semester 9/2014 bbek1103 prinsip...

25
OUM BUSINESS SCHOOL SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMI

Upload: votuyen

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER 9/2014

BBEK1103

PRINSIP MIKROEKONOMI

Page 2: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya

menyempurnakan tugasan bagi subjek Prinsip Mikroekonomi – BBEK1103 ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada e-tutor

iaitu Pn. Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

forum serta banyak membantu dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah

dalam e-forum bagi memperolehi data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk

tugasan yang diberi.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri dan

anak-anak tercinta, ibu bapa dan mertua yang dikasihi yang pemudahcara dan memberi

sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sepejabat dan

kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan

sokongan semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna .

Sekian, terima kasih.

Page 3: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

3

1.0 KONSEP KEANJALAN

Keanjalan merupakan satu konsep penting di dalam bidang ekonomi. Secara

umum, ia merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur darjah responsif unit

ekonomi (pengguna dan pengeluar) terhadap kuantiti barang diminta atau ditawarkan

apabila berlaku perubahan terhadap pembolehubah atau faktor yang mempengaruhi

kuantiti barang diminta atau ditawarkan.

Konsep keanjalan yang berkait dengan pengguna ialah konsep keanjalan

permintaan. Keanjalan permintaan dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu keanjalan

permintaan harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang.

Konsep keanjalan yang berkait dengan pengeluar pula terdiri daripada keanjalan

penawaran dan keanjalan pengguna input.

Keanjalan permintaan dibahagikan kepada tiga jenis berasaskan perubahan

terhadap beberapa penentu utama yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang seperti

berikut :

a) Kesan perubahan harga sesuatu barang terhadap kuantiti diminta barang

berkenaan dikenali sebagai keanjalan permintaan harga.

b) Kesan perubahan pendapatan pengguna terhadap permintaan sesuatu barang

dikenali sebagai keanjalan permintaan pendapatan.

c) Kesan perubahan harga barang lain terhadap sesuatu barang dikenali sebagai

keanjalan silang.

1.1 Keanjalan Permintaan Harga

Dari segi konsep, keanjalan permintaan harga didefinisikan sebagai ukuran darjah

responsif atau kadar perubahan kuantiti diminta kesan perubahan harga barang itu sendiri

dengan andaian ceteris paribus. Manakala dari segi operasi, keanjalan permintaan harga

merujuk kepada peratus perubahan kuantiti barang diminta kesan daripada satu peratus

perubahan harga itu sendiri (andaian ceteris paribus).

Page 4: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

4

Nilai keanjalan permintaan harga boleh ditentukan dengan menggunakan

pendekatan keanjalan lengkuk dan keanjalan titik. Keanjalan lengkuk mengukur

keanjalan perminaan harga pada satu keluk permintaan kesan perubahan antara dua

tingkat harga. Nilai keanjalan boleh diperoleh dengan menggunakan rumus koefisien

keanjalan (Ed) berikut :

Ed = Peratus perubahan kuantiti diminta Peratus perubahan harga

Nilai pekali keanjalan permintaan harga boleh dikelaskan kepada lima darjah

keanjalan harga yang berbeza iaitu anjal, tak anjal, anjal satu (uniti), anjal sempurna dan

tak anjal sempurna.

a) Anjal

Permintaan dikatakan anjal sekiranya peratusan perubahan kuantiti

diminta bagi sesuatu barang lebih besar daripada peratusan perubahan

harga barang tersebut. Misalnya, apabila harga sesuatu barang meningkat

sebanyak 10%, kuantiti diminta terhadap barang berkenaan berkurangan

melebihi 10%. Permintaan anjal mempunyai nilai keanjalan (atau nilai

mutlaknya) lebih daripada satu tetapi kurang daripada infiniti atau

1 < Ed < ∞. Keluk permintaan anjal biasanya mempunyai kecerunan yang

lebih landai.

b) Tak anjal

Permintaan dikatakan tak anjal sekiranya peratusan perubahan kuantiti

diminta bagi sesuatu barang lebih kecil daripada peratusan perubahan

harga barang tersebut. Misalnya , jika harga sesuatu barang mengalami

kenaikan 10% tetapi kuantiti dimintanya jatuh kurang daripada 10%,

permintaan barang berkenaan adalah tak anjal. Keluk permintaan tak anjal

adalah lebih curam. Permintaan tak anjal mempunyai nilai pekali

keanjalan permintaan harga lebih daripada kosong tetapi kurang daripada

satu ( atau dalam nilai mutlak), 0 < Ed < 1.

