menjana kecemerlangan -...

36
MODUL MD BAHARUDDIN ABDUL RAHMAN ASWANDI YAAKOB MOHD HAFIRIZAL OMAR HJ ABDUL MUTALIB ABDUL MAJID MENJANA KECEMERLANGAN ISBN 978-967-0783-17-8

Upload: doliem

Post on 09-Mar-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

MODUL

MD BAHARUDDIN ABDUL RAHMAN

ASWANDI YAAKOB

MOHD HAFIRIZAL OMAR

HJ ABDUL MUTALIB ABDUL MAJID

MENJANA KECEMERLANGAN

ISBN 978-967-0783-17-8

Page 2: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

1

Prakata

Modul Menjana Kecemerlangan ini telah di olah mengikut acuan pelan pembangunan pendidikan KPT yang merangkumi sepuluh (10) lonjakan utama yang perlu kita fokuskan. Ia telah disusun dengan teratur oleh para penulis yang juga terdiri dari penceramah pakar dari POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) dalam melengkapkan elemen ke dua (2) lonjakan KPT iaitu kecemerlangan bakat pelajar. Syabas saya ucapkan kepada para penulis dan penceramah sekalian kerana telah maju kehadapan dalam mengembangkan modal insan produk keluaran PSP. Kita amat perlukan penghasilan modul sepadu sebegini yang mana ia difokuskan kepada lonjakan KPT yang amat signifikan dengan MISI dan VISI Politeknik dan Kolej Komuniti sendiri. Kandungan pengisian modul ini yang terdiri dari elemen pembangunan modal insan berkualiti, kepimpinan, pengurusan organisasi serta penerapan elemen asas NLP dilihat mampu merubah gaya pemikiran pelajar yang positif. Pastinya melalui Modul Menjana Kecemerlangan ini juga, ia dilihat mampu menjana aktiviti kecemerlangan pelajar yang pro-aktif dalam memenuhi lonjakan pertama (1) KPT bagi menghasilkan graduan PSP yang holistik, berciri keusahawanan, produk TVET berkualiti tinggi serta bertaraf global. Sekian, terima kasih.

Haji Zulkifli Bin Ariffin Pengarah Politeknik Seberang Perai [email protected]

25 Mei 2016

Page 3: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

2

ISBN 978-967-0783-17-8 Cetakan Pertama 2016 © POLITEKNIK SEBERANG PERAI Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilutrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dengan apa cara cetakan samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa cara selain mendapat kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN 978-967-0783-17-8

1. Pembangunan Bakat, 2. Kecemerlangan 3. Kepimpinan & Pengurusan, 4. Motivasi, 5. Ciri & Nilai Positif, I. Md. Baharuddin Bin Abdul Rahman, II. Aswandi Bin Yaakob, III. Mohd Hafirizal Bin Omar, IV. Haji Abdul Mutalib Bin Abdul Majid. Di susun semak oleh:-

Unit Penyelidikan & Penerbitan JKM Politeknik Seberang Perai. Diterbitkan oleh:- Perpustakaan, Politeknik Seberang Perai, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. Tel: 04-5383322 Fax: 04-5389266 Email: [email protected]. Rekabentuk Grafik :- Surianis Dalimin

Page 4: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

3

Ulasan Peserta ……………………………………………………………… 4 Program kecemerlangan Bil.1/2016

Semakin Dekat Semakin Sayang ……………………………………... 7 Hidup Bersyariat …………………………………………………………… 9 Malaysia Cergas …………………………………………………………….. 11 Ringan Sama Dijinjing …………………………………………………… 12 Pengurusan Organisasi …………………………………………………. 14 Destini di Hujung Pelangi ……………………………………………… 16 Kepimpinan ………………………………………………………………….. 19 Pengucapan Awam ………………………………………………………. 22 Bulatan Kecemerlangan ………………………………………………. 24 Satu, Setengah dan Kosong ………………………………………….. 27 Bibliografi …………………………………………………………………… 29

Lampiran A: Tentatif Program …………………………………….. 31 Lampiran B: Soal Selidik (Pre &Post) .………………………….. 33 Lampiran C: Inkantasi NLP …………….………………………….. 34

Page 5: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

4

ULASAN PESERTA

PROGRAM KECEMERLANGAN BIL 1/2016 Data (post) Kualitatif

Nurul Umira Bt. Abu Bakar, DKM, Sem 2.

“Melalui program ini, ia dapat membina keyakinan diri dan menambah displin dalam diri

yang selama ini hilang akibat kelalaian dalam menuntut ilmu dunia dan ilmu ke jalan Allah SWT”

Muhammad Dainal Syaniq B. Mohd Badri, DNS, Sem 3.

“Program ini menaikkan semangat saya untuk terus berusaha dalam mengapai CGPA 4.0”

Mohd Najib B. A.H Mohamed Othman Bashah, DIB, Sem 4.

“Program ini telah meningkatkan kemampuan saya, memajukan keupayaan diri saya dan meningkat kepercayaan diri dalam memimpin bagi mengejar kejayaan”

Norasmira Bt. Noordin, DKE, Sem 4.

“Saya jadi semakin berusaha untuk mengubah diri untuk menjadi seorang pelajar dan hamba Allah yang berjaya”

Nur Ezzanie Bt. Shamsir, DKE, Sem 4.

