sistem geomorfologi pbstpm

28
MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI SISTEM GEOMORFOLOGI Satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Jenis proses geomorfologi i) Proses Endogenik Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan. ii) Proses Eksogenik Proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim. Proses-proses Endogenik i) Pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami pemulihan isostasi. ii) Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan banjaran gunung lipat. ii) Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang rekahan di kerak bumi, lurah gelinciran serta gunung bongkah yang berpunca daripada daya himpitan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi. iv) Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik. v) Aktiviti gunung berapi. vi) Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami penjelmaan. Proses-proses Eksogenik i) Luluhawa - Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara in-situ. Terbahagi kepada 3 jenis a) luluhawa kimia b) luluhawa fizikal c) luluhawa biologi ii) Proses hakisan - Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak. - Terbahagi kepada 2 jenis:- a) Hakisan geologi – proses hakisan yang berlaku secara semula jadi b) Hakisan tanih – proses hakisan yang berpunca daripada manusia iii) Proses pengangkutan dan pemendapan iv) Proses gerakan jisim - Melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti. 1

Upload: nurul-khairunnisa-abdul-muin

Post on 06-Aug-2015

490 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

SISTEM GEOMORFOLOGISatu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik.

Jenis proses geomorfologii) Proses Endogenik

Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.

ii) Proses EksogenikProses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim.

Proses-proses Endogeniki) Pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami

pemulihan isostasi.ii) Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan

banjaran gunung lipat.ii) Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang rekahan di kerak bumi,

lurah gelinciran serta gunung bongkah yang berpunca daripada daya himpitan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi.

iv) Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik.

v) Aktiviti gunung berapi. vi) Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan

kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami penjelmaan.

Proses-proses Eksogeniki) Luluhawa - Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan

dan berlaku secara in-situ.– Terbahagi kepada 3 jenis

a) luluhawa kimiab) luluhawa fizikal

c) luluhawa biologiii) Proses hakisan - Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi

akibat tindakan agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.- Terbahagi kepada 2 jenis:-

a) Hakisan geologi – proses hakisan yang berlaku secara semula jadi

b) Hakisan tanih – proses hakisan yang berpunca daripada manusia

iii) Proses pengangkutan dan pemendapaniv) Proses gerakan jisim - Melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke

bahagian bawah akibat daya tarikan graviti.

Proses endogenik membentuk muka bumi atau landskap fizikal manakala eksogenik lebih banyak mengubah atau memperkembangkan bentuk-bentuk bumi tersebut.

KONFIGURASI BENTUK BUMIPelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro.i) Struktur bumi

- Terdiri daripada 3 lapisan utama:-a) Lapisan kerak bumi

- Lapisan paling luar.- Lapisan paling nipis.- Terdiri daripada lapisan SIAL (benua) dan SIMA

(lautan).- Batuan jenis granit dan basalt.- Ketumpatan batuan 2.7 – 3mg³.

b) Lapisan mantel- Lapisan pertengahan yang tidak stabil.- Lapisan dalam bentuk pepejal dan cecair.

- Zon astenosfera berbentuk separa cair.- Lapisan bawah berbentuk batuan pejal.

1

Page 2: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

- Batuan jenis granit dan basalt.- Ketumpatan 5.5.- Suhu antara 800ºC hingga 1600ºC.

c) Lapisan teras bumi- Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh

ketakselanjaran Gutenberg.- Dikenali sebagai lapisan barisfera.- Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras

dalam (pepejal).- Ketumpatan batuan 13.- Batuan jenis nikel dan besi

ii) Taburan daratan dan lautan.iii) Bentuk muka bumi daratan dan lautan.

BATUANKomponen semula jadi mineral seperti mika, kuartza, feldsfar, kalsium, karbonat dan lain-lain yang terikat secara langsung menerusi proses pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat yang lain seperti kaolin, kapur, oksida-oksida menerusi proses simentasi atau penyimenan.

Jenis Batuani) Batuan Igneus

Terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam atau di luar permukaan kerak bumi.- Terbahagi kepada dua jenis

a) Igneus rejahan – pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi.

b) Igneus terobosan – penyejukan magma di permukaan bumi.ii) Batuan Enapan

Terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Terbahagi kepada dua proses.a) Pemadatan

- Berlaku apabila bahan-banah enapan berkumpul secara lapisan, selapis demi selapis dan menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain membentuk batuan

b) Penyimenan.- Proses pelekatan antara mineral-mineral disebabkan adanya

bahan perikat.Jenis batuan enapana) Batuan klastikb) Batuan kimiac) Batuan organic

iii) Batuan metamorfosisTerbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi menyebabkan batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya menjadi batuan bentuk baru- Amat keras, bersinar-sinar, cantik dan menarik- Terbahagi kepada dua jenis:-

a) Batuan berjalur – mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari

b) Batuan tidak berjalur – tidak mempunyai lapisan

Pengaruh Batuan Terhadap Konfigurasi Bentuk Muka BumiBatuan sentiasa mengalami proses geomorfik (gondolan) melalui luluhawa dan hakisan. Hasilnya adalah bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol.

Kepentingan Batuan Sebagai Sumber Alam- Perusahaan batu marmar (batu kapur).- Industri kuari dan pecah batu (batu kerikil untuk sektor pembinaan).- Perusahaan membuat simen daripada sumber batu kapur.- Batu permata untuk perhiasan yang menggalakkan sektor pelancongan

(ekopelancongan).

PROSES ENDOGENETIK

2

Page 3: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran, gerakan tektonik termasuk juga proses metamorfosisme batuan.

i) Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukan planet.

ii) Tenaga radiogenik atau atom daripada pencerakinan nukleus atom yang wujud dalam mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium.

iii) Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di astenosfera.iv) Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh menggerakkan

lapisan kerak bumi.v) Perlanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik

yang menyebabkan kejadian gempa bumi.

LIPATAN KERAK BUMIBerlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.Ia juga dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi.

Proses-proses Lipatana) Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan

batuan yang berada dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur.b) Proses mampatan secara mendatar

- Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung ke atas atau ke bawah.

Jenis-jenis Bentuk Muka Bumi Lipatani) Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas.ii) Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang menggeleding (melendut ke

bawah).iii) Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama

atau hamper sama.

iv) Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya.

v) Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.vi) Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.vii) Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan

seterusnya pematahan lintap mungkum dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut.

