sekolah menengah kebangsaan agama al-irshad · dan penyelamat malaysia, jabatan penjara malaysia,...

12
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (KOD SEKOLAH PRA 2003) POKOK SENA 13220 KEPALA BATAS No Tel: 04-5731237 Faks: 04-5732415 E-mail: [email protected] Website : : http//smkalirshad.edu.my “1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj Kami: SMKAI 800-7/6 (86) Tarikh : 14 Mac 2018 Kepada Pengetua/Mudir SMKA/SABK Zon Utara Kementerian Pendidikan Malaysia (seperti senarai edaran) Tuan/Puan, JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL KOKURIKULUM, HARI KERJAYA DAN HARI KEUSAHAWANAN SMKA/SABK ZON UTARA (PERINGKAT KEBANGSAAN) 2018 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMKA Al-Irshad akan menganjurkan Karnival Kokurikulum, Hari Kerjaya dan Hari Keusahawanan SMKA/SABK Zon Utara (Peringkat Kebangsaan) 2018 mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 14 April 2018 (Sabtu) Tempat : SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang 3. Terdapat 9 pertandingan yang disediakan sepanjang Karnival Kokurikulum ini, iaitu Pertandingan Landskap Gajet Perkhemahan, Pertandingan Kuiz Unit Beruniform, Pertandingan Forum Bahasa Melayu, Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris, Pertandingan Kalimatus Sobah, Pertandingan Memasak, Pertandingan Futsal dan Pertandingan Bola Jaring. Semua sekolah jemputan dibenarkan untuk menyertai semua atau sebahagian daripada pertandingan yang dianjurkan. Borang Penyertaan dan Syarat-syarat Khas Pertandingan boleh dimuat turun di alamat URL http://bit.ly/KAKOS2018. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Pertandingan Bola Jaring dikelolakan oleh SMKA (P) Al Mashoor. 4. Yuran penyertaan bagi pertandingan -pertandingan adalah seperti yang berikut: Pertandingan Kuiz : RM 5/peserta Pertandingan Bola Jaring : RM 50/pasukan Pertandingan lain : RM 10/peserta 5. Pameran Kerjaya oleh agensi-agensi kerajaaan dan IPTA turut diadakan. Antara agensi dan IPTA yang dijemput ialah Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Polis Diraja Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan agensi-agensi lain turut diadakan.

Upload: trinhminh

Post on 09-Mar-2019

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (KOD SEKOLAH PRA 2003)

POKOK SENA 13220 KEPALA BATAS No Tel: 04-5731237 Faks: 04-5732415 E-mail: [email protected] Website : : http//smkalirshad.edu.my

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj Kami: SMKAI 800-7/6 (86)

Tarikh : 14 Mac 2018

Kepada

Pengetua/Mudir

SMKA/SABK Zon Utara

Kementerian Pendidikan Malaysia

(seperti senarai edaran)

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL KOKURIKULUM, HARI KERJAYA DAN HARI

KEUSAHAWANAN SMKA/SABK ZON UTARA (PERINGKAT KEBANGSAAN) 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMKA Al-Irshad akan menganjurkan Karnival

Kokurikulum, Hari Kerjaya dan Hari Keusahawanan SMKA/SABK Zon Utara (Peringkat

Kebangsaan) 2018 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 14 April 2018 (Sabtu)

Tempat : SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang

3. Terdapat 9 pertandingan yang disediakan sepanjang Karnival Kokurikulum ini, iaitu

Pertandingan Landskap Gajet Perkhemahan, Pertandingan Kuiz Unit Beruniform, Pertandingan Forum

Bahasa Melayu, Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris,

Pertandingan Kalimatus Sobah, Pertandingan Memasak, Pertandingan Futsal dan Pertandingan Bola

Jaring. Semua sekolah jemputan dibenarkan untuk menyertai semua atau sebahagian daripada

pertandingan yang dianjurkan. Borang Penyertaan dan Syarat-syarat Khas Pertandingan boleh dimuat

turun di alamat URL http://bit.ly/KAKOS2018. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Pertandingan Bola

Jaring dikelolakan oleh SMKA (P) Al Mashoor.

