senarai kertas kerja yang dibentangkan di · pdf filesenarai kertas ringkasan yang...

19
SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010 1 / 19 BIL. MESYUARAT TARIKH MESYUARAT AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN 4/2010 17/08/2010 PEMBENTANG KERTAS MENGENAI RANCANGAN PEMBANGUNAN 1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/4/2010 Taklimat Pelan Induk KLIA dan Aeropolis City oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Jawatankuasa membuat pertimbangan:- i. UPEN, JPBD Selangor, Pejabat Tanah & Daerah Sepang dan MPSepang menubuhkan pasukan ‘task force’ yang akan memantau pelaksanaan pembangunan Pelan Induk KLIA dan memastikan kerjasama antara MAHB dengan Kerajaan Neger. 2. KERTAS JPN Sel. Bil.2/4/2010 Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Daerah Sepang Dan Program Publisiti Serta Penyertaan Awam Terhadapnya. Jawatankuasa membuat pertimbangan:- i. Bersetuju terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Draf RKK KLIA), Daerah Sepang yang disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); ii. Bersetuju supaya dijalankan Program Publisiti dan Penyertaan Awam mengikut peruntukan Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ); dan

Upload: nguyenkien

Post on 07-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

1 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4/2010 17/08/2010 PEMBENTANG KERTAS MENGENAI RANCANGAN PEMBANGUNAN

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/4/2010

Taklimat Pelan Induk KLIA dan Aeropolis City oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. UPEN, JPBD Selangor, Pejabat Tanah & Daerah Sepang dan MPSepang menubuhkan pasukan ‘task force’ yang akan memantau pelaksanaan pembangunan Pelan Induk KLIA dan memastikan kerjasama antara MAHB dengan Kerajaan Neger.

2. KERTAS JPN Sel. Bil.2/4/2010

Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Daerah Sepang Dan Program Publisiti Serta Penyertaan Awam Terhadapnya.

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. Bersetuju terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Draf RKK KLIA), Daerah Sepang yang disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);

ii. Bersetuju supaya dijalankan Program Publisiti dan Penyertaan Awam mengikut peruntukan Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ); dan

Page 2: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

2 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

iii. MPSepang dan MDKL perlu

mengambilkira keperluan penyediaan kawasan perumahan, kemudahan awam, kemudahan infrastruktur dan lain-lain berdasarkan pertambahan penduduk yang bakal dijana daripada pembangunan Pelan Induk KLIA di dalam Perancangan RKK KLIA ini dan kawasan Kuala Langat.

3. KERTAS JPN Sel. Bil.3/4/2010

Permohonan Kelulusan Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020 Dan Pewartaannya Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. Memperaku dan menerima keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020;

ii. Membuat pertimbangan dan keputusan terhadap isu - isu yang dibangkitkan seperti berikut :

a. No. Borang Bantahan 5

Tanah seluas 790.6 hektar di Serendah kekal dizonkan sebagai zon pertanian dan hutan;

b. No. Borang Bantahan 7

Lot 695, 696, 697 seluas 11.22 ekar dipinda daripada zon perumahan kepada zon

Page 3: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

3 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

perkuburan swasta/ Memorial

Park dan menyediakan 30% daripada kawasan perkuburan untuk tapak perkuburan harga murah;

c. No. Borang Bantahan 38

PT 2731, HS(D) 4101 Mukim Ulu Yam seluas 178.82 ekar kekal dizonkan sebagai zon hutan;

d. No. Borang Bantahan 41

Tapak seluas 463.57 ekar di Hulu Bernam kekal dizonkan sebagai zon perumahan;

e. No. Borang Bantahan A-2 Hingga A-13

Istilah tokong di dalam DRT Hulu Selangor 2020 dipinda kepada Rumah Ibadat (tokong/vihara/kuil/gereja/gudwara).

iii. Meluluskan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020;

iv. Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020 dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan pewartaan; dan

Page 4: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

4 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

v. Membatalkan pewartaan Rancangan

Tempatan terdahulu yang melibatkan Daerah Hulu Selangor iaitu Rancangan Tempatan Serendah – Hulu Yam yang telah diwartakan pada 21hb. Jun 2007 dengan No. Warta 1673.