“Program ini telah berjaya membentuk saya agar lebih yakin dan mempunyai cara berfikir yang positif, ia banyak membantu saya untuk mempersiapkan diri”

Nurfazira Bt. Abdul Jalil, DKE, Sem 4.

“Program ini telah membuatkan saya kenali diri sendiri, percaya pada kemampuan diri, berkeyakinan dan berpegang kepada pepatah – nothing impossible. Saya harap program ini ada sambungan dan saya ingin terlibat dan akan libatkan juga rakan seperjuangan untuk turut sama mengejar kejayaan”

Page 6: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

5

Wan Nur Qistina Bt. Wan Mohd Shaharudin, DKE, Sem 4.

“Pengurusan dan pemimpinan yang sangat berkualiti hasil pendedahan program ini pada diri saya ”

Nur Syafiqah Bt. Yaakop, DKM, Sem 3.

“Ia telah membantu saya dalam membuat perancangan dan mengurus diri untuk membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan telah menyedarkan diri saya sendiri”

Nur Qurratu’Aini Bt. Muhd Abdullah Hawawi, JTMK, Sem 3.

“Melalui program ini, ia dapat membantu saya dalam mengawal emosi, belajar untuk lebih berusaha untuk berjaya. Selain itu, ia memberi semangat yang waja”

Nurul Hasleeda Bt. Harun, DLS, Sem 5.

“Banyakkan lagi program motivasi sebegini kerana ia dapat meningkatkan keyakinan dalam diri”

Hasmahidayah Bt. Hassan, DNS, Sem 2.

“Melalui program ini,ia telah menbantu saya agar menjadi insan yang lebih berkeyakinan, berkepimpinan dan lebih bermotivasi untuk berjaya”

Hanisah Bt. Saidin, DKM, Sem 2.

“Program sebegini telah berjaya membantu saya menjadi seorang yang berkeyakinan dan seorang yang berani menjadi ketua untuk masa hadapan”

Naqib B. Najmi, DIP, Sem 2.

“Program ini telah membina keyakinan diri saya terutama dalam menjadikan saya lebih berani dalam melakukan sesuatu perkara”

Azam Hakimi B. Norlizam, DIP, Sem 3.

“ Program ini telah berjaya membantu saya dalam meningkatkan keyakinan dan keberanian saya secara keseluruhan. Saya sekarang lebih suka untuk ke hadapan dalam melakukan aktiviti atau persembahan”

Page 7: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

6

Nur Aqila Qasrina Bt. Mohd Ramdan, DKM, Sem 2.

“Bengkel ini telah membantu saya dalam merancang tujuan asal saya, meningkatkan motivasi diri dan program ini sangat sesuai untuk diteruskan dalam melahirkan generasi

yang cemerlang secara berterusan”

Nur Amira Bt. Azmi, DNS, Sem 2.

“Program ini telah membantu saya dalam memahami diri dan cara untuk berjaya. Saya berharap program sebegini diteruskan”

Farhana Bt. Mohamad Zaim, DNS, Sem3.

“Program ini telah menjadikan diri saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang yang berjaya dengan panduan mengapai matlamat yang jelas ”

Nur Asmizatul Asmieza Bt. Khidhir, DNS, Sem2.

“Program ini telah berjaya dalam memupuk semangat yang telah lama terpahat di hati saya yangmana ingin berjaya dalam hidup. Ia telah mejana satu perasaan baru dalam diri saya. Saya berharap agar program ini ada sambungan dari masa ke semasa untuk memastikan setiap peserta program di masa hadapan”

Siti Hajar Bt. Mohd Taufek, DNS, Sem 2.

“Program ini telah membantu dalam pengembangan diri melalui aktiviti yang menarik dan santai”

Mohd Alif Nasrullah B. Alias, DKM, Sem 3.

“Program ini telah membantu saya dalam pengurusan dan kepimpinan diri. program ini perlu dilanjutkan dan diteruskan demi anak bangsa”

Page 8: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

7

SEMAKIN DEKAT SEMAKIN SAYANG Dr. Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman/Hafirizal Bin Omar 25TH APRIL, 2016

Begitu mudahnya salam perkenalan boleh kita mulakan. Manusia yang sombong tidak mempunyai kawan. Malahan dia merupakan insan yang kerugian. Sentiasa sepi tiada teman, tiada rakan yang ingin berkongsi suka duka dalam kehidupan.

Apabila kita dapat mengenali rakan melalui sebutan namanya yang tepat, hatta mampu tuturkan nama timbangan yang disukai rakan, maka jalinan kemesraan itu akan mula terserlah di awal sesi perkenalan diri peserta lagi. Jadi program ini amat menitik beratkan akan hubungan yang penuh kemesraan serta kasih sayang sesama insan.

Kita tidak akan mesra dengan setiap makhluk ciptaan tuhan tanpa bertegur sapa, tak kira teguran itu berbentuk lahiriah atau secara batiniah. Malahan kemesraan itu akan wujud melalui perkenalan, dimulakan dengan mengenalkan diri dan seterusnya dikenalkan kembali oleh rakan yang baru dikenali.

