pengguna bijak menjana ekonomi negara - …

12
MENANGANI KERACUNAN BAHAN KIMIA MEMBELI MENGIKUT GERAK HATI KESELAMATAN ALAT PERMAINAN KANAK-KANAK CAJ PERUBATAN YANG TINGGI KHASIAT BUAH KURMA ANJURKAN LAWATAN LUAR AMALAN PEMAKANAN KETIKA BERPUASA AMALAN 3R - GUNA SEMULA MENANGANI KERACUNAN BAHAN KIMIA MEMBELI MENGIKUT GERAK HATI KESELAMATAN ALAT PERMAINAN KANAK-KANAK CAJ PERUBATAN YANG TINGGI KHASIAT BUAH KURMA ANJURKAN LAWATAN LUAR AMALAN PEMAKANAN KETIKA BERPUASA AMALAN 3R - GUNA SEMULA Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM 1

Upload: others

Post on 13-Nov-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

MENANGANI KERACUNAN BAHAN KIMIA

MEMBELI MENGIKUT GERAK HATI

KESELAMATAN ALAT PERMAINAN KANAK-KANAK

CAJ PERUBATAN YANG TINGGI

KHASIAT BUAH KURMA

ANJURKAN LAWATAN LUAR

AMALAN PEMAKANAN KETIKA BERPUASA

AMALAN 3R - GUNA SEMULA

MENANGANI KERACUNAN BAHAN KIMIA

MEMBELI MENGIKUT GERAK HATI

KESELAMATAN ALAT PERMAINAN KANAK-KANAK

CAJ PERUBATAN YANG TINGGI

KHASIAT BUAH KURMA

ANJURKAN LAWATAN LUAR

AMALAN PEMAKANAN KETIKA BERPUASA

AMALAN 3R - GUNA SEMULA

Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM1

Page 2: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. En. Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGDr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNorliana bte Ismail

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

MINDA EDITOR

Harga minyak mentah di pasaran antarabangsa masih belum stabil.Ada ketikanya harganya telah mencecah melebihi USD80.00 setong.Terdapat spekulasi yang mengatakan harganya berkemungkinan bolehmencapai sehingga USD100 setong.

Walaupun jika dilihat dari satu sudut, kenaikan harga minyak inimerupakan berita baik kepada Malaysia, sebagai pengeksport minyakutama, iaitu ia akan meningkatkan pendapatan kerajaan melalui hasilminyak itu. Kerajaan menjangkakan pendapatan daripada minyak akanmeningkat sebanyak 15%, iaitu RM141.8 bilion pada tahun ini. Inimenyumbang sebanyak 22.7% kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Dari satu aspek yang lain pula, kenaikan harga minyak mentah initurut memberikan impak seperti peningkatan jumlah subsidi bahan apiyang perlu ditanggung oleh kerajaan. Dijangkakan pada tahun ini subsidikerajaan sebanyak RM12.15 bilion.

Malahan Petronas sendiri sebagai syarikat petroleum negara jugamenanggung subsidi yang tinggi. Sepanjang tahun 2007, subsidi yangdiberikan sebanyak RM15 bilion, yang di antara lainnya kepada industritenaga.

Oleh sebab itu, timbul ura-ura bagi kerajaan untuk mengkaji semulapemberian subsidi bahan api kepada industri ini. Ini termasuklah penjualangas pada harga subsidi kepada Tenaga Nasional dan Pengeluar TenagaBebas untuk penjanaan tenaga elektrik.

Keadaan ini sudah pasti akan mengurangkan perolehan syarikatpembekal tenaga elektrik ini. Sekiranya ini berterusan, akan timbul pulaura-ura untuk menaikkan pula tarif elektrik bagi meningkatkan perolehansyarikat.

Bagi pengguna pula, kenaikan harga minyak ini menimbulkankerisauan kerana ia berkemungkinan menyebabkan kerajaan akanmenaikkan harga minyak runcit. Kali terakhir bahan api dinaikkan adalahpada bulan 1 Mei 2006. Pada masa ini, harga petrol premium RON97 diSemenanjung Malaysia sebanyak RM1.92 seliter, manakala petrol RON92pula sebanyak RM1.88 seliter. Dalam pada itu harga bagi diesel ialahRM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Kenaikan bahan berasaskan petroleum ini bukan sahaja melibatkankenaikan kepada kos pengangkutan, tetapi juga boleh memberikan reaksijaringan kepada harga barangan lain. Keadaan ini sebagaimana yangberlaku apabila kerajaan menaikkan harga bahan api sebanyak 30 sentahun lepas.

