seni bahasa dan tatabahasa kurikulum standard sekolah rendah

Upload: nurul-ain-farhana-sahari

Post on 19-Oct-2015

105 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

SENI BAHASA DAN TATABAHASA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

SENI BAHASA DAN TATABAHASA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHNURUL AIN FARHANA BINTI SAHARI5 PISMP RBT1KONSEP ASPEK SENI BAHASA Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa melayu.Keindahan bahasan yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASASTANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASAStandard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.Standard kandungan4.1 menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian didik hibur.4.1.1 menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur4.1.2 menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu.Dalam strategi pengajaran pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

Simile Perumpamaan yang jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu orang dan sebagainya.Contoh : bodoh macam lembukurus macam lidiPersonifikasiPemberian (penyerapan) sifat-sifat menusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni.Contoh : Angin rindu datang menyapaDengan simpulan kenanganRUMUSANAspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam Kurikulum Standard Bahasa Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur. Aspek ini bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melalui pelbagai kaedah pengajaran dan strategi. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibu dalam seni bahasa ini dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai dalam sastera atau seni.TATABAHASAMORFOLOGIBidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama.Sintaksis Bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat serta kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayatAspek sintaksisStandard kandunganStandard pembelajaran5.2 memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.5.1.1 memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.5.1.2 mehami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.5.1.3 memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam pelbagai konteks dengan betul.SEKIAN, TERIMA KASIH..