proses zikir bicara hatiproses zikir bicara hati mempercepatkan penyelesaian masalah ya awwal...

2
PROSES ZIKIR BICARA HATI Diagnosis Masalah Ya Zohir Allahumma Ya Zohir, nampakkan padaku punca masalah ini dan berikan petunjuk kepada penyembuhan masalah ini dan bukalah jalan penyelesaian dan kurniakan kami kebijaksanaanMu dalam membantu hambaMu ini. Tips Memohon Ketenangan, Kedamaian Hati Dan Fikiran Ya Salam Ya Baasith Allahumma Ya Salam Ya Baasith, tenangkan dan lapangkanlah hati dan fikiranku agar daku dapat mengharungi kehidupan ini dengan tenang dan tabah. Tips Untuk Menerima Dan Redha Dengan Ujian/Masalah Hidup Ya Qodir Allahumma Ya Qodir, sesungguhnya masalah ini datang dariMu sebagai tanda kasihMu padaku dan daku redha atas ujian ini. Tips Membuka Hijab dan Memancarkan Cahaya Makrifat Ya Fattah Allahumma Ya Fattah Yang Maha Membuka, bukalah hijab yang menghijab antaraku denganMu. Ya Allah Ya Nuur Yang Maha Memancarkan Cahaja, pancarkan cahaya Makrifat dalam jiwaku agar daku mampu melihat sifat-sifat dan nama-namaMu di sebalik setiap manusia dan peristiwa. Tips Memohon Kesabaran Ya Sobur Allahumma Ya Sobur, kurniakanlah kesabaranMu padaku agar daku menjadi hambaMu yang sabar dalam menanggung ujianMu ini. Tips Memohon Hati Yang Sentiasa Hidup Dan Segar Ya Muhyi Allahumma Ya Muhyi, hidupkan dan segarkan jiwaku yang sering mati kerana melupaiMu, jadikan jiwa ini sentiasa mengingatiMu. Tips Berfikiran Positif Terhadap Kehidupan/ Masalah Ya Quddus Ya Jalil Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, sesungguhnya Engkau yang Maha Menyucikan lagi Maha Menjernihkan, sucikan dan jernihkan hatiku daripada perkara negatif dan berburuk sangka dalam memahami hakikat kehidupan. Tips Mempercepatkan Sesuatu Kerja Ya Awwal Ya Rashid Allahumma Ya Awwal, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Mempercepatkan setiap sesuatu, kami ini hambaMu yang tidak mampu mempercepatkan dan melajukan projek kami, kami merintih dan merayu kepadaMu agar dangan kehebatanMu, projek ini dapat disiapkan dengan segera untuk kebaikan manusia demi kerana mencari redhaMu. www.universityofasmaulhusna.com International University Of Asmaul Husna www.klinikasmaulhusna.com Klinik Asmaul Husna

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSES ZIKIR BICARA HATIPROSES ZIKIR BICARA HATI Mempercepatkan Penyelesaian Masalah Ya Awwal Allahumma Ya Awwal, percepatkan penyelesaian masalah hambaMu ini. Kasihanilah aku Ya Allah

PROSES ZIKIR BICARA HATI

Diagnosis Masalah Ya Zohir Allahumma Ya Zohir, nampakkan padaku punca masalah ini dan berikan petunjuk kepada penyembuhan masalah ini dan bukalah jalan penyelesaian dan kurniakan kami kebijaksanaanMu dalam membantu hambaMu ini.

Tips Memohon Ketenangan, Kedamaian Hati Dan Fikiran

Ya SalamYa Baasith

Allahumma Ya Salam Ya Baasith, tenangkan dan lapangkanlah hati dan fikiranku agar daku dapat mengharungi kehidupan ini dengan tenang dan tabah.

Tips Untuk Menerima Dan Redha Dengan Ujian/Masalah Hidup

Ya Qodir Allahumma Ya Qodir, sesungguhnya masalah ini datang dariMu sebagai tanda kasihMu padaku dan daku redha atas ujian ini.

Tips Membuka Hijab dan Memancarkan Cahaya Makrifat

Ya Fattah Allahumma Ya Fattah Yang Maha Membuka, bukalah hijab yang menghijab antaraku denganMu. Ya Allah Ya Nuur Yang Maha Memancarkan Cahaja, pancarkan cahaya Makrifat dalam jiwaku agar daku mampu melihat sifat-sifat dan nama-namaMu di sebalik setiap manusia dan peristiwa.

