senarai kertas kerja yang dibentangkan di · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di...

24
SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010 1 / 24 BIL. MESYUARAT TARIKH MESYUARAT AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN 5/2010 2/12/2010 PEMBENTANG KERTAS DASAR 1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/5/2010 Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan : Pembatalan keputusan Penetapan Tempoh Arahan Pematuhan Mengikut Subseksyen 21(4), Akta 172 dalam Kertas JPNS Bil 1/2009 bertarikh 17 Februari 2009. Jawatankuasa membuat pertimbangan:- i. Bersetuju supaya keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 1/2009 bertarikh 17 Februari 2009 iaitu tempoh pematuhan tiga (3) bulan dan boleh dilanjutkan tiga (3) bulan lagi untuk mengemukakan pindaan terhadap arahan bertulis yang ditetapkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dibatalkan; ii. Bersetuju untuk menetapkan tempoh pematuhan satu (1) bulan atau 2 kali mesyuarat OSC berturut-turut kepada pemohon untuk mengemukakan pindaan pelan Kebenaran Merancang atau dokumen atau apa-apa perkara yang diperlukan bagi maksud merancang; dan iii. Bersetuju untuk menetapkan pengiraan hari bagi tempoh satu (1) bulan adalah dikira dari tarikh arahan bertulis diterima oleh pemohon.

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

100 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

1 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

5/2010 2/12/2010 PEMBENTANG KERTAS DASAR

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/5/2010

Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan : Pembatalan keputusan Penetapan Tempoh Arahan Pematuhan Mengikut Subseksyen 21(4), Akta 172 dalam Kertas JPNS Bil 1/2009 bertarikh 17 Februari 2009.

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. Bersetuju supaya keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 1/2009 bertarikh 17 Februari 2009 iaitu tempoh pematuhan tiga (3) bulan dan boleh dilanjutkan tiga (3) bulan lagi untuk mengemukakan pindaan terhadap arahan bertulis yang ditetapkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dibatalkan;

ii. Bersetuju untuk menetapkan tempoh pematuhan satu (1) bulan atau 2 kali mesyuarat OSC berturut-turut kepada pemohon untuk mengemukakan pindaan pelan Kebenaran Merancang atau dokumen atau apa-apa perkara yang diperlukan bagi maksud merancang; dan

iii. Bersetuju untuk menetapkan pengiraan hari bagi tempoh satu (1) bulan adalah dikira dari tarikh arahan bertulis diterima oleh pemohon.

Page 2: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

2 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

PEMBENTANG KERTAS RANCANGAN PEMBANGUNAN

2. KERTAS JPN Sel. Bil.2/5/2010

Menimbangkan Cadangan Lanjutan Tempoh Masa Perancangan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 1) Sehingga Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2) Diwartakan.

Jawatankuasa bersetuju:-

i. Melanjutkan tempoh masa perancangan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 1) sehingga Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2) diwartakan.

3. KERTAS JPN Sel. Bil.3/5/2010

Pembatalan Rancangan-Rancangan Struktur Di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Daerah Yang Telah Diwartakan Sebelum Pewartaan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN) 2020.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. Memperakukan pembatalan Rancangan-Rancangan Struktur Di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Daerah yang telah diwartakan sebelum pewartaan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020.

4. KERTAS JPN Sel. Bil. 4/5/2010

Cadangan Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah Blok Perancangan (BP) iaitu BP 1, BP 2, BP 4, BP 5, BP 6, BP 8 Dan BP 9 Bagi Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015.

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. Mengambil maklum tentang keperluan untuk meminda sebahagian zoning guna tanah mengikut blok-blok perancangan di dalam Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015 yang telah diwartakan;

Page 3: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

3 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

ii. Bersetuju di bawah peruntukan

subseksyen 16(2) Akta 172 supaya JPBD Negeri Selangor, JPBD Semenanjung Malaysia dan Majlis Perbandaran Klang mengambil langkah-langkah meminda sebahagian zoning guna tanah Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015;

iii. Bersetuju terhadap penyediaan pindaan sebahagian Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015 bagi BP 1, BP 2, BP 4, BP 5, BP 6, BP 8 dan BP 9;

iv. Bersetuju pindaan Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015 adalah mengikut proses dan pendekatan secara „fast track‟; dan

v. Bersetuju sumber kewangan bagi pindaan sebahagian Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015 bagi BP-BP yang terlibat adalah melalui peruntukan JPBD Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Klang dan pemaju-pemaju yang terlibat.

