presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)

38
SEKOLAH KLUSTER & SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Upload: rozhan-zakaria

Post on 16-Jan-2015

2.809 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

SEKOLAH KLUSTER&

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Page 2: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

DISAMPAIKAN OLEH:

ROZHAN ZAKARIA

Page 3: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

SEKOLAH KLUSTER

Page 4: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

SEKOLAH KLUSTER

MISI NASIONAL

Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ’minda kelas pertama’

Teras 3 Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara

membina dan produktif

Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. Sepanjang tempoh RMKe-9, KPM berhasrat untuk mengembangkan sepenuhnya potensi institusi pendidikan sehingga

membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.

untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar.

RMK 9

Teras strategik dalam Misi Nasional menunjukkan pendidikan sebagai elemen utama

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), agensi yang bertanggungjawab memikul tugas dan amanah demi menyokong dan mendukung agenda baru negara.

Page 5: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

DEFINISI

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah sekolah-sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya berasaskan aspek akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah, budaya, hubungan dengan pihak luar, pembangunan modal insan dan sumber. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas) yang dapat menyerlahkan watak sekolah.

Page 6: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

• 19 Januari 2007 - Kertas cadangan “ Konsep dan Pelaksanaan Kelompok Sekolah Cemerlang” dibentang

• 24 November 2006 dan 19 Januari 2007 – pembentangan kertas cadangan berkaitan sekolah autonomi dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional

• Jemaah Nazir Sekolah menghasilkan Kertas Cadangan Pelaksanaan Sekolah Kluster

• 2 Februari 2007 - Draf Kertas Cadangan Pelaksanaan Sekolah Kluster dibincangkan bersama-sama dengan bahagian-bahagian lain di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

• 21 Februari 2007 - Draf yang telah dimurnikan dibentangkan dan dibahaskan dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional

• 27 Februari 2007 - Kertas Konsep Pelaksanaan Sekolah Kluster dibentangkan dan dipersetujui oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia

KRONOLOGI PELAKSANAAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Page 7: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

• 27 Februari 2007 - Sektor Sekolah Kluster telah ditubuhkan di Bahagian Sekolah, KPM

• 23 Mac 2007 - Pelantikan 11 orang Panel Penasihat serta penyerahan watikah pelantikan

• 30 Mac 2007 - sebanyak 30 buah sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah kluster Fasa pertama

• 1 April 2008 - sebanyak 30 buah sekolah telah diktiraf sebagai sekolah kluster Fasa kedua

• 9 April 2009 - sebanyak 60 buah sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah kluster Fasa ketiga

• 25 Januari 2010 sebanyak 20 buah sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan 16 buah daripada sekolah tersebut merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Page 8: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

• Amalan mengelompokkan sekolah merupakan suatu usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang telah dilaksanakan di banyak negara berlandaskan asas-asas yang berbeza.

• Antara asasnya

berkongsi kepakaran mengoptimumkan penggunaan sumber yang

ada lokasi program/projek kecemerlangan berkongsi amalan baik membina jaringan kerjasama dan pembelajaran

khusus

PELAKSANAAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN DI LUAR NEGARA

Page 9: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

DASAR DAN MATLAMAT SKK (PIPP 2006-2010)

• Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat sebagai sekolah kluster kecemerlangan

• Membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama menerusi pendekatan, piawaian dan penanda aras

• Institusi-institusi model menjadikan showcase pada peringkat antarabangsa seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

Page 10: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

• menjadi tapak untuk merintis pendekatan dan perubahan baru dalam sistem pendidikan

• Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, berkemahiran, berkeperibadian mulia, berdaya kepimpinan tinggi, mempunyai semangat kerja berpasukan, berfikiran kreatif, bersemangat patriotik, berfikiran global dan berdaya saing

• Pengetua, guru besar dan guru dari institusi yang cemerlang ini pula diharapkan dapat menjadi contoh dan boleh berkongsi pengalaman dengan pengetua, guru besar dan guru-guru dari institusi yang lain

