masih ada rindu - mimie afinie

32
Masih Ada Rindu Mimie Afinie MIMIE AFINIE dilahirkan di Kuala Terengganu pada 26.4.1963. Merupakan anak kedua dari empat orang adik-beradik. Telah berumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Sekarang bertugas di salah sebuah organisasi di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Duyong (1970-1974), kemudian di Sekolah Kebangsaan Chendering (1974-1975), Sekolah Menengah Batu Burok (1976-1980) dan menyambung pengajian di Institut Pertanian Ayer HItam, Johor (1982-1985). Novel BISIKAN RINDU merupakan karya pertama Mimie Afinie. Sememangnya minat menulis telah lama ada, cuma baru- baru ini sahaja mampu direalisasikan. Agak terlewat jika dibandingkan dengan penulis lain. Walaupun hobi Mimie membaca tetapi minat membaca novel hanya muncul 2 tahun kebelakangan ini. Mimie tidak pernah mengikuti kelas-kelas formal dalam bidang penulisan, cuma lebih kepada pemerhatian melalui novel-novel yang pernah dibaca. Antara kegemaran Mimie ialah membaca dan bercerita (terutama dengan anak-anak). Pernah juga menyertai kumpulan nasyid sebagai penyanyi utama semasa di Kuala Terengganu. Namun, semua aktiviti ini telah ditinggalkan sejak berhijrah ke Kuala Lumpur. Novel MASIH ADA RINDU adalah karya kedua. Sebenarnya banyak yang ingin ditonjolkan melalui novel ini, terutamanya tentang hubungan kekeluargaan dan kasih saying. Besar harapan agar novel ini mampu memberi kesan dan pengajaran kepada pembaca.

Upload: api-3848639

Post on 07-Jun-2015

4.525 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Masih Ada RinduMimie Afinie

MIMIE AFINIE dilahirkan di Kuala Terengganu pada 26.4.1963. Merupakan anak kedua dari empat orang adik-beradik. Telah berumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Sekarang bertugas di salah sebuah organisasi di Kuala Lumpur.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Duyong (1970-1974), kemudian di Sekolah Kebangsaan Chendering (1974-1975), Sekolah Menengah Batu Burok (1976-1980) dan menyambung pengajian di Institut Pertanian Ayer HItam, Johor (1982-1985).

Novel BISIKAN RINDU merupakan karya pertama Mimie Afinie. Sememangnya minat menulis telah lama ada, cuma baru-baru ini sahaja mampu direalisasikan. Agak terlewat jika dibandingkan dengan penulis lain.

Walaupun hobi Mimie membaca tetapi minat membaca novel hanya muncul 2 tahun kebelakangan ini. Mimie tidak pernah mengikuti kelas-kelas formal dalam bidang penulisan, cuma lebih kepada pemerhatian melalui novel-novel yang pernah dibaca. Antara kegemaran Mimie ialah membaca dan bercerita (terutama dengan anak-anak).

Pernah juga menyertai kumpulan nasyid sebagai penyanyi utama semasa di Kuala Terengganu. Namun, semua aktiviti ini telah ditinggalkan sejak berhijrah ke Kuala Lumpur.

Novel MASIH ADA RINDU adalah karya kedua. Sebenarnya banyak yang ingin ditonjolkan melalui novel ini, terutamanya tentang hubungan kekeluargaan dan kasih saying.

Besar harapan agar novel ini mampu memberi kesan dan pengajaran kepada pembaca.

Page 2: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Bab 1

andangan Syafika masih lagi dihalakan ke arah Dewan Tunku Canselor. Cuba mencari kelibat seseorang. Namun, dalam ribuan yang keluar dari situ, dia masih tidak nampak Hakim. Apabila terasa bahunya ditepuk seseorang, dia lantas berpaling. Senyuman segera

terukir apabila terpandang seraut wajah tampan yang sudah berada di hadapannya.P

“Tahniah Kim, Ika tumpang gembira,” ucap Syafika sambil menghulurkan sejambangan mawar merah.

“Terima kasih Ika kerana sudi datang,”“Tentu Hakim gembira, kan?”“Gembira sangat-sangat. Penat lelah Hakim selama ini sudah berbayar. Dengan segulung

ijazah ini, Hakim telah dapat menggembirakan hati mama dan papa. Mereka tentu berbangga dengan kejayaan Hakim.”

Syafika mengangguk. Sempat juga dia membayangkan kalaulah dia yang berada dalam kelompok graduan di Majlis Konvokesyen tadi. Pasti emaknya tersenyum bangga dengan kejayaan yang dicapainya.

“Kalau Ika nak tahu, perasaan Hakim hari ini sama dengan perasaan Hakim semasa Ika terima Hakim dulu. Bila Ika kata Ika sudi terima Hakim, Hakim rasa seronok sangat. Seolah-olah dunia ini Hakim yang punya.” Hakim senyum apabila mengingati kembali detik-detik manis ketika Syafika menyambut huluran kasihnya.

“Tapi… ada lagi satu hari yang begitu Hakim tunggu-tunggu. Hari di mana Hakim akan mengambil Ika sebagai isteri. Walaupun hari itu masih jauh tapi Hakim akan sabar menanti. Hakim tahu Ika ada cita-cita dan Hakim akan pastikan Ika capai dulu apa yang Ika kejarkan selama ini. Lepas itu barulah kita fikirkan tentang diri kita.”

“Terima kasih Kim… kerana faham diri Ika.”“Ika, jom Hakim bawak jumpa mama dan papa. Tentu mereka sedang tunggu Ika

sekarang.”“Hakim tak cakap pun mama dan papa Hakim nak datang,” balas Syafika dengan wajah

gusar.Membayangkan orang tua Hakim, Syafika jadi tidak tentu arah. Bukan tidak suka. Jauh

sekali hendak jual mahal tapi dia belum bersedia sebenarnya. Sebab itulah dia sering mengelak setiap kali Hakim mempelawanya datang ke rumah. Lagipun, hubungan ini masih tidak diketahui emak dan ayah di kampung. Kalaulah mereka tahu…

“Ika, bukankah hari ini hari penting dalam hidup Hakim? Tentulah mama dan papa Hakim datang.”

Laa… betul jugak! Takkan itupun aku tak boleh fikir? Apasal gelabah sangat aku ni? Rungut Syafika dalam hati.

“Kim…Ika takutlah….”“Ika nak takut apa? Mama dan papa Hakim okey…percayalah cakap Hakim,” pujuk Hakim

lembut.Perlahan-lahan Syafika mengangguk meskipun dadanya mula berdebar-debar. Resah,

gelisah dan bermacam-macam rasa memenuhi hatinya. Bimbang memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Entah bagaimanalah agaknya reaksi ibu bapa Hakim apabila bertemunya nanti. Kalau baik, taka pa juga. Buatnya mereka tidak suka macam mana? Apatah lagi Hakim anak bongsu. Tentulah mereka mahu yang terbaik buat anak mereka.

“MAMA… papa… ini Nurul Syafika.”

Page 3: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Suara Hakim yang mesra menjamah ke gegendang telinga Syafika. Asyik sangat mengelamun , sampaikan dia tidak sedar yang mereka sudah berdiri di hadapan ibu bapa Hakim. Dengan saki-baki debar yang masih ada, dia menghampiri mama Hakim untuk bersalaman.

“Apa khabar makcik…pakcik?” ucap Syafika sopan. Nadanya sedikit menggeletar. Sempat menoleh pada papa Hakim yang begitu murah dengan senyuman.

“Baik, alhamdulillah.” Serentak mereka membalas.“Ohh…ini ke Ika yang selalu Hakim cerita tu?” Hajah Noraini bersuara mesra. Matanya

tidak lepas memandang Syafika. Perwatakan menarik, lemah lembut dan begitu bersopan. Sempat dia merenung wajah Syafika yang cantik meskipun tanpa sebarang alat solek.

