seni mengarang perenggan

Upload: adieiena

Post on 13-Oct-2015

108 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURATIsi kandunganiPengenalan1Definisi 1- 3Penggunaan Kaedah3 Kaedah Dalam Pendahuluan 3 - 5 Kaedah Dalam Perenggan Isi 5 6 Kaedah Dalam Penutup6 Proses Penulisan Dan Contoh7 Contoh Pembinaan Pendahuluan 7 9 Contoh Pembinaan Perenggan Isi 9 11 Contoh Pembinaan Penutup 11 12Faktor-Faktor Lain Yang Penting Dalam Penulisan Berformat13 Unsur-unsur Laim13 Mematuhi Jenis Penulisan Dan Format13 Bahasa Yang Berkesan13 Ejaan Dan Tanda Baca14Kesimpulan14Bibliografi15

1.0 PENGENALANKarangan adalah satu jenis gerak kerja penting dalam aspek penulisan. Karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh gurudalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Secara tidak langsung murid murid diberikan kebebasan melahirkan fikiran, pendapat, komen, cadangan dan ulasan ketika menjawab karangan. Dari aspek yang lain pula, fikiran mereka dikawal oleh tajuk atau topik karangan yang telah disediakan oleh guru. Pengajaran dan pembelajaran karangan bagi semua peringkat sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah adalah penting kerana ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan. Loban (1964) berpendapat, kemahiran bahasa adalah terbahagi kepada empat. Pertama, kemahiran mendengar; kedua, kemahiran bertutur; ketiga, kemahiran membaca; dan keempat, kemahiran menulis. Mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih kerana ia penting dimiliki oleh setiap orang murid. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea,peranan, dan pendapat. Ishak Harun (1979) bersependapat dengan pernyataan ini. Menurut beliau, kemahiran menulis karangan adalah penting dalam kegiatan kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain lain yang disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang sifat bahasanya adalah formal. Kecekapan mengarang juga penting dalam kehidupan seharian untuk melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat menyurat, laporan, pernyataan perasaan dan penglibatan dalam aktiviti aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif (kesussasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah. Selain daripada itu, pengajaran karangan kepada para pelajar ini bukan sahaja dapat menyediakan pengalaman pengalaman sebenar yang berguna kepada murid murid dalam kehidupan sehari hari, tetapi juga kita berusaha memberikan kemahiran kemahiran bahasa serta pengetahuan am dan khusus mengenai kehidupan dan persekitaran mereka. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa pembelajaran karangan di kalangan pelajar pelajar adalah penting sekali sebagai menyediakan mereka menghadapi masa hadapan yang lebih sempurna dan berkesan.

