seni dalam pendidikan waj3107 soalan berstruktur dgn jawapan

11
Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 1) TEORI KECERDASAN PELBAGAI Diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk “ seven ways of knowing, perceiving and understanding life”, beliau membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini. Dirumuskan sebagai : Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecerdasan ialah verbal linguistik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. 2) BIDANG-BIDANG DALAM SENI VISUAL 1.Melukis dan Membuat Gambar Penekanan aspek melukis menggunakan pelbagai media dan teknik dari aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi supaya penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik. Kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Seterusnya membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan keperluan fisiologi serta psikologi pelajar. 2. Membuat Rekaan dan Corak Murid berpeluang memahami pelbagai cara menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan boleh dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak boleh didapati daripada: (i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan. (ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting. (iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat. (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. (v) Jenis Susunan Corak:- Penuh, Turun satu suku, Turun tiga suku, Turun separa, Sisik ikan, Selang seli, Tampak dan dan Tampak catur, Siku keluang, Pucuk rebung, Orgee, Batu bata, Tunggal, Berpusat, Sendeng, Berombak, Jidar, Berjalur, Cerminan. 3. Membentuk dan Membuat Binaan Menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Pelajar memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Pelajar berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Tema dan Subjek (i) Alam semulajadi. (ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis. (iii) Aliran dan tema sejagat. (iv) Keperluan dan pengalaman harian. 4. Kraf Tradisional 1

Upload: ryan-tan

Post on 11-Aug-2015

1.225 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

Seni Dalam Pendidikan WAJ31071) TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk “ seven ways of knowing, perceiving and understanding life”, beliau membuat kajian terhadap

pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.

Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini. Dirumuskan sebagai : Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu

budaya. Jenis-jenis kecerdasan ialah verbal linguistik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal,

intrapersonal dan naturalis. 2) BIDANG-BIDANG DALAM SENI VISUAL1.Melukis dan Membuat Gambar Penekanan aspek melukis menggunakan pelbagai media dan teknik dari aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi supaya penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik. Kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Seterusnya membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan keperluan fisiologi serta psikologi pelajar.2. Membuat Rekaan dan Corak Murid berpeluang memahami pelbagai cara menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan boleh dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.Corak boleh didapati daripada:(i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.(ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting.(iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.(iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.(v) Jenis Susunan Corak:-Penuh, Turun satu suku, Turun tiga suku, Turun separa, Sisik ikan, Selang seli, Tampak dan dan Tampak catur, Siku keluang, Pucuk rebung, Orgee, Batu bata, Tunggal, Berpusat, Sendeng, Berombak, Jidar, Berjalur, Cerminan.3. Membentuk dan Membuat BinaanMenegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Pelajar memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Pelajar berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.Tema dan Subjek(i) Alam semulajadi.(ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis.(iii) Aliran dan tema sejagat.(iv) Keperluan dan pengalaman harian.4. Kraf TradisionalDidefinasikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-temurun mengikut kaum masing-masing.

3) UNSUR SENI1. Garisan- Cantuman dari satu siri titik.- Berbentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag.- Unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar.- Melukis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.- Teknik garisan:- teknik koyakan, teknik tampalan, teknik kolaj, teknik gosokan, teknik cetakan, teknik capan.

2. Warna- Terdapat 3 jenis warna iaitu:a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)

1

Page 2: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)

- Terdapat 2 suhu warna iaitu:a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

3. Jalinan- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda

- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:a- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.b- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto

4. Rupa- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:a- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.b- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, piramid, bulat dsb.

- Jenis-jenis rupa:(i) Rupa positif dan negatif(ii) Rupa dan corak(iii) Rupa dan lambang(iv) Rupa dan muka taip

5. Bentuk- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:a- Bentuk ilusi (maya) – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.b- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)

6. Ruang- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkritb- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

4) PRINSIP REKAAN

2

Page 3: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual1. Harmoni- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai.- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang.- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna.- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.2. Penegasan- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan .3. Imbangan- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan4. Kontra- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan.- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.5. Irama dan Pergerakan- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb.- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan.- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb.6. Kesatuan- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan.- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa7. Kepelbagaian- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. 5) KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

1. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’. Gordon juga mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.2. Emile Jacques Dalcroze banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik. Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic merupakan pendekatan Dalcroze.3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik. Imitasi (Mengajuk Balik) – Perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan seperti aktiviti bertepuk tangan, petik jari dan sebagainya. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) – Membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri. Improvisasi- Belajar dari asas ton. Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton. Creation (Mencipta) - Penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.

3

Page 4: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

Literasi – Menulis dan membaca nota muzik.4. Zoltan Kodaly telah merancang satu program muzik secara berperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Beliau menekankan aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal. Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangan nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik). John Spencer Curwen dari England mencipta isyarat-isyarat tangan untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi).

5. Pendekatan Shinuci Suzuki pernah digelar “pendekatan bahasa ibunda”. Suzuki menamakan kaedahnya talent education atau “pendekatan bakat”. Pendekatan Suzuki melibatkan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu.