GELINCIRAN Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara mendatar atau menegak.

Jenis-jenis Gelincirani) Gelinciran biasa – berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang

menarik kerak bumi atau daya-daya yang menolak kerak bumi dari bawah. Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak. Ia menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggiannya berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan blok.

ii) Gelinciran songsang – terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.

iii) Gelinciran rabak – apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan. Pergerakan secara mendatar.

GUNUNG BERAPIIgneus Jalar Dalam (Rejahan)

Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi.

Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Dalam dan Proses Pembentukan

3

Page 4: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

i) Daik – apabila magma yang panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar dan menembusi lapisan batuan seterusnya membeku secara menegak sama ada dalam lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Ketebalannya antara2 –6m.

ii) Sil – magma membeku secara mendatar di antara lapisan batuan terutama bagi kumpulan batuan mendak dan ia tipis dan selari dengan lapisan batuan.

iii) Lakolit – magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.iv) Lopolit – magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut

lengkung kerak bumi dan kelihatan seperti piring. Bahagian tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua bahagian hujungnya.

v) Pakolit – magma membeku di bahagian puncak lintap mungkum atau bahagian dasar lintap lendut. Ia berbentuk seperti kanta.

vi) Batolit – terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di dalam kerak bumi. Membentuk teras sesebuah gunung.

Igneus Jalar Luar (Terobosan)Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada magma yang membeku di permukaan bumi. Ia dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya.

Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar dan Proses Pembentukannyai) Kon lava asid – Bercerun curam kerana lava asid yang lkat dan cepat

membeku lalu tidak mampu mengalir jauh.ii) Kon lava bes – Bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu

mengalir jauh sebelum membeku. Kaya dengan mineral ferum atau besi. Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai.

iii) Kon abu – Cerun berbetuk cekung dan curam. Terdiri daripada debu, abu dan serpihan batu atau batu tongkol yang keluar semasa letusan gunung berapi yang dikenali sebagai aliran piroklastik dan bom gunung berapi.

iv) Kon komposit – Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai lohong di sekeliling gunung berapi. Kon-kon kecil terbentuk menerusi rekahan-rekahan batuan di sekeliling gunung

tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid atau bes dan sesetengahnya mengeluarkan debu -abu dan bahan piroklastik.

v) Krater – Kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat letusan gunung berapi. Apabila magma membeku kawah tersebut menakung air dan membentuk tasik kawah.

vi) Kaldera – Terbentuk akibat cantumam beberapa krater gunung berapa yang terletak berhampiran antara satu sama lain. Membentuk tasik kawah yang sangat besar.

Lava Gunung Berapii) Lava asid

- Sangat likat dan mengalir perlahan- Cepat membeku- Kaya dengan silica- Takat lebur yang tinggi- Suhu 800ºC - 1000ºC- Letusan yang kuat

ii) Lava bes- Cair dan mengalir laju- Lambat membeku- Kaya dengan besi dan magnesium- Takat lebur yang rendah dan sangat panas- Suhu 1100º - 1200ºC

Jenis dan Taburan Gunung Berapii) Gunung berapi hidup – selalu meletus dan sangat aktifii) Gunung berapi mati – tidak aktif, tidak akan meletus lagiiii) Gunung berapi pendam – pernah meletus dan akan meletus lagi pada

masa hadapan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Rupa dan Bentuk Gunung Berapii) Jenis bahan yang diletuskanii) Sifat lohong gunung berapi

4

Page 5: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

iii) Sifat dan jenis letusaniv) Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkanv) Proses gondolan yang dialami

HANYUTAN BENUA

Teori Awal (Hipotesis Wegener) “Bahawa benua-benua yang ada pada hari ini berasal daripada satu benua yang besar sahaja yang dinamakan Pangea dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah-pecah dan bertaburan seperti mana yang ada pada hari ini’.i) Pangea terbahagi kepada dua jisim daratan iaitu Laurasia di utara dan

Gondwanaland di selatan.ii) Putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat dan

menghanyutkan benua-benua tersebut.

Teori Perebakan Dasar Lauti) Magma yang panas daripada lapisan mantel tertolak naik ke dasar lautan

menyebabkan dasar lautan retak. Retakan ini dinamakan sempadan pencapahan.

ii) Magma yang keluar di sepanjang sempadan pencapahan membentuk permatang di dasar laut dan proses ini berlaku berterusan.

Teori Plat Tektoniki) Boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan plat yang dikenali sebagai

plat benua dan plat lautan.ii) Plat-plat ini sentiasa bergerak akibat pergerakan arus perolakan magma

yang panas di lapisan astenosfera.iii) Pergerakan berlaku secara perlahan-lahan iaitu beberapa cm setahun.iv) Jenis-jenis pergerakan plat tektonik

a) pertembungan plat benua dengan plat benua menghasilkan siri gunung lipat.

b) pertembungan plat lautan dengan plat lautan menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan.

c) Pertembungan plat lautan dengan plat benua di mana plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah dan membentuk jurang lautan sementara di benua terbentuk gunung lipat yang selari dengan jurang lautan.

v) Pergerakan plat tektonik secara pencapahan membentuk permatang tengah lautan

Bukti yang Menyokong Teori Hanyutan Benua1. Bukti keselanjaran benua

- Garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan seperti ‘jigsaw puzzle’.

2. Bukti geologi- Geologi yang serupa walaupun berada pada benua yang berlainan.

3. Bukti fosil4. Bukti paleomagnet

- Perpindahan kutub- Peralihan dan putaran benua- Pembalikan medan geomagnet

5. Bukti oseanik- Melibatkan bahan-bahan mendak/sediment lautan dan perluasan

dasar lautan.

Kesan gerakan bumi kepada manusia.1. Kesan Positif

- Kegiatan pertanian- Pelancongan dan rekreasi- Perlombongan-

2. Kesan Negatif- Kehilangan nyawa- Kerosakan harta benda

LULUHAWA

5

Page 6: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros dan mikro organisma.

Luluhawa kimiaMerujuk kepada semua proses pereputan atau penguraian batuan akibat tindak balas dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral batuan bertukar daripada primer ke sekunder.