2.0 DEFINISIZaba, 1952, mendefinisikan karangan adalah hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya untuk dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan mengandungi ayat ayat yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan, penerangan dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan, karangan adalah gubahan, ikatan .susunan. Manakala, A. SamadSaid mengatakan novel misalnya adalah karangan.Bagi Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1975) dan Ishak Harun (1979), karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata kata dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa.Pendapat mereka bersesuaian sekali dengan pegangan ahli ahli bahasa,misalnya Chomsky (1965), yang telah memberikan penekanan kepada perlunya peranan pemikiran dalam kemahiran mengubah atau menyusun kata kata dan seterusnya ayat dalam sebuah wacana atau karangan. Menurut Koh Boh Boon (1981:1), mengarang adalah satu proses melahirkan satu idea atau satu rangkaian idea dalambentuk tulisan secara tersusun dan logik. Dari segi kepanjangannya, ia boleh merupakan satu ayat, perenggan atau artikel panjang. Dari segi isi pula, ia meliputi surat kiriman, minit mesyuarat, nota ringkas, cerita, laporan, iklan dan lain- lain lagi.Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.(Smith, 1969)Penulisan juga merupakan alat atau medium untuk menyampaikan maklumat. Ianya merupakan aktiviti manusia yang melibatkan kemahiran, disiplin, minat, bakat dan kreativiti.Kamus Dewan menyatakan bahawa ianya adalah perihal atau kegiatan menulis (mengarang) dan hasil daripada menulis (mengarang). Amalan penulisan melibatkan kegiatan memikir, mengkaji, memilih, merakam dan menulis sekumpulan pengalaman hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan pemikiran seseorang pengkaryanya.Penulisan akan mencatatkan, merekodkan dan membolehkan bahasa itu dilihat dengan nyata.Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.Penulisan merupakan satu kemahiran yang penting dalam penguasaan bahasa. Sesuatu penulisan atau wacana tatabahasa didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau frasa dan ayat. Oleh itu, dalam pengajaran penulisan, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana kebolehan pelajar mengaplikasi dan menggunakan kemahiran bahasa yang telah dipelajari mengikut tahap pencapaian dan keintelektualan pelajar.Kemahiran menulis ini boleh diperoleh jika pelajar tahu cara-cara yang mudah untuk menulis. Pengetahuan mengenai teknik menulis ini boleh menjadi asas kepada mereka untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih baik menerusi tulisan. Sudah pasti mereka yang memiliki bakat menulis mempunyai kelebihan tetapi harus kita sedar bahawa bakat sahaja belum cukup untuk membawa kejayaan dalam aspek penulisan kerana ada pelbagai aspek lain yang turut mempengaruhi kejayaan pelajar dalam penulisannya. Antara aspek lain yang penting untuk memahirkan seseorang itu menulis ialah:(1) kemahiran untuk memikir secara kritikal sesuatu topik itu.(2) semangat yang tinggi untuk berlatih menulis(3) kesanggupan untuk melakukan kesilapan ketika menulis(4) membaca dengan meluasPengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan para pelajar, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar pelajar dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada para pelajar. Bagi pelajar pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian pelajar.Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman , pelajar-pelajar lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyanyian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.

ASAS PEMERENGGANAN

Pemerengganan merupakan suatu perkara yang paling penting dalam membina sesebuah karangan. Proses membina perenggan sama konsepnya dengan menulis sebuah karangan. Perenggan dapat dianggap sebagai inti karangan yang menyajikan satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling berhubungan. Perenggan sebenarnya satu karangan pendek.

Pernyataan TesisAyat tesis bermaksud idea inti dalam karangan dan menjadi asas pengembangan seluruh karangan. Terdapat hanya satu pernyataan tesis dalam sesebuah karangan. Pernyataan tesis biasanya menjadi penanda untuk membina tajuk yang sesuai bagi sesebuah karangan. Pernyataan tesis merupakan salah satu komponen ayat yang paling kuat idea intinya daripada keseluruhan ayat topik yang terdapat dalam sesebuah karangan. Hal ini bermakna hanya ayat topik terkuat dari segi idea intinya akan menjadi ayat tesis dalam sesebuah karangan.

Ayat TopikAyat topik merupakan isi atau gagasan utama yang menjadi tema seluruh perenggan. Ayat topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu topik itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi sokongan dalam sesuatu penulisan.

Ayat Penyangga UtamaAyat Penyangga Utama ialah ayat yang mengembangkan gagasan dalam ayat topik dan merujuk ayat topik secara langsung. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat sokongan utama. Ayat penyangga terbina dalam bentuk fakta-fakta, contohan, data-data atau huraian.

Ayat Penyangga KecilAyat Penyangga Kecil pula merupakan ayat yang menyediakan keterangan lanjut tentang ayat topik dan merujuk penyangga utama secara langsung. Ayat penyangga kecil dapat dibina menerusi huraian lanjut data data, fakta fakta, contohan yang bertujuan mengukuhkan penjelasan dalam ayat penyangga utama.