Biarpun begitu, kerajaan juga tidak boleh selama-lamanya dapatbertahan dengan pemberian subsidi yang semakin tinggi ini. Sewajarnyawang yang boleh diperolehi daripada subsidi itu digunakan untukmembiayai pembangunan yang memerlukan keutamaan, seperti sistempengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Apatah lagi rezab petroleum di negara ini juga kian terhad dan tibaketikanya nanti, Malaysia terpaksa mengimport bahan berasaskanpetroleum sepenuhnya.

Oleh itu, sebagai persediaan menghadapi kos bahan api yang kianmeningkat dan bekalan yang semakin berkurangan, sumber tenagaalternatif perlu dipergiatkan, seperti penggunaan gas asli kenderaan(NGV), biomas, biodisel, tenaga suria, angin dan sebagainya. Di sampingitu, langkah penjimatan penggunaan tenaga juga perlu dilakukan agarpenggunaan bahan tersebut dapat dikurangkan.

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM2

Page 3: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

BAJET 2008

BERSAMAMEMBINA NEGARADAN MENIKMATIKEMAKMURAN

ISU PENGGUNA

SEPTEMBER 2007 > 3

bersambung ke muka 4..

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri AbdullahHaji Ahmad Badawi telah membentangkan Bajet 2008 diDewan Rakyat, pada 7 September 2007. Berikut adalahdi antara intipati daripada ucapan Bajet 2008 beliau.

INTIPATITempoh pembayaran balik cukai pendapatandipendekkan dari enam bulan ke 14 hingga 30 haribagi penghantaran menerusi sistem e-filing.Pengeculian 50 peratus duti setem diberi ke atas suratcara pindah milik bagi sebuah rumah yang tidakmelebihi RM250,000 seunit.RM6.5 bil diperuntukan bagi sektor pertanian. Antaraprogram yang dilaksanakan ialah menggalakkanflorikultur, herba dan rempah ratus.RM236 juta disediakan untuk bioteknologi. Antaraprojek yang akan dilaksanakan pembangunan pusatpenyelidikan biodiversiti, pusat komersialisasibioteknologi serta penyelidikan kompaun anti kanser.RM22 juta disediakan untuk meningkatkan aktivitihomestay bagi 47 buah kampung terpilih.RM30 bil diperuntukkan bagi Kementerian Pelajarantermasuk pelaksanaan Pelan Induk PembangunanPendidikan.Peruntukan RM500,000 akan diberi bagi setiapsekolah kluster untuk tujuan aktiviti kokurikulum,latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.Mulai 2008, yuran tahunan sekolah rendah danmenengah dimansuhkan.Mulai 2008, Skim Pinjaman Buku Teks diperluaskankepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isurumah dan bilangan anak yang layak.

Pelajar sekolah daripada keluarga yangberpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan kebawah akan diberi sepasang pakaian seragampercuma bagi satu kegiatan ko-kurikulum beruniform.Elaun guru pendidikan khas dinaikkan daripadaRM100 kepada RM250 sebulan.Kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah dinaikkandaripada RM85 kepada RM150 sehari.Guru mengajar bahasa Cina dan Tamil di SekolahKebangsaan diberi elaun RM60 sejam bagi lepasanijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma.Guru pesara akan diambil untuk berkhidmat sebagaiguru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatihSekolah rendah dan menengah yang diusahakanbadan amanah dan pertubuhan amal diberikanpengecualian cukai pendapatan.

STRATEGI BAJETMempertingkat daya saing negara;Memperkasa pembangunan modalinsan;Menjamin kesejahteraan rakyat.

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM3

Page 4: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

4 < SEPTEMBER 2007

dari muka 3 ..

RM2 bilion diperuntukkan kepada pelbagai agensilatihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dankualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluanpasaran.RM480 juta diperuntukkan untuk program latihanGiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) sertalatihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.RM550 juta diperuntukkan untuk menaik tarafpoliteknik dan kolej komuniti bagi meningkatkankapasiti institusi latihan tersebut.RM750 juta diperuntukkan untuk membina sebuahPusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping.Skop Tabung Pembangunan Sumber Manusia akandiperluaskan dan kelonggaran akan diberikan kepadasyarikat untuk memilih program latihan dan pendidikanlanjutan kepada kakitangan.RM2 bilion diperuntukan kepada pelbagai agensilatihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dankualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluanpasaran.RM480 juta diperuntukkan untuk program latihanGiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) sertalatihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.RM550 juta diperuntukkan untuk menaik tarafpoliteknik dan kolej komuniti bagi meningkatkankapasiti institusi latihan tersebut.RM750 juta diperuntukkan untuk membina sebuahPusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping.Skop Tabung Pembangunan Sumber Manusia akandiperluaskan dan kelonggaran akan diberikan kepadasyarikat untuk memilih program latihan dan pendidikanlanjutan kepada kakitangan.Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (2001)akan dipinda antaranya bagi membolehkan majikanmendapat bantuan kewangan bagi melatih pekerjasehingga peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah,terutama dalam bidang teknologi baru dan teknologitinggi.

