seni visual manual kk projek 9703

25
STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Projek Kajian Seni Visual Kertas 3 (970/3) Penggal 3 Tahun 2017 PERINGATAN : Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Upload: smk-senawang-3-taman-forest-heights

Post on 28-Jan-2018

850 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

STPM 2017 - 970/3/KK/P3

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus

Projek Kajian Seni Visual

Kertas 3 (970/3)

Penggal 3 Tahun 2017

PERINGATAN :

Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja

Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Page 2: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

2

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif 3 – 4

3.0

Pelaksanaan Kerja Projek

3.1 Arahan Umum

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.3 Tanggungjawab Guru

3.4 Tanggungjawab Calon

4

4

4 – 5

5 – 8

8 – 9

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 10– 12

5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 13

Lampiran 14– 19

BAHAGIAN II : CALON

6.0 Tanggungjawab Calon 20 – 21

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 22 – 24

8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 25

Page 3: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

3

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

1.0 Pengenalan

Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian

Seni Visual bagi penggal 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan

kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran

untuk penggal 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang

ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

2.0 Objektif

Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan calon

untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif kerja projek

ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam :

(a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan

(b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi,

rujukan, dan sumber

(c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan

teknik

(d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya

(e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses

penghasilan karya

(f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit

(g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media dan

teknik

(h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej

(i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri

(j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan

(k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih

(l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual

(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya

BAHAGIAN I : GURU

Page 4: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

4

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

(n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi,

kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara

jujur, amanah, dan beretika.

3.0 Pelaksanaan Kerja Projek

3.1 Arahan Umum

3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua soalan

yang diberikan.

3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan dan

perekaan.

3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.

3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang penggal 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan Enam

peringkat sekolah.

3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk

Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam

mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing.

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat

bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru yang berkelayakan

dalam bidang Seni Visual.

3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja

projek Seni Visual STPM di sekolah.

3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan

semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan kerja

projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada sekolah untuk

membiayai penyediaan keperluan berkenaan.

3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan dalam

strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang

memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja projek

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap kemajuan

kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon.

3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam

tempoh yang ditetapkan.

Page 5: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

5

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek calon di

sekolah.

3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidens kerja projek calon dalam tempoh

enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM.

3.2.11 Memastikan evidens kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam bulan

selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.

3.3 Tanggungjawab Guru

3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni

Visual sebaik-baiknya.

3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek Kajian

Seni Visual.

3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual dari

portal MPM.

3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan kerja

projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak

menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat berkenaan.

3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka tentang

Soalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual)

970/3 STPM 2017 secara terperinci.

3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai

untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk

membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.

3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan sebahagian

daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian, kerja projek ini

terikat dengan peraturan peperiksaan.

3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-masing

secara individu tanpa bantuan dari pihak luar.

3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek

(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual

(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan yang

sesuai

Page 6: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

6

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian

Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan dalam

Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual.

3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses kerja

projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Seni Visual

3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti

percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran

(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang

digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan

sebagainya)

3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja untuk

menghasilkan kerja projek calon

3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek

sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual

tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada

calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.

3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa ke

semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek

3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja

Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali pertemuan/perbincangan

bersama guru dalam pelaksanaan proses kerja projek

3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk

ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat

penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing

3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek

budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap calon

3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang masa

kerja projek dilaksanakan

3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek kajian

seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan

dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah

ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni

Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang

telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).

3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus

(Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru

Page 7: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

7

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus

(Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3,

seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual

STPM.

3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan

Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja projek.

3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang telah

diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada Borang

Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) serta

menandatanganinya.

3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan Markah

Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta menandatanganinya.

Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada pengetua untuk Borang

Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) tersebut.

3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh

MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon.

3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan

menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.

Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon akan

menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek kajian seni

visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam

keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) dan Borang

Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) hendaklah

dihantar ke alamat yang berikut:

Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET

Majlis Peperiksaan Malaysia

Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,

68100, Batu Caves, Selangor

(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)

Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan BRuMKK di

dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK perlu dihantar

sebelum 31 Oktober 2017, manakala markah dari e-submission (yang telah

dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja kursusnya.