Ayat KesimpulanAyat Kesimpulan ialah ayat akhir yang menutup perenggan sebelum beralih ke perenggan seterusnya. Walau bagaimanapun, ayat kesimpulan tidak bersifat tetap pada setiap perenggan. Kewujudannya bergantung kepada keperluan dan keutuhan wacana pada ayat topik dan ayat penyangga utama. Apa yang pasti, ayat kesimpulan wajar ditulis dalam perenggan terakhir sesebuah karangan.

PENGGUNAAN KAEDAH3.1 KAEDAH DALAM PENDAHULUANPendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan.1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dengan menyentuh sesuatu perkara yang ada kaitannya dengan tajuk karangan secara umum.2. Pendahuluan yang baik ialah yang dapat menarik minat pembaca serta mendorongnya untuk terus membaca.Terdapat beberapa jenis pendahuluan. Di antaranya ialah : Pendahuluan jenis definisi.Pendahuluan jenis ini meminta kita memberikan takrif, makna atau definisi tentang sesuatu tajuk yang dikemukakan. Pendahuluan jenis pendapat.Pendahuluan jenis ini membolehkan anda memuatkan pendapat seseorang tokoh atau pendapat masyarakat umum tentang sesuatu isu. Pendahuluan jenis peribahasa.Pendahuluan jenis ini meminta kita memanfaatkan sekurang-kurangnya satu atau lebih peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai dengan kehendak soalan. Pendahuluan jenis suasana.Pendahuluan jenis ini meminta kita menggunakan kebijaksanaan bagi menggambarkan sesuatu tajuk melalui suasana dan gambaran yang sesuai serta nyata. Pendahuluan jenis persoalan.Untuk menulis pendahuluan jenis ini, kita perlu mengemukakan beberapa ayat tanya sama ada berjawab atau tidak yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Pendahuluan jenis sejarahJika kita memilih pendahuluan jenis ini, sewajarnya kita dapat mengaitkan tajuk tersebut dengan sejarah silam yang tepat.Secara umumnya, dalam perenggan pendahuluan atau pengenalan sesebuah karangan, pelajar hendaklah menulis dua jenis ayat, iaitu: a. Ayat rangsangan b. Ayat arahan Ayat rangsangan ialah ayat yang merangsang pembaca untuk membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan sesuatu kesan kepada pembaca seperti "membimbangkan ..." "menakutkan ...", atau "mendatangkan masalah ...". Ayat-ayat pengenalan yang tidak merangsangkan pembaca akan menyebabkan karangan itu bersifat biasa dan tidak dapat menarik perhatian pembaca. Ayat arahan pula bermaksud ayat-ayat yang menjawab kata kunci karangan. Ayat-ayat ini akan menarik perhatian pembaca tentang isi yang akan dibicarakan. Kebiasaannya, ayat-ayat seperti ini terdapat pada bahagian atau ayat terakhir dalam sesuatu pendahuluan atau pengenalan karangan.

3.2 KAEDAH DALAM PERENGGAN ISIDalam sesuatu perenggan, isi sesuatu penulisan perlu terdiri daripada isi pokok, huraian isi, dan bukti atau contoh.

Komponen perenggan isi: Perenggan Isi

Satu isi dalam satu perengganJelas dan tepat

Huaraian isi

Bukti / ContohIsi pokok

Penulisan ialah himpunan perenggan yang dibentuk dengan menggunakan ayat yang sempurna dari segi makna dan tatabahasa. Ayat pula dibentuk untuk mengembangkan isi. Dalam membentuk sesebuah perenggan, sebaik-baiknya setiap perenggan mempunyai satu isi sahaja. Jangan mencampuradukkan beberapa fakta dalam satu perenggan. Setiap perenggan yang lengkap mesti disertakan isi penting, huraian, dan contoh yang sesuai. Terdapat tiga jenis perenggan bagi membina isi, iaitu : Perenggan deduktif Perenggan induktif Perenggan gabungan deduktif dan induktif

Perenggan DeduktifPerenggan deduktif bermula dengan pernyataan umum dan menuju kepada pernyataan khusus iaitu perenggan dimulakan dengan ayat topik kemudian ayat ayat penyangga yang menyokong isi atau idea sokongan sama ada berbentuk penjelasan ataupun pembuktian. Perenggan jenis ini mendahulukan isi penting, kemudian diikuti oleh huraian isi dan contoh. Sila lihat gambar rajah di bawah.