Untuk tahun 2008, seramai 50,000 pekerja dalamsektor pembinaan akan dilatih dalam program latihanMasterskills dengan kos berjumlah RM100 juta.Bagi tahun 2008, Dana Sains diperuntukkan RM230juta dan Dana Tekno diperuntukan RM300 juta, danRM546 juta disediakan bagi program R&D institusi.Kadar pembayaran royalti kepada penyelidikditingkatkan kepada 80 peratus dan baki 20 peratuskepada institut penyelidikan.Duti import dan cukai jualan dikecualikan ke atasperalatan jalur lebar dan peralatan capaian pengguna.Potongan cukai diberi kepada majikan yangmenyediakan manfaat komputer baru danpembayaran langganan jalur lebar bagi kakitangan,dan manfaat yang diterima oleh kakitangan juga diberipengecualian cukai.RM381 juta disediakan bagi melaksanakanperumahan rakyat kos rendah dan daripada jumlahitu RM191 juta bagi Program Perumahan Rakyat(PPR) Disewa dan RM190 juta bagi PPR Bersepadu.Kerajaan sedia dana sebagai jaminan kepada bankuntuk memberi pinjaman perumahan kepada golonganyang tidak mempunyai pendapatan tetap bagimembiayai pembelian rumah kos rendah dansederahan.Mulai 1 Jan 2008, sebanyak RM50 juta disediakan olehkerajaan sebagai jaminan kepada Bank SimpananNasional dan Bank Islam Berhad.Pencarum KWSP dibenar keluar baki Akaun 2 merekasetiap bulan untuk tujuan membantu pembayaranansuran pinjaman perumahan.RM887 juta diperuntukkan untuk membina lebihbanyak kuarters kakitangan awam di seluruh negara.RM12 bilion akan dibelanjakan untuk meningkatkanpengangkutan awam di Kuala Lumpur dan PulauPinang dalam tempoh empat tahun akan datang.RM4 bilion diperuntukkan untuk projek meningkatkankualiti hidup di Sabah.RM4 bilion diperuntukkan untuk projek pembangunandi Sarawak.Pelepasan cukai individu sehingga RM300 setahundiberi ke atas pembelian peralatan sukan dansenaman.Bon bernilai RM2 bilion akan diterbitkan oleh BankNegara Malaysia untuk dilanggan oleh warga emasyang berumur 55 tahun ke atas yang tidak mempunyaipekerjaan tetap.Kadar elaun pekerja OKU ditambah daripada RM200kepada RM300Bantuan khas sebanyak RM300 sebulan kepadapenjaga OKU yang terlantar dan pesakit yangmengidap penyakit kronik.

Sumber: BERNAMA

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM4

Page 5: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

KESIHATAN

MenanganiKeracunanBahan Kimia

SEPTEMBER 2007 > 5

Apakah dia keracunan bahan kimia ?

Keracunan bahan kimia biasanya melibatkan pendedahanterhadap bahan-bahan kimia biasa seperti bahan kimiarumah, produk pertanian, produk tumbuhan atau produkindustri.

Sebab yang menimbulkan keracunan?

Sesetengah produk rumah tidak beracun. Bahan-bahanini tidak menimbulkan sebarang gejala apabila dimakan.Walau bagaimanapun, tiada agen kimia yang selamatsepenuhnya. Jumlah yang dimakan itu adalah pentingdalam menentukan sama ada sesuatu bahan kimia ituberbahaya atau tidak. Jumlah dos amat penting keranakebanyakan bahan, walaupun sesetengah darinyadianggap sebagai nutrien akan menjadi beracun jikadimakan dalam jumlah/kuantiti yang tertentu.

Bahan-bahan beracun dalam persekitaran bolehmemberikan kesan buruk ke atas tubuh badan manusia.Bahan-bahan ini menjejaskan pelbagai sistem pentingdalam badan seperti sistem ginjal, saraf, pernafasan,jantung dan pembiakan.

Punca keracunan

Individu yang berisiko mengalami keracunan asid-alkali ialah:

Individu yang menyimpan dan menggunakanbahan-bahan kimia rumahKanak-kanak yang berada di dalam persekitarandi mana tersimpannya bahan-bahan kimiaberkenaan.Pekerja kilang yang terlibat dengan bahan-bahankimia berkenaan.

