geo1-geomorfologi & perubahan aras laut

70

Upload: siti-nabila-aishah

Post on 21-Jun-2015

704 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 2: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

KONSEP PROSES BENTUK MUKA BUMI PINGGIR

PANTAI KAITAN ANTARA SISTEM

GEOMORFOLOGI DENGAN MANUSIA

TEORI-TEORI FAKTOR-FAKTOR

Page 3: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 4: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 5: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PANTAI:-a)umum-zon yg terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak.b)khusus-satu jalur linear daratan yg terdiri daripada timbunan bahan mendak yg peroi.

Page 6: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

CTH2 PANTAI BERPASIR YG BERSIH & INDAH:- -pantai di pulau2 Langkawi -pantai Mersing di Johor -pantai Cherating di Pahang -pantai Batu Buruk di Terengganu

Page 7: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

AGEN2 YG BERTINDAK DI ZON PINGGIR PANTAI:- -ombak -arus lautan -arus pasang surut -tindakan angin

Page 8: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PROSES

HAKISAN OMBAK

PENGANGKUTAN OMBAK

PEMENDAPAN OMBAK

TINDAKAN HIDRAULIK

TINDAKAN GESELAN

TINDAKAN LAGAAN

TINDAKAN LARUTAN

HANYUTAN PESISIR PANTAI

GOLEKAN

AMPAIAN

SERETAN

Page 9: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 10: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 11: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Disebabkn oleh kuasa air laut itu sendiriombak akan memasuki rekahan pada batuan di tepi pantai.apabila air laut memasuki & memenuhi rekahan batuan, ia akan memanfatkan udara yg ada dalam rekahan dan mengalami pengembangan.apabila ombak mengundur, udara yg berada dalam rekahan akan menguncup dan rekahan mengalami kenduran.proses pengembangan & pengucupan yg berulang kali dialami oleh rekahan batuan akibat “swash” & “backwash” yg bersilih ganti,lama kelamaan rekahan akan mjadi lbh luas &dlm,akhirnya memecah & meruntuhkn cenuram/tanjung berkenaan.

Page 12: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Melibatkan bahan-bahan/muatan yg dibawa oleh ombak dgn batuan di kaki cenuram @ tanjung yg mengadap ombak.Bahan ombak (batu pasir,kerikil,batu lada,serpihan batuan) bertindak sebagai alat penghakis untuk menggesel & menghauskan kaki cenuram.Keberkesanannya bergantung kepada kekerasan bahan yg dibawa oleh ombak.Tanpa bahan ombak yg bertindak sebagai alat penghakis,maka proses kikisan tidak terjadi.

Page 13: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Melibatkan perubahan saiz & bentuk pd bahan-bahan pantai apabila mereka berlanggar & berlaga sesama sendiri sehingga ia pecah & saiznya menjadi kecil.Cth:-batu tongkol bertukar menjadi serpihan-serpihan prismatik yg lebih kecil akibat perlanggaran.Perlanggaran berlaku dalam 2 arah iaitu ke atas & ke bawah semasa damparan & semasa lurutan ombak.

Page 14: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Proses hakisan laut secara kimia.Air laut bertindak melarutkan mineral batuan yg ada di pinggir pantai.Terutama mineral yg mudah larut & bersifat menyerap air (kalsium karbonat dlm batu kapur & dolomit)Air laut bertindak sebagai pelarut.Mineral batuan bertindak sebagai bahan larutan.Menghasilkan komposisi mineral yg baru (hasil larutan).Cth:-jika mineral kalsium karbonat akan mjadi kalsium hidrogen karbonat @ kalsium bikarbonat.

Page 15: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI… Kecerunan pantai. Pengaruh struktur geologi/jenis batuan. Kekuatan ombak. Tenaga ombak. Jenis ombak. Arus lautan dan pesisir pantai. Angin. Arah kedatangan ombak. Kuantiti beban muatan ombak. Orientasi pantai. Litupan tumbuh-tumbuhan. Proses pasang surut. Kestabilan aras laut. Tindakan manusia.

