simptom stres dalam kalangan pelajar era covid 19 · 2021. 3. 23. · 487 simptom stres dalam...

19
487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasin ii Norazman Alias iii & Norhasnira Ibrahim iv i Zainora binti Daud. Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected] ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected] iii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected] iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected] Abstrak Kajian berkaitan stres dalam kalangan pelajar banyak dibincangkan oleh para sarjana akademik. Simptom stres akan membentuk peribadi dan pemikiran yang tidak sihat sehingga boleh menjejaskan pencapaian dalam pembelajaran. Malahan boleh menyumbang kepada peningkatan masalah tingkah laku seperti ponteng kelas dan sebagainya. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang pelajar dan meninjau simptom stres daripada empat aspek iaitu fizikal, psikologikal, gangguan fikiran dan tingkah laku yang dialami ketika pembelajaran secara dalam talian era covid 19. Subjek kajian terdiri daripada para pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian di USIM. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap stres para pelajar berada di tahap sederhana. Kajian ini juga membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mengurus stres dengan baik ketika mendepani pandemik yang mencabar ini berpandukan ayat-ayat al-Quran dan amalan Islam yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Kata kunci: stres, covid-19, pembelajaran, dalam talian. PENDAHULUAN Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu keadaan diri seseorang. Simptom stres perlu dikenal pasti supaya dapat mengawal seseorang daripada melakukan seuatu yang di luar kawalan.

Upload: others

Post on 04-Aug-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

487

SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19

Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira Ibrahimiv

i Zainora binti Daud. Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam

Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected] ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar

Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected] iii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar

Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected] iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru

Nilai, Negeri Sembilan. [email protected]

Abstrak

Kajian berkaitan stres dalam kalangan pelajar banyak dibincangkan oleh para sarjana akademik.

Simptom stres akan membentuk peribadi dan pemikiran yang tidak sihat sehingga boleh menjejaskan

pencapaian dalam pembelajaran. Malahan boleh menyumbang kepada peningkatan masalah tingkah

laku seperti ponteng kelas dan sebagainya. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

latar belakang pelajar dan meninjau simptom stres daripada empat aspek iaitu fizikal, psikologikal,

gangguan fikiran dan tingkah laku yang dialami ketika pembelajaran secara dalam talian era covid 19.

Subjek kajian terdiri daripada para pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan

Kepujian di USIM. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis

deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical

Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap

stres para pelajar berada di tahap sederhana. Kajian ini juga membuktikan bahawa mereka mempunyai

kemampuan untuk mengurus stres dengan baik ketika mendepani pandemik yang mencabar ini

berpandukan ayat-ayat al-Quran dan amalan Islam yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian

mereka.

Kata kunci: stres, covid-19, pembelajaran, dalam talian.

PENDAHULUAN

Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku

pada mereka. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap

mengganggu keadaan diri seseorang. Simptom stres perlu dikenal pasti supaya dapat

mengawal seseorang daripada melakukan seuatu yang di luar kawalan.

Page 2: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

488

Stres menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk

menghadapinya.63 Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental

seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stres bukan merupakan sesuatu

yang membahayakan kerana ia melibatkan hasil dan kualiti sesuatu pencapaian. Apabila

mengalami stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan

tumpuan kepada kerja. Dan begitu sebaliknya apabila stres berada di peringkat tinggi,

seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres. Manakala

stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan

motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.64

Stres telah dikenal pasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang

wujud dan kecelaruan psikologi. Stres sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stres yang

sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh

dan minda kita untukbekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental.

Cara kita menangani stres yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan

mental dan fizikal.65

Lantaran itu, tahap stres memainkan salah satu peranan penting dalam kehidupan

seharian kita sama ada mengekalkan atau meruntuhkan semangat dan momentum

kejayaan dengan tindak balas tanda-tanda stres untuk mendatangkan hasil positif atau

negatif.

PENGERTIAN STRES DAN CIRI-CIRI STRES

Istilah stres sukar untuk didefinisikan kerana perkara yang menyukarkan atau

menyedihkan individu mungkin menggembirakan individu lain. Stres boleh berbentuk

positif atau negatif. Bagaimanapun, stres sering dianggap sebagai sesuatu negatif.

