agensi kerajaan dan masyarakat sejahtera:

29
AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA: PERANAN AGENSI KERAJAAN DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT SEJAHTERA Zulkarnain A.Hatta Universiti Sains Malaysia

Upload: atara

Post on 12-Jan-2016

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA: PERANAN AGENSI KERAJAAN DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT SEJAHTERA Zulkarnain A.Hatta Universiti Sains Malaysia. PENGENALAN. Kertas ini akan melihat peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

PERANAN AGENSI KERAJAAN DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT

SEJAHTERA

Zulkarnain A.HattaUniversiti Sains Malaysia

Page 2: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

PENGENALAN

• Kertas ini akan melihat peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera

• Bagi mencapai tujuan tersebut, Dasar Sosial Negara menjadi landasan rujukan

Page 3: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

KEMASYGULAN MASYARAKAT

Masyarakat di Malaysia telah mengalami perubahan dalam pelbagai perkara. Harapan kita semakin berbeza dan begitu juga dengan pelbagai cabaran yang kita tempuhi. Sejak beberapa tahun yang lalu, kerajaan Malaysia dan pelbagai agensi di bawahnya terpaksa memberi perhatian terhadap pengurangan defisit dan mengendalikan sumbangan persekutuan yang berkurangan dalam banyak bidang.

Page 4: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Selain perubahan dalam situasi kewangan, terdapat juga perubahan lain dalam masyarakat. Perubahan dalam masyarakat memerlukan perubahan dari segi jenis program yang kita kehendaki dan juga cara perkhidmatan dihulur.

Masyarakat di Malaysia juga telah mengalami perubahan dalam pelbagai perkara. Harapan kita semakin berbeza dan begitu juga dengan pelbagai cabaran yang kita tempuhi. Namun demikian, kemasygulan masyarakat pada zaman moden ini tidak banyak berbeza dengan kemasygulan masyarakat pada zaman lampau. Ia merangkumi:

Page 5: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Kesihatan – kemungkinan terdapatnya penurunan dari segi tahap perkhidmatan penjagaan kesihatan apabila kos bagi sistem ini semakin bertambah dan kekurangan doktor di sektor awam.

• Pendidikan – sekolah semakin usang; bilangan pelajar bertambah; lebih banyak tekanan kepada sistem pendidikan untuk menyediakan pelbagai bentuk kemahiran hidup dan kerjaya; lebih banyak tekanan kepada pihak pihak sekolah untuk menangani masalah sosial masyarakat.

Page 6: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Pekerjaan – meningkatnya bilangan siswazah dari kolej dan universiti yang tidak mempunyai pekerjaan, kurangnya pekerjaan untuk kebanyakan pekerja dengan terdapat pelbagai jenis pekerjaan (misalnya bekerja separuh masa, bekerja sendiri, bekerja dari rumah, melakukan pelbagai kerja, kerja syif dan sebagainya); penurunan trend bagi purata kuasa membeli oleh setiap keluarga di Malaysia.

Page 7: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Sokongan sosial (seperti bantuan sosial, kebajikan, subsidi perubahan dll) – tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka yang bertungkus-lumus untuk mencari keperluan asas untuk keluarga mereka; bantuan yang sedikit untuk pekerja yang miskin.

• Kemiskinan – permintaan yang bertambah terhadap pelbagai sistem bantuan sosial; cabaran kemiskinan yang masih dialami oleh kanak-kanak dan warga tua.

Page 8: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

DASAR SOSIAL NEGARA

Dasar Sosial Negara (DSN) merupakan dasar sosial kebangsaan yang bertujuan membentuk masyarakat yang adil serta penyayang dan semua rakyatnya dihargai dan mempunyai peluang dan berdaya mencapai potensi masing-masing. Dasar ini membayangkan sebuah masyarakat yang membolehkan kita menghormati perbezaan masing-masing dan berasa bertanggung jawab terhadap kesejahteraaan di antara kita.

Page 9: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Sebagai yang tertulis dalam dasar tersebut:

“Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Dasar ini bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

Page 10: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.”

Page 11: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Mengikut kriteria dasar, DSN merupakan satu dokumen yang baik kerana ia telah memenuhi beberapa ciri yang penting:

• Bermula dengan idea

• Ditulis

• Disahkan

• Berfungsi sebagai panduan ke arah tindakan

Page 12: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

AGENSI KERAJAAN

Terdapat dua puluh lapan kementerian dalam kerajaan Malaysia. Sesetengah kementerian mempunyai beberapa jabatan dan agensi. Beberapa kementerian mempunyai jabatan sahaja tetapi tidak mempunyai agensi. Beberapa kementerian lain pula tidak mempunyai jabatan tetapi mempunyai beberapa agensi.

Page 13: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Kertas ini bertujuan memfokuskan kepada satu kementerian tertentu iaitu – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaakat. Agensi-agensi di bawah Kementerian ini dipandukan oleh Dasar Sosial Negara untuk melaksanakan objektif-objektif kesejahteraan masyarakat.

Page 14: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Terdapat empat agensi di bawah Kementerian:

• Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)• Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)• Institut Sosial Malaysia (ISM)

Kesemua agensi ini bertanggung jawab melaksanakan Dasar Sosial Negara untuk memenuhi matlamatnya.