Syafika sekadar mengangguk. Cuba mengukir senyuman. Dalam hati terasa lega kerana ibu bapa Hakim tidak seperti yang dia gambarkan.

“Ika, ini mama Hakim, Hajah Noraini. Papa Hakim pulak Haji Bahrin.”Syafika mengangguk lagi. Lidahnya terasa kelu.“Ika pun belajar di UM ni juga ke?”“Ya, pakcik.”“Jurusan apa?” Hajah Noraini sekadar berbasa-basi. Sedangkan apa saja tentang Syafika,

Hakim telahpun menceritakan kepadanya.“Sama macam Hakim…accountancy.”“Berapa tahun lagi Ika kat sini?”“Dua tahun lagi, makcik. InsyaALLAH.”Agak lama juga perbualan berlangsung. Syafika yang masih malu-malu tidak banyak

bercakap. Namun begitu, setiap pertanyaan Hajah Noraini dan Haji Bahrin dijawab dengan penuh sopan dan ikhlas.

“Nanti senang-senang, jemputlah ke rumah.”“InsyaALLAH makcik….”“Hakim, nanti jangan lupa bawak Ika datang ke rumah tau…” Hajah Noraini senyum penuh

makna.

Bab 2

Page 4: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

ergamam, terkejut, kaget dan tidak tentu arah. Itulah gambaran perasaan Syafika saat ini. Terkedu dia seketika dengan permintaan Hakim yang tidak masuk dek akal itu.T

Kata Hakim di majlis konvokesyen dua bulan lalu kembali terngiang-ngiang di gegendang telinga Syafika. Janji Hakim untuk menunggunya sehingga tamat pengajian juga masih segar di ingatan. Namun tanpa sebarang alasan, Hakim tiba-tiba berubah fikiran.

Satu bulan! Itulah tempoh yang diberikan.Dalam apa jua situasi sekalipun, tempoh sebulan itu memang mustahil. Statusnya sebagai

pelajar merupakan salah satu sebab utama. Lagipun dia masih muda. Baru 21 tahun dan Hakim sendiri baru 24 tahun. Itu baru faktor bab status dan usia. Belum lagi memikirkan pandangan orang ramai, penerimaan keluarga serta teman-teman. Namun, dalam banyak-banyak alasan, ada satu halangan yang pasti menimbulkan kesulitan besar.

Emak! Ya, emak!Syafika tahu, bila saja melibatkan emak, semua perkara tidak akan jadi mudah lagi.

Apatah lagi, bila membabitkan soal perkahwinan. Emak pernah beri kata dua kepada anak-anaknya. Jangan sesekali berani memikirkan soal cinta dan rumah tangga ketika masih bergelar pelajar. Bagi emak, anak-anak yang ingkar bagai melakukan satu kesalahan yang amat besar.

Mengenangkan tentangan hebat yang bakal menanti, Syafika hampir menyerah kalah. Dia yakin, permintaannya yang satu ini bukan perkara mudah.

“HOI! Jauhnya berangan. Dah sampai ke mana ni, hah? Korea, Jepun atau Venezuela?” sergah Nora sambil menepuk belakang Syafika. Sengaja dia bergurau begitu. Tahu sangat minat Syafika dengan telenovela dari Negara-negara tersebut.

Syafika tersentak dengan kehadiran Nora yang tiba-tiba. Tapi dia sengaja mendiamkan diri. Malas hendak membalas usikan sepupu merangkap teman sekampusnya itu.

“Apa hal semacam aje ni? Aku buat lawak antarabangsa pun, kau langsung tak gelak,” usik Nora lantas duduk bersebelahan Syafika.

“Kau ni kenapa Ika? Apa yang tak kena?”Syafika yang dia kenal adalah seorang yang kuat mengusik dan ketawa. Kalau Syafika

diam, bererti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya. Selalunya Hakimlah penyebab dia berubah wajah. Nora pasti, kali ini tentu sebab Hakim lagi.

“Kau gaduh dengan Hakim ke?”“Taklah,” balas Syafika perlahan.“Habis tu, kenapa diam aje ni?”Syafika memandang wajah Nora. Nafasnya dihela kasar.“Nora, Hakim ajak aku kahwin.”“Kahwin?” Terjegil mata Nora. Macam tidak percaya. Untuk seketika, hanya sepatah

perkataan itu sahaja yang mampu diucapkan.“Betul, Nora. Hakim ajak aku kahwin masa cuti semester nanti.” Perlahan suara Syafika.

Antara dengar dengan tidak.“Maksud kau…bulan depan? Kau serius ke ni, Ika?” Suara Nora separuh menjerit. Lagi

membulat matanya.Pelik Nora memikirkan Hakim yang seperti tidak sempat-sempat itu. Kalau ya pun hendak

kahwin sangat, buatlah perancangan dengan rapi. Lagipun dia tidak nampak, atas dasar apa mereka berdua ingin terburu-buru mendirikan rumah tangga.

“Betul Nora, aku serius.” “Biar betul Ika! Tak ada angin, tak ada rebut tiba-tiba aje Hakim ajak kau kahwin ni apa hal?”

“Entahlah, aku pun tak tahu,” balas Syafika perlahan. Sebetulnya, dia sendiri pun tidak mengerti dengan cadangan mendadak Hakim itu.

Page 5: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Selama ini, Hakim sering memberinya galakan agar menghabiskan dahulu studynya. Tambahan pula, dalam tempoh dua tahun bercinta, mereka bukanlah seperti sesetengah pasangan yang bercinta bagai nak rak.

“Kau tak tanya kenapa dia ajak kau kahwin dalam keadaan tergesa-gesa macam ni?”“Aku tanya juga…”“Habis, apa dia kata?” Lagak Nora bertanya bagaikan pegawai penyiasat.“Dia sendiri pun tak tahu kenapa…tapi dia cakap, tiba-tiba aje dia rasa macam nak

kahwin. Itupun kalau ikutkan dia, dia nak kita orang kahwin minggu ni jugak. Tapi memikirkan banyak perkara, itu yang dia buat keputusan agar kami kahwin bulan depan.”

“Pelik Hakim ni.” Nora bersuara perlahan. Seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.“Kau macam mana…setuju?”Syafika sekadar mengangguk.“Ika, kau sedar tak apa yang kau buat ni? Perkara nikah kahwin ni bukan boleh dibuat

main. Kau patut bincang dengan Mak Uda dan Pak Uda dulu. Kau jangan nak buat pasal dengan dia orang!”

Nora yakin keputusan Syafika bakal menimbulkan kemarahan Mak Uda Zaleha. Dia faham sangat dengan sikap panas baran emak saudaranya itu. Usahkan Mak Uda Zaleha, malah sesiapa pun tidak akan setuju dengan tindakan drastic Syafika yang terlalu mengikut perasaan.

“Itu aku tahulah, tapi nak buat macam mana? I have no choice, aku terpaksa terima. Dia pun dah beritahu papa dan mama dia. Minggu depan dia orang akan pergi ke rumah aku, jumpa mak dan ayah.”

“Kenapa pulak terpaksa? Takkan Hakim paksa kau kot.” Nora seperti tidak berpuas hati.“Dia tak adalah paksa tapi…entahlah…” kata-kata Syafika terhenti di situ. Dia tahu, apa

pun alasan yang diberikan, Nora tidak mungkin akan faham perasaan orang yang sedang bercinta.Selepas itu Nora diam. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan. Bimbang kalau terlebih

cakap nanti, akan mengecilkan hati Syafika pula. Dahulu dia pernah bermasam muka dengan Syafika hanya kerana kritikan kecil terhadap Hakim. Sejak itu dia tidak berani lagi berkata sesuatu yang negatif tentang lelaki pujaan sepupunya itu.