Page 16: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

GUA,GEO (ANAK

TELUK),GLOUP

(LOHONGOMBAK)

BENTUK MUKABUMI

HAKISAN OMBAK

TEBINGTINGGIDAN

PENTASHAKISANOMBAK

GERBANGLAUT,BATU

TUNGGULDAN

TUNGGULSISA

TANJUNGDAN

TELUK

Page 17: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Terbentuk secara serentak di kawasan yang pinggir pantainya mempunyai susunan batuan yang berselang-seli antara batuan lembut dengan batuan keras.

Ombak akan menghakis batuan yang lembut sehingga membentuk teluk manakala batuan yang keras akan tertinggal membentuk tanjung (kawasan daratan yang menganjur ke laut).

Page 18: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Tindakan hakisan ombak akan menghakis batuan yang terletak di antara aras air pasang dengan aras air surut.

Tindakan hakisan ombak yang berterusan menyebabkan satu lekukan terbentuk.

Bahan yang terhakis akan dimendapkan secara berterusan di bahagian pantai luar sehingga terbentuknya teres luar pesisir.

Proses hakisan dan pemendapan yang berterusan menyebabkan lekukan tersebut runtuh lalu membentuk cenuram.

Tindakan hakisan yang berterusan menyebabkan pengunduran cenuram dan terbentuklah pentas hakisan ombak.

Page 19: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Rekahan pada cenuram yang mengadap ke laut lazimnya berada di antara aras air pasang dengan aras air surut.

Akibat hakisan ombak yang berterusan, maka rekahan di perluas dan diperdalamkan untuk menghasilkan gua.

Tindakan hidraul ombak akan memampatkan udara yang ada di dalam rekahan lalu menekan dinding-dinding berkenaan.

Proses yng berulang akan menyebabkan rekahan menjadi lebih luas dan mendalam.

Page 20: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Sekiranya terdapat rekahan menegak di bumbung pembesaran hingga membentuk lohong yang menembusi bumbung gua.

Setiap kali luruan (swash) ombak, ir akan terpercik keluar melalui lohong ini dan bentuk muka bumi berkenaan dinamakan gloup/lohong ombak.

Proses hakisan yang berterusan juga membolehkan bumbung gua dengan lohong ombak runtuh, membentuk anak-anak teluk yang kecil yang dinamakan sebagai geo.

Page 21: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Gerbang laut terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelasan ke atas dua buah gua yang bergabung dan terletak secara bertentangan di atas sebuah tanjung.

Apabila terdapat dua buah gua yang terbentuk sebelah menyebelah satu tanjung, kedua-duanya boleh membentuk satu tembusan laut.Tembusan laut dengan rabung di atas ini dikenali sebagai gerbang laut.

Page 22: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Batu tunggul dan tunggul sisa terbentuk hasil daripada runtuhan bumbung gerbang laut yang pada awalnya berasal dari proses pembentukan gua.

Disebabkan kuasa hakisan laut yang berterusan dan melalui proses luluhawa, bumbung gerbang itu akan runtuh membentuk batu tunggul.

Batu tunggul yang terdedah secara berterusan terhadap hakisan ombak akan membentuk tunggul sisa. Contoh batu tunggul dan tunggul sisa boleh ditemui di pantai Bukit Keluang, Besut Terengganu.

Page 23: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 24: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 25: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Berlaku apabila ombak menuju ke pesisir pantai secara menyerong.Damparan ombak yg dihasilkan apabila ombak memecah ke gigi air bergerak ke pantai dari arah menyerong.Setelah sampai ke had damparan, air akan turun semula ke arah gigi air kerana tarikan aktiviti sbg basuhan balik.

Page 26: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Basuhan balik bergerak secara bersudut tepat dgn garisan pinggir laut.Pergerakan damparan & basuhan balik ini akan turut menggerakkan zarah-zarah pasir,kerikil,kelodak dan lumpur di pantai secara zig-zag.

Page 27: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Hanyutan pesisir pantai amat berkesan di kawasn pinggir laut yang lurus.Oleh kerana cerun permukaan pesisir pantai adalah landai,tenaga basuhan balik adalah semakin berkurangan.Dengan ini,beban ombak akan dimendapkan di pinggir laut.