Proses-proses luluhawa kimiaa) Larutan- tindakan air hujan sebagai pelarutmineral spt gipsium dan

kalsium karbonat. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air.b) Pengkarbonan- Tindakbalas asid lemah (asid karbonik) dengan batu

kapur (kalsium karbonat) menghasilkan larutan kalsium bikarbonat.c) Penghidratan- sebarang penambahan air kepada mineral sehingga

mengembang cth besi oksida menyerap air menjadi besi hidroksidad) Pengoksidaan- tindabalas antara oksigen dengan kandungan mineral

batuansehingga batuan teroksida cth ferum + oksigen = ferum oksida

e) Proses chelasi- pembendungan antara satu ion chelasi dengan ion-ion mineral

sehingga mineral mengembang.

Faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa dalaman di kawasan tropika lembapa) Faktor iklim yang melibatkan suhu dan hujanb) Faktor biotik

- Bekalan organik- Sifat tumbuhan

c) Faktor geologid) Jenis batuane) Rekahanf) Faktor relief, aspek dan masa

Luluhawa fizikal

Proses penyepaian dan pemecahan batuan akibat tindak balas unsur-unsur iklim

Proses-proses luluhawa fizikala) Pembasahan dan pengeringan berulangb) Penghabluran garamc) Tindakan ibund) Perlepasan tekanan atau pemunggahan

Luluhawa biologiMerujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma, manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan meguraikan batuan.

Jenis luluhawa biologia) Tindakan tumbuhan melalui akar pokok.b) Tindakan organisma melibatkan haiwan dan cacing yang melemahkan

struktur batuan.c) Tindakan manusia.

Luluhawa hubungannya dengan kehidupan manusiaa) Pertanianb) Industri Tembikarc) Pelancongand) Perlombongane) Pembinaanf) Petempatan

PERGERAKAN JISIMPergerakan regolit dari atas cerun ke bawah akibat daya tarikan graviti. Proses peralihan antara luluhawa dan pemendapan.

Aliran Lambata) Melibatkan pergerakan regolit secara perlahan-lahan menuruni cerun.

Juga dikenali sebagai kesotan (creep).

6

Page 7: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

b) Kejadian dapat dikenal pasti dengan melihat kecondongan tiang elektrik, tiang telefon, tiang pagar atau pokok daripada kedudukan asalnya yang tegak.

c) Faktor yang mempengaruhi aliran lambat– Cerun yang landai– Tidak terlalu curam (daya graviti + daya kinetik lebih besar dari

daya cengkaman.– Cerun tidak dilitupi tumbuhan tebal– Hujan di kawasan tropika lembap.– Luluhawa dalaman

Aliran Cepata) Melibatkan pergerakan regolit, tanih dan Lumpur pada kadar yang lebih

cepat di atas cerun yang lebih curam.b) Jisim regolitnya memerlukan lebih banyak air dan dalam keadaan yang

lebih lembap bagi memudahkan pergerakan.c) Jenis-jenis aliran cepat

i) Aliran lumpur – aliran deras yang membawa tanah liat, lumpur, kelodak dan lain-lain muatan terapung menuruni cerun curam

Geluncuran - Pergerakan tanah-tanih, regolit, dan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun yang curam dan hampir tegak. - Proses ini berlaku lebih cepat dan tiba-tiba berbanding dengan proses aliran cepat.- Robohan – pergerakan bongkah di suatu cerun curam yang berbentuk cekung.- Geluncuran puin – pergerakan serpihan batuan kurang padat dan lebih kering.Runtuhan- Pergerakan regolit yang berlaku di cerun yang sangat curam seperti di tebing tinggi, bahu bukit yang telah di tarah/teres.

Faktor yang Mempengaruhi Gerakan Jisima) Kecerunanb) Jenis batuanc) Hujan

d) Litupan tumbuh-tumbuhane) Gegaranf) Tindakan manusiag) Haiwan

Langkah Mengawal Gerakan JisimLangkah Perundangan- Pembangunan kawasan cerun mesti sentiasa mamatuhi Standard Environment Impact Assessment (EIA) yang telah ditetapkan. Antara langkah yang diambil dari aspek perundangan ialah;a) menubuhkan unit cerun Negara – meronda, memantau secara berterusan kawasan pembangunan cerun.b) Tindakan tegas kepada pihak melanggar peraturan EIA (Denda, kompaun, penjara, tarik lessen atau permit, pampasan dan ganti rugi.c) Mewartakan kawasan cerun yang tidak boleh diusik/dibangunkan.

Langkah Pengurusan Strategika) Menanam pokok-pokokb) Membina bentengc) Menggunakan sungkupan plastikd) Memperbaiki sistem salirane) Memotong cerun mengikut spesifikasi (tidak melebihi 45o)

Kempen Kesedaran dan pendidikan Alam Sekitar-Agensi kerajaan seperti JAS-NGO seperti Sahabat Alam Malaysia-Pendidikan formal di sekolah/IPTA

LEMBANGAN SALIRANMerujuk kepada kawasan legeh sungai yang terdiri daripada sungai induk dan cawangan-cawangannya yang disempadani oleh garisan legeh yang memisahkannya dengan lembangan sungai yang lain.

Hakisan Permukaana) Hakisan Percikan Air Hujan

7

Page 8: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

- Pencungkilan partikel tanih- Melonggar dan merosakkan ikatan antara butiran tanih- Bertindak sebagai agen pengangkutan partikel dan butiran tanih

yang sudah longgar.b) Hakisan Galir

- Hakisan dalam alur-alur yang kekal dan mempunyai air semasa hujan lebat.

- Alur lebih besar daripada gegalur dan biasanya wujud lebih lama.

- Terhad di dalam alur-alur kekal sahaja.

c) Hakisan Galur- Hakisan oleh larian air permukaan di dalam alur-alur kecil dan

bersifat sementara.d) Hakisan Kepingan

- Percikan air hujan mencungkil tanih dalam bentuk kepingan

Hakisan Sungai- Hakisan mendalamkan sungai- Hakisan pengunduran alur- Hakisan melebarkan alur

Cara hakisani) Tindakan hidraul – air dan batuan.ii) Geselan / lelasan – muatan sungai dan dasar tebing.iii) Lagaan – antara bahan muatan sungai.iv) Larutan – air dengan batuan mudah larut.