4. KERTAS JPN Sel. Bil. 4/4/2010

Permohonan Kelulusan Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020 Dan Pewartaannya Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. Memperaku dan menerima keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020;

ii. Membuat pertimbangan dan keputusan terhadap isu-isu yang dibangkitkan seperti berikut :

a. No. Borang Bantahan 1-13

Rezab jalan sediada di Jalan Reko dikekalkan mengikut kelebaran asal 30m (100’) dan mengekalkan cadangan pembinaan jalan baru yang melalui dan melintasi Sg.Chua sepanjang 20km;

Page 5: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

5 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

b. No. Borang Bantahan 1-25

Menolak cadangan untuk mewartakan Lot 1268 sebagai tapak SRJK(T) Bangi dan zoning dikekalkan perumahan;

c. No. Borang Bantahan 1-26

Lot 6932 dizonkan sebagai zon perumahan dan Sekolah SJK(T)Bangi tidak boleh membangunkan lot ini untuk tujuan pembesaran sekolah;

d. No. Borang Bantahan 1-55, 1-71, 1-72 dan 1-73

Lot 1821 dipinda daripada untuk kegunaan tapak ‘transfer station’ kepada zon industri;

e. No. Borang Bantahan 1-67

Tapak zon penampan dikekalkan dan penduduk boleh menggunakan surau sediada iaitu Surau Al-Syakirin yang terletak dalam jarak 630 meter dari Surau Al-Hijrah Seksyen 6, Bandar Seri Putra;

Page 6: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

6 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

f. No. Borang Bantahan 2-10 dan 2-11

Lot 6101 dipinda daripada zon perumahan kepada zon perniagaan. Kajian penyuraian trafik perlu dijalankan bagi keseluruhan kawasan ini;

g. No. Borang Bantahan 2-14

Lot 810 dipinda daripada zon perumahan kepada zon perniagaan terhad;

h. No. Borang Bantahan 2-52, 2-53, 2-54, 2-55 dan 2-56

Lot 1001,1002,1004 dan 1005 dipinda daripada zon Taman Tempatan (Taman Rekreasi Awam) kepada zon perumahan. Walau bagaimanapun, MPKj hendaklah mengenakan syarat-syarat seperti berikut semasa pertimbangan kelulusan Kebenaran Merancang kelak iaitu:

Penyediaan 10% kawasan lapang dari keluasan tapak bagi pembangunan perumahan bertanah atau 1,000 penduduk/2

Page 7: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

7 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

hektar kawasan lapang bagi

pembangunan perumahan bertingkat;

Penyediaan balai polis seluas 1 hektar (2.5 ekar);

i. No. Borang Bantahan 2-52, 2-53, 2-54, 2-55 dan 2-56

Lot 997 dipinda daripada zon kemudahan awam (balai polis) kepada zon perumahan;

j. No. Borang Bantahan 2-7 dan 5-8

JPBD Sel. dan MPKj mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengenai penetapan kelebaran zon penampan 100m dan 300m bagi lot-lot yang bersempadanan dengan Taman Negeri Selangor;

k. No. Borang Bantahan 7-2 dan 7-26

Istilah tokong di dalam DRT Majlis Perbandaran Kajang 2020 dipinda kepada Rumah Ibadat (tokong/vihara/kuil/gereja/gudwara);

Page 8: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

8 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

iii. Meluluskan Draf Rancangan Tempatan

Majlis Perbandaran Kajang 2020;

iv. Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020 dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan pewartaan; dan

v. Membatalkan pewartaan rancangan tempatan terdahulu yang melibatkan kawasan Majlis Perbandaran Selayang seperti berikut:-

a. Rancangan Tempatan Kajang 1998-2010 yang telah diwarta pada 14hb Jun 2007 dengan No. Warta 1543.

b. Rancangan Tempatan Cheras 1997-2010 yang telah diwarta pada 14hb Jun 2007 dengan No. Warta1544.

c. Rancangan Tempatan Bangi – Semenyih – Beranang 1999-2010 yang telah diwarta pada 21hb Jun 2007 dengan No. Warta 1677.

