sifat mazmumah

15
SIFAT MAZMUMAH TAKBUR DEFINISI ERTI TAKBUR: perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadits beliau: اس ن ل مط ا غ و ق ح ل ر ا ط ب ر كب ل ا“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud) Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum” ( al-cAraf : 40) Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk syurga.

Upload: shahirah-zafirah

Post on 30-Nov-2014

4.274 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Sifat mazmumah

SIFAT MAZMUMAH

TAKBUR

DEFINISI

ERTI TAKBUR: perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa

maksud sombong. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadits

beliau:

الناس وغمط الحق بطر الكبر

“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR.

Muslim dari Abdullah bin Mas’ud)

“ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan

menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka

pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam

lubang jarum”

 ( al-cAraf : 40)

 Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan

dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah

S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan

diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk

syurga. 

Page 2: Sifat mazmumah

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa

maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu

perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan

takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia,

lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai

tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong

adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya. 

Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan

tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik

dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan

bongkak. (Na'uzubillah hi min dzaalik)

HADIS

1. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi. Daripada Abu

Sa'Id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda

yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang Ku dan

kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah

satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam."

- (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibn Majah no. 4147)

2. Rasulullah bersabda:

“Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan

mengganggap hina kepada orang lain”. (HR. Muslim)

Page 3: Sifat mazmumah

3. Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar :

“Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain

kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa

kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama

dengan darahmu”.

4. Berdasarkan kisah di dalam al-Qur’an, makhluk yang pertama yang diserang

dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la’natullah). Walaupun

diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan

nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia

daripada Adam. Katanya:

“Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api,

sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah” (QS 7:12)

5. Di murkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang

bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya

(takbur). (QS 16:23)

Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku.

Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala

berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip

matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”.

Page 4: Sifat mazmumah

6. Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu

Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda :

“Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan

pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana

hinanya mereka di sisi Allah Ta’ala”.

Di seksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman

Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya:

Kebesaran itu selindang-Ku dan ‘adzmat (keagungan) itu kainku.Sesiapa

merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka

Jahannam.

Rasulullah bersabda :

“Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi

daripada sifat takbur” (HR. Muslim)

Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda :

“Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar

debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali

apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.

Page 5: Sifat mazmumah

DALIL

Dalil dari Al Quran

“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan

diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi.Dan kesudahan (yang baik) itu adalah

bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Qashash:83)

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan

janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak

menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.“ (QS. Luqman:18)

Dalil yang diambil dari surat Al Qashash:83 menjelaskan bahwa syurga adalah

tempatnya orang-orang yang tidak sombong. Dan pada dalil yang terdapat dalam

surat Luqman:18 Allah swt memerintahkan kita untuk tidak sombong kepada

sesame manusia.

Dalil dari Hadits

Dalil tentang haramnya takabur dan sombong yang berasal dari hadits atau sunnah

Rasul adalah sebagai berikut:

Dari Abdullah bin Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak

akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya

sebesar atom.” Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka

memakai pakaian yang bagus dan sandal/kasut yang bagus pula.” Nabi Muhammad

saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan.

Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.” (HR. Muslim)

Dari Salamah bin Al Akwa ra bahwasannya ada seorang laki-laki makan di hadapan

Nabi Muhammad saw  dengan memakai tangan kirinya, beliau lantas bersabda:

“Makanlah dengan memakai tangan kananmu.” Laki-laki itu menjawab: “Saya tidak

bisa.” Nabi Muhammad saw bersabda lagi: “Kamu tidak bisa, itu adalah perbuatan

sombong.” (HR. Muslim)

Page 6: Sifat mazmumah

Dari Haritsah bin Wahb ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad saw

bersabda, “Maukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka? Yaitu setiap

orang yang kejam, rakus, dan sombong.” (HR. Bukhari dan Muslim)

CONTOH DARI KISAH NABI S.A.W MENGENAI TAKBUR

Berikut ini merupakan salah satu cerita Rasulullah saw. mengenai orang yang

sombong :

Percakapan antara Surga dan Neraka

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Neraka bercakap-cakap dengan surga, isi percakapan itu adalah : Neraka berkata:

Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong). Syurga berkata:

Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jalla

berfirman kepada Neraka: Kamu adalah siksaan-Ku. Aku akan menyiksa siapa saja

yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untuk

menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pula

kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat-Ku melalui kamu

kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga

penuh.

