semantik topik 7

9
PENGENALAN Cara kita mengetahui makna secara berperingkat adalah dengan berdasarkan sesuatu benda yang ditunjuk. Contohnya semasa anda dalam usia kanak-kanak, ayah anda mungkin ada menunjukkan kereta kepada anda sambil menyebut „Itu kereta‰. Tindakan tersebut merupakan proses bagi anda untuk mengetahui makna apabila ayah anda menunjukkan kereta berkenaan. Maka dengan itu juga, jelas bahawa sesuatu yang bermakna akan wujud apabila terdapat sesuatu yang ditunjuk. Makna juga berkait dengan penggunaan kata yang berhubung dengan kebudayaan masyarakat (Tallerman, 2000:45). T T o o p p i i k k 7 7 Semantik Leksikal HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan hubungan erti berdasarkan semantik leksikal; 2. Membezakan antara sinonim dan antonim; 3. Membina contoh-contoh ayat yang mempunyai struktur makna bertindih; dan 4. Menilai ketaksaan sesuatu ayat bagi membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Upload: cikgu-paklong

Post on 18-Dec-2014

23.372 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik Topik 7

PENGENALAN

Cara kita mengetahui makna secara berperingkat adalah dengan berdasarkan sesuatu benda yang ditunjuk. Contohnya semasa anda dalam usia kanak-kanak, ayah anda mungkin ada menunjukkan kereta kepada anda sambil menyebut „Itu kereta‰. Tindakan tersebut merupakan proses bagi anda untuk mengetahui makna apabila ayah anda menunjukkan kereta berkenaan. Maka dengan itu juga, jelas bahawa sesuatu yang bermakna akan wujud apabila terdapat sesuatu yang ditunjuk. Makna juga berkait dengan penggunaan kata yang berhubung dengan kebudayaan masyarakat (Tallerman, 2000:45).

TTooppiikk 77 SemantikLeksikal

HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan hubungan erti berdasarkan semantik leksikal;

2. Membezakan antara sinonim dan antonim;

3. Membina contoh-contoh ayat yang mempunyai struktur makna bertindih; dan

4. Menilai ketaksaan sesuatu ayat bagi membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Page 2: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 70

Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan. Di dalam topik ini juga, kita akan membincangkan kaedah mengkaji makna perkataan menerusi perbandingan dengan struktur makna bagi perkataan-perkataan yang sama.

SINONIM DAN ANTONIM

7.1.1 Sinonim

Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama (OÊ Grady, 2000: 118). Contoh bagi sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pula ialah tinggi yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim saling melengkapi, iaitu hidup lawannya mati. Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja.

Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 7.1.

7.1

Page 3: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 71

Jadual 7.1: Jenis Sinonim dan Contohnya

Jenis Sinonim Contoh

Sinonim Pinjaman Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol.Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.

Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama.

Contoh ayat, „Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir‰ dan „Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut‰.

Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut „Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut‰ akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

7.1.2 Antonim

Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 7.2.

Page 4: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 72

Jadual 7.2: Jenis Antonim dan Contohnya

Jenis Antonim Contoh Antonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan-

perkataan tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semula jadi.

Antonim Berperingkat Antonim ini dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk dan sebagainya. Peringkat ini berasaskan kata sifat atau kata yang menunjukkan kead aan dalam kategori yang sama sahaja.

Contohnya ialah muda lawannya tua dan tinggi lawannya rendah.

AntonimBerhubungan (Kata Bertentangan yang Berhubungan)

Maksud antonym ini ialah perkataan yang berlawan makna tetapi mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah lawannya pelajar.

Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun wujud.

HONMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF

Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (OÊ Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195). Lihat Jadual 7.3 untuk melihat contoh homofon dan homograf.

Jadual 7.3: Contoh Homofon dan Homograf

Homofon Penggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris.

Homograf Contohnya bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu).

7.2.1 Hiponim dan Hipernim

Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (OÊ Grady, 2000: 119-120). Lihat Rajah 7.1.

7.2

Page 5: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 73

Rajah 7.1 Hiponim dan Hipernim

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik makna, iaitu berdasarkan Jadual 3.4.

Jadual 7.4: Jenis Hiponim

Hiponim Tulen Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, iaitu beras dan nasi.

Hiponim Umum Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am.

POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN

7.3.1 Polisem

Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006: 231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Selepas anda mempelajari dua jenis polisem, saya akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menentukan polisem.

(a) Polisem Tulen Berdasarkan sebuah kamus, kata polisem mengandungi satu senarai makna

yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata masukan sahaja. Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999).

7.3

Page 6: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 74

Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak makna.

(b) Polisem Konteks Jika anda melihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat

perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa makna lawan, seperti dalam ayat „Kita tentang secara habis-habisan‰. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh di atas, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

7.3.2 Pertindihan

Jika anda menulis artikel atau seumpamanya, anda mungkin pernah menulis ayat yang mempunyai struktur makna bertindih. Lihat Jadual 7.5 berikut untuk meneliti contoh yang membawa maksud pertindihan.

Jadual 7.5: Pertindihan

Pertindihan Contoh ayat: Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah.

Jika anda membaca ayat ini dengan teliti, anda tentu ingin tahu tugasan ilmiah tersebut. Tugasan ilmiah boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel.

Justeru, cara terbaik bagi anda menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat, maka anda akan menulis ayat tersebut „Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah tesis, jurnal dan artikel.

7.3.3 Ketaksaan

Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik. Contoh berkaitan boleh anda lihat pada Jadual 7.6 berikut:

Page 7: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 75

Jadual 7.6: Ketaksaan

Ketaksaan Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya.

Ketaksaan menunjukkan kepada anda tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Perkataan teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya.

Dalam contoh di ruang sebelah, anda seharusnya dapat membayangkan makna teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan.

(a) KKetaksaan Struktural Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu

konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, „Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti‰.

(b) KKetaksaan Leksikal Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu

perkataan. Contoh, „Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya‰.

(c) KKetaksaan Metafora Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-

unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, „Perbuatan rakan anda itu biadab‰.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Huraikan jenis struktur makna dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian.

2. Apakah ciri-ciri utama bagi setiap jenis struktur makna?

Page 8: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 76

Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Dalam semantik leksikal, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.

Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan.

Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan.

Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf. Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan. Homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan.

Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat.

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan.

Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual. Perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna.

Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, „Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti‰.

Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, „Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya‰.

Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, „Perbuatan rakan anda itu biadab‰.

Page 9: Semantik Topik 7

TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 77

Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Tallerman, M. (2000). Understanding syntax. http://www.angelfire.com/id/ meaning. html accessed on 29 June 2007.

Finegan, E. (2004). Language: Its structure and use. (4th ed.). Thomson Wadsworth.

Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuiper, K., & Allan, S. (2004). An introduction to English language: Word, sound and sentence (2nd ed). Palgrave Macmillan.

OÊ Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addison Wesley Longman.