Jadi, bengkel atau program kecemerlangan ini dimulakan dengan pembangunan kemahiran diri dalam berkenalan dengan semua rakan yang hadir pada hari ini. Ia dimulakan dengan fasilitator memjemput setiap peserta mengenalkan diri bermula dari peserta pertama sehingga peserta terakhir. Setiap peserta perlu menghafal dan mengingati nama setiap peserta program.

Page 9: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

8

BORANG MAKLUMAT RAKAN

NAMA RAKAN NAMA

TIMBANGAN

UMUR ASAL MINAT KEKUATAN

SKOR:

Page 10: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

9

HIDUP BERSYARIAT

Tuan Haji Abdul Mutalib Bin Abdul Majid 2TH MEI, 2016

Program diteruskan dengan ceramah tentang “HIDUP BERSYARIKAT” selama 1 jam dengan mengfokuskan tentang kepentingan berceramah selepas amalan solat jamaah oleh setiap peserta bersama dengan fasilatator. Aktiviti program solat jamaah di atur urus oleh para peserta seperti persiapan dewan solat, bilal, iman dan penyedian penceramah intelik muda bagi kesempurnaan program yang dijalankan. Program tazkirah dimulakan oleh kupasan ceramah para fasilatator atau ustaz yang mengendalikan program untuk peserta gunakan dalam aktiviti ceramah selepas solat jamaah kelak. Bahan takzkirah merangkumi kupasan & bacaan kitab FADILAT AMAL karangan Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi. Ini bertujuan menjadikan para peserta program mahir dalam meyampaikan ilmu agama pada diri dan rakan. Sesi aktiviti “Ceramah Intelik Muda” akan dilakukan setelah selesai setiap solat jamaah. Program ini memfokuskan kepada kemahiran peserta dalam menyampai, megupas dan petah dalam menyampaikan ceramah kepada setiap sesi kuliah yang dijalankan. Setiap peserta bebas memilih tajuk ceramah mengikut topik “HIDUP BERSYARIAT”. Fokus utama program ialah menjadikan setiap peserta mampu membina keseimbangan ilmu dunia dan akhirat. Malahan mereka ini akan petah berceramah dalam menyampaikan hujah dan ilmu berdasarkan kajian sumber yang tepat dangan merujuk KITAB FADILAT AMAL.

Keseimbangan diri adalah keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat. Sempurnanya kehidupan kita apabila kita berjaya mengimbangi keperluan rohani dan jasmani. Sekiranya ia berjaya dicapai barulah ilmu yang bermanafaat itu boleh disalurkan. Program ini perlu keseimbangan untuk para peserta. Pengisian program tazkirah oleh para pelajar dengan di didik melalui siri ceramah selama 1 jam yang bertajuk “HIDUP BERSYARIAT” oleh para fasilatator/ ustaz dalam memberi kefahaman tentang ilmu tauhid dan sunnah.

Page 11: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

10

ISI UTAMA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

NOTA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

SKOR:

Page 12: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

11

MALAYSIA CERGAS

Mohd Hafirizal Bin Omar 4TH MEI, 2016 Senaman merupakan aktiviti penting dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti senaman kesihatan kita akan terjamin. Melalui program kecemerlangan ini, aspek kecergasan diambil kira sebagai intipati keberkesanan progam. Melahirkan insan yang sihat merupakan perkara utama sebelum para peserta di asah bakat melalui aktiviti pembangunan minda positif dan olahan ilmu kepimpinan dan pengurusan organisasi. Program ini perlu keseimbangan untuk para peserta dengan menyeratai aktiviti MALAYSIA CERGAS setiap awal pagi dan petang dengan pengisian senaman asas dan aktiviti riadah dalam bersukan. Pengisian aktiviti CERGAS MALAYSIA mengambil masa selama 30- 60 minit bagi setiap sesi dengan dikendalikan oleh para fasilitator/ pembantu dalam memberi kefahaman tentang aktiviti meyihatkan minda dan badan. Aktiviti CERGAS MALAYSIA: Fasilatator& pembantu akan memastikan peserta di kendalikan mengikut kumpulan dengan di sahkan oleh setiap ketua kumpulan. Ia merangkumi dua (2) sesi iaitu sesi pagi & sesi petang. Melalui aktiviti CERGAS MALAYSIA, para peserta akan melakukan senaman asas rengangan otot sebelum memulakan aktiviti senaman. Ia di susuli dengan aktiviti senaman seperti gerakan kaki, gerakan tangan dan di susuli aktiviti jogging (larian) mengikut jarak yang ditetapkan (bagi aktiviti ini, fasilitator boleh mengubah kepada aktiviti berkumpulan yang menyihatkan badan serta minda). Aktiviti CERGAS MALAYSIA menfokuskan kepada dua (2) elemen utama iaitu:-

1. Senaman Asas 2. Aktiviti berkumpulan yang menyihatkan minda & badan

Setelah selesai aktiviti CERGAS MALAYSIA peserta di minta berehat dan membuat persiapan untuk sarapan pagi & makan malam.

