dinamika malaysia - masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

47
DINAMIKA MALAYSIA UHAS 1172 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Oleh: HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Upload: abdul-khaliq

Post on 25-Jun-2015

6.766 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

dinamika malaysia @ hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Oleh:

HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Page 2: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

MASYARAKAT MULTI ETNIK DI MALAYSIA

Page 3: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

MASYARAKAT AWAL (MELAYU)

1. Menurut G. Ceodes (The Indianesed State of S.E.A)

- penduduk pribumi bumi NUSANTARA pada zaman pra

sejarah

- sudah memiliki peradaban mereka sendiri

- dalam bidang ekonomi – sudah menjalankan usaha-usaha pertanian padi, menternak bintang, menguasai

ilmu pelayaran & penggunaan logam

2. Mengikut N.J Krom – terdapat juga kesenian seperti wayang kulit, gamelan & kepandaian membatik

3. Ralph Linton – organisasi sosio-politik penduduk-penduduk kepulauan Melayu pada masa lampau merupakan corak daripada unit-unit perkampungan seperti yang dikenali sampai hari ini – organisasi yang mempunyai ketua (ketua kampung)

Page 4: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

1. Orang Melayu sudah beribu-ribu tahun hidup bermasyarakat di semenanjung

2. Bukti-bukti jelas daripada tinggalan rangka-rangka manusia, alat-alat kerja yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi di beberapa tempat

3. Asal-usul orang Melayu – terdapat berbagai-bagai teori, antaranya oleh Hendrik Kern dan Von Heine – Geldern mengatakan:

- Terdapat 2 kumpulan pengembara dari Yunan antara tahun 2500 – 1500 SM

- Contoh : Melayu Proto – orang Melayu asli sekarang

: Melayu Deutro – orang Melayu sekarang

Page 5: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

1. Sistem politik / pentadbiran melalui tradisi (awal) adalah mudah

2. Bermula dengan peringkat yang paling kecil. Cth: pentadbiran keluarga

3. Di ketuai oleh bapa / suami

4. Dalam setiap kelompok masyarakat Melayu – terdapat seseorang tokoh yang dilantik sebagai pembimbing (ketua kampung) – supaya ahli masyarakat dapat hidup bersama dan saling hormat menghormati

5. Ciri-ciri pemilihan ketua:

(i) umur (seniority)

(ii) pengalaman yang luas

(iii) mempunyai kuasa luar biasa (bomoh / pawang)

(iv) pandai bermain senjata

SISTEM POLITIK MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Page 6: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Sistem Politik Masyarakat Melayu Tradisional

7. Jawatan ketua diturun temurunkan (ascribtion)

- bukan berdasarkan pencapaian (achievement)

- ada ikatan kekeluargaan

8. Kadang-kadang berlaku juga konflik sesama mereka dalam kelompok masyarakat melayu / kumpulan dari luar

9. Punca konflik : perebutan kawasan pengairan, persawahan / perdagangan

10. Unit-unit perkampungan telah disatukan menjadi sebuah organisasi yang lebih berkesan & kuat – memberi peluang untuk berkembang melalui penaklukan – kerajaan Melayu awal

11. Istana menjadi pusat pemerintahan kerajaan dipimpin oleh seorang raja – dibantu oleh pembesar

Page 7: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

ASPEK EKONOMI

1. Ekonomi sara diri – penumpuan mencari makan – bergantung pada alam sekitar – hubungan rapat dengan alam

2. Pertanian, menternak binatang – berusaha menghasilkan barangan keperluan sendiri – jika tak ada – tukar dengan barang

3. Sistem ekonomi melayu lama – terpisah antara golongan pemerintah dengan rakyat

4. Golongan pemerintah – menguasai ekonomi melalui pemungutan cukai

5. Majoriti rakyat adalah petani

6. Ada yang tinggal berhampiran dengan pelabuhan – melibatkan diri dalam perdagangan

7. Tanah menjadi milik pemerintah

Page 8: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Aspek Ekonomi

8. Rakyat tak ada tanah – sewa tanah pembesar

9. Kegiatan ekonomi dijalankan bersama-sama ahli keluarga – suka pada ahli keluarga yang ramai

10. Kerja-kerja dibantu oleh binatang

11. Hubungan sosial yang erat antara masyarakat – tolong menolong

12. Penggunaan teknologi rendah senderhana – (parang, kapak, cangkul, dan lain-lain)

13. Terdapat juga teknologi pembinaan perahu dan kapal

Page 9: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

ASPEK SOSIAL

KELUARGAAN

- Merupakan perkara penting sebagai pengikat hubungan antara anggota keluarga

- Terdapat 6 fungsi keluargaan:

(a) Fungsi Ekonomi – aktiviti ekonomi banyak bergantung kepada tenaga kerja keluarga

(b) Fungsi Pembelajaran – pembentukan akhlak, kemahiran tertentu serta warisan budaya bermula dalam keluarga. Ia berlaku dalam 2 tahap:

(i) Tahap kanak-kanak – penekanan terhadap pembentukan akhlak

(ii) Tahap remaja hingga dewasa – menekan kemahiran-kemahiran tertentu (bertukang, bermain senjata dll) – Keluarga yang tidak melaksanakan tanggungjawab ini akan merasa terhina dan

rendah diri

Page 10: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Aspek Sosial

(c) Fungsi Keagamaan – pengukuhan doktrin keagamaan dilaksanakan oleh keluarga (khususnya Islam) – kejahilan anak-anak akan

memalukan keluarga

(d) Fungsi Perlindungan – lingkungan keluarga (tempat yang paling selamat)

- keluarga memberikan perlindungan dari menadpaat ancaman fizikal, ekonomi, tekanan jiwa dan kesejahteraan psikologi

- Layanan yang baik daripada anak-anak kecil sehingga orang tua (uzur) – menjadi tanggungjawab keluarga

- Keluarga menjadi tempat menyelesaikan masalah

(e) Fungsi Rekreasi – bagaimana individu menghabiskan masa lapang (penglibatan dalam permainan, muzik, ukiran dan perbagai bentu

seni)

(f) Fungsi Pemberian Status – kedudukan individu ditentukan oleh keluarga yang dianggotainya

Page 11: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG MELAYU

- Mengikut Ralph Linton

- Sistem kepercayaan penduduk-penduduk kepulauan Melayu – percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa. Contoh: Animisme (penunggu, makhluk halus, semangat dan lain-lain)

- Terdapat juga kepercayaan dewa-dewa yang menguasai alam semesta (dewa bintang, dewa langit, dewi bumi dll) dan gejala-gejala pemujaan roh nenek moyang

- Kesan daripada kepercayaan terhadap makhluk halus telah menyebabkan lahirnya pelbagai upacara, peraturan (pantang larang) dan lain-lain

Page 12: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

MASYARAKAT MAJMUK

Page 13: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Masyarakat Majmuk

• Mula diperkenalkan oleh J.S. Furnivall pada tahun 1948 (buat kajian di Burma) lebih menekankan kesan penjajahan sebagai kuasa ekonomi

• Definisi Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok ras/etnik yang berlainan tetapi berada di bawah satu sistem pemerintahan

Page 14: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri

(a) Furnivall:(i) Terdiri daripada dua atau lebih komuniti

yang berbeza keturunan, kaum, adat resam dan lain-lain di antara satu sama lain

(ii) Tidak berkongsi azam sosial yang sama

(iii) Hanya berinteraksi dalam keadaan yang terbatas seperti hubungan interpersonal dalam kegiatan jual-beli

Page 15: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri

(iv) Mempunyai struktur politik penjajah

(v) Pembahagian tugas adalah mengikut garis etnik

(b) M. G. Smith:(i) Mempunyai kepelbagaian budaya

(ii) Tiada nilai bersama dan wujud konflik berkaitan kebudayaan yang dimiliki mereka

Page 16: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri

(c) Van den Berghe:(i) Tiada konsensus nilai(ii) Terdapat pelbagai kebudayaan(iii) Wujud konflik antara kelompok yang

berlainan(iv) Saling bergantung dalam aspek ekonomi

sebagai dasar intergrasi sosial(v) Dominasi politik oleh satu golongan tertentu(vi) Hubungan antara kelompok lebih bercorak

sekunder manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primer

Page 17: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Kesan

• Setiap kumpulan etnik cenderung untuk tinggal dalam kelompok sendiri tetapi berasingan daripada kelompok etnik lain

• Setiap etnik mempunyai kegiatan ekonomi masing-masing yang berbeza

• Ciri-ciri pekerjaan adalah mengikut garis etnik

• Jurang sosial di antara kaum menjadi lebar kerana interaksi di antara mereka terbatas

• Ketiadaan azam sosial bersama menghasilkan tingkah laku yang tersendiri dalam berpolitik

Page 18: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Kesan

• Konflik mudah berlaku dalam masyarakat majmuk kerana: Kepelbagaian kebudayaan Perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan Prasangka yang tebal dan tiada hubungan akrab Kecenderungan mengekalkan identiti tersendiri Penguasaan dalam bidang-bidang tertentu Bilangan masyarakat majoriti dan minoriti yang

hampir sama

Page 19: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Page 20: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

• Kehadiran orang-orang asing di Malaysia khususnya orang-orang Cina telah bermula seawal tahun Masihi 414 (catatan Sami Buddha Fa Hsien)

• Menjelang abad ke 15 (Zaman Kesultanan Melaka) jumlah bertambah

• Melaka merupakan penempatan awal & terbesar orang Cina di Tanah Melayu (catatan Laksamana Cheng Ho) mereka dikenali sebagai ‘straits Chinese’ atau Baba

Page 21: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

• Selain orang Cina terdapat juga India dan Arab di Melaka pada ketika itu

• Kehadiran orang-orang asing di zaman Kesultanan Melaka telah menimbulkan masalah kerana:(i) Jumlahnya yang kecil(ii) Datang hanya berdagang/sebagai pelaut asing(iii) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca(iv) Menghormati budaya tempatan

Page 22: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

(v) Hubungan antara Melaka dengan Cina lebih kepada bersifat hubungan kerajaan (Perkahwinan Sultan dengan Hang Li Po)

(vi) Semua kaum patuh kepada undang-undang & peraturan (Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka) menyebabkan tidak timbul masalah perkauman

(vii) Tidak wujud sifat ‘persaingan’ antara kaum kerana sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’

Page 23: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

• Penempatan yang tersendiri dengan komuniti yang terasing daripada penduduk tempatan menjadikan perbezaan budaya dan cara hidup amat ketara

Menjelang abad ke 20 menyaksikan kedatangan orang-orang India secara beramai-ramai untuk memenuhi tenaga kerja di estet-estet getah & buruh-buruh membina jalan-jalanContoh: 1901 – 120,000 orang

1931 – 625,000 orang1941 – 2,725,917 orang

Page 24: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

• Mengikut perangkaan, jumlah penduduk yang dibuat dalam tahun 1931, menunjukkan pertama kali didapati jumlah rakyat asing telah melebihi jumlah penduduk tempatan

Tahun 1911 1921 1931 1941

Kaum

Melayu 53.8% 49.2% 44.7% 41%

Cina 34.2% 35.0% 39.0% 43%

India 10% 14.0% 14.2% 14%

Lain-lain 2% 1.8% 2.1% 2%Sumber: Jabatan Perangkaan Tanah Melayu

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Page 25: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

• Kehadiran pendatang-pendatang asing telah memesatkan pertambahan pendudukContohnya: Pada tahun 1891 jumlah penduduk di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu 218,000 orang Menjelang 1931 meningkat 1.7 juta orang

dengan taburan:Melayu – 34.7%Cina – 41.5%India – 22.2% 65.3%Lain-lain – 1.6%

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Page 26: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

• Perbezaan cara hidup antara kaum di Tanah Melayu telah menepati ciri-ciri MM (Masyarakat Majmuk) Orang Melayu – dikategorikan sebagai petani Orang Cina – di lombong-lombong & peniaga Orang India – di estet-estet

Keadaan ini berterusan daripada sebelum merdeka awal kemerdekaan

Kekhuatiran orang-orang Melayu terhadap hak-haknya jelas dengan penolakan Malayan Union (1946) & peristiwa 13 Mei 1969

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Page 27: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

• Walau bagaimanapun, ciri-ciri MM telah dapat dikurangkan selepas kemerdekaan melalui dasar-dasar pentadbiran kerajaan

Tetapi ciri-ciri komunal tidak dapat dihapuskan kerana kewujudan parti-parti perkauman di mana pemerintahan Barisan Nasional sendiri adalah berteraskan komponen parit-parit ketiga-tiga kaum:

Melayu - UMNOCina - MCAIndia - MIC

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Page 28: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Melayu Mudah Lupa (Sajak)(Dibacakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir

ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupaMelayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdilMelayu mudah lupa Melayu mudah lupaDulu bangsanya dipijak Dulu bangsanya terpencilMelayu mudah lupa Melayu mudah lupaDulu bangsanya retak Tiada daulatMelayu mudah lupa Tiada maruahMelayu mudah lupa Tiada bebasDulu bangsanya teriak Melayu mudah lupaMelayu mudah lupa Melayu mudah lupaDulu bangsanya haprak Melayu mudah lupaMelayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lenaDulu bangsanya kelas dua Tanah lahirnya yang merekahMelayu mudah lupa BerdarahDulu bangsanya hina IngatlahMelayu mudah lupa IngatlahDulu bangsanya sengketa IngatlahMelayu mudah lupa Jangan muidah lupa lagiDulu bangsanya derita Kerana perjuanganmu belum selesai

Page 29: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

MASYARAKAT MODEN(PELBAGAI)

Page 30: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

MASYARAKAT MODEN (PELBAGAI)DI MALAYSIA

• Masyarakat Malaysia Moden hari ini lebih dikenali sebagai masyarakat pelbagai kerana penglibatan menyeluruh golongan etnik dalam pelbagai kegiatan hidup

• Kegiatan-kegiatan hidup tersebut merangkumi aspek-aspek seperti berikut:(a) Ekonomi

(i) Bidang perniagaan dan perdagangan kini bukan lagi dimonopoli oleh kaum Cina sahaja tetapi telah diceburi oleh orang Melayu dan India

(ii) Pekerjaan mengikut garis etnik semakin kabur kerana setiap bidang pekerjaan telah

diceburi oleh pelbagai etnik.(iii) Sektor swasta berperanan memberikan peluang-

peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

Page 31: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Masyarakat Moden (Pelbagai) di Malaysia

(b) Politik(i) Terdapat perikatan politik yang disertai oleh semua

kaum melalui parti Barisan Nasional iaitu sebagai parti pemerintah

(ii) Parti-parti pembangkang juga dianggotai oleh pelbagai kaum walaupun ada parti pembangkang yang khusus dianggotai oleh satu kaum namun perpaduan masih terus dapat dikekalkan

(iii) Sektor swasta berperanan memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

Page 32: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Masyarakat Moden (Pelbagai) di Malaysia

(c) Sosial(i) Terdapat tempat tinggal yang sama untuk semua

kaum seperti di taman-taman perumahan(ii) Interaksi antara kaum adalah akrab iaitu tidak terhad

kepada aspek jualbeli di pasar sahaja(iii) Pertubuhan-pertubuhan induk diperingkat

kebangsaan seperti sukan, pekerjaan, kesihatan, kebangkitan dan seumpamanya dianggotai oleh semua kaum

(iv) Sistem pendidikan dari peringkat rendah hinggi ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan silabus yang sama

(v) Mewujudkan sekolah wawasan dengan tujuan menyemaikan semangat perpaduan dikalangan semua kaum bermula di peringkat sekolah rendah

