i persepsi pelajar jabatan teknik dan …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. justeru...

19

Upload: trandiep

Post on 17-Sep-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan
Page 2: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan
Page 3: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

i

PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN

TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI FAKULTI

PENDIDIKAN.

LOKMAN BIN BAIMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan
Page 5: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

iii

SEKALUNG BUDI

W|àâ}â~tÇ àxÜ|áà|Åxãt uâtà MW|àâ}â~tÇ àxÜ|áà|Åxãt uâtà MW|àâ}â~tÇ àxÜ|áà|Åxãt uâtà MW|àâ}â~tÇ àxÜ|áà|Åxãt uâtà M

`t~ wtÇ tut{ àxÜátçtÇz

]tÄ|Çt `t{âw|Ç ]tÄ|Çt `t{âw|Ç ]tÄ|Çt `t{âw|Ç ]tÄ|Çt `t{âw|Ç

wtÇ

Ut|ÅtÇ UâtÅ|ÇAUt|ÅtÇ UâtÅ|ÇAUt|ÅtÇ UâtÅ|ÇAUt|ÅtÇ UâtÅ|ÇA

ltÇz áxÇà|tát ÅxÅt{tÅ|? wtÇ ÅxÅuxÜ| fxÅtÇztà áxÑtÇ}tÇz àxÅÑÉ{ ÑxÇzt}|tÇ |Ç|A

Tw|~@tw|~ çtÇz w|~tá|{|?

_É~Åt jtÇ| Ut|ÅtÇ? _É~Åt jtÇ| Ut|ÅtÇ? _É~Åt jtÇ| Ut|ÅtÇ? _É~Åt jtÇ| Ut|ÅtÇ?

[t~|Å Ut|ÅtÇ? [t~|Å Ut|ÅtÇ? [t~|Å Ut|ÅtÇ? [t~|Å Ut|ÅtÇ?

T{Åtw [té|Ö Ut|ÅtÇT{Åtw [té|Ö Ut|ÅtÇT{Åtw [té|Ö Ut|ÅtÇT{Åtw [té|Ö Ut|ÅtÇ

fxÜàt àxÅtÇ |áàxÅxãt

aâÜâÄ [âwt TuaâÜâÄ [âwt TuaâÜâÄ [âwt TuaâÜâÄ [âwt TuwâÄ [tÄ|ÄwâÄ [tÄ|ÄwâÄ [tÄ|ÄwâÄ [tÄ|Ä

cxÇzÉutÇtÇ wtÇ ~tá|{ átçtÇz ~tÄ|tÇ àxàtÑ t~tÇ ÅxÇ}tw| ÑxÇwÉÜÉÇz ÅxÇtÅtà~tÇ ÑxÇzt}|tÇ |Ç|A

gxÜ|Åt ~tá|{ w| tàtá áÉ~ÉÇztÇ? ztÄt~tÇ wtÇ ÑxÇzÉÜutÇtÇ ~tÄ|tÇ? t~tÇ ~â ~xÇtÇz uâtà

áxÄtÅtÇçt \Çáçt@TÄÄt{A

Page 6: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya projek

sarjana muda ini telah berjaya disiapkan.

Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat

penyelia projek Dr. Hajjah Norani bte Hj Mohd Noor yang telah banyak membantu

dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk

ajar yang berguna disepanjang proses menyiapkan projek sarjana muda. Penghargaan

dan ucapan terima kasih juga kepada wakil-wakil kursus Pengajian Teknologi serta

Pendidikan Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, yang telah membantu serta responden

yang memberikan komitmen dalam menjawab kaji selidik yang telah diedarkan.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek sarjana muda ini

dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 7: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan

terhadap program latihan industri yang telah mereka jalani. Objektif kajian merangkumi

beberapa bahagian, iaitu terhadap kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap

kerja, kesesuaian program di universiti dengan pengetahuan dan kemahiran di tempat

latihan industri, penerapan kemahiran generik, dan akhir sekali penilaian latihan industri.

Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan seramai 69 orang pelajar yang telah menjalani

latihan industri daripada kursus Pengajian Teknologi serta Pendidikan di Jabatan Teknik

dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian

mengandungi sejumlah 41 item. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah 0.7368,

dan pengesahan item telah dilakukan bersama-sama dengan pakar yang terlibat. Data-

data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 12. Hasil kajian yang

diperolehi melalui kajian ini mendapati bahawa soalan-soalan kajian yang diutarakan

adalah berada pada tahap kesetujuan yang tinggi kecuali soalan kajian mengenai

kesesuaian program di universiti dengan pengetahuan dan kemahiran di tempat latihan

industri berada pada tahap sederhana. Soalan kajian yang dikategorikan sebagai berada

pada tahap tinggi ialah kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap kerja,

penerapan kemahiran generik dan penilaian latihan industri. Hasil kajian ini diharapkan

dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh penyelidik lain

dalam penambahbaikan program latihan industri.

Page 8: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

vi

ABSTRACT

The comman reason this research were done is to know the perception of

students from faculty of education towards the industrial training programe which they

have done before. The perception were divided into five category, which is ; the

suitableness of the industrial training were held, working habits, suitableness of

knowledge and skill from the univiersity compare to the industrial training programe,

generic skills, and lastly the evaluation of the industrial training itself. This research

were in form of descriptive and the population is among the student that already finish

their industrial training program, in courses under the Technics and Engineering

Division, Faculty Of Education, University Technology of Malaysia, Skudai, Johor. The

total of the is 69 respondent. The instrument used were construct acording to the needs

of answering the research question. The summation of the items is 41. The value of

Alpha Cronbach is 0.7368. The data then were analyst using Statistical Package For

Social Science (SPSS) For Windows Version 12. In future, the researcher hope that the

findings of the data can be used for many good purposes.

Page 9: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PERAKUAN PELAJAR ii

SEKALUNG BUDI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

APPENDIX xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Persepsi 7

1.8.2 Pelajar 7

1.8.3 Latihan 7

1.8.4 Industri 8

1.8.5 Latihan Industri 8

Page 10: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Kepentingan dan Kebaikan Latihan Industri 11

2.3 Objektif Latihan Industri 12

2.4 Kesesuaian Penempatan 13

2.5 Penerapan Sikap Kerja yang baik 14

2.6 Kesesuaian program dengan pengetahuan

dan kemahiran 16

2.7 Penerapan Kemahiran Generik 16

2.8 Penilaian Latihan Industri 19

2.9 Jangkamasa Latihan Industri. 20

2.10 Penutup 21

BAB III METHODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Sampel Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian. 23

3.5 Kajian Rintis 25

3.6 Prosedur Analisis Data 25

3.7 Kesimpulan 27

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 28

4.2.1 Tempat Latihan Industri 28

4.2.2 Elaun 29

4.2.3 Kekerapan Lawatan 29

Page 11: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

ix

4.2.4 Tempoh Latihan 30

4.3 Analisis Bahagian B 31

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Satu 31

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Dua 33

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Tiga 35

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Empat 36

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian Lima 40

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Rumusan 44

5.3 Kesimpulan 46

5.3.1 Latar Belakang Responden 46

5.3.2 Persoalan Kajian Satu. 48

5.3.3 Persoalan Kajian Dua 48

5.3.4 Persoalan Kajian Tiga 49

5.3.5 Persoalan Kajian Empat 50

5.3.6 Persoalan Kajian Lima. 52

5.4 Perbincangan 53

5.4.1 Perbincangan Persoalan Kajian Satu : Mengetahui persepsi

pelajar terhadap kesesuaian tempat latihan industri mereka

sewaktu menjalani latihan Industri. 54

5.4.2 Perbincangan Persoalan Kajian Dua :

Mengetahui persepsi pelajar terhadap penerapan

sikap kerja 56

5.4.3 Perbincangan Persoalan Kajian Tiga :

Mengetahui kesesuaian program ijazah mereka

di universiti dengan pengetahuan dan kemahiran

di tempat latihan industri. 56

Page 12: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

x

5.4.4 Perbincangan Persoalan Kajian Empat :

Mengetahui persepsi pelajar terhadap penerapan

kemahiran generik sewaktu menjalani latihan

industri 57

5.4.5 Perbincangan Persoalan Kajian Lima : Mengetahui

persepsi pelajar terhadap penilaian latihan industri yang

mereka jalani 58

5.5 Cadangan 59

5.6 Cadangan Penyelidikkan Di Masa Hadapan 60

5.7 Penutup 61

BIBLIOGRAFI 62

APPENDIX 65

Page 13: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Bilangan Responden 23

3.2 Taburan kandungan soal selidik 24

3.3 Pengkelasan skala likert 26

3.4 Jadual pertimbangan Min 26

4.1 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Tempat

Latihan Industri

28

4.2 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Pemberian

Elaun

29

4.3 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Kekerapan

Lawatan

29

4.4 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Tempoh

Latihan Industri

30

4.5 Peratusan dan kekerapan respon pelajar

terhadap kesesuaian tempat latihan industri

32

4.6 Peratusan dan kekerapan respon pelajar

terhadap penerapan sikap kerja.