6) KONSEP MUZIKMuzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

7 KONSEP ASAS MUZIK Irama - Terbentuk daripada susunan bunyi. Melodi - Susunan pic sama ada menaik atau menurun atau mendatar. Harmoni - Kombinasi 2 atau lebih not yang berbunyi serentak. Tekstur - Jalinan lapisan suara dalam lagu sama ada tebal atau nipis suara atau bunyi dalam gubahan. Warna Ton - Karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi. Bentuk - Seksyen atau bahagian lagu. Lagu biasanya mempunyai intro, koros, rangkai. Bahagian akhir dinamakan koda. Ekspresi - Penyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan dalam sesebuah lagu. Dapat disampaikan melalui mud dan dinamik.

7) PERGERAKAN ASAS

Terbahagi kepada 3 iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif.

LOKOMOTORBUKAN LOKOMOTOR(KESTABILAN)

MANIPULATIF

Pergerakan yanag memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain atau dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.Contoh:-- Berjalan- Berlari- Meloncat- Melompat

Pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan.Contoh:-- Membongkok- Meregang- Berpusing- Merebah

Kemahiran yang memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,menangani atau mengawasi sesuatu objek.Contoh:-- Membaling- Memukul- Menyambut- Menggelecek

8) UNSUR PERGERAKAN ( TUBUH BADAN , RUANG , MASA, DAN DAYA)Pergerakan kreatif bolehkan pelajar rasa bebas untuk bergerak dan meluahkan perasaan. Objektif : 1. Kebebasan untuk menggerakkan anggota badan.2. Pengalaman untuk luah perasaan , masa, beban, idea.

4

Page 5: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

3. Tingkatkan tahap kesediaan. Kembangkan otot kasar dan halus. 4. Tingkat tahap interpretasi ritma dan koordinasi anggota badan.

9) Pendekatan Bertema

9.1 Pendekatan bertema Digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di sekitar konsep atau tema. Guru - sebagai alat untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Pelajar - meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.

9.1.1 Pemilihan dan Penentuan Tema Memilih tema merupakan langkah yang penting. Pemilihan tema yang betul dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Pemilihan tema mesti : i. Berasaskan konsep ii. Berasaskan kemahiran iii. Berasaskan kandungan dan kemahiran iv. Berfokus kepada isu v. Berfokus kepada projek vi. Berorientasikan kajian kes

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih tema : Boleh merentas semua matapelajaran Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber Guru berminat terhadap tema yang dipilih Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar

9.1.2 Kelebihan, Kekuatan dan Isu / CabaranKelebihan Pendekatan bertema -Mewujudkan suasana yang seronok dan kondusif dalam P & P.-Menyemai daya imaginasi melalui penerokaan. -Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti.-Dapat menghadapi cabaran.-Dapat membuat pilihan yang sesuai dalam kehidupan.-Memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal. -Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan.-Membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

Kekuatan Pendekatan bertema- Berpeluang meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal.- Persembahan akan menjadi lebih menarik dan kreatif.- Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan.- Berpeluang menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru.- Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.- Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

Isu / Cabaran - Kecekapan guru dalam pelbagai bidang mata pelajaran.- Membentuk jaringan ahli dalam kumpulan.- Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza.- Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas.- Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.

9.2 Penghubungkaitan tema dengan mata pelajaran-Pengurusan P&P melalui tema dipilih bersesuaian masa, tempat, minat dan latar belakang murid. -Tema sebagai bahan untuk menguasai kemahiran seperti membaca , menulis, asas Matematik, berfikir, emosi, sosial, bertutur dan meluaskan pengetahuan.

9.2.1 Bagaimana memilih tema yang sesuai : Apakah konsep yang penting pada tema yang dipilih? Apakah hasil pembelajaran yang ada pada setiap sukatan? Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?

5

Page 6: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

Bagaimanakah aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir? Adakah tema menarik dan sesuai kepada pelajar? Adakah bahan-bahan sumber mencukupi?

Cara menjalankan Pendekatan Bertema : Aktiviti K-W-L

- K (Know) -- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?- W (Want)-- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?- L (Learn)-- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

Dapatkan seorang pembentang untuk bercakap Memulakan unit dengan membacakan sebuah cerita. Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video. Mainkan sebuah rakaman atau kaset. Dedahkan pelajar kepada puisi. Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian. Bawa bahan bantu mengajar.

9.2.2 Tema dengan Kemahiran Tema yang dipilih = tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran 3M pelajar (membaca, menulis dan mengira). Kemahiran - Tunjang falsafah pendidikan negara - Memperkembangkan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi JERIS.

9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Mengggunakan Pendekatan Bertema

9.3 Jenis-jenis tematema persekitaran, tema masyarakat dan tema komunikasi.

9.3.1 Tema persekitaran -Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas kanak-kanak bermain.-Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan 3 elemen persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup Alam semula jadi - tempat dan habitat semua hidupan tinggal dan berinteraksi dalam ekosistem yang seimbang. Buatan manusia - perubahan persekitaran akibat aktiviti manusia seperti penerokaan hutan, tapak pembinaan, perumahan. Teknologi - Membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. - Melahirkan dunia tanpa sempadan / konsep globalisasi.