Tanda-tanda kemungkinan berlakunyakeracunan

Racun yang ditelanJika anda mendapati anak anda berhampiran ataumemegang bekas racun yang terbuka atau kosong, anakanda mungkin keracunan. Bertenang dan bertindak cepat:

Jauhkan racun tersebut dari anak anda. bersambung ke muka 6

Jika racun itu masih berada di dalam mulut anak anda,minta ia ludahkannya atau keluarkan dengan jari anda(simpan ini dengan bukti-bukti lain untuk membantumengenal pasti jenis racun yang ditelan).Jangan cuba membuatkan anak anda muntah.Jangan mengikut arahan yang tertera pada labelpembungkus racun kerana ia mungkin tidak bolehdigunapakai lagi; sebaliknya hubungilah pusat kawalanracun dengan segera untuk mendapat arahan terkini.Jika mangsa telah muntah, kumpulkan sampel muntahuntuk membantu mengenal pasti racun jika tiadapetunjuk-petunjuk lain.

Kemungkinan terdapat:Kesan merah atau luka terbakar di sekeliling mulutmangsa.Nafas berbau bahan kimia.Kesan kebakaran, tanda-tanda atau bau tertentu padamangsa, pakaian atau di persekitaran.Telefon ambulan (dail 999) dan berikan pertolongansementara kepada mangsa.

Keracunan Asid-alkaliJika anda atau anak anda dengan tidak sengajatertelan bahan kimia asid-alkali, segera cairkannyadengan meminum susu atau air.Kemudian hantarkan ke Jabatan Kecemasan hospitalterdekat dengan segera.

Apakah yang patut dilakukan apabila keracunan?

Racun pada kulit (sentuhan)Jika anak anda tertumpah racun ke atas badannya,tanggalkan pakaiannya dan bersihkan kulit dengan airsuam (jangan sekali-kali menggunakan air panas).Jika bahagian berkenaan terdapat kesan terbakar,

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM5

Page 6: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

6 < SEPTEMBER 2007

dari muka 5 ..

teruskan membersih dengan air sekurang-kurangnyauntuk selama 15 minit walaupun anak andamembantah.

Racun di dalam mataBersihkan mata dengan membuka kedua-dua kelopakmata dan menuang aliran air yang suam (janganmenggunakan air panas) ke dalam ruang di sudut mataberhampiran hidung. Jika mangsa ialah seorangkanak-kanak, anda mungkin memerlukan seseoranguntuk memegangnya sementara anda membersihkanmatanya. Teruskan membersihkan mata untuk selama15 minit dan hubungi Pusat Kawalan Racun untukarahan selanjutnya. Jangan menggunakan ubat titismata atau salap kecuali jika diarahkan.

Gas atau wap asap beracunDalam sesebuah rumah, wap asap beracun mungkin

berpunca dari sumber-sumber berikut:Asap dari eksos kereta yang dihidupkan dalam garaj

bertutup.Dapur minyak gas/tanah, arang atau kayu yangbermasalah.Asap yang berbau kuat daripada bahan-bahan pelarutdan pencuci lain.Jika anak anda tersedut gas atau wasap beracun,pindahkan dia ke kawasan berudara segar dengansegera.Jika anak anda boleh bernafas dengan baik, hubungiPusat Kawalan Racun untuk arahan selanjutnya.Jika anak anda sukar untuk bernafas, hubungi 999atau perkhidmatan kecemasan tempatan.Jika anak anda berhenti bernafas, lakukan CPR -Resusitasi kardiopulmonari (hubungkan dengan artikelmengenai CPR) dan jangan berhenti sehingga anakanda bernafas dengan sendiri atau sehingga oranglain mengambil alih. Jika anda keseorangan, lakukanCPR selama seminit. Kemudian hubungi 999.

Sumber: Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia

MembeliMengikutGerak Hati

Membeli-belah mengikut gerak hati adalah merujukkepada pengguna yang membuat keputusan dalamsesuatu pembelian tanpa merancang terlebih dahulu.Oleh sebab itu, pengguna seperti ini akan berbelanjasecara sesuka hati dan sering kali juga menjadi mangsamuslihat perniagaan kerana mereka ini mudahterpengaruh dengan promosi.

Pembeli belah gerak hati biasanya membeli sesuatubarang tanpa menelitinya dengan baik. Mereka tidakmeneliti tentang kontrak dan menyimpan dokumen urusanpembelian dengan baik.