33

4.7 Peratusan dan kekerapan respon pelajar

terhadap kesesuaian pengetahuan dan

kemahiran

35

4.8 Peratusan dan kekerapan respon pelajar

terhadap penerapan kemahiran generik

37

4.9 Peratusan dan kekerapan respon pelajar

terhadap penilaian latihan industri.

41

Page 14: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

xiv

SENARAI APPENDIX

NO. TAJUK

MUKA SURAT

1 Appendix A 65

2 Appendix B1 66

3 Appendix B2 67

Page 15: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Merujuk kepada matlamat latihan industri yang terkandung dalam buku log

latihan industri, tahun 2007, menyatakan bahawa “Melahirkan ahli teknologi yang

cekap dan bertanggungjawab kepada penciptanya dan masyarakat”.

Sehubungan dengan itu, pelbagai cara atau kaedah dilakukan unttuk mencapai

matlamat berkenaan. Antaranya ialah melalui latihan industri. Menurut Ariffin Haji

Zainal, 1985. Latihan Industri boleh meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar

disamping kemahiran-kemahiran baru. Ini menunjukkan bahawa untuk memantapkan

sesuatu kemahiran, program latihan industri perlu diadakan kerana dengannya pelajar

dapat menerapkan kemahiran sedia ada disamping mempelajari kemahiran baru yang

tidak mereka perolehi semasa pembelajaran formal.

Page 16: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

2

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia juga tidak terkecuali

daripada menyediakan program latihan industri. Pelajar Jabatan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan dikehendaki mengikut Latihan Industri sebagai

syarat sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.( Buku Log Latihan Industri

2007). Berdasarkan pernyataan berikut, ternyata Fakuti Pendidikan berusaha untuk

menyediakan pelajar yang memiliki kemahiran yang mantap serta memiliki pelbagai

kemahiran lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Latihan mungkin satu pelaburan penting yang dibuat oleh majikan. Walau

bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang

berkesan memerlukan banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan modul yang

efektif. Penjelasan ini amat bertepatan dengan kewajaran program latihan industri

yang diadakan oleh institusi pengajian sekarang ini. Ini kerana program latihan

industri dirangka oleh jawatankuasa yang terdiri daripada individu yang pakar dalam

bidang teknikal dan vokasional (Maimunah, 1994)

Sejajar dengan pernyataan di atas, Fakuti Pendidikan juga menyediakan

modul Latihan Industri yang mejadi panduan kepada pelajar dan pensyarah dalam

melaksanakannya. Tempoh Latihan Industri yang wajib dihadiri pelajar terlibat ialah

selama lapan minggu. Penempatan adalah menjadi kebebasan pelajar untuk memilih

tetapi berdasarkan syarat dan kelulusan daripada Fakulti Pendidikan. Pensyarah

penyelia akan menjalankan penyeliaan sekurang-kurangnya dua kali bagi meninjau

perkembangan pelajar semasa mereka mengikuti latihan tersebut. Kehadiran sewaktu

Latihan Industri ialah wajib, sekiranya pelajar gagal menghadirkan diri di tempat

Latihan Industri tanpa sebab yang munasabah, ini boleh menyebabkan pelajar tidak

lulus latihan industri, dan dikehendaki mengulang latihan ini sebelum tempoh

Page 17: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

3

pengajian tamat. Para pelajar juga tidak akan dianugerahkan ijazah sekiranya

program ini tidak dipenuhi.

