d.r. 15/95 · pemulangan ke penjara. ... sebagai penjara mengikut pengertian akta ini. bangunan...

45
D.R. 15/95 Naskhah Sahih—Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG PENJARA 1995 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. BAHAGIAN II PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN 3. Kuasa mengisytiharkan penjara. 4. Bangunan sedia ada diisytiharkan sebagai penjara. 5. Perihalan penjara dalam writ, dsb. 6. Penguntukan penjara bagi kategori banduan. 7. Penetapan lokap di balai polis dan bangunan mahkamah sebagai 8. Penjara sementara. 9. Pentadbiran penjara. BAHAGIAN III PEGAWAI 10. Perlantikan pegawai. 11. Ketiadaan atau ketakupayaan Ketua Pengarah. 12. Perintah Tetap Ketua Pengarah.

Upload: vantuyen

Post on 21-Mar-2019

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

D.R. 15/95

Naskhah Sahih—Bahasa Kebangsaan

RANG UNDANG-UNDANG PENJARA 1995

SUSUNAN FASAL

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Fasal

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.2. Tafsiran.

BAHAGIAN II

PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN

3. Kuasa mengisytiharkan penjara.4. Bangunan sedia ada diisytiharkan sebagai penjara.5. Perihalan penjara dalam writ, dsb.6. Penguntukan penjara bagi kategori banduan.7. Penetapan lokap di balai polis dan bangunan mahkamah sebagai

8. Penjara sementara.9. Pentadbiran penjara.

BAHAGIAN III

PEGAWAI

10. Perlantikan pegawai.11. Ketiadaan atau ketakupayaan Ketua Pengarah.12. Perintah Tetap Ketua Pengarah.

2 RANG UNDANG-UNDANG

Fasal

13. Tugas Ketua Pengarah.14. Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian bagi penjara.15. Tugas Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian.16. Terma dan syarat perlantikan.17. Tugas pegawai penjara.18. Senjata, pelengkapan, dsb.19. Perkhidmatan dalam Malaysia atau di atas vesel, pesawat

udara, dsb.20. Pematuhan undang-undang bertulis dan perintah yang sah.21. Pegawai penjara disifatkan sebagai pengkhidmat awam.22. Penggunaan senjata.23. Pegawai penjara mempunyai kuasa pegawai polis.24. Bantuan polis semasa darurat.25. Pegawai penjara tidak boleh menjadi anggota kesatuan sekerja.

BAHAGIAN IV

JAGAAN DAN PENGALIHAN BANDUAN

26. Jagaan.27. Penyerahan orang yang ditahan secara waran.28. Penyerahan orang yang ditahan secara reman.29. Pegawai yang Menjaga hendaklah menahan orang yang

30. Pengemukaan di hadapan mahkamah.

31. Kuasa Ketua Pengarah memerintahkan pengemukaan dalam

32. Pengalihan dan pemindahan banduan.33. Pemindahan banduan yang dijatuhkan hukuman mati.34. Perintah berhubungan dengan banduan yang dipindahkan.35. Keterangan.36. Banduan celaru mental.37. Banduan yang sakit.38. Pemulangan ke penjara.39. Tanggungan kerana melarikan diri.40. Tugas untuk membantu dalam mencegah kelarian.

PENJARA 3

Fasal

41. Jagaan khas dalam hospital.42. Vesel pengalihan.43. Pelepasan banduan secara lesen.44. Peremitan hukuman.45. Pembebasan banduan.46. Kuasa kecualian Mahkamah Tinggi.

BAHAGIAN V

PEKERJAAN DAN TATATERTIB PENJARA

47. Kesan hukuman pemenjaraan.48. Skim bagi banduan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan.49. Pengasingan banduan.50. Hukuman bagi kesalahan penjara oleh Pegawai yang Menjaga.51. Daftar hukuman.52. Banduan boleh membuat pembelaannya.53. Pendakwaan bagi kesalahan.

BAHAGIAN VI

KESALAHAN

54. Kesalahan mengenai perbekalan penjara.55. Pembayaran wang dilarang.56. Penyerahan pakaian seragam, dsb. semasa berhenti.57. Pemilikan, penjualan atau pembekalan artikel yang dibekalkan

58. Penyeludupan artikel yang dilarang ke dalam penjara.59. Penalti am.

BAHAGIAN VIIKUMPULAN WANG HADIAH PEGAWAI PENJARA

60. Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara.61. Penggunaan Kumpulan Wang.62. Pentadbiran Kumpulan Wang.

4 RANG UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN VIII

AM

Fasal

63. Pegawai penjara tertakluk kepada peraturan-peraturan tatatertib.64. Perlantikan Hakim Pelawat.65. Tugas Hakim Pelawat.66. Lawatan oleh Hakim, Majistret, dsb.67. Peraturan-peraturan.68. Peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan.

JADUAL PERTAMA.JADUAL KEDUA.JADUAL KETIGA.

5

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undangberhubungan dengan penjara, banduan dan perkara-perkara yang berkaitan,

[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengannasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyatyang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasadaripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penjara 1995 danhendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tajukringkasdan mulaberkuatkuasa.

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

"Akta" ertinya Akta Penjara 1995;

"banduan" ertinya seseorang, sama ada disabitkan atautidak, yang dikurung dalam sesuatu penjara ;

"banduan muda" ertinya seseorang banduan yang dibawah umur dua puluh satu tahun;

"diet terhad yang ditetapkan" ertinya sesuatu skala dietsebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagimaksud seksyen 50;

Tafsiran.

Akta .

6 RANG UNDANG-UNDANG

"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Aktaini dan jika kuasa tidak ditetapkan, oleh Menteri;

"doktor pergigian berdaftar" ertinya seseorang doktoryang didaftarkan di bawah Akta Pergigian 1971;Akta 51.

"Hakim Pelawat" ertinya seseorang anggota LembagaHakim Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 64;

"hospital mental" ertinya sesuatu hospital yangditubuhkan bagi penerimaan dan penahanan orang celarumental di bawah seksyen 30 Ordinan Kecelaruan Mental1952, dan termasuklah sesuatu hospital yang diluluskan

Ord T.M.31/1952.

yang diwartakan di bawah Ordinan Kesihatan Mental1961 dan sesuatu rumah sakit di bawah Ordinan OrangGila 1961;

"hukuman pemenjaraan" ertinya sesuatu hukuman yangmelibatkan pengurungan dalam sesuatu penjara, dantermasuklah sesuatu hukuman asal yang dijatuhkan olehsesuatu mahkamah serta sesuatu hukuman yang diberisecara peringanan;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Kumpulan WangHadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah seksyen62;

"kesalahan kecil penjara" dan "kesalahan besar penjara"ertinya sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorangbanduan terhadap tatatertib penjara dan yang dinyatakansedemikian dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini;

"Ketua Pengarah" dan "Timbalan Ketua Pengarah"ertinya Ketua Pengarah Penjara dan Timbalan KetuaPengarah Penjara yang dilantik di bawah seksyen 10;

"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang HadiahPegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah seksyen 60;

Ord. Sarawak16/1961.Sabah Bab74.

PENJARA 7

"mahkamah" ertinya sesuatu mahkamah yang ditubuhkanoleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuandan hendaklah termasuk—

(a) Mahkamah Syariah;(b) Mahkamah Anak Negeri; dan(c) Mahkamah Tentera;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi penjara;

"pegawai penjara" ertinya seseorang kakitanganberpakaian seragam jabatan penjara daripada dantermasuklah pangkat Ketua Pengarah Penjara ke bawahsehingga dan termasuklah seseorang Wardar;

"Pegawai Perubatan" dan "Pegawai Pergigian" ertinyaPegawai Perubatan atau Pegawai Pergigian, mengikutmana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen14;

"pegawai polis" mempunyai erti yang diberikankepadanya di bawah Akta Polis 1967;

"Pegawai Rendah Penjara" ertinya seseorang pegawaipenjara daripada apa-apa pangkat dan termasuklah seseorangSub Inspektor Penjara ke bawah sehingga dan termasuklahseseorang Wardar;

"Pegawai yang Menjaga" ertinya seseorang pegawaipenjara yang berpangkat tidak rendah daripada InspektorPenjara yang menjaga sesuatu penjara;

"Pendaftar" termasuklah Ketua Pendaftar, TimbalanPendaftar, Penolong Kanan Pendaftar, Penolong Pendaftardan Pendaftar Mahkamah Rendah, mengikut kehendakkeadaan;

"pengamal perubatan berdaftar" ertinya seseorangpengamal perubatan yang didaftarkan sementara di bawahseksyen 12 atau yang didaftarkan penuh di bawah seksyen

Akta 344.