Page 7: Sifat mazmumah

PERBEZAAN UJUB, TAKBUR DAN RIAK

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri

kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang

dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda,

kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan

akrab dengan dirinya.

Sikap ujub ini dimiliki oleh iblis sebagaimana ayat berikut:

Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika

Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai

Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

Takbur bermaksud sombong iaitu perasaan sebagai tinggi hati, angkuh dan

bongkak.

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu

dengan mengharapkan balasan yang setimpal.Sebagai contoh seorang lelaki atau

perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang

memerhati dan memuji kerajinannya. 

Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama

meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di

dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

BENTUK-BENTUK TAKBUR

Sombong ada dua JENIS, iaitu sombong zahir (takabur zahir) dan sombong batin

(takabur batin).Sombong lahir yaitu perbuatan sombong yang dilakukan oleh

anggota badan dan jelas terlihat.Sombong batin yaitu sifat kesombongan di dalam

jiwa atau hati yang tidak terlihat.

Page 8: Sifat mazmumah

SIFAT TAKBUR MEMPUNYAI TIGA PERINGKAT IAITU :-

 

1- Takbur kepada Allah S.W.T.

Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada

sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun

diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takburseperti ini.

 2- Takbur kepada Rasul

Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa

Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana

yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu

(Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10)

 

3- Takbur terhadap sesama manusia.

 Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan

Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini

hukumnya berdosa dan fasiq. 

Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada: 

a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T. 

b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

c) Bertuhankan kepada manusia.

d) Menghalang sifat-sifat baik.

Page 9: Sifat mazmumah

TANDA TAKBUR

a. Tidak suka berdoa

b. Mudah terluka dan melukakan hati orang lain

c. Sukar memberi dan meminta maaf

d. Memotong cakap orang lain

e. Cara berjalan yang angkuh

f. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya

g. Tidak suka berziarah 

h.

AKIBAT NEGATIF TAKBUR

Sifat takabur adalah sifat tercela yang harus di jauhi oleh setiap mukmin, kerana

akan berakibat sangat fatal di antaranya : 

Tidak mahu menerima kebenaran 

Tidak menyedari bahawa segala kemewahan dan kemudahan yang

diperolehnya adalah karunia Allah 

Menganggap rendah pada orang lain 

Syaitan sudah menguasai dirinya 

Tidak pernah bersyukur kepada Allah 

Dalam pergaulan tidak disenangi oleh orang lain 

Di akhirat hanya di neraka tempatnya

Page 10: Sifat mazmumah

CARA MENGIKIS SIFAT TAKBUR DALAM DIRI

Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri

seseorang iaitu dengan cara:

1. Apabila kita bersuara dengan Anak-Anak kecil, maka kita anggaplah yang

sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum

mempunyai dosa-dosa berbanding kita yang telah dewasa.

2. Apabila kita bersuara dengan orang Tua pula, maka kita anggaplah yang

sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah

kepada Allah dari kita.

3. Apabila bersuara dengan orang Alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya

beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu

yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

4. Apabila kita bersuara dengan orang Jahil pula, maka kita anggaplah yang

sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan

kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan segaja

kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk

dan baik

5. Apabila kita bersuara dengan orang Kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa

satu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk Islam. Maka dosa yang

dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t sedangkan

kita pula sebagai umat Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa

mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

Page 11: Sifat mazmumah

CARA MENGHINDARI TAKBUR

1. Memahami dan menyadari tentang bahaya takabur, baik bahayanya di dunia

mahupun bahaya di akhirat nanti.

2. Menerima setiap nikmat mahupun kelebihan yang dimiliki semata-mata kerana

karunia Allah SWT.

3. Menyadari bahwa asal kejadian semua manusia adalah sama, yakni dari sel

sperma dan ovum. Yang mungkin manusia itu sendiri merasa jijik bila

melihatnya.Kalau kemudian menjadi makhluk yang sangat bagus bentuknya semua

itu kerana kehendak dan kasih sayang dari Allah SWT, dan diri kita sendiri tidak

pernah memesannya kepada Allah SWT.

4. Berusaha untuk dapat bergaul dengan siapa saja denga baik, tanpa membeza-

bezakannya.

5. Segera mengikis benih-benih kesombongan di dalam hati yang setiap saat

dihembuskan oleh syaitan, dengan cara membaca istighfar manakala kita menyedari

telah berbuat sombong.

Page 12: Sifat mazmumah

LAMPIRAN

Retrieved September 7, 2012 from http://firdausalhafiz.blogspot.com/2008/10/ilmu-ilmu-islam-sifat-takbur.html