Page 5: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

5

c) Anjal satu (uniti)

Permintaan dikatakan anjal satu sekiranya peratusan perubahan kuantiti

barang diminta adalah sama dengan peratusan perubahan harga barang

tersebut. Ini bermakna sekiranya harga meningkat sebanyak 10%, kuantiti

barang diminta juga akan merosot sebanyak 10%. Keluk permintaan anjal

satu berbentuk hiperbola tepat. Nilai keanjalan permintaan harga

bersamaan satu atau Ed = 1.

d) Anjal sempurna

Pengguna hanya akan membeli atau meminta sesuatu barang pada tingkat

harga P0 dan tidak akan membeli langsung barang tersebut pada tingkat

harga melebihi P0 . Keluk permintaan anjal sempurna berbentuk mendatar

atau selari dengan paksi kuantiti. Nilai keanjalan permintaan harga

bersamaan infiniti atau Ed = ∞.

e) Tak anjal sempurna

Perubahan harga barang tidak akam mempengaruhi kuantiti barang

diminta, iaitu sama ada harga adalah tinggi atau rendah, jumlah kuantiti

diminta adalah tetap sama. Oleh itu, keluk permintaan tak anjal sempurna

berbentuk menegak atau selari dengan paksi harga. Nilai keanjalan

permintaan harga bersamaan sifar atau Ed = 0.

1.2 Keanjalan Permintaan Silang

Keanjalan permintaan silang mengukur perubahan kuantiti permintaan terhadap

sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang lain. Kesan perubahan harga

baranng B terhadap permintaan barang A misalnya dapat diukur melalui nilai koefisien

keanjalan permintaan silang. Penghitungan Keanjalan silang :

Ed = Peratus perubahan kuantiti permintaan barang X

Peratus perubahan harga barang Y

Page 6: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

6

Koefisien atau nilai keanjalan permintaan silang menerangkan hubungan antara

barang. Terdapat tiga nilai keanjalan permintaan silang, iaitu positif, negatif dan sifar.

Keanjalan permintaan silang bernilai positif merujuk kepada barang pengganti. Keanjalan

permintaan silang bernilai negatif pula merujuk kepada barang penggenap manakala

keanjalan permintaan silang bernilai sifar merujuk kepada barang yang tidak berkaitan.

1.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan

Keanjalan permintaan pendapatan mengukur perubahan kuantiti permintaan

terhadap sesuatu barang kesan daripada perubahan pendapatan pengguna. Kesan

perubahan pendapatann (I) terhadap perubahan permintaan barang X dapat ditentukan

melalui nilai koefisien keanjalan permintaan pendapatan. Keanjalan pendapatan dihitung

daripada :

Ey = Peratus perubahan kuantiti diminta Peratus perubahan pendapatan

Nilai keanjalan permintaan pendapatan digunakan untuk menentukan jenis

barang berkenaan sama ada barang normal, barang mewah, barang bawahan atau barang

mesti.

a) Nilai keanjalan permintaan pendapatan positif menunjukkan permintaan

sesuatu barang meningkat apabila pendapatan meningkat. Barang tersebut

dikategori sebagai barang normal. Peratusan pertambahan permintaan kesan

daripada peratusan pertambahan pendapatan bergantung keada jenis barang

sama ada barang normal, barang keperluan atau barang mewah. Nilai

keanjalan permintaan pendapatan bagi barang normal ialah E1 = 1, iaitu

peratusan pertambahan permintaan adalah sama dengan peratusan

pertambahan pendapatan. Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang

keperluan ialah 0 <E1 < 1, iaitubperatusan pertambahan permintaan adalah

kurang daripada peratusan pertambahan pendapatan. Nilai keanjalan

permintaan pendapatan bagi barang mewah ialah E1 > 1, iaitu peratusan

pertambahan permintaan adalah lebih daripada peratusan pertambahan

pendapatan.

Page 7: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

7

b) Nilai keanjalan permintaan pendapatan adalah negatif jika kuantiti

permintaan sesuatu barang semakin berkurang apabila pendapatan bertambah.

Barang tersebut dikategorikan sebagai barang bawahan. Nilai keanjalan

permintaan pendapatan bagi barang bawahan ialah E1 < 0.

c) Nilai keanjalan permintaan pendapatan bersamaan kosong merujuk kepada

barang mesti. Permintaan terhadap barang mesti tidak berubah walaupun

pendapatan meningkat. Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi baranng

mesti ialah E1 = 0.