Isi pentingHuraianContoh

Perenggan InduktifBerbeza dengan perenggan deduktif, perenggan induktif bermula dengan idea-idea sokongan,iaitu hal-hal khusus, kemudian diakhiri dengan pernyataan umum. Dalam perenggan ini, ayat topik terletak pada bahagian akhir perenggan.Perenggan ini mesti mendahulukan huraian isi, seterusnya diikuti oleh contoh-contoh dan isi penting pada akhir perenggan. Perhatikan gambar rajah di bawah. Huraian isiContohIsi penting

Perenggan Gabungan Deduktif Dan InduktifCorak binaan perenggan ini pula, merupakan gabungan deduktif induktif yang mengemukakan ayat topik pada awal dan akhir perenggan, manakala ditengahnya dikemukakan idea idea ayat penyangga.Kaedah ini pula membenarkan isi penting wujud pada awal dan akhir perenggan. Huraian dan contoh-contoh wujud di antara kedua-dua isi penting itu. Lihat gambar rajah di bawah.Isi pentingHuraian IsiContohIsi penting

3.3 KAEDAH DALAM PENUTUPPerenggan penutup penting dalam penulisan karangan kerana penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat dan hujah-hujah yang telah dikemukakan, di samping mempertahankan pendirian. Dengan perenggan penutup, pastikan para pelajar tidak mengulangi isu-isu yang telah dikemukakan. Gunakanlah penanda wacana yang sesuai. Antara aspek yang perlu diperjelas dalam perenggan penutup ialah :

STRATEGI PEMERENGGANAN

Konsep PemerenggananMaksud pemerengganan ialah usaha untuk menghasilkan komposisi sebuah karangan yang mantap melalui binaan perenggan perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian bahagian yang lengkap dalam perenggan Berjaya diwujudkan. Bahagian bahagian itu berlainan antara perenggan pendahuluan, isi dan penutup. Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perengan yang bermutu ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami.

Maksud PerengganKamus Dewan (1994), mentakrifkan perenggan sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris dan pragraf. Perenggan juga didefinisikan sebagai binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan satu idea secara tuntas. Selain itu, sebuah perenggan yang berkesan ialah perenggan yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Fungsi PerengganPerenggan memberikan kerehatan kepada pembaca setelah mengalami satu pemikiran dari bacaan tersebut. Ia juga menjelaskan tentang fakta yang ada dalam perenggan tersebut dan memfokuskan satu idea dalam satu perenggan. Selain itu, perenggan juga merupakan sekumpulan unit idea dan disusun mengikut jalinan idea tersebut. Manakala, struktur dalam perenggan mesti ada ayat topik,isi atau hujahan dan kesimpulan.

4.0PROSES PENULISAN DAN CONTOH4.1 CONTOH PEMBINAAN PENDAHULUANa)Pendahuluan jenis definisiTajuk : Pencemaran alamSkop :Usaha-usaha mengawal pencemaran alamPencemaran alam dapat didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila alam sekeliling tercemar atau kotor,iaitu dipenuhi dengan sampah sarap, asap, debu, buangan sisa toksik dan sebagainya. Pencemaran alam yang berlaku di negara ini dapat dikelaskan kepada pencemaran udara, pencemaran air,pencemaran bunyi dan pencemaran kawasan sekitar.Fenomena ini berlaku mungkin secara sengaja atau tidak sengaja. Di samping itu, kita mendapati bahawa pencemaran di negara ini semakin serius akibat pembangunan yang begitu pesat sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil dan dilaksanakan utuk mengawal pencemaran alam supaya tidak menjejaskan kesihatan rakyat dan mendatangkan pelbagai kesan buruk.