“Nora, aku tahu tindakan aku ni salah. Sepatutnya aku tanya mak dan ayah aku dulu. Tapi aku terlalu cintakan Hakim. Aku tak sampai hati nak hampakan dia.”

“Entahlah Ika. Aku pun tak tau nak kata apa lagi, tapi untuk pengetahuan kau, apa yang kau buat ni memang tak betul. Terus-terang, aku tak setuju dengan cara kau.”

Wajah Syafika bertukar muram. Kalau Nora yang sehati sejiwa dengannya, yang ibarat isi dengan kuku dengannya pun boleh membantah, apatah lagi emak yang begitu terkenal dengan kekerasan hatinya. Memikirkan itu, Syafika begitu khuatir. Apakah hasrat untuk membina hidup bersama Hakim akan terkubur begitu sahaja?

“Tapi Ika, kalau dah itu kata putus kau, aku hanya dapat doakan agar niat baik kau akan termakbul.”

Nora sengaja berkata begitu walaupun masih tidak berpuas hati dengan tindakan Syafika. Tangan Syafika dicapai dan digenggam erat. Melihat air muka Syafika, dia tahu, Syafika berkecil hati dengan kata-katanya tadi.

“Hanya satu nasihat aku. Apa-apa pun, jangan belakangkan mak dan ayah kau. Mintak restu mereka.”

“Aku tahu Nora…” Terasa apa yang dirancang tidak semudah yang dijangka. Bagaikan ada onak dan duri yang bakal menghalang laluannya.

Ayah, rasanya tiada masalah. Dia seorang yang bertimbang rasa dan mudah memahami. Yang Syafika bimbangkan adalah Zaleha. Tapi akan diusahakan juga untuk memujuk emaknya.

“Nora, pagi esok aku nak balik kampung. Aku nak bincang dengan mak dan ayah. Kau nak balik tak?”

“Boleh jugak, kebetulan Abang Im pun nak balik. Apa kata kita balik dengan Abang Im?”

Page 6: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Okeylah, aku pun dah lama tak jumpa dia.”Membayangkan Imran, Syafika tersenyum sendiri. Seraut wajah milik sepupu yang juga

abang kepada Nora segera singgah di mindanya. Dahulu dia pernah menyimpan perasaan terhadap Imran. Baginya Imran merupakan seorang lelaki yang begitu sempurna. Baik hati dan penyayang.

Namun, setelah masa beredar dan dia memasuki alam remaja, perasaan itu mulai terhakis sedikit demi sedikit. Baru dia sedar perasaannya itu tidak akan ke mana. Cintanya selama ini tidak lebih dari cinta monyet. Dia hanya berminat dengan wajah kacak Imran. Lagipun dia tahu, Imran tidak pernah menganggapnya lebih daripada seorang adik.

Nama Imran terkuis terus dari hatinya apabila dia menjalin hubungan cinta dengan Hakim. Sejak itu, hanya nama Hakim yang memenuhi setiap sudut hatinya.

Bab 3

Abang betul-betul tak sangka, Ika dah nak kahwin.” Imran cuba berlagak tenang walaupun

hatinya bergetar hebat.“Kalau selama ini dia begitu mesra dengan Syafika namun kali ini dia dapat merasai

kelainannya. Tiba-tiba sahaja dia berasa kekok. Terus-terang, dia begitu terkejut dengan berita itu. Siapakah jejaka bertuah yang telah berjaya menambat hati Syafika? Mengapa selama ini dia tidak pernah tahu hubungan mereka?

“Nak buat macam mana, mungkin jodoh Ika dah sampai,” ucap Syafika perlahan. Wajah Imran yang pernah dipuja dipandang sebentar.

Page 7: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Lepas ni, tentu semuanya akan jadi lain kan, Ika? Tentu abang tak boleh jumpa Ika sesuka hati abang lagi macam sekarang ni. Yalah, Ika kan dah nak jadi isteri orang.” Nada suara Imran bertukar sayu. Renungan matanya menggambarkan hatinya yang lara.

“Abang jangan bimbang, Ika tetap macam dulu.”“Ika memanglah…tapi suami Ika…takkan dia nak benarkan Ika jumpa abang.”“Ika tak rasa dia macam tu. Tentu dia faham. Abang Im kan sepupu Ika sendiri? Takkan

dia nak marah kot.”Syafika yakin Hakim bukan begitu. Baginya Hakim seorang yang berfikiran terbuka dan

begitu memahami. Kalau betul apa yang dikata Imran, sudah tentu Hakim marah bila tahu Syafika sedang bersama Imran. Tapi Hakim yang kebetulan menelefonnya tadi, hanya bersikap seperti biasa.

“Macam mana abang tau Ika nak kahwin? Nora beritahu ke?”“Yalah…Nora yang beritahu abang. Tapi kenapa cepat sangat nak kahwin? Takkan tak

sempat tunggu sampai Ika habis belajar?”Imran benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan Syafika yang begitu terburu-buru.

Syafika sepatutnya menghabiskan studynya dahulu. Bertahun-tahun dia memendam rasa terhadap Syafika pun adalah disebabkan alasan itu. Dia tahu prinsip Mak Uda Zaleha. Dia tidak mahu Mak Uda Zaleha hilang kepercayaan terhadapnya. Oleh itu, dia sabarkan hati.

Tetapi, penantiannya hanya sia-sia. Dia ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Tanpa disedari, gadis yang sekian lama dipuja telah menjalin kasih dengan orang lain.

“Ika cintakan dia?”Syafika mengangguk. “Ika terlalu cintakan dia. Ika tak boleh bayangkan hidup tanpa dia.” Bersahaja dia

melafazkan kata-kata itu tanpa menyedari apa yang sedang bersarang di hati Imran.Imran mengeluh. Tapi hanya di dalam hati. Mendengar pengakuan Syafika, dia begitu

terluka.“Boleh abang tahu, siapa lelaki bertuah yang berjaya merebut hati Ika?” Imran bertanya

dalam nada riang. Cuba menceriakan suasana yang agak suram dari tadi. Selalunya mereka tidak pernah begini. Pertemuan mereka sering diiringi gelak tawa dan gurau senda.

“Nama dia Luqman Hakim, bang,” jawab Syafika malu-malu. Selama ini dia sengaja menyembunyikan daripada Imran. Baginya, masih terlalu awal untuk dihebahkan. Bimbang apa yang diimpikan bersama Hakim tidak kesampaian.

“Tentu dia istimewa, kan?” soal Imran lagi. Cemburu kian bermaharajalela di jiwanya. Dia cuba membayangkan wajah lelaki yang telah berjaya memiliki hati Syafika.

“Biasa aje…”“Dia orang mana?”“Orang KL. Keluarganya tinggal di Taman Tun.”“Ika dah pernah jumpa keluarga dia?”“Pernah. Ibu bapa dia pun terima Ika dengan baik.”Syafika tersenyum apabila membayangkan Hajah Noraini yang baik dan lemah lembut.

Begitu juga Haji Bahrin. Dia yakin, Hakim banyak mewarisi sifat kedua-dua ibu bapanya. Seketika, dia terbayangkan emaknya. Alangkah jauh berbeza sikap Zaleha dan Hajah Noraini. Macam langit dan bumi. Kalaulah emak seperti Hajah Noraini, alangkah bahagianya. Tentu tidak timbul masalah yang sedang dihadapi sekarang.

“Mana Ika jumpa dia?”“Dulu dia senior Ika. Tapi sekarang dah kerja…”“Kerja kat mana?”“Dengan company ayah dia.”“Handsome sangat ke?” Kali ini Imran ketawa.

Page 8: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Bagi Ika, dia handsomelah…tapi tak taulah pulak pada pandangan mata orang lain. Mungkin tak sehandsome abang, kot!” Syafika juga ketawa.

