utan ntuk esejahteraan asyarakat - · pdf filebunga raya ballroom. dalam sesi tersebut, ......

4
HutanUntuk Kesejahteraan Masyarakat : ~ Kerajaan negeri komited untuk memastikan pengekalan kawasan berhutan bagi menyediakan sumber udara dan air yang bersih, kestabilan iklim, pemeliharaan kepelbagaian biodiversiti demi kesejahteraan hidup rakyat Negeri Melaka.” - Ketua Menteri Melaka ~ What they said .. ~ Quote of the Day: Man's heart away from nature becomes hard. ~Standing Bear ~ …kerjasama erat antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan sokongan padu sektor swasta dan seluruh lapisan masyarakat akan dapat menjadikan komitmen (pengurangan secara sukarela pelepasan karbon) ini satu realiti dalam tempoh masa yang ditetapkan. ~YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri NRE. … dalam era globalisasi ini, amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh warga perhutanan semakin mencabar selari dengan peningkatan tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat tempatan dan global terhadap pelbagai fungsi hutan kepada kesejahteraan kehidupan sejagat. ~ YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, KPPSM. MELAKA - Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 (PPM Ke-16) telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Datuk R. Perumal, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dan Pertanian, Negeri Melaka yang mewakili YAB Datuk Seri Ketua Menteri Melaka. Beliau menyatakan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan pengekalan kawasan berhutan bagi menyediakan sumber udara dan air yang bersih, kestabilan iklim, pemeliharaan kepelbagaian biodiversiti demi kesejahteraan hidup rakyat Negeri Melaka. Kesungguhan ini dapat dilihat melalui penglibatan aktif Kerajaan Negeri dalam program-program perhutanan anjuran Kerajaan Persekutuan seperti Kempen Menanam 26 Juta Pokok, Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara serta penubuhan kawasan hutan lipur untuk masyarakat menjalankan aktiviti rekreasi. Beliau juga mengharapkan persidangan ini berjalan lancar dalam mencapai objektif yang ditetapkan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia.

Upload: buiphuc

Post on 13-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: utan ntuk esejahteraan asyarakat -   · PDF fileBunga Raya Ballroom. Dalam sesi tersebut, ... Majlis Jamuan Makan ... Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan

HutanUntuk Kesejahteraan Masyarakat :

~ “Kerajaan negeri komited untuk memastikan pengekalan kawasan berhutan bagi menyediakan sumber udara dan air yang

bersih, kestabilan iklim, pemeliharaan kepelbagaian biodiversiti demi kesejahteraan hidup rakyat Negeri Melaka.” - Ketua

Menteri Melaka ~

What they said ..

~ Quote of the Day: Man's heart away from nature becomes hard. ~Standing Bear ~

…kerjasama erat antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan

sokongan padu sektor swasta dan seluruh lapisan masyarakat akan dapat menjadikan

komitmen (pengurangan secara sukarela pelepasan karbon) ini satu realiti dalam tempoh masa

yang ditetapkan. ~YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri NRE.

… dalam era globalisasi ini, amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh warga perhutanan

semakin mencabar selari dengan peningkatan tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat

tempatan dan global terhadap pelbagai fungsi hutan kepada kesejahteraan kehidupan sejagat.

~ YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, KPPSM.

MELAKA - Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 (PPM Ke-16)

telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Datuk R. Perumal,

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dan Pertanian,

Negeri Melaka yang mewakili YAB Datuk Seri Ketua Menteri

Melaka. Beliau menyatakan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk

memastikan pengekalan kawasan berhutan bagi menyediakan sumber

udara dan air yang bersih, kestabilan iklim, pemeliharaan

kepelbagaian biodiversiti demi kesejahteraan hidup rakyat Negeri

Melaka. Kesungguhan ini dapat dilihat melalui penglibatan aktif

Kerajaan Negeri dalam program-program perhutanan anjuran

Kerajaan Persekutuan seperti Kempen Menanam 26 Juta Pokok,

Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai

Di Pesisiran Pantai Negara serta penubuhan kawasan hutan lipur

untuk masyarakat menjalankan aktiviti rekreasi. Beliau juga mengharapkan persidangan ini berjalan lancar dalam mencapai objektif

yang ditetapkan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia.

Page 2: utan ntuk esejahteraan asyarakat -   · PDF fileBunga Raya Ballroom. Dalam sesi tersebut, ... Majlis Jamuan Makan ... Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan

CONGRATULATIONS !

Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 (PPM Ke-16) dimulakan

dengan Sesi Mesyuarat Tertutup pada sebelah pagi bertempat di

Bunga Raya Ballroom. Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Dr. Hj.

Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan

Semenanjung Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi

Persidangan PPM Ke-16, manakala YBhg. Dato’ Sam Mannan (JP

Sabah) dan Tuan Hj. Ali bin Yusop (JH Sarawak) masing-masing

telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persidangan. Mesyuarat

juga melantik YBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin bin Mahmud

(JPSM) sebagai Setiausaha Persidangan. Selain itu, seramai 10

orang pegawai turut dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Resolusi Persidangan yang diwakili oleh JP Sabah, JH Sarawak, SFC dan

JPSM. Seisi warga Perhutanan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas perlantikan tersebut.

KEYNOTE ADDRESSED

Presiden Institut Rimbawan

Malaysia (IRIM), YBhg.

Dato’ Razani Ujang telah

menyampaikan ucaptama

pada PPM Ke - 16. Dalam

ucaptama tersebut, beliau

menekankan kepada hub-

ungan kerjasama antara

IRIM dengan Jabatan-

jabatan Perhutanan di Ma-

laysia. Melalui persidangan seperti ini, para rimbawan akan

dapat menimba ilmu dan berkongsi pengetahuan mengenai

pelbagai bidang dalam perhutanan seterusnya dapat mening-

katkan produktiviti kerja dan memantapkan integriti bersama.

Di dalam melaksanakan Program Transformasi Ekonomi ke-

rajaan, IRIM menekankan kepada penggunaan tanah secara

lestari tanpa mengurangkan keluasan kawasan hutan. Di

samping itu, beliau menyarankan supaya rimbawan bersatu

padu dan bekerjasama dalam menangani isu-isu perhutanan

global. Kerjasama seperti ini dapat memastikan hutan terus

kekal relevan dan menyedarkan masyarakat tentang kepent-

ingan hutan.

Sebatang pokok berupaya

mengeluarkan 91 kg

oksigen setiap tahun

untuk membantu kita

bernafas. Sebatang pokok

bersamaan dengan penya-

maan udara di 10 bilik

yang beroperasi selama

20 jam. Manakala, dalam setahun, 40 batang pokok

berupaya menyerap 37 kg bahan pencemaran udara

sekali gus mengurangkan pencemaran habuk dan

udara.

Bunga Rafflesia

ialah bunga terbesar

di dunia. Walaupun

mengambil masa 9

hingga 15 bulan

untuk mekar, jangka

hayat bunga Raffle-

sia hanya selama tujuh hari selepas mekar.

TAHUKAH ANDA?

Page 3: utan ntuk esejahteraan asyarakat -   · PDF fileBunga Raya Ballroom. Dalam sesi tersebut, ... Majlis Jamuan Makan ... Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan

SIDANG PLENO

LAWATAN AHLI KELUARGA

Majlis Jamuan Makan

Malam Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16

6 Dis 2011 (8.00 pm)

Hotel Renaissance (Bunga Raya Ballroom)

Acara Futsal

7 Dis 2011 (5.00 pm)

Kompleks Sukan Batu

Berendam

Acara Bowling

7 Dis 2011 (8.30 pm)

Melaka International

Bowling Centre

Lawatan Luar Persidangan

7 Dis 2011

Kilang Perabot Poh Huat Holding Sdn. Bhd, Johor.

Tmn Nasuha Herba & Rempah Karya Sdn. Bhd, Johor.

Penanaman Bakau di Pulau Burung, Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.

Sesi Pleno 1 yang dipengerusikan oleh En. Koh Hock Lye dari JPSM telah

berjalan dengan lancar semalam. Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan

yang menyentuh mengenai pengurusan hutan di Sabah dan Sarawak. Antara

yang menarik perhatian adalah projek hutan komuniti yang dijalankan oleh JP

Sabah bagi tujuan meningkatkan sosio-ekonomi penduduk setempat melalui

aktiviti perhutanan semula.

Ahmad Ashrin : “Sarawak needs to carry out the another FRI to determine and value of forest resources

available in Sarawak to date and to chart a new development plan for SFM in the next 20 years”.

Dr. Robert : “Deramakot’s Goal:

(Yield is to be) fully regulated for

optimal timber production”.

Jeflus : “Give people fish, and they can eat that day,

but teach people how to fish and they can eat for the rest of their

lives” + plus + “People can keep the fish they have caught”

Yang itu-itu bah…

Owh..yang itu..

Sebelah kita ni adalah

Sg. Melaka…

Tiada payung saiz XS ke

akak?

Portugis..Hang

Tuah..Hang Li Po..ni

memang kelas sejarah

dah ni..

Nak tunggang

meriam jugak..

Apa barang tunggang

meriam..

Jom kawan-kawan, kita

tunggang meriam !

Ahmad Ashrin Dr. Robert Ong

Jeflus S. Sinajin

Page 4: utan ntuk esejahteraan asyarakat -   · PDF fileBunga Raya Ballroom. Dalam sesi tersebut, ... Majlis Jamuan Makan ... Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan

Sabor la yob..

Waris - waris

Puteri Hang Li Po

Yaaaam Seng!..

Inilah barisan kita..

Bagai pinang

dibelah dua...