seni dlm pendidikan (nota)

7
(a) Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzikdan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: (i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. (ii) Memupuk Nilai Kerjasama Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. (iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Upload: jaridah-othman

Post on 25-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

(a)Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni DalamPendidikanMengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzikdan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.(ii) Memupuk Nilai KerjasamaSecara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang AsasApabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompokdan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhimelalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkanaktiviti yang menarik.Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasadalam proses pengajaran dan pembelajaran.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkansebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belumdiketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namunbegitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalamanmeneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankandengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Muridyang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasanakeriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalammenghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diriyang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek inimempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akanmemperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajukyang diajar(b)TIGA (3) contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalampendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.(i)Matapelajaran:Bahasa Melayu (Tahun 2)Tajuk:Mari BertaniPengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:1) Muzik:Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun2) Pergerakan:Membuat gaya membanting padi, merumput danmenyemai.3) Seni Visual:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertanidengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk menyanyikan lagu Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramaisambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakandalam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajarDalam tajuk Bahagian-bahagian Pokok, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan aktiviti Seni Visual iaitu melukis, mewarna danmenamakan bahagian-bahagian pokok. Melalui aktiviti mewarna pula, muriddapat mengekspresi perasaan seperti gembira, marah dan sebagainya melaluiwarna yang digunakan. Integrasi dalam tajuk ini juga dapat meningkatkan lagipemahaman dan pengekalan ingatan isi tajuk yang diajar ke dalam minda pelajardengan melukis, mewarna dan menamakan bahagian pokok-pokok yang dilukis.Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini denganmeminta pelajar membuat bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin yangbertiup daun gugur dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsungmurid dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-bunyitersebut dan meniru bunyi-bunyi tersebut.Di dalam tajuk ini juga, guru menggunakan pendekatan eksplisit denganmenerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar yang diselitkan dalam tajuk yangdiajar. Guru akan memasukkan contoh-contoh keadaan semasa bagimenggalakkan murid-murid berfikir tentang kesan-kesan yang akan berlaku jikamanusia tidak menjaga alam sekitar

dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharianmereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik, pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran danpembelajaran?Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk Kasih Ibu Bapa ini, gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan tajuk tersebut.Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku TeksPendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalamtajuk Kasih Ibu Bapa dan kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak denganlebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan muridtersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD Audio untuk memainkan lagu Ayah Ibu. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996). Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika, kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika belum pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk melukis gambar keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkatperkembangan untuk merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guruakan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan denganadanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.KESIMPULANKonsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunaninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmupengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni dilakukansecara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehikemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yangdikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhanserta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satukerangka ilmu