“Handsome ke abang ni, Ika?”“Alah…kura-kura dalam perahu pulak!”“Tapi handsome pun buat apa, Ika bukan suka kat abang pun. Ika tetap cari orang lain

jugak.” Imran pura-pura ketawa lagi. Sebenarnya apa yang terlafaz di bibir lahir dari hatinya. Tapi sayang, Syafika langsung tidak mengerti. Sangkanya Imran sekadar bergurau.

“Ika takutlah nak jadi makwe abang. Abang tu…handsome sangat. Nanti ramai pulak peminat abang. Ika jugak yang makan hati.”

“Yalah tu…” Imran ketawa.“Ika, maafkan abang ya, banyak sangat bertanya.Entah-entah Ika tak suka…”“Tak apa, Ika tak kisah. Tak salah, kan seorang abang mengambil berat tentang adiknya.”Ya…kau hanya boleh dianggap adik, Ika. Rintih Imran di dalam hati.

PETANG sabtu itu juga Imran balik ke Kuala Lumpur. Sepanjang dua tahun bekerja, baru kali ini sahaja dia menghabiskan masa cuti hujung minggunya dengan begitu singkat. Kebiasaannya, habis bekerja pada petang Jumaat, dia akan terus pulang ke Kuala Kubu Baru. Pagi-pagi Isnin, barulah dia bertolak ke Kuala Lumpur dan terus ke tempat kerjanya di bangunan KLCC. Malah, dua hari itu pun dirasakan tidak mencukupi.

Namun, tidak kali ini. Dengan apa yang terjadi, dia tidak betah lagi tinggal di kampung. Dia begitu terluka apabila mengetahui Syafika bakal menjadi isteri orang.

Siapa Hakim? Istimewa sangat ke sampai Syafika sanggup menghampakannya. Apa lebihnya Hakim? Apa kurangnya dia? Tapi dia tak boleh salahkan Syafika.

Syafika tidak pernah tahu isi hatinya. Dia sedar, sikap berahsianya selama ini telah memakan dirinya sendiri. Kalaulah dari dulu dia berani meluahkan isi hati, tentu kini Syafika miliknya.

Hujan lebat membasahi bumi sepanjang perjalanan kira-kira sejam dari Kuala Kubu Baru ke Kuala Lumpur. Suasana juga gelap dan mendung. Semendung hati Imran.

Pagi tadi dia pulang dengan hati yang girang. Lebih-lebih lagi apabila Syafika ada bersama. Itulah saat yang sering dinanti-nantikan. Meskipun Nora ada bersama tapi dia tidak kisah. Yang penting dia dapat menatap wajah ayu Syafika dan mendengar suara Syafika yang manja.

Namun, berita yang disampaikan Nora terasa menghancur lumatkan hatinya. Ternyata, hanya dia yang memendam rasa. Dia bertepuk sebelah tangan. Penantiannya selama ini sia-sia sahaja. Hati Syafika sudah dimiliki.

Ika…walaupun Ika telah mengecewakan abang, memusnahkan harapan abang tapi abang tidak akan memusuhi Ika. Abang akan tetap doakan Ika. Itu janji abang!

Page 9: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Bab 4

alaupun Syafika sudah menjangka tentangan itu akan dihadapinya, namun dia tidak menduga kemarahan emaknya begitu teruk sekali. Seperti gunung berapi yang memuntahkan lahar, begitulah tahap kemarahan Zaleha. Pucat lesi muka Syafika akibat

terlalu takut. Seumur hidupnya, tidak pernah sekalipun dia melihat emaknya sebegitu garang dan bengis.

WTapi, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Syafika nekad

berhadapan dengan emaknya. Biarlah setakut mana pun, dia tetap akan mempertahankan keputusannya.

Berderau darah Syafika apabila melihat renungan tajam Zaleha. Tapi dia tetap buat-buat selamba. Walhal dia tahu emaknya sudah ke tahap maksimum.

“Sejak bila Ika berani buat keputusan sendiri, hah? Mak hantar Ika masuk universiti tu untuk belajar…bukannya nak suruh menggatal!”

Tersentak Syafika dengan suara Zaleha yang kuat. Menggigil kedua belah kakinya.“Mak, Ika hanya nak kahwin dengan Hakim. Takkan itu pun mak tak boleh izinkan. Lainlah

kalau Ika buat perkara tak senonoh.” Dalam takut-takut Syafika tetap menjawab. Wajah Zaleha dijeling sekilas.

“Oooo…sekarang dah pandai menjawab! Kerana lelaki yang entah dari keturunan mana tu, Ika berani lawan cakap mak. Mak tak sangka Ika boleh jadi kurang ajar macam ni!”

Semakin kuat suara Zaleha, semakin kecut perut Syafika mendengar. Tapi demi Hakim, dia terpaksa memberanikan diri. Dia nekad menghadapi segalanya.

“Mak tak sangka Ika sanggup buat mak macam ni. Ini ke balasan Ika untuk mak?”

Page 10: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Menggigil-gigil suara Zaleha menahan marah. Marah sungguh apabila teringat permintaan Syafika yang tidak masuk dek akal. Dia tidak menyangka Syafika sanggup membuat keputusan sebegini besar. Syafika yang selama ini dianggap anak paling patuh berani melanggar peraturan yang telah sekian lama dibuat.

“Ika, dari dulu lagi mak dah cakap. Mak tak akan izinkan kahwin selagi belum tamatkan pelajaran. Takkan Ika dah lupa? Atau…sengaja buat-buat lupa?”

“Ika tak lupa mak. Ika memang ingat. Tapi Ika kena kahwin jugak dengan Hakim. Ika tak nak mungkir janji.”

“Ika sedar tak dengan siapa Ika sedang bercakap sekarang? Ini mak…Ika! Takkan kerana seorang lelaki, Ika sanggup kecewakan mak. Sanggup lukakan hati mak.” Suara Zaleha bertukar sebak. Sedih dengan perbuatan Syafika yang begitu melukakan hatinya.

“Ika tak berniat pun macam tu, mak. Tapi Ika kena juga fikirkan masa depan Ika.”“Masa depan? Apa maksud Ika dengan masa depan? Berkahwin dalam usia muda, belajar

separuh jalan, itu Ika kata masa depan? Hei! Kenapa singkat sangat fikiran Ika ni, hah!” Suara Zaleha menjadi tinggi semula.

Syafika terdiam. Tidak mempunyai sebarang alasan untuk mempertahankan diri. Sebetulnya dia telah terlepas cakap.

“Ika tahu tak, masa depan yang cerah ialah bila ada pelajaran yang cukup dan juga berilmu. Capai dulu apa yang dikejar selama ini. Barulah boleh fikir pasal cinta dan rumah tangga.”

“Mak, tak semestinya bila Ika dah kahwin, Ika akan tinggalkan pelajaran. Ika janji mak…Ika akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi,” rayu Syafika. Bangkangan emaknya dipandang sepi.

“Mak tak percaya Ika boleh terus belajar kalau dah kahwin nanti. Masa bila nak belajar kalau dah kena layan suami? Bayangkan pulak kalau Ika mengandung, ada anak, lepas tu mengandung lagi. Memang terbarailah pelajaran tu nanti! Asyik sibuk kelek anak ke hulu ke hilir aje!”

Terkedu Syafika sebentar. Tidak terjawab serangan sinis Zaleha. Terasa kata-kata emaknya memang ada kebenaran. Namun, dia tetap akan pertahankan keputusannya. Dia kena yakinkan emak yang keputusannya tidak salah.

“Mak, ramai kawan Ika yang kahwin masa belajar. Tapi tak ada masalah pun. Malah, mereka tambah bersemangat sebab boleh belajar sama-sama dan berkongsi pendapat. Ada lagi tu, dah beranak-pinak pun masih boleh teruskan pelajaran. Ambil Ph.D lagi. Sebenarnya semua ni bergantung pada kemahuan sendiri, mak. Kalau dah tak minat, tak kahwin pun tak pass jugak!”

