aspek seni bahasa dan tatabahasa dalam kssr (seni bahasa)

Upload: syahrin-nadzif

Post on 04-Mar-2016

1.784 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa dalam KSSR

Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa dalam KSSRAspek Seni BahasaKONSEPASPEK SENI BAHASA

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.

Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

OBJEKTIFASPEK SENI BAHASA

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i.menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur;ii.mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;

iii.mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan

iv.melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK SENI BAHASA

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat muriddan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu.Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran bagi 4.4 tidak diajar kepada murid-murid Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan

DIDIK HIBURSesuatu pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan atau menggirangkan hati.

SIMILEPerumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu orang, benda dan sebagainya.

Contoh;bodoh macam lembu kurus macam lidi

PERSONAFIKASIPemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni

NYANYIANMembaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai dengan murid.Nyanyian mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningkatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa.Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentangisi/kosa kata, menulis prosa, menceritakan semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa, gerakan badan dan mimik mukaBERCERITATeknik Bercerita Tanpa Alat Tumpuan kepada gaya penyampaian cerita menggunakan intonasi, nada, sebutan dan mimik sertaekspresi yang sesuai dengan cerita yang disampaikan.Teknik Bercerita Dengan Alat Bercerita menggunakan alat seperti topeng, pakaian, dan lain-lain alat/bahan yang dapat menyokong gambaran cerita semasa membuat persembahan.

Teater BerceritaPenyampaian cerita melalui watak yang terdapat dalam cerita yang telah dibaca, didengar atau dilihat dengan menggunakan (menggantung di leher) gambar tunggal watak tersebut semasa bercerita. Teater PembacaPenyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi watak-watak tertentu dalam sesebuah cerita.Aktiviti ini mengutamakan penggunakan suara,sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.PUISIkarya sastra hasil ungkapan pemikiran dan perasaan manusia yang bahasanya terikat oleh irama, matra, rima, penyusunan lirik dan bait, serta penuh dengan makna. Puisi mengutamakan bunyi, bentuk dan juga makna yang hendak disampaikan

PantunDua Kerat

Banyak udang banyak garam Banyak orang banyak ragam Sebab pulut santan binasa Sebab mulut badan binasaEmpat Kerat

Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali;Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.SYAIRManusia diberi akal dan nyawa, Mestilah bijak menggunakannnya, Agar menbangun segenap maya, Bersyukurlah kita kepada Yang Esa.

Harus bijak ketika membeli, Agar kita tidak menyesal nanti,Benda itu tak pernah lari,Ia akan terus mati.GURINDAMApabila banyak mencela orang, Itulah tanda dirinya kurang.

Dengan orang tua hendaknya hormat, Supaya badan dapat selamat.

Barang siapa mengenal akhirat, Tahulah ia dunia mudharat.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Ingatkan dirinya mati, Itulah asal berbuat bakti.SAJAKKEMBOJA DI CELAH BULANDia telah kembalimengusung segala keriuhan duniake pintu sunyi dengan jutaan mata bundarmemandang penuh kejapsaat dirinya pergi.

Jerit mereka - ini kemenangan untukkeamanan, pengusiran kedangkalan fikiransayap ababil meluncur laju membelahkedurjanaan insan tanpa kenal lelahdan kemaafan yang sukar ditelanmenikam hati sendiri.

Hari ini dia telah kembalibulan tetap bersinarwangi kemboja bergelintanganmembelah sunyi malam tanpakerdip bintang dan pada malam inimereka mampu tidur dengan lenasetelah sekian lama.

Setiap saat ketika hari baru bermulagema suara terus meluncurbagai titis hujan membasahiakal diri, mencelah kewajarankebinasaan akan terhenti saat dia kembalilaung mereka berulang kali.

SELOKAAduhai malang Pak kaduk,Ayamnya menang kampung tergadai,Ada nasi dicurahkan,Awak pulang kebuluran,Mudik menongkah surut,Hilir menongkah pasang,Ada isteri dibunuh,Nyaris mati oleh tak makan,Masa belayar kematian angin,Sauh dilabuh bayu berpuput,Ada rumah bertandang duduk,Aduhai malang Pak Kaduk