b)Pendahuluan jenis pendapat Tajuk:Budaya membaca dalam kalangan rakyat MalaysiaSkop:Faktor-faktor yang menyebabkan tidak ada budaya membacaMantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa rakyat Malaysia kurang minat membaca dalam bahasa Melayu. Tabiat kurang membaca ini ternyata benar berdasarkan statistik, setiap rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setiap tahun secara purata. Beliau berpendapat bahawa perkembangan media elektronik seperti telivisyen, radio, komputer dan internet yang semakin canggih telah menyebabkan masyarakat kita semakin ketara tidak berminat untuk membaca.Oleh yang demikian, faktor-faktor yang menyebabkan budaya membaca kurang diminati oleh rakyat Malaysia perlu di kenal pasti dengan segera.

c)Pendahuluan jenis persoalanTajuk:SukanSkop:Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negaraSukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti kecergasan yang dapat mengisi masa lapang dan menjaga kesihatan badan seseorang individu. Seseorang yang menjalankan aktiviti sukan bukan sahaja meningkatkan kesihatan badan dari segi fizikal bahkan dari segi mental. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri telah berusaha untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini, terutamanya dalam pertandingan peringkat antarabangsa dengan mengadakan pelbagai program. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita telah menjadi tuan rumah acara sukan peringkat antarabangsa. Kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 pada tahun 1998 telah mengangkat martabat negara dan pemimpinnya. Malaysia berjaya menggondol sepuluh pingat emas dalam SUKOM 1998. Persoalannya,apakah langkah-langkah yang wajar untuk meningkatkan mutu sukan negara kita? 4.2 CONTOH PEMBINAAN PERENGGAN ISIa) Perenggan DeduktifTajuk: Kepentingan Semangat PatriotikIsi penting: Dari segi sejarahHuraian: Semangat patriotik telah membangkitkan perasaan rakyat untuk berjuang menentang penjajah sehingga mencapai kemerdekaan.Contoh: Keadaan ini dapat dilihat melalui dua peristiwa penting, iaitu perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946 dan gabungan tiga buah parti berbilang kaum; UMNO, MCA dan MIC. Tujuan utama parti ini ditubuhkan adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.Dari segi sejarah, semangat patriotik telah membangkitkan perasaan rakyat untuk berjuang menentang penjajah sehingga mencapai kemerdekaan. Keadaan ini dapat dilihat melalui dua peristiwa penting, iaitu perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946 dan gabungan tiga buah parti berbilang kaum; UMNO, MCA dan MIC. Tujuan utama parti ini ditubuhkan adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.

b) Perenggan InduktifTajuk : Membantu Warga TuaHuraian: Kerajaan haruslah menyediakan pelbagai jenis kemudahan yang diperlukan oleh warga tua supaya golongan ini tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan giliran, perkhidmatan, dan pengangkutan untuk pergi ke suatu destinasi dengan selamat.Contoh: Contohnya, perpustakaan, klinik bagi kemudahan perubatan dan rawatan, perkhidmatan pengangkutan awam, dan sebagainya.Isi penting: Untuk mencapai matlamat ini, generasi muda seharusnya mempergiat usaha-usaha untuk membantu warga tua supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Kerajaan haruslah menyediakan pelbagai jenis kemudahan yang diperlukan oleh warga tua supaya golongan ini tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan giliran, perkhidmatan, dan pengangkutan untuk pergi ke suatu destinasi dengan selamat. Contohnya, perpustakaan, klinik bagi kemudahan perubatan dan rawatan, perkhidmatan pengangkutan awam, dan sebagainya. Untuk mencapai matlamat ini, generasi muda seharusnya mempergiat usaha-usaha untuk membantu warga tua supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa.