Page 4: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

4 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

5. KERTAS JPN Sel. Bil. 5/5/2010

Cadangan Pindaan Zoning Guna Tanah Tapak Milik Lembaga Getah Malaysia Di Sungai Buloh Dalam Blok Perancangan Kecil 1.5 Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam 2020 Dan Dalam Blok Perancangan Kecil 2.1 Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2.

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. Menangguhkan Cadangan Pindaan Zoning Guna Tanah Tapak Milik Lembaga Getah Malaysia Di Sungai Buloh Dalam Blok Perancangan Kecil 1.5 Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam 2020 dan dalam Blok Perancangan Kecil 2.1 Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2; dan

ii. Mewartakan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 dengan mengekalkan zoning guna tanah Lembaga Getah Malaysia sebagai Institusi dan Kemudahan Masyarakat (Kegunaan Kerajaan).

6. KERTAS JPN Sel. Bil. 6/5/2010

Cadangan Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah Blok Perancangan (BP) iaitu BP 1, BP 2, BP 3, BP 5, BP 6, BP 7 Dan BP 8 Bagi Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015.

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. Bersetuju mengambil maklum tentang keperluan untuk meminda sebahagian zoning guna tanah di dalam Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015 yang telah diwartakan;

Page 5: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

5 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

ii. Bersetuju di bawah peruntukan

subseksyen 4(7) dan subseksyen 16(2) Akta 172 supaya JPBD Negeri Selangor, JPBD Semenanjung Malaysia dan Majlis Perbandaran Sepang mengambil langkah-langkah meminda sebahagian zoning guna tanah Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015;

iii. Bersetuju terhadap penyediaan pindaan sebahagian Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015 bagi BP 1, BP 2, BP 3, BP 5, BP 6, BP 7 dan BP 8;

iv. Bersetuju pindaan Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015 adalah mengikut proses dan pendekatan secara „fast track‟; dan

v. Bersetuju sumber kewangan bagi pindaan sebahagian zoning guna tanah Blok Perancangan (BP) iaitu BP1, BP2, BP3, BP5, BP6, BP7 dan BP8 bagi Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015 adalah melalui peruntukan JPBD Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Sepang dan pemaju-pemaju yang terlibat.

Page 6: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

6 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI PENGAWALAN PERANCANGAN

7. KERTAS JPN Sel. Bil. 7/5/2010

Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172 Bagi Cadangan Pembangunan Perniagaan Di Bawah Seksyen 204D, KTN Di Atas Lot 168 (PT 34799), Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sierra Delima Development Sdn. Bhd.

Jawatankuasa membuat pertimbangan:-

i. Bersetuju terhadap cadangan pembangunan perniagaan (Suite) dibawah Seksyen 204D KTN di atas Lot 168 (PT 34799), Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan;

ii. Bersetuju memberi pertimbangan bagi pertambahan nisbah plot daripada 1:4 kepada 1:5;

iii. Bersetuju supaya cadangan pemajuan ini melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

a. Pelaksanaan Amalan Perancangan Terbaik (Best Planning Practice) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2008 pada 20hb. November 2008 seperti berikut: - Pemakaian sasaran 1,000

penduduk / 2 hektar kawasan lapang yang boleh dilaksanakan melalui penyediaan taman atas bumbung, kemudahan di antara bangunan, tingkat bawah

Page 7: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

7 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

dikosongkan untuk kegunaan

komuniti;

- Penyediaan ‟perimeter planting‟ minima 10 kaki termasuk anjakan bangunan.

b. Mematuhi Garis Panduan Pembangunan ‟Small Office Home Office‟ (SOHO) di Negeri Selangor yang telah mendapat persetujuan / kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2010 yang bersidang pada 22 Jun 2010 dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Bil. 30/2010 yang bersidang pada 18 Ogos 2010.

c. Mematuhi Manual Garis Panduan Piawaian dan Perancangan Negeri Selangor Edisi Kedua bagi pembangunan perniagaan.

d. Mengenalpasti kaedah penyuraian trafik dan kos ditanggung oleh pemaju.

e. Mengaplikasikan ciri-ciri „Green Building Index‟ seperti „Energy Saving‟, ‟Water Efficiency System‟ di dalam rekabentuk pembangunan;

Page 8: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

8 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

iv. Mengambilkira keperluan kemudahan

Orang Kelainan Upaya;

v. Majlis Perbandaran Selayang hendaklah meminda jadual kelas kegunaan tanah („Use Class Order‟) di dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2020; dan

vi. Pihak Pemaju hendaklah meminda pelan susunatur (permohonan Kebenaran Merancang) dengan mengambilkira keputusan Jawatankuasa dan mengemukakan pelan pindaan kepada JPBD Selangor untuk pengesahan.