SKOR:

Page 13: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

12

RINGAN SAMA DIJINJING Aswandi Bin Yaakob 3TH MEI, 2016

Objektif:

1. Tingkatkan kerjasama berkumpulan 2. Setiap peserta mengetahui bahawa mereka sangat penting dalam

komuniti pelajar

Peralatan yang digunakan: 1. Dua utas tali sepanjang 20 kaki setiap satu. 2. Bola ping pong 3. Gelas plastic

Cara mengendalikan LDK: Peserta perlu melantik seorang ketua dikalangan mereka. Berbincang dan set strategi yang akan digunakan bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. Caranya ialah; dua utas tali dipegang secara selari dan dalam keadaan tegang dan bersudut agar bola ping pong boleh bergolek dengan lancar. Bola ping pong digerakkan di atas tali tanpa disentuh oleh peserta (kecuali ketua) dan akhirnya dikehendaki masuk ke dalam gelas yang berada di hujung tali. Semua peserta dikehendaki menyokong tali tersebut bagi memastikan bola dapat bergerak dengan lancar. Lakukan dengan berhati-hati dan bola masuk dalam gelas sebanyak tiga kali.

Setiap manusia memerlukan manusia lain untuk

menjalani kehidupan harian mereka. Tidak ada seorang

pun yang boleh hidup sendirian tanpa perhubungan atau

pergantungan kepada orang lain. Melalui LDK Ringan

Sama Dijinjing ini peserta didedahkan dengan

kebergantungan kepada sesama mereka dalam mencapai

sesuatu objektif dengan lebih mudah. LDK ini ialah

berkaitan gerak kerja berkumpulan.

Page 14: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

13

Di akhir LDK, fasilitator dikehendaki bertanyakan kepada peserta apa yang mereka dapat (pengajaran) dari aktiviti tersebut. Perdapat dari peserta semuanya perlu dianggap betul dan diterima oleh fasilitator. Fasilitator kemudiannya meminta peserta mengaitkan LDK tersebut dengan situasi peserta berada di dalam kampus dan kaitkan dengan bagaimana caranya untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan cara yang lebih mudah. Kupaslah semua pendapat peserta serta lihat dan dengar bahasa yang digunakan oleh peserta. Sesuatu yang hebat sedang menerjah kotak fikiran mereka. Antara yang boleh dibincangkan ialah:

1. Peranan yang dianggap kecil tetapi sebenarnya besar di pihak lain 2. Fokus dan praktis akan membuahkan hasil dengan cepat 3. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya 4. Patuh dan ikut arahan ketua

Page 15: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

14

PENGURUSAN ORGANISASI Dr. Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman 3TH MEI, 2016

Program ini akan di isi dengan ceramah selama 1 jam bagi mebincangkan perkara pokok yang perlu para peserta ketahui dalam mentadbir urus sebuah organisasi yang akan di pimpin oleh mereka. Pendedahan kepada elemen-elemen utama yang seperti :-

1. Proses pengurusan yang terdiri daripada merancang, mengelola, mengarah, menyelaras dan mengawal.

2. Penerangan kepada 4 perkara pokok pengurusan iaitu Perancangan (Planning), Penganjuran (Organising), Kepimpinan (Leadership) dan Pengawalan (Controlling).

3. Model pengurusan yang terdiri dari 3 perkara utama iaitu masukkan, proses dan keluaran, serta beberapa model pengurusan terkini.

Penceramah perlu bijak menarik minat para peserta dengan berkongsi pengalaman di masa lalu sebelum memberi cermah dan membuat kupasan bagaimana ingin menjadi pengurus yang berwibawa. Apa yang diharapkan melalui program ini adalah, semua peserta perlu aplikasikan sumber dan ilmu yang diperolehi dari bengkel yang dijalankan ini untuk mereka gunakan sebagai panduan pada projek yang perlu mereka jalankan dimasa akan datang.

Kekuatan manusia adalah apabila dia mampu mengawal dan mengurus sarbodinat (yakni orang bawahannya) dengan sempurna. Dia mampu menjadikan sabordinat patuh akan arahannya. Di sini ilmu kemahiran pada diri pengurus itu perlu ada agar proses pengurusan organisasi itu dapat dilaksanakan secara berkesan.

Page 16: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

15

ISI UTAMA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

NOTA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

SKOR:

Page 17: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

16

DESTINI DIHUJUNG PELANGI Aswandi Bin Yaakob 3TH MEI, 2016

Objektif: Dalam LDK ini disasarkan 3 objektif

1. Menaikkan semangat pelajar untuk bersaing bagi meningkatkan pencapaian akademik

2. Memupuk semangat kerja berpasukan 3. Rajin bertanya kepada guru dan fokus

Peralatan:

1. Buku Destini di Penghujung Pelangi 2. Kertas Mahjung dan marker pen.

Kaedah pengendalian;

Dalam membincangkan berkaitan buku Destini Di penghujung Pelangi,

peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan terdiri

6@7 orang ahli. Setiap peserta diberikan tugasan untuk membaca 4 @ 5 bab

dari buku tersebut. Dalam tempoh masa yang amat terhad, peserta diminta

untuk membincangkan tentang isi penting yang terdapat dalam setiap bab.

Melalui perbincangan tersebut, setiap kumpulan dikehendaki membina peta

minda berkenaan apa yang perlu mereka lakukan bagi memasti mereka juga

Destini di Penghujung Pelangi merupakan sebuah buku

motivasi hebat karangan Tn Haji Md Taib Mat, Master

Trainer NLP dari Akademik NLP Malaysia. Berkisarkan

pengalaman Tn Hj Md Taib sebagai coach kepada

seorang pelajar universiti tempatan sehingga berjaya

mengangkat pelajar berkenaan sebagai pelajar terbaik

di hari konvokesyen universiti berkenaan.