c) Perenggan Gabungan Deduktif Dan InduktifTajuk: Gaji Sewajarnya Berdasarkan Kualiti Kerja Isi penting: Sewajarnya, pembayaran gaji pada zaman ini mestilah berlandaskan kualiti kerja seseorang pekerja. Huraian: Sistem ini dapat membina perasaan kesetiaan dan menguatkan ketaatan para pekerja terhadap majikan. Dengan itu, kekangan-kekangan hebat dapat diatasi. Contoh: Umpamanya, perpindahan pekerja dari sebuah syarikat ke sebuah syarikat yang lain atau daripada sektor awam kepada sektor swasta dapat dikurangkan. Selain itu, keharmonian dapat diwujudkan dan daya komunikasi serta hubungan antara pekerja dengan majikan dapat dijalinkan dengan lebih baik. Isi penting: Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa pembayaran gaji, bonus, dan imbuhan-imbuhan lain kepada pekerja mestilah berteraskan mutu perkhidmatan mereka.Sewajarnya, pembayaran gaji pada zaman ini mestilah berlandaskan kualiti kerja seseorang pekerja. Sistem ini dapat membina perasaan kesetiaan dan menguatkan ketaatan para pekerja terhadap majikan. Dengan itu, kekangan-kekangan hebat dapat diatasi. Umpamanya, perpindahan pekerja dari sebuah syarikat ke sebuah syarikat yang lain atau daripada sektor awam kepada sektor swasta dapat dikurangkan. Selain itu, keharmonian dapat diwujudkan dan daya komunikasi serta hubungan antara pekerja dengan majikan dapat dijalinkan dengan lebih baik. Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa pembayaran gaji, bonus, dan imbuhan-imbuhan lain kepada pekerja mestilah berteraskan mutu perkhidmatan mereka.

4.3 CONTOH PEMBINAAN PENUTUP Sesebuah penulisan itu dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan. Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan. Kita haruslah berhati-hati apabila menulis perenggan penutup kerana sikap dan pandangan kita terhadap tajuk dapat dibayangkan. Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada di dalam sesebuah penutup. Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan. Gunakan penanda wacana yang sesuai Menetapkan pendirian penulis Kemukakan harapan atau seruan penulisContoh Perenggan PenutupContoh 1A1Kesimpulan/rumusanA2Cadangan/sarananA3Harapan/seruanA4Pendirian penulisA5PeribahasaKesimpulannya, berjimat cermat dan menabung perlu dijadikan amalan dalam kehidupan kita untuk menjamin kecemerlangan hidup pada masa hadapan.Untuk itu, kita hendaklah menanam rasa keinsafan, terutama dalam kalangan generasi muda agar mereka mula berjimat cermat dan menabung semasa muda.Budaya menabung akan melahirkan masyarakat yang tidak boros dan sentiasa merancang masa hadapan mereka. Saya berpendapat bahawa berjimat cermat merupakan alternatif yang paling bijak dalam membantu diri kita agar berbelanja secara berhemat. Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis dan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Contoh 2A1Kesimpulan/rumusanA2Cadangan/sarananA3PeribahasaA4Pendirian penulisA5Harapan/seruan PeribahasaKesimpulannya, daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa tabiat merokok merupakan penyakit sosial yang semakin menular dalam masyarakat kita, terutamanya di kalangan remaja. Pelbagai pendekatan dan strategi telah pun dijalankan untuk meminimumkan bilangan perokok di kalangan remaja. Namun, semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan usaha ini, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walau bagaimanapun, remaja haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengikis tabiat yang tidak berfaedah ini. Dengan ini, impian untuk melahirkan generasi baharu yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan negara akan tercapai.

5.0FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG PENTING DI DALAM PENULISAN BERFORMAT

5.1 UNSUR-UNSUR LAIN YANG PENTINGKebanyakan pelajar, khususnya golongan pelajar yang lemah, tidak menitikberatkan hal-hal teknikal dan unsur tatabahasa tertentu. Selain teknik menulis, hal-hal ini juga sangat perlu diberikan perhatian untuk menghasilkan penulisan yang berkesan. 5.2 MEMATUHI JENIS PENULISAN DAN FORMATSesetengah jenis penulisan memerlukan pendekatan yang berlainan. Penulisan berbentuk perbincangan perlu diolah secara membincangkan sesuatu isu, seperti tajuk contoh di atas, berbeza dengan karangan berbentuk cerita atau pengalaman. Manakala karangan yang berformat surat kiriman, syarahan, ceramah, perbahasan, wawancara dan seumpamanya perlu mematuhi format yang telah ditetapkan.