Bagi mengelakkan daripada menjadi pembeli gerakhati, berikut adalah beberapa panduan yang bolehdiamalkan:

Jangan membawa kad kredit ketika membeli belah.Membuat senarai barangan yang ingin dibeli dan patuhisenarai tersebut.Sedia peruntukan apabila ingin keluar berbelanja dantidak berbelanja melebihinya.Buat perbandingan harga. Anda mungkin akan

menjumpai ada kedai yang menjual sesuatu produkdengan harga diskaun sebanyak 10% dan pekedai lainmenjual produk yang sama pada harga yang rendahtanpa memberikan sebarang diskaun..Bandingkan sesuatu barangan berdasarkan harga dankualiti.Periksa sesuatu produk yang ingin dibeli dengan teliti.Adakah ia merupakan produk yang anda inginkan.Adakalanya, pembungkusan boleh mengelirukan andatentang kuatiti sebenar kandungan produk tersebut.Simpan semua resit.Periksa sekiranya ada waranti.

PANDUAN PENGGUNA

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM6

Page 7: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

Peralatan permainan mempunyai pelbagai fungsi. Selainuntuk menghibur, ia juga boleh mendidik, membangkitkanimaginasi dan dalam sesetengah keadaan, meningkatkanketangkasan kanak-kanak atau bayi. Malah adasesetengah barang permainan yang memukau dandijadikan koleksi bukan saja oleh kanak-kanak tetapi jugaorang dewasa. Antara contoh barang permainan yangmenjadi koleksi adalah pelbagai watak Barbie Doll danBarnies.

Ibubapa perlu memberi pertimbangan kepada cirikeselamatan kerana barang permainan yang rendah mutureka bentuknya boleh menyebabkan kecederaan. Secaraumumnya, kanak-kanak di bawah umur tiga atau empattahun mempunyai kecenderungan untuk memasukkanbarang permainan ke dalam mulut mereka.

Di negara seperti Albania, peraturan terhadap barangpermainan yang tidak selamat sudah dilaksanakanmeskipun negara itu berada di belakang Malaysia darisegi ekonomi. Berbeza pula di Malaysia, draf mengenaiperaturan keselamatan barang permainan yangdiusahakan oleh Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna semenjak 2005 denganbantuan dari Jabatan Standard Malaysia, masih belumdilaksanakan. Tanpa peraturan ini, kita tidak tahu siapayang sebenarnya menguatkuasakan larangan bagiMalaysia daripada penjualan barang permainan yang tidakselamat. Di Malaysia juga, kes kecederaan akibatbarang permainan t idak direkod dengan baiksepertimana di negara Amerika Syarikat, SuruhanjayaKeselamatan Produk Penggun (US CPSC) mempunyai

Keselamatan AlatPermainan Kanak-Kanak

SEPTEMBER 2007 > 7STANDARD

data yang lengkapberkenaan jumlahkecederaan kanak-kanak dan jugaarahan panggilanbalik produk yangberbahaya.

S t a n d a r dm e n g g a r i s k a nkeperluan untukmencegah kejadiantercekik sertapemindahan kimiayang berbahayadaripada barangpermainan kepadabadan kanak-kanak.Jabatan StandardMalaysia telahm e m b a n g u n k a nbeberapa siristandard berhubung keselamatan barang permainantermasuk MS ISO 8124-1:2001 Keselamatan BarangPermainan: Bahagian 1: Aspek Keselamatan BerhubungSifat Mekanikal dan Fizikal; MS ISO 8124-3:1999Keselamatan Barang Permainan-Bahagian 2:MudahTerbakar. Pembangunan standard sahaja tidak memadai,penguatkuasaan juga harus dilaksanakan bagi menjaminmasa depan kanak-kanak.

Sumbangan: Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Senda Pengguna

DDDDDahulu ...ahulu ...ahulu ...ahulu ...ahulu ... SekarSekarSekarSekarSekarang ...ang ...ang ...ang ...ang ...

KARNIVALJUALANMEGAMALAYSIA

KARNIVALJUALANMEGAMALAYSIA

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM7

Page 8: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

RUANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < SEPTEMBER 2007

NCCC telah menerima satu aduan daripada seorangpengadu tentang khidmat rawatan yang diterima di sebuahpusat perubatan swasta. Pengadu telah mendapatkankhidmat rawatan daripada seorang pengamal perubatandi pusat perubatan swasta itu. Walau bagaimapun, beliaumendapati caj yang dikenakan oleh pengamal perubatanitu terlalu tinggi, tidak setimpal dengan servis sertakhidmat yang diberikan.