Lantang Syafika membentangkan hujahnya. Semoga kali ini emaknya akan celik mata. Namun dia silap. Kata-katanya tadi hanya ibarat mencurah minyak tanah ke dalam api. Semakin bertambah marak nyalanya.

“Ika jangan nak ajar mak. Mak peduli apa dengan orang lain? Lantak dia oranglah! Bukan ada kena mengena dengan mak pun. Kita sekarang bercakap pasal Ika kerana Ika tu anak mak. Dan kerana Ika anak maklah, mak tak akan benarkan Ika kahwin sekarang! Itu kata putus daripada mak. Faham?” Membulat mata Zaleha kali ini. Suaranya juga semakin kuat. Bagai mahu pecah gegendang telinga Syafika dengan tempikan Zaleha.

“Mak, tolonglah jangan buat Ika macam ni.”“Ika, kenapa degil sangat ni? Kenapa tiba-tiba aje berani bantah cakap mak?”“Mak, Ika hanya nak minta restu mak. Izinkanlah Ika kahwin dengan Hakim.” Syafika

memandang Zaleha dengan pandangan yang sayu. Cuba meraih simpati.“Aku kenal pun tak dengan budak Hakim tu!” Nada Zaleha sedikit kendur dari tadi.“Hakim baik sangat, mak. Mak memang tak perlu risau pasal dia. Lagipun dia banyak beri

Ika tunjuk ajar dalam pelajaran, sejak Ika di tahun satu lagi. Ika percaya, lepas kahwin nanti, tentu lebih banyak yang Ika boleh belajar dari dia. Lagipun jurusan yang kami ambil sama.” Memdengar

Page 11: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

nada suara Zaleha yang sudah menurun, Syafika menjadi berani semula. Dia amat berharap agar hati emak dapat dilembutkan.

“Ika tak faham bahasa Melayu ke? Kan dah berulang kali mak cakap…selagi belum habis belajar jangan sesiapa berani sebut pasal kahwin. Takkan tak faham-faham lagi? Kalau Kak Wani boleh ikut, kenapa Ika tak boleh? Kenapa keras kepala sangat ni, haa?” Suara Zaleha semakin meninggi. Geram dengan Syafika yang seperti sengaja mahu menguji kesabarannya.

“Tapi mak…kami cuma nak kahwin, bukannya buat perkara tak elok.” Dalam nada kecewa Syafika terus mempertahankan hasratnya.

“Dari kecil mak bela Ika. Mak tak sangka ini balasan Ika untuk mak. Degil! Tak dengar kata!” Zaleha merengus kuat. Mukanya dipalingkan ke arah lain. Marah sungguh hinggakan muka Syafika tidak sanggup dipandang lagi.

“Mak, Ika tak berniat pun macam tu!”“Kalau Ika masih anggap mak ni mak Ika…jangan sebut lagi pasal kahwin. Mak tak nak

dengar.”“Mak, Ika dah janji dengan Hakim. Ika dah setuju nak kahwin dengan dia. Mak kena

izinkan jugak!”“Langkah mayat mak dulu Ika…” Mencerlung mata Zaleha. Menggigil-gigil suaranya.“Mak, takkan sampai macam tu sekali?” Syafika mula menangis. Tidak menyangka

langsung yang emaknya sanggup menuturkan kata-kata itu.“Kalau Ika tak nak jadi anak derhaka, dengar cakap mak. Mulai sekarang, lupakan budak

tu. Putuskan hubungan dengan dia! Mak tak nak pelajaran Ika terganggu kerana benda-benda mengarut macam ni.”

Syafika tersentak. Kalau tadi dia bagai takut-takut berani, tapi mendengar kata dua yang diberi oleh emak dia menjadi betul-betul berani. Perasaan takutnya terus hilang sama sekali. Di dalam hati dia bertekad, dia akan mempertahankan cintanya walaupun mendapat tentangan maha hebat.

“Mak, Ika bukan nak derhaka pada mak. Sebesar zarah pun tak ada dalam hati Ika nak buat macam tu. Niat Ika balik hari ni pun sebab nak jumpa mak. Ika nak beritahu mak yang keluarga Hakim akan datang berbincang dengan mak dan ayah. Takkan disebabkan itu, mak boleh tuduh Ika yang bukan-bukan,” kali ini Syafika memandang tepat muka Zaleha.

“Eh! Kamu ni tak reti-reti lagi? Tak paham-paham lagi? Mak dah cakap tak boleh…tak bolehlah! Faham?” Zaleha menjerit kuat. Bibirnya diketap kuat.

Syafika kaget. Bagai hendak tercabut jantung dek jeritan emaknya. Dengan perasaan yang bercampur-baur, dia bangun. Kemudian duduk bersimpuh di hadapan Zaleha. Kedua-dua belah tangan memegang lutut emaknya. Dengan air mata yang sudah membasahi pipi, dia mendongak memandang emaknya.

“Mak…Ika merayu pada mak. Tolonglah izinkan Ika kahwin dengan Hakim. Ika janji IKa takkan abaikan pelajaran. Ika akan ikut setiap nasihat mak. Tolonglah Ika ya, mak?” Dalam sedu-sedan, Syafika merayu. Begitu mengharapkan restu daripada emaknya.

“Walau apapun kata kamu…mak tetap takkan setuju. Itu keputusan mak. Muktamad. Kamu jangan nak membantah lagi!” Tegas suara Zaleha. Bulat matanya merenung Syafika.

“Mak…tolonglah Ika mak.” Syafika tidak jemu-jemu merayu. Wajah Zaleha direnung dengan perasaan sendu. Semoga emak akan jatuh kasihan apabila melihat wajahnya yang sudah dibanjiri air mata.

“Eh! Yang kamu beria-ia sangat ni kenapa?”Zaleha pelik. Apa agaknya yang istimewa sangat tentang lelaki itu sampaikan Syafika

begitu bersungguh-sungguh sekali. Kalau selama ini Syafika anak yang mendengar kata tapi kerana seorang lelaki tiba-tiba sahaja dia menjadi degil. Itu yang Zaleha tidak boleh terima.

“Ika cintakan Hakim, mak.”

Page 12: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Cinta? Kamu ingat kamu boleh hidup hanya dengan cinta? Masa tengah suka ni memanglah semua manis tapi bila dah jemu nanti, kamu akan ditinggalkan macam tu aje. Kamu dengarlah cakap aku ni!” Marah sungguh Zaleha hinggakan bahasanya sudah menjadi kasar pula.

Perkataan ‘aku’ yang selama ini diharamkan penggunaannya di dalam rumah itu pun terpaksa digunakan bagi menggambarkan betapa dia benar-benar marah.

“Mak, Hakim bukan macam tu!” Syafika sedikit menjerit. Tidak bersetuju apabila kekasih hati dituduh begitu. Hakim tidak mungkin mensia-siakan hidupnya. Hakim seorang lelaki yang budiman dan bertimbang rasa.

“Dah! Mak tak nak dengar apa-apa lagi! Mulai sekarang, lupakan aje budak tu!”“Mak, Ika minta maaf banyak-banyak. Kali ni, Ika terpaksa langgar perintah mak.

Walaupun mak tak izinkan, tapi Ika tetap akan kahwin jugak. Tapi Ika janji, Ika takkan sekali-kali abaikan pelajaran Ika. Ika akan buktikan pada mak yang Ika juga boleh berjaya walaupun dah bersuami nanti.”

Syafika menangis teresak-esak. Sedih dengan keputusan Zaleha dan juga keputusannya sendiri. Terbayang-bayang wajah Hakim di ruang matanya. Hakim yang amat menyayanginya.

