seminar 2 pa

17
SEMINAR 2: PERMASALAHAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH PEMBENTANG: 1. AMEERUL ASWAD BIN AB. AZIZ P76109 2. MAUREEN ANAK JITOS P76298 3. MUHAMMAD SHAHRUL BIN ABDUL RAHMAN P76188 4. SITI MASTURA BINTI MAT HUSSIN P76250 5. WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ P76149 GGGB 6012 : PENU LISA N AKAD EMIK 1

Upload: miroswat

Post on 18-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

seminar

TRANSCRIPT

Slide 1

SEMINAR 2: PERMASALAHAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINAPENSYARAH:PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH

PEMBENTANG:AMEERUL ASWAD BIN AB. AZIZ P76109MAUREEN ANAK JITOSP76298MUHAMMAD SHAHRUL BIN ABDUL RAHMAN P76188SITI MASTURA BINTI MAT HUSSIN P76250WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ P76149GGGB6012: PENULISAN AKADEMIK 1

KERANGKA PERBINCANGAN1.0 Pengenalan2.0 Pernyataan Masalah3.0 Objektif Kertas Konsep4.0 Teori5.0 Kajian Literatur 6.0 Kepentingan Kertas Konsep7.0 Cadangan Kertas Konsep8.0 Kesimpulan

ABSTRAKKemahiran menulis merupakan salah satu daripada kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Responden terdiri daripada murid sekolah rendah tahun 6 sekolah luar bandar di Negeri Sembilan. Kertas konsep dijangka akan dapat mengenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid Cina. Selain itu, kertas konsep juga akan dapat mengenal pasti punca-punca berlakunya kesalahan penulisan murid-murid Cina. Kertas konsep ini mencadangkan guru-guru perlu melaksanakan kemahiran menulis dengan strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan kemahiran menulis para murid. Selain itu, para guru juga patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti dengan menggunakan kaedah tertentu agar penguasaan murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Oleh itu, guru juga perlu melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini agar masalah yang dihadapi para murid dalam penulisan dapat diatasi.Kata kunci: kemahiran menulis, Bahasa Melayu, murid, sekolah jenis kebangsaan Cina

1.0 PENGENALANMenurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan memerlukan jawapan yang panjang dalam bentuk ayat.

Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan.

Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya penulisan secara sistematik.

Menurut Suhaimi Yunus (2009) pula, kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis.

2.0 PERNYATAAN MASALAHBerdasarkan Laporan Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (2014), 26 November yang lalu, mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengalami penurunan di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor. Berbanding 2013, sebanyak 2.27 Gred Purata Nasional (GPN) dicatatkan yang mana sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) keseluruhan UPSR tahun ini dengan mencatatkan penurunan purata sebanyak 0.02. Ini jelas menunjukkan pemasalahan kemahiran menulis Bahasa Melayu masih timbul dalam kalangan murid SJKC walaupun sudah merentasi beberapa tahun kecemerlangan bagi peperiksaan peringkat nasional itu melalui mata pelajaran lain.

3.0 OBJEKTIF KERTAS KONSEPKertas konsep ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti permasalahan dalam kemahiran menulis murid-murid sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di luar bandar. Objektif kertas konsep ini adalah seperti berikut:Mengenal pasti jenis kesalahan dalam penulisan murid cina di sekolah jenis kebangsaan Cina di Negeri Sembilan.Mengenal pasti punca kesalahan penulisan murid-murid sekolah jenis kebangsaan Cina.Mengenal pasti strategi pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid Cina.

4.0TEORITeori Pembelajaran Behavioris telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Teori ini seterusnya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.

Beranggapan bahawa pembelajaran berkait rapat dengan perubahan tingkah laku seseorang.

Berdasarkan kertas konsep ini, Teori Pembelajaran Behavioris sesuai digunakan.

Tindak balas dan rangsangan dapat dilihat melalui proses aktiviti pengukuhan, latihan, pembentukan dan pembelajaran secara pemerhatian.

4.0TEORIStrategi pembelajaran kemahiran menulis digunakan sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid-murid di SJKC.Keadaaan ini menyebabkan tingkah laku murid boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh guru.Strategi pembelajaran kemahiran menulis melalui pendekatan bercerita (Zuraini Jusoh dan Abdul Rasid Jamian, 2014).Aktiviti Pengukuhan

4.0TEORILatihan yang dilakukan secara berulang kali dapat menguatkan perkaitan antara stimulus dan respons murid.Melalui latihan, murid dapat meningkatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang diajar oleh guru dengan cara langkah demi langkah bagi menghasilkan penulisan karangan yang baik.Berdasarkan kajian Yusfaiza Yusuff dan Mohd Isha Awang (2012), pembelajaran Jigsaw II dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis.

Latihan

4.0TEORIPembentukan adalah pengukuhan yang positif dalam memberi motivasi.

Sekaligus, membangkitkan tingkah laku positif murid.

