sesi 1 sejarah pengakap

23
SUHAIMI BIN JUNOH, INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU.

Upload: sk-setapak-indah

Post on 23-Jun-2015

2.912 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sesi 1   sejarah pengakap

SUHAIMI BIN JUNOH, INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU.

Page 2: Sesi 1   sejarah pengakap

Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya.

PENGENALAN

Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip, dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya, Lord Baden-Powell.

Page 3: Sesi 1   sejarah pengakap

Untuk menggalakkan perkembangan sikap dan peribadi yang cemerlang ke arah pencapaian tahap fizikal dan mental yang maksimum selain daripada untuk menanam semangat individu yang rajin berusaha untuk memberikan sumbangan yang positif kepada agama, keluarga, masyarakat, dan negara, khususnya serta kepada dunia secara amnya.

Matlamat

Page 4: Sesi 1   sejarah pengakap

Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden-Powell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat Leftenan Jeneral.

Pengasas Pengakap

Page 5: Sesi 1   sejarah pengakap

Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London.

Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London.

Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth.

Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia.

Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi.

Page 6: Sesi 1   sejarah pengakap

Beliau pernah mengembara, berkhemah, dan berperahu di beberapa buah tempat di England bersama tiga orang abangnya.

Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua).

Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya.

Page 7: Sesi 1   sejarah pengakap

Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan pada tahun 1876.

Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana.

Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh semasa dalam peperangan.

Page 8: Sesi 1   sejarah pengakap

Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5.

Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askar-askarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan.

Permulaan Pengakap

Page 9: Sesi 1   sejarah pengakap

Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1907.

Buku Aids to Scouting telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, khususnya di kalangan kanak-kanak.

Hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya dikepung musuh.

BP telah mencipta pakaian seragam – baju kemeja, seluar pendek, skaf, topi bulat bersisi dan kasut.

Page 10: Sesi 1   sejarah pengakap

Sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku terbitannya telah mendorong BP menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907.

Seramai 12 orang pengakap kanak-kanak telah menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan atau empat patrol.

Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia.

Mereka diajar cara-cara mendirikan khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan jejak dan berunggun api pada sebelah malamnya.

Page 11: Sesi 1   sejarah pengakap

Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku lagi bertajuk Scouting for Boys (Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di Pulau Brownsea.

Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap.

Sehubungan dengan itu, BP telah menubuhkan Unit Pengakap Kanak-Kanak kerana sebelum ini hanya belia yang berumur sebelas tahun ke atas sahaja dibenarkan menyertai Pasukan Pengakap.

Page 12: Sesi 1   sejarah pengakap

Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia.

Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Gillwell Park di London.

Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood, London.

BP dilantik Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori tersebut.

Page 13: Sesi 1   sejarah pengakap

1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama isterinya Lady Baden Powell.

BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden Powell of Gillwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat French Legion of Honour.

BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941.

Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu England.

Page 14: Sesi 1   sejarah pengakap
Page 15: Sesi 1   sejarah pengakap

Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank C. Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution) Singapura pada tahun 1910.

Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut.

Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.

Page 16: Sesi 1   sejarah pengakap

Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M. Laidlow;

Sabah 1913;

Pulau Pinang oleh H.R. Cheesman di Penang Free School pada 1915;

Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar;

Kedah dan Perlis 1922;

Sarawak juga pada 1915;

Page 17: Sesi 1   sejarah pengakap

Melaka dan Negeri Sembilan 1925 oleh Brunstone;

Selangor pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar;

Kelantan 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong; dan

Johor 1928 di Maktab Abu Bakar.

Terengganu juga pada tahun 1926 oleh A.J. Gracle;

Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.

Page 18: Sesi 1   sejarah pengakap

Dipercayai, jumlah keseluruhan anggota pergerakan pengakap sehingga 1928 ialah seramai 85,000 orang.

Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain.

Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya telah menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.

Page 19: Sesi 1   sejarah pengakap

Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik.

Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-Budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak.

Page 20: Sesi 1   sejarah pengakap

Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974.

Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-Budak yang terdapat pada nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Page 21: Sesi 1   sejarah pengakap

“…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut :

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974.

2. (1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah ditaksirkan sewajarnya…”

Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 .

Page 22: Sesi 1   sejarah pengakap

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DALAM KERJA-KERJAMU.

BERPENGAKAP SATU PERMAINAN BAGI KANAK-KANAK,TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEPADA

ORANG DEWASA.......

( kata-kata BP )

Page 23: Sesi 1   sejarah pengakap