Kesimpulannya sefinisi stres secara holistik menunjukkan fenomena yang kompleks

mempengaruhi seseorang, bukan sahaja fizikal badannya tetapi melibatkan faktor yang

segelintirnya mungkin belum dikenal pasti oleh para cendekiawan dan penyelidik.66

Desakan yang terlalu banyak dapat menyebabkan berlakunya perubahan dari segi

fisiologi, mental dan tingkah laku yang dikatakan stres.67

Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir membahagikan ciri-ciri stres kepada empat

bahagian iaitu fizikal dengan membentangkan simptom-simptom yang dialaminya

63https://www.moh.gov.my/moh/ /6_Panduan_Menangani_Stres.pdf 64http://www.kmj.matrik.edu.my/mengenai-kami/jabatan-pengurusan-pelajar/ 65 Abd. Rahman Yaacob, Ros Aini Ibrahim, Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid. Punca Stres Di

Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam https:// www. academia. edu. 66 Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif.

Nilai: USIM.19. 67 Ibid.23.

Page 3: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

489

seperti gementar, berpeluh, rasa seram sejuk, tangan dan kaki rasa sejuk, sakit kepala

atau rasa mual/nak muntah, bernafas laju, kering mulut, kerap buang air kecil atau air

besar, cirit birit, kurang selera makan, mudah dapat serangan penyakit antaranya asma,

sakit belakang badan, masalah penghadaman, sakit kepala dan gatal-gatal, masalah

hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual, sakit-sakit badan

dan cepat letih.68

Manakala dari aspek psikologikal ialah kebimbangan, keliru dan kurang daya

tumpuan, sukar kawalan diri, perubahan emosi daripada aspek tekanan perasaan,

kekecewaan, mewujudkan permusuhan, rasa tak berdaya, kurang sabar dan cepat

marah, lemah semangat, susah nak tidur dan mudah terpengaruh mengambil bahan

yang terlarang seperti dadah dan arak.69

Aspek gangguan fikiran pula memaparkan simptom-simptom stres seperti sukar

membuat keputusan, kurang minat terhadap aktiviti harian, tidak merasa tercabar

terhadap situasi yang sukar, pemikiran positif terganggu disebabkan sering berfikiran

negatif, kurang memberi perhatian, hilang keyakinan diri dan hilang tumpuan. Begitu

juga penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa

dan cepat marah.70

Dan aspek tingkah laku pula seperti bercakap dengan cepat dan kuat, menguap,

suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih, perasaan yang negatif

seperti mudah tersinggung, terlalu bergantung kepada orang lain, suka memberi komen

dan kritik orang lain, boleh bertindak ganas, bertindak secara tidak logik, bertindak

keterlaluan dan terlalu beremosi serta kurang kecekapan diri seperti mudah lupa, selalu

membuat kesilapan serta sering terlibat kemalangan. Kurang produktiviti kerja dan

menindakkan keupayaan diri sendiri juga simptom stres.71 Termasuk juga masalah tabiat

makan, tingkahlaku agresif, buli dan vandalism.72

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidik memilih reka bentuk kajian deskriptif kerana dapat memberikan perihal

fenomena sebenar. Pharmit Singh et.al menjelaskan penyelidikan dalam bentuk yang

paling asas melibatkan deskriptif fenomena semulajadi manusia atau buatan manusia

iaitu dari segi bentuk, tindakan, perubahan mengikut masa dan persamaan dengan

68 Pengurusan stres dalam talian http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/ 69 https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan/6_Panduan_Menangani

_Stres.pdf 70 Pengurusan stres dalam talian http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/ 71 Ibid. 72 https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/6_Panduan_

Menangani_Stres.pdf

Page 4: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

490

fenomena lain. Penyelidikan ini adalah sejenis penyelidikan kuantitatif yang membuat

deskriptif teliti tentang fenomena pendidikan.73 Kajian deskriptif selalunya dijalankan

bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri

sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.74

Metodologi kajian ialah berbentuk kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian

tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu metode untuk mengumpul maklumat

menerusi satu set soalan kepada satu sampel yang dipilih dari satu populasi yang hendak

dikaji.75 Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Satu set soalan dalam

bentuk tulisan yang dibina khusus untuk mengumpul maklumat bagi menjawab

persoalan kajian.76

Sampling pula ialah proses memilih sejumlah individu untuk tujuan kajian,

manakala persampelan ialah cara untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan

sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahli sesuatu populasi.77 Sampel kajian ini

terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, USIM

yang terlibat dengan pembelajaran dalam talian ketika musim covid 19.

Pengkaji boleh menggunakan pengalaman sendiri tentang saiz sample untuk

mengenal pasti sama ada sesuatu sample itu mewakili populasi atau sebaliknya.78

Pengkaji memilih semua pelajar disebabkan jumlahnya sedikit, sebanyak 46 set soal

selidik telah diedarkan semua pelajar tahun dua tetapi hanya 33 set soal selidik sahaja

berjaya dikembalikan. Responden terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian

Qiraat dengan Kepujian, USIM.