8 RANG UNDANG-UNDANG

14 Akta Perubatan 1971, mengikut mana-mana yangberkenaan;

"penjara" ertinya mana-mana rumah, bangunan, kepunganatau tempat, atau mana-mana bahagiannya, yangdiisytiharkan sebagai sesuatu penjara di bawah seksyen3 dan hendaklah termasuk tanah dan bangunan di sekitarkepungan penjara dan juga tanah lapang dan lain-laintanah atau bangunan yang dipunyai atau yang bercantumdengannya dan digunakan oleh banduan;

"Perintah Tetap Ketua Pengarah" ertinya Perintah Tetapyang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penjara dari semasake semasa;

"pihak berkuasa kompeten" ertinya mana-mana orangatau pihak berkuasa yang diletakhakan dengan kuasa untukmengkomitkan seseorang ke penjara di bawah mana-manaundang-undang bertulis;

"senjata" ertinya apa-apa cota, senjata api, amunisi,dan termasuklah apa-apa alat yang ditentukan oleh KetuaPengarah;

Akta 50

"senjata api" mempunyai erti yang diberikan kepadanyadi bawah Akta Senjata Api 1960;

"Suruhanjaya" ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awamyang ditubuhkan di bawah Perkara 139 PerlembagaanPersekutuan;

"tempat kerja" ertinya sesuatu tempat di mana banduandikehendaki oleh Ketua Pengarah untuk bekerja bagi maksudpemulihan banduan, yang kerja itu dilaksanakan di bawahpengawasan pegawai penjara.

(2) Bagi maksud tafsiran "banduan muda" dalamsubseksyen (1), ia hendaklah tennasuk seseorang banduanyang—

(a) adalah bukan seorang banduan muda sebagaimanayang ditafsirkan di bawah Ordinan yangdimansuhkan oleh Akta ini;

Akta 206.

PENJARA 9

(b) adalah di bawah umur dua puluh satu tahun ;dan

(c) sedang menjalani suatu tempoh pemenjaraan yangdijatuhkan sebelum mula berkuatkuasanya Aktaini.

BAHAGIAN II

PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN

3. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan, kepunganatau tempat, atau mana-mana bahagiannya, sebagai suatupenjara bagi maksud Akta ini bagi pemenjaraan ataupenahanan orang dalam jagaan sah dan boleh dengan carayang sama mengisytiharkan bahawa mana-mana penjarasedemikian hendaklah terhenti sebagai suatu penjara bagimaksud Akta ini.

Kuasa meng-isytiharkanpenjara.

4. Tertakluk kepada apa-apa perisytiharan yang dibuat dibawahAkta ini, bangunan yang pada mula berkuatkuasanyaAkta ini digunakan sebagai penjara hendaklah disifatkansebagai penjara mengikut pengertian Akta ini.

Bangunansedia adadiisytiharkansebagaipenjara.

5. Dalam apa-apa writ, waran, atau suratcara undang-undang lain yang dalamnya mungkin perlu untukdiperihalkan sesuatu penjara tertentu, apa-apa perihalanyang menetapkan sesuatu penjara dengan merujuk namatempat atau bandar di mana ia terletak, atau apa-apaperihalan pasti yang lain, hendaklah menjadi sah danmencukupi bagi semua maksud.

Perihalanpenjaradalam writ,dsb.

6. (1) Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa,melalui perintah—

(a) menguntukkan penjara tertentu—(i) bagi melaksanakan pengasingan kategori

banduan yang berlainan;(ii) bagi melatih kategori banduan yang

berlainan ; atau(iii) bagi apa-apa sebab lain;

Penguntukanpenjara bagikategoribanduan.

10 RANG UNDANG-UNDANG

(b) menghadkan kategori banduan dalam penjaratertentu.

(2) Seseorang banduan daripada kategori yang baginyasesuatu penjara hendak diperuntukkan boleh dihantar dandipenjarakan dengan sah di penjara itu walaupun waranatau perintah bagi pemenjaraan banduan itu telahdikeluarkan oleh sesuatu mahkamah yang tidak mempunyaibidang kuasa lazimnya di tempat di mana penjara ituterletak.

7. (1) Adalah sah bagi Menteri, melalui pemberitahuandalam Warta, untuk menetapkan lokap di mana-manabalai polis dan bangunan mahkamah sebagaimana yangdinyatakan dalam pemberitahuan itu sebagai tempat bagipengurungan orang, yang direman atau dihukum denganapa-apa tempoh pemenjaraan, tidak melebihi satu bulan,sebagaimana yang dinyatakan dalam setiap kes.

Penetapan,lokap dibalai polisdanhangunanmahkamahsebagaitempattahanan.

(2) Sesuatu lokap yang ditetapkan sebagai suatutempat pengurungan di bawah subseksyen (1)—

(a) tidaklah boleh disifatkan sebagai sesuatupenjara bagi maksud Akta ini, atau AktaPendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang YangTak Diingini 1969 dan peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini tidaklah terpakaibaginya;

Akta 7.

(b) hendaklah disifatkan sebagai sesuatu penjarabagi maksud Bab XXVII Kanun Prosedur Jenayahatau Akta Penghutang 1957.

NM-B.Bab6

Akta 256,

8. (1) Bilamana Ketua Pengarah mendapati—

(a) bahawa bilangan banduan dalam sesuatu penjaraadalah lebih ramai daripada bilangan yangsemunasabahnya boleh ditempatkan dalam penjaraitu dan bahawa adalah tidak sesuai untukmemindahkan bilangan yang lebih itu ke penjaralain; atau

Penjarasementara.

PENJARA 11

(b) bahawa oleh sebab meletusnya sesuatu penyakitdalam sesuatu penjara atau bagi apa-apa sebablain yang menyebabkannya perlu untukmenyediakan perlindungan sementara dan jagaanselamat bagi mana-mana banduan.

dia boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan secarabertulis bagi perlindungan dan jagaan selamat dalam penjarasementara sekian ramai banduan yang tidak bolehditempatkan dengan sesuai atau selamat dalam penjaraitu.

(2) Sesuatu penjara sementara di bawah subseksyen(1) adalah suatu penjara bagi maksud Akta ini.

(3) Seseorang banduan yang dialihkan ke sesuatu penjarasementara di bawah subseksyen (1) hendaklah, jika sebabbagi pengalihan itu terhenti, dikembalikan ke penjarayang darinya dia dikeluarkan jika tempoh pemenjaraannyabelum habis.

(4) Arahan atau perintah yang dibuat atau diberi olehKetua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah bagitempoh tidak melebihi tiga bulan.

(5) Walau apa pun subseksyen (4), jangkamasa apa-apa arahan atau perintah yang dibuat di bawah subseksyen(1) boleh, dengan kelulusan Menteri, dilanjutkan bagitempoh tambahan tidak melebihi tiga bulan pada bila-bilamasa dan pelanjutan itu tidaklah boleh dalam apa-apa halmelebihi keseluruhan tempoh sembilan bulan.

9. (1) Tertakluk kepada peruntukan PerlembagaanPersekutuan berhubungan dengan bidangkuasa, kuasa danfungsi Suruhanjaya dan perintah Menteri yang dibuat dibawah Akta ini, penjagaan dan pentadbiran am penjaradan kawalan dan arahan am ke atas pegawai penjara diseluruh Malaysia hendaklah terletakhak pada KeluaPengarah.

(2) Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasamembuat apa-apa pemindahan dan mengarahkan

Pentadbiranpenjara.

12 RANG UNDANG-UNDANG

pengambilan kerja dan pengagihan pegawai penjarasebagaimana yang difikirkannya patut.

BAHAGIAN III

PEGAWAI

10. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorangKetua Pengarah Penjara bagi Malaysia.

(2) Maka hendaklah dilantik seorang Timbalan KetuaPengarah, yang adalah seorang pegawai penjara, dan sekianbilangan pegawai penjara sebagaimana yang perlu bagimenjalankan peruntukan Akta ini.

(3) Pangkat bagi Pegawai Kanan Penjara dan PegawaiRendah Penjara adalah sebagaimana yang dinyatakan dalamJadual Pertama.

Perlantikanpegawai.

11. (1) Jika Ketua Pengarah tidak ada atau ketakupayaan,kuasa dan tugas Ketua Pengarah di bawah Akta ini ataumana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bolehdijalankan dan dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Pengarah.

KetiadaanatauketakupayaanKetuaPengarah.

(2) Jika Timbalan Ketua Pengarah tidak ada atauketakupayaan, kuasa dan tugas Ketua Pengarah hendaklahdijalankan dan dilaksanakan oleh pegawai penjara yangterkanan dalam jabatan penjara,

12. Ketua Pengarah boleh membuat dan mengeluarkanperintah, yang dipanggil Perintah Tetap Ketua Pengarahyang tidak berlawanan dengan Akta ini atau mana-manaperaturan yang dibuat di bawah Akta.

PenntahTetap KetuaPengarah.

13. (1) Ketua Pengarah hendaklah—(a) secara berkala melawat dan memeriksa, atau

menyebabkan supaya dilawati dan diperiksa,semua penjara di Malaysia;

(b) menyelia dan mengawal semua perkara yangberkaitan dengan mana-mana penjara, yangpentadbirannya adalah terletakhak padanya; dan

Tugas KetuaPengarah.

PENJARA 13

(c) bertanggungjawab kepada Menteri bagi—(i) kelakuan dan pemerlakuan pegawai penjara

dan banduan di bawah kawalannya; dan(ii) pematuhan sewajarnya oleh pegawai

penjara dan banduan akan peruntukan Aktaini dan semua undang-undang bertulis lainberhubungan dengan penjara atau banduan.

(2) Tertakluk kepada perintah Ketua Pengarah, Pegawaiyang Menjaga hendaklah—

(a) menyelia dan mengawal semua perkara yangberkaitan dengan mana-mana penjara, yangpentadbirannya adalah terletakhak padanya; dan

(b) bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah bagi—(i) kelakuan dan pemerlakuan pegawai penjara

(ii) pematuhan sewajarnya oleh pegawaipenjara dan banduan akan peruntukan Aktaini dan semua undang-undang bertulis lainberhubungan dengan penjara atau banduan.