Jenis Keanjalan Permintaan/Penawaran Harga

Page 8: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

8

2.0 PERCUKAIAN

2.1 Pengenalan

Cukai merupakan satu intrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah

Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai digunakan oleh

sesebuah kerajaan untuk mentadbir dan menguruskan Negara dan juga bagi perbelanjaan

membangunkan Negara.

Cukai yang dikutip akan menjadi hasil kerajaan dan kemudian diagihkan semula

dengan dibelanjakan bagi tujuan keselamatan Negara dan rakyat, pembangunan fizikal

dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah di kampung, pekan dan bandar.

Page 9: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

9

2.2 Jenis-jenis cukai

Cukai boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori utama iaitu :

a) Cukai Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh

diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain yang dikenakan

secara langsung ke atas orang yang dikenakan, pada kebiasaan atas pendapatan

atau perolehan yang diterima. Cukai ini dikenakan ke atas individu menerusi

cukai pendapatan.

b) Cukai Tak Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh

diagihkan dan pindahkan sepenuh atau sebahagianya kepada orang lain dengan

dikenakan atas barangan atau perkhidmatan, yang mana beban cukai ditanggung

melalui harga barangan atau perkhidmatan. Cukai ini dikenakan atas syarikat

dalam bentuk cukai keuntungan syarikat.

2.3 Jenis dan ciri cukai

a) Cukai Pendapatan Individu - Individu pemastautin yang berpendapatan

RM16,667 (AS$5,208) ke atas setahun (selepas potongan bagi pelepasan diri).

Individu bukan pemastautin (tidak layak untuk pelepasan diri)

b) Cukai Jualan - Cukai jualan dikenakan ke atas barangan buatan diimport

dan tempatan tertentu di bawah Akta Cukai Jualan,1972

c) Cukai Syarikat - Syarikat pemastautin dan bukan pemastautin.

d) Cukai Pendapatan Petroleum - Cukai pendapatan petroleum adalah cukai yang

dikenakan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (PITA) ke atas

pendapatan yang diterima oleh setiaporang yang dikenakan cukai daripada

operasi-operasi Petroleum

e) Cukai Perkhidmatan - Cukai perkhidmatan ini dikenakan ke atas perkhidmatan

dikenakan cukai yang disediakan oleh orang yang dikenakan cukai di bawah

Akta Cukai Perkhidmatan 1975.Perkhidmatan ini termasuk perkhidmatan yang

Page 10: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

10

disediakan ahli profesional (seperti peguam, jurutera, arkitek, juru-ukur, pakar

perunding), syarikat pengiklanan, hospital swasta, syarikat insurans, syarikat

komunikasi, hotel dan restoran.

f) Duti Eksais - Duti eksais dikenakan ke atas barangan buatan diimport dan

tempatan di bawah Akta Eksais, 1976. Barangan berkenaan tersenarai di bawah

Perintah Duti Eksais, 2004 seperti kereta, motosikal, rokok, minuman keras.

2.4 Tujuan cukai

Percukaian penting dalam sistem ekonomi, sosial negara sejak manusia hidup

bertamadun. percukaian berperanan penting dalam perkembangan sistem ekonomi dan

sosial negara sejak manusia hidup bertamadun dan tujuan utama kerajaan mengenakan

cukai dari zaman purba hingga sekarang adalah untuk mendapatkan sumber kewangan

bagi perbelanjaan negara dan rakyat .

Percukaian itu sendiri melalui proses perkembangan berterusan daripada satu

sistem kutipan hasil secara mudah tanpa sebarang peraturan bertulis kepada satu sistem

perundangan dan pentadbiran yang lebih kompleks. Namun prinsip asas percukaian tetap

berkekalan sehingga hari ini iaitu sebagai suatu mekanisme mengumpulkan hasil

daripada individu, syarikat atau entiti lain untuk membangunkan negara dan

menyediakan pelbagai kemudahan awam bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat.

Dasar percukaian dalam era sistem ekonomi moden tidak lagi dilihat semata-mata

sebagai alat mendapatkan sumber pendapatan kerajaan. Cukai juga dilihat sebagai satu

proses pindahan wajib sumber ekonomi daripada sektor swasta kepada sektor awam bagi

mencapai beberapa objektif ekonomi dan sosial negara.

2.5 Kelebihan Cukai

Oleh itu, manfaat sebenar yang diperoleh daripada membayar cukai ialah seperti

keamanan (hasil daripada perbelanjaan negara ke atas keselamatan), nikmat kualiti hidup

Page 11: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

11

lebih baik (hasil daripada kemudahan pendidikan dan kesihatan), peluang pekerjaan dan

pelaburan (hasil binaan rangkaian infrastruktur yang moden).