4. Yuran penyertaan bagi pertandingan -pertandingan adalah seperti yang berikut:

Pertandingan Kuiz : RM 5/peserta

Pertandingan Bola Jaring : RM 50/pasukan

Pertandingan lain : RM 10/peserta

5. Pameran Kerjaya oleh agensi-agensi kerajaaan dan IPTA turut diadakan. Antara agensi dan

IPTA yang dijemput ialah Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba

dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

Negara, Polis Diraja Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan agensi-agensi lain turut diadakan.

Page 2: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

6. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya sekolah Tuan/Puan dijemput menyertai Karnival

Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut ketetapan di atas. Bersama-sama ini disertakan dokumen-

dokumen berikut untuk tindakan pihak Tuan/Puan:

i. Surat kebenaran menjalankan aktiviti (oleh BPI)

ii. Jadual program

iii. Syarat-syarat umum pertandingan

iv. Poster program

Tuan/Puan diharap dapat memaklumkan penyertaan sekolah Tuan/Puan kepada Jabatan Pendidikan

Negeri masing-masing.

7. Borang penyertaan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 30 Mac 2017 melalui faks

(045732415) atau emel ke [email protected] (Tajuk: KAKOS 2018). Sebarang pertanyaan

boleh dibuat dengan menghubungi Cik Nor Syamimi Binti Abdul Halim (0134662609) atau Puan

Ruslina Ramli (0174548658).

8. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, pada hari tersebut juga akan diadakan Hari Keusahawanan

SMKA Al Irshad dan pelbagai gerai jualan makanan serta minuman akan disediakan. Kupon Hari

Keusahawanan dijual pada harga RM 10.

9. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Page 3: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

KARNIVAL KOKURIKULUM DAN HARI KERJAYA SMKA/SABK ZON UTARA 2018

ANJURAN SMKA AL IRSHAD, PULAU PINANG

14 APRIL 2018

SENARAI SEKOLAH JEMPUTAN

Bil Nama Sekolah No. Tel No. Faks E-mel 1 SMKA Baling 044705303 044705387 [email protected]

2 SMKA Kedah 047314345 047353459 [email protected]

3 SMKA Sik 044693270 044693267 [email protected]

4 SMKA Yan 044657366 044659253 [email protected]

5 SMA Fauzi 044475491 044655486 [email protected]

6 SMA Pekan Gurun 044686941 044682967 [email protected]

7 SMA Sungai Petani 044582094 044501122 smasp.ppdkmy@gmail

8 SMKA Sultan Azlan Shah 053711689 053712360 9 SMKA Slim River 054527213 054526214 10 SMKA Kerian 058904997 058905490 11 Maahad Ehya As-Sharif 058901017 058905524 12 Maahad Al-Khair Lil Banat 058071021 058087750 13 Maahad Tarbiah Al-

Islamiah 058552957 058551704

14 Maahad Al-Maarif Al-Islamiah

058553420 058553420

15 Sekolah Menengah Agama Al-Falah

057256081 057250872

16 SMKA Arau 049861246 049861542 17 SMKA (P) Alawiyah 049760336 049770834 [email protected]

18 Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-diniah

049861350 049866852

19 SMKA Al-Mashoor (L) 042296790 042291503 [email protected]

20 SMKA (P) Al-Mashoor 042274363 042299363 [email protected]

21 SMKA Sheikh Abdullah Fahim

057172403 057175697

22 Maahad Al-Imam An-Nawawi

045793960 045792044

23 Maktab Wan Jah 043233855 043233855 24 Sekolah Menengah Islam

Al-Masriyah 045385126 045385126

25 Madrasah Khairiah Islamiah

045759385 045750476

26 Sekolah Al-Mashoor Al-Islami

048661190

27 SMA Daerah Ma’arifil Wataniah

045754140 045753140

28 SMA Daerah Ma’arifil Wataniah 2

045211236 045211236

Page 4: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut
Page 5: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut
Page 6: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut
Page 7: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

