selamat sejahtera

3
Selamat Sejahtera. Saya Arokiamary A/P Arulappan dari M5. ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan kurnianya kami dapat melaksanakan program BIG fasa 3 ini dengan baik. Ribuan Terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Azmi Mohamad @ Md Jalani diatas segala nasihat dan bimbingan beliau. Seterusnya tidak dilupakan juga kepada sahabat – sahabat dan ahli kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini. Segala Komitmen mereka amat dihargai. Program Bina Insan (BIG) Fasa 3 ini telah dijalankan pada 15 Ogos 2014 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanjung Rambutan yang berteraskan Program Khidmat Masyarakat III. Sasaran kami adalah bagi murid – murid tahun 4 seramai 60 orang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanjung Rambutan. Kami telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menguruskan program ini. Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam motivasi dengan bersama-sama rakan lain dalam merancang program pada kali ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk tutor Encik Azmi Mohamad @ Md Jalani. Selain itu kami juga meminta panduan daripada Pegawai Bina Insan Guru iaitu Encik Yusri bin Mat Johor. Melalui BIG Fasa 3 ini, saya telah belajar untuk menepati masa. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan saya untuk bersiap sedia 10 minit lebih awal. Saya juga telah mengakui pepatah yang

Upload: sivam-matchap

Post on 09-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nmj

TRANSCRIPT

Selamat Sejahtera. Saya Arokiamary A/P Arulappan dari M5. ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan kurnianya kami dapat melaksanakan program BIG fasa 3 ini dengan baik. Ribuan Terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Azmi Mohamad @ Md Jalani diatas segala nasihat dan bimbingan beliau.Seterusnya tidak dilupakan juga kepada sahabat sahabat dan ahli kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini. Segala Komitmen mereka amat dihargai.Program Bina Insan (BIG) Fasa 3 ini telah dijalankan pada 15 Ogos 2014 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanjung Rambutan yang berteraskan Program Khidmat Masyarakat III. Sasaran kami adalah bagi murid murid tahun 4 seramai 60 orang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanjung Rambutan.Kami telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menguruskan program ini. Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam motivasi dengan bersama-sama rakan lain dalam merancang program pada kali ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk tutor Encik Azmi Mohamad @ Md Jalani. Selain itu kami juga meminta panduan daripada Pegawai Bina Insan Guru iaitu Encik Yusri bin Mat Johor.Melalui BIG Fasa 3 ini, saya telah belajar untuk menepati masa. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan saya untuk bersiap sedia 10 minit lebih awal. Saya juga telah mengakui pepatah yang menganggap masa itu sebagai emas. Menepati masa adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan berlangsung dengan lancar.Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah istimewa bagi saya kerana apabila sampai di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanjung Rambutan saya berasa kagum kerana persekitarannya yang indah dan ceria yang berbeza dengan sekolah lain yang pernah saya kunjungi. Saya begitu kagum dan terpesona melihat setiap sudut sekolah ini. Lanskapnya dibahagikan kepada sesebuah panitia dan panitia tersebut akan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing. Ini menjadikan ilmu pengetahuan ada di mana-mana. Bilik darjahnya juga ceria. Saya mendapati murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) adalah sangat bersopan-santun dan menghormati orang lain. Saya begitu kagum dengan guru-guru di sekolah itu yang begitu tekun, rajin, bersemangat waja dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan SJK(T) Tanjung Rambutan. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolong antara guru pelatih telah berjaya dipupuk. Contahnya semasa mengadakan motivasi untuk murid tahun 4 kami telah membahagikan tugas antara rakan masing- masing. Ini memudahkan untuk program motivasi berjalan dengan lancar.Sesungguhnya, program Bina Insan Guru(BIG) Fasa 3 ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada bangsa dan juga negara.Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. . Pengalaman dan ilmu yang saya timba di SJK(T) Tanjung Rambutan semasa menjalankan Program BIG akan saya gunakan semasa bergelar guru kelak. Profesion perguruan yang semakin mencabar akan saya harungi demi mendidik anak-anak bangsa.Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.