membina kecemerlangan melalui kaedah...

21
MEMBINA KECEMERLANGAN MELALUI KAEDAH ASMAULHUSNA

Upload: vuhanh

Post on 09-Aug-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEMBINA KECEMERLANGAN MELALUI KAEDAH ASMAULHUSNA

Teknik Pergantungan dengan Allah melalui Menyeru Nama Asmaul Husna

Langkah Permulaan Penghayatan Asmaul Husna(Amalan Setiap Hari selama sekurang2nya 3 bulan)

Cara amalan: Zikir dibaca sebanyak 40x selepas setiap solat diiringi dengan bicara hati

Proses penyucian jiwaYa Affuw, Ya Ghaffar,

Ya Tawwab, Ya Quddus, Ya Jalil

Proses Pancarancahaya

Ya Nuur, Ya Haadi, Ya Haq

Proses Pagari jiwa Ya Hafiz, Ya Muhaimin

Proses penyerahanjiwa Ya Baari’

Proses kebijakan Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid

Proseskecemerlangan

99 Asmaul Husna

Proses MembukaHijab Ya Fattah

Proses MelembutkanHati Ya Latif

Proses Zikir

Ya Allah, Maafkanku, ampunku, terimalahtaubatku, bersihkan dan jernihkan hatiku dari

penyakit hati, karat dosa, berhala dunia, kotoran syirik dan syaitan yang mengalir di dalam darah

Ya Allah, pancarkan cahaya petunjukMu yang benar ke dalam hatiku

Ya Allah, lindungi, pelihara dan pagari hatiku daribisikan nasfu dan syaitan

Ya Allah, daku menyerahkan seluruh jiwa raga untuk agendaMu, jadikan daku abdiMu yang sejati

Ya Allah, kurniakanku ilmu maklrifat agar dakudapat mengenalMu

memanggil Nama Allah mengikutsituasi & keperluan sambil berbicara dengan Allah

Ya Allah, bukakan hijab antaraku dan Engkau

Ya Allah, lembutkan hatiku yang keras ini agar gementar hatiku ketika disebut namaMu

Bicara Hati

Mujahadahpenyucian

hati(Ya QohharYa Muqit)

Kurangkanmakan jasmani,

banyakkanmakanan rohani

(zikir)

Kurangkantidur,

banyakkantahajud

Kurangkanbercakap dgn

manusia, banyak

berbicara dgnAllah

Kurangkanshopping, banyak

bersedeqah

Kurangkanbersantai depan

TV/video, banyakkan ziarah

org sakit di hospital/rumah

Kurangkan online dgn makhluq

(whatsapp dll), banyakkan online dgn Allah melalui

zikir dan doa

TIPS PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA UNTUK PEKERJA CEMERLANG

TIPS Tips untuk ikhlas , bersih hati dan positif dalam pekerjaan Tips merancang dengan perancangan terbaik serta mengurus masa dan

agenda Tips melerai kebuntuan/konfliks serta membuka jalan yang tertutup Tips mengelak diri dari terjebak dengan

rasuah/penyelewengan/kepentingan dunia Tips mendapatkan kerjasama semua staf Tips mendapatkan sokongan boss Tips mendapatkan ilmu yang baru dan memudahkan faham Tips mendapatkan pendekatan/teknik baru Tips memotivasi diri dan mengelakkan kemalasan Tips menjadi seorang yang bercita2 tinggi, jauh pandangan dan berjiwa

besar Tips mewujudkan suasana ceria, bertolak ansur dan tolong menolong

sesama staf Tips Komunikasi berkesan Tips Mencapai matlamat diri, kerja dan organisasi

Tips untuk Ikhlas, bersih hati dan berfikiran positif dalam pekerjaan Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, Sesungguhnya Engkau Maha Suci lagi

Maha Jernih, Sucikan dan jernihkan hatiku daripada segala penyakit hati, karat dosa dan berhala dunia, pangkat, wang ringgit, anugerah, gelaran.

Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan fikiranku daripada berburuk sangka dan berfikiran negatif.

Tips merancang dengan perancanganterbaik serta mengurus masa Ya Allah Ya Baari’ Yang Maha Merancang, berilah kami

perancanganMu dan aturkan kerja kami dengan agendaMu. Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, Sesungguhnya Engkau Maha

Berilmu, bijaksana dan Pintar. Alirkan sedikit ilmu, kebijaksanaan dan kepintaranMu kepada kami dalam kami membuat perancangan ini.

Tips meleraikan kebuntuan dan konfliks dan membuka jalan Ya Allah Ya Fatah Yang Maha Membuka Jalan, kami mohon

kepadaMu agar Engkau membuka kekusutan dan kebuntuan kami ini, dan bukalah jalan bagi kami dalam menyelesaikan segala permasalahan kami dan halangan-halangan.

Tips mengelak diri dari terjebak denganrasuah/penyelewengan/kepentingandunia

Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Yang Maha Memelihara lagi Maha Melindungi, kami mohon kepadaMu agar memelihara dan melindungi jiwa kami daripada bisikan hawa nafsu dan syaitan, jauhkan kami dari rasuah, penyelewengan dan kepentingan dunia.