5.3 BAHASA YANG BERKESAN Bahasa yang tidak berkesan akan melemahkan penulisan walaupun mempunyai isi yang kuat. Unsur utama bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah pembinaan ayat serta pemilihan frasa dan perkataan yang sesuai. Sebaik-baiknya penulisan dibina dengan ayat yang pelbagai jenis atau struktur, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, ayat songsang, ayat biasa, ayat aktif, ayat pasif dan ayat-ayat lain yang sesuai. Frasa yang dibina perlu mengikut Hukum D-M. Manakala perkataan yang dipilih perlu tepat atau jelas untuk menggambarkan sesuatu, misalnya perlu dibezakan di antara ramai dengan banyak. Imbuhan juga harus digunakan dengan berhati-hati supaya sesuai dengan kata dasar dan maksud yang ingin disampaikan.

5.4 EJAAN DAN TANDA BACA Didapati kebanyakan pelajar mengabaikan aspek ini. Ejaan perlu diberikan perhatian kerana setiap kesalahan ejaan akan dipotong setengah markah sehingga tidak lebih daripada lima markah untuk keseluruhan karangan. Ini termasuklah penggunaan tanda sempang (-) pada kata ganda. Tetapi markah tidak dipotong untuk kesalahan berulang. Banyak pelajar yang tidak menggunakan tanda koma (,), malah tidak juga menurunkan tanda noktah (.) di akhir ayat. Didapati tanda-tanda bacaan yang lain seperti noktah bertindih (:), noktah berkoma (;), dan sempang (-) pula tidak dipedulikan langsung. Tanda-tanda ini jika digunakan di tempat yang tidak sesuai akan menyebabkan ayat yang dibina membawa maksud yang lain, atau salah sama sekali. Jelasnya, menulis sesebuah penulisan seperti kegiatan lain juga bukanlah kerja yang rumit sekiranya kita memiliki tekniknya. Teknik penulisan boleh diubah suai mengikut kemampuan diri sendiri. Pelajar perlu membiasakan diri dengan teknik tersebut. Pembiasaan boleh dilakukan dengan sentiasa mempraktikkannya, iaitu dengan cara rajin menulis karangan.

KESIMPULANKesimpulannya, perlu ditegaskan bahawa pelajar perlu menguasai aspek penulisan karangan. Isi yang cukup jika diadun dengan penulisan yang baik, sudah tentu akan membantu pelajar mendapat markah yang baik. Oleh hal yang demikian, penguasaan bahasa yang baik, pengolahan ayat yang menarik, penggunaan penanda wacana yang betul, penghuraian dan hujah yang berkesan, serta kesalahan bahasa yang minimum, sudah tentu akan membantu pelajar menghasilkan markah yang baik. Tegasnya, pelajar perlu mempunyai pengetahuandan teknik yang berkesan untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang. (2811 perkataan)

BIBLIOGRAFI

Azizul Rahman Abdul Rahman, Samian Sawiyo, Najihah Hj Ahmad & Alshaa Rani Ab Wahab,2008. Focus Super Hot SPM Karangan, Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.Charles Ng Hon Yen & Shamsudin Othman, 2005. Bahasa Melayu SPM, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Dr Adenan Ayob, 2010. HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Selangor : OUMSulaiman Masri, 2003. Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis), Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn Bhdhttp://arifbahasamelayu.blogspot.com/2009_03_01_archive.htmlhttp://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009/10/kuliah-1-pengenalan-penulisan-ilmiah.html