Instrumen soal selidik merupakan kaedah yang berkesan dengan persampelan

yang sesuai dan tepat dapat mewakili populasi yang sebenar.79 Artikel ini akan

73 Pharmjit Singh dan Chan Yuen Fook. 2010. Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan Penyelidikan. Shah

Alam: UPENA, UITM. 00.

74 Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra

Malaysia. 42.

75 Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.149 76 Ibid.120.

77 Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 63.

78 Mok Soon Sang. 2009. Literature dan Kaedah Penyelidikan. Terb.1. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

89.

79 Ibid.185-186.

Page 5: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

491

menumpukan terhadap simptom stres yang mereka alami ketika sesi pembelajaran

secara dalam talian, wabak covid 19 baru-baru ini.

Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi lima bahagian utama. Bahagian A

merangkumi soalan berkaitan data demografi responden. Bahagian B berkaitan simptom

stres daripada aspek fizikal, bahagian C simptom stres daripada aspek psikologikal,

bahagian D simptom stres daripada aspek gangguan fikiran dan bahagian E simptom

stres daripada aspek tingkah laku.

Lima skor skala likert telah ditentukan dalam kajian ini seperti dalam jadual 1 di bawah

iaitu:

Jadual 1: Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal Selidik

Peringkat Skala likert

Tidak Pernah 1

Kadang-kadang 2

Tidak Pasti 3

Kerap 4

Sangat Kerap 5

(Sumber: Diadaptasi daripada Mohd Majid Konting, 1990)

Pengkaji juga menilai tahap stres yang dialami oleh pelajar berdasarkan skor min

dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Ukuran Skor Min Tahap Stres

Skor min Interprestasi

3.80-5.00 Stres Tinggi

2.40-3.79 Stres Sederhana

1.00-2.39 Stres Rendah

(Sumber: Diadaptasi daripada Wiersme,1995 dalam Mohamad Zaid Mustafa etal.)

DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian merangkumi dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi

pelajar dan bahagian B berkaitan simptom-simptom stres yang dialami oleh respoden

ditunjukkan dalam jadual-jadual di bawah:

Dapatan kajian latar belakang pelajar meliputi maklumat jantina, umur, kawasan

tempat tinggal, bilangan adik beradik, pekerjaan ibubapa dan kumpulan pengkelasan

pendapatan. Kesemua dapatan ini boleh dilihat dalam Jadual 3 di bawah.

Page 6: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

492

Jadual 3: Bahagian A Latar Belakang Pelajar

Item Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 12 36.4%

Perempuan 21 63.6%

Umur 21 2 6.0%

22

23

25

27

3

1

82.0%

9.0%

3.0%

Kawasan Tempat Tinggal

Bilangan adik beradik

Bandar 11 33.3%

Luar Bandar 22 66.7%

1-3

4-6

7-9

10-12

6

19

6

2

18.2%

57.6%

18.2%

6.0%

Adakah kedua ibubapa

anda bekerja?

Ya 19 57.6%

Tidak 14 42.4%

Pengkelasan Pendapatan

Keluarga

T 20

M 40

6

10

18.2%

30.3%

B40 17 51.5%

Sumber: Soal Selidik

Dapatan kajian dalam jadual 2 di atas menunjukkan 70% responden dalam bidang

pengkhususan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian yang

berjaya menyerahkan soal selidik kepada pengkaji. Dari aspek jantina, bilangan pelajar

perempuan (63.6%) mengatasi bilangan pelajar lelaki (36.4%). Dari aspek umur, majoriti

berusia 22 tahun (82.0%), 23 tahun (9.0%), 21 tahun (6.0%) dan 25 tahun (3.0%). Sebanyak

(66.7%) responden mendiami kawasan luar bandar berbanding (33.3%) di kawasan

bandar.

Manakala dari aspek bilangan adik beradik memaparkan (57.6%) mempunyai

adik beradik seramai empat hingga enam orang, diikuti dengan peratusan yang sama

iaitu (18.2%) bagi bilangan adik beradik satu hingga tiga dan seramai tujuh hingga

Page 7: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

493

sembilan orang, hanya (6.0%) sahaja yang mempunyai bilangan adik beradik antara

sepuluh dan dua belas orang. Dari aspek pekerjaan kedua ibubapa pula menunjukkan

57.6% ibubapa mempunyai kerjaya berbanding 42.4% responden yang tidak bersetuju.

Sebanyak 51.5% responden berada di tahap B40 dalam pengkelasan pendapatan seisi

rumah, diikuti dengan (30.3%) di M40 dan 18.2% di T20.