Page 28: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

beban yang kasar,berat dan tumpat seperti batu tongkol dan pasir kasar akan diangkut secara golekan.Satu proses menyeret beban tersebut sedikit demi sedikit oleh arus ombak.Pengangkutan sebegini memerlukan tenaga kinetik yang kuat bagi membolehkan beban itu bergerak.Kadar pergerakan beban ini tidak selaju arus ombak.

Page 29: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Beban yang ringan seperti bahan terhakis dan halus yang membentuk kumin-kumin kecil seperti pasir,lumpur dan kelodak serta bahan yang mempunyai daya apungan seperti daun-daun kayu atau batang kayu yang ringan akan diangkut dalam bentuk ampaian atau apungan.

Page 30: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Satu proses menyeret beban tersebut sedikit demi sedikit di dasar laut.Pengangkutan sebegini memerlukan tenaga kinetik yang kuat bagi membolehkan beban itu bergerak.Kadar pergerakan beban ini tidaklah selaju arus ombak.

Page 31: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN OMBAK… Tenaga arus. Tenaga ombak. Kecerunan. Angin. Pasang surut. Tumbuh-tumbuhan. Orientasi pantai. Jenis dan saiz bahan. Halangan.

Page 32: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 33: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung yang halaju ombaknya berkurangan kerana angin yang bertiup adalah lemah.

Ombak pembina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut kerana damparannya lebih kuat daripada basuhan balik.

Menyebabkan terjadinya ombak pembina.

Page 34: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN OMBAK:-

Tenaga arus. Tenaga ombak. Kecerunan. Angin. Pasang surut. Tumbuh-tumbuhan. Orientasi pantai. Jenis dan saiz bahan. Halangan.

Page 35: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

BENTUK MUKA BUMIPEMENDAPAN

OMBAK

PANTAI

BUKIT-BUKIT PASIR

ANAKTANJUNG

BETINGPASIR

Page 36: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Satu kawasan pinggir laut yang terletak antara tikas air surut yang terendah dengan tikas ait pasang yang tertinggi.

Terbentuk dengan sempurna dan ideal biasanya terdiri daripada beberapa bahagian:- a)pantai ribut -terletak pada aras yg paling tinggi -terdiri daripada timbunan batu lada yang kasar

Page 37: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

b)permatang pantai/berm -hasil longgokan bati kelikir oleh ombak pembina c)bucu pantai -pemisah antara bahagian atas pantai yg bercerun curam dengan bahagian bawah pantai yg bercerun landai d)riak pasir -terletak di bahagian bawah pantai yang bercerun landai e)permatang yang rendah dan beralur- alur kecil•Bahan-bahan yg mbentuk pantai berasal daripada beberapa sumber utama:- -dari kawasan yg diangkut oleh sungai (bahan regolit luluhawa &bahan hakisan)

Page 38: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

-bahan daratan juga dibawa oleh angin seperti debu & pasir yang dimendapkan di pantai.-berasal dari laut (pasir,batu lada,kulit-kulit kerang yang diangkut serta dimendapkan oleh ombak).•Bahan dari laut adalah lebih banyak berbanding dengan bahan dari daratan.

Page 39: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Iaitu semua bentuk permatang pasir & batu kerikil yang ditimbunkan oleh ombak di pinggir laut.

Jenis-jenis beting pasir:- a)beting pasir luar pantai -permatang pasir yg rendah & selari dgn garis pantai -terletak di zon ombak pecah & dipisahkan dari pantai oleh kawasan laut yg cetek yang dikenali sebagai lagun.

Page 40: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

-dibentuk oleh ombak junam yg pecah lantas mewujudkan putaran,menggali pasir & memendapkan di sebelah belakangnya. -sifat beting pasir ini tidak kekal, ia akan musnah apabila ditimpa oleh ombak ribut. b)beting pasir muka teluk -terbentuk di kawasan pantai yang berteluk-teluk dan hampir menutupi muka teluk dari laut lepas. c)beting pasir bucu pantai -sekiranya proses pemendapan blaku dari dua arah yang bertentangan

Page 41: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

sehingga menyebabkan hujung beting pasir tersebut bersanbung ia akan mewujudkan beting pasir bucu pantai. e)tombolo -dalam keadaan tertentu arus pesisir pantai boleh mengangkut dan menyebarkan beting pasir dari pntai hingga bersambung dengan pulau yg berdekatan. -bentuk ini dinamakan sebagai tombolo.