Dalam memenuhi objektif yang disenaraikan oleh Fakulti Pendidikan, setiap

aspek dan kelemahan program latihan industri ini perlu diperbaiki dari masa

kesemasa. Program yang dirancang hendaklah memenuhi sasarannya dan tidak hanya

menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan batuk ditangga. Menurut Drowling

dan Droplet (1979), latihan yang dilakukan sama ada baik atau tidak akan mengambil

masa dan menggunakan perbelanjaan yang bukan sedikit. Beliau menambah, kajian

menunjukan kegagalan sesuatu program latihan adalah disebabkan oleh beberapa

perkara. Di antaranya ialah :

a) Latihan yang dilakukan sekadar memenuhi syarat dan bukan mendapat

sebanyak faedah menerusi latihan yang baik.

b) Program yang dipilih kurang bersesuaian

c) Kekurangan pengujian yang bermakna.

Masalah lain juga adalah kerana pihak pengurusan bersifat autokratik dalam

melaksanakan sesuatu program atau kursus tanpa mempedulikan peserta yang terlbat

secara langsung iaitu pelajar. Merujuk kepada penulisan sarjana oleh Norani (1996),

“Sudah menjadi kelaziman sistem pendidikan kita bahawa keperluan pelajar jarang

sekali diambil kira. Biasanya pelajar dimestikan mengambil bahagian di dalam apa

jua program pendidikan yang disediakan. Sememangnya program yang disediakan

adalah baik untuk pelajar tetapi pelajar harus diberi peluang untuk memilihnya.

Benar kata Cagne (1965), pembelajaran akan berlaku jika pelajar berminat

melakukannya. Justeru, keputusan pelajar mengenai penglibatan dalam sebarang

program perlu diambil kira. Keputusan mereka mengenai tempat latihan juga perlu

dipertimbangkan…”

Berdasarkan kepada latar belakang yang disenaraikan diatas, pengkaji

berminat untuk meneliti dan mengetahui persepsi pelajar terhadap latihan industri

Page 18: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

4

yang telah mereka jalani kerana pelajarlah yang terlibat secara langsung dalam

Program Latihan Industri seperti ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Objektif latihan industri yang telah dibina dan harus dicapai merupakan

matlamat penting dalam pelaksanaan latihan industri. Objektif berkenaan dibina

oleh mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam menyediakan

program-program latihan, namun begitu adalah menjadi sesuatu yang lazim untuk

mengetahui pendapat mereka yang terlibat secara langsung dengan latihan industri

ini iaitu pelajar. Pelajar yang telah menjalani latihan industri merupakan individu

yang paling sesuai untuk menyatakan pendapat dan pengalaman mereka sewaktu

menjalani latihan industri kerana mereka yang telah menjalani situasi sebenarnya.

Antara perkara yang menjadi persoalan ialah untuk mengetahui persepsi pelajar

terhadap kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap kerja, kesesuaian

latihan industri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti,

penerapan kemahiran generik, serta penilaian latihan industri. Pengkaji berminat

untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap perkara-perkara berikut. Pendapat dan

pengalaman daripada pelajar adalah amat perlu dalam usaha pembaikan sistem

latihan industri ini.

Page 19: i PERSEPSI PELAJAR JABATAN TEKNIK DAN …€¦ · bagaimanapun ianya agak kurang efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang ... menjadi program sia-sia atau sekadar melepaskan

5

1.4 Objektif Kajian

(i) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kesesuaian tempat

latihan industri mereka sewaktu menjalani latihan Industri.

(ii) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penerapan sikap kerja

(iii) Mengenal pasti kesesuaian program ijazah mereka di universiti

dengan pengetahuan dan kemahiran di tempat latihan industri.

(iv) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran

generik sewaktu menjalani latihan industri

(v) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penilaian latihan industri

yang mereka jalani

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya kajian ini cuba mengutarakan beberapa persoalan bagi

menjawab objektif tentang kajian program Latihan Industri bagi pelajar tahun akhir

jabatan teknik dan kejuruteraan, fakulti pendidikan. Berikut merupakan persoalan-

persoalan yang akan menjawab kepada objektif kajian ini:-

(i) Apakah tempat latihan industri bersesuaian dengan pelajar?

(ii) Apakah terdapat penerapan sikap kerja yang baik sewaktu pelajar

menjalani latihan industri?

(iii) Apakah pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di universiti

bersesuaian dengan industri?

(iv) Apakah terdapat penerapan nilai-nilai kemahiran generik sewaktu

pelajar menjalani latihan industri?

(v) Apakah penilaian latihan industri bersesuaian dengan pelajar?