novel- melunas rindu ting 4

23
LATAR PLOT WATAK DAN PERWATAKAN PERSOALAN TEMA GAYA BAHASA PENGAJARAN NILAI 1 Nazrin.net

Upload: nazrin765

Post on 19-Jun-2015

132 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

di harapkan presentation ini dapat membantu guru dan murid dalam komsas..Nazrin_765 SMKBTR

TRANSCRIPT

Page 1: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

LATAR

PLOT

WATAK DAN PERWATAKAN

PERSOALAN

TEMA

GAYA BAHASA

PENGAJARAN

NILAI

1Nazrin.net

Page 2: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Tema

Novel ini bertemakan kemasyarakatan. Unsur kemasyarakatan dalam novel ini dapat diperhatikan melalui perhubungan baik masyarakat di desa dan pertalian keluarga antara dua kaum, iaitu Melayu dan Cina.

2Nazrin.net

Page 3: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Persoalan1. Seseorang yang melakukan kesilapan harus

diberi peluang untuk berubah.2. Ibu bapa haruslah bertanggungjawab

terhadap keluarga agar tidak menimbulkan masalah.

3. Sifat perikemanusiaan tidak mengenal warna kulit dan agama.

4. Sikap riak boleh mencetuskan pertelingkahan seterusnya memecah- belahkan masyarakat.

5. Sikap suka membantu dapat meringankan beban orang lain serta mengeratkan hubungan.

3Nazrin.net

Page 4: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Watak dan Perwatakan

i. Seorang Mualaf.ii. Dipelihara oleh ibu dan bapa saudaranya sejak

kecil.iii. memiliki peribadi yang mulia.iv. Taat kepada agama Islam dan kuat beribadat.v. Berusia 27 tahun dan berkelulusan dalam

bidang pengajian perniagaan.vi. Mengenang jasa orang tua- Fuad menyediakan

pelbagai kemudahan untuk Mak Salmah dan Pak Ismail, ibu bapa angkatnya.

vii. Bertanggungjawab dan berkaliber terhadap tugasnya sebagai guru.

Fuad/ Joshua

4Nazrin.net

Page 5: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Watak dan Perwatakan

i. Suami kepada Mak Salmah.ii. Taat kepada ajaran agama Islam.iii. Penyabar dan berfikiran rasional.iv. Tidak memarahi Fuad malah membenarkan

Fuad tinggal dirumahnya walaupun Fuad pernah menyakiti hatinya apabila membawa Sofia bertemu keluarga kandungnya.

v. Tidak mudah mengambil kesempatan terhadap orang lain- Pak Ismail kurang senang apabila Fuad memberikannya pelbagai hadiah.

Pak Ismail

5Nazrin.net

Page 6: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Watak dan Perwatakan

i. Isteri kepada Pak Ismailii. Ibu angkat kepada Fuad dan Sofia.iii. Taat kepada ajaran agama Islam- Mak

Salmah taat kepada ajaran agama kerana ia dapat mengubati kesedihan selepas kehilangan Sofia.

iv. Sukar memaafkan- mengambil masa yang lama kerana mengambil masa yang lama untuk memaafkan Fuad kerana tindakan mempertemukan Sofia dengan keluarga kandungnya.

v. Penyayang- Dia sayang kepada Sofia, sedih selepas kehilangan Sofia.

Mak Salmah

6Nazrin.net

Page 7: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Watak dan Perwatakan

i. Seorang guru di SMK Seri Setia.ii. Ketua panitia Bahasa Inggeris.iii. Rakan sekerja Fuad.iv. Periang dan bertanggungjawab-

Farhana sering tersenyum dan ketawa.v. Berani menyuarakan kebenaran-

Farhana berani menegur sikap Cikgu Zamani yang tidak profesional.

vi. Menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad.

Farhana

7Nazrin.net

Page 8: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

PLOT

Plot novel ini tidak mengikut kronologi kerana jalan ceritanya diikuti dengan imbas kembali.

8Nazrin.net

Page 9: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

PLOT-Binaan PlotPermulaan- pengenalan watak-watak seperti Fuad, Mak Salmah, Pak Ismail dan Sofia. Perihal kehidupan Fuad yang tenang di kampung dan perubahan yang berlaku kepada dirinya selepas dia insaf.

9Nazrin.net

Page 10: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

PLOT-Binaan PlotPerkembangan- Fuad ditawarkan menjadi guru Bahasa Inggeris di SMK Seri Setia. Dia berkenalan dengan Farhana yang mengajar di sekolah yang sama. Chin, rakan lama Fuad datang untuk memujuk Fuad agar menziarahi bapa kandungnya, Robert Lim di Kuala Lumpur serta ibu dan bapa saudaranya Peter Lim dan Swee Lan yang telah menjaganya sejak kecil lagi. Dia turut menjejaki saudara-mara ibu kandungnya, Mariana dan mendapat tahu bahawa ibu kandungnya masih hidup.

10Nazrin.net

Page 11: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

PLOT-Binaan PlotKlimaks/ Puncak- Robert Lim telah berusaha untuk mencari anak kandungnya, Fuad untuk menyelesaikan masalah keluarga. Fuad berhasrat untuk meluahkan perasaan sayangnya kepada Farhana dan merancang untuk mengahwininya.