Page 42: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Bentuk hasil penimbunan ombak dan arus pesisir pantai.

Permatang yg bersambung dengan pantai & hujungnya menganjur masuk ke laut.

Terbentuk dalam keadaan berikut:- -apabila terdapat perubahan pada garis pantai dari lurus ke melengkung. -terdapat garis pantai yang berteluk atau bermuara.

Pembentukannya berkait rapat dengan arus pesisir pantai yg mengangkut

Page 43: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

bahan enapan di spanjang garis pntai.apabila tiba di bahagian pantai yang

melengkung/berteluk/muara maka arus pesisir pantai akan terlajak dan tenaganya menjadi lemah.

Kesannya ia akan memendapkan bahan-bahan yg dibawa di sepanjang lajakannya tadi & bentuk pemendapan seolah-olah seperti taji.

Proses yang berterusan anak tanjung boleh berkembang menjadi lebih rencam dan kompleks.

Page 44: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Angin juga ialah agen geomorfologi yg berpengaruh di pinggir pantai.

Bentuk yg penting akibat pemendapan angin ialah bukit pasir/diun pasir.

Boleh terbentuk dan berkembang dgn baik dan ketinggiannya meningkat antara 5 hingga 15 meter.

Bentuknya berbeza-beza antara satu sama lain.

bukit pasir juga tidak kekal & sering kali musnah/berubah apabila adanya tiupan angin kencang/ribut.

Page 45: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 46: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Boleh dilihat dengan 2 keadaan:- -geomorfologi yang berpotensi mendorong kepada pelbagai jenis aktiviti manusia. (aktiviti pertanian,petempatan,pelancongan, pembinaan infrastruktur dan sebagainya) -geomorfologi yang bersifat menghalang kepada aktiviti manusia. (kawasan lurah,gaung,lereng bukit yang curam, kawasan paya,tasik dan lain-lain)

Page 47: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

berpotensi utk aktiviti-aktiviti ekonomi berikut:- PERTANIAN

-Tanah Tinggi Cameron,Pahang & Tanah Tinggi Kundasang di Sabah dimajukan utk tanaman teh, sayur-sayuran & bunga-bungaan (iklim sederhana sejuk sekitar 19’c) -Indonesia & Filipina, lereng-lereng gunung berapi dijalankan aktiviti penanaman padi sawah. (kawasannya subur kerana tanih jenis lava bes yg terhasil dari letusan gunung berapi) -cerun-cerun gunung berapi dipotong utk membina rangkaian teres (mhalang hakisan &mmudahkan pengairan sawah padi)

Page 48: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PELANCONGAN -dimajukan dengan membina pusat-pusat rekreasi, hotel,resort,chalet,padang golf,sistem pengangkutan serta perhubungan dan sebagainya. -tarikan semula jadi sprti keadaan suhu yg nyaman, landskap yg menarik,adanya air terjun,gua dan landskap buatan manusia. -Malaysia (Genting Highland,Bukit Fraser,Tanah Tinggi Cameron,& Tanah Tinggi Cameron) -Switzerland (Gunung Matterhorn) ~pemandangan yg menarik dengan gunung-ganang yg bersalji disamping kesan ciri-ciri fizikal yg telah dihakis glasier ~membolehkan aktiviti meluncur salji di sekitar pergunungan Gstaad,Zermatt dan Titlis.

Page 49: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

•PENJANAAN TENAGA HIDROELEKTRIK -Memiliki sungai yg beraliran deras & kawasan tadahan air yang luas. -Halaju air yg tinggi dengan kapasiti air yg banyak menjadi potensi besar utk membina empangan hidroelektrik. -Malaysia:- a) Empangan Kenyir b) Empangan Temenggor c) Empangan Cenderoh d) Empangan Bersia

Page 50: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PEMBALAKAN -kurang daripada 1200 meter dari aras laut lazimnya diliputi oleh hutan yg tebal -Asia Tenggara (ditumbuhi oleh hutan monsun tropika & hutan hujan tropika) -Malaysia:- ditumbuhi Hutan Hujan Tropika yang amat kaya dengan pokok kayu keras. (cengal,meranti,keruing,seraya & balau) -pokok kayu keras amat berharga & bernilai tinggi (dijadikan kawasan pembalakan) - kayu-kayu yg ditebang, dihanyutkan ke sungai yg mengalir ke tanah rendah. -sungai menjadi laluan pengangkutan.

