sem 3. hubungan etnik

13
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK TAJUK Terangkan konsep stereotaip,prejudis dan diskriminasi. Kemudian bincangkan keadaan stereotaip, prasangka dan diskriminasi yang berlaku di Malaysia dan kesannya ke atas hubungan etnik NAMA ZARINA BINTI SELAMAT NO.KP 680801 – 05- 5450 PENSYARAH Encik Mohd Hanafi bin Zainal

Upload: zarina-selamat

Post on 18-Jan-2016

270 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

esaimen hubungan etnik sem 3

TRANSCRIPT

Page 1: Sem 3. Hubungan Etnik

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

TAJUK

Terangkan konsep stereotaip,prejudis dan diskriminasi. Kemudian bincangkan

keadaan stereotaip, prasangka dan diskriminasi yang berlaku di Malaysia dan

kesannya ke atas hubungan etnik

NAMA ZARINA BINTI SELAMAT

NO.KP 680801 – 05- 5450

PENSYARAH Encik Mohd Hanafi bin Zainal

Page 2: Sem 3. Hubungan Etnik

Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu

kumpulan etnik seperti "Orang Belanda itu bersifat kedekut" , “ Orang Melayu malas “ dan

sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu

perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal

ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip

ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya

masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan

sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya

membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Prejudis pula ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik

lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak

diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas,

tepat atau mencukupi.Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif

terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah

walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah

salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada

generasi yang lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan

bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan

sebagainya.

Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh

seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang

mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Tuntasnya, diskriminasi ialah

perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan

ciri-ciri etnik semata-mata. 

2

Page 3: Sem 3. Hubungan Etnik

Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu

kumpulan etnik. Diskriminasi semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan

stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada pada peringkat individu ataupun kumpulan

etnik.

Diskriminasi dalam bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan

etnik cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan individu atau etnik yang

diprasangkakan. Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan

kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik (

ethnic cleansing).

Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnyaterhadap kumpulan

etnik yang lain. Sebagai contoh, orang barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap

kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik melayu mempunyai gambaran

stereotaip terhadap etnik cina dan india dansebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik

akan menghasilkan stereotaip yang berupa gamabran negatif atau positif.

PENGALAMANMALAYSIA

Prasangka atau prejudis merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Menurut

Macionis, (1998) bahawa prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu

atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras,

agama,pekerjaan, jantina atau kelas. Sebagai contoh, kaum kulit hitamdianggap kurang dari

segiintelektualdankekayaan.

Menurut Teori Scapegoat.(1939), prasangka timbul akibat penilaian awal yang

dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan

prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan

minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak

mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain

3

Page 4: Sem 3. Hubungan Etnik

Isu perkaumanmemang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan

manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba

mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.

Di Malaysia sendiri banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan

kepada garis perkauman atau etnik

Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang

dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan kesejahteraan

negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum

dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh

negara kita.Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu

dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan

seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor

penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan

dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi

dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara.

Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi

kesanpenjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British

bercorakpecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia

iaitu golongan Melayu. Golongan Cina dan golongan India.

Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan

kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang.Dasar

imigrasinya yang bebas telahmengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini.

Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomimengikut

etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang

berlainan.

4

Page 5: Sem 3. Hubungan Etnik

Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk menyatupadukan

rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah mementingkan pendidikan

bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan

pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga

sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan .

Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri

dan menanggung perbelanjaan sendiri.Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika

itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza.Di samping itu, melalui

dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di

kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka.

Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya

menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada

kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat banyak

prasangka

Pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969

Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis

menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik.

Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai

sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada

pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan.Apa yang lebih pnting

dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk

memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik

yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti

peristiwa 13 Mei 1969.

5

Page 6: Sem 3. Hubungan Etnik

Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik

dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah "yang baik buat teladan, yang buruk dijadikan

sempadan."

i) Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan

semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda.

ii) Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional

dan keharmonian antara kaum.

iii) Perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat

yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi

pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus

bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain.

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

Konsep-konsep asas hubungan etnik sangat relevan untuk memahami situasi

hubungan etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak, memainkan peranan penting

dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah kerajaan telah

melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan

rakyat.Antara langkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara

selepas peristiwa 13Mei1969.

Penubuhan majlis ini bertujuan membincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia

secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud. Kerajaan juga telah

memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.

6

Page 7: Sem 3. Hubungan Etnik

Keharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masayrakat

melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa politik.

Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas

hingga kini melalui seni bina Masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan

Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina cina, melayu, arab dan india.

Masjid-masjid yang dibina pada zaman kesultanan melayu melaka adalah unik iaitu

mempunyai menara berunsurkan ukiran campuran bermotif tempatan, Arab,Indiadan cina.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan pula telah memperkukuh lagi warisan

kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan

dalam kalangan masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik melayu seperti nasi

lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan masakan etnik cina seperti

nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para

pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju melayu, khususnya

pada hari Jumaat.Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian rakyat Malaysia

seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan.

Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus

mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk

keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan

panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.

7

Page 8: Sem 3. Hubungan Etnik

LAMPIRAN

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah kesan daripada sikap prejudis,streotaip dan diskriminasi yang tidak terkawal

8

Page 9: Sem 3. Hubungan Etnik

BIBIBLIOGRAFI

1. Shamsul Amri Baharuddin. 2010 . Modul Hubungan Etnik, Penerbit UITM,Shah Alam

2. Aziz Deraman.1992. Temadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Arena Ilmu.

3. Fauziah Shafiee dan Ruslan Zainuddin. 2000. Sejarah Malaysia. Kuala LumpurL:Fajar Bakti

9