Jadual 4: Analisis symptom stres yang dialami dari aspek fizikal

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres

Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Gementar 33 1.00 5.00 2.3939 1.02894 Rendah

Sakit kepala 33 1.00 5.00 2.2727 1.03901 Rendah

Muntah atau loya 33 1.00 5.00 2.1515 1.09320 Rendah

Bernafas laju 33 1.00 5.00 2.5152 1.30195 Sederhana

Kering mulut 33 1.00 4.00 1.9091 1.04174 Rendah

Kerap buang air

besar/kecil

33 1.00 5.00 3.7576 2.03148 Sederhana

Cirit birit 33 1.00 5.00 3.0000 .70711 Sederhana

Kurang selera makan 33 1.00 3.00 2.1515 .56575 Rendah

Masalah penghadaman 33 1.00 3.00 2.2121 .54530 Rendah

Gatal-gatal 33 1.00 5.00 3.9091 1.04174 Tinggi

Sakit belakang badan 33 1.00 5.00 3.6970 1.01504 Sederhana

Cepat letih 33 1.00 5.00 3.1818 .91701 Sederhana

Sakit badan 33 1.00 5.00 3.6667 .81650 Sederhana

Jantung berdebar-debar 33 1.00 5.00 2.6061 1.22320 Sederhana

Sukar tidur 33 1.00 5.00 2.8788 1.16613 Sederhana

Valid N (listwise) 33

Sumber : Soal Selidik

Hasil dapatan kajian dalam jadual 4 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada

jumlah skor min tahap stres dari aspek fizikal berada di tahap stres sederhana (min=2.81).

Namun bagi item mengalami kulit gatal-gatal dilihat berada di tahap tinggi (min 3.90)

seperti dalam carta pai 1 berbanding lapan item simptom-simptom lain berada di tahap

sederhana iaitu antara min 3.75 hingga 2.51 bagi item-item seperti kerap buang air

besar/kecil (min=3.75), sakit belakang badan(min=3.69), sakit badan (min=3.66), cirit birit,

cepat letih, sukar tidur, jantung berdebar-debar, bernafas laju. Manakala item-item lain

berada dalam tahap stres rendah antara min 2.39 hingga min 1.90 iaitu gementar, sakit

kepala, masalah penghadaman, muntah atau loya, kurang selera makan dan kering

mulut.

Page 8: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

494

Carta Pai 1: Peratusan Tahap Item Gatal-gatal

Berdasarkan carta pai 1 menunjukkan peratusan tahap item rasa gatal-gatal yang dialami

ketika stres iaitu sebanyak 51.2% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 27.27%

responden sangat kerap mengalaminya, 12.12% responden dalam keadaan tidak pasti,

responden yang tidak pernah mengalaminya sebanyak 6.06% dam kadang-kadang

mengalaminya sebanyak 3.03%.

Page 9: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

495

Jadual 5: Analisis simptom stres yang dialami dari aspek psikologikal

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres

Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Gelisah 33 2.00 5.00 3.8788 .73983 Tinggi

Cepat marah 33 2.00 5.00 3.8182 .72692 Tinggi

Bimbang 33 2.00 5.00 3.4545 .83258 Sederhana

Kurang daya tumpuan 33 1.00 5.00 3.6667 .95743 Sederhana

Mudah lupa 33 1.00 5.00 3.7273 .83937 Sederhana

Takut gagal 33 1.00 5.00 3.3030 .91804 Sederhana

Rendah diri 33 1.00 5.00 3.3636 .96236 Sederhana

Bosan 33 1.00 5.00 3.2424 .90244 Sederhana

Kecewa 33 1.00 5.00 3.2424 .83030 Sederhana

Lemah semangat 33 2.00 5.00 3.5758 .79177 Sederhana

Mewujudkan

permusuhan

33 2.00 5.00 3.4848 .83371 Sederhana

Resah 33 1.00 5.00 3.4242 .90244 Sederhana

Sukar kawal diri 33 1.00 5.00 3.3333 .98953 Sederhana

Mudah terpengaruh

mengambil bahan yang

terlarang seperti dadah

dan arak

33 1.00 5.00 3.3636 1.08450 Sederhana

Valid N (listwise) 33

Sumber: Soal selidik

Hasil dapatan kajian dalam jadual 5 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada

jumlah skor min tahap stres dari aspek psikologikal berada di tahap stres sederhana

(mn=3.48). Namun bagi item gelisah dan cepat marah berada di tahap tinggi (min 3.87

dan 3.81) dalam carta pai 2 dan 3, berbanding dua belas simptom-simptom lain yang

dialami mereka berada di tahap sederhana iaitu antara min 3.72 hingga 3.24 bagi item-

item mudah lupa, kurang daya tumpuan, lemah semangat, mewujudkan permusuhan,

bimbang, resah, mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan

arak, rendah diri, sukar kawal diri, takut gagal, bosan dan kecewa. Tiada item berada di

tahap stres rendah.