Cukai yang dikenakan ke atas pembayar cukai berpendapatan tinggi menjadi

sumber hasil kerajaan seterusnya dapat diperuntukkan untuk menambah baik kemudahan

awam bagi manfaat semua, terutama golongan miskin dan mereka berpendapatan rendah.

Percukaian sama ada cukai langsung atau cukai tidak langsung akan kekal

menjadi sumber utama kerajaan bagi pembiayaan perbelanjaan operasi jentera kerajaan

untuk memberi pelbagai kemudahan kepada rakyat serta pembangunan negara pada masa

kini dan di masa hadapan.

3.0 HUBUNGAN ANTARA CUKAI DAN KEANJALAN

Cukai jualan merupakan cukai tak langsung. Cukai jualan menyebabkan harga

barang dan perkhidmatan meningkat di pasaran. Apabila harga barang dan perkhidmatan

meningkat, pengeluar akan meningkatkan pengeluaran output untuk mendapatkan

keuntungan yang lebih tinggi. Sama ada beban cukai ditangggung oleh pembeli atau

pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan penawaran sesuatu barang.

3.1 Keanjalan penawaran dan beban cukai

a) Beban cukai merupakan bahagian yang akan ditanggung oleh penjual atau

pembeli. Untuk menentukan sama ada beban cukai ditanggung oleh penjual

atau pembeli, dirujuk kepada rajah di bawah yang menunjukkan empat jenis

keanjalan penawaran iaitu tak anjal sempurna, tak anjal, anjal dan anjal

sempurna. Dalam keempat-empat keadaan tersebut, diandaikan keluk

permintaan adalah anjal.

b) Keluk penawaran tak anjal sempurna, keseimbangan asal berlaku apabila

keluk permintaan D D bersilang dengan keluk penawaran S S pada titik E

pada harga P dan kuantiti Q. Andainya kerajaan mengenakan cukai jalan

sebanyak P P seunit keluaran. Cukai menyebabkan kos pengeluaran

meningkat. Memandangkan keluk penawaran adalah tak anjal sempurna,

walaupun kos pengeluaran meningkat, penjual tetap mengeluar pada tingkat

Page 12: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

12

keluaran yang sama iaitu Q dan harga tetap pada . Ini bermaksan penjual

terpaksa menanggung semua beban cukai sebanyak P P seunit keluaran

(PPEE). Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan ialah PPEE dan

semua dibayar oleh penjual. Oleh itu, harga yang tetap pada P ( harga pasaran

tidak naik) mmenunjukkan pembeli tidak menanggung beban cukai.

c) Keluk penawaran tak anjal, keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan

DD bersilang dengan keluk panawaran SS pada titik E pad harga P dan

kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai sebanyak PP seunit

keluaran. Cukai menyebabkab kos penngeluaran meningkat.

d) Oleh itu keluk penawaran beralih ke kiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku

apabila keluk permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik

E. Ini mnyebabkan harga naik ke P dan kuantiti berkurang ke Q. Jumlah hasil

cukai yang diterima oleh kerajaan ialah PPEE. Beban cukai yang ditanggung

oleh pembeli ditunjukkan oleh kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu

sebanyak PP seunit keluaran (PPEE) dan beban cukai yang ditanggung oleh

penjual sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Oleh itu apabila keluk

penawaran tak anjal, beban cukai yangditanggung oleh penjula adalah lebih

besar daripada beban cukai yang ditanggung oleh pembeli (PP>PP).

e) Keluk penawaran anjal. Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan D

bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pad harga P dan kuantiti Q.

Andaikan kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak PP seunit keluaran.

Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Oleh itu, penjual

mengurangkan keluaran dan keluk penawaran beralih ke kiri ke SS.

Keseimbangann baru bberlaku apabila keluk permintaan DD bersilang dengan

keluk penawaran SS pada titik E. HArga keseimbangan meningkat ke P dan

kuantiti keseimbangan berkurang ke Q. Jumah hasil cukai yang diterima oleh

kerajaan ialah PPEE. Beban cukai yang ditanggung oleh pembeli ditunjukkan

oleh kenaikan harga pasarandari P ke P ditangggung oleh penjual sebanyak PP

seunit keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk penawaran adalah anjal, beban

cukai yang ditanggung oleh pembeli dan penjual adalah sama banyak (PP =

PP).

