit tidak diluluskan • 3 Pendirian Suhakam • 4 Rentetan Peristiwa • 5 Liputan Al Jazeera • 6 Tangkapan • 7 Lihat juga • 8 Rujukan • 9 Pautan luar

o 9.1 Al Jazeera o 9.2 Lain-lain

Tuntutan Bersih

Dalam Memarandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Sebab permit tidak diluluskan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuning kerana perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai.

Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis ialah:

1. Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu. Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang dipergunakan oleh para

Page 10: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986 [1][2]). Begitu juga dengan perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa akibat letupan bom.

2. Melalui pengalaman lalu di Malaysia, perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan 'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.

3. Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia. Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan aman.[perlu rujukan]

Pendirian Suhakam

Suhakam ialah badan rujukan tentang hak asasi manusia di Malaysia. Datuk Sri Siva Subramaniam menyatakan bahawa tindakan-tindakan polis yang menyekat pelbagai laluan ke Dataran Merdeka, melepaskan tembakan air dan menangkap 245 lebih orang peserta tidak akan menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Polis berhak menentukan tahap keselamatan dan membuat keputusan yang sesuai demi kebaikan orang ramai dan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Rentetan Peristiwa

• Perhimpunan yang tidak mendapat permit polis diteruskan juga pada hari Sabtu, 10 November 2007 jam 3.00 petang.

• Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO 2007 di PWTC pada Jumaat, 9 November 2007, menyatakan perhimpunan tersebut hanya mencabar undang-undang negara.

• Tan Sri Musa Hassan menegaskan sesiapa yang memakai kemeja kuning akan ditangkap.

• Utusan Malaysia menyatakan perhimpunan itu disertai sekitar 4,000 orang sahaja yang berbaju kuning. Lokasi mereka di anjung Masjid Negara, bawah jambatan Masjid Jamek, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Selain itu dikatakan mereka diseru untuk berkumpul di Hentian Puduraya dan Central Market.

• Hujan turun dengan lebat. • Peserta perhimpunan enggan bersurai walaupun Pasukan Simpanan

Persekutuan (FRU) cuba menyuraikan mereka dengan semburan air dan gas pemedih mata.[3] Akhirnya pihak berkuasa membenarkan memorandum diserahkan kepada wakil Istana Negara.

Page 11: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

• Seramai 10 wakil termasuk Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.[4]

• Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tiada di Istana Negara kerana berada di Terengganu bagi merasmikan Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Setiu, Terengganu.

• Pada 11 November 2007, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpendapat, pihak pembangkang cuba mengheret institusi raja [5]. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pihak kerajaan boleh menghimpunkan lebih daripada itu. Datuk Zainuddin Maidin kesal dengan laporan al-Jazeera yang mengambil sumber maklumat dari laman blog yang pro DAP.[6]

• Pada 12 November 2007, dalam sidang Parlimen, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mempertahankan kenyataan Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi.

• Pada 16 November 2007, pihak Istana Negara membuat kenyataan rasmi kepada pihak media bahawa baginda Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan perhimpunan ini.[7]

• Pada 17 November 2007, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyatakan sebagai tidak manis dan satu fitnah jika Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara memperkenankan perhimpunan haram itu. Tidak elok nama Yang di-Pertuan Agong dibabitkan. Orang Islam tidak boleh menfitnah antara satu sama lain. Baginda yakin Tuanku mizan tidak terbabit sama sekali dengan perhimpunan berkenaan.[8]

Liputan Al Jazeera

Al Jazeera, sebuah agensi berita Timur Tengah yang mempunyai pusat penyiaran rantau Asia Pasifik di Kuala Lumpur, turut membuat liputan mengenai peristiwa Perhimpunan Bersih. Mereka melaporkan bahawa pihak pengaman bertindak ganas dengan menyembur bahan kimia pemedih mata sehingga mencederakan ramai orang.[9][10] Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, ketika diwawancara oleh Al Jazeera, menyindir mereka pula dan menyifatkan bahawa mereka sengaja membesar-besarkan cerita.[11]

Tangkapan

Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim . Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.[12] Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Page 12: ERHIMPUNAN HARAM BERSIH - myrepositori.pnm.gov.my filePerhimpunan Bersih Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur. Sejarah

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.[13]

Sumber : http://www.wikipedia.com.my Tarikh Akses : 7 Julai 2011