sejarah pengakap dunia

21
Sejarah Pengakap Dunia Pengakap Dunia adalah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau tersebut. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell. Ia merupakan seorang bekas Mejar tentera British yang penuh pengalaman dari medan peperangan. Secara tidak langsung, bermulalah sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku "Scouting For Boys" yang ditulis oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah menyebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang baik daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah

Upload: choohock

Post on 23-Jun-2015

2.219 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap Dunia adalah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.

Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau

tersebut. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell. Ia

merupakan seorang bekas Mejar tentera British yang penuh pengalaman dari medan

peperangan. Secara tidak langsung, bermulalah sejarah pergerakan pengakap dunia.

Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah

mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku

"Scouting For Boys" yang ditulis oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah menyebar luas

melalui peneroka dan pedagang British. Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang

baik daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia

ditubuhkan.

Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan

pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah

diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia

manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Beliau

telah mendapat banyak pingat kebesaran Negara. Hal ini merupakan penghargaan ke atas

sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap.

Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya.

Page 2: Sejarah Pengakap Dunia

Biodata

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Page 3: Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Di Malaysia

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura.

Pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan

telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Pergerakan Pengakap

telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki

sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai nama

pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )

2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )

3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )

4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)

5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )

10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

Page 4: Sejarah Pengakap Dunia

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-

2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan

Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah

Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia yang

dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun

Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia

sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Page 5: Sejarah Pengakap Dunia

Logo Rasmi Pengakap

Page 6: Sejarah Pengakap Dunia

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Matlamat dan Tujuan Perbadanan

Matlamat

Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:

4. Matlamat Perbadanan adalah untuk menyediakan satu pertubuhan yang terbuka untuk semua Pengakap-Pengakap di Malaysia untuk membolehkan mereka memainkan peranan kepada hasrat dan maksud seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 5 Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Akta 409 Perundangan Malaysia), dan melaksanakan perkara-perkara lain sebagaimana Perbadanan atau Majlisnya berpendapat ia berkaitan atau membawa kepada pencapaian kepada tujuan tersebut.

Tujuan dan Maksud-Maksud

Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:

5. (1)Tujuan Perbadanan ialah bagi menggalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:

a. melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri; b. menanam sifat-sifat setia dan bertimbangrasa kepada orang lain; c. mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan

tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan d. memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.

(2)Prinsip-prinsip dan amalan-amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.

Page 7: Sejarah Pengakap Dunia

CARTA ORGANISASI MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA

Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua

Dato' Seri Shafie Salleh

Naib Yang DipertuaTan Sri Mustapha Kamal

Abu Bakar

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Dato' Kaharudin Momin

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara(Antarabangsa)

Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap

Negara(Latihan)

Haji Abdul Shukor bin Mohsin

Ketua Setiausaha KerjaMohd Zaki Nuruddin

BendahariDatuk Haji Aziz Jamaludin

bin Mhd Tahir

Setiausaha Kerja LatihanHaji Rahmat bin Jaafar

Page 8: Sejarah Pengakap Dunia

Ikrar Pengakap

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA

SAYA BERJANJI DAN BERSETIA

YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA

AKAN TAAT KEPADA

TUHAN,RAJA DAN NEGARA

MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA

DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu

Pejabat

Page 9: Sejarah Pengakap Dunia

TABIK PENGAKAP

Page 10: Sejarah Pengakap Dunia

Lagu Pengakap

Page 11: Sejarah Pengakap Dunia

Keahlian Pengakap

Kami Pengakap MalaysiaHarapan nusa dan bangsa

Berikrar setiaPada pertiwi tercinta

Melatih generasi mudaMenjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakapTeras dipegang bersama

Menolong orang setia masaMenabur bakti di mana sahajaDemi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudaraTaat, menurut perintah

Kami bangga junjung cita-citaPengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-citaPengakap, Pengakap Malaysia

Page 12: Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap Kanak-kanak:

10 hingga 12 tahun

Motto: Buat Sehabis Baik

Pengakap Remaja:

13 hingga 15 tahun

Motto: Selalu Sedia.

Pengakap Remaja:

16 hingga 17 tahun

Motto: Pandang Luas

Pengakap Kelana:

Ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur.

Motto: Berkhidmat

Contoh Lencana Keahlian

Page 13: Sejarah Pengakap Dunia

Lencana Pengakap Muda

Page 14: Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap Raja

Uniform Lelaki

Page 15: Sejarah Pengakap Dunia
Page 16: Sejarah Pengakap Dunia

Uniform Perempuan

Lencana

Page 17: Sejarah Pengakap Dunia

Cara Memasang Lencana