Page 18: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

17

boleh mencapai kecemerlangan sebagaimana Adry dan rakan-rakanya

(watak-watak utama dalam buku Destini Di Penghujung Pelangi)

Fasilitator membimbing peserta dengan bertanyakan soalan-soalan yang

mencabar minda peserta iaitu berkaitan;

1. Komitmen dan kepercayaan diri mereka untuk terus bersaing untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan iaitu CGPA melebihi 3.7 bagi setiap semester.

2. Bagaimana untuk kekal fokus dan mencari jalan untuk melibatkan rakan-rakan karib untuk turut serta dalam belajar secara berkumpulan.

3. Memperbanyakkan soalan kepada diri sendiri; a. Apa yang aku pelajari hari ini? b. Apa aku nak tanya pensyarah dalam bilik kuliah hari ini? c. Apa perkara baru yang aku nak kongsi dengan rakan-rakan? d. Apa yang perlu aku lakukan untuk berada pada tahap terbaik?

Page 19: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

18

ISI UTAMA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

NOTA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

SKOR:

Page 20: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

19

KEPIMPINAN Dr. Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman 5TH MEI, 2016

Program ini akan di isi dengan ceramah selama 1 jam bagi mebincangkan perkara pokok yang perlu para peserta ketahui untuk menjadi seorang pimimpin yang berkualiti. Ia penting untuk para peserta lengkapkan diri bagi mentadbir urus sebuah projek atau program yang akan di pimpin oleh mereka kelak agar mengapai kejayaan.

Pendedahan kepada elemen-elemen utama kepimpinan yang akan dibincangkan merangkumi :-

1. Pengenalan kepada kepimpinan 2. Penerangan kepada proses kepimpinan 3. Pendedahan kepada ciri-ciri seorang pemimpin 4. Model dan gaya kepimpinan 5. Penerangan kepada Enam (6) jenis Nilai Kepimpinan 6. Penerangan tentang Kemahiran Pemimpin

Pemimpin yang berwibawa merupakan tunjang utama

kejayaan sebuah organisasi. Jadi elemen pokok kejayaan

dan keuntungan kepada sebuah syarikat dan institusi

adalah seorang pemimpin yang berkualiti. Justeru itu,

andai syarikat ingin mengaut keuntungan yang besar

mereka perlulah memilih seorang pengurus yang

mempunyai gaya kepimpinan yang bermutu tinggi.

Page 21: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

20

Penceramah akan mengajak para peserta yang pernah menjadi pemimpin untuk berkongsi pengalaman memimpin ahli pasukannya. Hasil dari perbincangan tersebut, peserta di minta mengulas apa penambahbaikan yang perlu di buat berdasarkan input ceramah yang telah diberikan. Apa yang perlu ditekankan melalui ceramah dan semua peserta perlu aplikasikan sumber dan ilmu yang diperolehi dari bahan ceramah yang diberikan untuk di aplikasikan pengembangan bakat melalui aktiviti Pengucapan Awam. **Soalan Tugasan Bagi Pengucapan Awam (Individu)

TAJUK-TAJUK PENGUCAPAN AWAM

NO.

PESERTA

TAJUK PENGUCAPAN AWAN (PA) NOMBOR & MASA

PENGUCAPAN AWAM 01 INSAN CEMERLANG YANG MAMPAN

02 KEJAYAAN BERMULA DENGAN NIAT

03 KEMANA HENDAK DI TUJU

04 KENAPA KITA PERLU BERUSAHA

05 DIMANA DESTINASI KITA

06 KESEIMBANGAN EMOSI SEORANG PEMIMPIN

07 DISPLIN DIRI TERAS KEJAYAAN

08 PATUHI MASA JIKA INGIN BERJAYA

09 USAHA TANGGA KEJAYAAN

10 BERSIH CEKAP DAN AMANAH

11 YAKIN DAN USAHA

12 BELAJAR DENGAN PENGALAMAN

13 KEJAYAAN TERLETAK PADA KEYAKINAN

14 YAKIN BOLEH

15 KENAPA KITA HARUS GAGAL

16 BELAJAR DARI KEGAGALAN

17 BERANI TERIMA KEGAGALAN UNTUK KEJAYAAN

18 KEGAGALAN BUKAN HALAGAN UNTUK BERJAYA

19 INSAN YANG IKHLAS AKAN BERJAYA

20 KEJAYAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN *MASA PENGUCAPAN SELAMA 2 – 3 MINIT SAHAJA > 3MIN X20 = 1JAM +ULASAN 30MIN =1 JAM 30 MINIT

Page 22: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

21

ISI UTAMA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

NOTA

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

SKOR:

Page 23: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

22

PENGUCAPAN AWAM Dr. Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman 10TH MEI, 2016 Seorang pemimpin perlu berani berada di hadapan. Pemimpin merupakan orang yang mampu memimpin orang bawahan melalui keupayaan diri dalam mentadbir urus segala sumber di bawah kuasanya. Pemimpin juga merupakan individu yang petah bercakap, menyampaikan setiap idea dan pandangan yang perlu dilaksanakan oleh orang bawahnya. Program ini menyediakan satu slot khusus bagi para peserta mengembangkan bakat melalui aktiviti PENGUCAPAN AWAM. Peserta perlu menyampaikan hujah yang bernas dan kritis semasa menyampaikan sesi pengucapan mengikut terma dan kaedah yang betul.