Page 13: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

13

f) Keluk penawaran anjal sempurna, keseimbangan berlaku apabila keluk

permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik e pada harga

P dan kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai jalan sebanyak PP

seunit keluaran. Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Oleh itu,

pengeluar akan mengurangkan keluaran dan keluk penawaran beralih ke kiri

ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk permintaan DD bersilang

dengan keluk penawaran SS pada titik E. Harga meningkat ke P dan kuantiti

berkurang ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan ialah PPEE.

Beban cukai yang ditanggung oleh pembeli ditunjukkan oleh kenaikan harga

pasaran dari P ke P iaitu sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Jumlah beban

cukai yang ditanggungoleh pembeli adalah sama dengan jumlah hasil cukai

yang diterima oleh kerajaan. Oleh itu, apabila keluk penawaran adalah anjal

sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh pembeli.

3.2 Keanjalan permintaan dan beban cukai

a) Keanjalan permintaan yang berbeza dengan andaian ceteris paribus dapat

menunjukkan perbezaan beban cukai yang ditanggung oleh pembeli atau

penjual. Di dalam rajah menunjukkan empat jenis keanjalan permintaan harga

yang berbeza. Dalam keempat-empat keadaan tersebut, diandaiakn keluk

penawaran adalah anjal.

b) Keluk permintaan tak anjal sempurna, keseimbangan berlaku apabila keluk

DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pada harga P dan

kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai sebanyak PP seunit

keluaran. Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Oleh itu, keluk

penawaran beralih ke kiri ke SS, Keseimbangan baru berlaku apabila keluk

permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E. Harga

meniingkat ke P dan kuantiti keluaran tidak berubah, iaitu tetap pada Q.

Kerajaan menerima hasil cukaisebanyak PPEE. Beban cukai yang ditanggung

oleh pembeli ditunjukkan oleh kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu

sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk permintaan

adalah tak anjal sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh pembeli, iaitu

sama dengan jumlah cukai yag ditterima oleh kerajaan sebanyak PPEE.

Page 14: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

14

c) Keluk permintaan tak anjal, keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan

DD bersilang dengan keluk panawaran SS pada titik E pada harga P dan

kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai sebanyak PP seunit

keluaran. Ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan keluk penawaran

beralih ke kiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk permintaan

DD bersilanng dengan keluk penawaran SS pada titik E. Harga meningkat ke

P dan kuantiti berkurang ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan

ialah PPEE. Beban cukai yang dtanggung oleh pembeli ditunjukkan oleh

kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu sebanyak PP seunit keluaran (PPEE)

dan beban cukai yang ditanggung oleh penjual iaah sebanyak PP seunit

keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk permintaan adalah tak anjal, beban

cukai yang ditanggung oleh pembeli adalah lebih besar daripada beban cukai

yang ditanggung oleh penjual ialah sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Oleh

itu, apabila keluk permintaan adalah tak anjal, beban cukai yang ditanggung

oleh pembeli adalah lebih besar daripada beban cukai yang ditanggung oleh

penjual (PP>PP).

d) Keluk permintaan anjal, keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan DD

bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pada harga P dan kuantiti

Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak PP seunit keluaran.

Ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan keluk penawaran beralih ke

kiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk permintaan DD

bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E dan harga meningkat ke P

manakala kuantiti berkurangan ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh

kerajaan ialah PPEE. Beban cukai yang ditanggung oleh pembeli ditunjukkan

oleh kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu sebanyak PP seunit keluaran

(PPEE) dan beban cukai yang ditanggung oleh penjual ialah sebanyak PP

seunit keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk permintaan adalah anjal,

beban cukai yang ditanggung oleh pembeli adalah sama banyak dengan beban

cukai yang ditanggung oleh penjual (PP = PP).

e) Keluk permintaan anjal sempurna, keseimbangan berlaku apabila keluk

permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pada harga

Page 15: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

15

P dan kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak PP

seunit keluaran. Ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan keluk

penawaran beralih kekiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk

permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E.

Memandangkan keluk permintaan adalah anjal sempurna, pengurangan

penawaran tidak menaikkan harga. Oleh itu harga adalah tetap pada P tetapi

kuantiti berkurang ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan ialah

PPEE dan semua beban cukai ditanggung oleh penjual. Pembeli tidak

menanggung beban cukai kerana tiada kenaikan harga berlaku di pasaran

selepas cukai dikenakan.

f) Kesimpulan, apabila cukai jualan dikenakan oleh kerajaan untuk menentukan

sama ada beban cukai ditanggung oleh pembeli atau penjual, boleh dilihat

daripada kenaikan harga di pasaran. Jika harga pasaran meningkat, kenaikan

harga tersebut menunjukkan beban cukai ditanggunng olehh pembeli,

manakala bakinya ditanggung oleh penjual. Jika tidak berlaku kenaikan harga

selepas cukai jualan dikenakan, semua beban cukai tersebut ditanggung oleh

penjual.