Tips Memohon Kesabaran

Ya Sobur Allahumma Ya Sobur, kurniakanlah kesabaranMu padaku agar daku menjadi hambaMu yang sabar dalam menanggung ujianMu ini.

Tips Memohon Hati Yang Sentiasa Hidup Dan Segar

Ya Muhyi Allahumma Ya Muhyi, hidupkan dan segarkan jiwaku yang sering mati kerana melupaiMu, jadikan jiwa ini sentiasa mengingatiMu.

Tips Berfikiran Positif Terhadap Kehidupan/Masalah

Ya QuddusYa Jalil

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, sesungguhnya Engkau yang Maha Menyucikan lagi Maha Menjernihkan, sucikan dan jernihkan hatiku daripada perkara negatif dan berburuk sangka dalam memahami hakikat kehidupan.

Tips Mempercepatkan Sesuatu Kerja

Ya AwwalYa Rashid

Allahumma Ya Awwal, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Mempercepatkan setiap sesuatu, kami ini hambaMu yang tidak mampu mempercepatkan dan melajukan projek kami, kami merintih dan merayu kepadaMu agar dangan kehebatanMu, projek ini dapat disiapkan dengan segera untuk kebaikan manusia demi kerana mencari redhaMu.

www.universityofasmaulhusna.com International University Of Asmaul Husnawww.klinikasmaulhusna.com Klinik Asmaul Husna

Page 2: PROSES ZIKIR BICARA HATIPROSES ZIKIR BICARA HATI Mempercepatkan Penyelesaian Masalah Ya Awwal Allahumma Ya Awwal, percepatkan penyelesaian masalah hambaMu ini. Kasihanilah aku Ya Allah

PROSES ZIKIR BICARA HATI

Mempercepatkan Penyelesaian Masalah

Ya Awwal Allahumma Ya Awwal, percepatkan penyelesaian masalah hambaMu ini. Kasihanilah aku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim.

Tips Memohon Pertolongan

Ya RahmanYa RahimYa WahabYa Karim

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, tolong kami menyelesaikan masalah kami.

Tips Berbicara dengan Allah

Ya Sami’ Allahumma Ya Sami’ Yang Maha Mendengar, dengarilah bicara hatiku, ketika manusia mendengar keluhanku, Engkau tetap disisiku bersedia mendengar setiap keluhan dan rintihanku.

Tips Merasa Hadir Allah di sisi

Ya Bashir Allahumma Ya Bashir, walaupun tiada siapa melihatku, Engkau sentiasa datang melihatku setiap saat, bukan hanya melihat, tetapi Engkau Ya Wahhab sentiasa menolongku. Hanya Engkau yang pada hakikatnya yang sebenarnya mengasihi dan menyayangiku selama ini.

Tips Kesihatan Ya Salam Ya Fattah

Ya QuddusYa Karim

Allahumma Ya Salam, Sesungguhnya setiap penyakit Engkau takdirkan bersamanya Engkau turunkan penawar. Ya Fattah bukakanlah jalan kesembuhan buatku, bersihkan hatiku, darahku, segala penyakit yang ada pada tubuhku samada penyakit zohir atau batin. Sembuhkanku mengikut caraMu.

Tips Meleraikan Kebuntuan dan Konfliks Serta Membuka Jalan Keluar

Ya Fattah Allahumma Ya Fattah Yang Maha Membuka Jalan, kami mohon kepadaMu agar Engkau membuka kekusutan dan kebuntuan kami ini, dan bukalah jalan keluar bagi kami dalam menyelesaikan segala permasalahan kami dan halangan-halangan kami.

Tips Memohon Rezeki

Ya Razzaq Ya Ghoni

Ya Mughni

Allahumma Ya Razzaq, Ya Ghoni, Ya Mughni, kurniakan sedikit rezekiMu buat kami agar kami dapat belajar dan melakukan kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya lagi Maha Memberi Kekayaan.

PENGHAYATAN ASMA’UL HUSNADALAM MENANGANI STRESS1B

Handwriting Analysis Academy Malaysiahandwriting_analysis_malaysiawww.handwritinganalysis.my

Medina Essential medinaessential