3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh

guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu

menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari

18 – 22 September 2017 untuk persembahan/peragaan kepada umum.

Page 8: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

8

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

3.3.30 Menyimpan evidens kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah dan

selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat hingga

keputusan STPM diumumkan

3.3.31 Melupuskan evidens kerja projek calon dalam tempoh enam bulan selepas

tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran).

3.4 Tanggungjawab Calon

3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk

melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)

3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang

ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian

Seni Visual)

3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,

dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan

Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan

(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas

akan soalan yang dipilih

(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh

guru/pihak sekolah

3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media

atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch

book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan

secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya).

3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk

kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru

(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya).

3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk

menghasilkan kerja projek calon.

3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)

(Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali

pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek

3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual

(pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

Page 9: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

9

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual

pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah.

Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada

tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap

tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan

tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan

mata pelajaran Seni Visual STPM.

3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja

calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)

(Lampiran 3).

3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan

dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan

meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan

persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas.

3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh

guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu

menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari

18 – 22 September 2017 untuk persembahan/peragaan kepada umum.

Page 10: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

10

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian

seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh

Majlis Peperiksaan Malaysia

4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah

seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

5 Mei 2017

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu.my)

(a) Manual Kerja Kursus

yang mengandungi

Bahagian I : Guru,

Bahagian II : Calon

Memuat turun Manual

Kerja Kursus Seni

Visual STPM 2017

Tidak berkenaan

13Jun 2017

(minggu

pertama

penggal 3)

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal

MPM(www.mpm.edu.my)

(a) Soalan Kerja Kursus

Seni Visual STPM

2017

(b) Kriteria Penilaian dan

Pemarkahan

Memuat turun Soalan

dan Kriteria Penilaian

dan Pemarkahan

Memperbanyak Manual

Bahagian II:Calon serta

soalan kerja kursus

Mengedarkan soalan

dan manual kepada

calon

Memberi penerangan

tugasan kepada calon

Calon menerima

soalan dan manual.

Calon memilih

soalan dan

mendapatkan idea

untuk soalan yang

dipilih

Page 11: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

11

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

19 – 30

Jun 2017

(minggu

2 – 3)

Cadangan pengkaryaan

(a) Penulisan (idea perlu

disokong dengan

visual)

(b) Pembentangan (untuk

tujuan perbincangan

dan memantapkan

proposal)

Guru perlu memastikan

pelajar sudah

mempunyai pilihan dan

idea

Guru perlu memberi

markah pada borang

BMKKC (Lampiran 4)

Calon telah

membuat pilihan.

Calon perlu memberi

penerangan/

pembentangan idea

kepada guru.

Calon perlu

menyiapkan

cadangan

pengkaryaan

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

3 Julai – 15

September

2017

(minggu

4 – 14)

10 minggu

*Minggu

12 – cuti

sekolah 28

Ogos – 1

September

2017

Penghasilan karya/perekaan

(a) Kajian visual

(b) Lakaran

(c) Lukisan akhir

(d) Kajian media

(e) Kajian teknik

(f) Karya akhir

(g) Ketepatan subjek

(h) Kekuatan aspek formal

(i) Gaya penampilan

tersendiri

(j) Kekuatan

kandungan/fungsi

(k) Keaslian

(l) Kemasan

(m) Dokumentasi tatacara

penghasilan karya

(n) Kemasan dokumentasi

* dokumentasi perlu disokong

dengan gambar/foto

Guru perlu

membimbing calon

dalam penghasilan

karya

Guru tidak

dibenarkan untuk

membantu calon

melakukan/

menyiapkan tugasan

calon

Setiap pertemuan atau

perbincangan antara

guru dengan calon,

guru perlu

merekodkannya dalam

borang BRKKC

(Lampiran 1)

Bagi setiap proses yang

calon laksanakan, guru

perlu memberi markah

pada borang BMKKC

(Lampiran 4)

Calon perlu

menghasilkan karya

berdasarkan

idea/kemahiran

sendiri

Calon perlu

mendapatkan

bimbingan daripada

guru untuk setiap

proses pelaksanaan

kerja kursus agar

kesilapan tidak

dilakukan.