Page 15: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

OBJEKTIF UMUM DSN

Menjamin (kesejahteraan) setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Page 16: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

OBJEKTIF KHUSUS

• Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi

• Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat

• Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial

• Menjana sinergi multisektor

Page 17: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

MISI AGENSI

• Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) – untuk meningkatkan tahap penglibatan wanita untuk menyumbang dalam pembangunan negara

• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – untuk membentuk masyarakat ke arah kesejahteraan sosial

Page 18: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) – untuk menjadi agensi yang utama dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang berwibawa dan terdiri daripada anggota keluarga yang berdaya tahan, beretika, sihat, berpengetahuan dan berharmoni

• Institut Sosial Malaysia (ISM) – untuk menggalakkan percambahan idea, latihan berkualiti, penyelidikan dan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam dasar sosial dan pembangunan sosial

Page 19: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Kesemua agensi ini dinaungi oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Sosial Negara (MSN) yang terdiri daripada hampir kesemua Menteri Kabinet. Fungsi MSN adalah seperti berikut:

• Menetapkan dasar dan strategi pelaksanaan program pembangunan sosial dan menangani masalah sosial

• Menentukan pelaksanaan program pembangunan sosial dilaksanakan mengikut strategi yang telah ditetapkan.Menilai strategi pelaksanaan program pembangunan sosial

Page 20: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Membuat keputusan dasar berhubung dengan isu-isu pelaksanaan program pembangunan sosial

• Memastiksn pelaksanaan program pembangunan sosial adalah bersepadu dan seimbang dengan dasar pembangunan dan ekonomi negara

Page 21: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Di bawah Majlis Sosial Negara adalah Jawatankkuasa Pembangunan Sosial Negara (JPSN) yang terdiri daripada Ketua Setiausaha (KSU) bagi setiap Kementerian.

Di bawah JPSN adalah Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Peringkat Kementerian (JKPSK) yang terdiri daripada wakil pelbagai KSU.

Page 22: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Di bawah JKPSK adalah Majlis Pembangunan Negeri (MPNG) yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua Jabatan sektor sosial dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang membantu Pegawai Perpaduan Negeri menjalankan tugas Urusetia MPNG.

Di bawah Majlis ini, terdapat lagi sebuah badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri (JKPNG) yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Negeri sektor sektor sosial dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang membantu Pegawai Perpaduan Negeri menjalankan tugas Urusetia JKPNG.

Page 23: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Akhir sekali, rangkaian kuasa berhenti setakat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah/ Bahagian (JKPD/B) yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan peringkat Daerah sektor sosial dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang membantu Penolong Pegawai Daerah (PPD) [Pembangunan] untuk menjalankan tugas Urus Setia JKPD/B.

Page 24: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

PERBINCANGAN

Pada tahap makro, Dasar Sosial Negara merupakan dokumen yang baik kerana dasar ini merangkumi aspirasi setiap anggota masyarakat terutama mereka yang memerlukan. Terdapat banyak kebaikan dari segi falsafah, visi dan misi dasar ini. Secara keseluruhan, dasar ini berguna untuk memajukan masyarakat. Sekiranya dasar ini dilaksanakan dengan betul, dasar ini dapat memenuhi matlamatnya untuk menjadikan masyarakat lebih maju.

Page 25: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

Walau bagaimanapun, kita perlu membincangkan proses pelaksanaan dasar itu. Antara perkara yang penting:

• pelbagai lapisan entiti yang sedang berusaha menuju ke arah matlamat yang sama

• komitmen setiap individu - kompeten, cekap, bertanggung jawab, bermotivasi dan mempunyai ciri kerohanian

Page 26: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Penerapan sifat kerohanian dalam arena pekerjaan adalah penting

• Sekiranya seseorang itu memupuk sifat kerohanian dalam dirinya maka sifat yang lain (seperti sifat berkebolehan, cekap, bertanggung jawab, bermotivasi, dsb) akan turut wujud

• Satu pergerakan daripada organisasi yang berpandukan ego kawalan- perintah kepada organisasi yang mengamalkan nilai etika yang kurang mementingkan diri sendiri kini dikehendaki untuk menyumbang kepada masyarakat

Page 27: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Sesuatu organisasi itu perlu mengurangkan operasi yang dijalankan secara mekanikal dan menambahkan lagi operasi berdasarkan “kemanusiaan”

• Negara memerlukan pekerja yang ada sifat kerohanian supaya mereka dapat memahami pelanggan mereka. Dengan cara ini, mereka akan memberi perkhidmatan yang berbentuk altruistik.

Page 28: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

Beberapa langkah awal perlu diambil untuk menerapkan kesedaran rohani ini ke dalam alam pekerjaan. Satu cara adalah dengan mengemukakan persoalan asas kepada masyarakat dan organisasi. Persoalan tersebut merangkumi:• Adakah organisasi / masyarakat itu

bersifat neo-humanistik (iaitu mengembangkan identitinya melepasi negara, bangsa, agama dan darjat)?

• Adakah pihak kepemimpinan dalam organisasi itu menunjukkan teladan dari segi prinsip kerohanian mereka?

Page 29: AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:

• Menghapuskan sikap ramah secara sombong (condescending) di dalam diri pekerja – dari pekerja bawahan, pihak pengurusan tengah, pengurus, pengarah dan seterusnya

• Sikap rendah diri perlu ditanam dalam diri semua yang berkhidmat untuk masyarakat

• Seminar dan bengkel perlu diadakan untuk mengembangkan idea-idea ini supaya ianya dapat diterima

• Akhir sekali, sebagai motivasi, pekerja-pekerja harus diberi ganjaran dengan diberi pendapatan yang ‘munasabah’