Page 11: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Sekolah dikelompokkan dalam kluster kecemerlangan berdasarkankepada lokasi (bandar, luar bandar, pedalaman), jenis sekolah dantahap sekolah seperti yang berikut:

Sekolah Rendah (SK, SJK(C), SJK(T) dan Sekolah Orang Asli)

Sekolah Menengah (SBP, SMT, SMKA, Sekolah Menengah

Harian, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun, Sekolah Sukan,

Sekolah Seni, sekolah dalam persekitaran Putrajaya danCyberjaya, Sekolah Model Khas)Sekolah Pendidikan Khas (SPK, SMPK, SMPKV)Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.

(PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

PENGELOMPOKAN SEKOLAH

Page 12: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

KELOMPOK SKK

TAHAP A: Sekolah cemerlang yang boleh menjadi model (showcase) dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa

TAHAP B: Sekolah cemerlang yang boleh menjadi model dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan, seterusnya hingga ke peringkat antarabangsa.

TAHAP C: Sekolah yang berpotensi mencapai kecemerlangan hingga ke peringkat kebangsaan.

Page 13: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

LONJAKAN SKK MENERUSI PEMBANGUNAN KEBITARAAN

SEKOLAH

Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas)

yang dapat menyerlahkan watak sekolah.Berdasarkan elemen inilah sekolah ini berupaya membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama yang dapat bersaing pada peringkat global seterusnya menjadi show case (contoh teladan) di peringkat kebangsaan danantarabangsa.

Page 14: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

KEBITARAAN SKK

KEBITARAAN AKADEMIK

• MATA PELAJARAN tertentu menjadi identiti sekolah• Merangkumi aktiviti koakademik

KEBITARAAN KOKURIKULUM

• KOKURIKULUM tertentu menjadi identiti sekolah• Sukan, persatuan, kelab dan badan beruniform

Page 15: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Berdasarkan Teras 6 PIPP sebanyak 300 SKK perlu diwujudkan

Merujuk Persidangan PIPP di Hotel Pan Pacific, KLIA pada 19 – 22 Julai 2009 maka pemilihan dan pengiktirafan SKK untuk kesemua 300 SKK akan disempurnakan pada tahun 2015.

STATUS SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Page 16: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Konsep sekolah autonomi KPM ialah

pengurus sekolah tersebut diberikan kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh Kementerian Pelajaran dalam menguruskan program dan kegiatan dalam bidang autonomi yang ditetapkan iaitu:

Kurikulum Kokurikulum Hal ehwal murid Kewangan Fizikal sekolah Pemilihan dan pembangunan staf bagi pengetua, guru

besar, gurudan staf tambahan/sokongan

Penglibatan ibu bapa dan komuniti Asrama Projek khas berdasarkan bidang keistimewaan sekolah

(nicheareas)

KUASA AUTONOMI TERPIMPIN SEKOLAH KLUSTER

Page 17: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

KUASA AUTONOMI SKK

Akta Pendidikan 1996

Kurikulum Kebangsaan

Dasar, undang-undang dan arahan berkaitan penjawat awam

Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Siaran serta Garis Panduan Kewangan

Kuasa autonomi yang diberikan kepada SKK adalah Autonomi Terpimpin di mana tertakluk kepada pematuhan yang berikut:

Page 18: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan

negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

Program Kerjaya

Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar

negara

Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja

pengajian lepasan sekolah kluster

Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen

perubahan

Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara

Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang

cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

IMPAK

Page 19: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

DEFINISI

mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiridan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Page 20: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;

Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat;

Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa; dan

Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.

