sisi obuda ya

2
PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah swt. Menurut kamus dewan edisi ke 3(1996) dalam muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dr. Mohd. Arshad hj. Taib telah menyatakan budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan

Upload: lenny-mangai

Post on 12-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sisi

TRANSCRIPT

Page 1: Sisi Obuda Ya

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.

Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah swt.

Menurut kamus dewan edisi ke 3(1996) dalam muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dr. Mohd. Arshad hj. Taib telah menyatakan budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Oleh itu, saya akan menerangkan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya didalam bilik darjah dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya juga saya akan merangka rancangan pengajaran pendidikan islam dan menerapkan nilai kebudayaan kepada murid. Sesungguhnya, saya ingin menyatakan bahawa subjek pendidikan islam bukan hanya untuk orang islam tetapi kepada semua. Ianya jelas apabila setiap yang islam amalkan itu menerapkan nilai keharmonian dan menanam sikap toleransi dan menghormati sesama manusia.

Page 2: Sisi Obuda Ya

http://cikguhafiz18.blogspot.com/2014/03/budaya-dan-pembelajaran-edu-3106.html