Page 10: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

496

Carta Pai 2: Peratusan Tahap Item Gelisah

Berdasarkan carta pai 2 di atas menunjukkan peratusan tahap item rasa gelisah yang

dialami ketika stres iaitu sebanyak 63.6% responden yang kerap mengalaminya, diikuti

15.1% responden pada tahap sangat kerap mengalaminya dan peratusan tidak pasti,

tiada responden yang tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya

sebanyak 6.06%.

Carta Pai 3: Peratusan Tahap Item Cepat Marah

Manakala carta pai 3 menunjukkan peratusan tahap item rasa cepat marah yang dialami

ketika stres iaitu sebanyak 63.6% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 18.1%

responden tidak pasti, 12.1% responden pada tahap sangat kerap mengalaminya, tiada

responden yang tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya

sebanyak 6.06%.

Jadual 6: Analisis symptom stres yang dialami dari aspek gangguan fikiran

Page 11: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

497

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres

Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Sukar membuat

keputusan

33 1.00 5.00 3.0303 1.04537 Sederhana

Kurang minat terhadap

aktiviti harian

33 1.00 5.00 3.2121 1.02340 Sederhana

Tidak merasa tercabar

terhadap situasi yang

sukar

33 1.00 5.00 3.1515 .93946 Sederhana

Sering berfikiran negatif 33 1.00 5.00 3.1818 1.01411 Sederhana

Kurang memberi

perhatian

33 1.00 5.00 3.0303 .98377 Sederhana

Hilang keyakinan diri 33 1.00 4.00 3.1515 .87039 Sederhana

Hilang tumpuan 33 1.00 5.00 3.8788 .92728 Tinggi

Kekuatan mental

menjadi lemah

33 1.00 5.00 3.2727 .97701 Sederhana

Valid N (listwise) 33

Sumber: Soal Selidik

Hasil dapatan kajian dalam jadual 6 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada

jumlah skor min (3.23) tahap stres dari aspek gangguan fikiran berada di tahap stres

sederhana. Tiada item berada di tahap stres rendah. Namun bagi item hilang tumpuan

berada di tahap tinggi (min 3.87) seperti dalam carta pai 7 berbanding tujuh simptom-

simptom lain yang dialami mereka berada di tahap sederhana iaitu antara (min 3.27

hingga 3.01) bagi item-item kekuatan mental menjadi lemah, kurang minat terhadap

aktiviti harian, sering berfikiran negatif, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang

sukar, hilang keyakinan diri, sukar membuat keputusan dan kurang memberi perhatian.

Page 12: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

498

Carta Pai 4: Peratusan Tahap Item Hilang Tumpuan

Carta pai 4 menunjukkan peratusan tahap item hilang tumpuan yang dialami ketika stres

iaitu sebanyak 48.4% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 24.4% responden

sangat kerap mengalaminya, 21.2% responden pada tahap tidak pasti mengalaminya dan

3.03% pada tahap tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya.

Page 13: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

499

Jadual 7: Analisis simptom stres yang dialami dari aspek tingkah laku

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres

Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Bercakap dengan cepat

dan kuat

33 1.00 5.00 3.5758 .90244 Sederhana

Menguap 33 2.00 5.00 3.9091 .67840 Tinggi

Suka gigit jari, mengetap

bibir, kerap

mengerakkan jari, letih

33 2.00 5.00 3.8182 .63514 Tinggi

Mudah tersinggung 33 1.00 5.00 3.3636 .96236 Sederhana

Terlalu bergantung

kepada orang lain

33 1.00 5.00 3.9091 .84275 Tinggi

Suka memberi komen

dan kritik orang lain

33 1.00 5.00 3.6667 .81650 Sederhana

Boleh bertindak ganas 33 1.00 5.00 3.6970 .84723 Sederhana

Bertindak secara tidak

logik

33 2.00 5.00 4.0000 .61237 Tinggi

Bertindak keterlaluan

dan terlalu beremosi

33 2.00 5.00 3.9394 .74747 Tinggi

Selalu membuat

kesilapan

33 1.00 5.00 3.9091 .72300 Tinggi

Sering terlibat

kemalangan

33 1.00 5.00 3.7273 1.06867 Sederhana

Kurang produktiviti

kerja

33 2.00 5.00 3.7273 .67420 Sederhana

Menidakkan keupayaan

diri sendiri

33 2.00 5.00 3.8788 .64988 Tinggi

Valid N (listwise) 33

Sumber: Soal Selidik

Hasil dapatan kajian dalam Jadual 7 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada

jumlah skor min tahap stres dari aspek gangguan fikiran berada di tahap stres sederhana

(min=3.77) seperti dalam jadual 8. Tiada item berada di tahap stres rendah. Namun

terdapat tujuh item berada di tahap stres yang tinggi iaitu antara min 4.00 hingga 3.81,

item bertindak secara tidak logik merupakan simptom stres yang tertinggi diikut dengan

item bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi, selalu membuat kesilapan, terlalu

bergantung kepada orang lain, menguap, menidakkan keupayaan diri sendiri dan suka

gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih.