Faktor yang menggalakkan hakisani) Isi padu dan halaju airii) Kecerunan dasar alur sungaiiii) Bentuk alur sama ada lurus atau berlikuiv) Jenis batuan sama ada batuan keras atau lembut

v) Bahan muatan sungai

Bentuk muka bumi yang dihasilkani) Air terjun ii) JeramIii) Lubuk iv) Gaungii) Lurah

Pengangkutan sungaii. Cara pengangkutan sungai

- Golekan - Loncatan- Ampaian - Apungan- Larutan

ii. Faktor pengangkutan sungai- Tenaga - Cerun- Kekasaran alur - Halangan- Bentuk alur - Saiz bahan- Jenis bahan - Bentuk bahan

Pemendapani. Faktor pemendapan sungai

- Isi padu air - Halaju air- Kecerunan - Bentuk alur- Jenis batuan - Bahan muatan (sungai)- Halangan

ii. Bentuk muka bumi pemendapan sungai- Dataran banjir - Delta- Tasik ladam - Tetambak

Kepentingan sungai kepada manusia

1. Kegunaan domestik2. Sempadan politik3. Perindustrian

8

Page 9: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

4. Penternakan5. Pembalakan6. Perlombongan7. Penjanaan KEH (kuasa elektrik hidro)8. Pertanian

PANTAIKonsep- Pantai merupakan longgokan atau timbunan bahan mendak yang peroi yang

terdapat di antara aras air semasa surut biasa dan aras tinggi yang dicapai oleh ombak.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerunan pantaia) Saiz bahan mendak – bahan mendak kasar membentuk cerun yang curam dan

bahan b) mendak yang halus membentuk cerun yang landai. Saiz bahan juga

menentukan sudut rehat kritikal.c) Saiz dan tenaga ombak - lebih kuat tenaga dan saiz ombak ianya berupaya

membentuk pantai curam. Kekuatan ombak menolak batu kelikir lebih tinggi dari had atas damparan ombak.

d) Beza antara pasang surut – kawasan yang mengalami pasang surut yang tinggi mempengaruhi kekuatan ombak dan menentukan cerun pantai.

e) Keterdedahan pantai – pantai yang terbuka kepada laut luas menyebabkan cerun lebih curam berbanding dengan pantai terlindung oleh pulau.

f) Pengaruh aktiviti manusia – pembinaan benteng pemecah ombak menjadikan pantai di belakangnya lebih landai (pemendapan)

g) Tebusguna dan penambakan yang dijalankan di pinggir pantai akan menyebabkan pinggir pantai bercerun landai

h) Penebangan pokok bakau menyebabkan pantai terhakis dan menjadi lebih curam.

i) Tumbuhan pinggir pantai spt pokok bakau di mana akarnya akan menggalakkan pemendapan pinggir pantai.

j) Berhampiran dengan muara sungai besar yang membawa banyak kelodak di mana kuasa alirannya sangat perlahan akan membentuk pantai yang landai

Pinggir Pantai1. Konsep- Zon pinggir pantai/litoral merangkumi kawasan pantai daratan yang paling

tinggi dapat dipengaruhi oleh air laut dan ke lautan di mana sedimen dasar laut tidak lagi dapat digerakkan oleh ombak.

Atau- Merangkumi kawasan pantai, pantai belakang, pantai hadapan dan perairan

pinggir pantai Atau- Merangkumi kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak.

Tindakan manusia mempengaruhi hakisan pinggir pantai.(i) Pembalakan hutan bakau akan menyebabkan kehilangan akar yang

mencengkam pasir dan yang memperlahankan kelajuan ombak.(ii) Aktiviti perlombongan pasir di laut dan di pantai – di pantai Bandar Hilir

hingga ke Umbai (Melaka)(iii) Pembinaan hotel di pinggir pantai di mana hutan bakau dibalak(iv) Peningkatan pergerakan kapal pesisir pantai juga akan meningkatkan

kelajuan ombak .

2. Proses dan Bentuk Muka bumi pinggir pantai.2.1 Hakisan Cara hakisan pinggir pantai:1. Tindakan hidraulik/hidraul

Tindakan hakisan yang disebabkan kuasa air laut itu sendiri tanpa melibatkan bahan/muatan yang dibawanya.Apabila air laut memasuki rekahan di pinggir pantai akan memampatkan udara yang ada di dalamnya dan mengalami pengembangan. Bila ombak mengundur, udara dalam rekahan akan menguncup.Proses yang berulang-ulang akan menjadikan rekahan menjadi lebih luas dan dalam. Akhirnya meruntuhkan cenuram atau tanjung berkenaan.

2. Tindakan kikisan atau geselan.

9

Page 10: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

Bahan ombak seperti batu pasir,kerikil, batu lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai alat penghakis untuk menggesel dan menghauskan kaki cenuram.

3. Tindakan LarutanSatu proses hakisan laut secara kimia. Air laut bertindak melarutkan mineral batuan contoh kalsium karbonat dalam batu kapur dan dolomit.

4. Tindakan LagaanSatu proses yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk pada bahan-bahan pantai apabila mereka berlanggar dan berlaga sesama sendiri sehingga ia pecah dan saiznya menjadi kecil.

Bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh hakisan ombak1. Tebing tinggi

Ombak menghakis satu kawasan yang terletak di antara aras air pasang dengan aras air surut dan satu lekukan akan terbentuk. Proses yang berterusan menyebabkan lekukan runtuh dan membentuk tebing tinggi/cenuram.

2. Batu bonjol/batu tunggul dan tunggul sisa Terbentuk akibat runtuhan bumbung gerbang laut yang mengalami hakisan

dan luluhawa3. Teluk dan Tanjung Teluk dan tanjung secara serentak di kawasan pinggir pantai yang

mempunyai susunan batuan jenis lembut dan keras secara berselang-seli. Ombak menghakis batuan yang lembut dan disebut teluk. Bahagian batuan keras yang sukar dihakis akan tertinggal dan menganjur ke laut dipanggil tanjung.