Oleh itu, beliau berasa teraniaya kerana semasamendapatkan rawatan beliau tidak diberitahu mengenaicaj yang akan dikenakan. Akibat daripada kejadian ini,beliau telah meminta bantuan NCCC untuk mendapatkankhidmat nasihat.

TINDAKAN NCCCNCCC telah menulis surat rasmi kepada pusat

perubatan tersebut dan membuat salinan kepada MajlisPerubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysiadan FOMCA. NCCC memberi tempoh selama 7 harikepada pusat perubatan tersebut untuk memberikanpenjelasan mengenai masalah yang dihadapi olehpengadu dan memohon supaya perkara ini dapat

CAJ PERUBATANYANG TINGGI

diselesaikan secara muafakat oleh kedua-dua pihak.Akhirnya, NCCC telah menerima maklumbalas daripadapegawai perubatan yang bertanggungjawab yangmenyatakan bahawa caj yang dikenakan adalah setimpaldengan khidmat yang diberikan.

NASIHAT NCCCSebagai pengamal perubatan yang diiktiraf dan

menjalankan pekerjaan berlandaskan etika peubatanyang telah ditetapkan, tidak sepatutnya memikirkankeuntungan semata-mata daripada memikirkan kebajikanpesakit yang datang mendapatkan rawatan dan khidmatnasihat. Nyawa dan kesihatan orang awam adalah lebihpenting dan mereka sepatutnya lebih prihatin mengenaiperkara ini. Oleh itu, pengamal-pengamal perubatan dinegara ini tidak seharusnya memikirkan keuntungansemata-mata dan haruslah mengikut segala amalan danprosedur rawatan ke atas pesakit demi menjaga nyawadan kesihatan mereka.

Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamartergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenispalm seperti kelapa sawit sementara buahnyabertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungkhasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering.Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula,vitamin A dan C serta zat mineral atau galian sepertibesi, kalsium, sodium dan potasium.

Khasiat kurmaKaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan,terutama bagi wanita sedang haid dan orang yangmengalami masalah anemia (kekurangan sel darahmerah).Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidakmengandungi kolesterol.Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat(dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57

peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.Kandungan gulanya mudah diserap badan danmemberi tenaga segera apabila berbuka puasa.Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasacepat kenyang dan secara tidak langsungmengelakkan kita makan secara berlebihan.Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yangmerangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin(aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahananbadan khususnya untuk mencegah barah buah dadadan rahim.Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkankesakitan dan kadar degupan jantung.

KhasiatBuah Kurma

KHASIAT TANAMAN

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM8

Page 9: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

SEPTEMBER 2007 > 9KELAB PENGGUNA

1. Anda perlu membentuk satu kerja bagimerancang dan menganjurkan projek ini.

2. Anda dikehendaki menganjur atau menyertaiprogram lawatan luar yang berkaitandengan Pengguna.

3. Agensi kerajaan / syarikat swasta yangdicadangkan untuk dilawati:-

SIRIMBahagian Penguatkuasa, KementerianPerdagangan Dalam Negeri Dan HalEhwal PenggunaJabatan Standard MalaysiaKementerian Sains, Teknologi dan AlamSekitarGabungan Persatuan-PersatuanPengguna (FOMCA)Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)Kilang-kilang pembuatan makanan/minuman seperti NESTLE, F&N, Julie's,HUP SENG, Ayamas, BOH Plantation,LAM SOON (Kilang Minyak Kelapa Sawit),Gardenia dan lain-lain lagi.Kementerian Kesihatan MalaysiaAlam FloraSyarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)Telekom Malaysia BerhadTenaga Nasional Berhad

4. Laporan tersebut hendaklah mengandungimaklumat-maklumat berikut:i) Kertas kerja yang mengandungi:

TarikhTempatObjektifTujuanSumber KewanganMasalah yang dihadapi dan caramengatasinya

ii) Perkara-perkara yang menarik disepanjang perjalanan (sama ada dariaspek persekitaran, kesihatan,kepenggunaan dan sebagainya).

iii) Cadangan-cadangan membina ataubagaimana untuk mengatasi masalah yangberkaitan.

iv)Senarai pihak / agensi yang bolehmembantu untuk merealisasikancadangan ini.

v) Nyatakan perkara-perkara menarik yangdipelajari semasa lawatan serta buktiseperti gambar dan lain-lain bukti yangberkaitan.

5. Hantar laporan yang telah lengkap dandisahkan oleh guru kepada Urusetia KelabPengguna.

Menganjur Lawatan Luar

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM9

Page 10: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

PEMAKANAN

10 < SEPTEMBER 2007

bersambung ke muka 11

Semasa menjalani ibadat berpuasa, diet atau pemakanansepatutnya tidak berbeza dengan begitu ketaraberbanding diet normal. Jika boleh, biarlah ia seringkasmungkin.