TENTATIF PROGRAM

KARNIVAL UNIT BERUNIFORM SMKA/SABK

ZON UTARA (PERINGKAT KEBANGSAAN) 2018

14 April 2018

Aktiviti Tempat Personel

0730 Pendaftaran Peserta Dewan Besar JK Pendaftaran

0800 Taklimat Tempat Pertandingan JK Pertandingan

0830 Pertandingan Bermula

Landskap Gajet

Perkhemahan Makmal Sains

JK Pertandingan

Memasak Kantin

Forum Remaja Auditorium

Pidato BM Bilik Bahasa

Pidato BI Kelas Tingkatan 3

Kalimatussobah BA PKP 1

Kuiz Unit Beruniform MIMOS

Bola Jaring Padang

Futsal Gelanggang Futsal Asrama

1400 Ceramah Kerjaya Dewan

1600 Majlis Penutup Dewan JK Penutup

1700 Bersurai --

Page 8: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA 2018

PERTANDINGAN LANDSKAP GAJET PERKHEMAHAN

i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 yang terdiri daripada 4 orang

peserta dalam satu kumpulan.

ii. Penyertaan adalah terhad kepada 20 pasukan terawal yang mendaftar sahaja.

iii. Peserta diminta untuk menyediakan model lengkap sebuah tapak perkhemahan, dilengkapi

dengan khemah dan gajet.

iv. Gajet yang dibina hendaklah mengikut skala yang betul dalam ruang 0.8 meter × 0.5 meter.

v. Bahan-bahan yang disediakan kepada peserta hanyalah lidi/buluh dan tali. Bahan lain adalah

mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Penggunaan sebarang jenis gam dilarang.

vi. Peserta tidak dibenarkan merujuk sebarang nota bercetak dan menggunakan telefon

bimbit/pintar sepanjang pertandingan berlangsung.

vii. Pemarkahan diberi berdasarkan fungsi, ikatan dan persembahan model tapak perkhemahan

yang dibina.

viii. Peserta hendaklah memakai baju T berkolar, seluar trek/slack dan kasut sukan/kasut hitam

bertutup beserta tudung labuh berwarna hitam/putih bagi perempuan.

ix. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga kumpulan terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.

x. Yuran sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.

xi. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

xii. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN MEMASAK

i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 yang terdiri daripada 4 orang

peserta dalam satu kumpulan.

ii. Penyertaan adalah terhad kepada 25 pasukan terawal yang mendaftar sahaja.

iii. Peserta diminta membawa sendiri peralatan memasak dan set menghidang.

iv. Setiap kumpulan peserta hanya akan diberi ramuan wajib (bihun dan ubi keledek), dapur

memasak mudah alih dan sebalang gas aerosol.

v. Tema akan diberikan oleh penganjur dan setiap kumpulan akan diadili melalui rasa masakan,

kebersihan dalam penyediaan makanan, kreativiti persembahan hidangan dan penerangan yang

berkeyakinan.

vi. Peserta hendaklah memakai baju T berkolar, seluar trek/slack, kasut sukan/kasut hitam bertutup

dan apron beserta tudung labuh berwarna hitam/putih bagi perempuan. Peserta lelaki mesti

memakai penutup kepala.

vii. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga kumpulan terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.

viii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.

ix. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

x. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Page 9: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA

PERTANDINGAN FORUM BAHASA MELAYU

i. Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tingkatan 3 – 6 Atas dari 8 buah sekolah terawal

menghantar penyertaan.

ii. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta dengan seorang murid sebagai pengerusi

forum manakala tiga orang lagi sebagai ahli panel.

iii. Tema bagi perbincangan forum ialah Kokurikulum Pemangkin Kecemerlangan Insaniah.

iv. Semua syarat pertandingan yang lain hendaklah dirujuk kepada Panduan Pertandingan

Forum Remaja Sekolah Menengah yang boleh didapatkan di alamat URL

http://bit.ly/KAKOS2018

v. Semua peserta diminta memakai pakaian unit beruniform yang lengkap semasa bertanding.

vi. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga kumpulan terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.