4. GeoBumbung gua yang runtuh akibat hakisan ombak yang berterusan akan membentuk sebuah anak teluk yang panjang dan sempit

5. GloupOmbak yang sesekali memukul bumbung gua tebing tinggi boleh membesarkan rekahan-rekahan yang terdapat di dalamnya. Hakisan yang

berterusan akan membentuk lubang yang menembusi bumbung gua yang dikenali sebagai gloup.Gloup juga dikenali sebagi lohong ombak

Bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh pemendapan 1. Pantai – longgokan atau timbunan bahan mendak yang peroi yang terdapat di

antara aras air semasa surut biasa dan aras tinggi yang dicapai oleh ombak.2. Beting pasir – semua bentuk permatang pasir dan batu kelikir yang

ditimbunkan oleh ombak di pinggir laut.3. Anak tanjung – permatang yang bersambung dengan pantai dan hujungnya

menganjur masuk ke laut.

Langkah-langkah mengurangkan hakisan :a. Tambak pantai dengan pasir –Port Dickson dan Pantai Sabakb. Menanam semula pokok bakau di pinggir pantai supaya akarnya akan

dapat mencengkam pasirc. Membina pemecah ombak di laut – Pantai Teluk Ketapang,

K.Terengganu di mana kelajuan ombak dapat dikurangkan semasa sampai ke pantai

d. Struktur binaan di pinggir pantai – tembok, gabion, tetrapod, timbunan batu untuk menampan pukulan ombak

Perubahan aras lautKonsep:Perubahan aras laut merujuk kepada kenaikan atau penurunan aras laut

berbanding dengan aras daratan

Teori perubahan aras laut1. Perubahan aras laut tektonik

Perubahan aras laut yang terjadi akibat gerakan-gerakan tektonik yang berlaku di dasar laut. Contoh letusan gunung berapi dasar laut, gempa bumi dasar lautmenyebabkan aras laut meningkat secara mendadak.

2. Perubahan aras laut mendapanPerubahan aras laut ini berpunca daripada pertambahan bahan-bahan yang dienapkan di dasar laut. Dasar laut menjadi cetek dan kesannya aras laut meningkat.

10

Page 11: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

3. Perubahan aras laut glasieranEustatik glasieran - iaitu perubahan aras laut yang berpunca daripadapencairan ais secara besar-besaran yang berlaku pada Zaman Ais menyebabkan peningkatan aras laut.

Bukti-bukti Berlakunya Perubahan Aras Laut1. Bukti kenaikan aras laut

(a) Wujud pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam. (b) Wujudnya pelbagai jenis pantai (i) Pantai Ria

(ii) Pantai Fiord (iii)Pantai Dalmatia

(c) Kewujudan terumbu karang

2. Bukti penurunan aras laut(a) Kewujudan pantai timbul atau pantai terangkat(b) Kewujudan teres-teres enapan dan teres hakisan

(c) Kewujudan likuan mendalam pada bahagian tengah dan hilir sungai

Kaitan sistem geomorfologi dengan manusia

(a) Pertanian spt penanaman padi sawah diusahakan di dataran mendap, delta

(b) Rekreasi spt berkelah, berkayak boleh dijalankan di kawasan air terjun, jeram, tasik ladam

(c) Pembinaan janakuasa elektrik hidro boleh dibina di kawasan air terjun

(d) Akuakultur – penternakan ikan siakap dijalankan di kawasan tasik ladam, muara sungai

(e) Petempatan di mana rumah dibina dijalankan di kawasan tetambak, dataran mendap

(f) Perhubungan / pengangkutan di mana bot digunakan untuk mengangkut penumpang dan hasil laut dan jetinya dibina di kawasan tetambak

(g) Sumber air untuk kegunaan domestic boleh diperolehi di kawasan tasik, sungai dan air terjun

(h) Perlombongan pasir dijalankan di kawasan beting di mana pasir diguna sebagai bahan binaan, penambakan daratan

Modul Ulangkaji 2 SISTEM GEOMORFOLOGITingkatan Enam

1. a) Terangkan secara ringkas proses orogenesis [5] b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk. [10] c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia. [10]

2. a) Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan. b) Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan daripada geologi yang berlainan. Jelaskan pernyataan ini [13]

3. a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai [5] b) Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukkannya.

c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia [8]

4. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? b) Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap. [10] c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim [10]

11

Page 12: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

2. a) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi [8]b) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia [12]

6. a) Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan [5] b) Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan dan hakisan pantai [10] c) Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia [10]

7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi [5] b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami [10] c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam skitar manusia [10]

8. a) Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai [5]b) Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai

c) Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia [10]

9. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai [5] b) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai c) Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di Malaysia

10. a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang [5] b) Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbang c) Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusia

11. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungai a. i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai?

ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur. b. i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur?

ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran sungai tersebut c. i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan kajian

ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan tersebut kepada aktiviti manusia

12. Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantai a) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut [4] b) i. Nyatakan kaedah mengukur arah ombak [3]

ii. Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka bumipinggir pantai di kawasan kajian [4]

c) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan pinggir pantai d) Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti manusia.

SISTEM GEOMORFOLOGI (SKEMA JAWAPAN)

1. a) Terangkan secara ringkas proses orogenesis Proses orogenesis ialah proses pembentukan bentuk muka bumi yang melibatkan pergerakan kerak bumi hasil daripada arus perolakan magma dalam kerak bumi. Contoh proses orogenesis ialah lipatan kerak bumi atau proses yang menghasilkan banjaran gunung lipat

b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk.i. Gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk seperti bercerun curam atau landai atau bentuk kompositii. Sebab mempunyai pelbagai bentuk ialah:

a) Jenis lava – lava bes menghasilkan gunung berapi yang landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar. Ini kerana lava bes cair dan dapat mengalir jauh sebelum membeku. Contohnya gunung berapi Mauna Loa dan Mauna Kea Di Hawaii.Sementara lava asid menghasilkan gunung berapi yang curam dan berkubah kerana lavanya sangat likat dan tidak mampu bergerak jauh dan cepat membeku.

