sejarah pengakap kanak-kanak

9
Sejarah Pengakap Kanak-kanak Cheok Sye Wei Chieng Shaw Hwa Kenix Jong Fang Feei

Upload: carbonate-tie

Post on 04-Nov-2015

687 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pengakap

TRANSCRIPT

Sejarah Pengakap Kanak-kanak

Sejarah Pengakap Kanak-kanakCheok Sye WeiChieng Shaw HwaKenix Jong Fang Feei

Pengasas Pergerakan Pengakap DuniaSejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku Scouting For Boys yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan Lord Baden Of Gillwell kepada beliau.

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden PowellNama Singkatan : BPTarikh Lahir : 22 Febuari 1857Tempat Lahir : London, EnglandPendidikan Awal: Charter House, LondonPekerjaan Bekas : Mejar Tentera BritishNama Bapa: Reverend H.G Baden PowellNama Isteri : Lady Olive Baden PowellTarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pergerakan Pengakap Di MalaysiaNegeriTarikhPulau Pinang1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang.1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin.1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R CheesemanKuala Lumpur dan Selangor1910, ditubuhkan diVictoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E ShawPahang1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet.Sabah1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan.Sarawak1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching.Kedah1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield diKolej Sultan Abdul Hamid.NegeriTarikhPerak1926, oleh L R Wheeler diKolej Melayu Kuala Kangsar.Melaka1926, dibawa oleh R Brunstone.Negeri Sembilan1926, juga oleh R. Brunstone.Terengganu1927, ditubuhkan oleh A J Gracle.Kelantan1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja diMaktab Sultan Ismail.Johor1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kiniMaktab Sultan Abu Bakar).Perlis1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia di mana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964.Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Lambang Pengakap Dunia

Lambang Pengakap MalaysiaUndang-undang1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, Ibubapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.8. Pengakap adalah seorang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.9. Pengakap adalah jimat dan cermat.10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.