Page 14: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

500

Jadual 8: Taburan Peratusan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Tahap Stres

Tinggi Pelajar

Jenis stres

TP KK TP K TK Mi

n

S.P Interpret

asi

Bertindak secara tidak

logik Bertindak

keterlaluan dan terlalu

beremosi

0% 3.0% 21.2% 66.7

%

9.1% 4.00

3.93

0.6

1

0.7

4

Tinggi

Tinggi

0.0% 3.0% 21.2% 54.5

%

21.2

%

Selalu membuat

kesilapan

3.0% 0.0% 12.1% 72.7

%

12.1

%

3.92 0.7

2

Tinggi

Terlalu bergantung

kepada orang lain

3.0% 0.0% 21.2% 54.5

%

21.2

%

3.90 0.8

4

Tinggi

Menguap 0.0% 6.1% 9.1% 72.7

%

12.1

%

3.90 0.6

7

Tinggi

Menidakkan keupayaan

diri sendiri

0.0% 3.0% 18.2% 66.7

%

12.1

%

3.87 0.6

4

Tinggi

Suka gigit jari,

mengetap bibir, kerap

mengerakkan jari, letih

0.0% 3.0% 21.2% 66.7

%

9.1% 3.81 0.6

3

Tinggi

Sumber: Soal Selidik

Manakala enam item lagi berada di tahap sederhana iaitu antara min 3.72 hingga 3.36

bagi item-item sering terlibat kemalangan, kurang produktiviti kerja, boleh bertindak

ganas, suka memberi komen dan kritik orang lain, bercakap dengan cepat dan kuat dan

mudah tersinggung.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian berkaitan demografi pelajar menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai

daripada pelajar lelaki, majoriti pelajar berusia 22 tahun. Usia ini disokong dengan syarat

kemasukan pelajar bagi program ini adalah mempunyai sijil hafazan 30 juzuk dan

majoriti pelajar adalah lepasan Darul Quran, Jakim dan Ma’ahad Tahfiz Negeri di

Malaysia.80

80 Dokumen Fail Kemasukan Pelajar, Peng.Qiraat, Usim. 2019.

Page 15: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

501

Jika dilihat aspek tempat tinggal responden, hampir sebahagian besar daripada

mereka tinggal di kawasan luar bandar. Bahkan kebanyakan mereka mempunyai

bilangan adik beradik antara empat hingga enam orang. Sebahagian besar ibu bapa

responden bekerjaya.

Malahan majoriti dalam kalangan mereka berada di tahap B40 dalam pendapatan

seisi rumah. Ini boleh menyumbang faktor -faktor permasalahan stres. Sebagaimana hasil

kajian81 tiga tema tekanan telah dikenal pasti berlaku dalam kalangan keluarga B40 iaitu

tekanan ekonomi, tekanan emosi dan tekanan keibubapaan.

Jadual 9: Analisis Tahap Stres Terhadap Keseluruhan Simptom

Kategori Simptom Stres Skor Min

Fizikal 2.81

Psikologikal 3.48

Gangguan fikiran 3.23

Tingkah laku 3.77

Jumlah 3.32

Pengkaji memfokuskan artikel kepada empat bahagian simptom stres yang dialami oleh

responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ketika covid 19, merujuk kepada

jadual 9 menunjukkan bahawa simptom-simptom stres yang dialami berada di tahap

sederhana. Ini menunjukkan bahawa para pelajar masih mampu dan boleh mengawal

stres dan tekanan yang mereka alami, ditambah dengan pegangan dan pergantungan

mereka yang kuat dengan hafazan al-Quran atau sebagai hamalah al-Quran yang berjaya

mengekang mereka daripada sifat-sifat mazmumah dan lagha. Ini disokong dengan

maksud fitrah di sisi al-Raghib bahawa fitrah merupakan isyarat Allah SWT ke atas

fitrah yang Dia ciptakan dan difokuskan kepada diri manusia iaitu pengetahuan

mengenai Penciptanya. Lantaran itu fitrah ialah apa yang dianugerahkan Allah SWT

kepada manusia tentang potensi atau kekuatan diri manusia untuk beriman kepada-

Nya.82

Bahkan fitrah manusia adalah dilahirkan secara bersih, suci, mulia dan baik. Islam

memandang manusia secara fitrahnya mempunyai potensi diri memperbaiki diri

sendiri83 selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 30:

81 Keluarga B40 Tekanan dan Kekuatan B40 https:// www. researchgate. net/publication/ (diakses pada 27

September 2020). 82 Al-Asfahani, al-Raghib.2009. Mufradat Alfaz al-Quran. Damsyik: Darul Qalam.640 83 Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali dan Hanit Osman. Kaunseling dalam Islam.