PRASYARAT

Page 21: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Kepimpinan Pengurusan Pencapaian Perhubungan Identiti Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri Sistem Bekerja Berprestasi Tinggi Kesaksamaan Timbal-Balas Penurunan Kuasa

CIRI-CIRI UTAMA SBT

Page 22: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

Menghasilkan pelajar yang cemerlang

Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di

dalam sistem

OBJEKTIF SUB-NKRA SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Page 23: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Fokus 1 : Kepimpinan Berprestasi Tinggi

Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah

Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti

Fokus 4 : Piawaian dan Penandarasan

Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan

Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

PELAN STRATEGIK SBT

Page 24: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

Tahun Bilangan Sekolah

2010 20

2011 30

2012 50

JUMLAH 100

PELAKSANAAN SBT

Page 25: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Page 26: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

PEMIMPIN Pengiktirafan sebagai pemimpin yang

berwibawa. Mempunyai kuasa autonomi untuk

Pengurusan Berasaskan Sekolah. Ganjaran dalam bentuk bonus. Peluang mendapat guru pakar dan guru

cemerlang. Peluang memilih guru yang efektif. Peluang memilih murid yang sesuai.

IMPAK

Page 27: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

GURU Pengiktirafan sebagai guru yang

berkesan. Mempunyai kuasa autonomi untuk

Pengurusan Berasaskan Sekolah. Ganjaran dalam bentuk bonus.

IMPAK

Page 28: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

MURID Murid berkemahiran dalam pengurusan diri,

bekerja dalam kumpulan, berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.

Berpeluang untuk memasuki universiti terkemuka di dunia .

Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.

Murid ditempatkan di kelas mengikut kebolehan / kemampuan tanpa berdasarkan umur.

IMPAK

Page 29: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

IMPAK

MURID Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat

dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.

Murid menerima P&P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal.

Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.

Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.

Page 30: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

ISU-ISU SEKOLAH KLUSTER/SEKOLAH

BERPRESTASI TINGGI

Page 31: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

1) Kerenah Birokrasi - menentukan had-had penurunan kuasa (kewangan)

a) Sejauhmanakah tahap kuasa autonomi dalam pengurusan kewangan diberikan kepada pihak pengurusan sekolah ?

b) Sejauhmanakah KPM benar-benar bersedia untuk memberi kuasa autonomi dan mengurangkan kerenah birokrasi?

c) Sejauhmanakah pentadbiran pusat bersedia untuk mengurangkan kebergantungan sekolah kepada pusat dengan memberi lebih kuasa autonomi kewangan kepada pengurusan sekolah ?

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, mandat dan punca kuasa,peraturan dengan berpandukan akta, surat pekeliling iktisas dan pelbagai lagi peraturan perlu dipatuhi, jika melanggar arahan, pelbagai tindakan akan dikenakan samaada surcharge, tindakan tatatertib, audit berteguran dan pelbagai tindakan lain akan diambil.

Peraturan-peraturan, kekangan dan kerenah birokrasi ini - mengekang kretiviti dan inovasi dalam usaha meningkatkan kualiti

pendidikan. -menggagalkan sesuatu perancangan dan dasar yang baik.-memberi kesan negatif terhadap kelicinan pentadbiran sesebuah sekolah

Page 32: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

2. PEMILIHAN SEKOLAH SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Isu-isu Berbangkita) Kriteria yang melayakkan sesebuah sekolah dipilih ? Apakah sekolah yang dipilih memenuhi syarat ?

b) Sejauhmanakah ketelusan pemilihan SK dan SBT? Apakah pemilihan tidak mewujudkan kecenderungan yang bersifat prejudis atau pilih bulu ?

- kerajaan perlu bersikap adil dalam membuat pemilihan sekolah SBT ( keseimbangan kedudukannya di bandar dan luar bandar)

-Pemilihan SBT perlu dilaksanakan secara telus tanpa pilih kasih dan perlu membuka peluang kepada semua sekolah yang merasakan layak memohon berdasarkan kriteria yang ditetapkan

-Tumpuan tidak harus lebih diberikan kepada sekolah berstatus Sekolah Kluster atau Sekolah Berasrama Penuh sahaja.