(3) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkanpenjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini kepada mana-manapegawai penjara—

(a) tertakluk kepada apa-apa syarat atau hadsebagaimana yang difikirkan patut oleh KetuaPengarah; dan

(b) kecuali perkara yang berhubungan denganpemindahan pegawai penjara, pembuatan danpengeluaran Perintah Tetap, dan apa-apa fungsiyang diwakilkan oleh Suruhanjaya kepada KetuaPengarah menurut Perkara 144(6) PerlembagaanPersekutuan.

14. (1) Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi perkhidmatan kesihatan hendaklah,bilamana hal keadaan membenarkan, melantik daripadakakitangan Kementerian Kesihatan seorang Pegawai

PegawaiPerubatandan PegawaiPergigianbagi penjara.

14 RANG UNDANG-UNDANG

Perubatan dan seorang Pegawai Pergigian bagi setiappenjara.

(2) Jika hal keadaan tidak membenarkan suatuperlantikan di bawah subseksyen (1), maka Menteri yangdipertanggungkan dengan tanggungjawab bagiperkhidmatan kesihatan boleh melantik mana-manapengamal perubatan berdaftar atau mana-mana doktorpergigian berdaftar menjadi Pegawai Perubatan atauPegawai Pergigian bagi mana-mana penjara tertentu.

(3) Pegawai yang Menjaga hendaklah berurusan denganKementerian Kesihatan atau jabatan kesihatan tempatanbagi pelaksanaan tugas seseorang Pegawai Perubatan atauPegawai Pergigian oleh seorang lain jika Pegawai Perubatanatau Pegawai Pergigian itu tidak dapat melaksanakantugasnya disebabkan oleh—

(a) sakit;

(b) ketiadaan buat sementara waktu; atau

(c) kerana apa-apa sebab lain.

15. Seseorang Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigianyang dilantik di bawah seksyen 14 hendaklah berada dibawah kawalan dan penyeliaan Ketua Pengarah semasadalam penjara dan hendaklah melaksanakan apa-apa tugasyang ditetapkan.

TugasPegawaiPerubatandan PegawaiPergigian.

16. Seseorang pegawai penjara yang dilantik di bawahAkta ini hendaklah tertakluk kepada terma dan syaratperkhidmatan yang terpakai baginya pada tarikhperlantikannya.

Terma dansyaratperlantikan.

17. Seseorang pegawai penjara hendaklah melaksanakanapa-apa tugas sebagaimana yang ditetapkan.

Tugaspegawaipenjara.

18. Seseorang pegawai penjara hendaklah diberikan apa-apa senjata, kelengkapan, pakaian seragam dan pelengkapanlain sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarahsebagai perlu bagi pelaksanaan tugasnya dengan cekap.

Senjata,pelengkapan,dsb.

16 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Seseorang pegawai penjara hendaklah memberiamaran kepada banduan bahawa dia akan menembaknyasebelum menggunakan senjata api dalam hal keadaanyang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Tiada seorang pun pegawai penjara boleh, dalamkehadiran pegawai atasannya, menggunakan senjata apiterhadap seseorang banduan dalam hal perbuatankegemparan atau percubaan untuk melarikan diri kecualidi bawah perintah pegawai atasan itu:

Dengan syarat bahawa pegawai penjara itu bolehmenggunakan senjata api dalam hal keadaan di manaadalah tidak semunasabahnya praktik untuk mendapatkanperintah daripada pegawai atasan dan bahawa keadaan itudikemukakan kepada pegawai atasan itu.

(4) Penggunaan senjata di bawah seksyen ini hendaklah,setakat yang boleh, untuk menghilangkan keupayaan danbukan untuk membunuh.

(5) Seseorang pegawai polis semasa bertindak atas sifatsebagai seorang pengawal pengiring atau pengawal dalamatau di sekitar sesuatu penjara atau lokap bagi maksudmemastikan jagaan selamat ke atas seseorang banduanhendaklah tertakluk kepada peruntukan seksyen ini.

23. Tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang dinyatakansebaliknya, seseorang pegawai penjara semasa bertindaksedemikian hendaklah menurut jawatannya mempunyaisemua kuasa, kewenangan, perlindungan dan keistimewaanseseorang pegawai polis.

Pegawaipenjaramempunyaikuasapegawaipolis.

24. (1) Ketua Pengarah boleh, dalam sesuatu darurat ataubagi kepentingan keselamatan awam, meminta bantuanPolis Diraja Malaysia.

(2) Pegawai polis yang membantu di bawah subseksyen(1) hendaklah diketuai oleh seorang pegawai kanan polisdan semua pegawai polis sedemikian hendaklah beradadi bawah kawalan dan penyeliaan Ketua Pengarah ataumana-mana pegawai penjara lain yang diberikuasa secarakhas bagi maksud itu.

Bantuanpolis semasadarurat.

PENJARA 17

25. (1) Bagi maksud membolehkan pegawai penjaramenimbang dan membawa kepada perhatian Kerajaansemua perkara yang melibatkan kebajikan atau kecekapanmereka, termasuk gaji, pencen dan syarat perkhidmatan,selain daripada persoalan tatatertib dan kenaikan pangkatyang melibatkan individu, maka bolehlah ditubuhkansesuatu persatuan yang hendaklah dikendalikan danditadbirkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat olehMenteri.

Pegawaipenjara tidakbolehmenjadianggotakesatuansekerja.

(2) Sesuatu persatuan yang ditubuhkan di bawahsubseksyen (1) hendaklah pada keseluruhannya bebasdaripada dan tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulanorang di luar jabatan penjara dan hendaklah disifatkanbukan sesuatu kesatuan sekerja dalam pengertian AktaKesatuan Sekerja 1959, dan hendaklah dikecualikandaripada peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Akta 262

Akta 335.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (1) dan (2), tiadapegawai penjara boleh menjadi seorang anggota mana-mana kesatuan sekerja atau persatuan yang mempunyaibagi tujuannya atau sebagai salah satu daripada tujuannyakawalan atau yang mempengaruhi gaji, pencen atau syaratperkhidmatan pegawai penjara.

(4) Seseorang pegawai penjara yang melanggarsubseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan danapabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi seriburinggit.

(5) Apa-apa persoalan tentang sama ada sesuatu badanitu adalah kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan yangbaginya seksyen ini terpakai hendaklah ditentukan olehMenteri.

(6) Sesuatu persatuan yang ditubuhkan sebelum mulaberkuatkuasanya Akta ini di bawah seksyen 2?A OrdinanPenjara 1952 hendaklah disifatkan suatu persatuan yangditubuhkan di bawah subseksyen (1) sehingga persatuanitu dibubarkan.

Ord. T.M81/1952.

18 RANG UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN IV

JAGAAN DAN PENGALIHAN BANDUAN

26. (1) Seseorang banduan—(a) yang dikurung dalam sesuatu penjara hendaklah

disifatkan berada dalam jagaan sah Pegawai yangMenjaga penjara itu;

(b) hendaklah tertakluk kepada tatatertib penjaradan kepada semua undang-undang bertulisberhubungan dengan penjara atau banduan dankepada Perintah Tetap Ketua Pengarah dalamtempoh pemenjaraannya, sama ada dia beradadalam kawasan penjara atau tidak; dan

(c) semasa berada dalam jagaan atau di bawahkawalan seseorang pegawai penjara—

(i) apabila dibawa ke penjara atau dari penjara;(ii) bila mana dia sedang bekerja di luar penjara;

atau(iii) selainnya berada di luar batasan penjara,

hendaklah disifatkan berada dalam penjara danhendaklah tertakluk kepada semua keadaan yangsama seolah-olah dia sebenarnya berada dalam penjara.

(2) Jika seseorang banduan telah melarikan diri daripadajagaan sah, tempoh semasa bebas itu tidaklah dikira sebagaisebahagian hukuman yang sedang dijalani pada masa diamelarikan diri.

Jagaan.

27. (1) Seseorang yang ditahan di bawah sesuatu waranatau sesuatu perintah mahkamah yang mempunyai bidangkuasa sivil atau jenayah hendaklah dibawa di hadapanmahkamah yang mengeluarkan waran atau perintah itu.

(2) Jika mahkamah di bawah subseksyen (1) tidakbersidang, orang itu hendaklah diserahkan kepada seorangPegawai yang Menjaga bagi jagaan perantaraan.

Penyerahanorang yangditahan secarawaran.

PENJARA 19

(3) Pegawai yang Menjaga hendaklah menyebabkanorang itu dibawa di hadapan mahkamah itu pada persidanganyang berikutnya supaya orang itu boleh diuruskan mengikutundang-undang.

28. (1) Seseorang yang dipertuduh dengan sesuatu jenayah

oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten,hendaklah diserahkan kepada Pegawai yang Menjagapenjara bersama-sama dengan waran reman.

(2) Pegawai yang Menjaga hendaklah—

(a) menahan dan menyebabkan supaya diserahkankepada mahkamah atau pihak berkuasa yangkompeten; atau

(b) membebaskan,

orang yang diserahkan di bawah subseksyen (1) mengikutterma waran itu.

Penyerahanorang yangdttahansecara reman.