Diet yang dimaksudkan seharusnya diet yang samaseperti menjaga berat badan normal - berat badan yangseimbang.

Dengan mengambil kira tempoh menahan diri daripadamakan dan minum yang agak panjang iaitu kira-kira 12jam mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari, adalahdisarankan untuk mengambil makanan yang lambatdihadamkan yang mengandungi fiber atau seratberbanding makanan yang mudah dicernakan.

Makanan yang lambat dihadam boleh bertahansehingga lapan jam lamanya manakala makanan yangmudah dicernakan yang bertahan kira-kira tiga atau empatjam sahaja.

Cadangan diet ketika berpuasaRoti / bijirin / nasi, pasta, kumpulan biskut dan biskutkering: 6 hingga 11 hidangan sehariDaging / kekacang / kumpulan buah kekeras: 2hingga 3 hidangan sehariSusu dan kumpulan produk tenusu: 2 hingga 3hidangan sehariKumpulan sayur-sayuran: 3 hingga 5 hidangansehariKumpulan buah-buahan: 2 hingga 4 hidangansehariGula tambah seperti gula kasar, sukrosa: secaraberpatutanLemak tambah, minyak politaktepu: 4 hingga 7sudu besar

BerbukaTiga biji tamar, satu hidangan jus (4 auns) dansemangkuk sup sayur-sayuran bersama sedikitpasta atau biskutKurma dan jus merupakan sumber yang baik untukmendapatkan gula. Dalam kuantiti seperti di atas,kurma dan jus adalah memadai untukmengembalikan semula glukosa darah rendah ketahapnya yang asal.Jus dan sup membantu mengekalkankeseimbangan cecair dan mineral di dalam badan.

AmalanPemakananKetika Berpuasa

Makan malamAmbil makanan daripada semua kumpulan makanan

di bawah:Daging / kumpulan kekacang: Daging dankekacang merupakan sumber yang baik untukprotein, mineral dan vitamin tertentu. Kekacangjuga menjadi sumber serabut diet yang baik.Roti / kumpulan bijirin: Kumpulan ini menyediakansumber karbohidrat kompleks yang baik yangmenjadi sumber tenaga yang baik danmenyediakan sedikit protein, mineral dan serabutdiet.Kumpulan susu: Bagi mereka yang tidak gemarkansusu, boleh mencuba produk- produk yang melaluiproses penapaian seperti susu mentega (cecairyang tinggal sesudah susu jadi mentega) danyogurt.Susu dan produk tenusu merupakan sumberprotein dan kalsium yang penting untukpenyenggaraan tisu-tisu badan serta beberapafungsi fisiologi.Kumpulan sayur-sayuran: Sayur-sayuran adalahsumber yang baik bagi serabut diet, vitamin A,karotena dan lain-lain bahan kimia yang berasaldari tumbuh- tumbuhan yang antioksidan.Kumpulan buah-buahan: Makan 1 hingga 2hidangan sitrus dan/atau buah-buahan lain.Buah-buahan sitrus jenis limau memberikanvitamin C. Buah- buahan merupakan satu lagisumber serabut diet yang baik.Buah-buahan dan buah kekeras campuran bolehdimakan sebagai snek selepas makan malam atausolat tarawih ataupun sebelum tidur.

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM10

Page 11: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

SEPTEMBER 2007 > 11

ALAM SEKITAR

dari muka 10

Setelah mengurangan pembelian barangan yangmenghasilkan sampah. Kita masih boleh mengurangkansampah dengan mengguna semula bekas-bekas danbahan-bahan lain.

Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan melapik barangan di rumah.Sampul surat boleh digunakan semula denganmelekatkan alamat di atas alamat lama. Ia jugaboleh digunakan sebagai kertas skrap.Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpanbarangan dirumah.Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapikdan menyimpan barangan dirumah.Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alasmeja atau kain perca.Foil dan bekas telur boleh diberikan kepada sekolahuntuk kelas seni.Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertasconteng. Jangan lupa jika tidak boleh digunakan,kitar semula.Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayaruntuk dikitar semula.Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahankraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini,pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

Tip-tip berguna:Barangan-barangan elektrik yang masih bolehdigunakan boleh didermakan kepada sekolah ataupusat komuniti.Baju dan buku lama boleh didermakan kepadapusat komuniti.Menjual barangan yang masih dalam keadaan baikdengan harga murah.Tong kompos boleh digunakan untuk menukarkanbahan-bahan seperti sayur yang dibuang dan kulittelur. Hasilnya menjadi baja untuk tanaman.Rumput yang dipotong boleh dibiarkan mereputdan menjadi baja untuk taman anda.

