selasa 21 oktober 2{114 tel: 1 300 22 6787 · 2016. 3. 30. · kraf tangan yang unik dan kreatif...

3
® SELASA 21 OKTOBER 2{114 1 ® TEL: 1 300 22 6787

Upload: others

Post on 15-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ® SELASA 21 OKTOBER 2{1141 ® TEL: 1 300 22 6787

  • ® SELASA 21tOKTOBER :to.

    +

    » Wanita Kota Belud

    gigih hasilkan pelbagai produk

    kraftangan, tambah

    pen~apatan sara keluarga

    \

    Oleh Vivi Olviana Najurus [email protected]

    M enghasilkan produk

    . kraf tangan yang unik dan kreatif tidak sia-sia kerana ia sering mendapat

    perhatian kepada mereka yang menghargai kehalusan seni warisan budaya.

    Bukan kerja mudah, tetapi jika rajin, bersemangat dan ada daya kreativiti, banyak bahan di sekeliling kita boleh dieksploitasi menjadi hasil kraf tangan yang sangat cantik.

    Bagi wanita di Sabah, ke-mahiran membuat perhiasan manik 'dan mutiara serta kepakaran menghasilkan pelba-gai kraf tangan daripada rotan, mampu memberi pUlangan lumayan kepada pengusahanya.

    Kraftangan berasaskan rotan di pantai barat Sabah banyak dihasilkan wanita etnik Dusun di Kampung Pirasan, Kota Belud yang mengangkat nama kawa-san itu sebagai antara tarikan utama dan tumpuan pengge-mar produk berkenaan

    Antara produk dihasilkan

    wanita di Kampung Pirasan ialah bakul, topi, tudung saji, perhiasan rumah seperti kerusi sofa, meja dan pelbagai aneka kraf tangan lain.

    . Produk lebih menarik Pengusaha kraftangan di Kam-pung Pirasan, Luyah Sungko-ling, so, berkata beliau mula menceburi perusahaan kraf tangan daripada rotan sejak berusia 14 tahun.

    Beliau mempelajari pem-buatan kraf tangan bermula daripada bakul rotan yang dibelinya sebelum cuba 'memahami secara terperinci jalinan rotan hinggalah ber-java menghasilkan produk serupa dan menambahkan kreativiti dengan hiasan untuk menjadikan produk lebih menarik.

    "Kesusahan hidup dan perbelanjaan seharian yang semakin meningkat, menye-babkan saya mahu mengikuti jejak ibu saudara membuat kraf tangan yang dilihat mampu mendapat keuntun-gan lumayan hasil jualan pelbagai produk berasaskan rotan," kata ibu h~'ila.da. 1...Q anak itu. 0 Muka 7

  • 21 OKTOBER 2014 ® SELASA ":

    Perkenal kraftangan Sabah o Darimuka6

    Luyah berkata, hasil kraf tangan di Kampung Pirasan mendapat banyak tempahan daripada pelbagai pihak, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan keluarga, selain meringankan beban suami beri-kutan mempunyai tanggungan yang ramai.

    Katanya, selain produk kraf tan gan itu dihasilkan bagi m emenuhi tempahan pelanggan, kebanyakan wanita yang mengusahakan hasil kerja tangan di kampung berkenaan, memasarkan produk mereka di tamu Kota Belud, Kota Kinabalu selain menyertai pameran yang dianjurkan pihak berkaitan.

    "Dengan pengalaman ber-puluh tahun dalam bidang ill, saya hanya mengambil masa dua jam untuk menyiapkan sebuah bakul rotan yang dijual pada

    Kraftangan Kampung Pirasan. Kota Belud

    ® Antara produk dihasilkan ialah bakul, topi, tudung saji dan perhiasan rumah seperti kerusi dan meja. ® Bakul dihasilkan termasuk untuk perhiasan rumah, set hantaran kahwin, cenderahati dan tempat penyimpanan barangan. ® Tiga hingga lima jam masa diperlukan untuk menyiapkan satu baku l. ® Harga bakul antara RM5 hingga RM50 mengikut saiz.

    harga serendah RM15. Pendapa-tan bulanan pula boleh menca-pai hingga RM2,000 walaupun hanya mengusahakannya secara sambilan.