Page 51: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Kepentingannya:-PUSAT PETEMPATAN PENDUDUK

-khususnya kawasan tanah pamah yg disaliri oleh sungai. -faktor tapak bina yg mudah utk didirikan bangunan kediaman, lebih selamat & mempunyai kemudahan pengangkutan. -mudah berkembang pesat sehingga mjadi bandar- bandar besar. (Bandar Raya Kuala Lumpur,Ipoh,Johor Baharu & Kuching) -kawasan dataran pantai menjadi tumpuan penduduk kerana kaya dengan sumber perikanan disamping menjadi kawasan pelabuhan.

Page 52: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PERTANIAN -kawasan tanah pamah rata sprti delta sungai akan ditanami dengan padi sawah. (delta Kedah & Kelantan,Delta Chao Phraya di Thailand & Delta Mekong di Indo China) -kawasan tanah pamah beralun ditanam dengan tanaman kelapa sawit & getah. (kawasan JENGKA,KEJORA,KETENGAH & KESEDAR) -kawasan dataran pantai ditanam dengan tanaman kelapa.

Page 53: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PENGANGKUTAN -jaringan pengangkutan mudah dibina kerana tidak memerlukan kos yang besar serta lebih selamat. -topografinya yg rata memudahkan pembinaan jaringan lebuh raya,jalan raya,jalan keretapi & lapangan terbang. -memiliki darjah ketersampaian yg tinggi. -kawasan dataran pantai yg berteluk & terlindung akan dijadikan pelabuhan perdagangan. (Pelabuhan Klang,Pelabuhan Pasir Gudang, Tanjung Pelepas & Pelabuhan Kuantan)

Page 54: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Sistem geomorfologi boleh mjadi penghalang kepada aktiviti manusia.Kesan pengaruh determinisme alam sekitar akan kelihatan apabila dirujuk kpd bentuk muka bumi. (banjaran gunung,lurah/gaung yg dalam,halangan tasik yg luas,jeram,air terjun & sebagainya)Sukar utk dibina petempatan, laluan pengangkutan & kegiatan pertanian.Jika petempatan dibina ia akan terdedah kpd risiko tanah runtuh yg boleh memusnahkan harta benda & mengancam nyawa manusia.

Page 55: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

Kemampuan teknologi & desakan pembangunan, manusia akan sedaya upaya mengubahsuai halangan-halangan dari sistem geomorfologi dengan cara memotong,menarah,meneres cerun bukit yg curam serta menimbus lurah, paya & sebagainya.Perubahan ini akan menyebabkan pelbagai dampak ke atas sistem geomorfologi seperti kejadian hakisan tanah, tanah runtuh, tanah mendap & lain-lain lagi yg pasti akan mengimpak manusia kembali.

Page 56: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut
Page 57: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PERUBAHAN ARAS LAUT

EUSTATIK

PERUBAHAN ARAS LAUT

MENDAPAN

PERUBAHAN

ISOSTASI

PERUBAHAN ARAS LAUT

TEKTONIK

Page 58: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

KESEMUA PANTAI YANG ADA PADA MASA KINI UMUMNYA TERBENTUK

HASIL DARIPADA KEJADIAN MASA LAMPAU.

PANTAI INI TERBENTUK AKIBAT PERUBAHANARAS LAUT SAMA ADA PENURUNAN ATAU

KENAIKAN ARAS LAUT.PERUBAHAN AARAS LAUT KETARA

BERLAKU DISEBABKAN OLEH FAKTOR EUSTATIK DAN TEKTONIK.