29. Seseorang Pegawai yang Menjaga hendaklahmenempatkan dan menahan seseorang yang telahdikomitkan dengan sewajarnya ke dalam jagaannya olehsesuatu mahkamah atau pihak berkuasa yang kompetenmengikut terma waran atau perintah yang dengannya orangitu telah dikomitkan atau sehingga orang itu dibebaskanmengikut perjalanan undang-undang yang sewajarnya.

PegawaiyangMenjagahendaklahmenahanorang yangdikomitkan.

30. (1) Bila mana kehadiran seseorang banduandikehendaki dalam sesuatu mahkamah yang mempunyaibidang kuasa sivil atau jenayah, mahkamah itu bolehmengeluarkan suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkandialamatkan kepada Pegawai yang Menjaga yangmenghendaki pengemukaan banduan itu pada masa dandi tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Apabila menerima perintah itu, Pegawai yangMenjaga hendaklah menyebabkan banduan yang dinamakandalam perintah itu dibawa sebagaimana diarahkan danhendaklah memberikannya jagaan yang selamat semasadia tidak berada di penjara.

Pengemukaandi hadapanmahkamah.

20 RANG UNDANG-UNDANG

(3) Sekiranya sesuatu penangguhan mengenai perkarayang baginya kehadiran banduan itu adalah dikehendaki,mahkamah boleh, melalui pengendorsan pada perintahitu, menghendaki banduan itu dibawa semula pada masadan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.

(4) Sesuatu perintah yang dikeluarkan dari MahkamahPersekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggiboleh ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah, dan jikadikeluarkan oleh mana-mana mahkamah lain hendaklahditandatangani oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret,Pendaftar atau mana-mana lain pegawai pengetuamahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

31. (1) Ketua Pengarah—

(a) boleh, setelah berpuas hati bahawa terdapat alasanyang munasabah yang menghendaki kehadiranseseorang banduan di mana-mana tempat diMalaysia; atau

(b) hendaklah, apabila kehadiran seseorang banduandikehendaki bagi maksud apa-apa siasatan awam,

melalui perintah secara bertulis, mengarahkan supayabanduan itu dibawa ke tempat itu.

(2) Seseorang banduan yang dibawa dari sesuatu penjaradi bawah subseksyen (1) hendaklah, semasa berada diluar penjara itu, ditempatkan dalam apa-apa jagaansebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, melaluiperintah secara bertulis, dan semasa berada dalam jagaanitu hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.

Kuasa KetuaPengarahmemerintah-kan penge-mukaandalamhal tertentu.

32. (1) Ketua Pengarah boleh, melalui perintah secarabertulis, mengalihkan atau memindahkan semua ataumana-mana banduan yang dikurung dalam sesuatu penjarake mana-mana penjara lain.

(2) Tiada banduan yang dialihkan di bawah subseksyen(1) semasa berada dalam jagaan seseorang pegawai penjaradisifatkan telah melarikan diri walaupun dia dibawa kebidang kuasa yang berlainan atau ke tempat kurunganyang berlainan.

Pengalihandan pemm-dahanbanduan.

PENJARA 21

(3) Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak perlu untukmengenalpasti seseorang banduan melalui nama dalamperintah itu, tetapi adalah mencukupi untuk memperihalkanbanduan itu dengan menyebut kerakyatan atau hukumannyaatau dengan apa-apa perihalan am lain yang serupa.

33. Seseorang banduan yang dijatuhkan hukuman matiyang telah diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong,Raja atau Yang di-Pertua Negeri supaya dijalankan boleh,melalui perintah Ketua Pengarah, dipindahkan ke mana-mana penjara lain, untuk menjalani hukumannya di sana.

Pemindahanbanduanyang di-jatuhkanhukumanmati.

34. Sesuatu perintah berhubungan dengan hukumanseseorang banduan yang dipindahkan di bawah seksyen32 atau 33 hendaklah berkuatkuasa seolah-olah perintahitu telah diarahkan kepada Pegawai yang Menjaga penjarayang kepadanya banduan itu dihantar.

Perintahberhubungandenganbanduanyangdipmdahkan

35. (1) Sesuatu perintah atau waran yang dibuat ataudikeluarkan oleh Menteri atau Ketua Pengarah menurutAkta ini hendaklah—

(a) diterima sebagai keterangan dalam semuamahkamah tanpa bukti selanjutnya; dan

(b) menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakandalamnya.

(2) Sesuatu tindakan yang dilakukan menurut sesuatuperintah atau waran yang dibuat atau dikeluarkan di bawahsubseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dibenarkan olehundang-undang.

Keterangan.

36. (1) Jika seseorang banduan yang sedang menjalanihukuman pemenjaraan atau yang dijatuhkan hukumanmati didapati celaru mental oleh Ketua Pengarah ataspengesahan Pegawai Perubatan, Ketua Pengarah hendaklah,melalui perintah secara bertulis, mengarahkan supayabanduan itu dialihkan, ditempatkan dan dirawat di sesuatuhospital mental atau tempat jagaan selamat lain yangsesuai di Malaysia dan ditempatkan di situ dan dirawatsebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Banduancelaru mental.

22 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Sesuatu perintah yang dikeluarkan di bawahsubseksyen (1) hendaklah menjadi suatu kuasa bagipenerimaan banduan itu dan bagi penahanannya di hospitalmental atau di tempat lain yang sesuai di Malaysia sehinggadialihkan atau dibebaskan sebagaimana diperuntukkankemudian daripada ini.

(3) Jika seseorang banduan yang ditahan di hospitalmental di bawah subseksyen (1) adalah, pada pendapatpegawai perubatan hospital mental itu, tidak lagi celarumental, pegawai perubatan itu hendaklah melaporkandengan sewajarnya kepada Ketua Pengarah.

(4) Apabila menerima laporan itu, Ketua Pengarahhendaklah, melalui perintah secara bertulis—

(a) mengarahkan pemulangan banduan itu ke penjarayang darinya dia telah dialihkan atau ke mana-mana penjara lain jika tempoh pemenjaraannyabelum habis; atau

(b) mengarahkan supaya banduan itu dibebaskanjika tempoh pemenjaraannya telah habis.

(5) Jika seseorang banduan yang ditahan di bawahsubseksyen (1) adalah, pada pendapat pegawai perubatanhospital mental itu, masih lagi celaru mental dan tempohpemenjaraan yang baginya banduan itu ditahan telah habis—

(a) dalam hal Malaysia Barat, seksyen 46 OrdinanKecelaruan Mental 1952 hendaklah terpakai bagibanduan itu seolah-olah dia telah ditahan mengikutsuatu perakuan yang diberi di bawah seksyen 42Ordinan itu;

(b) dalam hal Wilayah Persekutuan Labuan,sebagaimana perlu, apa-apa peruntukan OrdinanKecelaruan Mental 1952 sebagaimana yangdiperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuanoleh Yang di-Pertuan Agong, hendaklah terpakai;

Ord. T.M.No. 3111952.

(c) dalam hal Sabah, subseksyen 70(4) hingga (14)

(d) dalam hal Sarawak, subseksyen 34(4) hinggaOrdinanSabah 7/1956.

SarawakBab 24

PENJARA 23

(6) Masa yang diambil dalam melaksanakan apa-apapengalihan di bawah seksyen ini dan tempoh semasabanduan itu ditahan di hospital mental hendaklah dikirasebagai sebahagian dari tempoh pemenjaraan itu.

37. (1) Dalam hal di mana seseorang banduan yangdikurung dalam penjara mengalami sakit yang serius yangpenjara itu tidak mempunyai kemudahan yang mencukupibagi rawatan banduan itu, Pegawai yang Menjaga boleh,atas perakuan seorang Pegawai Perubatan, membuat suatuperintah bagi pengalihan banduan itu ke sesuatu hospitalkerajaan.

Banduanyang sakit.

(2) Jika seseorang banduan yang dialihkan di bawahsubseksyen (1) adalah, pada pendapat pegawai perubatanhospital, masih perlu bagi banduan itu untuk terus beradadi hospital itu, maka pegawai perubatan itu hendaklah,diakhir setiap bulan, menghantar suatu perakuan yangmenyatakan fakta itu kepada Pegawai yang Menjaga penjarayang darinya banduan tersebut dialihkan.

38. (1) Jika seseorang banduan yang dialihkan ke hospitaldi bawah seksyen 37 adalah, pada pendapat pegawaiperubatan hospital itu, tidak lagi perlu untuk terus beradadi hospital itu, maka pegawai perubatan itu hendaklahmenghantar suatu perakuan yang menyatakan fakta itukepada Pegawai yang Menjaga penjara yang darinyabanduan itu telah dialihkan.

Pemulanganke penjara.

(2) Apabila menerima perakuan yang tersebut dalamsubseksyen (1), Pegawai yang Menjaga hendaklahmenyebabkan banduan itu dibawa balik ke penjara, jikadia masih lagi kena dikurung dalam penjara itu.

39. Jika seseorang banduan melarikan diri semasa diaberada di sesuatu hospital, tiada pegawai penjara bolehdipertanggungkan dengan kelarian itu melainkan jikabanduan itu telah ditempatkan dengan khusus dalam jagaanpegawai penjara itu.

Tanggungankeranamelarikandiri.

