seni visual - dewan bahasa dan pustaka

2
Buku teks Seni Visual Tingkatan 1, Sekolah Seni Malaysia ini mengandungi dua tema, iaitu Bahasa Seni Visual yang memuatkan tiga bab, dan Eksplorasi Seni Visual yang mengandungi dua bab. Setiap bab dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil. Pembelajaran yang diketengahkan melalui buku teks ini merangkumi seni lukis, seni arca, seni cetakan dan seramik. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan yang turut diperkuat dengan lukisan dan grafik yang menarik. Dalam beberapa tajuk, pelajar dapat mengakses laman web tertentu melalui QR Code yang disediakan. Dengan cara ini, pelajar berpeluang mendapat maklumat yang lebih lanjut dan mendalam tentang subjek yang dipelajari. SENARAI QR CODE Halaman 21: Imej Arca Halaman 47: Laman Web Muzium De Louvre Halaman 48: Laman Web LPSVN (Amron Omar) Halaman 74: Imej Alam Semula Jadi Halaman 82: Laman Web Wikipedia (Artist’s Proof) Halaman 182: Proses Pembuatan Labu Sayong Halaman 207: Proses Anyaman Rotan SENI VISUAL

Upload: others

Post on 13-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENI VISUAL - Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku teks Seni Visual Tingkatan 1, Sekolah Seni Malaysia ini mengandungi dua tema, iaitu Bahasa Seni Visual yang memuatkan tiga bab, dan Eksplorasi Seni Visual yang mengandungi dua bab. Setiap bab dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil.

Pembelajaran yang diketengahkan melalui buku teks ini merangkumi seni lukis, seni arca, seni cetakan dan seramik. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan yang turut diperkuat dengan lukisan dan grafik yang menarik.

Dalam beberapa tajuk, pelajar dapat mengakses laman web tertentu melaluiQR Code yang disediakan. Dengan cara ini, pelajar berpeluang mendapat maklumat yang lebih lanjut dan mendalam tentang subjek yang dipelajari.

SENARAI QR CODE

Halaman 21: Imej ArcaHalaman 47: Laman Web Muzium De LouvreHalaman 48: Laman Web LPSVN (Amron Omar)Halaman 74: Imej Alam Semula JadiHalaman 82: Laman Web Wikipedia (Artist’s Proof)Halaman 182: Proses Pembuatan Labu SayongHalaman 207: Proses Anyaman Rotan

SENI VISUAL

Page 2: SENI VISUAL - Dewan Bahasa dan Pustaka

Marhanim binti Abdul Razak dilahirkan pada 8 Oktober 1972 di Kampung Behor Inai, Perlis. Beliau mengajar subjek

Pendidikan Seni Visual di sebuah sekolah menengah di Selangor. Marhanim berpengalaman luas dalam penulisan buku teks rujukan.

Sehingga kini, beliau telah menulis sebanyak 14 buah buku rujukan Seni Visual tingkatan satu hingga tingkatan enam. Beliau merupakan Jurulatih Utama PSV

Peringkat Kebangsaan dan Negeri Selangor (2004 – 2009) dan Penaksir KRSV Daerah Hulu Langat (2004 – 2009). Marhanim berkelulusan Sarjana Pendidikan (Pendidikan

Seni Visual) Universiti Malaya (2008); Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) UiTM (2001); Sarjana Muda Seni Halus UiTM (1996) dan Diploma Pendidikan Seni,

UiTM (1998). Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan 2016.

Norliyanti binti Hj Ithnain berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dalam pengkhususan

Seni Reka Tekstil (1997), UiTM Shah Alam. Beliau dilahirkan pada 14 April 1975 di Batu Pahat, Johor. Norliyanti merupakan

Guru Cemerlang PSV lantikan KPM pada tahun 2009 dan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Beliau dilantik oleh SPP

sebagai Panel Temu duga ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (2016). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Panel Penilai

(DBP) bagi Buku Teks PSV Tahun 4 (Masalah Pembelajaran), 2013; Panel Penilai (DBP) bagi Buku Teks PSV Tahun 5 SK, 2014; Panel Penilai (DBP) bagi Buku Teks

PSV Tahun 6 SK, 2015; Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual; Ketua Penaksir Sekolah KRSV SPM 2004 hingga kini. Beliau pernah berkhidmat di SMK

Bandar Utama, Petaling Jaya (1999) dan sejak tahun 2001 hingga kini bertugas di SMK Jalan Bukit, Kajang.

Muhammad Nasir Bin Illias dilahirkan pada 25 Januari 1984 di Alor Setar, Kedah. Kini, beliau bertugas sebagai guru Pendidikan Seni

Visual di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, Kedah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang seni

visual pada tahun 2008 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah

Sarjana dalam bidang Kurikulum di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Berdasarkan kepakarannya, beliau dilantik sebagai Ahli

Jawatankuasa Penilai, Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia, sejak tahun 2010.

PENULIS