Nilai: USIM. 33.

Page 16: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

502

Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau

dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;

(turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan

keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang

perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan

manusia tidak mengetahui.

Walau bagaimanapun terdapat item-item simptom yang dikenalpasti berada di tahap

yang tinggi. Para responden yang pernah dan kerap mengalaminya iaitu alahan gatal-

gatal, gelisah, cepat marah, hilang tumpuan, bertindak secara tidak logik merupakan

simptom stres yang tertinggi diikut dengan item bertindak keterlaluan dan terlalu

beremosi, selalu membuat kesilapan, terlalu bergantung kepada orang lain, menguap,

menidakkan keupayaan diri sendiri dan suka gigit jari, mengetap bibir, kerap

mengerakkan jari, letih.

Justeru itu kestabilan emosi manusia adalah berbeza, oleh itu setiap individu

perlu mengenali, memahami emosi mereka untuk menyeimbangkannya dan mengawal

diri supaya mampu berfikir dan bertindak tanpa pengaruh emosi. Muhasabah perlu

dilakukan untuk mengenalpasti tahap keterbukaan minda dalm mencari jati diri.84

Namun responden juga biasa mengalami simptom-simptom stres berikut tetapi

dalam situasi yang boleh dikawal dan kemungkinan mereka cepat sedar dengan amalan

rutin mereka yang sentiasa mengulang ayat-ayat hafazan al-Quran serta amalan ibadat

sunat lain. Jenis-jenis simptom tersebut ialah seperti kerap buang air besar/kecil, sakit

belakang badan, sakit badan, cirit birit, cepat letih, sukar tidur, jantung berdebar-debar,

bernafas laju, mudah lupa, kurang daya tumpuan, lemah semangat, mewujudkan

permusuhan, bimbang, resah, mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang

seperti dadah dan arak, rendah diri, sukar kawal diri, takut gagal, bosan dan kecewa,

kekuatan mental menjadi lemah, kurang minat terhadap aktiviti harian, sering berfikiran

negatif, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar, hilang keyakinan diri, sukar

membuat keputusan dan kurang memberi perhatian, sering terlibat kemalangan, kurang

produktiviti kerja, boleh bertindak ganas, suka memberi komen dan kritik orang lain,

bercakap dengan cepat dan kuat dan mudah tersinggung.

Islam mengakui emosi sebahagian daripada manusia tetapi menyuruh umatnya supaya

bijak mengawal emosi terutama yang bersifat negatif supaya tidak mempengaruhi

pertimbangan akal yang waras.85

Bahkan para responden juga pernah mengalami simptom-simptom ini dalam

tahap rendah iaitu kadang-kadang atau tidak pernah bagi item-item seperti gementar,

84 Ibid. 85 Ibid.

Page 17: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

503

sakit kepala, masalah penghadaman, muntah atau loya, kurang selera makan dan kering

mulut.

Tingkah laku individu adalah berkait rapat dengan persekitaran. Menurut

Lockian, manusia secara semulajadinya dilahirkan sebagai neutral tidak mempunyai

sifat baik atau buruk. Walau bagaimanapun personaliti seseorang individu terbina dan

berkembang bergantung kepada interaksi mereka dalam persekitaran, dalam proses ini

corak tingkah laku dan personality seseorang akan terbina.86

Malahan terdapat teori Gestalt dalam kaunseling yang menggalakkan kita

melepaskan apa-apa perasaan terpendam. Ini selari dengan senario apabila dalam

keadaan tertentu perasaan seperti marah, benci, sedih, bersalah dan sebagainya tidak

dapat dilepaskan lantaran satu sebab. Implikasinya perasaan perasaan akan sentiasa

terbuka di dalam sistem diri atau tubuh badan manusia. Seterusnya perasaan ini akan

mengganggu kita dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari tanpa disedari selagi ia

tidak dilepaskan dan disempurnakan.87

KESIMPULAN

Simptom stres yang dialami para pelajar ketika sesi pembelajaran secara dalam talian

adalah tidak membimbangkan kerana berada di tahap sederhana. Ini terbukti bahawa

stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan

motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.88 Tahap sederhana ini juga

menunjukkan ketinggian nilai sabar yang mesti dimiliki oleh para haffaz dalam

membendung perasaan stres yang dialami.