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI KEPUTUSAN/ ARAHAN/ MAKLUMAN

8. KERTAS JPN Sel. Bil. 8/5/2010

Pemakluman Terhadap Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum terhadap permohonan-permohonan dan keputusan yang telah dibincangkan dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JKTPKSAS) Negeri Selangor Bil. 4/2010, Bil. 5/2010 dan Bil. 6/2010.

Page 9: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

9 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

9. KERTAS JPN Sel. Bil. 9/5/2010

Laporan Kemajuan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor Dan Agenda 21 Tempatan (LA21) Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum terhadap perkara-perkara yang dinyatakan di perenggan 3.1 , 3.2 dan 3.3 mengenai Laporan Kemajuan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor dan Agenda 21 Tempatan (LA21) Bagi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

10. KERTAS JPN Sel. Bil. 10/5/2010

Status Pewartaan Tanah Lapang Awam Negeri Selangor Sehingga Oktober 2010.

Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum mengenai status pewartaan tanah lapang awam Negeri Selangor sehingga Oktober 2010.

ii. Mengambil maklum permohonan tanah lapang untuk tujuan pewartaan sehingga Oktober 2010 menunjukkan peningkatan sebanyak 259.12 ekar (2.97%) iaitu dari 8,718.73 ekar (sehingga Jun 2010) kepada 8,977.85 ekar; dan

iii. Agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam proses pewartaan tanah lapang awam perlu mengambil langkah-

Page 10: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

10 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

langkah bagi empercepatkan proses

pewartaan dengan:-

a. Memohon kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor (JUPEM) untuk menyediakan pelan warta;

b. Memohon kerjasama Pentadbir Tanah Daerah menyemak serta menyediakan draf warta bagi tujuan pewartaan untuk dikemukakan ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor; dan

c. Memohon kerjasama Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor bagi membuat semakan draf pewartaan yang disediakan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah.

Page 11: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

11 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

11. KERTAS JPN Sel. Bil. 11/5/2010

Cadangan Menetapkan Harga Jualan Bagi Laporan-Laporan Rancangan Pemajuan, Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Kedua Dan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Soho Dan Pangsapuri Perkhidmatan Negeri Selangor.

Jawatankuasa bersetuju terhadap harga jualan yang dicadangkan bagi laporan-laporan tersebut:-

Bil. Perkara

Kos Cetakan

/Unit

RM

Harga Jualan/ Unit

RM

1. Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor

145.00 100

2. Garis Panduan Perancangan Pembangunan SOHO Negeri Selangor.

19.80 20

3. Garis Panduan Perancangan Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan Negeri Selangor.

19.80 20

4. Laporan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam.

329.00 150

5. Laporan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

368.00 150

6. Laporan Rancangan Kawasan Khas Bandar Pelabuhan Klang.

246.10 100

samb.

Page 12: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

12 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

samb.

Bil. Perkara

Kos Cetakan

/Unit

RM

Harga Jualan/ Unit

RM

7. Laporan Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Baru.

302.00 100

8. Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Sg. Pusu.

366.00 100

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Taklimat Pelan Induk KLIA dan Aeropolis City oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Jabatan akan memantau pelaksanaan pembangunan Pelan Induk KLIA melalui penyediaan dan Pelaksanaan DRKK KLIA.

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.2 Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Daerah Sepang Dan Program Publisiti Serta Penyertaan Awam Terhadapnya.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan dijalankan pada tarikh yang dijangka pada penghujung Januari / Februari 2011.

Perkara ini dipohon keluar minit.

Page 13: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

13 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.3 Permohonan Kelulusan Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020 Dan Pewartaannya Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Beberapa sesi mesyuarat untuk pindaan DRT selaras dengan keputusan JPNS Bil. 4/2010 bertarikh 17.08.2010 telah diadakan seperti berikut :-

13 – 15 Oktober 2010 – Hotel Seri Malaysia Genting.

9 – 10 November 2010 – Pejabat Projek Zon Tengah, JPBD Semenanjung Malaysia.