12

Page 13: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

b) Jenis Letusan atau letupan- dalam bentuk aliran perlahan menghasilkan penara atau gunung berapi bercerun landai atau letusan yang kuat akan menghasilkan bentuk curamc) Sifat lohong gunung berapi- lohong linear/mendatar akan menghasilkan dataran apabila lava membeku. Lohong tunggal/tengah akan menghasilkan kon. Jika terdapat lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain akan menghasilkan kon serbaragam spt di Gunung Etna di Sicilyd) Jangkamasa/usia pembentukane) Kekerapan letusan atau letupanf) Jenis gunung berapi – aktif, dorman atau matig) Akibat pendedahan –proses penggondolan yang dialami akan menyebabkan cerun gunung berapi terhakis dan mendedahkan magma keras yang muncul dipuncak gunung berapi yang dikenali sebagai palam gunung berapih) Jenis bahan yang dikeluarkan –piroklas, debu dll. Lebih banyak bahan yang dikeluarkan bererti lebih besar gunung berapi yang terbentuk atau sebaliknya.

c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusiai. mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta bendaii. mengakibatkan kerosakan infrastrukturiii. pertanian- lava bes membentuk tanih subur untuk pelbagai tanaman spt di Kepulauan Jawa dan Filipinaiv. Penjanaan kuasa tenaga geoterma untuk menghasilkan elektrik kepada manusiav. Pelancongan –geizer, tasik kawah, kaldera, kolam air panasvi. Kemusnahan hutan- aliran lava panasvii. Pencemaran udaraviii. Ombak besar yang dikenali sebagai tsunami akan berlaku

2 a) Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan. Boleh dipilih batuan enapan, batuan metamorfosis atau batuan igneus Ciri-ciri batuan yang boleh dibezakan

i. Warna batuan samada gelap atau cerahii. Keras lembut batuan bergantung kepada mineral pembentuknya

iii. Struktur dan tekstur yang akan menentukan kestabilan atau keteguhan batuaniv. Ciri-ciri rekahanv. Komposisi atau kandungan mineral yang membentuknyavi. Keporosan/ketelapan

b) Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan daripada geologi yang berlakinan. Jelaskan pernyataan ini

Batu kapur yang lembut akan menghasilkan topografi karst seperti lekukan, lubang dan lurah spt dolin, uvala dan polje serta graiks dan clint. Disebabkan sifat batu kapur yang membentuknya lemah, tidak stabil serta mudah mengalami luluhawa kimia serta hakisan air

Jisim batuan batolit granit yang keras menghasilkan banjaran gunung dan bukit seperti Banjaran Titiwangsa. Ini kerana sifatnya yang keras dan tahan digondolkan. Oleh sebab itu, ia boleh berdiri teguh. Contoh lain ialah Gunung Kinabalu dibentuk oleh jisim batolit granit yang amat keras kira-kira setengah juta tahun yang lampau.

Batuan Igneus yang keras seperti granit dan konglomerat menghasilkan bukit-bukit sisa yang dikenali sebagai inselberg dan tors. Tinggalan bukit-bukit sisa ini membayangkan operasi proses geomorfologi di kawasan tropika lembap tidak berupaya meruntuhkan semuanya kerana sisa ini terdiri daripada teras batuan yang keras. Inselberg dan tors ini banyak terdapat di Banjaran Kilimanjaro di Afrika dan kaki Banjaran Shan di Burma/myanmar

Batuan metamorfik contohnya marmar- menghasilkan pulaupulau yang amat kukuh misalnya rangkaian pulau-pulau di Langkawi Malaysia. Sebahagian besar geologi Pulau Langkawi terdiri daripada batuan marmar hasil proses batuan metamorfosis yang menyebabkan batuan itu amat keras dan amat sukar digondolkan oleh proses geomorfologi

Batuan lembat seperti kaolin (tanah liat) dan riolit( tanah laterit) menghasilkan tanah-tanah pamah beralun dan tanah lanar/dataran lanar yang rata dan mungkin disaliri oleh lembangan sungai seperti Delta Kelantan dan Dataran Kedah Perlis. Ini kerana batuan ini amat mudah diuraikan menerusi luluhawa kimia serta dihakis-angkut oleh proses geomorfologi yang lain mengikut musim

3 a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai

13

Page 14: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

- Cara hakisan sungaii. lelasanii. laganiii. larutaniv. tindakan hidraul

- Jenis hakisan sungaii. hakisan menegak/mendalamkan sadarii. hakisan melebar/mendatar/tebingiii. hakisan ke hulu/ kebelakang/ mengundur

b) Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukkannya Bentuk bumi hakisan sungai:

i:Air terjun: terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut. Lapisan batuan lembut akan terhakis dengan lebih cepat berbanding batuan keras. Hal ini menyebabkan dasar sungai menjadi tidak rata. Batuan keras akana menghalang pergerakan air dalam alur lalu membentuk air terjun.

ii:Jeram : Terbentuk apabila aliran sungai mengalir di kawasan batuan yang tersusun secara menegak dan berselang seli antara batuan keras dengan batuan lembut. Batuan lembut akan terhakis meningggalkan bonjolan batuan keras yang menyebabkan aliran sungai terpaksa melompat menuruni bonjolan batuan keras

iii. Jurang:iv. lubuk pusarv. likuan sungai

Bentuk muka bumi mendapan sungaii. tasik ladamii. dataran banjir:

Air banjir yang melimpah tebing akan memendapkan lumpur, kelodak, aluvium, pasir dan kerikil apabila surut. Kejadian banjir yang berulang kali menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah membentuk suatu dataran yang luas dan lebar dikenali sebgai dataran banjir.

iii. Tetambak: Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang tebing sungai akanmembentuk timbunan yang dikenali sebgai tetambak

iv. Delta:Delta terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara

meluas di muara sungai. Di kawasan muara ini had laju arus sungai sangat perlahan kerana pertembungan arus sungai dengan arus laut.Keadaan ini menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkannya dengan giat. Bahan spt kelodak, lumpur dan lempung akan dimendapkan hingga memenuhi sungai utama dan cawangannya membentuk delta.

c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia

i. Pertanian – dataran mendap, deltaii. Rekreasi- air terjun, jeram, tasik ladamiii. Elektrik hidro- air terjuniv. Akuakultur – tasik ladam, muara sungaiv. Petempatan- tetambak, dataran mendapvi. Perhubungan/pengangkutan – tetambakvii. Sumber air – air terjunviii. Perlombongan pasir- beting pasir

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? Pergerakan jisim adalah semua jenis pergerakan bahan yang terluluhawa yang dikenali sebagai regolit yang bergerak menuruni cerun akibat tarikan graviti. Gerakan jisim ini boleh secara perlahan, secara cepat dan secara serta merta.

b) Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika

14

Page 15: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

lembap Pergerakan jisim boleh berlaku secara perlahan/lambat atau cepat

1. Runtuhan: pergerakan regolit yang berlaku dicerun yang sangat curam dan adakalanya tegak 90 darjah seperti di tebing-tebing tinggi, bahu bukit yang ditarah/dipotong untuk dibina jalan raya atau di lereng bukit untuk didirikan kondominium. Contohnya runtuhan Kondominium Highland Tower dan Jalan di Km38 Lebuh raya Karak-Genting

2. Geluncuran- Pergerakan secara tiba-tiba bahan regolit, batuan dasar apabila lapisan batuan yang berat terletak di lapisan batuan yang lebih lembut seperti batu syal dan tanah liat. Bebanan batuan berat diatasnya akan menyebabkan lapisan batuan lembut dibawahnya runtuh dan mendorong lapisan batuan keras dan berat di atas turut bergerak menuruni cerun. Geluncuran batuan akan melibatkan bongkah batuan besar. Geluncuran puin akan melibatkankan serpihan batuan kecil. Jumlah hujan yang banyak menjadi bahan pelincir untuk jisim jatuh/runtuh

3. Aliran lumpur- Ia berlaku apabila kandungan air yang banyak pada jisim yang lembap adalah tinggi( aliran tanah dan aliran lumpur).Aliran lumpur ini jenis aliran berarus deras yang membawa tanah liat, lumpur, kelodak dll muatan terapung seperti kayu balak yang ditinggalkan menuruni cerun yang lebih curam.

4. Kesotan- pergerakan secara perlahan akibat partikel tanih yang longgar pada cerun yang landai. Pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kejadiannya dikenalpasti dengan melihat kesanyang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon, tiang pagar yang condong daripada kedudukan salnya

c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim

i. Pertanian/pertanian pindah di cerun bukit-

Tumbuhan litupan bumi ditebang, dibakar menyebabkan kurang cengkaman akar menyebabkan cerun menjadi tidak stabil

ii. Penternakan – berlaku ragutan berlebihan

iii. Perlombongan /kuari atau pecah batu di cerun bukit. Apabila tebing bukit diletupkan dan batuan disingkap untuk mengambil batu granit yang bermutu tinggi dan juga batu kapur untuk dibuat simen menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan memudahkan berlakunya runtuhan batu serta runtuhan tebing.

iv. Pembinaan jalan raya- peneresan dan pemotongan bukit serta penghapusan tumbuhan menyebabkan cerun menjadi curam sehingga sesetangah menghampiri 90 darjah. Ini akan menyebabkan cerun boleh roboh/runtuh

v. Pembalakan di kawasan cerun bukit/tanah tinggi akan meninggalkan banyak batang kayu, dahan, ranting dan sampah sarap yang akan terkumpul membentuk empangan sementara pada awal hujan. Empangan sementara boleh mengumpu air dengan cepat dan akhirnya pecah apabila mencapai takat tepu dan air akan mengalir dengan mendadak dari kawasan tanah tinggi pada tahap kekuatan yang luar biasa menghanyutkan kayu balak dan melanda kawasan tanah rendah sebagai aliran lumpur

5 a) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi

Antara bentuk-bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh aktiviti gunung berapi ialah

i. Bentuk bumi jalar luar: Pelbagai jenis kon gunung berapi, dataran lava/penara basalt, kawah gunung berapi(kaldera), palam dan telaga, kolam air panas, mata air panas, geizer

ii. Bentuk muka bumi jalar dalam: daik, sil, pakolit, lakolit, lopolit dan batolit

15

Page 16: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

b) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia

i. kon lava bes- aktiviti pertanianii. Tasik kawah gunung berapi (danau Toba, Indonesia dan Rotorua di New Zealand) dan telaga air panas – pelancongan/rekreasi/perubataniii. Tasik gunung berapi – aktiviti perikananv. Dataran lava/penara basalt – pertanian/penternakanspt dataran

Columbia Snake, dataran Tinggi Deccanvi. Batolit dan lakolit – perlombongan bahan mineral yang terdapat

dalam batuan gunung berapi

6 a) Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan pantai1. alat – 10-12 batang pancang jajar atau dawai yang ditandakan, buku

catatan, pembarisatau pita ukur2. Kaedah – 10-12 batang pancang jajar atau dawai dipacakkan di cerun

pantai dalam lingkungan kesampaian aras pasang tinggi dan rendah dengan jarak tertentu. Bacaan diambil dalam jeda masa tertentu untuk satu hari3. Kaedah mengukur- mengukur perbezaan antara penanda dengan aras

baru sedimen

b) Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan dan hakisan pantai

1. Faktor jenis ombak- ombak pembina menimbunkan pasir, ombak2. Keadaan cerun pantai – curam atau landai. Jika cerun landai berlaku pemendapan sebaliknya jika cerun pantai curam berlaku hakisan3. bahan pantai (pasir, kelikir, batu lada dan kelodak) – jika bahan pantai berbatu kelikir- hakisan sebaliknya jika bahan pantai kelodak berlaku pemendapan4. Arah kedatangan ombak- ombak menyerong atau bersudut tepat

dengan

pantai. Jika menyerong-pemendapan, sebaliknya jika bersudut tepat berlaku hakisan

5. Orientasi pantai samada terlindung atau terdedah kepada tiupan angin6. Bekalan bahan mendak- kalau kurang bekalan akan berlaku hakisan jika banyak bahan akan berlaku mendapan7. litupan tumbuhan dipinggir- jika ada paya bakau berlaku

pemendapan, jika pantai terdedah berlaku hakisan

c) Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia1. pemendapan pinggir pantai ( mungkin dimendapkan di kawasan yang tidak sesuai)akibat pembinaan benteng, cerucuk, pemecah ombak dll)2.Hakisan pinggir pantai akibat perlombongan pasir/pengorekan pasir- tidak cukup bahan pantai. Penebangan paya bakau3, Pencemaran sampah sarap akibat aktiviti pelancongan/peranginan pinggir pantai4. Pembuangan sisa minyak, kimia dll akibat kegiatan industryperkilangan dipinggir pantai5. Pencemaran organik – najis/e-coli dll6. Kemusnahan ekosistem akibat penambakan dan pembangunan