Pengucapan Awam ini dinilai merangkumi elemen-elemen penting berikut:-

1. Gaya permulaan pengucapan awam. 2. Kebolehan diri peserta dalam mengupas isu. 3. Keupayaan diri dalam menarik minat para pendengar. 4. Gaya kendiri dalam melakukan pengucapan awam. 5. Suara yang lantang dan bersemangat. 6. Keseimbangan emosi dan mematuhi masa. 7. Penutup dan kesimpulan pengucapan yang berkesan.

Setiap insan dianugerahkan bakat yang berbeza. Oleh itu mereka perlu digilap untuk menjadi pemimpin yang bijak melontarkan idea melaui pengucapan awam. Kesempurnaan bakat dalaman dan bakat luaran akan di ambil kira. Segala ilmu yang di asah melalui aktiviti yang dilaksanakan akan digunapakai kembali sebagai kayu pengukur kejayaan para peserta tersebut. Fasilatator dan rakan sepasukan akan menilai mutu pengucapan awam para peserta kelak. Proses PENGUCAPAN AWAM yang mengfokuskan kepada gerak kerja sebenar dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang di sudut kepimpinan dan kebolehpasaran mereka kelak.

Page 24: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

23

Para fasilitator akan menjadi guru pembimbing peserta dalam memastikan mereka berupaya menjadi seorang pemimpin yang petah berhujah dan berwibawa.

FORMAT PENILAIAN PENGUCAPAN AWAM

BIL ITEM DI NILAI SKOR

1-10

01 GAYA & PEMULA BICARA

02 KEBOLEHAN MENGUPAS ISU BERKAITAN

03 KEUPAYAAN MENARIK MINAT PENDENGAR

04 GAYA & BAKAT KENDIRI

05 SUARA & TONASI PENGUCAPAN

06 KESEIMBANGAN EMOSI & KETEPATAN MASA

07 PENUTUP & KESIMPULAN

08 TOTAL SKOR

BIL ITEM KELEMAHAN TINDAKAN

BIL ITEM KEKUATAN TINDAKAN

BIL PENAMBAHBAIKAN TINDAKAN

Page 25: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

24

BULATAN KECEMERLANGAN Aswandi Bin Yaakob 5TH MEI, 2016

Langkah-langkah untuk corak bulatan kecemerlangan

1. Kenalpasti Keadaan Diri Cemerlang

“Apakah keadaan diri cemerlang yang anda inginkan. Bayangkan

keadaan diri yang sangat cemerlang dalam kehidupan anda.

Kembangkan dengan segala sumber yang anda miliki untuk menjadi

cemerlang.”

2. Bentukkan Bulatan Kecemerlangan

“Sekarang bayangkan bulatan kecemerlangan berada atas lantai betul-

betul dihadapan anda. Apakah warna bulatan anda. Oleh kerana dibuat

secara serentak, adalah lebih baik sekiranya diseragamkan warna

bulatan kecemerlangan tersebut. Contoh warna kuning keemasan.

Adakah ianya mempunyai bunyi dan bau.”

Bagaimana untuk dikaitkan bulatan dengan

kecemerlangan diri seseorang peserta? Apa yang anda

lihat, dengar dan rasa di saat anda begitu cemerlang?

Bulatan kecemerlangan ini merupakan secebis dari

terapi minda yang diperkenalkan menerusi NLP.

Peserta dibimbing untuk berada dalam keadaan yang

sangat tenang dengan menarik nafas dan lepas nafas

mengikut arahan fasilitator. Setelah bersedia, fasilitator

mengarahkan peserta memejamkan mata agar peserta

lebih focus kepada apa yang diperkatakan oleh

fasilitator.

Page 26: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

25

3. Akses/ capai Bulatan Kecemerlangan

“Sekarang bayangkan dalam kehidupan anda, saat anda merasakan

sangat cemerlang. Lihat sekeliling sambil merangsang untuk gandakan

darjah kecemerlangan diri anda. Bila merasainya, langkah masuk

kedalam bulatan tersebut. Rasakan aura kuning keemasan meresap

masuk kedalam diri melalui kaki hingga ke hujung kepala anda sambal

anda merasai diri anda sangat cemerlang. Genggam kedua-dua tangan

anda sambil menganggukkan kepala anda sekali menandakan anda

mencapai kemuncak kecemerlangan.”

4. Break state

“Langkah keluar dari bulatan kecemerlangan tersebut. Ingat apa yang

anda makan sebelum mengikuti slot ini.”

5. Konteks yang Diingini

“Mulai detik ini, apabila saya menyuruh anda menggenggam kedua-dua

tangan anda, saya mahu anda melangkah masuk kedalam bulatan.

Sekarang sekali lagi bayangkan waktu anda berada dalam keadaan diri

yang sangat cemerlang dan istimewa.”

6. Rantaian (Chaining)

“Apabila saya menyuruh anda menggenggam kedua-dua tangan, sekali

lagi anda bayangkan keadaan diri dalam keadaan puncak. Apabila

mencapai tahap 10, maka anggukkan kepala anda. Bagaimana secara

spesifiknya keadaan diri anda berbeza dulu dan sekarang?”

