seni mengarang

2
1. Hasilkan satu perenggan bagi setiap nada berikut:- i Positif ii Neutral iii Negatif Kemudian, berikan penjelasan dan gariskan kata kunci bagi setiap nada tersebut. a. Perenggan Bernada Positif Pekerja yang berkualiti berkait rapat dengan kecememerlangan organisasi, masyarakat dan individu itu sendiri. Kecemerlangan yang dicapai tidak akan datang dengan sendiri, tetapi perlu disertakan dengan usaha gigih yang berterusan, amanah, yakin dan penuh iltizam. Hal ini dapat memantapkan sifat integriti pegawai-pegawai perkhidmatan awam ke arah budaya kerja yang cemerlang, pegawai yang terbilang dan negara yang gemilang . Penggunaan kosa kata iaitu berkualiti, kecemerlangan dan gemilang dalam petikan di atas memberi kesan positif, bahkan seluruh teks tersebut membawa makna dan konotasi yang positif dengan penerapan tujuan untuk menggalakkan pekerja menanamkan semangat integriti dalam pekerjaan. b. Perenggan Bernada Neutral Perenggan jenis ini dapat dikesan dalam perenggan di bawah menerusi kosa kata, frasa dan klausa yang sederhana iaitu tidak memihak tetapi memberi pilihan kepada pembaca untuk berfikir secara matang, membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara. Di samping itu, guru-guru bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dalam kalangan pelajar di sekolah. Di sekolah, guru-guru harus memberi pengetahuan yang secukupnya kepada para pelajar bagi membolehkan mereka memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang serta pendidikan yang luas dengan penekanan kepada bidang matematik dan sains. c. Perenggan Bernada Negatif Nada negatif menggunakan kosa kata, frasa dan klausa yang mirip ke arah pemupukan sikap dan tindakan berlawanan, misalnya perasaan kebencian, permusuhan dan ketidakpuasan hati. Perhatikan kosa kata iaitu berpecah-belah, rusuhan kaum dan musuh dalam selimut mempu memberi kesan negatif terhadap pemikiran pembaca. Ungkapan ini mampu memberi kesan dalam mempengaruhi, memujuk dan mengubah pendirian pembaca. Masyarakat majmuk yang hidup dalam sesebuah negara pastinya akan wujud masalah berpecah-belah , huru-hara dan bercerai-berai. Keadaan ini mendorong berlakunya pelbagai masalah lain seperti kes jenayah, pengangguran, rusuhan kaum dan yang lebih teuk lagi akan

Upload: shizuka-jijie-sbp

Post on 19-Jun-2015

432 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni mengarang

1. Hasilkan satu perenggan bagi setiap nada berikut:-

i Positifii Neutral iii Negatif

Kemudian, berikan penjelasan dan gariskan kata kunci bagi setiap nada tersebut.

a. Perenggan Bernada Positif

Pekerja yang berkualiti berkait rapat dengan kecememerlangan organisasi, masyarakat dan individu itu sendiri. Kecemerlangan yang dicapai tidak akan datang dengan sendiri, tetapi perlu disertakan dengan usaha gigih yang berterusan, amanah, yakin dan penuh iltizam. Hal ini dapat memantapkan sifat integriti pegawai-pegawai perkhidmatan awam ke arah budaya kerja yang cemerlang, pegawai yang terbilang dan negara yang gemilang.

Penggunaan kosa kata iaitu berkualiti, kecemerlangan dan gemilang dalam petikan di atas memberi kesan positif, bahkan seluruh teks tersebut membawa makna dan konotasi yang positif dengan penerapan tujuan untuk menggalakkan pekerja menanamkan semangat integriti dalam pekerjaan.

b. Perenggan Bernada Neutral

Perenggan jenis ini dapat dikesan dalam perenggan di bawah menerusi kosa kata, frasa dan klausa yang sederhana iaitu tidak memihak tetapi memberi pilihan kepada pembaca untuk berfikir secara matang, membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara.

Di samping itu, guru-guru bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dalam kalangan pelajar di sekolah. Di sekolah, guru-guru harus memberi pengetahuan yang secukupnya kepada para pelajar bagi membolehkan mereka memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang serta pendidikan yang luas dengan penekanan kepada bidang matematik dan sains.

c. Perenggan Bernada Negatif

Nada negatif menggunakan kosa kata, frasa dan klausa yang mirip ke arah pemupukan sikap dan tindakan berlawanan, misalnya perasaan kebencian, permusuhan dan ketidakpuasan hati. Perhatikan kosa kata iaitu berpecah-belah, rusuhan kaum dan musuh dalam selimut mempu memberi kesan negatif terhadap pemikiran pembaca. Ungkapan ini mampu memberi kesan dalam mempengaruhi, memujuk dan mengubah pendirian pembaca.

Masyarakat majmuk yang hidup dalam sesebuah negara pastinya akan wujud masalah berpecah-belah, huru-hara dan bercerai-berai. Keadaan ini mendorong berlakunya pelbagai masalah lain seperti kes jenayah, pengangguran, rusuhan kaum dan yang lebih teuk lagi akan mengakibatkan peperangan apabila dalam sesebuah negara itu terdapatnya musuh dalam selimut.

Page 2: Seni mengarang

2. Dalam karangan atau penulisan artikel ilmiah, penulisan kutipan, ilustrasi dan grafik amat dititikberatkan. Berikan penjelasan apa yang anda fahami tentang penulisan kutipan, ilustrasi dan grafik.

Pengutipan adalah penggunaan teori, konsep, idea, dan lain yang sejenis yang berasal dari sumber lain, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semua pengutipan harus disertai dengan sumber rujukan. Kealpaan untuk merujuk kutipan dapat dianggap melanggar etika penulisan karya ilmiah. Penggunaan kutipan akan memantapkan idea yang disampaikan oleh penulis sama ada kutipan secara langsung ataupun kutipan secara tidak langsung. Penggunaan kutipan tidak mempunyai had dalam sesebuah penulisan bergantung kepada pengarangnya.

Ilustrasi dan grafik dalam penulisan artikel ilmiah adalah bermaksud penggunaan rajah, graf, carta, jadual, gambar, peta atau sebarang bentuk lakaran ynag dapat mengukuhkan sesuatu perbincangan dalam sesebuah penulisan. Penggunaan bahan ilustrasi dan grafik akan memudahkan pembaca untuk memahami dan menambahkan keyakinan pembaca mengenai topik perbincangan dalam sesebuah penulisan artikel ilmiah. Pelbagai bentuk grafik dan ilustasi boleh digunakan untuk menguatkan dan mengukuhkan perbincangan dalam penulisan.