Page 9: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

9 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI PENGAWALAN PERANCANGAN

5. KERTAS JPN Sel. Bil. 5/4/2010

Cadangan Pindaan Nisbah Plot, Bilangan Tingkat Dan Insentif Pelaksanaan ‘Green Building’ Bagi Pembangunan Perniagaan Yang Mengandungi 3 Blok Pejabat 40 Tingkat Dan 1 Blok Hotel 40 Tingkat Di Atas Podium Perniagaan 5 Tingkat Di Atas Lot No. PT 2925 Dan PT 4313, USJ 25, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Subang Residency Sdn. Bhd.

Jawatankuasa bersetuju:-

i. Bersetuju meluluskan permohonan pindaan nisbah plot daripada 1 : 4 kepada 1 : 5.9 ;

ii. Bersetuju meluluskan permohonan pertambahan bilangan tingkat tidak melebihi 30 tingkat kepada 45 tingkat ; dan

iii. Bersetuju supaya cadangan pemajuan ini melaksanakan perkara-perkara seperti berikut :

a. Pelaksanaan Amalan Perancangan Terbaik (Best Planning Practice) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil 3/2008 pada 20hb. November 2008 seperti berikut:

Penyediaan ’perimeter planting’ minima 10 kaki termasuk anjakan bangunan.

Nota : Sekiranya pihak pemaju bercadang untuk membangunkan pangsapuri perkhidmatan / SOHO di

Page 10: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

10 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

masa akan datang, pemakaian

sasaran 1,000 penduduk / 2 hektar kawasan lapang (boleh dilaksanakan melalui penyediaan taman atas bumbung, kemudahan di antara bangunan dan tingkat bawah dikosongkan untuk kegunaan komuniti) hendaklah digunapakai.

b. Mematuhi Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor bagi pembangunan perniagaan termasuk penyediaan Tempat Letak Kereta dan Motorsikal.

c. Mengenalpasti kaedah penyuraian trafik dan kos ditanggung oleh pemaju;

d. Memastikan proses pemindahan dua (2) buah kuil Hindu sediada ke lokasi yang dipersetujui oleh semua pihak terbabit dan segala kos akan ditanggung oleh pemaju;

e. Menyediakan akses yang berasingan bagi pembangunan Hotel, Pejabat dan Podium Perniagaan;

f. Mengaplikasikan kriteria-kriteria

Page 11: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

11 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

‘Green Building Index’ seperti

‘Energy Saving’, ’Water Efficiency System‘ di dalam rekabentuk pembangunan; dan

g. Mengambilkira keperluan kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU).

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI KEPUTUSAN/ ARAHAN/ MAKLUMAN

6. KERTAS JPN Sel. Bil. 6/4/2010

Permohonan Mewartakan Rizab Pantai Di Negeri Selangor.

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. Bersetuju terhadap perizapan kawasan pantai di Negeri Selangor seperti di para 4.0;

ii. JPS mengangkat permohonan ini ke Pihak Berkuasa Negeri untuk pewartaan rizab pantai di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 dengan kawalan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan diurus tadbir oleh JPS; dan

iii. JPS, JPBD, JAS, LUAS, semua Pejabat Tanah & Daerah dan semua PBT yang berkaitan hendaklah memperincikan zoning gunatanah dalam jarak 3 batu nautika ke laut dan 1 batu ke darat.

Page 12: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

12 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

7. KERTAS JPN Sel. Bil. 7/4/2010

Pemakluman Terhadap Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. Permohonan-permohonan dan keputusan yang telah dibincangkan dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JKTPKSAS) Negeri Selangor Bil. 2/2010 dan Bil. 3/2010; dan

ii. Pemakaian Opsyen 3 Tatacara Proses Permohonan untuk pertimbangan JKTPKSAS Negeri Selangor.

8. KERTAS JPN Sel. Bil. 8/4/2010

Pemakluman Keputusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Bagi Permohonan Di Bawah Subseksyen 22(2a) Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) : Kertas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pelan Induk Di Bukit Serai, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan TPPT Sdn. Bhd.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. MPS mempertimbangkan pemberian Kebenaran Merancang terhadap cadangan pembangunan tersebut dengan mengambilkira perkara-perkara berikut :

a. Mematuhi ulasan Jabatan-Jabatan Teknikal;

b. Mematuhi Keputusan JPNS Bil. 1/2010 bertarikh 22 Februari 2010;

Page 13: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

13 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

c. Mematuhi Keputusan Mesyuarat

MPFN Bil. 3/2010 bertarikh 13 Ogos 2010; dan

d. Mematuhi syarat-syarat lain yang ditentukan oleh pihak MPS.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Cadangan Garis Panduan Perancangan Bagi Pembangunan ‘Small Office Home Office’ (SOHO) Di Negeri Selangor.