Seorang peserta akan dipilih sebagai ahli panel terbaik dan seorang lagi sebagai pengerusi

forum terbaik.

vii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.

viii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

ix. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU

i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 dan dijalankan secara individu.

ii. Setiap sekolah dihadkan meghantar maksimum satu penyertaan sahaja.

iii. Setiap peserta diberi masa selama 7 minit untuk menyampaikan pidato terancang dan 4 minit

bagi pidato spontan.

iv. Syarat lain bagi pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada Panduan Pertandingan Pidato

Bahasa Melayu yang boleh didapatkan di alamat URL http://bit.ly/KAKOS2018

v. Semua peserta diminta memakai pakaian unit beruniform yang lengkap semasa bertanding.

vi. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga peserta terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.

vii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.

viii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

ix. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN PIDATO BAHASA INGGERIS (ENGLISH PUBLIC SPEAKING)

i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 dan dijalankan secara individu.

ii. Setiap sekolah dihadkan meghantar maksimum satu penyertaan sahaja.

iii. Setiap peserta diberi masa selama 6 minit untuk menyampaikan pidato terancang dan 3 minit

bagi pidato spontan.

iv. Syarat lain bagi pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada Public Speaking Competition

Guidelines yang boleh didapatkan di alamat URL http://bit.ly/KAKOS2018

v. Semua peserta diminta memakai pakaian unit beruniform yang lengkap semasa bertanding.

vi. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga peserta terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.

vii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.

viii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

ix. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Page 10: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA

KUIZ UNIT BERUNIFORM

i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 yang terdiri daripada 4 orang

peserta dalam satu kumpulan.

ii. Pertandingan adalah berkaitan unit-unit beruniform di Malaysia meliputi sejarah, visi, misi,

lagu, organisasi dan ilmu-ilmu yang berkaitan seperti kawad kaki, simpulan dan ikhtiar hidup.

iii. Saringan akan dijalankan dan 4 kumpulan akhir akan meneruskan ke pusingan akhir.

iv. Peserta hendaklah memakai baju T berkolar, seluar trek/slack, kasut sukan/kasut hitam bertutup

dan apron beserta tudung labuh berwarna hitam/putih bagi perempuan.

v. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta tiga kumpulan dengan jumlah markah

tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang.

vi. Yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap paserta.

vii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

viii. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN FUTSAL

i. Pertandingan terbuka kepada murid lelaki Tingkatan 1 – Tingkatan 5.

ii. Pertandingan akan dijalankan secara berkumpulan 6 orang ahli (termasuk seorang peserta

simpanan) sahaja daripada 12 pasukan terawal menghantar penyertaan.

iii. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan kumpulan.

iv. 4 pasukan yang menjuari pusingan kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Pemenang

pusingan separuh akhir akan berentap bagi menentukan juara dan tempat kedua manakala

pasukan yang kalah akan berentap bagi menentukan tempat ketiga.

v. Setiap perlawanan berdurasi 12 minit iaitu 5 minit bagi separuh masa pertama, 2 minit rehat

dan 5 minit separuh masa kedua.

vi. Syarat lain bagi pertandingan ini dan Carta Perlawanan boleh dimuat turun melalui alamat

http://bit.ly/KAKOS2018

vii. Setiap pasukan hendaklah berpakaian sukan seragam bernombor dan wajib memakai kasut.

viii. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta dan tiga kumpulan terbaik akan

diumumkan sebagai pemenang.

ix. Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.

x. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

xi. Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad.

Page 11: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut

SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA

PERTANDINGAN BOLA JARING

i. Pertandingan Bola Jaring dikelolakan oleh SMKA Al-Mashoor (P) bertempat di padang SMKA

Al-Irshad.

ii. Pertandingan terbuka kepada murid perempuan Tingkatan 1 – Tingkatan 5 dan dijalankan

secara berkumpulan 10 orang ahli (termasuk tiga peserta simpanan) sahaja.

iii. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan kumpulan dan kalah mati bagi pusingan

separuh akhir dan akhir.

iv. Setiap perlawanan berdurasi 16 minit iaitu 7 minit bagi separuh masa pertama, 2 minit rehat

dan 7 minit separuh masa kedua.

v. Syarat lain bagi pertandingan ini boleh dimuat turun melalui alamat http://bit.ly/KAKOS2018

vi. Setiap pasukan hendaklah memakai bip seragam dan wajib memakai kasut.

vii. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta dan tiga kumpulan terbaik akan

diumumkan sebagai pemenang.

viii. Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.

ix. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.

x. Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad.

Page 12: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD · dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga ... Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut