ustazah ainah ramlan angusa - ums.edu.my · tidak memberikan kesan dalam kehidupan seharian mereka....

4
|

Upload: doandien

Post on 10-Jul-2019

253 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ustazah Ainah Ramlan Angusa - ums.edu.my · tidak memberikan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Cara mudah untuk mengetahui ... perbanyakkan minum air mineral dan makan makanan

|

Page 2: Ustazah Ainah Ramlan Angusa - ums.edu.my · tidak memberikan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Cara mudah untuk mengetahui ... perbanyakkan minum air mineral dan makan makanan

Ustazah Ainah Ramlan Angusa

Pembantu Hal Ehwal Islam, PIUMS

Setiap manusia tidak akan lari daripada mengalami masalah dan setiap masalah

mempunyai tekanan. Antara punca stres adalah disebabkan oleh kecelaruan membuat

perancangan dalam kehidupan. Kehidupan yang ada hendaklah dirancang dengan sebaiknya

supaya tidak menyebabkan stres. Keadaan stres yang melampau boleh menyebabkan gangguan

sistem dan fungsi dalam badan kita. Selalunya, orang yang mengalami stres tidak akan menyedari

dirinya berada dalam keadaan stres, malah mereka beranggapan masalah yang dihadapinya itu

tidak memberikan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Cara mudah untuk mengetahui

seseorang itu mengalami stres iaitu dengan melihat tanda-tanda berikut antaranya adalah,

seseorang individu itu akan sentiasa merasa resah dan gelisah, jantung berdengup kencang dan

kuat marah, sentiasa berpeluh, sesak nafas dan hilang motivasi serta keyakinan diri.

CARA UNTUK MENGATASI STRES

Mengamalkan Cara Pemakanan Yang Betul

Pemakanan yang betul membantu kita untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan

anda sentiasa menjaga waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang mencukupi untuk

melaksanakan tugas seharian. Pada masa yang sama, pengambilan diet yang seimbang akan dapat

menjamin tubuh badan mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru itu, pastikan anda

mengambil makanan yang menyumbang kepada kesihatan anda seperti melebihkan pengambilan

makanan yang lebih banyak protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

Tidak Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi sehingga terlupa akan kemampuan diri sendiri.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mengelakkan diri daripada mengambil tugasan

lebih daripada kemampuan diri sendiri agar dapat meringankan tubuh serta minda.

Rehat Yang Secukupnya

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setelah penat bekerja. Jangan biarkan diri anda

sibuk dengan bekerja tanpa mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Antara aktiviti yang boleh

membantu untuk mendapatkan masa rehat yang berkualiti adalah seperti mendengar muzik klasik,

melakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu, mengunjungi tempat-tempat yang menarik,

perbanyakkan minum air mineral dan makan makanan yang mengandungi vitamin C.

Meluangkan Masa Dengan Keluarga Dan Rakan

Meluangkan masa yang berkualiti dengan ahli keluarga dan rakan-rakan dengan mengadakan

aktiviti yang dapat mengisi masa lapang seperti bercuti dan melakukan aktiviti riadah akan dapat

mengurangkan stres sekaligus dapat mengeratkan silaturahim diantara ahli keluarga dan juga

rakan-rakan.

Akhir sekali, stres boleh dicegah dan dibendung. Sebagai individu muslim amalkan

zikir dan membaca al-Quran setiap hari agar hati sentiasa tenang dan menerima kehidupan dengan

seadanya. Dengan adanya panduan diatas, diharapkan kita semua tidak akan mengalami stres yang berpanjangan.

“STRES DAN CARA UNTUK

MENGATASINYA”

Page 3: Ustazah Ainah Ramlan Angusa - ums.edu.my · tidak memberikan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Cara mudah untuk mengetahui ... perbanyakkan minum air mineral dan makan makanan
Page 4: Ustazah Ainah Ramlan Angusa - ums.edu.my · tidak memberikan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Cara mudah untuk mengetahui ... perbanyakkan minum air mineral dan makan makanan