Bagi setiap

pertemuan atau

perbincangan antara

guru dengan calon,

calon perlu

merekodkannya

dalam borang

BRKKC (Lampiran

1)

Calon perlu

menyiapkan proses

penghasilan karya

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

Page 12: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

12

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

18 – 22

September

2017

(minggu

15)

* e-

submission

dibuka

bermula

tarikh 23

September

– 23

Oktober

2017

(a) Persembahan dan

peragaan

(b) Peragaan

(c) Pameran dan kemasan

(d) Apresiasi

(e) Penyataan karya secara

bertulis dan

pembentangan lisan

* e-submission dibuka pada

minggu akhir bulan September

Guru perlu

membimbing calon

untuk mengadakan

peragaan hasil karya

calon

Guru perlu memastikan

semasa persembahan

secara lisan/

pembentangan calon, ia

tidak diadakan secara

terbuka.

Setiap persembahan

dan peragaan yang

calon laksanakan, guru

perlu memberikan

markah pada borang

BMKKC (Lampiran 4)

Guru perlu

memasukkan markah

keseluruhan setiap

pelajarpada borang

BRuMKK (Lampiran

5).

Guru perlu menghantar

borang BMKKC

(Lampiran 4) dan

borangBRuMKK

(Lampiran 5) ke

MPM. Salinan borang-

borang tersebut perlu

disimpan di dalam fail

kerja kursus.

Guru perlu

memasukkan markah

keseluruhan pelajar ke

dalam e-submission

sebelum 23 Oktober

2017. Guru perlu

mencetak markah

e-submission dan

simpan di dalam fail

kerja kursus.

Calon perlu

memperagakan hasil

karya dalam

pameran mini

dengan bimbingan

guru.

Calon perlu

membentangkan/

mempersembahkan

hasil karya secara

lisan dan bertulis.

Calon perlu menjaga

pameran mini jika

ada warga sekolah

(bukan calon seni)

yang ingin melihat

pameran pada luar

waktu

pembentangan/

persembahan dengan

guru

Page 13: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

13

STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD

5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya

5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau

tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja

projek.

5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid),

bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk

menghasilkan kerja projek.

5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik

tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar

tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,

gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang

berkenaan.

5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan

dalam pendokumentasian.

5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan

penyeliaan oleh guru Seni Visual.

5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak

dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti

sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang

ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu

bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata

pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

Page 14: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

14 TERHAD

Lampiran 1

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL

PENGGAL 3 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................

Tarikh

aktiviti

Aktiviti dalam Projek Kajian

Seni Visual (Untuk diisi oleh calon) Ulasan guru

Tandatangan

Calon

Tandatangan

guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Seni Visual

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni Visual

STPM 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................

Nama Guru Seni Visual: ...........................................................

Tarikh: .............................................

Catatan:Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan

(sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai

Page 15: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

15 TERHAD

Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017

Projek Penghasilan Karya Seni Visual

PENGGAL 3 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON

NAMA

GURU/PENILAI

TANDATANGAN

GURU/PENILAI

TARIKH

Page 16: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

16 TERHAD

Lampiran 3

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL

PENGGAL 3 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan

dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon

menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja

projek yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat PBS Calon

Makluman kepada Calon:

Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh

dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru

kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi

menghasilkan kerja projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya

Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang

dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,

kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

Alamat

Page 17: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

17 TERHAD

Lampiran 4

BMKKC (PENGKARYAAN)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………

No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..

Format/Kriteria

penilaian

Penilai Pernyataan

permasalahan

kajian [15]

Penentuan

tema,

konsep,

subjek, dan

kandungan

[30]

Penentuan

pendekatan aspek

formal dan gaya

penghasilan [30]

Pernyataan

kepentingan

projek dan

keaslian [15]

Sumber dan rujukan [10]

Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor [20]

Cadangan

pengkaryaan

Guru/

Penyelaras

Format/Kriteria

penilaian Penilai

Lakaran dan

kajian visual [30]

Lukisan

akhir [10]

Pemilihan media

dan teknik,

eksperimentasi,

eksplorasi, dan

manipulasi[20]

Penentuan

gaya

penghasilan

dan

penampilan

[10]

Karya catan cat

minyak [20]

Pendokumentasian proses

penghasilan karya secara

penulisan dan visual [10]

Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor [60]

Penghasilan

karya

Guru/

Penyelaras

Format/kriteria

penilaian Penilai

Pameran hasil karya dan kemasan [70]

Apresiasi [30] Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor [20]

Pernyataan Pelukis [20]

(Artist Statment)

Lisan [10]

(Viva)

Persembahan

dan peragaan

Guru

Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..

Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………

Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission

mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).

Page 18: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

18 TERHAD

Lampiran 4

BMKKC (PEREKAAN)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………

No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..

Format/Kriteria

penilaian

Penilai Pernyataan

permasalahan

kajian [20]

Penentuan

konsep dan

fungsi [30]

Pernyataan kepentingan projek

dan keaslian [20]

Pemilihan bahan

dan teknik

pembuatan model

[20]

Sumber dan rujukan

[10]

Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor [20]

Cadangan

perekaan

Guru/

Penyelaras

Format/Kriteria

penilaian

Penilai

Lakaran [20]

Lukisan

ortografik[15]

Lukisan

isometri [15]

Lukisan

rendering [15]

Pembuatan

model[25]

Pendokumentasian

proses penghasilan

karya secara

penulisan dan visual

[10]

Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor [60]

Penghasilan reka

bentuk

Guru/

Penyelaras

Format/kriteria

penilaian Penilai Pameran perekaan model dan kemasan [70]

Apresiasi [30] Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor [20] Pernyataan pelukis [20]

(Design Statment)

Lisan [10]

(Viva)

Persembahan

dan peragaan

Guru

Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..

Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………

Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission

mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).

Page 19: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

19 TERHAD

Lampiran 5

BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL : TAHUN: ____________

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:

(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran

di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di

atas adalah benar.

Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….........

Nama:………………………………………..... Nama:…………………………………………….

No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:…………………………….

Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………...

No. Telefon(sekolah):………………………...

(bimbit):…………………………

No. Telefon (sekolah):…………………………...

(bimbit):………………………….....

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang

telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).

Page 20: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

20 TERHAD

6.0 Tanggungjawab Calon

6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk

melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)

6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang

ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian

Seni Visual)

6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,

dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Projek Kajian Seni Visual yang disediakan

(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan

yang dipilih

(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak

sekolah

6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik)

disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan

(drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada

buku note pad dan sebagainya)

6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di

tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan

sebagainya)

6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja

projek calon

6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan

sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana

kerja projek

6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah

ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan

tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja

kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan

menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian

BAHAGIAN II : CALON

Page 21: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

21 TERHAD

Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam

keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri

dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)

6.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan

kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada

pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas

6.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia

perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan

kerja projek kajian seni visual dari 18 – 22 September 2017 untuk

persembahan/peragaan kepada umum.

6.16 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali

jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.

Page 22: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

22 TERHAD

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek

kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang

disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

5 Mei 2017

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu.my)

(a) Manual Kerja Kursus

yang mengandungi

Bahagian I : Guru,

Bahagian II : Calon

Memuat turun Manual

Kerja Kursus Seni

Visual STPM 2017

Tidak berkenaan

13 Jun

2017

(minggu

pertama

penggal 3)

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu.my)

(a) SoalanKerja Kursus

Seni Visual STPM

2017

(b) Kriteria Penilaian dan

Pemarkahan

Memuat turun Soalan

dan Kriteria Penilaian

dan Pemarkahan

Memperbanyak Manual

Bahagian II:Calon serta

soalan kerja kursus

Mengedarkan soalan

dan manual kepada

calon

Memberi penerangan

tugasan kepada calon

Calon menerima

soalan dan manual.

Calon memilih

soalan dan

mendapatkan idea

untuk soalan yang

dipilih

Page 23: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

23 TERHAD

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

19 – 30

Jun 2017

(minggu

2 – 3)

Cadangan pengkaryaan

(a) Penulisan (idea perlu

disokong dengan

visual)

(b) Pembentangan (untuk

tujuan perbincangan

dan memantapkan

proposal)

Guru perlu memastikan

pelajar sudah

mempunyai pilihan dan

idea

Guru perlu memberi

markah pada borang

BMKKC (Lampiran 4)

Calon telah

membuat pilihan.