Page 59: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PERUBAHAN ARAS LAUT TEKTONIK

BERKAIT RAPAT DENGAN PERGERAKAN DASAR LAUT YANG MENGALAMI PENIMBULAN ATAU ATAMAN.

PROSES PENIMBULAN DISEBABKAN OLEH HIMPITAN DASAR LAUT YANG MENYEBABKAN DASAR LAUT BERLIPAT SEHINGGA MENGAKIBATKAN ARAS LAUT TERANGKAT.

PROSES ATAMAN BERLAKU DISEBABKAN KEJATUHAN DASAR LAUT AKIBAT REGANGAN JUGA MENYEBABKAN ARAS LAUT TERANGKAT.

PROSES ATAMAN YANG BERLAKU DISEBABKAN OLEH KEJATUHAN DASAR LAUT AKIBAT GELINCIRAN MENJADIKAN ARAS LAUT MENURUN.

Page 60: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PERUBAHAN ARAS LAUT EUSTATIK FAKTOR EUSTATIK BERKAIT RAPAT DENGAN

PERUBAHAN ARAS LAUT YANG DISEBABKAN OLEH PENGARUH GLACIO-EUSTATISM YANG BERKAIT DENGAN ZAMAN PENCAIRAN AIS BATU SECARA BESAR-BESARAN(PLEISTOSEN) KIRA-KIRA 1 JUTA TAHUN YANG LAMPAU.

KEJADIAN INI MELIBATKAN SEKURANG-KURANGNYA 4 ZAMAN AIS (NEBRASKHAN, KHANSAN, ILHONIAN DAN WISCONSIN).

PADA KEMUNCAK ZAMAN AIS, BERLAKU PEMBEKUAN SECARA BESAR-BESARAN DI DARATAN SEHINGGA MENYEBABKAN ISIPADU AIR LAUT BERKURANGAN DAN MENYEBABKAN ARAS LAUT MENURUN SEBANYAK 152 METER.

PADA ZAMAN ANTARA GLASIER, PENCAIRAN BERLAKU SECARA BESAR-BESARAN SEHINGGA MENYEBABKAN ARAS LAUT BERTAMBAH DAN ARASNYA TERANGKAT SECARA PERLAHAN-LAHAN.

Page 61: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

EUSTATIK GLASIERAN

(glasio-eustasi)

FAKTOR MANUSIA

EUSTATIK-ENAPAN

(sedimen-eustasi)

EUSTATIK-METEORIT(meteor-eustasi)

EUSTATIK TEKTONIK(tektono-eustasi)

Page 62: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

MERUJUK KEPADA PERUBAHAN ARAS LAUT YANG BERPUNCA DARIPADA PENCAIRAN AIS SECARA BESAR-BESARAN YANG BERLAKU PADA ZAMAN AIS PLEISTOSEN.

PADA AWAL PLEISTOSEN DIPERCAYAI SEBAHAGIAN BESAR BUMI DILIPUTI AIS.

PADA AKHIR PLEISTOSEN, SUHU DUNIA MENINGKAT YANG MENYEBABKAN GLASIER TELAH MENCAIR SECARA BESAR-BESARAN DAN MEMBANJIRI LAUT.

KESANNYA ARAS LAUT TELAH MENINGKAT DAN MENENGELAMI KAWASAN-KAWASAN PINGGIR PANTAI YANG RENDAH.

Page 63: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PERUBAHAN ARAS LAUT YANG TERJADI AKIBAT GERAKAN-GERAKAN TEKTONIK YANG BERLAKU DI DASAR LAUT (letusan gunung berapi dasar laut, gempa bumi dasar laut, perlanggaran dan pencapahan plat- plat tektonik di dasar laut serta gerakan epirogenik dan gerakan orogenesis).

WALAUPUN SKALA GERAKAN TEKTONIK INI BERSIFAT SETEMPAT, TETAPI AKIBAT GERAKANNYA BOLEH MENINGKATKAN ARAS LAUT DENGAN MENDADAK. -contohnya:-gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman, 100 km dari Banda Acheh pada 26 Disember 2004.

Page 64: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

BERPUNCA DARIPADA PERTAMBAHAN BAHAN-BAHAN YANG DIENAPKAN DI DASAR LAUT.