JPBD Selangor bersama JPBD Semenanjung

Malaysia & MDHS telah membuat pindaan DRT. Pindaan tersebut telah dikemukakan kepada MMKN pada 22.11.2010 untuk pewartaan.

4.4 Permohonan Kelulusan Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2020 Dan Pewartaannya Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Beberapa sesi mesyuarat untuk pindaan DRT selaras dengan keputusan JPNS Bil. 4/2010 bertarikh 17.08.2010 telah diadakan seperti berikut :-

22 – 23 September 2010 – MPS

4 – 6 Oktober 2010 – MPS

8 – 11 November 2010 – MPS

Page 14: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

14 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

JPBD Selangor bersama JPBD Semenanjung Malaysia & MPS telah membuat pindaan DRT. Pindaan tersebut telah dikemukakan kepada MMKN pada 22.11.2010 untuk pewartaan.

4.5 Permohonan Kelulusan Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020 Dan Pewartaannya Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Beberapa sesi mesyuarat untuk pindaan DRT selaras dengan keputusan JPNS Bil. 4/2010 bertarikh 17.08.2010 telah diadakan seperti berikut :-

30 Sept. & 1 Okt. 2010 – Menara MPKj

6 – 8 Oktober 2010 – Menara MPKj

13 – 15 November 2010 – Bayu Beach, Port Dickson, Negeri Sembilan

JPBD Selangor bersama JPBD Semenanjung Malaysia & MPKj telah membuat pindaan DRT. Pindaan tersebut telah dikemukakan kepada MMKN pada 22.11.2010 untuk pewartaan.

Jawatankuasa melalui Mesyuarat JPNS bil. 4/2010 telah bersetuju supaya zon penampan sedia ada 100m dan 300m bagi

Page 15: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

15 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Taman Negeri Selangor dikaji semula.

Satu mesyuarat telah diadakan di antara JPBD Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor, semua PBT Negeri Selangor dan PTD Negeri Selangor pada 20 November 2010 bagi membincangkan kelebaran zon penampan Taman Negeri Selangor.

a. Jawatankuasa mengambil maklum dan bersetuju:

b. Menetapkan kelebaran minima bagi zon penampan Taman Negeri Selangor adalah selebar 20m; dan

Semua pembangunan yang terlibat dengan kecerunan kelas III dan IV hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor.

Page 16: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

16 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.6 Cadangan Pindaan Nisbah Plot, Bilangan Tingkat Dan Insentif Pelaksanaan ‘Green Building’ Bagi Pembangunan Perniagaan Yang Mengandungi 3 Blok Pejabat 40 Tingkat Dan 1 Blok Hotel 40 Tingkat Di Atas Podium Perniagaan 5 Tingkat Di Atas Lot No. PT 2925 Dan PT 4313, USJ 25, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Subang Residency Sdn. Bhd.

Jabatan akan membuat pindaan nisbah plot daripada 1:4 kepada 1:5.9 dalam Jadual kelas kegunaan tanah (use class order) bagi Blok Perancangan 3 : Putra Height di dalam RT MPSJ 2020

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.7 Permohonan Mewartakan Rizab Pantai Di Negeri Selangor.

Perancangan untuk perizapan telah dimulakan dengan aktiviti menyemak inventori peta zon pesisir pantai di JPS Shah Alam dan Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai, JPS Malaysia.

Inventori pantai dan skop kerja ukur dijangka akan dikenalpasti sebelum 15 Disember 2010. JPS Malaysia pula kini dalam proses memuktamadkan “Garispanduan 1/1997: Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan Pantai” yang dijangka akan siap pada penghujung tahun 2010 ini. Memandangkan garispanduan ini merupakan rujukan pembangunan pesisir pantai yang penting, penetapan-penetapan dalam garispanduan baru tersebut perlu

Page 17: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

17 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

diambilkira sebelum penentuan rizab pantai dimuktamadkan.

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.8 Pemakluman Keputusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Bagi Permohonan Di Bawah Subseksyen 22(2a) Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) :

Kertas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pelan Induk Di Bukit Serai, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan TPPT Sdn. Bhd..

Mesyuarat OSC Bil. 20/2010 bertarikh 10.11.2010 telah memutuskan meluluskan permohonan KM keseluruhan dan Fasa 1 bagi Cadangan Pelan Induk di Bukit Serai, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan untuk Tetuan TPPT Sdn. Bhd.