24 RANG UNDANG-UNDANG

40. (1) Adalah menjadi tugas pegawai perubatan hospitaldi mana seseorang banduan telah dialihkan di bawahseksyen 37 supaya memberi segala bantuan bagi memastikanbahawa langkah berjaga-jaga yang perlu bagi mencegahkelarian banduan yang menjalani rawatan di hospital itutelah diambil.

(2) Adalah sah bagi pegawai perubatan dalam subseksyen(1) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untukmencegah banduan daripada melarikan diri:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa langkah bagimencegah seseorang banduan daripada melarikan diri bolehdiambil yang, pada pendapat pegawai perubatan,berkemungkinan akan memudaratkan kesihatan banduanitu.

Tugas untukmembantudalammencegahkelarian.

41. Jika disebabkan beratnya kesalahan yang kerananyabanduan boleh berada dalam jagaan atau kerana apa-apasebab lain, Pegawai yang Menjaga berpendapat adalahwajar untuk mengambil langkah-langkah khas bagikeselamatan seseorang banduan semasa menjalani rawatandalam sesuatu hospital, Pegawai yang Menjaga boleh,sekiranya tidak ada pegawai penjara, menempatkan banduanitu dalam jagaan dua orang atau lebih daripada dua orangyang layak dan sesuai, seorang daripadanya hendaklahberada dengan banduan pada setiap masa,—

(a) yang hendaklah diletakhakkan dengan kuasa dankewenangan penuh untuk melakukan semuaperkara yang perlu untuk mencegah banduan itudaripada melarikan diri; dan

(b) yang adalah bertanggungjawab bagi jagaanselamat banduan itu—

(i) sehingga masa banduan itu diserahkankepada seorang pegawai penjara apabiladia dibenarkan keluar dari hospital itu;atau

(ii) sehingga masa apabila tempoh pemenjaraanbanduan itu habis,

mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

Jagaan khasdalamhospital.

PENJARA 25

42. (1) Jika perlu bagi maksud Bahagian ini untukmengalihkan mana-mana banduan ke luar Malaysia melaluilaut atau melalui udara, dia hendaklah dialihkan melaluivesel atau pesawat udara yang ditetapkan bagi maksuditu oleh Ketua Pengarah.

(2) Masa yang diambil dalam melaksanakan apa-apapengalihan hendaklah dikira sebagai sebahagian daripadatempoh pemenjaraan itu.

Veselpengalihan.

43. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuatoleh Menteri, Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masajika difikirkannya patut, melepaskan secara lesen danatas apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalamlesen, seseorang banduan yang sedang menjalani tempohpemenjaraan serentak atau berturut-turut yang tidak kurangdaripada empat tahun.

(2) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa,—

(a) mengubahsuai atau membatalkan syarat yangtersebut dalam subseksyen (1); atau

(b) melalui perintah, memanggil balik ke penjaraseseorang banduan yang dilepaskan secara lesendi bawah subseksyen (1) tetapi tanpa menjejaskankuasa Ketua Pengarah untuk melepaskan semulabanduan itu secara lesen.

(3) Jika seseorang banduan dipanggil balik di bawahperenggan (b) subseksyen (2), lesennya hendaklah terhentiberkuatkuasa dan dia hendaklah, jika masih bebas, disifatkanbebas dengan menyalahi undang-undang dan apabiladisabitkan, bolehlah di denda tidak melebihi dua riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihidua tahun atau kedua-duanya.

(4) Seseorang banduan yang tidak mematuhi mana-mana syarat lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawahsubseksyen (1) apabila disabitkan, bolehlah di denda tidakmelebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pelepasanbanduansecara lesen.

26 RANG UNDANG-UNDANG

44. (1) Dengan Tujuan untuk menggalakkan kelakuan baikdan kerajinan dan untuk memudahkan pemerlakuanpemulihan, seseorang banduan yang dihukum penjaraselama lebih daripada sebulan, adalah berhak diberi remitandaripada hukumannya.

(2) Semua atau mana-mana bahagian remitan yangseseorang banduan berhak boleh, apabila melakukan sesuatukesalahan di bawah seksyen 50, dibatalkan oleh KetuaPengarah;

Dengan syarat bahawa tidak dalam mana-mana kes punperlucuthakan boleh melebihi amaun remitan yangdiperolehi pada masa berlakunya kesalahan itu.

(3) Ketua Pengarah boleh memulangkan kepadaseseorang banduan semua atau mana-mana bahagian remitanyang telah dilucuthak semasa menjalani hukumannya.

(4) Seseorang banduan yang diberikan remitansebahagian daripada hukumannya hendaklah dibebaskanapabila habisnya tempoh sekian banyak hukumannya yangtinggal selepas dipotong bahagian yang diremitkan daripadahukuman itu.

Peremitanhukuman.

45. (1) Seseorang Pegawai yang Menjaga hendaklahbertanggungjawab bagi pembebasan banduan yangsewajarnya sebaik sahaja dia menjadi berhak untukdibebaskan, sama ada kerana—

(a) habisnya tempoh hukumannya;(b) pembayaran denda;(c) pengampunan;(d) peringanan hukuman; atau(e) remitan hukuman.

atas perbelanjaan Kerajaan, seseorang banduan yangdibebaskan sewajarnya daripada penjara mengikut seksyenini boleh dipulangkan ke tempat di mana banduan itulazimnya tinggal.

Pembebasanbanduan.

PENJARA 27

46. Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh dikira sebagaimengurangkan atau menyentuh kuasa Hakim MahkamahTinggi untuk mengarahkan orang yang dikurung dalammana-mana penjara di bawa ke hadapan Mahkamah dibawah peruntukan Bab XXXVI Kanun Prosedur Jenayah.

KuasakecualianMahkamahTinggi.

N.M.B.Bab 6.

BAHAGIAN V

PEKERJAAN DAN TATATERTIB PENJARA

47. (1) Seseorang banduan yang dijatuhkan atau yangakan dijatuhkan sesuatu hukuman pemenjaraan semasatempoh hukumannya itu adalah tertakluk—

(a) untuk dipenjarakan; dan(b) untuk menjalankan apa-apa kerja sebagaimana

yang diarahkan oleh Pegawai yang Menjaga dan,setakat yang praktik, kerja itu hendaklahdijalankan—

(i) secara berkumpulan ;(ii) di luar sel ;

(iii) di luar batasan penjara sebagaimana yangdiluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2) Pegawai Perubatan boleh memperakui seseorangbanduan sebagai—

(a) tidak sihat dan mengesyorkan supaya banduanitu dikecualikan daripada kerja; atau

(b) sihat hanya untuk melaksanakan kerja ringan.

(3) Seseorang banduan di bawah subseksyen (2)hendaklah hanya dikehendaki menjalankan apa-apa kerjayang ditetapkan sebagai kerja ringan.

Kesanhukumanpemenjaraan.

48. (1) Bagi maksud membolehkan banduan, selaindaripada banduan yang disebut dalam seksyen 49, untukmengambil pekerjaan yang menguntungkan semasa merekasedang menjalani hukuman mereka, Menteri boleh

Skim bagibanduanuntukmelibatkandiri dalampekerjaan.

28 RANG UNDANG-UNDANG

memperkenalkan sesuatu skim dan banduan itu boleh ataspilihan mereka sendiri mengambil bahagian dalam skimitu.

(2) Seseorang banduan yang mengambil pekerjaan dibawah skim yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a) boleh, walau apa pun perintah yang dibuat olehsesuatu mahkamah bagi pengkomitan banduanitu, di bawa ke luar batasan penjara untukmelaksanakan kerja; dan

(b) hendaklah, pada setiap masa disifatkan beradadalam penjara dan tertakluk kepada semuakeadaan yang sama seolah-olah dia sebenarnyaberada dalam penjara.

49. (1) Seseorang banduan—

(a) yang dikurung di bawah proses sivil;

(b) yang ditahan secara reman yang dituduh

(c) yang dikomitkan untuk dibicarakan; atau(d) yang dikurung kerana tiada penjamin,

lazimnya tidak boleh dicampurkan dengan banduan yangmenjalani hukuman penjara atau dikehendaki bekerja lebihdaripada apa-apa kerja semunasabahnya patut bagi menjagadiri dan pakaiannya dalam keadaan yang sempurna danmenjaga tempat yang dianya dikurung itu bersih.

(2) Jika seseorang banduan di bawah subseksyen (1)memilih untuk bekerja semasa tempoh dia dikurung, diahendaklah menerima pembayaran bagi pekerjaan itumengikut apa-apa kadar yang boleh ditetapkan dari semasake semasa.

(3) Seseorang banduan muda hendaklah, setakat yangdibenarkan oleh keadaan tempatan, ditempatkan berasingandaripada orang dewasa dalam tahanan.

Pengasinganbanduan.

PENJARA 29

(4) Jika Pegawai yang Menjaga mendapati bahawa adalahwajar bagi seseorang banduan itu diasingkan untukmengekalkan keadaan dan tatatertib yang baik bagi sesuatupenjara atau kerana apa-apa sebab lain, maka adalah sahbagi pegawai itu memerintahkan banduan itu diasingkanselama apa-apa tempoh yang difikirkannya perlu.