Guru perlu memotivasikan murid dengan memberikan ganjaran yang sesuai sebelum mereka mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki dalam proses PdP. Pembentukan

4.0TEORIProses ini melibatkan perubahan yang berlaku pada kelakuan murid disebabkan oleh murid lain. Pembelajaran secara pemerhatian dapat mengatasi permasalahan kemahiran menulis bahasa Melayu. Proses peniruaan akan dilakukan daripada murid yang mendapat kepuasan dan peneguhan positif atau ganjaran. Secara tidak langsung, proses pembelajaran pemerhatian dapat mengatasi masalah kemahiran menulis karangan bahasa Melayu..Pembelajaran Secara Pemerhatian

5.0 KAJIAN LITERATUR Dapatan kajian dalam kajian Abdul Rasid Jamian (2010), menunjukkan murid-murid Cina mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu iaitu sikap dan minat terhadap bahasa Melayu. Mereka menganggap pembelajaran bahasa Melayu tidak signifikan dengan faktor keluarga, bahan bantu mengajar dan guru serta pihak pengurusan sekolah. Menurut Abdul Rasid Jamian (2010) guru-guru bahasa Melayu juga menghadapi pelbagai masalah mengajar murid-murid Cina. Masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru bahasa Melayu ialah sikap dan minat guru bahasa Melayu sendiri, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai, bahan bantu mengajar yang tidak pelbagai, dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sama digunakan.

Kajian Elina dan Abdul Jawi (2012) memberi tumpuan terhadap pendekatan berfokus untuk meningkat kemahiran menulis karangan para pelajar. Ujian pra telah dijalankan dan menunjukkan kemahiran menulis karangan para pelajar amat lemah kerana para pelajar menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran menulis para pelajar selepas guru menggunakan pendekatan berfokus dalam pembelajaran penulisan karangan. Seterusnya, melalui pendekatan ini secara tidak langsung para pelajar menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis karangan.

6.0 Kepentingan Kertas KonsepKertas konsep ini penting untuk mendapatkan maklumat dan mengenalpasti permasalahan murid dalam menghasilkan penulisan karangan bahasa Melayu. selain itu, kertas konsep ini juga dapat memberi kepentingan kepada pihak pihak yang berkenaan dalam membantu dan meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid Cina. Antara pihak yang berkepentingan dalam hal ini ialaha :

Kementerian Pendidikan MalaysiaKertas konsep ini akan membuka ruang kepada pihak kementerian khususnya bahagian pembangunan kurikulum dalam mengkaji strategi-strategi baru untuk penambahbaikan, pengemaskinian, penilaian, pengubahsuaian, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan dengan bahan. Selain itu, kertas konsep ini juga dapat memberi idea dan pandangan dalam penghasilan dan penulisan buku teks.

Guru-guruKertas konsep memberikan pemahaman kepada guru-guru tentang apa jenis kesalahan utama murid-murid khususnya murid berbangsa Cina dan punca wujudnya kesalahan dalam kemahiran menulis karangan. Oleh hal yang demikian, kertas konsep ini untuk memungkinkan guru membuat perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran

6.0 Kepentingan Kertas KonsepIbu BapaIbu bapa dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan anaknya dan menjadikan panduan untuk membantu murid dalam membaiki kesalahan dalam kemahiran menulis karangan. Selain itu, kertas konsep ini dapat memberikan pengetahuan asas kepada ibu bapa bentuk karangan yang baik dan strategi pengajaran menulis karangan yang lebih baik dan mudah.

Murid-muridKertas konsep ini dapat membantu murid mengetahui kelemahan merka dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan mereka faham dan tahu bagaimana penulisan karangan yang baik dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Di samping itu, dapat melazimkan murid dengan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu yang betul.

7.0 CADANGAN KERTAS KONSEPPenulis bercadang untuk menjalankan kajian dengan mencari kaedah yang bersesuaian bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut. Antara kaedah yang boleh digunakan ialan pembelajaran secara koperatif. Kaedah pembelajaran koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid yang pandai dan lemah bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama (Gan,1999).

Penulis juga bercadang menghasilkan satu modul panduan untuk digunakan oleh semua guru bagi memudahkan proses membantu murid tidak melakukan kesalahan dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Modul tersebut juga boleh digunakan selepas murid-murid telah menguasai kemahiran bagi melazimkan mereka dengan penulisan bahasa Melayu yang betul.

8.0 KESIMPULANSebagai rumusan keseluruhannya, peranan guru dilihat sangat bertepatan dan menjadi pencetus utama kepada sekolah sebagai pembimbing murid dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP, jelas kemahiran menulis adalah salah satu induksi penting selain membaca dan mengira melalui mekanisme 3M yang harus dijalankan dengan berkesan dan mencapai objektif. Kertas konsep ini ditulis bertujuan untuk mengenal pasti masalah murid Cina yang masih lemah dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu dan membantu meningkatkan pencapaian murid-murid Cina dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu di sekolah. strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru juga mendatangkan kesan yang positif kepada murid dalam memupuk pembelajaran kondusif dan menyeronokkan. Melalui, Kementerian Pendidikan Malaysia, kerajann perlu melihat hasil kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam membantu murid-murid Cina menguasai kemahiran ini dengan baik.

Sekian, terima kasih