Perkara ini dipohon keluar minit.

4.9 Keperluan Tanah Perkuburan Dan Cadangan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu Di Negeri Selangor.

Satu mesyuarat membincangkan Tanah Perkuburan Dan Cadangan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu di Negeri Selangor telah dicadangkan pada 12.10.2010 bersama-sama pihak PBT dan PTD.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini tanah-tanah perkuburan di setiap PBT berserta maklumat tahap penghunian mengikut setiap lot.

Page 18: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

18 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Pihak PBT juga diminta menyediakan satu pengkalan data inventori tapak perkuburan mengikut kawasan PBT masing-masing.

Kertas bagi Cadangan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu Di Negeri Selangor akan diangkat ke MMKN pada awal Disember 2010.

4.10 Cadangan Pemajuan Di Bawah Seksyen 22 (2A), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172):

Permohonan Kebenaran Merancang Dan Pecah Sempadan Bagi Cadangan Pembangunan Bercampur (Perumahan & Perniagaan) KTN Di Atas Lot 51795 (Lot Asal 6415) Dan Lot 51966 – Lot 51967 (Lot Asal 6412), Jalan Banting, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Khoo Soon Lee Realty Sdn. Bhd.

Kertas MPFN mengenai cadangan permohonan ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia MPFN Bil. 3/2010 pada 20.09.2010.

Surat Keputusan telah diedarkan kepada MPK melalui surat bil. JPBD.Sel/P1/0010/5/1 Vol. 3 (33) bertarikh 21 Oktober 2010.

Kertas permohonan telah dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN Bil. 3/2010 bertarikh 19.11.2010 dan Mesyuarat bersetuju supaya permohonan ini diangkat untuk pertimbangan MPFN. Mesyuarat tersebut juga telah memutuskan supaya peratus keluasan kawasan perumahan ditambah sebanyak 5.24% daripada peratus keluasan kawasan perumahan sedia ada iaitu daripada

Page 19: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

19 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

26.66% kepada 31.9%. Pertambahan tersebut hendaklah diambilkira daripada cadangan pembangunan akan datang yang ditetapkan sebagai ‘service apartment’.

Jawatankuasa mengambil maklum permohonan ini akan diangkat ke Mesyuarat MPFN Bil. 1/2011 yang dijadualkan pada bulan Februari 2011.

4.11 Cadangan Pemajuan Di Bawah Seksyen 22 (2A), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172):

Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan Tanah Kepada Plot- Plot Industri (Maritim) Dan Tapak Selangor Yacht Club Di Atas Lot 74082, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Untuk Tetuan Inai Kiara Sdn. Bhd

Jabatan akan membuat pindaan RT Klang yang melibatkan pindaan zoning gunatanah daripada perumahan kepada perindustrian bagi cadangan pemajuan ini sebelum dikemukakan semula ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawal Selia MPFN.

Perkara ini dipohon keluar minit.

Page 20: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

20 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.12 Cadangan Kajian Pindaan Nisbah Plot Dan Insentif Penyediaan Sebanyak 30 Peratus (30%) Tempat Letak Kereta (TLK) Bagi Pembangunan Komersil (Pejabat Korporat, Hotel / Soho, Pangsapuri Servis Dan Podium Perniagaan) Di Atas Lot- Lot 7674-7678, 8299, PT 4861, Dan PT 4870, Seksyen 2, Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Satu perbincangan bersama pihak MPAJ telah diadakan pada 04.11.2010 bertempat di JPBD Selangor.

Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk membincangkan permohonan rayuan pihak PKNS terhadap insentif pengurangan TLK sebanyak 30%.

Pihak MPAJ memaklumkan pihak PKNS masih belum mengemukakan pelan pindaan yang terkini.

Mesyuarat bersetuju untuk meminta pihak PKNS/Worldwide untuk memberi taklimat kepada JPBD Selangor dan MPAJ yang dijadualkan pada 30.11.2010 di JPBD Selangor.

Mesyuarat pada 30.11.2010 memutuskan supaya pihak pemaju menyelesaikan perkara-perkara berikut:

Perihal tanah – baazar MPAJ. Penyelesaian Isu 14 unit rumah yang

masih belum dikosongkan. Laporan TIA-perbincangan dengan

MPAJ dan DBKL. Penyediaan Laporan RSA. Penyediaan Laporan SIA.