Page 16: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

16

Page 17: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

17

4. KESAN KEANJALAN PADA CUKAI

Konsep keanjalan permintaan dan penawaran adalah sangat penting dalam

menjawab persoalan-persoalan tertentu dalam ekonomi. Satu contoh persoalan yang

dapat diberi jawapan apabila konsep keanjalan digunakan adalah persoalan siapakah

sebenarnya menanggung beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

a) Sifat Fizikal

Biasanya cukai dikenakan berasaskan sifat fizikal sesuatu barang tanpa

mengambil kira harganya. Misalnya, cukai jalan dikenakan berasaskan kapasiti

enjin kereta (iaitu cc kereta). Lebih tinggi kapasiti enjin lebih tinggi cukai yang

perlu dibayar.

b) Barang pengganti

Semakin banyak barang pengganti, semakin anjal permintaan barang tersebut.

Perubahan harga yang kecil akan memberi perubahan besar ke atas permintaanya.

dan juga sebaliknya. Contohnya kerajaan telah mewujudkan kedai 1 Malaysia

membolehkan rakyat pendapatan sederhana atau rendah memperolehi barang

ganti dengan harga yang lebih rendah.

c) Nisbah perbelanjaan daripada pendapatan pengguna

Semakin besar bahagian pendapatan dibelanjakan ke atas sesuatu barang, semakin

anjal permintaan. Contohnya, kereta yang memerlukan nisbah perbelanjaan yang

besar. Perubahan harga yang sedikit akan memberi pengaruh yang besar terhadap

permintaanya.

d ) Kegunaan barang tersebut

Barang yang banyak kegunaanya seperti komputer mempunyai anjal permintaan.

Jika harga komputer turun, banyak orang akan membelinya. Jika harga komputer

naik, orang akan kurang membelinya. Sebaliknya orang ramai akan membeli

barang yang mempunyai fungsi komputer tertentu seperti mesin taip untuk tujuan

menaip.

Page 18: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

18

e ) Kepentingan sesuatu barang

Barang utama biasanya merupakan bahagian penting kepada pengguna dalam

pengeluara barang pebuatan dan mempunyai pengganti yang sesuai dan murah.

Contoh minyak petrol, oleh itu walaupun harga minyak telah meningkat lebih

daripada 400 peratus sejak tahun 1973, permintaan ke atas minyak tidak

berkurangan.

f ) Jangka masa

Pengeluaran barang-barang pertanian memerlukan masa yang agak lama untuk

menambah dan mengurangkan keluaran mereka. Contohnya pengeluar getah

memerlukan enam tahun sebelum pokok getah menghasilkan susu getah.

Akibatnya adalah sukar bagi pengeluar barang pertanian untuk menambahkan

pengeluaran dengan serta merta apabila harga barangan itu meningkat. Sebaliknya

apabila harag barangan utama jatuh, pengeluar-pengeluar barang pertanan juga

tidak dapat menyekat pengeluaran dengan serta merta.

g) Jenama

Jika pengguna taksub kepada sesebuah jenama, maka ia tak anjal permintaan,

kerana kuantiti tidak berkurang atau berkurang sedikit apabila harga naik dengan

banyak.

h) Produk memudaratkan

Kerajaan akan kenakan tindakan menaikkan harga bagi barang-barangan seperti

minuman keras , rokok dan perjudian. Ini bermakna para pengguna dibebankan

dengan cukai yang lebih besar daripada apa yang ditanggung pleh para penjual.

Keadaan sebaliknya akan berlaku iaitu para penjual menanggung bebm cukai

yang lebih tinggi daripada pengguna apabila keluk permintaan adalah anjal.

Page 19: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

19

i) Pertumbuhan ekonomi

Kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk memastikan pertumbuhan

ekonomi yang pesat dan seterusnya meningkatkan perdapatan per kapita. Oleh itu

kerajaan akan menggalakkan sector awam dan swasta menggunakan sumber

kekayaan alam dan tenaga buruh yang ada untuk mempengaruhi pertumbuhan

ekonomi.

j) Pendapatan Pengguna

Kesan pendapatan terhadap permintaan bergantung kepada jenis barang yang

diminta sama ada barang tersebut merupakan barang biasa atau barang giffen.

i) Barang biasa

Hubungan antara pendapatan dengan permintaan terhadap barang biasa

adalah secara selari atau perhubungan positif. Apabila pendapatan

penggguna bertambah, kuasa beli pengguna akan bertambah. Peningkatan

kuasa beli akan menambahkan permintaan terhadap barang biasa.