50. (1) Seseorang Pegawai yang Menjaga bolehmenghukum seseorang banduan yang didapati bersalahmelakukan kesalahan kecil penjara selepas menjalankansiasatan sewajarnya dengan memerintahkannya menjalanisatu atau lebih daripada hukuman yang berikut:

(a) celaan;(b) pengurangan peringkat;(c) penangguhan kenaikan peringkat;(d) perlucuthakan keistimewaan;(e) penyingkiran daripada skim pendapatan;(f) pengurangan gred pendapatannya;(g) perlucuthakan remitan tidak melebihi apa-apa

amaun yang ditetapkan;(h) pengurungan berasingan dalam sel dengan diet

terhad yang ditetapkan selama suatu tempohtidak melebihi apa-apa tempoh yang ditetapkan.

(2) Hukuman yang disebut di perenggan (b) hingga (f)subseksyen (1) hendaklah bagi apa-apa tempoh yangditetapkan.

(3) Jika seseorang Pegawai yang Menjaga mendapatiseseorang banduan itu bersalah melakukan kesalahan besarpenjara selepas menjalankan siasatan sewajarnya, makaPegawai yang Menjaga itu boleh menghukum banduanitu dengan memerintahkannya menjalani satu atau lebihhukuman yang disenaraikan dalam subseksyen (1) atausebagai tambahan kepada atau sebagai ganti baginya,mengenakan hukuman sebat dengan rotan, tidak melebihisekian bilangan sebatan yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa apa-apa hukuman sebat yangdiperintahkan hendaklah tertakluk kepada pengesahan olehMenteri.

Hukumanbagikesalahanpenjara olehPegawaiyangMenjaga.

30 RANG UNDANG-UNDANG

51. Pegawai yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalamsuatu daftar yang hendaklah dibuka bagi pemeriksaanHakim Pelawat suatu rekod hukuman yang dikenakanolehnya ke atas banduan yang menunjukkan, berkenaandengan setiap banduan yang dihukum, nama banduan itu,jenis kesalahannya dan takat hukumannya.

Daftarhukuman.

52. Tiada banduan boleh dihukum sehinggalah dia telahdiberi peluang—

(a) untuk mendengar tuduhan atau aduan terhadapnyadan keterangan yang menyokong tuduhan atauaduan itu; dan

(b) untuk membuat pembelaannya dan untuk memintamemberi keterangan bagi menyokong pembelaanitu.

Banduanbolehmembuatpembelaannya.

53. Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagaimengecualikan mana-mana banduan daripada tindakanyang diambil terhadap apa-apa kesalahan melalui penjalananbiasa undang-undang, tetapi tiada banduan boleh dihukumdua kali bagi kesalahan yang sama.

Pendakwaanbagikesalahan.

BAHAGIAN VI

KESALAHAN

54. (1) Tiada seorang pun pegawai penjara, PegawaiPerubatan, Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambilkerja oleh jabatan penjara boleh—

(a) secara langsung atau tak langsung mempunyaiapa-apakepentingan kewangan dalam pembelianperbekalan penjara;

(b) menerima atau mempunyai apa-apa urusankewangan dengan banduan atau kawan banduanmengenai apa-apa diskaun, hadiah atau lain-lain balasan daripada kontraktor, atau penjual,perbekalan penjara;

(c) menjual atau membekalkan mana-mana artikeluntuk atau bagi kegunaan seseorang banduanatau sesuatu penjara;

Kesalahanmengenaiperbekalanpenjara.

PENJARA 31

(d) menerima secara langsung atau tak langsung —(i) apa-apa keuntungan atau faedah daripada

penjualan atau pembekalan; atau(ii) apa-apa kepentingan dalam mana-mana

kontrak atau perjanjian bagi penjualan ataupembekalan,

mana-mana artikel untuk atau bagi kegunaan seseorangbanduan atau sesuatu penjara.

(2) Tiada seorang pun pegawai penjara, PegawaiPerubatan, Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambilkerja oleh jabatan penjara boleh membuat apa-apaperhubungan yang tidak dibenarkan dengan seseorangbagi apa-apa maksud dalam subseksyen (1).

(3) Seseorang yang melanggar seksyen ini adalahmelakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, bolehlahdidenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahunatau kedua-duanya.

(4) Dalam seksyen ini rujukan kepada menjual ataumembekal termasuklah masing-masingnya rujukan kepadamenawarkan untuk jualan atau menawarkan untukmembekalkan dan juga memberi sewa dan menawarkanuntuk memberi sewa.

55. (1) Tiada wang atau balasan lain boleh, atas apa-apajua pun alasan, kena dibayar, dibayar, diberi atau dijanjikan,kepada seseorang pegawai penjara, Pegawai Perubatan,Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambil kerjaoleh jabatan penjara, oleh atau bagi pihak seseorangbanduan, sama ada pada masa dia—

(a) dimasukkan ke dalam;(b) dikomitkan ke;(c) terus berada dalam; atau(d) dibebaskan dari,

sesuatu penjara.

Pembayaranwangdilarang,

32 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Seseorang pegawai penjara, Pegawai Perubatan,Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambil kerjaoleh jabatan penjara, yang menerima atau meminta dariatau bagi pihak seseorang banduan—

(a) apa-apa wang atau balasan lain;

(b) janji mengenai wang atau balasan lain;

(c) menjalankan apa-apa perkhidmatan sebagaibalasan untuk menerima atau dijanjikan wangatau balasan lain,

bagi apa-apa maksud yang disebutkan dalam subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan, bolehlah didenda sebanyak sepuluh ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi limatahun atau kedua-duanya.

56. (1) Seseorang, apabila berhenti daripada menjadiseorang pegawai penjara, hendaklah dengan serta-mertamenyerahkan kepada Pegawai yang Menjaga penjara yangdia berkhidmat pada masa dia berhenti sebagai seorangpegawai penjara, tiap-tiap artikel pakaian seragam, pakaiandan segala senjata, pelengkapan dan tiap-tiap jenis baranglain kepunyaan Kerajaan.

Penyerahanpakaianseragam, dsb.semasaberhenti.

(2) Seseorang pegawai penjara yang tidak mematuhisubseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan danapabila disabitkan, bolehlah—

(a) didenda tidak melebihi seribu ringgit ataudipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya; dan

(b) sebagai tambahan, bolehlah dipertanggungkanuntuk membayar nilai mana-mana artikel yangtidak diserahkan, yang nilainya hendaklahdidapatkan semula seolah-olah ia adalah suatudenda.

PENJARA 33

57. (1) Seseorang, yang bukannya seorang pegawaipenjara, yang—

(a) tanpa kebenaran yang sah, membeli atau menerimaatau didapati memiliki dan yang gagalmenjelaskan dengan memuaskan akanmilikannya—

(i) sesuatu yang telah dibekalkan kepadaseseorang pegawai penjara bagi pelaksanaantugasnya; atau

(ii) sesuatu pingat atau bintang yang diberikepada seseorang pegawai penjara bagi

perkhidmatan atau kelakuan baik;

Pemilikan,penjualanataupembekalanartikel yangdibekalkankepadapegawaipenjara, dsb.yangmenyalahiundang-undang.

(b) tanpa kebenaran yang sah, mengilang, menjual,membekalkan, menawarkan untuk menjual ataumembekal sesuatu faksimili yang elok bagi —

(i) sesuatu lencana atau peranti yang digunakanuntuk menunjukkan bahawa seseorang ituialah seorang pegawai penjara ataumenunjukkan pangkat seseorang pegawaipenjara; atau

(ii) sesuatu pingat atau bintang yang diberikepada seseorang pegawai penjara bagiperkhidmatan atau kelakuan baik;

(c) dengan menyalahi undang-undang memakai,menggunakan atau mempamerkan selain daripadasemasa mengadakan pertunjukan pentas ataupersembahan teater yang lain —(i) pakaian seragam seorang pegawai penjara;

(ii) sesuatu lencana atau peranti untukmenunjukkan bahawa dia ialah seorangpegawai penjara; atau

(iii) pakaian yang menyerupai atau yangmempunyai tanda tertentu pakaian seragamseseorang pegawai penjara,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan,boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau

34 RANG UNDANG-UNDANG

dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enambulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang pegawai penjara yang menjual ataumendedahkan —

(a) apa-apa artikel yang telah dibekalkan kepadanyaatau kepada mana-mana pegawai penjara bagipelaksanaan tugas;

(b) apa-apa pingat atau bintang yang diberikan kepadaseseorang pegawai penjara bagi perkhidmatanatau kelakuan baik,

adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan,bolehlah didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjarabagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

58. (1) Seseorang yang menyeludupkan atau cuba untukmenyeludup sesuatu artikel yang dilarang ke dalam sesuatupenjara adalah melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan, bolehlah didenda tidak melebihi dua ribu ringgitatau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya.

(2) Dalam seksyen ini, "artikel larangan" ertinya apa-apa dadah, wang atau arak dan termasuklah apa-apa alatatau artikel sebagaimana yang ditetapkan oleh KetuaPengarah dari semasa ke semasa.

Penyeludupanartikel yangdilarang kedalampenjara.

59. Seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan dibawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuatdi bawah Akta yang baginya tiada penalti diperuntukkandengan nyata hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidakmelebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama suatutempoh tidak melebihi enatn bulan atau kedua-duanya.

Penalti am.