11Nazrin.net

Page 12: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

PLOT-Binaan PlotPeleraian-Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan Farhana merupakan adik beradik seibu. Robert Lim meminta maaf kepad Fuad dan Mariana kerana meninggalkan mereka selama ini. Dia bertaubat dan kembali menganuti agama Islam serta berhasrat untuk menunaikan umrah pada masa akan datang.

12Nazrin.net

Page 13: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Teknik Plot-Pemerian

Pak Ismail mengangguk, lemah. Malam itu selepas sama-sama berjemaah di rumah, mereka menikmati hidangan seadanya. Becok mulut Mak Salmah meraikan Farhana, begitu juga Pak Ismail. Satu keadaan yang membuatkan Fuad cukup tenang. Nyata sekali kedua-dua ibu bapa angkatnya, apalagi Mak Salmah, gembira menerima kedatangan Farhana, seakan-akan terisi impiannya untuk sekurang-kurangnya meriangkan Mak Salmah. (hlm. 134) 13Nazrin.net

Page 14: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Teknik Plot-Dialog“Pak Ismail, kenal saya lagi?” sapanya ramah. Pak Ismail tersenyum sedikit. “Oh…ini kalau tak silap, Chin, kan?”“Betul Pak Ismail, betul. Macam mana Pak Ismail tahu nama saya? Fuad agaknya yang beritahu?” (hlm. 155)

14Nazrin.net

Page 15: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Teknik Plot-Imbas Kembali

Seingat Pak Ismail, sepanjang tinggal dengannya, hanya sekali Fuad menyentuh perihal ibunya, iaitu pada waktu dia bercerita tentang sejarah dirinya dulu. (hlm. 66)

Seingatnya telah lebih setahun atau tepatnya selepas Joshua pergi, Peter Lim sakit-sakitan begitu. (hlm. 82)

15Nazrin.net

Page 16: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Teknik Plot-Monolog“Ya Allah ya Tuhanku, tabahkan hati hamba-Mu ini,” doanya tiba-tiba. (hlm. 181)

Alangkah baiknya kalau ibu masih hidup, keluh Fuad sendirian.(hlm. 63) Semua cantik, bisik hati kecilnya. (hlm. 69) Apalah yang mereka tahu, keluh Swee Lan dalam

hati. (hlm. 82)

Monolog Dalaman

16Nazrin.net

Page 17: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Teknik Plot-Saspens

Fuad secara tidak sengaja mengetahui nama sebenar ibu Farhana yang kebetulan sama dengan nama ibu kandungnya, Mariana binti Osman.

Unsur saspens timbul apabila pembaca tertanya-tanya sama ada Fuad dan Farhana bersaudara atau tidak.

17Nazrin.net

Page 18: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Latar Tempat Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah di Danau Seberang, Terengganu. Surau berdekatan rumah Pak Ismail. Rumah Peter Lim dan Swee Lan di Sungai Ruan, Raub, Pahang. Sekolah Menengah Seri Setia.

18Nazrin.net

Page 19: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Latar Masa Setahun selepas kematian Sofia.

Waktu Siang- Fuad pergi mengajar pada waktu pagi manakala pada waktu petang Fuad bercucuk tanam di kebunnya.

Waktu Malam- rutin Fuad adalah ke surau pada setiap malam untuk mengaji al-Quran dan mengerjakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dengan orang-orang kampung.

19Nazrin.net

Page 20: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Latar Masyarakat Masyarakat yang saling membantu. Masyarakat yang kuat pegangan agama. Pegangan teguh terhadap agama Islam menyebabkan Mak Salmah sembuh dari kemurungan setelah kehilangan anak angkatnya,Sofia. Masyarakat yang mementingkan pendidikan. Masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira warna kulit, keturunan dan agama.

20Nazrin.net

Page 21: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Gaya Bahasa

Penggunaan bahasa asing

Bahasa Arab- Maghrib; Isyak; azan; iqamat; sabda; harakat.

Bahasa Inggeris- uncle; dating; desk copy; problem; grammar.

21Nazrin.net

Page 22: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Nilai1. Kasih sayang- Mak Salmah dan Pak Ismail

sangat mengambil berat terhadap Fuad walaupun Fuad bukan anak kandung mereka.

2. Keberanian- Farhana berani menegur kesilapan yang dilakukan oleh Cikgu Zamani yang telah menimbulkan kesusahan kepada dirinya.

3. Bersopan santun- Ibu Farhana menerima kedatangan Fuad sebagai tetamu dengan rendah hati dan gembira.

4. Mengakui kesilapan/ insaf- Robert Lim meminta maaf kepada Pak Ismail kerana memisahkan orang tua itu dengan anak angkatnya, Sofia.

5. Bertanggungjawab- Fuad berasakan dia bertanggungjawab untuk membantu ibu saudaranya yang telah membelanya sejak kecil.

22Nazrin.net

Page 23: NOVEL- Melunas Rindu Ting 4

Pengajaran1. Kita haruslah saling menyayangi agar

mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.

2. Kita perlu memiliki sifat peribadi agar kita tidak mudah ditindas oleh orang lain.

3. Kita perlulah bersopan santun terhadap semua orang terutamanya golongan tua.

4. Kita haruslah berani mengakui kesilapan yang kita lakukan.

5. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga dan orang lain yang pernah berjasa kepada kita.

23Nazrin.net