Sebaliknya pengurangan pendaapatan penngguna kesan daripada cukai

misalnya, menyebabkan perminntaan penguna terhadap barang biasa

berkurangan.

ii) Barang giffen

Tidak seperti barang biasa, hubungan antara pendapatan dengn permintaan

terhadap barang giffen adalah songsang atau berhubungan negative.

Apabila pendapatan penggguna naik, kuasa beli pengguna bertambah.

Peningkatan kuasa beli pengguna menyebabkan pengguna menukar

penggunaan daripada barang giffen yang bermutu rendah dan berharga

murah yang digunakan sebelum ini kepada barang yang lebih bermutu

tinggi pada harga yang lebih tinggi. Oleh demikian kesan kenaikan

pendapatan akan mengurangkan permintaan terhadap barang giffen kerana

pennggguna menukar pembelian terhadap barang yang lebih berkualiti dan

relatif lebih mahal.

Page 20: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

20

k) Cukai barang dan perkhidmatan

Sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang mempunyai

banyak kelemahan dan kerajaan telah kehilangan banyak hasil. Sebagai langkah

reformasi cukai dan bagi memastikan sistem percukaian yang lebih adil, telus dan

efisien, pihak kerajaan akan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan

yang ada sekarang dan menggantikan dengan cukai barang dan perkhidmatan atau

‘goods and servives tax’ (GST).

Page 21: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

21

5. RUMUSAN

Kadar perubahan kauntiti diminta atau ditawarkan dapat ditentukan melalui

keanjalan permintaan atau keanjalan penawaran. Kenjalan permintaa terbahagi kepada

tiga iaitu keanjalan permintaan harga, kenjalan permintaan silang dan keanjalan

permintaan pendapatan.

Darjah responsif pengguna terhadap perubahan harga dapat ditentukan melalui

keanjalan permintaan harga. Melalui keanjalan permintaan silang, hubungan antara satu

barang dengan satu barang lain iaitu sama sebagai barang pengganti atau barang

penggenap dapat ditentukan. Melalui keanjalan permintaan pendapatn pula, ciri sesuatu

barang sama ada barang biasa, barang mewah atau barang giffen dapat ditentukan.

Kecerunan sesuatu keluk permintaan tidak dapat menentukan nilai keanjalan

pemintaan harga melainkan skala harga dan kuantiti adalah sama. Untuk menentukan

sama ada sesuatu permintaan itu adalah anjal, tidak anjal atau anjal satu, nilai keanjalan

perlu dihitung. Permintaan sesuatu barang dikatakan anjal jika peratus perubahan

kuantiti diminta melebihi peratus perubahan harga barang berkenaan. Sebaliknya berlaku

terhadap terhadap permintaan barang tidak anjal.

Antara faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga ialah kewujudan

barang pengganti, peratus perbelanjaan daripada pendapatan, bbarang keperluan dan

factor jangka masa. Pengeluar perlu menaikkan harga dengan lebih tinggi apabila

permintaan terhadap barangnya adalah tidak anjal. Sebalikny jika permintaan sesuatu

barang adalah anjal, untuk meningkatkan hasil dan seterusnya keuntungan, pengeluar

perlu menetapkan harga yang relatif rendah. Dengan berbuat demikian, jumlah hasil

dapat ditingkatkan.

Penawaran sesuatu barang dikatakan anjal apabila peratus perubahan kuantiti

ditawar bagi sesuatu barang adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga barang

tersebut. Sebaliknya berlaku terhadap penawaran barang tidak anjal. Antara factor yang

mempengaruhi keanjalan penawaran ialah factor jangka masa, kesediaan dan keboleh

tukar ganti faktor pengeluaran dan peningkatan kos pengeluaran.

3,820 patah perkataan

Page 22: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

22

6.0 RUJUKAN

OUM (2013) BBEK4203- Principles Macroeconomics/Macroeconomics I :Meteor Doc.

Sdn Bhd

Jomo K.S, Ishak Shari. (2003). Mikroekonomi. Jabatan Ekonomi Gunaan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, KL : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Md. Zhahir Kechot, Redzuan Othman dan Sabariah Ali (2003). Mikroekonomi STPM,

Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

http://www.mida.gov.my/.../index.php?...percukaian-di-mal...

http://www.bharian.com.my/articles/Pembayarcukaibantubangunkannegara/Article/print_

html

http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/09/hubungan-keanjalan-dengan-cukai-tax.html

Page 23: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

23

MARKING DETAILS

Total Percentage 100%

Final Mark 40 /40

Type : BBEK1103 JAN 2014

Category 4 3 2 1 0 Weightage

Introduction to the concept of elasticity.