“Baiklah! Kalau dah tu keputusan Ika, mak nak tengok sejauh mana Ika boleh pergi. Tapi…kalau berlaku sesuatu nanti, jangan salahkan mak dan jangan cari mak! Dan ini kata-kata terakhir mak…jangan sekali-kali berangan nak kahwin selagi tak habis belajar! Muktamad!”

Page 13: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Bab 5

ak boleh ke ayah pujuk mak?” rayu Syafika. Tangan Saifuddin dipegang kuat. Sekuat harapan yang disandarkan ke bahu lelaki yang baru melepasi usia separuh abad itu. Air mata di pipi dibiarkan sahaja. Biar ayahnya tahu kesedihan yang ditanggung. Inilah

sahaja senjata yang dia ada untuk menundukkan hati ayah. Tetapi, bukan hati emak. Hati emak kebal. Langsung tidak tembus dengan rembesan air matanya.

“T“Ika…ayah bukan tak nak tolong tapi Ika tahu, kan mak macam mana.” Saifuddin

mengeluh. Serba salah. Dia tersepit di tengah-tengah. Di kiri isteri, di kanan pula anak. Kedua-duanya dia sayang. Kedua-duanya penting di dalam hidupnya.

“Tapi ayah…IKa kena kahwin jugak dengan Hakim. Tolonglah izinkan Ika.”“Ika, mak bukan tak nak bagi Ika kahwin. Cuma dia suruh Ika tunggu. Dua tahun aje, Ika.

Lagipun Ika kan masih muda. Buat apa nak kahwin cepat sangat?”“Ayah, kalau Ika boleh tunggu, takkan Ika balik jumpa ayah dan mak. Buat apa susah-

susah Ika ‘berperang’ dengan mak kalau memang Ika nak tunggu dua tahun tu? Sebab tak bolehlah Ika merayu-rayu kat ayah ni. Tolonglah ayah, restuilah Ika…ya ayah?”

“Ayah mintak maaf, Ika…”“Ayah, tolonglah Ika…kali ni aje. Lepas ni Ika tak akan susahkan ayah lagi. Percayalah

cakap Ika.”“Ika, bukan ayah tak nak beri restu tapi macam mak kata, ayah nak Ika sabar. Dua tahun

aje Ika.”Mendengar kata-kata Saifuddin, Syafika tahu dia tidak boleh berlembut lagi. Dia mesti

tegas. Dia mesti tunjukkan kepada ayah dan juga emak yang dia benar-benar serius dengan keputusannya.

“Ayah, walau apapun yang akan terjadi, Ika tetap akan kahwin dengan Hakim. Ika dah nekad. Apa nak jadi pun…jadilah!”

Semacam ada suatu kuasa yang meresap ke dalam tubuh Syafika apabila tiba-tiba sahaja dia mengucapkan kata-kata itu. Tegas kedengaran suaranya. Nampaknya tidak guna dia berlembut lagi. Kebekuan hati emak dan ayah bukan boleh dicairkan dengan tangis pilunya. Mereka seolah-olah sudah tidak berperasaan lagi.

“Ika, jangan buat ayah takut…”“Ayah terlalu pentingkan mak. Apa aje kata mak, ayah ikut. Dulu mak buat macam ni jugak

pada Kak Wani. Sekarang giliran Ika pulak. Apa…sebagai ketua keluarga, ayah tak boleh buat keputusan ke? Apakah semuanya mesti mak yang tentukan? Mana pergi maruah ayah sebagai suami? Sebagai seorang ayah yang sepatutnya melindungi anak-anak?”

Page 14: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Syafika menjadi semakin berani. Ayah yang selama ini sangat dihormati dan disanjung, ditentang dengan mata berkaca. Memang sedih mengeluarkan kata-kata bisa yang mungkin akan melukakan hati ayah tapi dia sudah tiada pilihan. Itu sahaja jalan yang dia ada.

Membuntang mata Saifuddin. Terkejut dengan kata-kata Syafika yang seperti ledakan peluru itu. Bahasa apa agaknya yang paling tepat digunakan untuk menggambarkan Syafika ketika itu? Anak kurang ajarkah? Kalau kurang ajar, siapa yang tidak tahu mengajar?

“Ika, ayah tak bermaksud macam tu…” Lemah sahaja suara Saifuddin. Namun, di dalam diam dia terpaksa mengakui kebenaran kata-kata Syafika. Memang benar, selama ini dia terlalu mengikut telunjuk Zaleha. Setiap arahan Zaleha tidak pernah yang tidak dituruti, meskipun kadang-kadang dilakukan dalam keadaan terpaksa.

“Ayah, kalau masih ada rasa sayang ayah untuk Ika, restuilah Ika dengan Hakim. Izinkan Ika kahwin dengan dia. Ika betul-betul sayangkan dia.” Suara Syafika mulai lembut. Tangan Saifuddin dicapai sambil matanya merenung sayu wajah lelaki itu. Cuba meminta pengertian.

Agak lama Saifuddin memandang Syafika. Akhirnya, beserta keluhan berat, dia mengangguk.

“Demi Ika…apa saja akan ayah turutkan.”Kata-kata Saifuddin yang ringkas tetapi padat maknanya itu benar-benar melegakan hati

Syafika. Berkali-kali dia mencium tangan ayahnya.“Ayah, terima kasih ayah…terima kasih. Ika takkan lupa jasa ayah.” Hanya itu yang

mampu diucapkan Syafika dengan penuh kesyukuran.

PETANG itu Zaleha mengamuk sakan. Marah sungguh dengan kata putus Syafika. Yang lebih membangkitkan api kemarahannya adalah Saifuddin. Ternyata Saifuddin menikamnya dari belakang. Suami yang diharap akan memberi sokongan rupa-rupanya berpaling tadah. Entah apa yang dia dapat dengan menyokong Syafika, itu yang membuat semakin berang.

“Leha, dahlah…bawak mengucap.” Saifuddin masih boleh bertenang, walaupun Zaleha seperti sudah hilang ingatan. Fikirannya seperti sudah dirasuk.

“Abang dua beranak memang sama aje!” jerit Zaleha. Habis semua barang dibalingnya.“Leha, awak jangan melampau!” tengking Saifuddin. Tangan Zaleha disambar dan

dicengkam.“Lepaskan tangan saya!” Zaleha cuba menarik tangannya dari genggaman tangan

Saifuddin.Saifuddin melepaskan. Zaleha menggosok-gosok tangannya yang terasa perit akibat

cengkaman tadi. Sempat matanya menjeling wajah suaminya yang tegang.“Awak memang melampau, Leha! Mentang-mentang selama ini saya diam, awak semakin

menjadi-jadi. Awak fikir saya ni apa, hah? Tunggul kayu? Sesuka hati awak aje nak buat macam mana!”

Tersentak Zaleha dengan tengkingan Saifuddin. Sejak bila pulak Saifuddin pandai marah?“Leha, saya mintak sangat-sangat daripada awak. Restuilah Ika…berilah dia peluang.”“Apa kena dengan abang ni? Dia tu kan masih belajar. Abang nak rosakkan masa depan

dia ke?” Mendengar intonasi Saifuddin yang sudah rendah, Zaleha menjadi berani semula.“Diam…saya belum habis cakap lagi!”Lagi sekali Zaleha tersentak. Terasa kecut perutnya. Terkejut dengan suara kuat

Saifuddin. Boleh tahan juga suaminya bila sesekali marah macam ni.“Leha, selama ini kita dah terlalu banyak membuat keputusan untuk anak-anak. Apa

salahnya kali ini kita beri Ika peluang untuk pilih jalan hidup dia sendiri. Lagipun saya yakin Ika tak akan abaikan pelajarannya.”

Muka Zaleha masam. Dia mengerling suaminya sekilas. Seratus peratus tidak bersetuju.