PENJARA 35

BAHAGIAN VII

KUMPULAN WANG HADIAH PEGAWAI PENJARA

60. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wangyang dikenali sebagai Kumpulan Wang Hadiah PegawaiPenjara (kemudian daripada ini disebut Kumpulan Wang)yang hendaklah dikendalikan sebagai suatu Akaun Amanahdalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(2) Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a) segala emolumen yang dilucuthakkan oleh dansemua denda yang dikenakan ke atas pegawaipenjara dalam apa-apa prosiding tatatertib;

(b) semua pemberian, derma, hadiah dan carumanyang dibuat untuk atau bagi Kumpulan Wang ;

(c) semua wang atau harta lain yang boleh dalamapa-apa cara boleh dibayar kepada ataudiletakhakan dalam Kumpulan Wang; dan

(d) semua wang—(i) yang dirampas; atau

(ii) yang pemunyaannya tidak diketahui dandijumpai,

semasa sesuatu penggeledahan dalam sesuatu penjara.

KumpulanWang HadiahPegawaiPenjara.

61. Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat dibawah Akta ini, Kumpulan Wang hendaklah digunakanbagi maksud —

(a) menghadiahkan pegawai penjara bagi tindakandaya usaha dan keazaman yang cemerlang ataubagi kemahiran dalam melaksanakan apa-apatugas jabatan yang menghendaki kebijaksanaanatau kebolehan;

(b) menghadiahkan pegawai penjara bagi apa-apatindakan keberanian yang patut dipuji yangkerananya nyawa telah diselamatkan atau hartatelah terpelihara daripada kerugian ataukebinasaan; dan

PenggunaanKumpulanWang.

36 RANG UNDANG-UNDANG

(c) mendapatkan keselesaan, kemudahan dan lain-lain faedah, yang tidak boleh dikenakan kepadahasil awam, bagi pegawai penjara, bekas pegawaipenjara yang telah bersara secara pencen, ganjaranatau elaun atau orang yang pada keseluruhannyaatau sebahagiannya bergantung kepada pegawaipenjara yang telah meninggal dunia atau bekaspegawai penjara pada masa kematiannya.

62. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu JawatankuasaKumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang hendaklahmengelola Kumpulan Wang itu.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggotayang berikut :

(a) Ketua Pengarah sebagai Pengerusi;(b) dua orang Pegawai Kanan Penjara yang hendaklah

(c) dua orang pegawai awam yang hendaklah dilantik

(3) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini, Jawatankuasa hendaklah mempunyaikuasa untuk mengawalselia prosidingnya.

(4) Tiada seorang pun boleh menjalankan sesuatu aktivitiuntuk memungut wang bagi Kumpulan Wang tanpa terlebihdahulu mendapat keizinan bertulis dari Jawatankuasa.

(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4)adalah melakukan suatu kesatahan.

PentadbiranKumpulanWang

BAHAGIAN VIII

AM

63. (1) Semua pegawai penjara hendaklah tertaklukkepada peraturan-peraturan berhubungan dengan tatatertibyang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 132(2) PerlembagaanPersekutuan.

Pegawaipenjaratertaklukkepadaperaturan-peraturantatatertib.

PENJARA 37

(2) Bagi maksud seksyen ini, mana-mana peraturanyang sedang berkuatkuasa hendaklah hanya berkuatkuasadan berkesan setakat yang peraturan-peraturan itu tidakbercanggah dengan mana-mana peraturan yang disebut dibawah subseksyen (1).

64. Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam sesuatuNegeri atau Menteri yang bertanggungjawab bagi WilayahPersekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah bagi setiap tahun melantik suatu Lembaga bagiNegeri atau Wilayah Persekutuan tersebut yang dinamakanLembaga Hakim Pelawat yang mana semua Majistretbagi Negeri atau Wilayah Persekutuan tersebut hendaklahmenjadi anggota ex-officio.

PerlantikanHakimPelawat.

65. (1) Seseorang Hakim Pelawat boleh—

(a) pada bila-bila masa, melawat mana-mana penjaradalam Negeri atau Wilayah Persekutuan yangbaginya dia dilantik;

(b) memeriksa wad, sel, halaman dan lain-lain bilikdan bahagian penjara;

(c) memeriksa dan menguji kualiti dan kuantitimakanan banduan;

(d) mendengar aduan banduan, jika ada;

(e) menyoal mana-mana banduan atau pegawaipenjara,

bagi maksud menentukan, setakat yang boleh, sama adaperuntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuatdi bawah Akta dan Perintah Tetap Ketua Pengarah dipatuhi.

(2) Seseorang Hakim Pelawat hendaklah—

(a) membawa perhatian Pegawai yang Menjaga akanapa-apa luar aturan yang boleh diperhatikanmengenai —

(i) cara penjara berfungsi; atau

Tugas HakimPelawat.

38 RANG UNDANG-UNDANG

(ii) pemerlakuan mana-mana banduan yangdikurung dalam penjara; dan

(b) menjalankan dan melaksanakan apa-apa kuasadan tugas lain yang ditetapkan.

(3) Lembaga Hakim Pelawat hendaklah melantiksekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripadaempat orang anggotanya melawat secara bergilir-gilir setiappenjara dalam Negeri atau Wilayah Persekutuan setiapbulan bagi tahun itu.

(4) Seseorang Hakim Pelawat hendaklah, bagi maksudAkta ini, mempunyai kuasa untuk memanggil saksi danmengendalikan sumpah.

66, (1) Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi, HakimMahkamah Sesyen dan Majistret yang mempunyai bidangkuasa di sesuatu tempat di mana sesuatu penjara terletakboleh, bilamana difikirkannya patut—

(a) memasuki dan memeriksa keadaan penjara dan

(b) menyoal mana-mana banduan atau pegawai

dan mencatatkan apa-apa pandangan yang difikirkannyapatut diberikan mengenai keadaan penjara dan banduandalam suatu Buku Pelawat.

(2) Sesuatu Buku Pelawat hendaklah disimpan bagimaksud subseksyen (1) oleh Pegawai yang Menjaga yanghendaklah dikemukakan kepada Hakim Pelawat padalawatan mereka yang berikutnya.

Lawatan olehHakim,Majistret,dsb.

67. (1) Menteri boleh menyiarkan dalam Warta apa-apaperaturan yang perlu atau suaimanfaat bagi pengurusandan pengelolaan penjara yang baik, dan bagi menjalankanatau mencapai tujuan dan maksud Akta.

Peraturan-peraturan.

PENJARA 39

(2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan maknasubseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawahseksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi semuaatau mana-mana perkara yang berikut:

(a) kuasa dan tugas orang yang diambil kerja dalamjabatan penjara;

(b) pemeriksaan dan pengurusan lokap, pegawai yangakan menjaga lokap, dan bagi pekerjaan, dietdan tatatertib orang yang dikurung dalam lokap;

(c) pemeriksaan perubatan, pengukuran, pengambilangambar dan pengambilan kesan cap jari ataulain-lain rekod banduan, termasuklah statistikdiri dan sejarah peribadi yang terperinci, danbagi menghendaki jawapan yang lengkap danbenar bagi semua soalan yang ditujukan kepadabanduan dengan tujuan untuk mendapatkanstatistik dan sejarah sedemikian;

(d) orang, jika ada, yang kepadanya ukuran, gambar,kesan cap jari atau lain-lain rekod yang hendakdihantar atau dibekalkan;

(e) diet, pengkategorian, jagaan selamat, pengasingan,pemerlakuan dan tatatertib banduan;

kadar, kegunaan dan pengagihan pendapatanbanduan;

(g) skim pekerjaan yang menguntungkan dankhususnya bagi—

(i) kategori banduan yang layak untuk

(ii) terma dan syarat yang atasnya banduan

(iii) terma dan syarat pekerjaan;(iv) cara bagaimana upah hendaklah dibayar

40 RANG UNDANG-UNDANG

(v) perkadaran dan cara bagaimana upah yangdidapati oleh banduan di bawah skimpekerjaan itu boleh disimpan olehbanduan;

(h) jenis kerja yang diperlukan pada setiap peringkatpemenjaraan bagi banduan dan cara bagaimanadan tempat di mana kerja itu diperlukan;

(i) pelupusan hasil kerja banduan selain daripadahasil kerja dalam skim yang ditubuhkan di bawahperenggan (h) subseksyen (2);

(j) remitan hukuman yang hendak dibenarkan kepadabanduan yang mematuhi dengan sewajarnyaperaturan-peraturan yang kepadanya merekatertakluk, dan syarat yang atasnya remitan ituakan dibuat;

(k) penubuhan persatuan membantu banduan danbagi mensubsidikan kerja mereka danmenggunakan perkhidmatan mereka berkaitandengan banduan yang dibebaskan atas percubaandan banduan yang disabitkan yang hukumanmereka telah habis tempoh;

(l) pembekalan wang, makanan, pakaian ataukemudahan perjalanan kepada banduan apabilamereka dibebaskan;

(m) pentadbiran Kumpulan Wang Hadiah PegawaiPenjara;

(n) prosiding dan lawatan Hakim Pelawat;

(o) pengelasan kesalahan;

(p) prosedur bagi menjalankan siasatan terhadapkesalahan yang dilakukan oleh banduan dan bagiperkara yang berhubungan dengannya; dan

(q) apa-apa perkara yang dikehendaki atau yangboleh ditetapkan di bawah Akta ini.

42 RANG UNDANG-UNDANG

(5) Dalam seksyen ini, "prosiding" bererti apa-apaprosiding walau apa pun mengenai jenis sivil atau jenayahtermasuk sesuatu permohonan pada mana-mana peringkatsesuatu prosiding.