Kertas Cadangan Garis Panduan Perancangan bagi Pembangunan ‘Small Office Home Office’ (SOHO) Di Negeri Selangor akan dibentangkan dalam Mesyuarat MMKN yang dijangka pada bulan Ogos 2010.

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.2 Cadangan Garis Panduan Perancangan Bagi Pangsapuri Perkhidmatan (Service Apartment) Di Negeri Selangor.

Kertas Cadangan Garis Panduan Perancangan Bagi Pangsapuri Perkhidmatan (Service Apartment) Di Negeri Selangor akan dibentangkan dalam Mesyuarat MMKN yang dijangka pada bulan Ogos 2010.

Perkara ini dipohon keluar minit.

Page 14: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

14 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.3 Penyediaan Kawasan Perumahan Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Kos Sederhana Secara Berintegrasi Dengan Perumahan Kategori Lain Dalam Perancangan Tatatur Perumahan.

Kertas Cadangan Penyediaan Kawasan Perumahan Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Kos Sederhana Secara Berintergrasi Dengan Perumahan Kategori Lain Dalam Perancangan Tatatur Perumahan akan dibentangkan dalam Mesyuarat MMKN yang dijangka pada bulan Ogos 2010.

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.4 Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Pusu 2020, Daerah Gombak Serta Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Terhadapnya.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2010.

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.5 Status Pewartaan Tanah Lapang Awam Negeri Selangor Sehingga Jun 2010.

Diselaras oleh Seksyen Makro dan Penswastaan (UPEN).

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.6 Laporan Pelaksanaan Program Bandar Selamat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor Bagi Tahun 2010.

Perkara ini dipohon keluar minit.

Page 15: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

15 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.7 Keperluan Tanah Perkuburan Dan Cadangan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu Di Negeri Selangor.

Keluasan sebenar Lot 2282 dan sebahagian Lot 2804 RRIM, Petaling Jaya ialah 27.91 hektar (68.94 ekar).

MBPJ telah menambah saiz tapak perkuburan ini kepada 30.00 hektar (74.13 ekar).

JPBD Sel. bersama PTGS akan menyelaras penyediaan inventori tanah kubur di Negeri Selangor dengan semua PBT dan PTD.

4.8 Cadangan Pemajuan Di Bawah Seksyen 22 (2A), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172):

Permohonan Kebenaran Merancang Dan Pecah Sempadan Bagi Cadangan Pembangunan Bercampur (Perumahan & Perniagaan) KTN Di Atas Lot 51795 (Lot Asal 6415) Dan Lot 51966 – Lot 51967 (Lot Asal 6412), Jalan Banting, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Khoo Soon Lee Realty Sdn. Bhd.

Satu perbincangan dengan diantara Pengarah dan Pengarah Majlis Perbandaran Klang telah diadakan pada 30.7.2010 bertujuan untuk mendapatkan persetujuan mengenai pindaan-pindaan pelan susunatur dan pematuhan kepada keperluan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor.

JPBD Selangor sedang menyediakan kertas untuk dikemukakan kepada Urusetia MPFN setelah pelan susun atur dimuktamadkan.

Page 16: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

16 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.9 Cadangan Pemajuan Di Bawah Seksyen 22 (2A), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172):

Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan Tanah Kepada Plot- Plot Industri (Maritim) Dan Tapak Selangor Yacht Club Di Atas Lot 74082, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Untuk Tetuan Inai Kiara Sdn. Bhd.

Pihak Majlis telan menyampaikan keputusan kepada pemohon untuk tindakan pematuhan pada 20.05.2010, merujuk surat Majlis bil. (04) dlm. MPK/PB 45/2005 Jilid 2.

JPBD Selangor akan menyediakan kertas permohonan untuk dikemukakan ke MPFN setelah pemaju selesai membuat tindakan pematuhan dan pindaan pelan ke atas permohonan ini.