Tips mendapat kerjasama pertolongan semua staf Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim,

Sesungguhnya Engkaulah Yang Pemurah, penyayang, pembantu, bantulah kami dalam melakukan kerja yang sukar ini.

Tips menundukkan keegoaan dan kesombongan pekerja lain Ya Allah Ya Qohhar Ya Latif Ya Malik, Sesungguhnya Engkau Yang

Maha menundukkan, melembutkan hati dan membalik-balikkan hati, tundukkan egonya, lembutkan hatinya dan balik-balikkan hatinya untuk mendengar cadanganku.

Tips mendapat sokongan dan kelulusan bos/pihak atasan Ya Qohhar, Ya Latif, Ya Malik, yang Maha Menundukkan, Yang

maha Lembut, Yang Maha Membalik2kan hati, kami mohon agar Engkau tundukkan, lembutkan dan balik2kan hati bos kami untukbersetuju dengan cadangan kami.

Ya Alim, Ya Syakur, Yang Maha Mengetahui, Yang MahaMemahami lagi Maha Menghargai, jadikan bosku memahamicadanganku, menghargai apa yang ingin daku lakukan sehinggadia meluluskan dan memberi sokongannya. Sesungguhnya diadalam genggamanMu.

Tips mendapatkan ilmu yang baru danmudah faham(semasa menghadiri kursus/seminar)

Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, Sesungguhnya Engkau Maha Berilmu, Maha Bijaksana lagi Maha Pintar, kurniakan sedikit ilmu, kebijaksanaan dan kepintaranMu kepada kami agar kami mampu memahami perkara yang kami pelajari ini dan dengan itu ia dapat memberi manafaat kepada kami.

Tips mendapatkanInovasi/Kreativiti/pendekatan/teknik baru

Ya Allah Ya Khaliq, Ya Baari’, Ya Musowwir, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Merekabentuk dan Maha Kreatif, kurniakan kepada kami sedikit daya cipta, daya rekabentuk dan daya kreativitiMu bagi kami memikirkan pendekatan dan teknik baru bagi menyelesaikan masalah kerja kami. Sesungguhnya kami tiada mengetahui dan sangat memerlukanMu.

Tips memotivasi diri dan mengelak masalah

Ya Allah Ya Ba’its Yang Maha Memotivasi dan MembakarSemangat, bakarlah semangat kami agar kami mempunyaimotivasi untuk melaksanakan kerja kami yang sukar ini. Bakarkahsemangat kami untuk melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh dan terbaik.

Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Yang Maha Memelihara lagi MahaMelindungi, lindungi kami dari sebarang masalah kerja yang menyusahkan kami.

Tips Jauh pandangan & Berjiwa Besar

Ya Aliy Ya Kabir Ya Wasi’, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar dan Yang Maha Luas, kurniakan kami keupayaan untuk memandang jauh kehadapan, jiwa yang besar dan cita-cita serta semangat yang tinggi dan kental, agar dengan sifat-sifat itu, kami mampu membawa organisasi ini ke mercu kecemerlangan demi membela agama, negara dan bangsa.

Tips mewujudkan suasana ceria, bertolakansur dan tolong menolong sesama staf(Team Building)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami’, Yang Maha Pengasih lagiMaha Penyayang, alirkan kasih sayangMu di kalangan kami agar kami mampu sayang menyayangi dan tolong menolong sesamakami.

Ya Syakur, Yang Maha Menghargai, alirkan sedikit sifat As-SyakurMukepada kami agar kami mampu menghargai sesama kami.

Ya Wahab, Yang Maha Menolong, alirkan sedikit sifat Al-WahabMukepada kami agar kami jadi orang2 yang suka menolong sesamakami.

Tips Komunikasi Berkesan & mempunyai peribadi yang mulia

Ya Allah Ya Baari’ yang Maha Mengatur, aturkan lidahku agar hanya memperkatakan kebaikan dan jauhkan lidahkudaripada memperkatakan perkara yg tidak disukai olehorang lain dan aturkan kata-kata yang terbaik untuk kuberbicara.

Ya Allah Ya Majid Yang Maha Berbudi Pekerti Mulia, Ya HalimYang Maha Santun, Ya Hamid Yang Maha Terpuji, alirkankata2 yang melambangkan budi pekerti mulia, kesantunandan akhlaq terpuji pada lidahku agar kami dapatmenjalinkan hubungan baik sesama kami.

Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, alirkan ilmu dankebijaksanaan kepadaku dan kepada orang yang mendengar agar kami dapat memahami maksudpercakapan kami dan dapat memberi manafaat kepadakami semua.

Tips Menghilangkan kemalasan atau bertangguh-tangguh

Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci lagi Maha Jernih, bersihkan penyakit malas dan bertangguh-tangguh yang bertapak di hati kami ini.

Maklumat lanjut

Dr. Noorulhafidzah Zawawi 0194755670 [email protected]