7.a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi Pembebasan tenaga secara tiba-tiba dari pusat gempa menghasilkan gelombang kejutan berpunca daripada sesaran di sepanjang gelinciran

b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami

1. Pertembungan/himpitan 2 atau 3 plat tektonik2. gelinciran pada plat tektonik3. pemisahan antara plat tektonik

c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam sekitar manusia

1. kemusnahan harta benda2. kehilangan nyawa/kecederaan3. kehilangan mata pencarian4. gangguan psikologi/trauma

16

Page 17: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

5. wabak penyakit6. kemusnahan infrastruktur7. kehilangan anggota keluarga/saudara8. gangguan ekonomi-pertanian

8 a) Cara pengangkutan beban sungaia. Ampaianb. Apunganc. Lantunan/lompatan/loncatand. Golekane. Larutanf. seretan

b) Beting pasir: Tasik ladamDataran banjir:DeltaTetambakPulau

c) Pengaruh positifDataran banjir : pertanian, akuakultur, ternakanTasik ladam : pelancongan, rekreasi, perikanan, akuakulturBeting Pasir : perlombongan pasir, perikananTetambak: perhubungan/IKS, pertanianDelta : pertanian, IKS, penternakanPulau : pertanian, pelancongan.

9 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungaiPemendapan sungai ialah penimbunan/longgokan bahan/sedimen/pasir/kelikir yang diangkut akibat tenaga dan halaju sungai semakin berkurangan apabila kecerunan sungai semakin landai

b) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai1. Isipadu air berkurangan

2. Halaju air berkurangan3. kecerunan semakin landai/ graviti berkurangan4. bahan muatan bertambah5. halangan fizikal –tanah runtuh, pokok6. bentuk alur/berliku/tidak rata7. kurang tanaman litupan bumi

c) Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di Malaysia

1. Penguatkuasaan undang0undang2. perancangan pembangunan3. kempen dan pendidikan4. meluruskan sungai5. mendalam kan sungai6. membersihkan sungai7. melebarkan sungai8. struktur kejuruteraan/benteng/cerucuk/tembok9. menanam tanaman tutup bumi

10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbangProfil pantai seimbang boleh berlaku apabila kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama

b) Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbangFaktor fizikal

1. kekuatan ombak2. arus pesisir /tempur3. pasang surut4. tektonik/tsunami

Faktor manusia1. penambakan dan pendalaman pinggir pantai2. pemusnahan dan penebusgunaan kawasan paya bakau3. pembinaan tembok dan benteng batu4. pemupukan pasir pantai5. benteng pemecah ombak

17

Page 18: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

c) Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusiaHakisan melebihi pemendapan

1. aktiviti pelancongan terjejas2. perniagaan terjejas3. pengangkutan dan perhubungan terjejas

Pemendapan melebihi hakisan1. gangguan terhadap aktiviti nelayan2. pelancongan dan rekreasi3. perlombongan- pasit meningkat

11 Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungai a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai?

Luahan sungai merujuk kepada isi padu air sungai yang mengalir

melalui titik di aliran sungai pada suatu masa yang tertentu yangdiukur dalam unit meter padu persaat ( m³/saat ).

ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur.Pengukuran luahan sungai.Halaju aliran ( m³/saat ) x Keratan rentas sungaiContoh :Halaju : 0.1 m³/saatKeratan rentas : 5 m²Luahan = 0.1 X 5

= 0.5 m³/saat b) i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur?

- Pengukuran halaju>bola ping pong diletakan di atas aliran sungai pada jarak

tertentu> ukur jarak panjang aliran sungai berdasarkan jarak yang dipilih iaitu X ( titik permulaan letak bola ping pong ) dan Y ( titik penghujung

aliran bola ping pong tersebut ).- Jika jarak X hingga Y = 10 meter dan masa yang diambil untuk bola ping pong bergerak dari X ke Y ialah 100 saat.- Maka: 10m/100saat = 0.1 meter / saat

ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran sungai tersebut1. Isi padu dan halaju air- halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan isipadu air sungai.- hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir.2. Kecerunan- halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasarsungai.- halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.- sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini.- sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai.- di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.3. Bentuk alur- Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak.- Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang.Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.4. Jenis batuan- tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat.

18

Page 19: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

- manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentukdaripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat.5. Bahan muatan- bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan.- bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.

c) i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan kajian- dataran banjir - delta- tasik ladam - tetambak- pulau

ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan tersebut kepada aktiviti manusia

- dataran banjir - pertanian, penternakan,- delta – pertanian, penternakan- tasik ladam - akuakultur, pelancongan- tetambak – pertanian- pulau - pelancongan

12. Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantaia) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut

- landai - curam - berpasirb) i) Nyatakan kaedah mengukur arah ombak

-alat - jangka sudut- jangka sudut diselarikan dengan garis pantai dan dapatkan bacaannya

ii)Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka bumi pinggir pantai di kawasan kajian

- Ombak pembina- gelombang limpah – membawa bahan dari laut ke pinggir pantaimenggalakan Proses pemendapan – bentuk pantai lebih landai.

- Ombak pembinasa- gelombang ljunam – membawa bahan dari pinggir pantai ke laut- menggalakan proses hakisan – bentuk pantai lebih curam

c) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan pinggir pantai1. Pendedahan Pantai- pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.2. Arus- arus bergerak selari dengan pantai.- bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan pantai.- berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.3. Bahan- kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi berbanding pemendapan.- bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai agen yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan pinggir pantai akan terhakis.4. Batuan- pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.- pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun lagaan.- pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras (daripada kumpulan igneus )- seperti batu granit biasanya lebih keras dan susah terhakis.- pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur.5. Cerun pantai- pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.

19

Page 20: Sistem Geomorfologi Pbstpm

MODUL PENTAKSIRAN BARU STPM GEOGRAFI

- bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.6. Orientasi pantai- pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung. - pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.- tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.

7. Tumbuhan- tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.- sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.

d) Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti manusia- Perikanan – aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan- Akuakultur- ternakan ikan dalam sangkar/ udang/kerang- Pelancongan / rekreasi – pantai, beting pasir- Perlombongan pasir- pantai/beting pasir

20