4.10 Cadangan Kajian Pindaan Nisbah Plot Dan Insentif Penyediaan Sebanyak 30 Peratus (30%) Tempat Letak Kereta (TLK) Bagi Pembangunan Komersil (Pejabat Korporat, Hotel / Soho, Pangsapuri Servis Dan Podium Perniagaan) Di Atas Lot- Lot 7674-7678, 8299, PT 4861, Dan PT 4870, Seksyen 2, Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Jabatan sedang menunggu pindaan pelan untuk ulasan.

JPBD Sel., MPAJ dan PKNS akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara ini.

Page 17: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

17 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.11 Rayuan Permohonan Pemberimilikan Tanah Oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Untuk Tanah Perkuburan Di Atas Lot 1147, Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Surat daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bertarikh 20.05.2010 masih lagi tidak bersetuju dengan cadangan menanggung kos penyediaan jalan. Namun begitu Kementerian Wilayah tetap berhasrat untuk mengekalkan Lot 1147 untuk tapak Cadangan Perkuburan.

4.12 Cadangan Projek Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) Seksyen Timur Secara Penswastaan

Lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan isu-isu teknikal di Permatang Kuartza telah diadakan pada 04.08.2010.

Semakan semasa lawatan telah mengkaji cadangan jajaran yang melalui Permatang Kuartza dan potensi laluan jajaran yang tidak melalui Permatang Kuartza.

Jajaran yang melalui Permatang Kuartza di kawasan lembah akan melibatkan kawasan-kawasan berikut :-

a) Kawasan Pusat Latihan Kem Tun Ghaffar Baba dimana akan melibatkan dua bangunan sediada.

b) Sungai Kemensah dimana Jajaran yang dicadangkan akan selari dengan Sungai Kemensah.

c) Kawasan orang asli dan kawasan

Page 18: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

18 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

perkuburan sediada yang mungkin mempunyai kesan sosial.

d) Jajaran yang melalui Lembah Permatang Kuartza boleh dipertimbangkan dengan melaksanakan kerja tanah yang minima dan struktur lebuh raya yang tidak menonjol (dominent).

Cadangan Jajaran baru yang hanya melibatkan hujung (edge) di sebelah Timur Permatang Kuartza dikaji. Pihak JMG telah memaklumkan bahawa penandaan rizab Permatang Kuartza masih belum diperincikan. Perincian sempadan rizab Permatang Kuartza akan mengambilkira jajaran baru yang akan dikaji.

LLM akan membuat kajian kebolehlaksanaan kedua-dua jajaran secara terperinci dan akan mengemukakan kepada JPBD untuk dibentangkan kepada Kerajaan Negeri.

Pihak JMG dan Prof. Ibrahim Komo akan menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Kerajaan Negeri mengenai perincian sempadan rizab Permatang Kuartza.

Perkara ini dipohon keluar minit.

Page 19: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · PDF filesenarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 1 / 19 bil. mesyuarat

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

19 / 19

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.13 Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Meroboh Bangunan Sediada Dan Membina 1 Blok Pejabat 27 Tingkat, 3 Blok Pejabat / Institusi Antara 22 Hingga 37 Tingkat, 2 Blok Hotel 22 Tingkat Dan 2 Blik ‘Service Apartment’ 22 Tingkat Di Atas 6 Tingkat Podium Perniagaan / Tempat Letak Serta 4 ½ Tingkat Basement Tempat Letak Kereta Di Atas Lot 8 Dan 12, Seksyen 52, Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Oleh Tetuan Puncak Wangi Sdn. Bhd. Dan Tetuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Jabatan telah mengemukakan minit mesyuarat untuk tindakan MBPJ.

Perkara ini dipohon keluar minit.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Kerajaan Negeri perlu mengkaji mengenai kesesuaian pemakaian dasar pembangunan rumah kos rendah mengikut nisbah 20:20:10 atau menggunapakai konsep pembangunan rumah mampu milik di dalam sesuatu pembangunan. Selain itu, pembangunan rumah mampu milik perlu ada kriteria yang lebih terperinci dari segi harga, ruang lantai , kemudahan awam , tempat letak kereta dan sebagainya.

Satu kajian khusus bagi menentukan harga rumah mampu milik yang bersesuaian berdasarkan kepada pendapatan serta kemampuan penduduk akan dibuat dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD Selangor) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Kajian tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat.

Perkara ini dipohon keluar minit.

F:\JPNS\KEPUTUSAN JPNS MENGIKUT TAHUN\2010\Bil 4.doc