sesi 2_istiadat pengakap-apk

37
KURSUS KEPEMIMPINAN MANIKAYU MODUL A DAN B (PENGAKAP KANAK-KANAK) MPKLMBPG MODUL A : SESI 2 Disediakan oleh ENCIK AHMAD PATIKON BIN KARINO PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI (PKK), INSTITUT PERGURUAN RAJA Disampaikan oleh ENCIK PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH KLM- , INSTITUT PERGURUAN

Upload: namirullah1435

Post on 05-Jan-2016

304 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Istiadat Pengakap untuk laungan agung

TRANSCRIPT

Page 1: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

KURSUS KEPEMIMPINAN MANIKAYUMODUL A DAN B

(PENGAKAP KANAK-KANAK)MPKLMBPG

MODUL A : SESI 2

Disediakan olehENCIK AHMAD PATIKON BIN KARINO

PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI (PKK),

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

Disampaikan olehENCIKPENOLONG PESURUHJAYA DAERAH KLM- , INSTITUT PERGURUAN

Page 2: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

ISTIADAT- ISTIADAT PENGAKAP

LAUNG AGUNG (PKK) BENDERA (PM)

MENGIBAR BENDERA MENURUNKAN BENDERA

(Sekawan bertugas beruniform penuh jam 6.30 petang setiap hari dengan satu tiupan wisel panjang)

Page 3: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

ISTIADAT MELANTIK ISTIADAT MENINGKAT NAIK ISTIADAT PEMERIKSAAN PAGI “BREAK CAMP”

Laung Agung Turun dan lipat bendera Serahkan kepada Ketua Kursus Bersurai

ISTIADAT- ISTIADAT PENGAKAP

Page 4: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

AHMAD PATIKON BIN KARINO/PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI (PKK)

Page 5: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

LAUNG AGUNG (PKK)

• Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik".

• Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela.

• Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK.

Page 6: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

TUJUAN

• Permulaan / tamat sesuatu perjumpaan.• Tradisi / istiadat bagi PKK seluruh dunia.• Menghormati tetamu yang datang ke PEK.• Semangat setiakawan, perpaduan & bina disiplin.• Pernyataan PKK membuat "Sehabis Baik“.

Page 7: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

AKELA

PEN. KETUASEKAWAN BERTUGAS

KETUA SEKAWAN BERTUGAS

PEMIMPIN-PEMIMPIN

BENDERA

SEKAWAN BERTUGAS

KEDUDUKAN SEKAWAN DALAM

ISTIADAT LAUNG AGUNG

Page 8: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

PELAKSANAAN

• Akela dalam keadaan sedia berdiri menghadap bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring).

• Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia.

Page 9: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

Pelaksanaan…

• PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

• Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK untuk membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela.

Page 10: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

• Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.

• Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

Pelaksanaan…

Page 11: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

• Akela depa tangan dari bawah ke paras bahu dan PKK menjinjit tumit.

• Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak “AKELA” “KITA BUAT HABIS BAIK”.

• Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

Page 12: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

Pelaksanaan…

• Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada AKELA dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?“.

• PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK”.

• Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

Page 13: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

ISTIADAT BENDERA DALAM LAUNG AGUNG • Akela akan berkata "BENDERA". Semua

PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berkawad menuju ke tiang bendera.

• Petugas berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera.

• Dalam keadaan sedia, tangan kanan Petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti oleh pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

Page 14: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

Istiadat Bendera Dalam Laung Agung

• Akela berkata "DOA". Petugas berkata "AP" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing.

• Selepas tamat doa Petugas berkata "AP" sebagai isyarat turunkan tangan.

• Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu Negaraku semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti kedudukan asal.

Page 15: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

Istiadat bendera dalam Laung Agung…

• Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin untuk minta kebenaran menjalankan tugas lain.

• Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat apa-apa pengumuman.

• CATATAN:– Laung Agung boleh dilakukan dimana-mana

kawasan lapang yang sesuai walaupun tiada tiang bendera bagi memulakan atau menutup sebarang aktiviti pengakap

KEMBALI ke Istiadat Pengakap

Page 16: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

ISTIADAT MELANTIK

• Digunakan dalam proses melantik ahli-ahli Pengakap seluruh dunia.

• Sebagai pengesahan pelantikan seseorang ahli Pengakap.

• Dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dalam suasana yang teratur, syahdu, dan bersungguh-sungguh.

• Menggunakan ungkapan yang mudah • Perlu persiapan rapi.

Page 17: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

PELAKSANAAN • Perlu dilaksanakan pada awal aktiviti.• Dijalankan di tempat lapang.• Gunakan dewan yang bersih serta teratur • Pemimpin AKELA mesti hafal teks istiadat.• Semua yang terlibat mesti memahami tugas.• Adakan raptai jika perlu.• Maklumkan seminggu lebih awal kepada PEK/TRUP.• Pemimpin bertauliah sahaja yang layak menjalankan

Istiadat Melantik.

Page 18: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

ISTIADAT

MELANTIK

BENDERA

AKELA

PEN.KETUA

SEKAWAN

KETUA SEKAWAN

PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN

SEKAWAN BERTUGAS

PENOLONG PEMIMPIN

Page 19: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

• PKK membentuk bulatan dalam keadaan sedia. Akela berdiri menghadap bulatan dan Penolong Pemimpin berada di belakang tiang bendera.

• Adik Baru berdiri di luar bulatan dan dipanggil masuk kedalam bulatan oleh Akela.

• Ketua Sekawan yang ditugaskan membawa Adik Baru masuk serta berdiri dihadapan Akela dan Ketua Sekawan kembali ke tempat asal.

• Serentak dengan itu Penolong Pemimpin masuk membawa topi, skaf dan lencana dan berdiri di sebelah Akela.

Pelaksanaan…

Page 20: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

a. PEK berada dalam bulatan. Akela berdiri di tengah. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia.

b. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.

Pelaksanaan…

Page 21: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

c. Ketua Sekawan berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan Akela, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.

d. Serentak dengan itu Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian.

Page 22: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

e. Akela akan bertanya :

Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak ?”

PKK baru : “ Ya Akela ”

Akela : “ Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap”

PPK baru : “ Ya Akela ”

Page 23: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

f. Akela melafazkan persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu :

Bahawa dengan sesungguhnya,saya berjanji dan bersetia

yang saya dengan seberapa daya upaya saya

akan :

Taat kepada Tuhan, Raja, dan Negara;Menolong orang pada setiap masa;Menurut Undang-undang Pengakap.

Page 24: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

g. Akela berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru & berkata:

“ Saya percaya kamu akan buat sehabis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam persaudaraan Pengakap Sedunia.”

Page 25: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

h. Akela menyemat lencana Keahlian, menyarung skaf dan memakaikan topi kepada pengakap Kanak-Kanak itu.

i. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada Akela. Kemudian PKK berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (adik baru ) ke dalam pek.

Page 26: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

j. Ketua sekawan berkenaan membawa PKK baru itu dan memperkenalkan kepada sekawan itu.

k. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang disertai buat pertama kali oleh PKK baru.

l. Sekiranya semua sekawan adalah ahli baru, maka istiadat pelantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian.

Page 27: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 28: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 29: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 30: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 31: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 32: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 33: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 34: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 35: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 36: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK
Page 37: Sesi 2_Istiadat Pengakap-APK

AHMAD PATIKON BIN KARINO/PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI (PKK)