-Tiada sekolah jenis kebangsaan yang dipilih walaupun ada diantaranya membuktikan kejayaan dalam pelbagai aspek

-Kenapa sekolah-sekolah premier yang terkenal seperti St John’s Institution, Convent Bukit Nenas dan Penang Free School tidak dipilih sebagai SBT walaupun terkenal dan kelihatan memenuhi kriteria pemilihan SBT?

Page 33: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Page 34: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

3. Sekolah Berprestasi Tinggi lebih kepada penjenamaan semula Sekolah Kluster?

*Konsep SK dan SBT mempunyai persamaan yang ketara dari segi objektif

-mencapai standard prestasi pendidikan bertaraf dunia

- meningkatkan berkemahiran murid dalam pengurusan diri

-bekerja dalam kumpulan

- berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.

* Namanya sahaja berbeza. Retorik ini diterima masyarakat dari sudut pandangan wujudnya perbezaan SK dan SBT tetapi ironinya tidak terdapat perbezaan yang ketara dan signifikan antara SK dan SBT dari segi kriteria pemilihan sekolah dan pelaksanaan kedua-duanya.

Berita Harian (27 Januari 2010) Surat Jawapan KPM kepada SMS (Apa sudah jadi kepada Sekolah Kluster yang disenaraikan beberapa tahun lalu). Walaupun kriteria pemilihan tidak menetapkan hanya SK yang layak diiktiraf sebagai SBT, namun SK menjadi frame work kepada SBT untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara dan melahirkan pemimpin bertaraf dunia. Dalam maksud yang lebih jelas, SK akan bergerak seiring dengan SBT.

Page 35: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

4. Mampukah sekolah-sekolah menengah harian (terutamanya di luar bandar) bersaing dengan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster untuk mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi?

*Perlu juga bersaing dengan sekolah berjenama lain seperti Sekolah Bestari, Sekolah Premier dan Sekolah 100 Tahun, Sekolah Kawalan, Sekolah Elit, Sekolah Model Khas dan beberapa jenama sekolah yang lain.

*Kemudahan yang terdapat di sekolah menengah harian biasa tidak setanding yang diperolehi oleh Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.

*Budget dan peruntukan kewangan yang disalurkan kepada sekolah menengah harian sedikit dan sukar bagi pihak sekolah dan guru-guru melaksana dan menjayakan aktiviti di peringkat daerah, negeri mahupun yang lebih tinggi

*Jumlah Sekolah Kluster sedia ada dengan kebitaraan, kecemerlangan dan kekuatan tersendiri mengurangkan kebarangkalian sekolah biasa mencapai status SBT

Page 36: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

*Pemilihan kemasukan pelajar SBP adalah daripada kalangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR mahupun PMR (Tingkatan 3) dan berjaya melepasi ujian kemasukan. Olehitu, prestasi kecemerlangan sekolah dapat dikawal. Sekolah menengah harian terdiri daripada pelbagai latarbelakang akademik murid.

*Kementerian sepatutnya menumpukan sekolah-sekolah menengah harian yang tertinggal terlebih dahulu, agar mampu bersaing berbanding memberi bantuan kepada sekolah yang telah cemerlang dan mempunyai budaya pembelajaran yang sudah cukup baik serta sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang kuat

Page 37: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

KESIMPULAN Dilihat dari sudut positif-

*SK dan SBT memberi manfaat kepadaa pelajar luar bandar kerana keistemewaan yang diberikan kepada SK dan SBT melalui SBP dan pendekmokrasian pendidikan.

* Pihak KPM, pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar sekolah, pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan murid-murid akan selalu beriringan dan mengembeleng tenaga dan usaha untuk sama-sama menjayakan matlamat dan mengekalkan status berprestis SK dan SBT.

*Mewujudkan budaya bersaing dan budaya kecemerlangan dalam kalangan sekolah-sekolah yang merasakan berkelayakan untuk mencapai status SK mahupun SBT ataupun sekolah-sekolah kluster dan SBT sediaada untuk kekal di dalam kelompok tersebut. Namun persaingan harus adil dan setara antara luar bandar dan bandar.

Page 38: Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)

TERIMA KASIH