7. Ujian akhir, anda diminta keluar dari bulatan dan fikirkan tentang

dimana anda memerlukan bantuan. Periksa bahasa bukan lisan dan

minta peserta terangkan.

Page 27: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

26

KEADAAN MINDA SAYA

Untuk menjadi seorang palajar yang cemerlang, saya mesti mempunyai

keadaan minda berikut pada setiap masa.

1. …………………………………………………………………

2. …………………………………………………………………

3. …………………………………………………………………

4. …………………………………………………………………

5. …………………………………………………………………

Menghayati Minda Kecemerlangan

Page 28: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

27

SATU, SETENGAH DAN KOSONG Aswandi Bin Yaakob 5TH MEI, 2016

Mencapai sesuatu matlamat secara sendirian mungkin akan mengambil masa yang panjang. Namun melalui bantuan rakan-rakan ianya akan membantu untuk mempercepatkannya. Mana satu pilihan yang anda akan ambil? Bersendirian atau berkumpulan?

OBJEKTIF:

1. Menerapkan kepada pelajar tentang kepentingan fokus. 2. Mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan arahan tepat. 3. Memupuk kerjasama berkumpulan kearah mencapai satu matlamat.

PERALATAN:

1. Tali nylon sepanjang 20 kaki – 6 unit 2. Botol Plastik 3. Rod atau batang plastik panjang 8 inci

KAEDAH

Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan yang besar dan sebaiknya dikawasan lapang. Bagi menambahkan lagi cabaran, pilih lokasi yang permukaannya tidak rata. Setiap hujung tali dipegang oleh seorang peserta. Mereka mesti memastikan tali dalam keadaan tegang. Di tengah-tengah tali digantung dua atau tiga batang lidi plastik. Peserta dikehendaki secara berkumpulan memasukkan lidi tersebut kedalam botol yang diletakkan di tengah-tengah kawasan aktiviti tersebut.

Page 29: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

28

Situasi 1: SATU

Situasi satu ialah semua peserta boleh melihat kedudukan botol dan mereka memasukkan lidi ke dalam botol. Ia dilakukan dalam keadaan semua orang tahu kedudukan botol tersebut.

Situasi 2: SETENGAH

Situasi kedua ini ialah sebahagian dari peserta tidak dibenarkan melihat botol. Caranya ialah mereka berdiri membelakangi botol tersebut. Ini bermakna hanya setengah saja yang melakukan aktiviti ini dalam keadaan mengetahui kedudukan botol. Yang lainnya hanya berpandukan kepada arahan dari rakan-rakan sahaja.

Situasi 3: KOSONG

Situasi ketiga ini ialah semua peserta melakukan aktiviti ini dengan berdiri membelakangi botol. Ini bermakna mereka melakukan aktiviti ini dalam keadaan tidak mengetahui kedudukan botol dan hanya bertindak berdasarkan arahan dari rakan-rakan yang tidak memegang tali tersebut.

PERBINCANGAN;

Selesai aktiviti, fasilitator meminta peserta memberi pandangan berkaitan pengajaran yang diperolehi dari aktiviti tesebut. Terima semua pandangan mereka. Fasilitator boleh bimbing mereka dalam perkara berkaitan;

1. Pentingnya melakukan sesuatu dalam keadaan mengetahui sesuatu yang hendak dilakukan dengan jelas

2. Kepentingan kejujuran dalam memberi sesuatu maklumat kepada seseorang

3. Percaya dan yakin dengan diri sendiri dan kepentingan memberi maklumat dengan jelas

4. Kepentingan strategi 5. Perlu seorang ketua dalam melakukan kerja berpasukan.

Page 30: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

29

Abu Sofea (2014)., Islam menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian: Hujah mencabar Keimanan, Terbitan Pertama 2014, PTS Islamika Sdn.Bhd. Selangor, MALAYSIA.

Buku hukum & akibat meninggal melengah sembahyang dari Rasyiid Ar-Raasyid alih

bahasa dan tambahan Abdullah al-qari.

Che Ghani bin Che Kob, Md. Baharuddin Bin haji Abdul Rahman & Abdul Rahim Bin

Othman (2014). Asas Pengurusan Organisasi. Diselenggara: Unit Penyelidikan

&Penerbitan JKM,PSP. Diterbitkan oleh Perpustakaan Politeknik Seberang Perai. ISBN

978-967-12459-6-5.

el-Bhar al-Kelantani, Ahmad al-Jelantangi & Syaikh Dr. Zamri Al-Kelantani (2012)., Asas Insan Budiman, Excell Book Store, K.B. Kelantan, MALAYSIA.

el-Bhar al-Kelantani & Syaikh Dr. Zamri Al-Kelantani (2013)., Asas Baitul Muslim,

Excell Book Store, K.B. Kelantan, MALAYSIA.

Gary Dessler.,(2004). Management- Principle and Practices for Tomorrow’s Leaders

(3rd) . Paerson Educational International. New Jersey.

Md. Baharuddin Bin haji Abdul Rahman, Aspalela & Khairul Azhar Bin Mat Daud

(2010). Pengurusan Pusat Servis. Diselenggara: Unit Penerbitan & Laporan JKM,PKB.