Page 33: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

INTEGRASI NASIONAL

Page 34: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Integrasi Nasional

Definisi Integrasi

-Weiner (1944:55) berpendapat integrasi sosial di definisikan sebagai satu proses yang menyatukan kumpulan-kumpulan yang berasingan dari segi budaya dan sosial menjadi satu ‘territotial unit’ dan membentuk perpaduan nasional-Menurut Schermerhon (1970:12) integrasi merupakan usaha menyatukan unit-unit kecil atau golongan minoriti ke dalam satu masyarakat yang dominan dari segi sosio-budaya dan falsafahnya.-Dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, masalah integrasi adalah satu masalah yang besar-Perbezaan-perbezaan yang wujud diantara kaum-kaum boleh menimbulkan tegangan dan mengancam keselamatan negara

Contoh: Peristiwa 13 Mei 1969 dilihat sebagai kemuncak manifestasi masalah integrasi nasional

Page 35: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Integrasi Nasional

- Sejak itu pihak kerajaan telah memberi keutamaan kepada integrasi nasional dalam dasar-dasar yang dilaksanakan

- Integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial adalah proses menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan mengenepikan perbezaan-perbezaan besar – dalam masa yang sama tidak menghilangkan identiti asas masing-masing

- Dalam proses ini, integrasi norma dan nilai dikalangan kaum amatlah penting walaupun ia agak sukar dilaksanakan

- Setiap manusia mempunyai norma dan nilai yang universal dan hampir sama seperti saling menghormati, saling memahami, toleransi, kerjasama, kejiranan, saling menolong, sayang kepada negara, cintakan keamanan, keharmonian dll

- Nilai dan norma universal inilah yang diharap dapat disepakat oleh semua kaum di negara ini

Page 36: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Integrasi Nasional

- Kesepakatan norma dan nilai tidak akan mengorbankan indentiti bersama tanpa mengorbankan indentiti asas mereka

- Satu keperluan lain ialah kesanggupan dan kesediaan setiap kaum menerima norma dan nilai baru sebagai indentiti bersama tanpa mengorbankan identiti asas mereka.

- Untuk mewujudkan kesepakatan norma dan nilai-bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia tidak berlaku secara semulajadi

- Menurut ahli-ahli sains sosial, untuk mewujudkan kesepakatan, perlu ada keadaan saling bergantung dari segi ekonomi, politik dan sosial

- Ini dapat dilakukan melalui penyertaan kaum-kaum dalam satu sistem pengeluaran yang sama, interaksi dan tindakan politik.

- Diantara unsur-unsur ini, tindakan politik adalah unsur yang paling penting dalam merancang dan mewujudkan keadaan saling bergantung dan interaksi di kalangan kaum

Page 37: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Integrasi Nasional

- Di Malaysia tindakan politik sudahpun diambil bagi mewujudkan integrasi nasional sejak negara mencapai kemerdekaan

- Namun selepas Peristiwa 13 Mei 1969, usaha lebih tegas dan bersungguh-sungguh telahy dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.Contoh:(i) mewujudkan Dasar Pendidikan Kebangsaan(ii) mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan(iii) mewujudkan Dasar Ekonomi Baru(iv) memperkenalkan Rukun Negara(v) memperkenalkan Rukun Tetangga(vi) memperkenalkan konsep 1 Malaysia dll

Page 38: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

GAGASAN 1 MALAYSIA

Page 39: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

1. PENGENALAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakini Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Page 40: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Sato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan, kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Page 41: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut:

Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.

“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan pekara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.

Page 42: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia , YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

1 Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total

Page 43: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

4. MATLAMAT

1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1 Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Page 44: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

5. 3 PRINSIP TERAS MALAYSIA

1 Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAANPRINSIP KENEGARAANPRINSIP KEADILAN SOSIAL

5.1 PRINSIP PENERIMAAN

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malauysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

5.2 PRINSIP KENEGARAAN

Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.

Page 45: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.

Tun Dr. Mahatir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Page 46: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

Gagasan 1 Malaysia

5.3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL

Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

Melalaui Konsep 1 Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

Namun begitu Konsep 1 Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

Page 47: Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011

SEKIAN TERIMA KASIHTAMAT

BYE..!!!