Page 15: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Dari apa yang diceritakan oleh Syafika, saya percaya Hakim tu budak baik. Keluarga dia pun orang baik-baik. Ayahnya pun bukan calang-calang orang. Ahli perniagaan terkenal di Kuala Lumpur tu. Saya percaya masa depan Ika akan terjamin.”

“Abang cakaplah apa pun…pujilah lelaki tu setinggi langit pun, saya tetap takkan setuju.”Saifuddin seperti ingin merasuahnya dengan bercerita tentang kehebatan Hakim dan

keluarganya. Tapi selagi dia bernama Zaleha, sama sekali dia tidak akan izinkan dirinya ‘dibeli’ dengan cerita-cerita seperti itu.

“Leha, kenapa keras sangat hati awak ni? Takkan tak boleh bertolak ansur langsung.”“Terus-terang, saya tak setuju. Saya tetap dengan pendirian saya. Syafika tak boleh

kahwin selagi dia tak pegang segulung ijazah! Itu syarat saya!” Zaleha meninggikan suara. Entah apa yang merasuk, sekejap sahaja dia sudah mendapat keberaniannya semula.

“Saya dah buat keputusan. Sama ada awak setuju atau tidak, saya tetap akan kahwinkan Ika dengan Hakim,” ucap Saifuddin yakin. Pertama kali di dalam hidupnya, dia membuat keputusan yang begitu besar.

“Kalau abang dah buat keputusan…saya pun ada keputusan saya sendiri. Mulai sekarang, putus hubungan saya dengan Ika!”

Page 16: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

Bab 6

Eh, Hakim…dah lama balik?” soal Hajah Noraini sebaik terpandang Hakim yang

bersandar lemah di sofa sambil memicit-micit dahinya. Satu kelainan yang tidak pernah Hakim lakukan sebelum ini.““Dah lama jugak. Mama aje yang tak sedar.”“Hakim nak minum?”“Tak ma…Hakim dah minum dengan kawan tadi.”“Kenapa Hakim ni? Lain macam aje mama tengok. Hakim ade problem kat ofis ke?” soal

Hajah Noraini lembut. Melihat wajah muram Hakim sahaja, dia tahu anak bongsunya itu sedang menanggung masalah.

“Mama…mak Ika tak izinkan kita orang kahwin.”Terdiam Hajah Noraini sebentar. Bagai dapat menyelami kekecewaan anaknya.“Bukan setakat tak beri izin tapi dia marah betul sebab Ika tetap berkeras dengan

keputusannya.” Hakim diam sebentar.“Mama, salah ke apa yang Hakim buat ni? Hakim ni selfish ke ma?”Seperti mamanya, Hakim turut berasa bersalah lebih-lebih lagi apabila teringatkan

perbualan telefon dengan Syafika tengah hari tadi. Kalau tidak kerana dia, tentu hubungan Syafika dengan emaknya tidak menjadi tegang seperti sekarang.

“Salah tu taklah, tapi tak kena cara aje. Ika kan masih belajar. Tentulah mak dia tak izinkan. Mama rasalah…dia takut Ika tak dapat tumpukan pada pelajaran bila dah kahwin nanti.”

“Ma…Hakim tak ada niat pun nak suruh Ika berhenti belajar. Hakim janji Hakim akan tetap bagi Ika dorongan selepas kahwin nanti.”

“Itu kata Hakim…manalah mak Ika tahu. Dia tak kenal Hakim lagi.”“Kenapa mak Ika tak macam mama? Berfikiran terbuka, sporting dan boleh berkompromi.”“Kim…Ika tu anak dia. Mestilah dia mahu yang terbaik untuk anaknya. Mana ada mak

yang nak tengok anaknya susah?”Hajah Noraini memegang tangan Hakim. Berusaha untuk buat Hakim faham. Dia tahu

Hakim akan kecewa jika rancangan perkahwinannya gagal. Masakan tidak, sejak dua tiga hari yang lepas dia asyik bercerita tentang Syafika. Bagai tidak sabar-sabar untuk hidup bersama Syafika. Hajah Noraini dan Haji Bahrin yang pada mulanya menentang keras rancangan itu pun terpaksa akur akhirnya. Mereka jadi tidak sampai hati pula apabila melihat kesungguhan Hakim.

“Mama ni macam sokong aje tindakan mak Ika tu. Habis…mama sukalah Hakim ni tak jadi kahwin, merana, frust menonggeng?” Hakim menjeling Hajah Noraini. Sedikit berjauh hati dengan kata-kata mamanya tadi.

“Hakim ni, nama aje dah besar panjang…tapi pemikiran macam budak kecil. Siapa cakap mama suka tengok Hakim merana? Hakim kan anak mama…tentulah mama nak tengok Hakim bahagia.”

Hajah Noraini senyum. Geli hati dengan kata-kata Hakim yang agak keanak-anakan. Sebagai anak bongsu, Hakim memang manja. Meskipun telah bekerja tapi sifat itu masih belum terhakis sepenuhnya. Tapi dalam manja-manja pun, pandai pula cari teman wanita. Itu yang buat Hajah Noraini pelik. Bagaimana agaknya Syafika melayan karenah Hakim?

Page 17: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Sebenarnya, mama berkenan sangat dengan Ika tu. Tapi kalau mak dia tak izinkan, kita nak buat macam mana lagi? Hakim bersabarlah. Bukan lama pun, dua tahun aje lagi.”

Hakim yang tidak bersetuju dengan kata-kata mamanya, menoleh dengan muka yang mencuka.

“Mama, takkan nak suruh Hakim tunggu sampai dua tahun. Hakim tak sanggup, ma. Lagipun Ika sendiri dah setuju nak kahwin.” Yakin Hakim bersuara. Wajah mamanya ditatap dengan pandangan penuh mengharap. Semoga mamanya tidak akan ubah keputusan hanya disebabkan pendirian emak Syafika.

“Sekarang, apa Hakim nak buat?”“Ma, Hakim tetap dengan keputusan Hakim. Hakim akan teruskan rancangan perkahwinan

ni. Lagipun, ayah Ika dah setuju untuk mewalikan Ika. Nanti mama dan papa jumpa ayah Ika, ya?” Lembut Hakim bersuara sambil memegang tangan mamanya. Agak bimbang kalau-kalau hasrat murninya mendapat bantahan.

“Hakim dah habis fikir ke? Hakim pasti dapat jalankan tanggungjawab suami dengan baik? Hakim pasti pelajaran Ika tak terganggu?”

“Hakim yakin dengan diri Hakim, ma. Hakim akan buat yang terbaik untuk Ika. Hanya Hakim nak minta restu mama dan papa aje.”

Hakim tahu dia masih muda. Kerja pun belum sampai setengah tahun. Duit simpanan masih belum mencukupi untuk menyunting anak dara orang. Tapi dia yakin dia akan dapat menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Dia akan pastikan hidup Syafika akan bahagia bersamanya.

“Sebenarnya, mama agak keberatan untuk teruskan perkahwinan ni. Mama tak nak kerana Hakim, hubungan Ika dengan mak dia jadi renggang. Sebagai seorang ibu, mama turut rasa bersalah. Tapi kalau dah itu kata putus Hakim, mama tak boleh buat apa lagi. Nantilah mama bincangkan dengan papa.”

Hajah Noraini mengeluh. Serba salah. Memang sejak dari mula lagi dia tidak bersetuju dengan rancangan Hakim. Walaupun sayangkan Syafika dan ingin Syafika menjadi menantunya tapi bukan sekarang. Seperti juga emak Syafika, dia mahu Syafika terlebih dahulu menghabiskan pelajarannya. Dia juga mahu Hakim betul-betul bersedia memikul tugas yang berat ini. Berkahwin bukan untuk berseronok sahaja dan setakat sehari dua. Berkahwin seperti berkongsi segala-galanya sepanjang hidup bersama.