Amalan 3R - Guna Semula

SahurMakanlah sahur yang ringan sahaja. Makangandum penuh atau bijirin oat atau roti gandumpenuh sebanyak satu ke dua hidangan bersamasecawan susu. Satu hidangan bersamaan dengansatu auns.Tambahkan dua hingga tiga camca teh minyakzaitun atau lain-lain lemak monotaktepu ataupolitaktepu di dalam salad atau bijirin.Makan satu hingga dua hidangan buah sebagaimakanan terakhir.

Pilihan MakananKarbohidrat kompleks semasa sahur. Dengan caraitu, makanan boleh bertahan lebih lama dan andapun kurang berasa laparHaleem iaitu sajian India dan Pakistan menyerupaisup yang diperbuat daripada gandum, daging, lentil

dan rempah-ratus merupakan sumber protein yangsangat baik dan lambat dibakarMakan sayur-sayuran yang memadai semasamenjamah hidangan. Akhiri hidangan denganmemakan buah-buahan.Buah kurma merupakan sumber gula, serta,karbohidrat, kalium dan magnesium yang baikBadam kaya dengan protein dan serat serta, kuranglemak.Pisang adalah sumber yang baik bagi kalium,magnesium dan karbohidrat.

Pilihan MinumanMinum sebanyak mungkin air atau jus buah-buahandi antara berbuka dengan waktu tidur bagimembolehkan tubuh anda menyesuaikan diridengan tahap cecair. Ia juga bagi mengelakkaninsiden dehidrasi iaitu kekurangan air di dalambadan.

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM11

Page 12: Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara - …

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

PENGGUNA LESTARI

12 < SEPTEMBER 2007

Pengunaan Tenagadalam Aktiviti Harian

Penggunaan tenaga merupakan satu aktiviti yang pentingkerana kita memerlukannya untuk memudahkan aktivitiharian. Dalam isu bulan lepas kita lihat jenis-jenis tenagadan sumber-sumbernya. Dalam isu ini kita lihat akanpenggunaan tenaga dalam aktiviti harian dan kesannyakepada alam sekitar.

Sumber tenaga yang terdapat di dunia digunakanuntuk aktiviti manusia yang utama seperti:

Kediaman, menggunakan barangan elektrik untukmemudahkan kerja-kerja di rumah,Pejabat, untuk memudahkan kerja-kerja pejabatmenggunakan peralatan elektrik seperti, lampu,komputer, lif, dan lain-lain lagi,Industri pembuatan, in adalah penting untukmemastikan ekonomi negara terjamin. Kebanyakanperalatan elektrik yang berat akan digunakan,Pengangkutan, penggunaan sektor ini semakinmeningkat dengan peningkatan populasi dunia.Tenaga elekrik yang kita gunakan di rumah perlu di

jana daripada sama ada teknologi mesra alam ataupuntidak. Pada 2004 manusia menggunakan secara purata15 TW (15,000,000,000,000W) dan tenaga yangdihasilkan adalah 86.5% daripada bahan api fosil.Pembakaran bahan api fosil akan menyebabkan

pembebasan gas-gas rumah hijau yang menyebabkanpemanasan global.

Di samping itu, penggunaan pelbagai bahan untukmenjana tenaga bagi kegunaan industri jugamenyebabkan pencemaran udara serta menyebabkanmasalah pemanasan global lebih rumit. Manakala, sektorpengangkutan yang semakin berkembang menggunaanbahan api fosil sebagai sumber tenaga utama. Perkarayang mengeruhkan lagi keadaan adalah kesesakan trafikyang menambahkan lagi pencemaran trafik.

Terdapat juga banyak inisiatif yang diambil olehindividu, kerajaan, badan bukan kerajaan dan jugaindustri, akan tetapi mendidik pengguna untukmenggunakan sumber dengan lestari adalah sukar untukdicapai. Ini adalah disebabkan kita tidak mempunyaikesedaran akan kepentingan sumber-sumber ini padamasa akan datang, pengguna tidak melihat kepada kesandisebabkan penggunaan sumber secara lebih, danketiadaan sumber alternatif yang setara dalam bandinganharga.

Jika kita lihat dari segi perubahan sikap kepenggunaanterhadap sumber tenaga, ia akan mengambil masa yanglama. Akan tetapi kesan daripada pemanasan globaltelahpun menyedarkan segolongan besar pengguna danini merupakan satu kesan positif.

Buletin Pengguna 0709 op.p65 24-Jan-08, 7:01 PM12