Contoh pelajaran sains yang mengintegrasikan aktiviti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok Tema persekitaran : Hutan Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

Pergerakan: (a) cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup

6

Page 7: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

(b) memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza : tinggi, rendah, berterbangan Muzik:(a) bunyi yang kuat – pokok tumbang (b) bunyi yang lembut – daun gugur, angin bertiup Seni visual:(a) mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira atau marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

9.3.2 Tema Masyarakat Penekanan terhadap manusia, masyarakat dan budaya.

Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat

Mengembangkan daya kognitif, efektif dan psikomotor. Membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan. Mengaplikasi kemahiran untuk mengembangkan pengetahuan muzik, seni dan pergerakan. Memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan insan. Memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai murni diri dan orang lain. Memahami bahawa kesenian budaya dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. Pengetahuan budaya dan sejarah membantu dalam menyesuaikan diri secara berkesan.

Menggabungkan tema masyarakat dengan mata pelajaran lain

Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai tujuan utama. Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu supaya pelajar dapat menguasai pelbagai konsep dan kemahiran. Menggabungkan pembelajaran merentasi disiplin dan tindak balas pengalaman Contoh aktiviti:

Pohon Keluarga -- Gambar rajah yang membentuk persembahan grafik yang dapat memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dengan ringkas dan mudah difahami.

9.3.3 Tema Komunikasi perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. konteks komunikasi mengandungi 4 dimensi: fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Fizikal -persekitaran yang nyata berlakunya komunikasi seperti di dalam bilik, ruang legar, taman dan lain-lain.Budaya -peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah menerusi keturunan generasi.Sosial -hubungan status dalam kalangan peserta, peranan manusia dan peraturan budaya masyarakat. Temporal-masa dan tarikh serta silam semasa komunikasi telah berlaku.

Pelbagai bentuk mesej komunikasi:

(a) Melalui orang atau kombinasi organ-organ deria (b) Komunikasi Verbal - bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.(c) Komunikasi Bukan Verbal- mengandungi pelbagai elemen : hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

Strategi Pengajaran-pembelajaran guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi ketika memerhati haiwan.

i. Seni visual – melukis haiwan pada kertas dan aplikasikan teknik kolaj pada lukisan.ii. Pergerakan – meniru perlakuan haiwan agar menerima pengukuhan dalam konsep perbezaan.iii. Sains dan pergerakan – dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang dilakukan oleh haiwan

yang berbeza: memanjat, merangkak, menyusur, berjalan perlahan dan melompat.iv. Muzik dan matematik – membuat pergerakan haiwan dengan iringan tempo daripada instrumen perkusi, murid

mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri. v. Matematik dan sains – kelaskan haiwan dengan tanda gundalan untuk menunjukkan bilangan haiwan yang

dikelaskan.vi. Matematik dan seni visual – lukiskan piktograf berdasarkan ciri-ciri fizikal haiwan.

10)KOMPONEN ASAS PERGERAKAN

7

Page 8: Seni Dalam Pendidikan WAJ3107 Soalan Berstruktur Dgn Jawapan

1. IMBANGAN BADAN Tenaga untuk bergerak. Bahagian bawah badan - kekuatan Bahagian atas badan - keringanan 2.MASA Pergerakan cepat, guna masa sedikit. Pergerakan lambat,guna masa banyak. Kederasan (had laju) pergerakan tak semestinya berterusan. Kederasan boleh dijadikan rentak, degupan, atau denyutan. 3. RUANG Lingkungan pergerakan umum (general space) atau lingkungan pergerakan kendiri (personal space) Aras: tinggi, sederhana dan rendah Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah. 4. ALIRANPergerakan secara bebas atau pergerakan secara terkawal.

11) KEMAHIRAN MUZIKAL1. Kemahiran Muzikal Nyanyian Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut: o postur

o pernafasan

o sebutan

o artikulasi

o ekspresi

o penghasilan ton (register)

o rangkaian (phrasing)

Membina kemahiran menyanyi o Kemahiran Individu menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan menyanyi serta-merta mengikut skor muzik o Kemahiran Ensembel menyanyi dalam ensembel vokal secara senada (unison) menyanyi secara ensembel vokal secara berharmoni dalam lapisan suara (soprano, alto dan tenor) Mendengar secara aktif dan selektif

2. Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan Bergembira bergerak dengan muzik. Melibatkan diri secara aktif. Mendengar secara aktif dan selektif. Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan. Memahami konsep muzik melalui pergerakan. Mengenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan dengan muzik. Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan. Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

3. Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik Bergembira bermain alat muzik. Melibatkan diri secara aktif. Mendengar secara aktif dan selektif. Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal. Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat. Mengenali alat muzik tradisional. Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat permainan.

Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

8