Pengenalan

kepada konsep keanjalan.

Clear and detailed introduction to the concept of elasticity.

Pengenalan

tentang konsep keanjalan adalah jelas dan terperinci.

Clear and adequate introduction to the concept of elasticity.

Pengenalan

tentang konsep keanjalan adalah jelas dan mencukupi.

Clear but brief introduction to the concept of elasticity.

Pengenalan

tentang konsep keanjalan adalah jelas tetapi ringkas.

Vague introduction to the concept of elasticity.

Pengenalan

tentang konsep keanjalan adalah samar.

No introduction was given.

Tiada

pengenalan diberikan.

1.5

Description of taxation including the following: introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.

Penjelasan

cukai termasuk yang berikut: Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.

Detailed and clear description and explanation which covered the introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.

Penjelasan

dan penerangan yang terperinci dan jelas yang meliputi Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.

Clear description and explanation which covered three of the following the introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.

Penjelasan

dan penerangan yang jelas yang meliputi tiga daripada yang berikut: pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.

Clear description and explanation introduction which covered two of the following: introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.

Penjelasan

dan penerangan yang jelas yang meliputi dua daripada yang berikut: Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.

Vague description and explanation which covered one of the following: introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.

Penjelasan

dan penerangan yang meliputi satu daripada yang berikut: Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.

No description was given.

Tiada

penjelasan diberikan.

2

Page 24: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

24

Explanation of relationship between tax and elasticity.

Penerangan

hubungan antara cukai dan keanjalan.

Able to describe clearly and in detail the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were very clear.

Boleh

menjelaskan dengan jelas dan terperinci hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi. Rajah yang digunakan sangat jelas.

Able to describe clearly and adequately the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were clear.

Boleh

menjelaskan dengan jelas dan mencukupi hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi. Rajah yang digunakan jelas.

Able to describe clearly but briefly the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were unclear.

Boleh

menjelaskan dengan jelas tetapi ringkas hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi. Rajah yang digunakan tidak jelas.

Able to describe vaguely the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given but without using graph.

Boleh

menjelaskan dengan kabur hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi tetapi tanpa menggunakan rajah.

No explanation was given.

Tiada penjelasan dan penerangan diberikan.

2.5

Discussion on the effects of elasticity on taxation.

Perbincangan

kesan keanjalan pada cukai.

Able to provide 4 effects of elasticity on taxation. Malaysian examples were given and very clear.

Dapat memberi 4 kesan

keanjalan pada cukai. Contoh-contoh Malaysia telah diberikan dan sangat jelas

Able to provide 3 effects of elasticity on taxation. Malaysian examples were given and clear.

Dapat memberi 3 kesan keanjalan

pada cukai. Contoh-contoh Malaysia telah diberikan dan jelas.

Able to provide 2 effects of elasticity on taxation. Malaysian examples were given but unclear.

Dapat memberi 2 kesan keanjalan

pada cukai. Contoh-contoh Malaysia telah diberikan tetapi tidak jelas.

Able to provide 1 effect of elasticity on taxation. Discussion given was not supported with Malaysian examples.

Dapat memberi 1

kesan keanjalan pada cukai. Perbincangan tidak disokong dengan contoh-contoh Malaysia.

No discussion was given.

Tiada perbezaan diberikan.

3

Summary

Rumusan

Summary covered at least three relevant key points and presented in

Summary covered two relevant key points and presented in a coherent

Summary covered one relevant key point but presented in an

Irrelevant points were summarized.

Perkara-

perkara yang

No summary was given.

Tiada

rumusan

1

Page 25: SEMESTER 9/2014 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMIoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/sampleassignment/BBEK1103... · Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam

BBEK1103

25

a coherent manner.

Rumusan meliputi sekurang-kurangnya tiga perkara yang

berkaitan dan dibentangkan dengan cara tersusun.

manner.

Rumusan meliputi dua perkara yang berkaitan dan dibentangkan dengan cara

yang tersusun.

incoherent manner.

Rumusan meliputi satu perkara yang berkaitan tetapi dibentangkan

dengan cara yang tidak tersusun.

tidak berkaitan dirumuskan.

diberikan.

OVERALL COMMENTS

Clear and detailed introduction to the concept of elasticity. Detailed and clear description and explanation which covered the introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes. Able to describe clearly and in detail the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were very clear.