Notis Lot Berjiran, Subseksyen 21(6) Akta 172.

Page 21: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

21 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.13 Rayuan Permohonan Pemberimilikan Tanah Oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Untuk Tanah Perkuburan Di Atas Lot 1147, Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Jabatan telah menghadiri mesyuarat yang diadakan di Pejabat Tanah Hulu Langat pada 29.10.2010 yang membincangkan isu pemberimilikan tanah bagi Lot 1147, Mukim Hulu Semenyih. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pada ketika ini telah terdapat 100 buah kubur di lot tersebut. Mesyuarat juga memutuskan perkara-perkara berikut:

Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyemak semula keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 6/2009 bertarikh 16.12.2009 berkenaan kos pembinaan jalan keluar masuk 132 kaki dari lot 1147 ke Lebuhraya Lingkaran Kajang –SILK Highway.

Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dipohon memberi maklumbalas dalam tempoh 2 minggu mengenai perkara ini.

Jawatankuasa bersetuju supaya UPEN mengemukakan surat kepada Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri mengenai perkara ini.

Page 22: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

22 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.14 Kerajaan Negeri perlu mengkaji mengenai kesesuaian pemakaian dasar pembangunan rumah kos rendah mengikut nisbah 20:20:10 atau menggunapakai konsep pembangunan rumah mampu milik di dalam sesuatu pembangunan. Selain itu, pembangunan rumah mampu milik perlu ada kriteria yang lebih terperinci dari segi harga, ruang lantai, kemudahan awam, tempat letak kereta dan sebagainya.

Satu kajian khusus bagi menentukan harga rumah mampu milik yang bersesuaian berdasarkan kepada pendapatan serta kemampuan penduduk akan dibuat dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD Selangor) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Kajian tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat.

Perkara ini dipohon keluar minit.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Bandar Selamat Bil. 2/2010 bertarikh 1 Disember 2010.

Y. Bhg. Dato‟ Setiausaha memaklumkan kepada Jawatankuasa mengenai hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Bandar Selamat Bil. 2/2010 bertarikh 1 Disember 2010 yang telah dipengerusikan oleh Y. B. Dato‟ Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perkara-perkara yang dimaklumkan di dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

Page 23: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

23 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Semua PBT di Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Program Bandar Selamat peringkat PBT yang diadakan sebulan sekali.

NKRA Mengurangkan Jenayah – Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenalpasti 14 PBT di Malaysia yang mempunyai bilangan bengkel haram yang tinggi seperti iaitu :

1. DBKL 2. MBSA

3. MBPJ 4. MPAJ

5. MPS 6. MPKj

7. MPK 8. MPSJ

9. MBJB 10. MPJBT

11. MP Muar 12. MP Kulai

13. MPPP 14. MPSP

NKRA MENGURANGKAN JENAYAH juga telah mengenalpasti 12 PBT hotspot (kadar jenayah yang tinggi) di peringkat Semenanjung Malaysia. Enam (6) PBT di Negeri Selangor yang terlibat adalah MBSA, MBPJ, MPK, MPS, MPAJ dan MPSJ.

Peruntukan kewangan bagi pelaksanaan

Page 24: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI · senarai kertas ringkasan yang dibentangkan di mesyuarat jawatankuasa perancang negeri selangor bagi tahun 2010 3 / 24 bil. mesyuarat tarikh

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

24 / 24

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT

AGENDA / KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

6 langkah segera Program Bandar Selamat disediakan oleh Pihak KDN dari tahun 2010 hingga 2012. Bagi Negeri Selangor, peruntukan adalah melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dan disalurkan secara terus kepada PBT. Peruntukan bagi tahun 2010 hanya melibatkan 12 PBT ‘hotspot’ manakala peruntukan bagi tahun 2011 dan 2012 melibatkan semua PBT.

5.2 Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Seri Pengerusi mengarahkan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN untuk menyelaras pengumpulan data berikut di setiap PBT:

Inventori bilangan dan jenis pokok yang ditanam di setiap PBT;

Inventori tanah-tanah kerajaan yang telah dijadikan pusat „nursery‟ jualan pokok-pokok landskap / bunga di setiap PBT; dan

Bilangan pokok yang telah ditanam di setiap PBT semenjak Majlis Pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Negeri Selangor pada 22 April 2010.

F:\JPNS\KEPUTUSAN JPNS MENGIKUT TAHUN\2010\Bil 5.doc