Calon perlu memberi

penerangan/

pembentangan idea

kepada guru.

Calon perlu

menyiapkan

cadangan

pengkaryaan

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

3 Julai – 15

September

2017

(minggu

4 – 14)

10 minggu

*Minggu

12 – cuti

sekolah 28

Ogos – 1

September

2017

Penghasilan karya/perekaan

(a) Kajian visual

(b) Lakaran

(c) Lukisan akhir

(d) Kajian media

(e) Kajian teknik

(f) Karya akhir

(g) Ketepatan subjek

(h) Kekuatan aspek formal

(i) Gaya penampilan

tersendiri

(j) Kekuatan

kandungan/fungsi

(k) Keaslian

(l) Kemasan

(m) Dokumentasi tatacara

penghasilan karya

(n) Kemasan dokumentasi

* dokumentasi perlu disokong

dengan gambar/foto

Guru perlu

membimbing calon

dalam penghasilan

karya

Guru tidak

dibenarkan untuk

membantu calon

melakukan/

menyiapkan tugasan

calon

Setiap pertemuan atau

perbincangan antara

guru dengan calon,

guru perlu

merekodkannya dalam

borang BRKKC

(Lampiran 1)

Bagi setiap proses yang

calon laksanakan, guru

perlu memberi markah

pada borang BMKKC

(Lampiran 4)

Calon perlu

menghasilkan karya

berdasarkan

idea/kemahiran

sendiri

Calon perlu

mendapatkan

bimbingan daripada

guru untuk setiap

proses pelaksanaan

kerja kursus agar

kesilapan tidak

dilakukan.

Bagi setiap

pertemuan atau

perbincangan antara

guru dengan calon,

calon perlu

merekodkannya

dalam borang

BRKKC (Lampiran

1)

Calon perlu

menyiapkan proses

penghasilan karya

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

Page 24: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

24 TERHAD

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

18 – 22

September

2017

(minggu

15)

* e-

submission

dibuka

bermula

tarikh 23

September

– 23

Oktober

2017

(a) Persembahan dan

peragaan

(b) Peragaan

(c) Pameran dan kemasan

(d) Apresiasi

(e) Penyataan karya secara

bertulis dan

pembentangan lisan

* e-submission dibuka pada

minggu akhir bulan September

Guru perlu

membimbing calon

untuk mengadakan

peragaan hasil karya

calon

Guru perlu memastikan

semasa persembahan

secara lisan/

pembentangan calon, ia

tidak diadakan secara

terbuka.

Setiap persembahan

dan peragaan yang

calon laksanakan, guru

perlu memberikan

markah pada borang

BMKKC (Lampiran 4)

Guru perlu

memasukkan markah

keseluruhan setiap

pelajar pada borang

BRuMKK (Lampiran

5).

Guru perlu menghantar

borang BMKKC

(Lampiran 4) dan

borang BRuMKK

(Lampiran 5) ke

MPM. Salinan borang-

borang tersebut perlu

disimpan di dalam fail

kerja kursus.

Guru perlu

memasukkan markah

keseluruhan pelajar ke

dalam e-submission

sebelum 23 Oktober

2017. Guru perlu

mencetak markah

e-submission dan

simpan di dalam fail

kerja kursus.

Calon perlu

memperagakan hasil

karya dalam

pameran mini

dengan bimbingan

guru.

Calon perlu

membentangkan/

mempersembahkan

hasil karya secara

lisan dan bertulis.

Calon perlu menjaga

pameran mini jika

ada warga sekolah

(bukan calon seni)

yang ingin melihat

pameran pada luar

waktu

pembentangan/

persembahan dengan

guru

Page 25: Seni visual manual kk projek 9703

TERHAD

25 TERHAD

8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya

8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D)

atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap

soalan kerja projek.

8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun

(toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan

untuk menghasilkan kerja projek.

8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan

politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan

bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,

gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang

berkenaan.

8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah

disertakan dalam pendokumentasian.

8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan

penyeliaan oleh guru Seni Visual.

8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak

dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut

kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut

spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar

itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi

mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.