Diterbitkan oleh KB Excel Printing (M) Sdn. Bhd. & Excel Book Store. K.B. Kelantan,

Malaysia. ISBN 978-967511912-5

Md. Baharuddin Bin haji Abdul Rahman, Hairul Nizam & Khairul Azhar Bin Mat Daud

(2012). Pengenalan Kepada Asas Kepimpinan. Diselenggara: Unit Penerbitan & Laporan

JKM,PKB. Diterbitkan oleh KB Excel Printing (M) Sdn. Bhd. & Excel Book Store. K.B.

Kelantan, Malaysia. ISBN 978-983-3442-30-0

Muhd kamil Ibrahim (2013)., Bersyukur Saat Diuji, Galeri Ilmu Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.

Muhammad Uzair Al aziz (1994)., Panduan Solat Istikarah, Khazanah Ilmu, Dakwah

& Tarbiah, DINIE PUBLISHER, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Page 31: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

30

Mohd Rasid Osman, Nota Kuliah—KS373 Pengurusan Perindustrian (November 1997), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Mar, D.D., Operations and Industrial Management, McGraw-Hill, 1985.

Olcorn R (1989). Management. Macmillan U.K

Stevenson, W.J., Production Operations Management, Irwin/McGraw-Hill,6th Edition, 1999.

Turner, W.C., Mize, J.H., Case, K.E., "Introduction to Industrial and Systems Engineering", Prentice Hall, 3rd Edition, 1993.

Stoner J. A. F., Freeman R.E.,and Gilbert Jr. D. R. (1995). Management (6th ed.) . Prentice Hall New Jersey.

Stoner J. A. F., & Wankel C. (1989). Management (3rd ed.). Prentice Hall New Jersey.

Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi (2014)., FADILAT AMAL, cetakan ketiga Mei, 2014. MAKTABAH ILMIAH SDN. BHD. Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Page 32: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

31

Page 33: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

32

Page 34: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

33

Program : Tarikh :

Soalselidik Jawab dengan ikhlas mengikut skor berikut:- 1: Amat Tidak Setuju, 2: Tidak Setuju, 3:Tidak Pasti, 4:Setuju, 5: Amat Setuju Bil Pengurusan 1 2 3 4 5

1 Program ini memberi pengetahuan dalam mengurus diri

2 Program ini telah membantu saya dalam membuat perancangan

3 Program ini telah membantu saya dalam mengawal diri dan ahli kumpulan

4 Program ini memberi pendedahan kepada saya tentang asas pengurusan

5 Program ini berjaya menjadikan saya seorang yang berkeyakinan dalam mengurus tadbir ahli pasukan

Kepimpinan

6 Saya semakin faham berkaitan asas menjadi seorang ketua atau pemimpin

7 Saya menjadi semakin bersemangat dalam memimpin rakan sepasukan

8 Sebagai pemimpin saya tahu teknik mengatur kerja untuk setiap ahli

9 Saya mampu mengawal setiap kerja ahli pasukan

10 Saya mampu menyelesaikan pemasaalah yang timbul dalam gerak kerja pasukan

Program ini telah berjaya membantu saya dalam:

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Disediakn oleh Dr.Baha :UPPen ©2016

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA

Page 35: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

34

Inkantasi NLP

Setiap hari dalam setiap perkara, saya menjadi lebih baik dan lebih baik

Every day in every way, I am better and better

(Emile Coue)

Saya berasa hebat, saya berasa sihat, saya berasa seronok

I feel great, I feel healty, I feel terrific

(W. Clement Stone)

Sayalah yang terbaik, Saya seorang pemenang

I am at my best, I am a winner

Saya boleh kerana saya fikir saya boleh

I can because I think I can

Anda hanya akan merasai apa yang anda jeritkan ini sekiranya anda melakukannya dengan penuh tumpuan tenaga yang ada dalam diri anda dari segi suara, gerakan tubuh badan anda

dan perasaan anda.

Page 36: MENJANA KECEMERLANGAN - repository.psp.edu.myrepository.psp.edu.my/jspui/bitstream/123456789/1225/1/BUKU PROGRAM... · Modul Menjana Kecemerlangan / Md. Baharuddin Abdul Rahman ISBN

35

Modul Menjana Kecemerlangan

ISBN 978-967-0783-17-8

Buku Modul ini telah di olah mengikut acuan pelan pembangunan pendidikan KPT yang merangkumi sepuluh (10) lonjakan utama yang perlu Politeknik dan Kolej Komuniti fokuskan. Kandungan pengisian modul ini yang terdiri dari elemen pembangunan modal insan berkualiti, kepimpinan, pengurusan organisasi serta penerapan elemen asas NLP dilihat mampu merubah gaya pemikiran pelajar dan perilaku yang positif. Melalui Buku Modul Menjana Kecemerlangan ini juga, ia dilihat mampu menjana aktiviti kecemerlangan pelajar yang pro-aktif dalam memenuhi lonjakan pertama (1) dan ke dua (2) KPT bagi pengembangan bakat pelajar dan menghasilkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan, produk TVET berkualiti tinggi serta bertaraf global. Di harap adanya Buku Modul Menjana Kecemerlangan ini, ia boleh dijadikan rujukkan buat penulis, para penceramah dan para peserta dalam pengembangan bakat dan menjadi insan yang berkualiti.

RM8.00