BAHAN-BAHAN ENAPAN TERSEBUT BERPUNCADI DARATAN .(bahan yang dikeluarkan oleh gunungberapi, bahan enapan yang dibawa oleh sungai dan

bahan enapan glasier).KESEMUA BAHAN ENAPAN INI DIBAWA OLEH

SUNGAI DAN CAIRAN GLASIER LALU DIMENDAPKAN DI DASAR LAUT.

DASAR LAUT MENJADI SEMAKIN CETEK DAN KESANNYA ARAS LAUT AKAN MENINGKAT.

Page 65: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

BERPUNCA DARIPADA LUAR BUMI.SEKIRANYA METEORIT JATUH KE LAUT

MAKA TENAGANYA YANG KUAT AKAN MEWUJUDKAN GELOMBANG YANG BESAR YANG BOLEH MENINGKATKAN PARAS LAUT.

Page 66: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

AKTIVITI MANUSIA (perindustrian, pengangkutan, penyahutanan, pembandaran

dan pembakaran terbuka menyumbang kepada kesan rumah hijau dan penipisan

lapisan ozon).KESANNYA BERLAKU FENOMENA

PEMANASAN GLOBAL.PEMANASAN GLOBAL MEMBOLEHKAN

LITUPAN AIS KUTUB DAN PERGUNUNGAN CAIR DAN MELIMPAH KE LAUT DI

SAMPING MENINGKATKAN ISIPADU AIR LAUT ITU SENDIRI, SEKALIGUS MENINGKATKAN ARAS LAUT.

Page 67: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PERUBAHAN ARAS LAUT MENDAPAN

BERKAIT DENGAN PERTAMBAHAN BEBAN DASAR LAUT HASIL PEMENDAPAN HAKISAN YANG BERLAKU DI DARATAN YANG DIMENDAPKAN DI DASAR LAUT.

KEADAAN INI MEMPENGARUHI PENURUNAN ARAS LAUT KERANA DASAR LAUT BERTAMBAH BERAT DAN SEBALIKNYA BLOK DARATAN SEMAKIN RINGAN.

Page 68: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PERUBAHAN ISOSTASI DITAKRIFKAN SEBAGAI KEADAAN

KESEIMBANGAN BLOK-BLOK BUMI APABILA IA MENGALAMI PERTAMBAHAN DAN PENGURANGAN BERAT BEBAN.

SEBENARNYA LAPISAN KERAK BUMI (BLOK-BLOK BUMI) “seakan-akan terapung di atas lautan magma yang panas” ATAU ATAS LAPISAN ASTENOSFERA YANG BERSIFAT SEPARA CAIR YANG BERADA DI ATAS MANTEL BUMI.

ANDAIAN ARAS LAUT TIDAK BERUBAH -maka pertambahan berat beban yang

dialami oleh blok-blok bumi menyebabkan blok-blok bumi tersebut menurun lantas berlaku kenaikan aras laut.

-apabila berat beban berkurangan, blok-blok bumi menjadi ringan dan terangkat dan aras laut kelihatan menurun.

Page 69: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut

PEMBEBANAN DAN PENGURANGAN BEBAN AKIBAT PROSES PEMBEKUAN DAN PENCAIRAN GLASIER (ZAMAN PLIESTOSIEN).

BEBAN BERTAMBAH DAN BERKURANGAN KERANA PROSES PENGGONDOLAN DAN PEMENDAPAN BAHAN ENAPAN OLEH AIR MENGALIR (SUNGAI).

BEBAN BERTAMBAH ATAU BERKURANGAN AKIBAT LETUSAN GUNUNG BERAPI YANG MEMUNTAHKAN LAVA, PIROKLAS SERTA DEBU.

(letusan gunung berapi Karakaton di Indonesia pada tahun 1883 telah memuntahkan bahan sejumlah 18 km padu yang menyebabkan kenaikan aras laut dan banyak pulau-pulau kecil disekitarnya tenggelam di dasar laut.

CARA BLOK BUMI MENGALAMI PERTAMBAHAN DAN PENGURANGAN BERAT BEBAN

Page 70: GEO1-Geomorfologi & Perubahan Aras Laut