Namun, Hakim terlalu terburu-buru. Hakim terlalu mengikut darah muda. Kerana kedegilan Hakimlah, dia dan Haji Bahrin terpaksa bersetuju. Tapi setelah mendengar berita terbaru tentang emak Syafika, dia mula menjadi tidak sedap hati.

“Terima kasih, mama.” Hakim senyum. Rasa bahagia menyelinap di dalam sanubarinya. Meskipun dia tahu jalan yang bakal dilalui mungkin sukar, namun membayangkan Syafika, semua halangan akan cuba ditempuh.

BALIK sahaja dari surau malam itu, Hakim terus mencapai telefon. Sudah lama dia tidak menghubungi Luqman Hadi. Satu-satunya abang yang dia ada.

“Hakim…how’s papa and mama?” ceria kedengaran suara Hadi. Tidak menduga Hakim akan menelefonnya. Selalunya dia yang rajin membuat panggilan. Kerapkali juga dia mengusik adiknya kedekut kerana bimbang kena bayar bil yang tinggi.

“Semua okey, bang. Macam mana London sekarang?”“Macam tulah…” Hadi ketawa. Tapi selepas itu dia dapat menangkap suara Hakim yang

kurang bermaya.“Lain macam aje suara Hakim…kenapa? Hakim ada problem ke?”“Bang…mungkin abang akan terkejut dengan berita yang akan Hakim sampaikan ni.”“Apa dia? Takkan Hakim nak kahwin kot?” Hadi ketawa. Sengaja mengusik Hakim.

Page 18: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Betul bang…Hakim nak kahwin.” Perlahan suara Hakim kali ini.“Are you serious?” Hadi separuh menjerit. Tidak percaya dengan dengan apa yang

didengar.Dia yang empat tahun lebih tua pun belum bercadang mencari pasangan. Inikan pula

Hakim. Lagi pula dia sering menganggap Hakim anak manja. Kalau sudah asyik berkepit dengan mama, macam mana hendak kahwin?

“Kenapa abang ketawa?” Hakim terasa hati. Hadi seolah-olah menyindirnya.“Abang rasa macam tak percaya.” Hadi ketawa lagi. Spontan terbayang keletah Hakim

yang nakal sewaktu kecil dahulu. Begitu cepat masa berlalu.Hakim diam. Membiarkan Hadi menyudahkan saki-baki tawanya. Rasa kecil hati dengan

tawa Hadi membuatkan dia berasa menyesal kerana menghubungi abangnya. Sangkanya Hadi akan gembira dan seterusnya memberi dia sokongan. Namun, dia silap. Rupa-rupanya Hadi lebih berminat mempersendakannya.

“Hakim marah abang ke?” tanya Hadi setelah menyedari keadaan Hakim.“Tak…ketawalah bang. Hakim tak kisah. Itu hak abang.”“Eh! Lain macam aje bunyinya ni. Takkan merajuk kot. Tadi kata nak kahwin. Tapi kalau

abang gurau macam ni pun Hakim dah tak tahan, macam mana kalau dah kahwin nanti?” Hadi berkata lembut. Cuba mengambil hati adiknya.

“Cuma satu aje yang abang musykilkan. Orang, kalau nak kahwin mestilah seronok. Tapi dari suara Hakim, abang tahu Hakim tak gembira. Kenapa ni? Hakim kena paksa kahwin ke?”

Sejak tadi, Hadi menyedari nada suara Hakim yang berlainan dari biasa. Selalunya Hakim tidak begitu. Hakim yang dikenali adalah seorang yang periang dan gemar bergurau.

“Ada masalah sikitlah, bang…”Lalu Hakim menceritakan secara terperinci tentang masalah Syafika. Dari A hingga Z. Apa

yang dia tahu, semua diceritakan. Hadi hanya berupaya memberi nasihat dan meminta supaya Hakim banyak bersabar.

“Abang harap semuanya akan berjalan dengan baik.”“InsyaALLAH, bang. Hakim pun harap macam tu.”“So…bila tarikhnya?”“Bulan depan. Masa Ika cuti semester.”“Tak dapatlah abang tengok Hakim naik pelamin. Kebetulan abang ada trip masa tu.”“Hakim pun sedih abang tak dapat balik masa kami kahwin nanti,” ucap Hakim dengan

nada sayu.“Tak apa Hakim…abang beri restu dari jauh.”

MI HAILAM di dalam pinggan masih lagi berasap namun telah hampir habis dimakan oleh Nora. Syafika hanya memerhati. Seronok melihat selera makan Nora. Agaknya beginilah kalau hidup tanpa dibelenggu masalah. Bukan macam dia. Apa yang dimakan langsung tidak dapat memberi nikmat. Mi tom yam yang kegemarannya pun sudah tidak mampu membangkitkan nafsu makannya lagi. Hanya dua sudu yang masuk ke mulut, itu pun terasa tawar dan hambar.

“Ika, makanlah. Mi tom yam ni kan favourite kau?” tutur Nora. Pandangannya dilemparkan ke arah pinggan yang masih banyak berbaki.

“Kau makan ajelah, Nora. Aku tak ada selera.,” balas Syafika sambil menolak pinggan pada Nora.

“Ika…masalah…masalah jugak tapi kau tak bolehlah macam ni. Kau kena makan. Kalau kau terus macam ni, aku takut kau jatuh sakit pulak nanti.” Nora menolak semula pinggan pada Syafika.

“Nora, mak aku langsung tak nak cakap dengan aku. Tengok muka aku pun dia tak nak. Benci sungguh dia kat aku. Aku tak sangka, mak sanggup buat aku macam ni.”

Page 19: Masih Ada Rindu - Mimie Afinie

“Sabar Ika…”“Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan, Nora.”“Lambat laun dia akan okey semula. Percayalah cakap aku. Dia marah sekejap aje tu.

Janganlah risau sangat.” Nora cuba memujuk.“Nora, besar sangat ke salah aku? Takkan sekadar nak kahwin, mak sampai buat aku

macam ni?”“Sebenarnya, Mak Uda bukan tak izinkan kau orang kahwin, cuma dia mintak kau tunggu

hingga tamat belajar. Yalah…kau anak dia. Tentulah dia nak yang terbaik untuk anaknya.”“Tapi Nora…sekarang ni ramai orang kahwin masa tengah belajar. Okey aje aku tengok.

Berjaya jugak. Yang penting, usaha yang berterusan walaupun dah ada tanggungjawab terhadap pasangan. Betul tak, Nora?”

“Betul jugak apa yang kau cakap tu. Tengok macam Anis dan Syamir atau Arif dan Safina. Lepas kahwin, dia orang lagi bersemangat untuk belajar. Tak timbul masalah langsung,” gumam Nora. Memandang Syafika sebentar sebelum menyedut jus karot. Sekelip mata sahaja gelas yang penuh tadi menjadi kosong.

“Aku dah terangkan kat mak aku. Aku siap bagi contoh sekali tapi mak aku langsung tak nak dengar. Dia tetap dengan keputusannya. Hati dia memang keras sangat Nora. Sia-sia aje aku pujuk rayu dia. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya ayah merestui aku,” ucap Syafika sambil membayangkan wajah Saifuddin.

Sesungguhnya, dia amat berterima kasih dengan ayahnya. Kalau tidak, sudah pasti impiannya bersama Hakim tidak akan kesampaian. Sampai bila-bila pun, dia tidak akan lupa jasa ayah. Ayah yang amat memahami dirinya.

“Ika, aku yakin, suatu hari nanti mak kau akan terima kau semula. Kau percayalah cakap aku.”

“Aku pun harap macam tu.”Syafika menghela nafas. Terasa semuanya seperti mimpi. Ketika dia sedang membilang

hari untuk melayari hidup bersama Hakim, dia terpaksa menerima hakikat yang dia akan ‘kehilangan’ ibu tercinta.