    "Sebagai 'orang lama"dalam pembuatan kraf tangan dan penghasilan seni jalinan rotan yang halus, ia memberi kelebi-han kepada saya untuk mempe: v roleh pelanggan tetap.

    "Selain itu, kraf tangan yang saya hasilkan mendapat per-hatian Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia apabila sering dijemput melakukan demonstrasi pembuatan kraf tangan hingga ke Semenanjung seperti di Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain," katanya.

    Dapat anugerab peringkat negeri Beliau yang pernah dinobatkan sebagai Pembuat Kraf Tangan Terbaik peringkat Sabah, berkata sehingga ki¢ ramai pengusaha kraf tangan mengikuti jejaknya

    untpk mengusahakan

    ""

    CC Kini golongan ibu yang tidak bekerja mula berjinak-jinak dengan pembuatan kraftangan berasaskan rotan"

    Luyoh Sungkoling, Pengusaha kraf tangan

    kraftangan di Kampung Pirasan. "Berbanding 10 atau 20 tahun

    lalu, kini golongan ibu yang tidak bekerja mula berjinak-jinak dengan pembuatan kraf tangan berasaskan rotan di Kampung Pirasan sebagai sumber pendapa-tan, selain mengisi masa lapang," katanya.

    Menyedari pembuatan kraf tangan berasaskan rotan yang menjadi identiti Kota Belud dan Kampung Pirasan, Luyah berha-rap, perusahaan ~tu akan terus diwarisi oleh golongan muda di daerah itu kerana ia bukan saja memberi pulangan lumayan, malah dapat memperkenalkan kehalusan seni kraf tangan Sabah ke peringkat lebih tinggi.

    "Saya juga bersyukur dan gembira kerana tiga anak perempuan saya kini mewarisi . bakat menghasilkan kraftangan daripada rotan. Mereka juga menghasilkan pelba-gai produk untuk membantu meri-ngankan beban suami mereka," katanya.

    Kursus kemahiran

    tingkatkan I(ualiti

    Kesungguhan wanita di Kampung Pira-san mengusahakan kraftangan, menarik perhatian Perbadanan Kemajuan Krill-tangan Malaysia untuk membuka sebuah pusat inkubator bagi mengasah bakat pengusaha selain meningkatkan mutu kraftangan Sabah.

    PengarahPusat Inkubator Kraf Tangan di Kampung Pirasan, Loduma Dungui, berkata ia ditubuhkan bagi melatih lebih ramai wanita dalam pem-buatan kraftangan di Kota Belud.

    "Melihat tempahan kraftangan yang banyak daripada pelanggan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mem-buka ruang kepada lebih ramai pelatih wanita bagi membantu meningkatkan pendapatan dan kemahiran dalam bidang berkenaan.

    Peluang sertai karnival "Pelatih diberi latihan dan kemahiran membuat kraf tangan daripada rotan ·secara percuma, selain diberi elaun bulanan. Pelatihjuga berpeluangmema-sarkan sendiri kraf tangan yang dihctsil-kan," katanya.

    Selain membantu menjana pendapa-tan, Perbadanan Kraftangan Malaysia juga berfungsi meningkatkan mutu kraf tangan tempatan dengan menghantar + pelatih yang terpilih untuk menyer-tai karnival kraf tangan peringkat kebangsaan.

    "Pelatih berpeluang mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu daripada karnival kraf tangan yang diharap dapat dipraktikkan di tempat sendiri," katanya.

    Tambah pendapatan Pelatih, Minah Peter, 44, berkata

    pusat inkubator itu memberi manfaat yang besar teru-tamakepada golongan ibu

    di sekitar Kota Belud. "Suri rumah dapat

    membantu meringankan beban suami kerana bekalan

    bahan mentah untuk mengha-silkan kraf tangan disediakan sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, manakala hasil kraftanganjuga menjadi milik pelatih.

    "Golongan ibu yang menyer-tai pusat ill bukan saja mem-peroleh manfaat dari segi pen-dapatan, malah boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah," katanya.

    PertahanWarisan_PerkenalKraftgnSabah1PertahanWarisan_PerkenalKraftgnSabah2PertahanWarisan_PerkenalKraftgnSabah3