Dunia merupakan tempat ujian dan dugaan sama ada perkara baik atau buruk.

Lantaran itu Allah menguji para hambanya agar diketahui dalam kalangan hamba-Nya

pejuang dan seorang benar-benar penyabar sehingga layak mendapat ganjaran yang

setimpal di atas kesabarannya.89

Ini disokong dengan hasil dapatan bahawa stres yang dialami pelajar universiti hanya

berlaku pada tahap yang sederhana dan tidak menimbulkan kesengsaraan psikologi

yang tinggi.90

86 Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. 2008. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai: USIM.147. 87 Ibid. 96-97. 88 Abd. Rahman Yaacob,Ros Aini IbrahimMajdi @ Abd Hadi IshakRashdan Rashid Punca Stres Di

Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syedsirajuddin dalam ttps://www. academia.edu/7105868/Punca

_STRES_ dikalangan_pelajar 89 Al-Zuhaili, Wahbah. 2003. Tafsir al-Munir. Damsyik: Darul Fikr. 1:404. 90 Ferlis B. Bullare @ Bahari & Rathakrishnan Rosnah Ismail. Sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang

dialami pelajar universiti dalam Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun 2009, 46-62.

Page 18: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

504

Lantaran itu stres dilihat daripada aspek pendekatan Imam al-Ghazali melihat

konsep-konsep utama iaitu konsep roh, hati, nafsu dan akal. Stres sebagai satu cabaran

hidup dan konsep kesepaduan antara akidah, Syariah dan akhlak juga merupakan asas

kepada pembentukan kerohanian manusia yang terarah kepada penyembahan Allah

SWT.91

Jati diri sebagai hamalah al-Quran yang dipasak dengan ayat-ayat Allah di dada

mereka jelas terlakar pada keperibadian mereka, namun perlu sentiasa dibajai dengan

nilai-nilai muhasabah yang tinggi. Ini bermakna para pelajar perlu sentiasa muhasabah

dan mujahadah setiap perasaan dan tingkah laku yang dialami dan segera kembali

kepada al-Quran dan Sunnah supaya dapat membendung simptom stres supaya tidak

memberi implikasi negatif yang besar dalam pembelajarabn dan juga kehidupan.

RUJUKAN

Buku

Al-Asfahani, al-Raghib.2009.Mufradat Alfaz al-Quran.Damsyik: Dar al-Qalam.

Al-Zuhaili, Wahbah. 2003. Tafsir al-Munir. Damsyik: Darul Fikr.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali dan Hanit Osman. 2011.

Kaunseling dalam Islam. Nilai: USIM.

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Cet. ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mok Soon Sang. 2009. Literature dan Kaedah Penyelidikan. Terb.1 (Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd.

Pharmjit Singh dan Chan Yuen Fook. 2010. Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan

Penyelidikan. Shah Alam: UPENA, UITM.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia

Sdn Bhd.149

Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan

Pengurusan Efektif. Nilai: USIM.19.

Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan

Pengurusan Efektif. Nilai: USIM

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

91 Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif. Nilai: USIM.70.

Page 19: SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 · 2021. 3. 23. · 487 SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira

505

Jurnal

Ferlis B. Bullare @ Bahari & Rathakrishnan Rosnah Ismail. 2009. Sumber Stres, Strategi

Daya Tindak dan Stres Yang Dialami Pelajar Universiti. Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun

2009, 46-62.

Internet

Abd. Rahman Yaacob, Ros Aini Ibrahim, Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid.

Punca Stres Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

www.academia.edu/7105868/Punca_STRES_di kalangan_pelajar (diakses pada

16 September 2020).

Keluarga B40 Tekanan dan Kekuatan B40 https:// www. researchgate.

net/publication/Keluarga_B40_Tekanan_dan_Kekuatan_B40_Family_Stres_and

_Strength (diakses pada 27 September 2020).

Mohamad Zaid Mustafa, Ali Suradin, Siti Sarah Muhammad, Ahmad Rizal Madar dan

Abdul Rashid Razza. Kajian Stres Dalam Kalangan Pelajar Wanita Program

Sarjana Muda Kejuruteraan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Uthm). mohamad_zaid_mustafa.ICTLHE.pdf (diakses pada 17 September 2020).

Panduan Menangani Stres. https:// www. moh.gov.my/moh/6_Panduan_ Menangani

_Stres.pdf (diakses pada 16 September 2020).

Pengurusan Stres Pelajar. http://www.kmj.matrik.edu.my/mengenai-kami/jabatan-

pengurusan-pelajar/ (diakses pada 17 September 2020).