(6) Pada tarikh bermulanya berkuatkuasa Akta ini,Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkandi bawah Ordinan Penjara 1952, Kumpulan Wang HadiahPenjara yang ditubuhkan di bawah Ordinan Penjara Sabahdan Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yangditubuhkan di bawah Ordinan Penjara Sarawak hendaklahdigulung dan semua wang, harta, sama ada harta alih atautak alih dan liabiliti yang kepadanya pelbagai kumpulanwang itu adalah berhak atau tertakluk kepada hendaklaholeh sebab seksyen ini menjadi wang, hak harta dan liabilitiKumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkandi bawah seksyen 60 oleh kuatkuasa undang-undang tanpaapa-apa keperluan bagi sesuatu notis untuk diberi kepadamana-mana pihak yang terlibat dengan pemindahan tersebut.

Ord. T.M.81/1952.Ord. Sabah7/1956.Sarawak.Bab 24

JADUAL PERTAMA

(Subseksyen 10(3)

Pegawai Kanan Penjara

Ketua Pengarah PenjaraTimbalan Ketua Pengarah PenjaraPengarah PenjaraPenguasa Kanan PenjaraPenguasa PenjaraTimbalan Penguasa PenjaraPenolong Penguasa PenjaraInspektor Penjara

Pegawai Rendah Penjara

Sub-Inspektor Penjara

Sarjan Mejar PenjaraSarjan Penjara

Koperal PenjaraWardar

PENJARA 43

JADUAL KEDUA

(Subseksyen 68(1))

PEMANSUHAN

Ordinan/Kaedah- KaedahKaedah

1. Ord.T.M.81/1952 Ordinan Penjara Keseluruhannya

2. Ord. Sabah 7/1956 Ordinan Penjara Keseluruhannyakecuali yangberikut:

(1) subseksyen70(4) hingga(14); dan

(2) subseksyen81(1) ber-kenaan denganhukumanpemenjaraanyang dijatuh-kan ke atasseseorangbanduansebelumtarikhmula berkuat-kuasa Aktaini.

3. Sarawak Ordinan Penjara KeseluruhannyaBab 24 kecuali

subseksyen 34(4)hingga (14).

4. Sarawak Kaedah-Kaedah Bahagian VIP.A.S. 31/1956 Penjara

44 RANG UNDANG-UNDANG

JADUAL KETIGA(Subseksyen 68(3)

PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

Negeri Takat Pemakaian

1. Sabah Bahagian 6 Kaedah-Kaedah Penjara 1953(P.U.326/1953)

2. Sarawak Bahagian 6 Kaedah-Kaedah Penjara 1953(P.U. 326/1953)

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan menyatukan dan meminda undang-undang yang sedia ada berhubungan dengan penjara dan banduan.Apabila menjadi undang-undang, ia akan menggantikan OrdinanPenjara 1952 yang sedia ada bagi Malaysia Barat, Ordinan Penjara1956 bagi Sabah dan Ordinan Penjara 1956 bagi Sarawak.

2. Bahagian I memperkatakan perkara permulaan seperti takrifperkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang.

3. Bahagian II memperkatakan tentang penubuhan dan pentadbiranpenjara. Fasal 8 memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mengadakanjagaan selamat bagi banduan dalam penjara sementara apabila bilanganbanduan dalam sesuatu penjara adalah lebih ramai daripada yangsemunasabahnya boleh ditahan dalam penjara, atau sekiranya meletussesuatu penyakit dalam penjara, atau bagi apa-apa sebab lain. Walaubagimanapun, penjara sementara hendaklah bagi suatu tempoh tidakmelebihi tiga bulan. Jangkamasa ini boleh dilanjutkan sehingga jumlahtempoh sembilan bulan.

Fasal 9 meletakhakkan penjagaan dan pentadbiran am penjaraserta kawalan dan arahan ke atas pegawai penjara di seluruh Malaysiapada Ketua Pengarah.

4. Bahagian III memperkatakan perkara yang berhubungan denganpegawai.

Fasal 10 mengadakan peruntukan perlantikan Ketua PengarahPenjara bagi Malaysia oleh Yang di-Pertuan Agong. Maka hendaklahjuga dilantik seorang Timbalan Ketua Pengarah, yang adalah pegawaipenjara dan juga sebilangan pegawai penjara lain yang perlu bagi

PENJARA 45

menjalankan peruntukan Rang Undang-Undang ini. Pangkat PegawaiKanan Penjara dan Pegawai Rendah Penjara adalah dinyatakan dalamJadual Pertama.

Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa pegawaipenjara hendaklah mematuhi semua undang-undang bertulis, peraturan-peraturan dan perintah sah pegawai atasan.

Fasal 24 bertujuan membolehkan Ketua Pengarah meminta bantuanPolis Diraja Malaysia sewaktu darurat.

5. Bahagian IV memperkatakan tentang penjagaan dan pengalihanbanduan.

Fasal 26 bertujuan mengadakan peruntukan bahawa banduan adalahdisifatkan berada dalam jagaan sah Pegawai Penjaga. la jugamemperuntukkan bahawa seseorang banduan hendaklah tertaklukkepada tatatertib penjara, semua undang-undang bertulis berhubungandengan penjara atau banduan kepada dan Perintah Tetap Ketua Pengarahsemasa tempoh pemenjaraannya sama ada atau tidak dia beradadalam kawasan sesuatu penjara.

Fasal 31 bertujuan membolehkan Ketua Pengarah dalam hal keadaanterhad yang tertentu mengarahkan pengemukaan seseorang banduandi mana-mana tempat di Malaysia.

Fasal 44 memperkatakan tentang peremitan hukuman. Semuabanduan berhak kepada peremitan hukuman mereka. Apabila seseorangbanduan didapati melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 50,Ketua Pengarah boleh membatalkan semua atau sebahagian daripadaperemitan yang banduan itu berhak. Walau bagaimanapun, KetuaPengarah boleh memulangkan semua atau mana-mana bahagian sesuatuperemitan banduan yang mana banduan telah dilucuthakkan semasamenjalani hukumannya.

Fasal 45 memperkatakan tentang pembebasan banduan. la jugamembolehkan Ketua Pengarah mengembalikan seseorang banduanyang dibebaskan dengan sewajarnya daripada penjara ke rumahnyadengan dibiayai oleh Kerajaan.

6. Bahagian V memperkatakan tentang pekerjaan bagi banduan dantatatertib penjara.

Fasal 48 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk memperkenalkansuatu skim bagi banduan melibatkan diri dalam pekerjaan yangmenguntungkan di luar had penjara.

46 RANG UNDANG-UNDANG

Fasal 50 bertujuan membolehkan Pegawai Penjaga menghukumbanduan yang didapati bersalah kerana kesalahan kecil penjara ataukesalahan besar penjara.

Fasal 51 mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan suatu daftarhukuman yang dalamnya hendaklah direkodkan butir-butir hukumanyang dikenakan.

Fasal 52 bertujuan untuk memberikan peluang kepada seseorangbanduan untuk membuat pembelaannya sebelum apa-apa hukumandikenakan.

7. Bahagian VI memperkatakan tentang kesalahan.

Fasal 54 dan 55 masing-masingnya memperkatakan tentangkesalahan berkenaan dengan bekalan penjara dan pembayaran wangatau balasan lain kepada seseorang pegawai penjara oleh atau bagipihak seseorang banduan.

Fasal 56 menghendaki seseorang yang berhenti daripada menjadiseorang pegawai penjara supaya menyerahkan kepada Pegawai Penjagasemua pakaian seragam, senjata dan pelengkapan lain. Kegagalanberbuat sedemikian adalah menjadi suatu kesalahan.

Fasal58 menjadikan penyeludupan artikel yang dilarang ke dalampenjara suatu kesalahan dan fasal 59 memperuntukkan suatu penaltiam bagi kesalahan di mana penalti spesifik tidak diperuntukkan.

8. Bahagian VII memperkatakan tentang Kumpulan Wang HadiahPegawai Penjara.

Fasal 60 menubuhkan Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara.

Fasal 61 menyatakan maksud Kumpulan Wang digunakan.

Fasal 62 menetapkan bahawa Kumpulan Wang itu ditadbirkanoleh Jawatankuasa Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara.Jawatankuasa ini mengandungi Ketua Pengarah Penjara sebagaiPengerusi, dua orang pegawai kanan penjara dan dua orang pegawaiawam yang akan dilantik oleh Menteri.

9. Bahagian VIII memperkatakan perkara-perkara am.

Fasal 63 bertujuan mengadakan peruntukan bahawa pegawai penjaraadalah tertakluk kepada peraturan tatatertib.

Fasal 64 bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlantikan suatuLembaga Hakim Pelawat dalam setiap Negeri atau Wilayah Persekutuan.

PENJARA 47

Fasal 65 menyatakan tugas Lembaga iaitu melawat penjara danjuga memeriksa kemudahan penjara untuk menentukan sama adaperuntukan Akta dipatuhi.

Fasal 67 bertujuan memberi kepada Menteri kuasa untuk membuatperaturan-peraturan untuk melaksanakan tujuan dan maksud Aktayang dicadangkan.

Fasal 68 memperkatakan peruntukan pemansuhan, kecualian danperalihan.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalamapa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN.(U2)1742.]